prakts 2 praktis 2 pemahaman teks -...

31
16 PRAKTIS 2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 Latihan 1 Baca petikan cerpen ‘Oren’, halaman 37 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu untuk menjadi teman Oren bermain. Pada mulanya dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya. Setelah dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering menarik perhatian, mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam semakin tersisih. Hari terus berlalu. Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap kali dia pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan Oren hanya mengangkat kepala apabila melihatnya dan melihat tingkah laku Kelabu. Sejak kedatangan Kelabu juga, Oren selalu membiarkan Kelabu menjamah makanan dahulu dan setelah selesai barulah Oren makan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh Kelabu. Dia juga tidak pernah melihat Oren dan Kelabu bermain bersama-sama apatah lagi bergaduh. Adakah Oren cemburu akan kehadiran Kelabu di rumah ini? Tetapi tabiat Oren memang begitu sejak dia menghuni rumah ini. Segala tindakannya agak pasif berbanding dengan perilaku Kelabu. (Dipetik daripada cerpen ‘Oren’, Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) BAHAGIAN B Pemahaman Antologi Prosa Moden – Cerpen Pemahaman Teks 2 2 Praktis

Upload: others

Post on 18-May-2020

96 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

16

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 1

Baca petikan cerpen ‘Oren’, halaman 37 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu untuk menjadi teman Oren bermain.

Pada mulanya dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya. Setelah dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering menarik perhatian, mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam semakin tersisih.

Hari terus berlalu. Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap kali dia pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan Oren hanya mengangkat kepala apabila melihatnya dan melihat tingkah laku Kelabu.

Sejak kedatangan Kelabu juga, Oren selalu membiarkan Kelabu menjamah makanan dahulu dan setelah selesai barulah Oren makan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh Kelabu. Dia juga tidak pernah melihat Oren dan Kelabu bermain bersama-sama apatah lagi bergaduh.

Adakah Oren cemburu akan kehadiran Kelabu di rumah ini? Tetapi tabiat Oren memang begitu sejak dia menghuni rumah ini. Segala tindakannya agak pasif berbanding dengan perilaku Kelabu.

(Dipetik daripada cerpen ‘Oren’, Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

BAHAGIAN B Pemahaman Antologi

Prosa Moden – Cerpen

Pemahaman Teks22Praktis

17

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

(i) Berikan dua faktor Kelabu lebih disayangi oleh Ayah dan keluarganya berbanding Oren.

[3 markah]

(ii) Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.

[3 markah]

(iii) Terdapat banyak binatang yang berkeliaran dan dibiarkan di jalanan tanpa mendapat penjagaan yang sepatutnya.

Bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut?

[4 markah]

KBAT

18

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 2

Baca petikan cerpen ‘Hadiah’, halaman 51 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cikgu Zaleha dikerumuni banyak peminat cilik. Azizah di belakang sekali. Secara tradisi, murid-murid yang membawa hadiah akan dipersilakan untuk menghulurkan hadiah masing-masing ke tangan guru mereka di hadapan tapak perhimpunan. Azizah menahan cungap. Resah menanti giliran menyuakan hadiah ciptaannya.

“Cikgu ... ini saja yang mampu saya berikan. Jangan buka sekarang, cikgu. Buka di rumah.” Azizah merayu kepada Cikgu Zaleha. Jemari nakal Cikgu Zaleha mencubit bucu kertas surat khabar pembalut hadiah daripada Azizah.

“Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?”Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung

Azizah lama-lama. Ingin meneka apa-apa yang tersirat di sebalik perkataan “besar” itu.

“Saya tak mampu, cikgu. Saya belajar buat hadiah ini pun kerana saya tak mampu membeli dengan wang, cikgu. Gaji bapa kecil sahaja. Emak tak ada gaji tetap.” Lurus luahan rasa Azizah. Cikgu Zaleha memaut bahu kanan Azizah.

