17 nilai murni bahagian c bahasa melayu upsr

11
17 NILAI MURNI BAHAGIAN C BAHASA MELAYU UPSR 1. Baik Hati 2. Berdikari 3. Hemah Tinggi 4. Hormat-menghormati 5. Kasih Sayang 6. Keadilan 7. Kebebasan 8. Keberanian 9. Kebersihan fizikal dan mental 10. Kejujuran 11. Kerajinan 12. Kerjasama 13. Kesederhanaan 14. Kesyukuran 15. Rasional 16. Semangat bermasyarakat 17. Patriotisme Contoh Frasa dan Pecahan Nilai murni dan Pengajaran: Menolong orang - Bertanggungjawab Menghulurkan bantuan - Prihatin Menderma, menyumbang - Toleransi Memberi hadiah - Penyayang Berkongsi barang dengan adik-beradik - Kasih sayang Memberi hadiah - Pemurah Membantu - Baik hati Berkongsi - Berhemah tinggi Membuat kerja rumah/sekolah - Rajin Membuat jadual belajar - Gigih Mengulang kali - Keazaman Menyiapkan .... - Bersungguh-sungguh Mengembalikan - Jujur Memulangkan - Tulus Menyerahkan - Amanah Memberikan (Tidak meminta balasan) - Ikhlas Meminjamkan - Rela hati Tidak berkira - Bertolak-ansur Tidak mementingkan diri sendiri - Sepakat/Muafakat Mengagihkan tugasan - Adil/saksama Membuat sesuatu keputusan - Bijaksana Bertindak - Bestari Mencari penyelesaian - Rasional Menjadi rujukan - Matang Bertindak demi kebaikan - Berani Basuh baju/ kasut - Berdikari Menghormati lagu Negaraku - Cinta negara Mematuhi undang-undang - Semangat patriotik Membawa bekal ke sekolah - jimat-cermat Menjaga kebersihan diri - Cinta kebersihan Menjaga kebersihan alam sekeliling - Mencintai alam Membantu orang lain - Bekerjasama Mengikut arahan guru - Taat Mematuhi peraturan - Akur Patuh arahan ibu bapa - Berdisiplin Tenang mengahadapi sesuatu keadaan - Cekal Tidak mudah kecewa - Tabah Meneruskan usaha walaupun ...- Sabar Tabah melakukan sesuatu - Tidak mudah berputus asa Bangun awal, bersiap awal - Menepati masa Menyiapkan kerja sekolah - Menghargai masa Siapkan kerja mengikut masa - Menepati janji Semangat inisiatif, inovatif, kreatif - Daya usaha Rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit - Dedikasi Berupaya mencapai sesuatu kejayaan - Jaya diri Hidup berbaik-baik dengan jiran - Semangat kejiranan Sikap, pertimbangan yang tidak keterlaluan - Kesederhanaan Kesenangan yang dikecapi - Kesyukuran Pengiktirafan - Penghargaan Berterima kasih - Menghargai Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri - Persaudaraan

Upload: ann-arry

Post on 12-Aug-2015

101 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 17 Nilai Murni Bahagian c Bahasa Melayu Upsr

17 NILAI MURNI BAHAGIAN C BAHASA MELAYU UPSR

 1.          Baik Hati2.          Berdikari3.          Hemah Tinggi4.          Hormat-menghormati5.          Kasih Sayang6.          Keadilan7.          Kebebasan8.          Keberanian9.          Kebersihan fizikal dan mental10.               Kejujuran11.               Kerajinan12.               Kerjasama13.               Kesederhanaan14.               Kesyukuran15.               Rasional16.               Semangat bermasyarakat17.               Patriotisme

Contoh Frasa dan Pecahan Nilai murni dan Pengajaran:

