2 berita harian ttsh mula program relawan warga emas, bantu … · 2018-12-19 · model ini dengan...

1
AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pen- gendali di pusat penjaja bermodel- kan perusahaan sosial jika mereka didapati mentadbir secara tidak betul. Menulis dalam Facebooknya, Menteri Kanan Negara (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, berkata agensi itu bekerjasama dengan pengenda- li dan penjaja untuk menangani isu kos dan peraturan kontrak di pusat penjaja serupa itu. Beliau menegaskan demikian kerana terdapat banyak perbincan- gan mengenai pusat penjaja perusa- haan sosial sejak kebelakangan ini. Terdapat 114 pusat penjaja di si- ni dengan tujuh yang baru dari- padanya dikendalikan oleh perusa- haan sosial. Ramai telah menyuarakan pandangan dan ini menunjukkan budaya makan di pusat penjaja de- kat di hati masyarakat, kata Dr Khor, sambil mengalu-alukan mak- lum balas supaya dapat terus mem- perbaikinya. Beliau berkata, menyerahkan pengendalian tujuh pusat penjaja baru itu kepada perusahaan sosial adalah antara cara menangani ban- yak cabaran perniagaan penjaja seperti hambatan pembaharuan dan tenaga kerja, dan pada masa yang sama memenuhi keperluan penduduk untuk terus menikmati jamuan. “Beberapa kelonggaran diberi kepada syarikat-syarikat ini untuk mencuba idea lain dan inovasi bagi menyemarakkan pusat penjaja ki- ta, dan memberi manfaat kepada pelanggan dan penjaja. “Kami mengawal harga makan- an, menilai pengendali yang lebih cenderung menawarkan jumlah kos terendah kepada pemilik gerai, dan memastikan pengendali tidak menaikkan sewa gerai semasa tem- poh penyewaan. “Ini bagi memastikan rakyat Si- ngapura terus mendapat akses ke- pada makanan yang berpatutan (harga) dalam persekitaran yang bersih, dan penjaja kita dapat mem- peroleh mata pencarian baik,” ka- ta beliau. Pusat penjaja baru, ujarnya, me- ngambil masa untuk berkembang. Mentelah lagi, model penguru- san itu baru tiga tahun dicuba den- gan dua pusat penjaja terbaru dibu- ka tahun ini. “Kami memantau dan menilai model ini dengan tujuan untuk ter- us menghalusi dan memperbaiki- nya,” kata beliau. NEA sedang mengkaji semula perjanjian kontrak bagi menetap- kan beberapa syarat peraturan yang digunakan oleh pengendali dalam kontrak. “Kami akan terus menghalusi model pengurusan ini bagi menja- ga kepentingan warga Singapura – penaung dan penjaja – dan menca- pai matlamat memastikan rakyat Singapura mempunyai akses kepa- da makanan dengan harga berpatu- tan dan penjaja boleh membuat ma- ta pencarian yang baik,” kata be- liau. PENGETUA bagi empat maktab rendah (JC) yang digabung akan dilan- tik Disember ini sebagai sebahagian daripada rombakan tahunan Kemente- rian Pendidikan (MOE). Empat JC itu adalah antara 66 sekolah – dari sekolah rendah hingga maktab rendah – yang akan mempun- yai pengetua baru tahun depan. Demikian diumumkan MOE dalam satu kenyataan semalam. Encik Manogaran Suppiah, kini Pengetua Serangoon JC, akan memimpin Anderson Serangoon JC; Dr Hang Kim Hoo, kini Pengetua Ju- rong JC, akan memimpin Jurong Pio- neer JC; Cik Pamela Yoong Nyok Ke, kini Pengetua Tampines JC, akan memimpin Tampines Meridian JC; se- mentara Encik Michael Nelson De Sil- va, kini Pengetua Innova JC, akan memimpin Yishun Innova JC. Sehubungan itu, beberapa sekolah lain termasuk Sekolah Anglo-Chinese (Bebas dan Rendah), Sekolah Seni Si- ngapura dan Sekolah Tinggi Nan Chi- au, juga akan mempunyai pengetua ba- ru, menurut laporan The Straits Times. Sebanyak 10 sekolah dalam romba- kan itu akan mempunyai pengetua ka- li pertama. MOE menyatakan perubahan itu membolehkan sekolah meraih man- faat dengan mendapat perspektif baru, dan membolehkan pengetua yang ber- pengalaman berkongsi amalan terbaik merentasi sekolah. “Bagi 10 pengetua yang baru dilan- tik, ini merupakan detik penting dalam kerjaya mereka kerana mereka menggalas tanggungjawab lebih besar sebagai pemimpin dalam pendidikan,” kata MOE dalam kenyataan tersebut. Penggabungan lapan JC kepada em- pat disebabkan kadar kelahiran di Sin- gapura yang semakin berkurangan itu diumumkan MOE April tahun lalu. MOE