document1

3
Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran (Kamus Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walaupun begitu ada yang tidak hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga sering dikaitkan dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah. Oleh itu, agen-agen moral mempunyai peranan yang penting dalam menangani masalah sosial ini. Salah satu agen yang penting ialah keluarga. Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat. Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua juga perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Ekoran daripada itu, ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian ini berlaku kerana anak- anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala ponteng ini.

Upload: jas-priya

Post on 22-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ன்ம்க்ல்

TRANSCRIPT

Page 1: Document1

Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa

kebenaran (Kamus Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke

sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga.

Walaupun begitu ada yang tidak hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng

juga sering dikaitkan dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan

bermoral rendah. Oleh itu, agen-agen moral mempunyai peranan yang penting dalam

menangani masalah sosial ini.

Salah satu agen yang penting ialah keluarga. Salah satu peranan institusi

keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak

mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan

moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat. Selain itu,

ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa

dan ahli keluarga yang lebih tua juga perlu menjadi contoh dan teladan yang baik

kepada anak-anak. Ekoran daripada itu, ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang

sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian ini berlaku kerana anak-anak yang kurang

mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala ponteng ini.

Pihak sekolah pula memainkan peranan yang penting dalam kes ponteng

sekolah. Pihak sekolah perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta

tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Oleh

yang demikian, guru haruslah mengubahkan cara mendidiknya ataupun menambahkan

sedikit hiburan supaya pelajar tidak dapat berasa bosan dan mereka dapat menikmati

keseronokan dalam pelajaran. Guru juga perlu melayan pelajarnya dengan ramah,

penuh kasih sayang, ada perasaan empati dalam diri terhadap masalah yang dihadapi

oleh pelajar. Dengan menolong pelajar yang selalunya lewat ke sekolah, pihak sekolah

haruslah memberi kaunseling kepada pelajar, bukannya merotan mereka sebagai

Page 2: Document1

denda kerana tindakan tersebut mungkin akan memberi kesan yang negatif padanya.

Sebaliknya, jika pelajar dapat dikaunselingkan, pihak sekolah dapat tahu sebabnya dan

dapat memberi nasihat yang sewajarnya.

Masyarakat setempat pula boleh membendung gejala ini dengan menegur

perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak

berkuasa. Masyarakat sewajarnya tidak bersikap individualistik dalam hal menangani

gejala ponteng sekolah. Pada masa yang sama, lokasi-lokasi yang sering menjadi

tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau. Masyarakat setempat

juga boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi

tempat berkumpulnya pelajar ponteng.

Selanjutnya, media massa juga boleh memainkan peranan dalam menangani

gejala pelajar ponteng sekolah. Hal ini kerana keberkesanan media massa dalam

mempengaruhi minda memang tidak dapat disangkal lagi. Oleh itu, media elektronik

seperti televisyen boleh memaparkan kesan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah

agar boleh menjadi pengajaran kepada mereka.

Gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan jika

pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya dalam

pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat

membawa kajayaan dalam masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah dan

sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian, dengan mengatasi

masalah ponteng sekolah, ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar memainkan peranan

yang penting dan masalah ini harus dikenal pasti oleh mereka dengan segera supaya

langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi

pelajar kita pada masa akan datang.