“Profesor Azizah, cikgu yakin kamu boleh beri hadiah yang besar maknanya kerana kamu memang layak, rajin dan kuat berusaha. Hanya orang yang bersikap seperti Profesor Azizahlah yang akan memberikan kepuasan kepada cikgu. Tolong, ya?” Dengan bersungguh-sungguh Cikgu Zaleha meletakkan Borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah di tangan kanan Azizah. Ceraian B khusus untuk Azizah, iaitu menghasilkan dua puluh karya anyaman dengan menggunakan bahan semula jadi. Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai murid yang serba boleh, cuma sifat rendah diri dalam diri Azizah itu terlalu tebal.

(Dipetik daripada cerpen ‘Hadiah’, Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

19

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

(i) Mengapakah Azizah mengatakan bahawa dia tidak mampu?

[3 markah]

(ii) Jelaskan dua perwatakan Azizah berdasarkan petikan tersebut.

[3 markah]

(iii) Setiap murid perlu bersiap sedia sebelum menyertai sesuatu pertandingan. Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan usaha-usaha yang patut dilakukan oleh

seseorang murid sebelum menyertai sesuatu pertandingan.

[4 markah]

KBAT

20

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 3

Baca petikan cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’, halaman 56 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Sejak dia lahir, ...

... Lim Pooi marah akan Lim Meng.

(i) Apakah punca yang menyebabkan Lim Pooi amat marah akan Lim Meng?

[3 markah]

(ii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.

[3 markah]

(iii) Setiap orang berhasrat untuk memiliki keluarga yang bahagia. Sebagai generasi muda yang akan menjadi asas binaan keluarga pada suatu hari nanti,

sarankan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.

[4 markah]

KBAT

21

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 4

Baca petikan cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’, halaman 59 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Apabila orang kampung ...

... Batinnya menjerit.

(i) Apakah faktor kemusnahan perniagaan Lim Pooi menurut Sim Pau?

[3 markah]

(ii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.

[3 markah]

(iii) Kerajaan sangat menggalakkan rakyat menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan sebelum memulakan

sesuatu perniagaan?

[4 markah]

22

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Prosa Moden – Drama

Latihan 1

Baca petikan drama ‘Hadiah’, halaman 69 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ke pangkuan bonda, ...

... adinda yang dikasihi.

(i) Berikan dua perkara yang dinyatakan oleh Hayati dalam suratnya.

[3 markah]

(ii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan drama tersebut.

[3 markah]

(iii) Surat memainkan peranan untuk merapatkan hubungan. Apakah andaian anda mengenai penulisan surat yang dikatakan kurang diamalkan pada

masa ini?

[4 markah]

KBAT

23

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 2

Baca petikan drama ‘Hadiah’, halaman 71 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

HAYATI: Sudah, ...

PAK MAIL: ... daripada kita.

(i) Berdasarkan petikan drama ini, berikan dua langkah yang dilakukan oleh Hayati dan keluarganya untuk mengatasi masalah mereka.

[3 markah]

(ii) Berdasarkan petikan drama Hadiah, jelaskan dua perwatakan Pak Mail.

[3 markah]

(iii) Hayati dan keluarganya menghadapi kesusahan hidup. Sekiranya anda kawan Hayati, nyatakan usaha yang dapat anda lakukan untuk meringankan

masalah keluarga Hayati.

[4 markah]

KBAT

24

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Prosa Tradisional

Latihan 1

Baca petikan prosa tradisional ‘Asal Padi’, halaman 20 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, maka pada suatu hari pergilah Si Bongsu melihat-lihat kolam ikan peninggalan orang tuanya. Didapatinya dekat kolam itu tujuh orang wanita baru sahaja selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang. Maka berkatalah anak yatim piatu itu kepada tujuh orang wanita itu, “Jikalau tuan hamba tidak keberatan, perkenankanlah kiranya saya turut sama.”

Jawab tujuh orang wanita itu, “Jikalau saudara mahu, apa salahnya. Kami tidak berkeberatan sama sekali. Akan tetapi saudara sendirilah yang mahu ikut dengan kami dan kami tidak keberatan.”

