183212911 aliran dan tokoh tatabahasa melayu docx 140114064154 phpapp02

Upload: nur-siti-zahara

Post on 13-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 5/22/2018 183212911 Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu Docx 140114064154 Phpapp02 - slidepdf...

    http:///reader/full/183212911-aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx-14011406415

    Pengenalan

    Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara.

    Pengangkatan martabat bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa

    pengantar dalam pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini.

    Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi

    asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu,

    bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang

    tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami

    serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.

    Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa yang menentukanbahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain,

    tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang

    meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa dahulunya dikenali sebagai nahu.

    Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara rin gkas menyatakan tatabahasa

    ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa

    tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk

    membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi

    Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikantatabahasa sebagai susunan perkataan

    yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam

    ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.

    Menurut Siri Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana

    perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan

    perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan perkataan

    lain, tatabahasa laiah retetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsure-

    unsur ucapan menurut fungsinya.

    Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-

    undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan

    atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru

    yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifastnya dinamik, hidup dan

    berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Terdapat 12 kategori

    tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Hanya 4 kategori tatabahasa

  • 5/22/2018 183212911 Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu Docx 140114064154 Phpapp02 - slidepdf...

    http:///reader/full/183212911-aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx-14011406415

    yang akan kami huraikan. Antaranya ialah tatabahasa transformasi generatif,

    tatabahasa tradisional, tatabahasa structural dan tatabahasa fungsional.

    TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF

    Pengenalan

    Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik

    pada tahun 1957 oleh Avram Noah Chomsky. Beliau ialah seorang ahli linguistik ,

    pendidik , aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir dan

    dibesarkan di Philadelphia, Pennsylvania. Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada

    tahun 1945 dan pengajian sarjananya pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania.

    Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberinama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun

    1950- an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa tranformasi generatif

    dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of

    Syntax (1965) iaitu buku yang telah menghuraikan nahu tranformasi dengan eksplisit

    dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus

    semacam rumus matematik.

    Tatabahasa Transformasi Generatif mendapat sambutan dan popular dalam

    kalangan para linguistik antarabangsa termasuklah pakar-pakar bahasa di Malaysia.

    Pengaruh terhadap tatabahasa Transformasi Generatif ini bukan hanya setakat di

    Amerika sahaja malah telah menular ke negara-negara Eropah dan juga ke Asia

    Tenggara khususnya Malaysia. Antara tokoh-tokoh bahasa Melayu yang sealiran dan

    seangkatan dengan tatabahasa ini ialah Lutfi Abas melalui bukunya iaitu Linguistik

    Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulisnya pada tahun 1971 , Abdullah Hassan

    melalui bukunya iaitu Linguistik Am tahun 1980 , Nik Safiah Karim melalui buku

    Tatabahasa Dewan (1991) dan Bahasa Malaysia Syntax (1978) dan beberapa orang

    lagi ahli bahasa Transformasi Generatif Melayu.

    Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab

    pengkajian bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta

    mengutamakan bidang semantik. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap

    bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-

    peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan.

  • 5/22/2018 183212911 Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu Docx 140114064154 Phpapp02 - slidepdf...

    http:///reader/full/183212911-aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx-14011406415

    Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat

    inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat.

    Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan

    daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya

    diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen

    fonologi.

    Menurut Nik Safiah Karim (1993), teori TG mengandaikan adanya dua peringkat

    struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-

    dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa.

    Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi.RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan

    menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-

    dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada

    struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat

    permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini

    menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu.

    Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan

    ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan

    himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang

    mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baharu dan memahami

    pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu

    dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.

    Menurut Hashim Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut aliran TG

    mengandungi lima komponen iaitu komponen leksikon, komponen kategori atau struktur

    frasa, komponen transformasi, komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen

    leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan

    bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk komponen sintaksis.

    Rumusan

    Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky

    memberi impak kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah

    memberi satu dimensi baru dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah

  • 5/22/2018 183212911 Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu Docx 140114064154 Phpapp02 - slidepdf...

    http:///reader/full/183212911-aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx-14011406415

    mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya.

    Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam

    pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan ini dilakukan dengan beberapa

    pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu.

    Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Asmah

    Hj Omar dan Hashim Hj Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa

    Transformasi Generatif dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di

    peringkat universiti. Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah

    mempengaruhi senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan

    tatabahasa Melayu di Malaysia.

    TATABAHASA TRADISIONAL

    Pengenalan

    Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik.

    Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti

    kata lain, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan

    penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini

    bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan

    tepat sepanjang masa.

    Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis

    lebih penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada

    bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini

    kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan

    secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan

    diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum

    biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini

    menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian.

  • 5/22/2018 183212911 Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu Docx 140114064154 Phpapp02 - slidepdf...

    http:///reader/full/183212911-aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx-14011406415

    PELOPOR TATABAHASA TRADISIONAL

    Tatabahasa tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku

    di Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini.Teori Tatabahasa

    Tradisionaloleh Panini telah mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai ucapan

    fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk

    membunyikan suara.

    IDEA ASAS PANINI

    Pengetahuan linguitik tatabahasa di India berasaskan daripada kajian yang dibuat

    tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam Rig-

    Veda. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini mengemukakan rencana bahasa yanglengkap serta teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi

    berdasarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. Selain itu, ciri nahu teori ini

    mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai

    peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Lalu bahasa Yunani bertapak kepada

    tatabahasa Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di

    samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang

    dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Konsep teori ini diikuti oleh

  • 5/22/2018 183212911 Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu Docx 140114064154 Phpapp02 - slidepdf...

    http:///reader/full/183212911-aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx-14011406415

    huraian. pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu terjemahan.

    Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan kajian yang

    berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. Keistimewaan tatabahasa ini terletak pada

    caranya dikaji, dihurai dan disusun berdasarkan pemerhatian yang halus.

    KEPENTINGAN TEORI YANG DIPELOPORI

    Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala

    perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Tatabahasa tradisional atau

    Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka

    jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Tatabahasa dan tatabunyi yang dinyatakan

    oleh Panini memperlihatkan cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yangmemperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan kepada

    penemuan linguistik perbandingan. Teori ini seterusnya diperkembangkan oleh Plato

    yang telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang

    lengkap iaitu Logos.

    Rentetan sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional

    Panini ( Zaman India 2- 200 SM)

    Plato, Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM )

    Priscian ( Zaman Romawi- 500 SM )

    Al-Khalil, Al-Masri ( Zaman Renaissance )

    Jason Grimm ( Zaman Perbandingan )

    Linguistik moden Ferdinand de Saussure ( Abad ke-19 dan 20 )

    TATABAHASA STRUKTURAL

    Definisi Tatabahasa Struktural

  • 5/22/2018 183212911 Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu Docx 140114064154 Phpapp02 - slidepdf...

    http:///reader/full/183212911-aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx-14011406415

    Tatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh

    itu, aliran Tatabahasa Struktural menekankan bahawa tatabahasa: ..is concerned

    with the observable forms, structural functions and inter- relations of the components of

    sentences of stretches of utterance( Robins, 1971). Dalam Bahasa Melayu ianya

    bermaksud . merangkumi bentuk bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan

    saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan.

    Tokoh- Tokoh Tatabahasa Struktural

    Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan , muncul tokoh-tokoh bahasa

    seperti Bloch, Haris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metadologi mereka.Aliran ini digelar Struktural, taxonomist dan Bloomfieldian. Tatabahasa Struktural dikait

    dengan era Linguistik Moden. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah

    Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan

    oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal dengan nama Course in general

    Lingistik. Sesungguhnya Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk.

    Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan

    unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand berkembang

    dengan pelbagai mazhab antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik.

    Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield , Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak

    menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S

    Haris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Haris jelas terpapar dalam

    buku berjudul Structural Linguistik (1951). Dalam bukunya itu, Haris didapati sangat

    mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji

    bahasa. Sementara itu tokoh Tatabahasa Struktural Melayu Era Tahun 1960-an ialah

    Asmah Hj. Omar (1968) -Morfologi- Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa

    Indonesia Satu Perbandingan Pola.Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) - An

    Introduction to Malay Grammar.Asmah Hj. Omar (1970) -Bahasa Malaysia Kini: Satu

    Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V) dan asraf (1971) - Mari Belajar Bahasa Kita.

    Hasilan Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir,Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau

    menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran

  • 5/22/2018 183212911 Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu Docx 140114064154 Phpapp02 - slidepdf...

    http:///reader/full/183212911-aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx-14011406415

    Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of

    London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau

    terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan

    dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala

    tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu

    mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan

    digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara

    terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.

    Fokus pengkajianTatabahasa Struktural ialah aspek penghuraian struktur

    bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi,dengan fonem sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada

    satu pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah:

    Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan

    Bahasa ialah satu sistem

    Sistem bahasa ialah arbitari

    Bahasa adalah untuk perhubungan

    Aliran Struktural menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa

    dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Pada

    peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan

    taburan kata-kata dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktul

    memberi tumpuan kepada perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituen-

    konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-

    bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-

    tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini digelar

    analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis).(Fries, 1957). Secara

    khususnya cirri-ciri Tatabahasa Struktural ialah

    Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu

    bahasa

  • 5/22/2018 183212911 Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu Docx 140114064154 Phpapp02 - slidepdf...

    http:///reader/full/183212911-aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx-14011406415

    Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam

    sesuatu unsur tatabahasa

    Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat

    Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik

    Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul

    Rumusan

    Aliran strultural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan

    jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa.

    TATABAHASA FUNGSIONAL

    Pengenalan

    Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar) sebenarnya adalah merupakan nama

    sekumpulan teori linguistik yang secara umum dapat digolongkan ke dalam linguistik

    fungsional (linguistic functionalism), termasuk di dalamnya functional discourse grammar

    yang dibangunkan oleh linguis Belanda Simon Dik dan systemic functional grammar

    yang dibangunkan oleh linguis Inggeris Michael A. K. Halliday.

    Di samping itu juga, pandangan Choamsky yang mendapat penambahbaikan

    dari Simon C.Dick(1978) telah mengembangkan tatabahasa fungsional. Tata bahasa ini

    didasarkan pada fungsi bahasa sebagai satu alat komunikasi. Dalam pada itu juga, tata

    bahasa ini tidak diakui sintaksis sebagai sistem yang otonom, melainkan sistem ini

    didasarkan pada semantik (Dick,1978).Tatabahasa fungsional adalah salah satu linguistik moden. Tatabahasa

    fungsionalnya juga merupakan instrumen simbolik yang digunakan untuk tujuan

    berkomunikasi. Pandangan tatabahasa fungsional mendasarkan bahawa struktur

    bahasa tidak akan difahami secara tidak baik apabila prinsip pragmatik diabaikan.

    Kajian sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu dasar konvensyen pragmatik yang

    menentukan penggunaan bahasa sebagai interaksi verbal iaitu sintaksis membentuk

    kemampuan gramatikal untuk mengekspresi bahasa, sedangkan pragmatik

  • 5/22/2018 183212911 Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu Docx 140114064154 Phpapp02 - slidepdf...

    http:///reader/full/183212911-aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx-14011406415

    berkemampuan menggunakan ekspresi bahasa secara sesuai demi mewujudkan

    kejayaan sesebuah komunikasi. Oleh kerana itu, tatabahasa fungsional melibatkan

    fungsi sintaksis, fungsi semantik dan fungsi pragmatik.

    Secara umumnya, tatabahasa fungsional (TBF) adalah teori yang berusaha

    menjelaskan susunan bahasa semulajadi dari segi fungsionalnya. Kerana itulah

    pengembangan teori ini memusatkan perhatiannya kepada tiga perkara yang saling

    berkaitan, iaitu (1) fungsi bahasa semulajadi, (2) fungsi hubungan yang terjadi pada

    pelbagai peringkat susunan tata bahasa, dan (3) sasaran yang ingin dicapai.

