1.teks ucapan vip

5
TEKS UCAPAN PANGLIMA / PEGAWAI MEMERINTAH/KETUA POLIS DAERAH BAGI MAJLIS PRA-PELANCARAN PROGRAM REMAJA BERWAWASAN 2015 Assalammualaikum W.B.T / Salam 1 Malaysia Yang Berusaha En Mohd Nazir B Musa Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas, Pn Fauziah Bt Hasim Penolong kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru dan seterusnya murid-murid SMK Kiaramas yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah rahmat-Nya kita dapat bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan yang diadakan pada pagi ini. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Tuan/Puan Pengetua, majlis pelancaran Program Remaja Berwawasan ini jalankan serentak di 120 buah sekolah di seluruh negara, iaitu melibatkan 10 buah negeri, iaitu sekolah-sekolah di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, W.P. Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan. Saya amat tertarik dengan ucapan Yang Berbahagia Tuan/Puan Pengetua tadi iaitu tentang azam dan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau terhadap program Remaja 1

Upload: chepout

Post on 14-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN PANGLIMA / PEGAWAI MEMERINTAH/KETUA POLIS DAERAHBAGI MAJLIS PRA-PELANCARAN

PROGRAM REMAJA BERWAWASAN 2015Assalammualaikum W.B.T / Salam 1 MalaysiaYang Berusaha En Mohd Nazir B MusaPenolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas,

Pn Fauziah Bt Hasim

Penolong kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas,

Guru-guru Penolong Kanan,

Guru-guru dan seterusnya murid-murid SMK Kiaramas yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah rahmat-Nya kita dapat bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan yang diadakan pada pagi ini. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Tuan/Puan Pengetua, majlis pelancaran Program Remaja Berwawasan ini jalankan serentak di 120 buah sekolah di seluruh negara, iaitu melibatkan 10 buah negeri, iaitu sekolah-sekolah di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, W.P. Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan. Saya amat tertarik dengan ucapan Yang Berbahagia Tuan/Puan Pengetua tadi iaitu tentang azam dan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau terhadap program Remaja Berwawasan ini. Saya yakin dan percaya bahawa murid-murid yang terpilih untuk menyertai program ini juga akan memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu terhadap aktiviti-aktivi yang akan kita jalankan. Kami bagi pihak jurulatih dan juga kepimpinan sekolah ini berharap agar program ini dapat dilaksanakan dengan lancar di sekolah ini, serta menghasilkan murid yang mempunyai disiplin yang tinggi serta berupaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Tuan-tuan, puan-puan serta murid-murid yang dikasihi sekalian,Program Remaja Berwawasan ini adalah merupakan hasil cetusan idea Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia melalui program di bawah National Blue Ocean Strategy, atau di dalam Bahasa Melayunya Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Program ini merupakan program peringkat kebangsaan yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di Raja Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, beberapa kementerian atau jabatan lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia juga akan terlibat dengan program ini. Untuk makluman guru-guru serta para pelajar sekalian. Sepanjang 2 tahun program ini telah dilaksanakan iaitu pada tahun 2013 dan 2014, pihak penganjur iaitu urusetia induk mendapati, program ini telah mendatangkan banyak faedah kepada murid-murid yang terlibat. Kajian yang dijalankan oleh pihak UPSI mendapati bahawa, tahap keyakinan diri murid yang menyertai program ini telah meningkat dengan mendadak sekali. Selain itu juga, kajian mendapati bahawa berlaku perubahan sikap pada diri murid yang menyertai program ini iaitu daripada kurang berdisiplin kepada murid yang lebih berdisiplin. Itulah perubahan yang amat kami harapkan dalam program ini. Selain itu juga, pihak kami juga mendapati bahawa murid-murid amat teruja untuk menyertai program ini, kerana mereka akan menerima markah kokurikulum peringkat kebangsan yang mana markah ini amat sukar untuk diperolehi oleh murid-murid yang lain. Oleh itu saya berharap, agar murid-murid yang terpilih pada tahun ini, akan memberikan sepenuh perhatian dan komitmen dalam aktiviti-aktiviti yang akan kami laksanakan. Tuan-tuan, puan-puan serta murid-murid yang dikasihi sekalian,

Manusia dijadikan oleh Tuhan dengan beberapa keistimewaan atau potensi diri yang unik dan berbeza-beza. Kadangkala kita tidak menyedari akan keistimewaan yang kita ada. Orang lain seperti guru, rakan-rakan merupakan agen yang penting dalam mengenalpasti keistimewaan yang ada pada diri kita. Keistimewaan itu diharapkan dapat dicungkil atau dipupuk supaya para pelajar yang terpilih nanti akan dapat merasakan bahawa beliau sangat istimewa kepada sekolah, keluarga, masyarakat dan juga negara. Program-program menarik serta teratur telah kami rancang dengan begitu teliti agar pengisiannya dapat meningkatkan karektor diri sehinggakan setiap individu itu dapat merasakan bahawa mereka adalah merupakan aset yang amat bernilai kepada sekolah, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Sebelum mengundur diri, saya berdoa dan berharap agar program ini akan mencapai matlamatnya kerana murid-murid yang berada di hadapan saya ini merupakan pelapis yang akan mewarisi kemajuan negara ini pada masa akan datang. Maka dengan lafaz suci Bismillahirrahmanirrahim, ini saya dengan sukacitanya merasmikan pra-pelancaran Program Remaja Berwawasan peringkat Sekolah ini.Sekain,terima kasih.Wabillah hitaufik wal hidayah

Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

1