Kemudian tujuh orang wanita itu pun pergi dan diikuti oleh anak yatim piatu itu. Mereka menuju ke kayangan dengan mempergunakan pelangi sebagai tangganya. Tujuh hari tujuh malam, mereka berjalan, akhirnya sampailah mereka di kayangan. Setibanya di kayangan, maka anak yatim piatu itu melihat tujuh orang wanita yang diikutinya tadi sudah tidak ada lagi. Entah ke mana mereka itu menghilang. Fikirannya menjadi kusut. Tidak berapa lama kemudian, maka dilihatnya di tengah-tengah sebuah dusun ada sesuatu yang dijemur orang di bawah panas teriknya matahari. Benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari. Maka berkatalah anak yatim piatu itu di dalam hatinya, “Yang kuning kemilau itu tentu selonggok emas.” Kemudian didekatinya, diperiksanya benda itu. Dilihatnya pula bahawa benda itu sedang dijaga oleh yang empunya. Maka anak yatim piatu itu pun bertanya kepada yang empunya emas itu, “Hai, dari manakah gerangan tuan mengambil emas sebanyak ini?”

(Dipetik daripada prosa tradisional ‘Asal Padi’, dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Hal. 20, Kementerian Pendidikan Malaysia)

25

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

(i) Apakah peristiwa yang dialami oleh Si Bongsu di kolam ikan tersebut?

[3 markah]

(ii) Nyatakan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan tersebut dan peristiwa yang berlaku di situ.

[3 markah]

(iii) Sikap suka bertanya mesti ada dalam diri setiap orang. Sebagai generasi muda yang akan menjadi salah seorang peneraju negara bangsa ini,

mengapakah kita perlu melatih diri agar suka bertanya?

[4 markah]

KBAT

26

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Puisi Tradisional

Latihan 1

Baca Pantun Dua Kerat (Nasihat), halaman 5 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Berapa jauh wujud dengan sifat,Sejauh lutut dengan pelipat.

Sarang semut dalam gelap,Orang selimut selalu lelap.

Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa.

Emas, perak, tembaga, suasa,Malas bergerak tidak merasa.

Buah sintang buah senikul,Satu memegang satu memikul.

(Dipetik daripada ‘Pantun Dua Kerat (Nasihat)’, dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Hal. 5, Kementerian Pendidikan Malaysia)

27

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

(i) Berdasarkan rangkap keempat Pantun Dua Kerat (Nasihat), apakah kesannya jika seseorang itu bersikap malas?

[3 markah]

(ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.

[3 markah]

(iii) Meskipun sering dipinggirkan oleh generasi muda pada masa ini, namun puisi tradisional tetap kelihatan indah dengan penggayaan bahasa klasiknya.

Apakah cadangan anda tentang usaha yang patut dilakukan bagi memastikan generasi muda menghargai puisi tradisional?

[4 markah]

KBAT

28

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 2

Baca Syair Pohon Buluh, halaman 6 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Pohon Buluh

Menara tinggi banyak bertingkat,Di sana tiada bilik bersekat,Tiada bertangga naik melekat,Mata-mata menjaga segenap pangkat.

Yang ada sedia panji-panji bendera,Hingga sampai ke kemuncak menara,Banyak ada ia bersaudara,Yang ada pula bersama gara.

Selalu dipandang dilihat adanya,Tinggi rendah dijerat pangkatnya,Besar kecil ikat binanya,Terlalu kuat pula asasnya.

Ikatnya licin di luar di dalam,Gelapnya di dalam seperti malam,Air tak tiris seperti kolam,Ikat tingkatnya tak nampak alam.

(Dipetik daripada ‘Syair Pohon Buluh’, dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Hal. 6, Kementerian Pendidikan Malaysia)

29

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

(i) Apakah perkara yang ingin disampaikan oleh penyair melalui rangkap ketiga syair tersebut?

[3 markah]

(ii) Jelaskan dua ciri syair yang terdapat dalam syair tersebut.

