document1

17
Isi Kandungan Bil Isi Kandungan Mukasurat 1.0 Pengenalan 2 2.0 Proses Pembentukan Tamadun Indus 3 3.0 Ciri-ciri Tamadun Indus 3-7 4.0 Sumbangan Tamadun Indus Kepada Masyarakat Kini 8-12 5.0 Kesimpulan 12 Rujukan 13 1

Upload: adeqchantek

Post on 14-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sumbangan Tamadun India

TRANSCRIPT

Page 1: Document1

Isi Kandungan

Bil Isi Kandungan Mukasurat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Proses Pembentukan Tamadun Indus 3

3.0 Ciri-ciri Tamadun Indus 3-7

4.0 Sumbangan Tamadun Indus Kepada Masyarakat Kini 8-12

5.0 Kesimpulan 12

Rujukan 13

1

Page 2: Document1

1.0) Pengenalan

Perkataan tamadun berasal daripada daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan

madana. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.

Selain itu, perkataan itu turut membawa maksud menjadikan atau mengubah seseorang

yang bersifat kekampungan kepada kelakuan kebandaran atau kepekanan. Dalam

bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan civilization berasal

daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar. Terdapat

enam ciri penting konsep ketamadunan iaitu penempatan kekal, pengkhususan

pekerjaan, agama kepercayaan, sistem tulisan, sistem organisasi dan sistem

pemerintahan. Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah

dan rohaniah, tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Munculnya

masyarakat bertamadun adalah berasaskan faktor alam persekitaran dan

perkembangan teknologi pada tahap Neolitik telah memberi sumbangan kepada

pembentukan masyarakat bertamadun.Masyarakat dianggap bertamadun sekiranya

mempunyai setiap daripada ciri-ciri tersebut. Tamadun awal dunia yang dikenal pasti

telah berjaya meraih kejayaan an memberi banyak sumbangan kepada generasi masa

ini adalah Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan Tamadun

Hwang Ho. Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M. dan diikuti oleh

tamadun Mesir Purba pada 3300 S.M, tamadun Indus dan diikuti tamadun Hwang

Ho.Dalam esei ini akan menerangkan tentang sumbangan Tamadun Indus kepada

generasi masa kini.

Tamadun Indus merupakan tamadun tamadun terawal di India yang terletak di Lembah

Sungai Indus yang berada di Barat Laut India. Sungi ini berpunca daripada

Pergunungan Himalaya menuju ke Laut Arab. Antara bandar yang terkenal dalam

tamadun ini adalah Harappa dan Mohenjo Daro. Tamadun ini muncul kira-kira 2500 S.M

dan merosot pada 1800 S.M. Sehubungan dengan itu, tamadun ini sangat terkenal

dengan bandar terancangnya kerana sistem bandar nya yang teratur menjadi panduan

masyarakat masa kini. Tamadun ini dikatakan merosot disebabkan serangan orang

Aryan, dan bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.

2

Page 3: Document1

2.0) Proses Pembentukan Tamadun Indus

Tamadun Indus bermula di barat laut India yang didiami oleh orang nomad yang

sumber pendapatannya adalah daripada kegiatan memburu dan mengumpul makanan.

Penduduk ini kemudiannya telah membentuk petempatan kekal di Sepanjang Sungai

Indus. Kehidupan masyarakat pada zaman ini adalah berpusatkan di sepanjang Sungai

Indus. Petempatan kekal ini di sebabkan oleh sungai yang membekalkan sumber air dan

menyuburkan tanaman. Selain itu, penduduk-penduduk ini mudah menyesuaikan diri di

kawasan sungai ini kerana sungai membekalkan makanan dan mampu meningkatkan

penghasilan pertanian yng menambah jumlah penduduk. Hal ini turut menyumbang

kepada keada penyumbangan pembukaan bandar

3.0) Ciri-ciri Tamadun Indus

Sejak Tamadun Indus lagi, masyarakat sudah mempunyai system pemerintahan,

sistem pertahanan. Pendidikan dan ekonomi yang teratur.