    Untuk merealisasikan perkara di atas, pembangunan teori-teori tata bahasa

    fungsional ini harus memenuhi tiga standard, iaitu:1. Tipologis. Ertinya, peraturan dan prinsip-prinsip teori ini harus dapat diterapkan

    dalam

    mana-mana bahasa semulajadi.

    2. Pragmatik. Ertinya, rumusan yang dikemukakan harus memberi pemahaman

    mengenai

    bagaimana ungkapan-ungkapan dapat digunakan secara efektif dalam interaksi

    komunikatif.

    3. Psikologi. Ertinya, apa-apa yang dikemukakan oleh tata bahasa fungsional harus

    bersesuaian dengan perkara-perkara yang telah diketahui.

    Dalam pada itu juga, tatabahasa fungsional ada tiga tingkatan fungsi-fungsi yang

    menjadi perhatian, iaitu:

    1. Fungsi Semantik (Pelaku [Agent], Pesakit [Patient], Penerima [Recipient], dsb.)

    Fungsi ini mendefinisikan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam suatu

    peristiwa atau perbuatan sebagaimana ditunjukkan oleh predikat.

    2. Fungsi Sintaksis (Subjek dan Objek).

    Fungsi ini mendefinisikan bagaimana sudut pandang suatu peristiwa atau

    perbuatan diwujudkan dalam bahasa-bahasa yang diungkapkan.

    3. Fungsi Pragmatik (Tema dan Ekor [Tail], Topik dan Fokus).

    Fungsi ini mendefinisikan status maklumat yang diungkapkan dan menyambung

    ungkapan-ungkapan yang ada dalam perbincangan atau wacana yang sedang

    berlangsung itu. Interaksi verbal yang sedang berlangsung juga dapat digunakan

  • 5/22/2018 183212911 Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu Docx 140114064154 Phpapp02 - slidepdf...

    http:///reader/full/183212911-aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx-14011406415

    sebagai alat analisis atas pelbagai aspek bahasa dan penggunaan bahasa, maka

    tatabahasa fungsional berupaya sekaligus dapat memaksimumkan tahap tipologis dan

    meminimakan peringkat abstraksi analisis linguistiknya. Usaha ini dilakukan dengan

    mengurangkan kadar abstraksi (aturan, cara kerja, atau prosedur), sehingga jarak

    antara struktur berdasarkan teori ini dapat disusun dan disempitkan. Sekatan abstraksi

    dilakukan dengan mengikut prinsip-prinsip berikut:

    1. Mengelakkan transformasi (dalam erti operasi perubahan struktur);

    2. Mengelakkan elemen-elemen kosong dalam struktur utama yang tidak mendapatkan

    ekspresi;

    3. Menolak peranti penapis (filter devices);4. Tidak melaksanakan penguraian leksikal yang abstrak (sebagai gantinya, hubungan

    semantik antara kata dilakukan melalui definisi makna.)

    Secara ringkas, formal grammar (atau umumnya disebut grammar sahaja)

    adalah seperangkat aturan yang mengatur pembentukan kata, frasa, atau ayat dalam

    suatu bahasa atau ilmu mengenai hal itu. Sementara functional grammar adalah model

    tatabahasa yang memasukkan unsur fungsi (pemakaian) yang kontektual dalam suatu

    rangkaian sistem-sistem yang disambungkan dalam menghasilkan makna. Dengan kata

    lain, tata bahasa atau tatabahasa formal hanya tertarik dengan susunan atau proses

    penyusunan bentuk kata, frasa, atau ayat, sedangkan, tatabahasa fungsional

    memusatkan perhatiannya pada bagaimana para pengguna bahasa memilih dan

    menggunakan bentuk atau susunan kata, frasa, atau ayat tertentu dalam

    menyampaikan makna yang mereka inginkan. Pilihan yang mereka gunakan itu sudah

    tentu tidak akan hanya mahal bentuknya saja, tetapi juga hal-hal kontekstual yang lain.