[3 markah]

(iii) Tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan boleh mengukuhkan keseimbangan dan pembangunan sesebuah negara.

Berdasarkan pernyataan tersebut, berikan alasan anda tentang sebab perpaduan mesti diamalkan dalam kalangan masyarakat.

[4 markah]

KBAT

30

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Puisi Moden – Sajak

Latihan 1

Baca sajak ‘Kita Umpama Sehelai Daun’, halaman 11 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kita Umpama Sehelai Daun

kita umpama sehelai daunbertunas segar di hujung rantinglalu melebar dan merimbuntempat bercanda unggas meriangdi bawah redup bebayang mentari

andai kikir jasa dan baktidi mana lagi tempat bernaungdari tusukan bahang memijarunggas kecil tidak berkudrat

kita umpama sehelai daunbakal kering sampai waktunyausahlah angkuh keupayaan dirisehingga lupa makhluk duafaingin bernaung mencari hidup

jadilah sehelai daunhijau menunas menyegar matakering gugur menjadi baja

(Dipetik daripada sajak ‘Kita Umpama Sehelai Daun’, Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Kementerian Pendidikan Malaysia

31

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

(i) Berdasarkan rangkap pertama sajak tersebut, apakah perkara yang ingin disampaikan oleh penyajak?

[3 markah]

(ii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

(iii) Setiap manusia diseru agar sentiasa melakukan amal kebajikan dalam hidup. Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah kesan amalan kebajikan terhadap seseorang

individu dan orang lain?

[4 markah]

KBAT

32

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 2

Baca sajak ‘Kuingin Berterima Kasih’, halaman 12 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kuingin Berterima Kasih

Sesekali kuingin berterima kasihkepadamu hujan bagai tetamujiwa pun menjadi dinginapi amarah pun terpadam.

Sesekali kuingin menyemai budikepadamu tanah yang hidupkerana perutmu setia menghamilkanrezeki buat petani.

Sesekali kuingin berbisik kepadamuikan-ikan yang riangliar di belantara samuderakerana sudi membebaskan deritanelayan tua di pondoknya.

Sesekali kuingin kalungkan kagumkepadamu pejuang negarakerana tanganmu pernah berdarahdarah kesetiaan seorang wargakepada watan tercintanya.

Sesekali kuingin pula menjadi bunga menebarkan keharumandi taman-taman keresahan hidupmenyerahkan keinsafankepada keangkuhan perang.

Alangkah indahnya duniaandai semua merenungkekosongan hidup ini.

(Dipetik daripada sajak ‘Kuingin Berterima Kasih’, Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

33

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

(i) Berdasarkan sajak tersebut, penyajak ingin berterima kasih kepada siapa?

[3 markah]

(ii) Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

(iii) Kerajaan sering menguar-uarkan kebaikan amalan berterima kasih, malahan pelbagai iklan yang berkaitan amalan tersebut telah disiarkan di media elektronik dan media cetak.

Apakah kesan amalan berterima kasih terhadap seseorang individu dan anggota masyarakat?

[4 markah]

KBAT

34

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 3

Baca sajak ‘Aku’, halaman 13 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku

Tidak ada manusia laindi pantai inikecuali diriku.

Kususur pasir panjangsambil kubayangkanaku ini Adam.

Hari inilah aku terciptadan pertama kali melihatlaut, langit, dan pohon.

Kelmarin aku belum adatidak terdengar olehkubunyi ombak itu.

Tidak terasa olehkusentuhan angin inibertiup di mana-mana.

Bahkan aku tidak tahukulit kerang dan rupernah wujud di sini.

Tuhanaku percaya Kau penciptakerana aku baru ada.

(Dipetik daripada sajak ‘Aku’, Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

35

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

(i) Berdasarkan rangkap kedua sajak tersebut, apakah yang dilakukan oleh penyajak?

[3 markah]

(ii) Nyatakan dua ciri yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

(iii) Sebagai makhluk Tuhan, kita harus bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya dan tidak bermegah-megah dengan kemewahan yang dikecapi.