Menolong orang - Bertanggungjawab Menghulurkan bantuan - Prihatin Menderma, menyumbang - Toleransi Memberi hadiah - Penyayang Berkongsi barang dengan adik-beradik - Kasih sayang Memberi hadiah - Pemurah Membantu - Baik hati Berkongsi - Berhemah tinggi Membuat kerja rumah/sekolah - Rajin Membuat jadual belajar - Gigih Mengulang kali - Keazaman Menyiapkan .... - Bersungguh-sungguh Mengembalikan - Jujur Memulangkan - Tulus Menyerahkan - Amanah Memberikan (Tidak meminta balasan) - Ikhlas Meminjamkan - Rela hati Tidak berkira - Bertolak-ansur Tidak mementingkan diri sendiri - Sepakat/Muafakat Mengagihkan tugasan - Adil/saksama Membuat sesuatu keputusan - Bijaksana

Bertindak - Bestari Mencari penyelesaian - Rasional Menjadi rujukan - Matang Bertindak demi kebaikan - Berani Basuh baju/ kasut - Berdikari Menghormati lagu Negaraku - Cinta negara Mematuhi undang-undang - Semangat patriotik Membawa bekal ke sekolah - jimat-cermat Menjaga kebersihan diri - Cinta kebersihan Menjaga kebersihan alam sekeliling - Mencintai alam Membantu orang lain - Bekerjasama Mengikut arahan guru - Taat Mematuhi peraturan - Akur Patuh arahan ibu bapa - Berdisiplin Tenang mengahadapi sesuatu keadaan - Cekal Tidak mudah kecewa - Tabah Meneruskan usaha walaupun ...- Sabar Tabah melakukan sesuatu - Tidak mudah berputus asa Bangun awal, bersiap awal - Menepati masa Menyiapkan kerja sekolah - Menghargai masa Siapkan kerja mengikut masa - Menepati janji Semangat inisiatif, inovatif, kreatif - Daya usaha Rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit - Dedikasi Berupaya mencapai sesuatu kejayaan - Jaya diri Hidup berbaik-baik dengan jiran - Semangat kejiranan Sikap, pertimbangan yang tidak keterlaluan -Kesederhanaan Kesenangan yang dikecapi - Kesyukuran Pengiktirafan - Penghargaan Berterima kasih - Menghargai Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri - Persaudaraan

Page 2: 17 Nilai Murni Bahagian c Bahasa Melayu Upsr

TULIS LIMA NILAI YANG DAPAT KAMU PEROLEH DARIPADA PETIKAN DI BAWAH.PANJANG JAWAPAN KAMU HENDAKLAH TIDAK LEBIH DARIPADA 50 PATAH PERKATAAN.JAWAPAN MESTILAH DALAM SATU PERENGGAN.

Menemui sahabatku, Amira yang berada di Kuala Terengganu agar sentiasa sihat.

Saudari,

Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan pengalaman saya yang menyertai lawatan sekolah ke Pulau Pinang semasa cuti sekolah yang lalu.

Untuk pengetahuan saudari, saya dan rakan  rakan menggunakan masa lawatan dengan sebaik-baiknya kerana banyak tempat yang akan kami lawati. Saya begitu terpegun melihat keindahan pantai Batu Feringgi yang sungguh cantik. Ketika di pantai Batu Feringgi  itu, saya meminta kebenaran daripada guru untuk mandi. Namun begitu, guru tidak membenarkan kerana agak berbahaya. Saya dan rakan akur mendengar nasihat guru.

Selepas bersantai di pantai Batu Feringgi, kami menuju ke Bukit Bendera. Kami semua berbaris sebelum masuk ke dalam kereta api untuk naik ke Bukit Bendera. Sampai di puncak Bukit Bendera, kawan kawan saya membeli barang barang kraftangan. Saya hanya membeli barang barang yang saya fikir murah dan menarik sahaja kerana ibu selalu berpesan agar jangan boros ketika berbelanja. Namun begitu, saya tidak lupa membelikan cenderamata untuk saudari. Oleh itu , saya harap saudari sudi menerimanya.

