2. pentaksiran portfolio

3
PKP3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN 8 FEBRUARI 2015 PENTAKSIRAN PORTFOLIO Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Ciri-ciri : - Portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti. - Proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kreatif dan kritis serta pemilihan maklumat dari peringkat awal hingga akhir. - Kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak. - Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan. Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina : - portfolio kerja harian: bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan. - portfolio hasil terbaik: dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio keja harian. ini berbentuk sumatif. - portfolio dokumen: hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian. Kegunaan portfolio : - membolehkan guru-guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian holistik.

Upload: jackqueline1103

Post on 08-Sep-2015

643 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

PKP3063

TRANSCRIPT

PKP3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHANPKP3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN8 FEBRUARI 2015

PENTAKSIRAN PORTFOLIO

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

Ciri-ciri :

- Portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti.

- Proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kreatif dan kritis serta pemilihan maklumat dari peringkat awal hingga akhir.

- Kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak.

- Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.

Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina :

- portfolio kerja harian: bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan.

- portfolio hasil terbaik: dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio keja harian. ini berbentuk sumatif.

- portfolio dokumen: hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.

Kegunaan portfolio :

- membolehkan guru-guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian holistik.

- mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri.

- membolehkan guru memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

Perancangan sebelum membuat portfolio :

- menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.

- isi kandungan portfolio.

- pemilihan isi kandungan bahan dan sumber portfolio.

- penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.

Bagaimana portfolio dinilai?

Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.

Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.

Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio

Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.

Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala senarai ciri-ciri paling penting penetuaan gred.

Kriteria penilaian

Struktur dan organisani

Strategi pengurusan

Variasi isi yang sesuai

Struktur ayat dan gaya bahasa

Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.

Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.

Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.