2 adabetikasains

28
ADAB DAN ETIKA SAINS PROGRAM LATIHAN AMALI SAINS 2015

Upload: nurain

Post on 22-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

AMALI SAINS

TRANSCRIPT

  • ADAB DAN ETIKA SAINS PROGRAM LATIHAN AMALI SAINS 2015

  • OBJEKTIF SESI :Di akhir sesi, peserta akan dapat:-Mengenal pasti adab dan etikaMenghuraikan kesan adab dan etika terhadap pembelajaran sains

  • APAKAH definisi etika ?Ilmu berkaitan prinsip-prinsip atau moral, prinsip moral ( atau akhlak ) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan ;persatuan, pekerjaan dan lain-lain (kamus Dewan Edisi ke-3 dan ke-4)Kajian yang bersifat falsafah terhadap moral (Gluck ,1986)Menurut Sidi Gazalba , etika ialah teori mengenai tingklah laku manusia yang dipandang dari segi baik dan buruk dan sejauh mana pula dapat ditentukan oleh akal( Masnizah Mohd, 2005)

  • APAKAH ETIKA?

    Garis panduan yang memandu manusia dalam pemikiran, kelakuan dan perbuatan serta menjadi rujukan dalam menentukan nilai perlakuan benar, salah, baik buruk negatif mahupun positif.

  • MENGAPA PERLU ETIKA?Etika adalah bagi memahami nilai yang dikaitkan dengan perlakuan manusia, tabiat moral, menakrifkan benar dan salah, baik dan buruk, yang patut dan tidak patut dilakukan dalam perlakuan manusia.

  • Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

  • Falsafah Pendidikan Sains

    Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahanserta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi

  • Objektif Pendidikan Sains

    1.Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian. 2.Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri serta alam sekeliling. 3.Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah. 4.Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. 5.Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan.

  • 6. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.

    7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni .

    8. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi.

    9. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

    10. Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi untuk kebeterusan hidup.

    Objektif Pendidikan Sains

  • KESAN PENYANGKALAN ETIKAmenimbulkan kontroversi seperti menggugurkan kandungan, homosexualiti, hak asasi, penggunaan senjata pemusnah dan sebagainya.

  • Pendidikan Sains

  • KERANGKA KONSEPNILAIETIKAADABMELAHIRKANpanduan

  • APAKAH NILAI? merujuk kepada :digunakan juga untuk memberi ukuran kepada sesuatuprinsip/asas (falsafah pendidikan) bagi tujuan mengukur sesuatu

  • APAKAH NILAI?

    Pada asasnya ada dua pusat nilai yang menjadi landasan pembinaan sistem nilai iaitu pusat nilai berasaskan ketuhanan (God-centred value)pusat nilai yang berasaskan manusia (human-centred value)

  • APAKAH NILAI?apakah nilai bagi perbuatan atau tindakan mendirikan rumah bagi perlindungan anak yatim? apakah nilai bagi perbuatan mengubah data semasa menjalankan eksperimen?Apakah nilai membuang sisa merbahaya ke dalam sinki atau saliran air?Apakah nilai mencipta GMO ?

  • Tayangan 1 : (10 minit)

  • APAKAH definisi adab ? merupakan budi pekerti yang halus atau tingkah laku yang baik (Kamus Pelajar)tingkah laku serta tutur kata yang halus ( sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan atau cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu, budi bahasa dan tingkah laku, pengetahuan mngenai buruk baik bagi kelakuan manusia. (Kamus Dewan edisi ke-3 dan edisi ke-4)Sesuatu yang disandarkan kepada perkara yang dipuji samaada dari sudut perkataan atau perbuatan.( Faisal Ahmad Shah dan Nor Saleha Mohd salleh). Adab merupakan akhlak. (Masnizah Mohd, 2005)

  • APAKAH definisi adab ? melibatkan :pembudayaan tabiat yang baik yang perlu dimiliki oleh seseorang tanggung jawab dan kewajipan yang perlu ditunaikanperaturan yang perlu diikuti akibat perbuatan kita kepada pihak lain.

  • APAKAH ADAB SAINS? Ada kalanya bagi orang Melayu adab juga dihubungkaitkan dengan adat seperti adat perkahwinan, meminang, adat bertandang

    Lawan adab adalah biadab. Seseorang yang tidak beradab akan disifatkan sebagai biadab

  • adab dengan ibu bapa, adab dengan orang tua, adab dengan guru, adab belajar, adab berkawan, adab berbahasa dan sebagainya.

    BERADAB dengan siapa ?

  • PERSAMAAN DAN PERBEZAANPersamaankesemuanya menyangkut soal nilai baik atau buruk, betul atau salah, positif atau negatif, patut atau tidak patut,dituntut atau ditegah

    Perbezaan-Nilai-memberi ukuran kepada sesuatuEtika-falsafah moral/garis panduan yg memandu pemikiran, kelakuan dan perbuatanAdab-kelakuan dan tindak tanduk halus, berseni dan berhikmah

  • KONSEP DAN PRINSIP ASAS ETIKA DAN NILAI MURNI SAINS

    1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. 2. Jujur dan tepat dalam merekod danmengesahkan data. 3 Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara. 4. Bertangungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar. 5. Menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam. 6. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat. 7. Menghargai keseimbangan alam semula jadi 8. Berhemah tinggi dan hormat menghormati. 9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi 10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

  • 11. Berfikiran kritikal dan analitis. 12. Luwes dan berfikiran terbuka. 13. Baik hati, kasih sayang dan ikram. 14. Bersifat objektif. 15. Sistematik 16. Bekerjasama 17. Adil dan Saksama. 18. Berani Mencuba 19. Berfikir Secara Rasional 20. Yakin dan berdikari.

    KONSEP DAN PRINSIP ASAS ETIKA DAN NILAI MURNI SAINS

  • BIMA

  • Salam sejahtera

  • Tayangan 2 : (10 minit)

  • KESIMPULANWalau apapun takrifan dan pengertian yang diberikan, dapatlah diringkaskan bahawa semuanya berkaitan soal perlakuan, sikap, pemikiran, tindakan, amalan manusia yang baik mahupun sebaliknya yang turut memberi kesan kepada masyarakat.

    *