NILAI HURAIANErat persahabatan/berkongsi pengalaman/ingat mengingati

Menceritakan pengalaman menyertai lawatan sekolah

Menghargai masa Memanfaatkan masa lawatan dengan sebaik-baiknyaPatriotisme Menyertai lawatan mengunjungi tempat bersejarahBersyukur/menghargai alam semulajadi/mencintai alam

Kagum dengan keindahan alam semulajadi

Menghormati guru/berhemah tinggi

Meminta kebenaran sebelum berbuat sesuatu

Patuh/mematuhi peraturan Akur atau mendengar nasihat guruBerdisplin/mematuhi peraturan

Berbaris sebelum masuk

Berjimat cermat/berhemah Membeli barang barang yang perlu sahaja agar tidak

Page 3: 17 Nilai Murni Bahagian c Bahasa Melayu Upsr

membazirPatuh/taat/mengingati Pesanan ibubapaBaik hati/pemurah Membeli cenderamata untuk kawan

CADANGAN JAWAPAN BAHAGIAN C ULASAN NILAI MURNI

CONTOH JAWAPAN BAHAGIAN C

Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah menghargai masa dengan memanfaatkan masa lawatan dengan sebaik-baiknya agar masa tidak terbuang. Seterusnya, ialah menghormati guru dengan meminta izin sebelum melakukan sesuatu. Di samping itu, kita mestilah berdisplin seperti beratur sebelum masuk ke sesuatu tempat. Selain itu, kita hendaklah berjimat cermat dengan menggunakan wang untuk membeli barang yang perlu sahaja. Akhir sekali, kita haruslah bersikap baik hati dengan membelikan cenderamata buat kawan.

Langkah Membina Karangan Bahagian B UPSR dengan Mudah This entry was posted on March 4, 2012, in tips dan panduan and tagged karangan bahagian B UPSR, Murid, Port Dickson. Bookmark the permalink. 4 Comments

Contoh karangan Lawatan dan Percutian 

Pengalaman menyertai lawatan/rombongan/perkelahan

(a)Lawatan/rombongan  (sekolah)

(b)Perkelahan (keluarga)

 

Pendahuluan (a) Lawatan@rombongan

Bila pergi melawat/berkelah

Siapa yang menganjurkan lawatan tersebut

Tujuan lawatan.

Berapa ramai murid yang mengikuti-serta berapa orang guru pengiring

 

Contoh Pendahuluan (Lawatan)

Pada sabtu minggu lepas saya mengikuti  lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan tersebut di anjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan haiwan haiwan yang berada di zoo Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut.

 

ISI ISI PENTING

1.       Sebelum bertolak (jam 7.30 pagi)

Berhimpun di tapak perhimpunan.

Guru pengiring memberi  taklimat .

Di bawa menaiki bas. Beratur semasa menaiki bas.

Contoh ayat

Sebelum bertolak ,murid murid beratur di tapak perhimpunan. Guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya berdisplin semasa berada di dalam kawasan zoo. Selepas memberi taklimat, guru guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut.

2.       Semasa berada di dalam bas

-berbual bual dengan kawan kawan

- Menceritakan pengalaman masing masing

-makan dan minum sarapan –kuih dan air

Contoh ayat

Page 4: 17 Nilai Murni Bahagian c Bahasa Melayu Upsr

Semasa berada di dalam bas kami berbual bual dengan rakan rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke zoo negara sebelum ini. Kami  menikmati kuih muih dan air kotak yang di beri semasa di dalam bas untuk mengalas perut.

3.       Setelah sampai

Waktu  tiba -

siapa yang menyambut ketibaan-

pegawai bertugas memberi taklimat ringkas serta maklumat mengenai zoo negara

Contoh ayat

Kami tiba di Zoo Negara pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas ,pegawai yang bertugas menyambut ketibaan  kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta maklumat tentang zoo negara kepada kami.