berkata, JC yang digabung itu akan mengekalkan nama kededua sekolah, dengan nama sekolah yang lebih tua didahulukan. SATU program sukarela bagi warga emas yang berminat memban- tu pesakit di hospital telah dilancar- kan oleh Hospital Tan Tock Seng (TTSH) semalam. Sukarelawan akan menjalani kur- sus latihan yang dibangunkan kaki- tangan jagaan kesihatan TTSH dan Pusat Pengaktifan Kesihatan (CHA), sebuah institut kajian dan latihan ba- gi sukarelawan, lapor akhbar The Straits Times. Selepas melengkapkan latihan, sukarelawan ini akan dihantar untuk membantu pesakit di klinik mata dan pesakit yang menjalani pembe- dahan penggantian lutut penuh, kata hospital itu. Mengumumkan inisiatif itu sema- lam, Setiausaha Tetap di Kementeri- an Kesihatan (MOH), Encik Chan Heng Kee, berkata ini adalah satu contoh bagaimana warga emas boleh kekal aktif dan berjasa kepada orang lain pada hari tua. “Saya harap warga emas akan menyertai program ini dan menik- mati proses mempelajari kemahiran baru dan membantu orang lain,” ujar Encik Chan dalam ucapannya di Sidang Pesakit Singapura yang di- adakan di TTSH. Penasihat klinik di CHA, Dr Mark Chan, berkata program perin- tis ini berbeza daripada program sukarela lain bagi warga emas. Biasanya, warga emas yang men- jalani program sukarela akan menja- lin hubungan sebagai kawan dengan pesakit atau menyertai kegiatan ter- tentu bersama-sama. Namun, menurut Dr Mark, suka- relawan yang menyertai program di TTSH itu akan diajar kemahiran un- tuk membantu sebahagian operasi di klinik, seperti mencatit sejarah pe- rubatan pesakit dan menunjukkan cara terbaik menggunakan ubat ma- ta. “Warga emas lebih sedar tentang isu perubatan dan mampu menjalin hubungan lebih mesra dengan pesa- kit, berbanding relawan lebih muda yang kurang berpengalaman,” kata beliau. Temasek Foundation Cares, per- tubuhan tidak mencari keuntungan (NPO), telah menderma $293,000 bagi membangunkan program itu. Digelar Temasek Foundation Cares – Champs, program itu dija- dual berlangsung dari September la- lu hingga Ogos 2020 dan dijangka membantu kira-kira 13,300 pesakit warga emas. Program itu berhasrat mendapat- kan 160 relawan, yang antara lain akan dilatih untuk membantu pesa- kit lebih berusia menyesuaikan diri dengan sekitaran baru, membantu mereka duduk dan menggalakkan mereka minum air. Menurut pihak hospital, warga emas yang berminat menjadi rela- wan akan diwawancara. Mereka yang dipilih perlu me- nyertai Program Kenal Suai Rela- wan dan perlu berupaya berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam bulan. Empat JC yang digabung akan punya pengetua baru NEA akan ambil tindakan jika urus pusat penjaja secara tidak betul TTSH mula program relawan warga emas, bantu pesakit berusia MAHU SEMUA RAIH MANFAAT: Model pusat penjaja kendalian perusahaan sosial, seperti Pusat Penjaja Jurong West (gambar) diperkenal supaya semua pihak – pengendali, penjaja dan pelanggan – dapat meraih manfaat seperti harga makanan berpatutan dan persekitaran yang bersih. – Foto BH oleh CHONG JUN LIANG Dr Khor: Agensi akan bekerjasama dengan pengendali, penjaja tangani isu-isu ENCIK CHAN HENG KEE PUSAT PENJAJA BERMODELKAN PERUSAHAAN SOSIAL “Kami mengawal harga makanan, menilai pengendali yang lebih cenderung menawarkan jumlah kos terendah kepada pemilik gerai, dan memastikan pengendali tidak menaikkan sewa gerai semasa tempoh penyewaan. Ini bagi memastikan rakyat Singapura terus mendapat akses kepada makanan yang berpatutan dalam persekitaran yang bersih, dan penjaja kita dapat memperoleh mata pencarian baik.” – Dr Amy Khor. ANTARA YANG DIGABUNG: Maktab Rendah Tampines (gambar paling atas) akan digabungkan dengan Maktab Rendah Meridian (atas) untuk menjadi Maktab Rendah Tampines Meridian. – Foto-foto fail Beef Up Your Finances Call 6289 8822 or e-mail [email protected] to publicise your IPOs & other offerings 2 Berita Harian | Sabtu, 20 Oktober 2018 Berita

Upload: phungthu

Post on 22-Jul-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pen-gendali di pusat penjaja bermodel-kan perusahaan sosial jika mereka didapati mentadbir secara tidak betul.