3.1) Sistem Pemerintahan

Dalam tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada

tahun 2500 SM, pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak (

kerajaan bersifat teokrasi). Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi

melaksanakan pemerintahan beraja. Semasa India diperintah oleh Dinasti

Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya (321 SM), India

mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan secara monarki.Gelaran

raja bertukar menjadi maharaja apabila perluasan kuasa ke kawasan-

kekawasan sekitar dilakukan. Kerajaan ini kuat dengan bantuan 700,000 orang

tentera yang cekap tetapi tiada belas kesihan. Petani-petani dikenakan cukai

yang berat di bawah pengawasan pegawai-pegawai raja yang sangat zalim.

Raja memerintah dengan bantuan Majlis Penasihat. Empayar dibahagikan

kepada 5 bahagian atau wilayah dan setiap wilayah diketuai seorang wizurai.

Kerajaan ini mempunyai Pejabat Peperangan yang mengandungi 6 Jabatan

dan Perkhidmatan Perisik yang teratur. Pentadbiran awam termasuk Badan

3

Page 4: Document1

Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran kelahiran, kematian

dan pendapatan. Bandar-bandar dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu

badan yang dibahagikan kepada 6 jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli.

Ada ahli sejarah berpendapat, Chandragupta Maurya ini menjelankan sistem

pemerintahan awam untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara

dengan memperbaiki sistem keadilan dan pentadbiran. 

Ketika India diperintah oleh Maharaja Asoka (273 SM atau 269 SM) ,

baginda menjalankan pemerintahan dengan baik dan berperikemanusiaan

berdasarkan titah perintahnya yang diukir pada tiang-tiang batu di sepanjang

jalan untuk dibaca oleh rakyat. Semua orang diberi hak dan peluang yang sama

dalam pentadbiran.. Asoka sangat benci kepada kemusnahan, kekejaman dan

permusuhan. Baginda membawa semangat kemanusiaan baru di kalangan

raja-raja hasil dari ajaran agama Buddha yang bertindak atas rasa sensitif dan

tidak mementingkan diri sendiri.Beliau mengamalkan doktrin ‘Ahimsa’ yang

melarang perbuatan menyakiti atau melukai haiwan dan manusia. Asoka juga

menjalankan reformasi dalam pentadbiran melalui ‘Dharma-Mahamatra’. Sistem

ini memastikan pegawai-pegawai kerajaan di wilayah-wilayah melaksanakan

tugas berdasarkan arahan kerajaan pusat. Asoka memerintahkan gabenor-

gabenor dan pegawai-pegawainya supaya adil dan bersifat belas kesihan.

Asoka juga menyediakan rumah-rumah rehat, telaga dan pokok kayu untuk

kemudahan pengembara dan menyediakan rumah sakit bagi merawat orang

dan haiwan yang sakit. Semasa India di bawah pemerintahan raja-raja Gupta,

kerajaan ini juga tidak mengganggu kehidupan rakyat kecuali untuk membasmi

jenayah, tiada penganiaan terhadap agama. Hukuman bunuh jarang dilakukan.

Kebanyakan kesalahan yang dilakukan dikenakan hukuman denda.

3.2) Sistem Pertahanan

Sir John Marshall mendapati penduduk awal tamadun India tidak mempunyai

sebarang bentuk senjata di lembah Sungai Indus lalu beliau mengandaikan bahawa

penduduk di sini mengutamakan perdamaian dan keamanan. Peperangan dan

persaingan hanya bermula selepas kemasukan orang Aryan dari Asia Tengah menjelang

1500SM.  Organisasi tentera dalam pelbagai peringkat dan aliran bermula sebelum dan

selepas kedatangan Islam. Pada zaman Vedik, sistem ketenteraan bermula setelah

4

Page 5: Document1

individu tertentu yang mengetuai peperangan dan berjaya dalam peperangan dilantik

menjadi raja. Orang Aryan dari Asia Tengah telah berjaya menakluk utara India. Ketika

itu, perang dianggap sebagai sukan dan kereta kuda berperanan penting. Golongan

Ksatria dilantik sebagai pahlawan untuk jalankan tugas perlindungan, mentadbir dan

bertempur.  Perang ketika ini bertujuan menjaga peraturan kosmos bumi. Pada  Zaman