Sebagai seorang insan yang kerdil di bumi ini, bagaimanakah anda menunjukkan rasa syukur kepada Tuhan?

[4 markah]

KBAT

36

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 4

Baca sajak ‘Kunci Bahasa, halaman 14 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahasa bermaruah ...

... berbahasa bermadah.

(i) Berdasarkan rangkap kedua sajak tersebut, apakah perkara yang ingin disampaikan oleh penyajak?

[3 markah]

(ii) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

(iii) Bahasa jiwa bangsa. Berdasarkan pemerhatian anda, nyatakan perkara yang menjadi punca pencemaran

bahasa pada masa ini.

[4 markah]

KBAT

37

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

SEJAMBAK BAKTI

Johor, Sarawak, Sabah, Labuan

Sinopsis

Novel ini mengisahkan kegigihan ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan memajukan koperasi sekolah mereka. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, Razali, Harun, Swee Lan dan Saridevi antara yang berusaha gigih dan sentiasa melaksanakan tugas mereka di koperasi tersebut. Selain menjual alat tulis dan makanan, mereka juga memelihara ayam telur dan menubuhkan sebuah bilik bacaan. Kejayaan Razali menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha koperasi menyebabkan Munir marah dan menyimpan dendam terhadapnya kerana dia menginginkan jawatan tersebut. Munir bukan sahaja menghina Razali sebagai anak yang tidak tentu bapanya, malahan dia dan dua orang rakan baiknya, Leong dan Silvam telah memukul Razali. Akibat perbuatan itu, mereka telah dirotan oleh Pengetua. Razali telah dipilih untuk mengikuti kursus koperasi di Maktab Kerjasama Malaysia di Petaling Jaya.

Kemudian, Swee Lan telah mencadangkan agar mereka menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah Malaysia. Sejak itu, mereka bertungkus lumus bekerjasama untuk memajukan semua kegiatan koperasi, termasuklah menyusun barang jualan, mengemaskinikan akaun, baucar, menghias kedai koperasi dan menguruskan bangsal ternakan ayam telur serta bilik bacaan.

Suatu pagi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang bertugas berasa terkejut apabila mendapati kedai koperasi mereka telah dicerobohi. Razali disoal siasat oleh polis kerana dia memegang kunci kedai koperasi selain Pengetua. Munir, Leong dan Silvam menuduh Razali menceroboh kedai koperasi. Pak Zakaria telah menghalau Razali keluar dari rumah apabila Munir memberitahunya bahawa Razali yang telah menceroboh kedai koperasi sekolah. Sementara itu, Pengetua, Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah dan Cikgu Hassan bersetuju untuk mencari jalan supaya penceroboh tersebut dapat diperangkap.

Pada suatu hari, kedai koperasi telah dicerobohi lagi. Kebijaksanaan Cikgu Zulkifli menulis huruf ‘K’ pada duit kertas di kedai koperasi membuahkan hasil apabila penceroboh kedai koperasi tersebut berjaya dikenal pasti. Melalui pemeriksaan mengejut yang dijalankan, Munir tertangkap. Cikgu Khalid telah menemukan kunci dan duit yang bertulis huruf ‘K’ di dalam beg sekolah Munir. Ahli Jawatankuasa Disiplin sekolah bersetuju menjatuhkan hukuman tiga kali rotan di hadapan perhimpunan terhadap Munir. Munir dirotan dan digantung persekolahan selama seminggu. Munir meminta maaf daripada Razali. Tidak lama selepas itu, Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah muncul sebagai johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah. Ibu bapa pelajar telah dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah untuk meraikan kemenangan tersebut. Pada hari itu juga terbukalah rahsia bahawa Pak Ramli merupakan ayah kandung Razali dan Ramlah ialah adik tiri Razali.

