2. apa untuk ditaksir.ppt

18
APA UNTUK DITAKSIR..

Upload: roslan-zakaria

Post on 16-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • APA UNTUK DITAKSIR..

  • PengenalanTrend dalam pentaksiran pendidikan sentiasa berubah di kebanyakan negara dalam dunia. Ia semakin jauh daripada pentaksiran bertulis dan digantikan dengan pentaksiran berterusan dan kerja kursus. Trend semakin ke arah penglibatan pelajar dan pilihan dalam pentaksiran. Pentaksiran berkumpulan semakin terkenal dalam usaha untuk menekankan pembelajaran kolaboratif di antara pelajar dan mengurangkan persaingan berlebihan.

  • Kaitan Pentaksiran dengan FPNRujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara Malaysia yang mempunyai implikasi penting terhadap pentaksiran :

    Mengkaji samada sekolah telah berjaya mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, Mengkaji samada pelajar telah berkembang dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal Mengkaji samada pelajar berpengetahuan dan berkecekapan serta mempunyai standard moral yang tinggi, Mengkaji samada pelajar mempunyai tahap kebajikan peribadi yang tinggi, Mengkaji samada pelajar dibekalkan dengan keupayaan dan sikap yang membolehkan mereka menyumbang kepada keharmonian dan pembaikan keluarga, masyarakat dan negara amnya.

  • Domain hasil pembeajaranHakikatnya, pentaksiran selalunya terlalu menekankan pentaksiran kecekapan intelek yang boleh diterjemahkan sebagai pengukuran hasil pembelajaran kognitif dalam sesebuah bidang

    Bagaimana pula pentaksiran pembelajaran secara menyeluruh (holistik)?

    Pentaksiran bagi 3 domain hasil pembelajaran yang menyeluruh: i. Hasil pembelajaran kognitif (pengetahuan atau kecekapan mental),

    ii. Hasil pembelajaran afektif (perkembangan dalam perasaan atau bidang emosi) dan,

    iii. Hasil pembelajaran psikomotor (kecekapan manual atau fizikal).

  • Domain-domain yang ditaksir Bagi mentaksir domain-domain kognitif, psikomotor dan afektif, anda perlu mengenal pasti dan mengasingkan perlakuan-perlakuan yang mewakili domain-domain tersebut. Apabila kita mentaksir, kita mengukur beberapa aspek perlakuan pelajar; e.g. keupayaannya untuk membanding, menerangkan, menganalisa, menyelesai, melakar, menyebut, merasa, mengimbau dan sebagainya. Istilah perlakuan bermaksud termasuk keupayaan pelajar berfikir (kognitif), merasa (afektif) dan melaksanakan suatu kecekapan (psikomotor).

  • Bagaimana untuk mentaksir?Apabila kita mentaksir kita tidak mentaksir kebolehan pelajar menyimpan fakta, konsep atau prinsip dalam mata pelajaran tersebut, sebaliknya apa yang pelajar boleh lakukan dengan fakta, konsep atau prinsip dalam bidang tersebut. Contohnya, kita menilai keupayaan pelajar membandingkan fakta, menerangkan konsep, menganalisis andaian (atau pernyataan) atau menyelesai masalah berdasarkan sesuatu prinsip yang diberi. Dalam erti kata lain, kita mentaksir pemahaman atau penguasaan badan ilmu berdasarkan apa yang pelajar boleh lakukan dengan kandungan mata pelajaran tersebut.

  • Mentaksir Domain KognitifGambarajah kandungan matapelajaran yang ditaksirGambarajah Taksonomi Bloom

  • Mentaksir Domain AfektifCiri-ciri afektif melibatkan perasaan atau emosi seseorang. Sikap, nilai, harga diri, lokus kawalan, tanggapan diri, minat, aspirasi dan keresahan adalah contoh ciri-ciri afektif.

    b. Sebab-sebab yang mungkin menjadikan hasil pembelajaran afektif selalu ketinggalan adalah:

    > Kepercayaan bahawa perkembangan perasaan yang sesuai adalah tugas keluarga dan agama.

    > Kepercayaan bahawa perasaan, emosi dan nilai berkembang secara sendirinya daripada pengetahuan dan pengalaman tentang kandungan dan dengan itu tidak memerlukan apa-apa penekanan khusus dalam pedagogi.