Klasik iaitu pada 900SM – 322SM,  Bidang ketenteraan menjadi lebih pesat dengan

wujudnya tentera bergajah, askar berkuda, kereta kuda dan tentera infanti. Antara alatan

perang yang digunakan oleh tentera Tamadun Indus pada zaman tersebut adalah busur,

panah beracun, pedang, meriam, kayu pelantak, tombak dan lembing. Sehubungan

dengan itu, kubu pertahanan tentera pada masa ini dibina daripada tembok atau parit

untuk mengelakkan ancaman musuh. Kem tentera pada masa ini merupakan kediaman

sementara untuk raja dan pengikutnya. Kem tentera ini dikawal oleh pengawal

keselamatan.

 Ahli-ahli astrologi berperanan penting menentukan tarikh dan masa yang sesuai

untuk memulakan peperangan.  Sebelum berperang, upacara suci dilakukan kepada

tentera. Semasa Dinasti maurya, tenteranya merangkumi 30 ribu kavalri, 60 ribu infantry

dan 9000 ekor gajah.   Candragupta berjaya kuasai utara India, kalahkan Seleucus

Nikator dan Berjaya kuasai Afghanistan dan Baluchistan. Beliau menubuhkan satu

jabatan perang untuk kuasai dan kawal tenteranya yang besar dan bercita-cita luaskan

kuasa dan menyatukan kerajaan kecil India agar tidak diceroboh kuasa asing.

Organisasi tentera kemudiannya diwarisi anaknya, Bindusara dan seterusnya cucunya,

Maharaja Asoka. Dinasti Maurya Berjaya kuasai India Utara sehingga ke Deccan di

selatan India.  Dinasti Gupta juga mewarisi organisasi tentera yang sama kecuali ketika

itu kuda tidak digunakan untuk berperang sebaliknya untuk pengangkutan.

Pada pemerintahan Kesultanan Delhi, hubungan antara India dan Arab telah

bermula sejak kedatangan Islam lagi iaitu hubungan perdagangan. Usaha-usaha agresif

di India bermula zaman pemerintahan Khalifah Umar. Khalifah Uthman dan Khalifah Ali.

Ekspedisi ketenteraan diteruskan oleh kerajaan Bani Umaiyah sehingga lahir kerajaan

Islam di Sind.  Namun, organisasi ketenteraan lebih jelas semasa pemerintahan

Kesultanan Delhi dan Kesultanan Moghul. Pada abad ke12M hingga 15M, Delhi menjadi

pusat peradaban dan kebudayaan Islam selain menjadi pusat pemerintahan dan politik

Islam. Kesultanan Delhi memiliki tentera yang teratur yang dibahagi 3 iaitu infantri (jalan

kaki), tentera berkuda (kavalri) dan tentera bergajah.  Pasukan tentera dibahagi 4:

5

Page 6: Document1

tentera tetap (di bawah kuasa sultan), tentera di bawah kuasa wali atau gabenor, tentera

di bawah kuasa orang kenamaan dan tentera sukarela.

3.3) Sistem Pendidikan

1. Pendidikan pada tamadun Indus ini bermula pada Zaman Vedik dan

mementingkan keagamaan iaitu berkenaan agama Hindu. Pendidikan ini hanya

didominasikan oleh kaum lelaki dan golongan wamita tidak diberi peluang dalam

pendidikan. Pendidikan tamadun indus memberi perhatian kepada pembelajaran

kitab-kitab Veda serta Bahasa Sanskrit digunakan sebagai bahasa pengantar.

Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab

Veda. Kitab Veda mengandungi peraturan ritual, mentera dan lagu-lagu agama.

Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej Brahman sebelum 100 S.M dan

sebelum itu pendidikan diberi di istana dan rumah. Matlamat pendidikan

berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia

menghadapi hari selepas mati. Tumpuan utama pendidikan pada masa ini adalah

agama dan segala hukum agama harus dipelajari agar hidup sempurna.

Pendidikan tinggi telah diberikan oleh Kolej Brahman bermula sebelum 100 S.M.