BAHAGIAN B Novel

38

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

DESTINASI IMPIAN

Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya

Sinopsis

Johari bersama-sama sepupunya, Firdaus dan Azlina menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal sejauh lebih 50 kilometer menuju ke Pantai Morib. Dalam perjalanan, mereka menghadapi pelbagai cabaran termasuk kerenah Firdaus yang selalu merungut keletihan dan menyesal kerana menyertai aktiviti tersebut. Azlina sering kali menyindir abangnya, Firdaus kerana dia merasakan bahawa abangnya terlalu lemah dan tidak bersikap seperti lelaki sejati. Dalam perjalanan tersebut, berlaku beberapa pertengkaran kecil dan perselisihan faham antara mereka, terutamanya antara Firdaus dengan Azlina. Namun begitu, mereka berjaya tiba di Pantai Morib setelah waktu hampir petang. Firdaus disambut dengan meriah oleh rakan-rakan sekelasnya yang selalu memperkecil kebolehan dirinya di sekolah akibat perwatakannya yang lemah lembut.

Firdaus berasa bangga apabila dipuji dan hal tersebut telah berjaya membuktikan kemampuannya terutamanya apabila berhadapan dengan gadis yang diminatinya dalam diam, Mazlinda. Oleh sebab riak, Firdaus mengatakan bahawa perjalanan mereka mengambil masa yang lama disebabkan oleh adiknya yang sering berhenti rehat kerana merungut keletihan. Dua orang rakannya, iaitu Sazali dan Moksin tidak mempercayai perkara yang dikatakan oleh Firdaus dan mereka ingin menyiasat hal tersebut daripada Azlina. Sementara itu, Johari dan Azlina pula disambut dengan mesra oleh rakan kolej Johari dan mereka menginap di khemah yang berlainan dan agak jauh dari khemah Firdaus.

Pada malam itu, Firdaus bermimpi dirinya lemas di dalam laut setelah dihumban oleh Sazali dan Moksin kerana berbohong. Mimpi tersebut menyedarkan Firdaus akan kesalahannya dan dia mula berasa takut. Keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang terlebih dahulu dan meninggalkan Firdaus bersama-sama rakan-rakannya setelah dia enggan mengikut mereka untuk pulang bersama-sama. Ketika mandi-manda di pantai, Mazlinda lemas dan Firdaus segera membantunya. Walau bagaimanapun, Firdaus lemas dan pengsan kerana tidak pandai berenang. Sebenarnya, Mazlinda hanya berpura-pura tidak pandai berenang kerana ingin menguji Firdaus. Firdaus insaf akan kesilapannya yang angkuh dan dia menerima teguran daripada Johari secara positif. Rakan-rakannya datang melawat Firdaus di hospital.

39

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

FORMULA TERMODINAMIK

Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu

Sinopsis

Novel ini mengisahkan Amir dan Usamah yang mahu mengubah suai mesin rumput dan menghasilkan pemotong rumput yang mempunyai dua fungsi, iaitu untuk memotong rumput dan membajak tanah. Amir memerlukan bantuan daripada Profesor Othman untuk menjelaskan kepadanya tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Sementara itu, Aswan berasa risau apabila mengetahui Amir mahu mencipta mesin 2 dalam 1. Dia mahu mencipta model yang sama cuma berbeza fungsi. Aswan pergi ke rumah nenek Amir dan dia berasa gembira kerana memperoleh maklumat Formula Dua Hukum Popular Termodinamik yang diidamkannya.

Amir gelisah kerana kehilangan storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamiknya. Pada malam itu, Amir dan Usamah pulang ke rumah ibu bapa Amir. Mereka terus masuk ke pejabat persendirian Damit, ayah Amir. Amir menghadap komputer untuk mencari Formula Termodinamik. Ketika Amir sedang menyemak storan data Termodinamik, tiba-tiba data Syarikat Bahagia milik bapanya terpapar pada skrin komputer. Amir dapat mengesan ada orang yang sedang berusaha untuk memindahkan storan data syarikat ayahnya itu. Fikiran Amir kalut kerana bukan sahaja kehilangan storan Formula Termodinamiknya, bahkan storan data syarikat bapanya juga menjadi mangsa.