4.       Aktiviti- (apa yang di lihat  dan di buat)

Melihat …..(pertunjukkan ,pameran,persembahan)

mengambil gambar

membeli cenderahati untuk di beri kepada ibubapa

 

Contoh ayat

Selepas itu, kami di beri peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada di dalam Zoo. Kami juga sempat melihat pertunjukkan singa laut yang telah di latih. Banyak haiwan haiwan yang terdapat di zoo negara yang belum pernah saya lihat di depan mata seperti harimau dan zirafah.

Penutup

Selepas makan tengahari

-Waktu pulang-

tiba di sekolah di jemput ibubapa-

perasaan

Contoh ayat

Selepas menikmati makan tengahari kami pulang pada jam 1.00 petang. Tiba di sekolah ibubapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang ke rumah saya bercerita pengalaman yang menyeronokkan tersebut kepada ibu.

Keseluruhan( Pendahuluan, 4 isi dan penutup)

Pada sabtu minggu lepas saya mengikuti  lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan tersebut di anjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat. Tujuan lawatan adalah  untuk mendapatkan maklumat berkenaan haiwan haiwan yang terdapat  di zoo. Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai  Lawatan tersebut.

Sebelum bertolak ,murid murid beratur di tapak perhimpunan. Guru guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya menjaga displin semasa berada di kawasan zoo Negara. Selepas memberi taklimat, guru guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut.

Semasa berada di dalam bas kami berbual bual dengan rakan rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke zoo negara sebelum ini. Kami juga menikmati kuih muih dan air kotak yang di beri semasa di dalam bas untuk mengalas perut.

Kami tiba di Zoo Negara pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas ,pegawai yang bertugas menyambut ketibaan  kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta maklumat tentang zoo negara kepada kami.

Selepas itu, kami di beri peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada di dalam Zoo. Kami juga sempat melihat pertunjukkan singa laut yang telah di latih membuat pertunjukkan yang menghiburkan hati kami. Ada juga murid yang mengambil peluang mengambil gambar dan membeli cenderamata untuk di hadiahkan kepada ibubapa.

Selepas menikmati makan tengahari kami pulang pada jam 1.00 petang. Tiba di sekolah ibubapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang ke rumah saya bercerita pengalaman yang menyeronokkan tersebut kepada ibu.

  

(b) Perkelahan bersama keluarga

Page 5: 17 Nilai Murni Bahagian c Bahasa Melayu Upsr

Pendahuluan

-          Bila ,siapa dan kemana pergi

-          Dengan apa

-          Tujuan

 

Pada cuti persekolahan yang lalu kami  sekeluarga pergi berkelah ke Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang di pandu oleh ayah . Kami ke sana kerana ingin bercuti di samping ingin merapatkan hubungan keluarga.

 

ISI ISI PENTING

1. Sebelum pergi

-persediaan…………bawa bekalan makanan- bapa memeriksa kenderaan-

jam berapa bertolak

 

Sebelum pergi  kami telah membuat persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan makanan dan pakaian kami. Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat di bawa dengan selamat. Akhirnya kami sekeluarga mula bertolak pada jam 7.30 pagi.

2. Semasa dalam perjalanan

Berbual-bual, melihat pemandangan dari dalam kereta-

Semasa dalam perjalanan ke………… kami sekeluarga berbual bual. Saya pula mengambil peluang mengambil gambar keindahan alam semulajadi dari dalam kereta. Ada juga ahli keluarga saya yang tertidur di dalam kereta.