Sebelum itu, pendidikan diberi di istana dan rumah. Pada abad keempat,

universiti Nalanda iaitu universiti Buddha ditubuhkan. Untuk mencapai taraf

Brahmin, seseorang harus menghafal buku-buku agama khususnya Veda. Kitab

Veda mengandungi peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama. Mereka juga

mempelajari karya saintifik dan falsafah. Pada zaman seterusnya, pendidikan

bertujuan untuk menambah ilmu, mengatasi buta huruf serta mendapatkan

jawatan dalam pemerintahan. Selain itu, mereka juga mempelajari karya saintifik

dan falsafah. Masyarakat Tamadun Indus tidak hanya mementingkan agama

semata-mata tetapi juga menumpukan perhatian terhadap ilmu pendidikan di

dunia.

3.4) Ekonomi

Kegiatan ekonomi utama masyarakat Indus adalah pertanian, perdagangan dan

perusahaan. Pada zaman awal tamadun Indus,tanaman kapas adalah tanaman yang

6

Page 7: Document1

biasa diusahakan. Dengan itu, lahirlah perusahan memintal kapas. Di kawasan Harappa

penduduk telah menanam barli, kacang, gandum dan kapas. Mereka juga menternak

ayam, kambing, kerbau, unta, gajah , anjing dan khinzir. Roda dicipta untuk digunakan

sebagai kincir air untuk mengangkut air dari sungai. Empayar Maurya di bawah

Chandragupta Maurya telah membenarkan petani-petani menggunakan tanah milik

kerajaan untuk kegiatan pertanian dan 1/3 daripada hasil perkapita mestilah diserahkan

kepada kerajaan. Beliau juga membina sistem pengairan untuk meningkatkan lagi

pengeluaran hasil pertanian. Semasa pemerintahan Asoka, sistem ekonomi

diperkemaskan lagi dengan menyuruh golongan Sudra membersihkan tanah baru untuk

dijadikan kawasan pertanian.

Perusahaan utama masyarakat Indus adalah menenun kapas, pertukangan gangsa,

tembaga,emas, perak dan tembikar. Tamadun Indus telah membuat hubungan

perdagangan dengan Tamadun Mesopotamia. Oleh sebab Tamadun Indus bergantung

kepada aktiviti perdagangan dan perindustrian, wujudlah perdagangan luar dan dalam.

Antara pusat perdagangan yang penting termasuklah  Anga, Kalinga, dan Karusa yang

menghasilkan senjata, gading, emas, berlian dan mutiara.. Hubungan Tamadun Indus

dengan Negara luar dapt dilihat melalui hubungan antara kerajaan Maurya dengan

Macedonic, Sri Lanka, rantau Asia Tenggara dan Asia Tengah. Selain itu, wujud

beberapa pelabuhan yang penting. Antaranya adalah Tamralipti, Ghantashala, dan

Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian

barat. Persgaji atuan perdagangan dan perusahaan(Sresthin) wujud di setiap banda

untuk mengawal harga barangan, mengawal kualiti barangan dan mengawal gaji

pekerja. Pada masa ini, mata wang telah diperkenalkan untuk memudahkan urusan jual

beli. Syiling emas telah digunakan pada zaman Gupta yang dikenali sebagai Dinara.

Selain itu terdapat wang perak serta wang yang terdiri daripada cangkerang siput. Ini

jelas membuktikan bahawa Dinasti Maurya dan Gupta melaksanakan satu dasar

ekonomi yang sistematik. Perkembangan perusahaan tekstil, kain kapas, dan sutera

mempergiatkan aktiviti perdagangan sejak zaman Maurya. Pelbagai jenis cukai

dikenakan ke atas hasil pertanian dan buah-buahan. Cukai-cukai yang dipungut adalah

untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja. Sejak tahun 100 M, India

menjalinkan hubungan perdagangan dengan Kepulauan Melayu, China, Rom dan Sri

Lanka. 