Menulis dalam Facebooknya, Menteri Kanan Negara (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, berkata agensi itu bekerjasama dengan pengenda-li dan penjaja untuk menangani isu kos dan peraturan kontrak di pusat penjaja serupa itu.

Beliau menegaskan demikian kerana terdapat banyak perbincan-gan mengenai pusat penjaja perusa-haan sosial sejak kebelakangan ini.

Terdapat 114 pusat penjaja di si-ni dengan tujuh yang baru dari-padanya dikendalikan oleh perusa-haan sosial.

Ramai telah menyuarakan pandangan dan ini menunjukkan budaya makan di pusat penjaja de-kat di hati masyarakat, kata Dr Khor, sambil mengalu-alukan mak-lum balas supaya dapat terus mem-perbaikinya.

Beliau berkata, menyerahkan

pengendalian tujuh pusat penjaja baru itu kepada perusahaan sosial adalah antara cara menangani ban-yak cabaran perniagaan penjaja seperti hambatan pembaharuan dan tenaga kerja, dan pada masa yang sama memenuhi keperluan penduduk untuk terus menikmati jamuan.

“Beberapa kelonggaran diberi kepada syarikat-syarikat ini untuk

mencuba idea lain dan inovasi bagi menyemarakkan pusat penjaja ki-ta, dan memberi manfaat kepada pelanggan dan penjaja.

“Kami mengawal harga makan-an, menilai pengendali yang lebih cenderung menawarkan jumlah kos terendah kepada pemilik gerai, dan memastikan pengendali tidak menaikkan sewa gerai semasa tem-poh penyewaan.

“Ini bagi memastikan rakyat Si-ngapura terus mendapat akses ke-pada makanan yang berpatutan (harga) dalam persekitaran yang bersih, dan penjaja kita dapat mem-peroleh mata pencarian baik,” ka-ta beliau.

Pusat penjaja baru, ujarnya, me-ngambil masa untuk berkembang.

Mentelah lagi, model penguru-san itu baru tiga tahun dicuba den-gan dua pusat penjaja terbaru dibu-ka tahun ini.

“Kami memantau dan menilai model ini dengan tujuan untuk ter-us menghalusi dan memperbaiki-nya,” kata beliau.

NEA sedang mengkaji semula perjanjian kontrak bagi menetap-kan beberapa syarat peraturan yang digunakan oleh pengendali dalam kontrak.

“Kami akan terus menghalusi model pengurusan ini bagi menja-ga kepentingan warga Singapura – penaung dan penjaja – dan menca-pai matlamat memastikan rakyat Singapura mempunyai akses kepa-da makanan dengan harga berpatu-tan dan penjaja boleh membuat ma-ta pencarian yang baik,” kata be-liau.

PENGETUA bagi empat maktab rendah (JC) yang digabung akan dilan-tik Disember ini sebagai sebahagian daripada rombakan tahunan Kemente-rian Pendidikan (MOE).

Empat JC itu adalah antara 66 sekolah – dari sekolah rendah hingga maktab rendah – yang akan mempun-yai pengetua baru tahun depan.

Demikian diumumkan MOE dalam satu kenyataan semalam.

Encik Manogaran Suppiah, kini Pengetua Serangoon JC, akan memimpin Anderson Serangoon JC; Dr Hang Kim Hoo, kini Pengetua Ju-rong JC, akan memimpin Jurong Pio-neer JC; Cik Pamela Yoong Nyok Ke, kini Pengetua Tampines JC, akan memimpin Tampines Meridian JC; se-mentara Encik Michael Nelson De Sil-va, kini Pengetua Innova JC, akan memimpin Yishun Innova JC.

Sehubungan itu, beberapa sekolah lain termasuk Sekolah Anglo-Chinese (Bebas dan Rendah), Sekolah Seni Si-ngapura dan Sekolah Tinggi Nan Chi-

au, juga akan mempunyai pengetua ba-ru, menurut laporan The Straits Times.

Sebanyak 10 sekolah dalam romba-kan itu akan mempunyai pengetua ka-li pertama.

MOE menyatakan perubahan itu membolehkan sekolah meraih man-faat dengan mendapat perspektif baru, dan membolehkan pengetua yang ber-pengalaman berkongsi amalan terbaik merentasi sekolah.

“Bagi 10 pengetua yang baru dilan-tik, ini merupakan detik penting dalam kerjaya mereka kerana mereka menggalas tanggungjawab lebih besar sebagai pemimpin dalam pendidikan,” kata MOE dalam kenyataan tersebut.

Penggabungan lapan JC kepada em-pat disebabkan kadar kelahiran di Sin-gapura yang semakin berkurangan itu diumumkan MOE April tahun lalu.