 

3. Tiba,suasana tempat tersebut  dan aktiviti selepas tiba

Waktu tiba- -mengeluarkan barang barang dari kereta- mencari tempat sesuai untuk berehat dan mendirikan khemah

Kami tiba di Port Dickson pada jam 9.00 pagi. Suasana di tempat tersebut sangat meriah dengan ramai orang membawa keluarga masing masing.Kami menolong ibu mengeluarkan barang barang perkelahan dan selepas itu menukar pakaian untuk mandi

4.Aktiviti –aktiviti lain (kalau pergi 2 hari aktiviti hari pertama dan hari kedua perlu di ceritakan)-membeli cenderamata-

Selain mandi saya dan adik juga membina istana pasir. Setelah penat bermain dan mandi manda kami sekeluarga menikmati bekalan makanan  yang di siapkan oleh ibu. Sebelum balik dari Port Dickson kami juga sempat membeli cenderamata untuk di jadikan kenang-kenangan.

Penutup

Hari dan waktu pulang. (kalau 1 hari…. waktu jam pulang sahaja).

Perasaan… (gembira dan seronok).

Waktu (jam) tiba di rumah

Pada jam 6 petang kami mula bertolak pulang. Perasaan kami pada masa tersebut sangat gembira dan seronok.  Akhirnya Kami tiba di rumah pada jam 9 malam.

Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah.

Contoh :

Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni : semangat kejiranan

Contoh Nilai MurniGuru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah.

Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.

Azizah menyelamatkan seekor kuching yang

Page 6: 17 Nilai Murni Bahagian c Bahasa Melayu Upsr

terjatuh di dalam longkang.

Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00.

Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak.

Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu.

Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri.

Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi.

Johan beratur ketika membeli tiket wayang bersama dengan kawannya.

Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi.Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah.

Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.

Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank.

Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja.

Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu.

Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.

Amir mendeklamasikan sajak “Merdeka” dengan penuh semangat.

Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.

Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya.

Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya.

Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya.

Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu.

Suria mencuci basikalnya yang kotor.

Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu.

Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.

Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan

Page 7: 17 Nilai Murni Bahagian c Bahasa Melayu Upsr

sekolah.

Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari.

Mereka membaca buku di perpustakaan.

Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah.

Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.

Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.

Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang.

Sara suka makan makanan yang berkhasiat.

Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini.

’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku.

Winnie membetulkan kesilapan kawannya.

Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya.

Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid.

Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya.

Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.

Jawapan :

Contoh Nilai Murni

Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah. adil / saksama

Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya. baik hati

Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang. baik hati

Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00. baik hati

Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak. bekerjasama / bergotong-royong

Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu. berdikari

Page 8: 17 Nilai Murni Bahagian c Bahasa Melayu Upsr

Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri. berdikari

Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi. berdisiplin / bertatatertib

Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya. berdisiplin / bertatatertib

Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi. berhati-hati / berwaspada / cermat

Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah. berjimat-cermat

Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung. berjimat-cermat

Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank. berjimat-cermat

Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja. berjimat-cermat

Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu.

bersopan / beradab / berbudi bahasa

Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu. cekal / keazaman / berazam

Amir mendeklamasikan sajak “Merdeka” dengan penuh semangat. cinta akan negara / semangat patriotik

Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957. cinta akan negara / semangat patriotik

Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan. cinta akan negara / semangat patriotik

William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya. cinta ilmu

Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya. hormat, taat

Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya. patuh

Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu. keberanian / berani

Suria mencuci basikalnya yang kotor. KebersihanAh Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu. kejujuran / jujur

Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas. kejujuran / jujur

Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah. kerajinan / rajin / ringan tulang

Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari. kerajinan / rajin / ringan tulang

Mereka membaca buku di perpustakaan. kerajinan / rajin / ringan tulang

Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah. menghormati

Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas. patuh, menghormati guru

Sami membuang sampah ke dalam tong sampah. menjaga kebersihan persekitaran

Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang. menjaga kesihatan

Sara suka makan makanan yang berkhasiat. menjaga kesihatan

Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini. peka kepada isu-isu sosial

’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku.

prihatin

Winnie membetulkan kesilapan kawannya. prihatin

Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya. sabar

Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid. semangat kejiranan

Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya. semangat kejiranan

Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama. toleransi / bertolak ansur