Apabila tiba musim menanam padi, penduduk kampung datang untuk menolong nenek menanam padi di sawahnya. Tiba-tiba, suasana menjadi hingar-bingar apabila nenek jatuh ke dalam paya. Nenek pengsan. Nenek dibawa ke rumah sakit. Jam 9:00 pagi, Amir masuk ke pejabat bapanya. Amir menekan kod rahsia komputer. Tiba-tiba, muncul mesej yang diikuti oleh perkataan amaran.

Intan, ibu Amir memberitahu suaminya bahawa maklumat syarikat mereka telah bocor. Damit terkejut. Sementara itu, Amir dan Usamah yang sampai di Kampung Warisan diberitahu oleh Zaid bahawa dia dan Adnin telah dapat mengesan penjenayah di kampung itu. Amir mengatur strategi untuk menangkap penjenayah itu. Usamah dan Amir menduga pemacu pena itu ada kaitan dengan kehilangan storan data Formula Termodinamik mereka sebelum ini. Zaid memberitahu bahawa Asma akan berkahwin dengan abang Aswan, iaitu Asman. Rupa-rupanya, mereka telah ditunangkan oleh kedua-dua ibu bapa mereka sejak kecil lagi. Amir hampa. Kemudian, Adnin datang memberitahu bahawa kampung mereka dilanda banjir. Aswan, Fikri dan Majibon yang dihanyutkan air telah berpaut pada sebatang kayu. Amir dan rakan-rakannya menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon yang terapung-apung di permukaan air. Apabila Aswan mulai aktif, dia meminta maaf kepada Amir kerana telah mengkhianati persahabatan mereka. Aswan juga mengaku bahawa dia telah mencuri storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.

Amir dan Usamah mendapat biasiswa atas kejayaan mereka mencipta projek mesin 2 dalam 1, sekali gus memenangi Anugerah Saintis Muda. Mereka akan melanjutkan pengajian ke luar negara. Mereka bertekad akan pulang dengan membawa kejayaan yang gemilang.

40

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

PELARI MUDA

Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang

Sinopsis

Kamarul, pelari terpantas yang kian terkenal di seluruh negara dilihat menjadi semakin angkuh dan bongkak di hadapan rakan-rakan dan jurulatihnya. Mereka menjadi hairan akan sikap Kamarul yang cepat lupa diri dan angkuh. Dia enggan berlatih bawah bimbingan jurulatihnya kerana merasakan bahawa dia mampu berlatih dan berjaya bersendirian. Hubungannya dengan jurulatih dan rakan-rakan kelasnya juga semakin renggang. Dalam diam, seorang rakannya, Sures juga sedang gigih berusaha untuk mengatasi rekod pencapaian Kamarul sebelum ini. Kamarul terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan lutut dan mukanya cedera.

Selepas insiden tersebut, Kamarul menjadi insaf dan kembali berlatih bawah bimbingan jurulatihnya. Kamarul dan peserta yang terpilih untuk mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Bangkok gigih berlatih untuk mendapatkan pingat emas dan berjaya dalam sukan tersebut. Atas dorongan dan semangat yang diberikan oleh jurulatihnya, Kamarul terus berusaha walaupun fizikalnya belum pulih sepenuhnya. Dia juga bersemangat setelah bertemu dengan pelari dari Filipina yang menjadi idolanya, De Wega. Hari yang dinanti telah tiba. Kamarul berjaya mendapatkan pingat emas dalam acara larian yang disertainya dan berjaya meletakkan Malaysia di tangga kedua. Kamarul menerima cenderamata daripada De Wega sebagai tanda kenangan dan daripada jurulatihnya sebagai tanda perpisahan. Kamarul yang pulang ke Malaysia disambut dengan meriah oleh keluarga dan rakan-rakannya.