MOE berkata, JC yang digabung itu akan mengekalkan nama kededua sekolah, dengan nama sekolah yang lebih tua didahulukan.

SATU program sukarela bagi warga emas yang berminat memban-tu pesakit di hospital telah dilancar-kan oleh Hospital Tan Tock Seng (TTSH) semalam.

Sukarelawan akan menjalani kur-sus latihan yang dibangunkan kaki-tangan jagaan kesihatan TTSH dan Pusat Pengaktifan Kesihatan (CHA), sebuah institut kajian dan latihan ba-gi sukarelawan, lapor akhbar The Straits Times.

Selepas melengkapkan latihan, sukarelawan ini akan dihantar untuk membantu pesakit di klinik mata dan pesakit yang menjalani pembe-

dahan penggantian lutut penuh, kata hospital itu.

Mengumumkan inisiatif itu sema-lam, Setiausaha Tetap di Kementeri-an Kesihatan (MOH), Encik Chan Heng Kee, berkata ini adalah satu contoh bagaimana warga emas boleh kekal aktif dan berjasa kepada orang lain pada hari tua.

“Saya harap warga emas akan menyertai program ini dan menik-mati proses mempelajari kemahiran baru dan membantu orang lain,” ujar Encik Chan dalam ucapannya di Sidang Pesakit Singapura yang di-adakan di TTSH.

Penasihat klinik di CHA, Dr Mark Chan, berkata program perin-tis ini berbeza daripada program sukarela lain bagi warga emas.

Biasanya, warga emas yang men-jalani program sukarela akan menja-lin hubungan sebagai kawan dengan pesakit atau menyertai kegiatan ter-tentu bersama-sama.

Namun, menurut Dr Mark, suka-relawan yang menyertai program di TTSH itu akan diajar kemahiran un-tuk membantu sebahagian operasi di klinik, seperti mencatit sejarah pe-rubatan pesakit dan menunjukkan cara terbaik menggunakan ubat ma-

ta.

“Warga emas lebih sedar tentang isu perubatan dan mampu menjalin hubungan lebih mesra dengan pesa-kit, berbanding relawan lebih muda yang kurang berpengalaman,” kata beliau.

Temasek Foundation Cares, per-tubuhan tidak mencari keuntungan (NPO), telah menderma $293,000 bagi membangunkan program itu.

Digelar Temasek Foundation Cares – Champs, program itu dija-dual berlangsung dari September la-lu hingga Ogos 2020 dan dijangka membantu kira-kira 13,300 pesakit

warga emas.

Program itu berhasrat mendapat-kan 160 relawan, yang antara lain akan dilatih untuk membantu pesa-kit lebih berusia menyesuaikan diri dengan sekitaran baru, membantu mereka duduk dan menggalakkan mereka minum air.

Menurut pihak hospital, warga emas yang berminat menjadi rela-wan akan diwawancara.

Mereka yang dipilih perlu me-nyertai Program Kenal Suai Rela-wan dan perlu berupaya berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam bulan.

Empat JC yang digabung akan punya pengetua baru

NEA akan ambil tindakan jika urus pusat penjaja secara tidak betul

TTSH mula program relawanwarga emas, bantu pesakit berusia

MAHU SEMUA RAIH MANFAAT: Model pusat penjaja kendalian perusahaan sosial, seperti Pusat Penjaja Jurong West (gambar) diperkenal supaya semua pihak – pengendali, penjaja dan pelanggan – dapat meraih manfaat seperti harga makanan berpatutan dan persekitaran yang bersih. – Foto BH oleh CHONG JUN LIANG

Dr Khor: Agensi akan bekerjasama dengan pengendali, penjaja tangani isu-isu

ENCIK CHAN HENG KEE

PUSAT PENJAJA BERMODELKAN PERUSAHAAN SOSIAL

“Kami mengawal harga makanan, menilai pengendali yang lebih cenderung menawarkan jumlah kos terendah kepada pemilik gerai, dan memastikan pengendali tidak menaikkan sewa gerai semasa tempoh penyewaan. Ini bagi memastikan rakyat Singapura terus mendapat akses kepada makanan yang berpatutan dalam persekitaran yang bersih, dan penjaja kita dapat memperoleh mata pencarian baik.”

– Dr Amy Khor.

ANTARA YANG DIGABUNG: Maktab Rendah Tampines (gambar paling atas) akan digabungkan dengan Maktab Rendah Meridian (atas) untuk menjadi Maktab Rendah Tampines Meridian. – Foto-foto fail

Beef UpYour

FinancesCall 6289 8822

or [email protected]

to publicise yourIPOs &

other offerings

2 Berita Harian | Sabtu, 20 Oktober 2018

Berita