7

Page 8: Document1

4.0) Sumbangan Tamadun Indus Terhadap Dunia Kini

Tanpa kita sedari, kita telah mengambil pelbagai aspek daripada Tamadun Indus

untuk mencorakkan dunia hari ini. Sekiranya tiada satu panduan yang utuh untuk

mentadbir dunia semestinya dunia ini tidak akan teratur seperti sekrang. Oleh itu,

peningkatan tamadun ini merupakan anjakan paradigm kepada manusia abad sekarang

memikirjkan cara serta mengambil contoh yang baik untuk mentadbir Negara,

4.1)Sistem Pemerintahan

Sistem pemerintahan beraja pada masa ini adalah inspirasi daripada sistem

beraja pada tamadun Indus ini. Raja dijadikan sebagai simbol bagi sesebuah Negara

yang mengamalkan system beraja. Raja adalah sebagao sumber daulat kepada rakyat

dalam sesebuah Negara. Misalnya semasa Kesultanan Melayu Melaka satu ketika

dahulu institusi raja dianggap sebagai institusi yang paling mulia dan sesiapa yang

menderhaka kepada raja akan ditimpa tulah. Hal ini mempunyai kesinambungan dengan

tamadun Indus semasa pemerintahan Maharaja Chandragupta Maurya. Meskipun dunia

kini tidak lagi mengamalkan system raja mutlak namun raja tetap dijadikan lambing

untuk sesebuah Negara.

Selain itu, dunia kini turut mempunyai kabinet-kabinet menteri untuk mentadbir

Negara dan menasihati sultan. Sesebuah Negara perlulah mempunyai cabinet menteri

untuk memastikan pentadbiran negara lancar dan sistematik. Misalnya, hamper semua

Negara di dunia ini mempunyai pembahagiaan tugas bagi setiap kabinat. Pengasingan

tugas cabinet ini umumnya terbahagi kepada tiga, iaitu Badan Legislatif iaitu

perundangan, Badan Eksekutif iaitu pelaksana dan Badan Kehakiman. Pengasingan

kuasa ini penring untuk menjamin kelancaran pentadbiran. Seperti ketika pemerintahan

Maharaja Chandragupta Maurya, beliau mengamalkan sistem pemerintahan awam yang

mempunyai Badan Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran

kelahiran, kematian dan pendapatan. Hal ini bertepatan dengan kementerin-kementerian

yang terdapat di Malaysia sekarang. Walaupun nama jabatan-jabatan tersebut berbeza

ttetapi tugasnya tetap sama. Misalnya, Jabatan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian

pada masa kini telah ditukar kepafa Jabatan Pendaftaran Malaysia dab bertugas untuk

8

Page 9: Document1

mendaftar kelahiran serta kematian seorang warganegara. Sungguhpun begitu, terdapat

penambahan yang dikuatkuasakan melalui jabatan ini. Misalnya, jabatan ini turut

bertugas untuk mendaftarkan kewarganegaraan serta pengambilan anak angkat.

Setiap negara pada abad ke-21 ini mempunyai bandar-bandar atau wilayah yang

akan ditadbir seorang ketua iaitu seorang wakil rakyat bagi sesebuah Negara

demokrasi, Ini juga diilhamkan oleh tamadun Indus kepada kita iaitu bandar-bandar

dalam tamadun Indus dibahagikan kepada lima dan setiap bandar diketuai oleh seorang

wizurai. Disamping itu, system kerajaan pusat turut diilhamkan daripada pemerintahan

tamadun Indus iaitu semasa pemerintahan Asoka. Setiap wakil-wakil kerajaan di setiap

negeri perlu merujuk kepada kerajaan pusat terlebih dahulu sekiranya ingin membuat

pembaharuan ataupun apa-apa tindakan.