  • Mentaksir Domain Afektif> Pengajaran berorientasi sikap dan nilai susah untuk dibentuk dan ditaksir kerana:

    1. Objektif dan hasil afektif tidak dapat dilihat. 2. Objektif dan hasil afektif tidak boleh dicapai dalam waktu pengajaran biasa yang dijalankan di sekolah. 3. Perlakuan afektif dianggap peribadi dan tidak harus diumumkan. > GambarajahTaksonomi Afektif Krathwohl, Bloom & Bertram

  • Mentaksir Domain PsikomotorDomain psikomotor termasuk pergerakan fizikal, koordinasi, dan penggunaan kecekapan motor. Perkembangan kecekapan ini memerlukan latihan dan diukur daripada segi kelajuan, ketepatan, jarak, prosedur, atau teknik dalam pelaksanaan. Tujuh kategori utama disenaraikan daripada perlakuan yang paling mudah kepada yang paling kompleks berdasarkan gambarajah*Taksonomi Perlakuan Psikomotor telah diperkenalkan oleh Simpson dalam tahun 1972 *Gambarajah Taksonomi Hasil Pembelajaran Psikomotor

  • Persepsi

    Persepsi: Keupayaan menggunakan tindakan sensori untuk memandu aktiviti motor. Ini bermula daripada stimulasi sensori, kepada pemilihan tindakan, sehingga kepada penterjemahan. Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan jenis ini adalah memilih, menerangkan, mencari, membezakan, melainkan, mengenal pasti, mengasingkan, menghubung, memilih.

  • Set

    Set: Termasuk set mental, fizikal, dan emosi. Ketiga-tiga set adalah disposisi yang menentukan tindakbalas seseorang kepada situasi berbeza (kadang kala dipanggil mindset). Contoh kata kerja yang menerangkan set adalah mula, menunjukkan, menerangkan, bergerak, meneruskan, bertindakbalas, menunjukkan, menyatakan, sukarela.

  • Tindakbalas Terpandu

    Tindakbalas Terpandu: Peringkat awal dalam pembelajaran suatu kecekapan yang kompleks termasuk mengikut dan juga mencuba. Prestasi menjadi cukup baik melalui latihan. Contoh kata kerja yang menerangkan tindakan terpandu adalah mengajuk, menekap, mengikut, bertindakbalas, membuat semula, bertindak balas.

  • Mekanisma

    Mekanisma: Tahap ini merupakan tahap pertengahan dalam mempelajari kecekapan yang kompleks. Tindakbalas yang dipelajari sudah menjadi tabiat dan pergerakan boleh dilakukan dengan yakin dan cekap. Contoh kata kerja yang menerangkan mekanisma termasuk mencantumkan, mengkalibrasi, membina, meleraikan, menunjukkan, memasang, membaiki, menggerudi, memanaskan, memanipulasi, mengukur, membetulkan, mencampurkan, menyusun.

  • Tindakbalas Overt

    Tindakbalas Overt yang Kompleks: Pembuataan aksi motor yang cekap melibatkan pergerakan yang kompleks. Kecekapan ini diindikasi oleh perlakuan yang cepat, tepat dan dikoordinasi dengan baik, yang memerlukan tenaga yang minima. Kategori ini termasuk membuat tanpa teragak-agak, dan secara otomatik.

    Contohnya, pemain selalu mengeluarkan bunyi rasa kepuasan apabila mereka memukul bola tenis (seperti Maria Sharpova dan Serena Williams!) atau memukul bola golf (pemain golf tahu dengan segera sekiranya bola yang dipukul itu tidak menjadi!), kerana mereka dapat mengagak daripada rasa akan hasil pukulannya.

    Contoh kata kerja yang menerangkan tindakbalas overt yang kompleks adalah mencantum, membina, mengkalibrasi, membina, meleraikan, menunjukkan, memasang, membetulkan, menggerudi, memanaskan, memanipulasi, mengukur, membaiki, mencampurkan, menyusun, melakar.

  • Adaptasi

    Adaptasi: Kecekapan telah dikembangkan dan individu boleh mengubah corak pergerakan bersesuaian dengan keperluan khusus. Contoh kata kerja yang menerangkan adaptasi adalah mengadaptasi, mengubah, menyesuaikan, menyusun semula, meminda, mempelbagaikan.

  • Originasi

    Originasi: Mencipta pergerakan atau corak agar bersesuaian dengan situasi atau masalah tertentu. Hasil pembelajaran menekankan kreativiti berdasarkan kecekapan yang tinggi. Contoh kata kerja yang menerangkan originasi adalah: menyusun, membina, menggabung, mengkomposisi, membina, mencipta, mereka bentuk, memulakan, membuat, mengoriginasi.