41

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 1

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F. I. (ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini (iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman (iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

Fokus penceritaan dalam novel merupakan bahagian utama yang dicari oleh pembaca untuk mendapatkan tema cerita yang sedang dibaca oleh mereka. Berdasarkan sebuah daripada novel di bawah, huraikan tema yang diutarakan oleh pengarang berserta bukti-buktinya dalam novel tersebut.

NOVEL TEMASejambak Bakti Kegigihan memajukan koperasi sekolah.

Destinasi Impian Cabaran yang perlu ditempuhi dalam kehidupan.

Formula Termodinamik Sifat kreatif dan inovatif yang memberikan manfaat kepada masyarakat.

Pelari Muda Kegigihan seorang remaja untuk mencapai impian.

BAHAGIAN B Novel

42

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 2

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F. I. (ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini (iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman (iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

Persoalan merupakan aspek penting penceritaan dan menjadi fokus utama dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah daripada novel di bawah, huraikan tiga persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel yang anda kaji berserta contoh peristiwa yang sesuai.

NOVEL PERSOALANSejambak Bakti • Semangat kerjasama.

• Ketabahan menghadapi dugaan.• Semangat setia kawan.

Destinasi Impian • Ketabahan menghadapi dugaan.• Amalan membaca akan menambahkan pengetahuan.• Kepentingan menjaga bahasa.

Formula Termodinamik • Keinsafan akan kebesaran kuasa Tuhan.• Sikap dengki akan keejayaan orang lain.• Kebijaksanaan dalam melakukan tindakan.

Pelari Muda • Kepentingan ilmu dalam hidup.• Sikap mudah lupa diri apabila sudah berjaya.• Insaf akan kesilapan diri.

43

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 3

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F. I. (ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini (iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman (iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

Dalam sesebuah novel, tempat menjadi saksi kepada peristiwa yang berlaku di dalamnya dan menjadi salah satu aspek yang mewarnai novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga latar tempat yang diberikan dan peristiwa yang berlaku di situ.

NOVEL LATAR TEMPATSejambak Bakti • Kedai koperasi

• Bilik Pengetua• Pondok di tengah sawah

Destinasi Impian • Laut Pantai Morib• Gerai air tebu• Hospital

Formula Termodinamik • Rumah nenek• Sawah padi• Rumah sakit

Pelari Muda • Rumah Kamarul• Di dalam bas• Stadium Nasional, Bangkok

44

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 4

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F. I. (ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini (iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman (iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

Kewujudan pelbagai watak merupakan aspek penting dalam sesebuah karya sastera.Berdasarkan watak yang diberikan di bawah, jelaskan tiga perwatakan watak tersebut dalam novel yang anda kaji yang dapat dijadikan teladan dalam kehidupan.

NOVEL WATAK DAN PERWATAKANSejambak Bakti Razali

Destinasi Impian Firdaus

Formula Termodinamik Amir

Pelari Muda Kamarul

45

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 5

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F. I. (ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini (iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman (iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

Kewujudan kelompok masyarakat yang pelbagai merupakan antara perkara yang terdapat dalam sesebuah novel. Berdasarkan pernyataan kelompok masyarakat yang diberikan di bawah, huraikan peristiwa yang menggambarkan latar tersebut dalam novel yang anda kaji.

NOVEL KELOMPOK MASYARAKATSejambak Bakti Masyarakat yang gigih berusaha.

Destinasi Impian Masyarakat yang menyahut cabaran.

Formula Termodinamik Masyarakat yang hidup saling membantu.

Pelari Muda Masyarakat yang sedar akan kesalahan diri.

46

PRAKTIS 2

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Latihan 6

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F. I. (ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini (iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman (iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

Selain berperanan sebagai salah satu bentuk hiburan, novel juga berperanan untuk menerapkan pelbagai ilmu dan pengajaran melalui nilai-nilai positif dan negatif untuk dijadikan pegangan dan panduan oleh pembaca.

Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, huraikan tiga nilai murni yang boleh diteladani daripada novel yang anda kaji.