4.2) Sistem Pertahanan

Sistem pertahanan dunia kini mempunyai persamaan dengan sistem pertahanan

pada zaman Tamadun Indus namun telah diperkukuhkan dari segi alatan perang

mahupun sistem ketenteraan mereka. Panglima-panglima perang dilantik untuk

mengurus sistem ketenteraan di sesebuah Negara, Ini melicinkan lagi sistem

pertahanan Negara dan para tentera terpilih ini mampu melindungi Negara apabila

dicerobohi pihak musuh. Selain itu, tentera Negara tidak terhad kepada satu jenis

tentera sahaja tapi terdiri daripada pelbagai jenis iaitu tenter laut, tentera darat, dan

tentera udara. Hal ini merupakan ilham dan inspirasi daripada sistem pertahanan

tamadun Indus yang mengkategorikan tenteranya kepada tentera bergajah, tentera

berkuda, dan tentera infantri. Disamping itu, alatan perang adalah lengkap dan berubah

mengikut peredaran zaman. Misalnya, alatan perang seperti senapang, bom dan

Meriam disediakan untuk menentang musuh Negara. Jika kita imbas pada zaman

Kesultanan Melayu terdahul mereka menggunakan tombak, keris dan alat pertahanan

yang lain semasa berperang. Kubu peperangan turut dibina dan dinaik taraf untuk

memastikan keselamatan raja serta penduduk Negara tersebut.

4.3)Sistem Pendidikan

Sistem pendidikan pada zaman kini tidak hanya tertumpu kepada keagamaan

seperti pendidikan pada zaman tamadun Indus. Sistem pendidikan pada zaman ini

merangkumi semua aspek dalam kehidupan iaitu dari segi jasmani, intelek, rohani dan

emosi. Namun, pendidikan agama turut dititikberatkan dalam pendidikan pada zaman

9

Page 10: Document1

kini. Misalnya, pendidikan di Malaysia turut menerapkan prinsip keagamaan dalam

pembelajaran mereka. Terdapat sekolah madrasah yang merupakan institusi pendidikan

yang bercorak keagamaan iaitu menumpukan kepada agama Islam. Walaupun institusi

madrasah ini menumpukan perhatian terhadap agama Islam namun ia tetap bercorak

keagaamaan seperti pendidikan tamadun Indus. Selain itu, penerapan pembelajaran

agama dalam pembelajaran dan pengajaran pelajar sekolah kerajaan dan swasta agar

mereka mampu memupuk nilai moral yang sesuai untuk diamalkan pada zaman ini.

Sehubungan dengan itu, terdapat struktur pendidikn mengikut struktur dalam agama

masing-masing. Misalnya, Sistem pendidikan di Negara Saudi Arabia adalah

berdasarkan sistem Islam dimana dilakukan pemisahan antara kaum lelaki dengan

perempuan. Pendidika pada zaman tamadun Indus terus berkembang objektifnya kea

rah mengurangkan bilangan buta huruf, dan untuk mendapatkan jawatan. Perkara ini

adalah selaras dengan tujuan pendidikan masa kini iaitu memastikan kemahiran

membaca, menulis dan mengira serta untuk mendapatkan pekerjaan yang mampu

mengubah nasib keluarga mereka.

4.4) Ekonomi

Kegiatan ekonomi utama masyarakat dunia pada ketika ini adalah berteraskan

kepada kegiatan pertanian, perdagangan dan perusahaan seperti tamadun Indus satu

ketika dahulu. Namun perkegiatan ekonomi pada zaman ini telah diubah suai mengikut

kesesuaian zaman abad ke-21 ini. Misalnya,walaupun Negara Jepun yang tengah

membangun dalam bidang teknologi namun Jepun tidak melupakan sector pertanian

yang merupakan sumber pendapatan nenek moyang mereka. Di Tokyo, walaupun ruang

adalah terbatas untuk pertanian namun, rakyat Jepun cuba mengembangkan sector ini

dengan menanam sayuran di bawah tanah iaitu di kawasan bawah tanah Gedung

Nomura yang mempunyai 27 tingkat. Selain itu, sistem pengairan yang wujud pada hari

ini merupakan hasil ilham daripada sistem pengairan tamadun Indus. Negara-negara

yang mengamalkan ekonomi pertanian seperti Negara China, mereka membina sistem

pengairan Dujiangyan untuk mengawal banjir dan seterusnya meningkatkan hasil

pertanian.(Utusan Melayu).

Sumbangan terbesar Tamadun Indus yang terbesar adalah sifat keterbukaan

Tamadun Indus menerima idea dan pertukaran ekonomi dengan tamadun lain seperti

Tamadun Mesopotamia. Hal ini menjadi tunjang kepada hubungan ekonomi antara

10

Page 11: Document1

Negara- Negara di dunia pada masa ini. Misalnya, Malaysia mengimport pelbagai

barangan elektronik daripada negara China dan mengeksport hasil daripada kelapa

sawit ke Negara-negara seperti China dan India.( Noor Shamsiah Abdullah, 2014).

Disamping itu, wujudnya pelbagai persatuan perniagaan untuk mengawal

perniagaan-perniagaan di negara masing-masing dengan mengeluarkan lesen

perniagaan dan mengeratkan hubungan antara peniaga-peniaga di kawasan tersebut.

Selain itu, persatuan perniagaan ini berperanan untuk membincangkan masalah

peniaga-peniaga tersebut dan melindungi kebajikan para peniaga tersebut. Misalnya,

Dewan Perniagaan India Pulau Pinang yang bertujuan untuk membantu dan menjaga

kebajikan pedagang India di Pulau Pinang. Ini merupakan kesinambungan daripada

persatuan Sresthin pada tamadun India.

Sehubungan dengan itu, wujud pelbagai pelabuhan pada abad ini selaras dengan

proses pemodenan dunia. Misalnya wujud pelabuhan Singapura yang terkenl dengan

aktiviti perdagangan dan pelabuhan bebas cukai seperti Pulau Langkawi untuk menarik

minat para pedagang berdagang disitu Namun terdapat pengenalan cukai import seperti

cukai yang dikenakan semasa tamadun Indus.. Mata wang diperkenalkan untuk

memudahkan proses perdagangan. Semua sistem ekonomi yang telah diterangkan

telah diilhamkan daripada tamadun terdahulu terutamanya tamadun Indus.

5.0) Kesimpulan

Kesimpulannya, Tamadun Indus banyak memberi sumbangan terhadap masyarakat

pada abad ke-21 ini. Masyarakat kini mengikut pelbagai aspek yang diwariskan oleh

Tamadun Indus yang mampu memberikan kebaikan kepada masyarakat dunia kini.

Tamadun Indus telah Berjaya memungkinkan pelbagai aspek kehidupan pada zaman

kini berjalan lancar dan sistematik.

Dapat dilihat dari segi pemerintahan, masyarakat dunia zaman ini mengambil

inspirasi daripada system pemerintahan beraja mutlak tetapi disesuaikan mengikut

peredaran masa. Selain itu, system pentadbiran juga diambil daripada Tamadun Indus

seperti pelbagai jabatan ditubuhaakan bagi melicinkan pentadbiran. Selain tu, dari aspek

pertahanan sisitem ketenyeraan yang lengkap dengan alatan perang serta strategi yang

mampu mengalahkan musuh diambil daripada system pertahanan Indus. Sistem

pendidikan pada abad ini juga merupakan inspirasi daripada pendidikan Tamadun Indus

yang mementingkan kedua-dua elemen yang penting iaitu ilmu dunia dan agama.

11

Page 12: Document1

Ekonomi yang berorientasikan pertanian, perdagangan serta perusahaan juga

diilhamkan tamadun Indus yang beransur-ansur berubah mengikut keperluan semasa.

Oleh itu, kita perlulah bersyukur kerana adanya panduan kepada kelangsungan

sesebuah Negara pada masa kini. Sekiranya tiada sumber panduan dari tamadu awal

dahulu, dunia sekarang tidak akan mempunyai system pentadbiran Negara yang

sistematik seperti sekarang.

12

Page 13: Document1

Bibliografi

Ahmad Zaki Abd Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros, Tamadu Islam dan Tamadun

Asia(Edisi kedua), Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd (2012).

Esa Khalid, Mohd. Azhar Abd. Hamid, Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China

dan Jepun, Johor darul Ta’zim: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia Skudai (2004).

Mahdi Shuib, (2013), Ketamadunan Manusia, Selangor: Penerbitan Multimedia

SDN.BHD.

Sazelin Arif, Ahmad Ridzwan Mohd Noor, Noraini Sulaiman, Mahadi Abu Hassan, Ali

Hafizar Mohammad Rawi, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Selangor: McGraw-

Hill(Malaysia) Sdn Bhd.

13