151088160-teori-behaviorisme

16
Teori Pelaziman Klasik Teori Pelaziman Operan TEORI BEHAVIORISME

Upload: dedi-irawan

Post on 11-Jul-2016

29 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bahaviorism

TRANSCRIPT

Page 1: 151088160-teori-behaviorisme

•Teori Pelaziman Klasik•Teori Pelaziman Operan

TEORI BEHAVIORISME

Page 2: 151088160-teori-behaviorisme

‘Tingkah laku’ atau behaviour merujuk

kepada ‘aksi’ atau reaksi manusia atau haiwan

dalam bentuk ‘gerakbalas’ hasil daripada rangsangan

dalaman atau luaran.

Page 3: 151088160-teori-behaviorisme

TOKOH BEHAVIORISME

Ivan Pavlon (1849-1936)

Edward Thorndike (1874- 1949)

Page 4: 151088160-teori-behaviorisme

B.F. Skinner (1904-1990)

Page 5: 151088160-teori-behaviorisme

☻ Menekankan hubungan persekitaran dengan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja.

☻ Tingkah laku merujuk kepada peristiwa yang konkrit pada organisme yang nyata.

☻ Proses pembelajaran yang berlaku secara berulang dan menekan latih tubi.

☻ Pembelajaran berlaku apabila ada rangsangan dan gerak balas.

Page 6: 151088160-teori-behaviorisme

TEORI PELAZIMAN KLASIK•Dipelopori oleh Ivan Pavlov (1849-1936) •Berkenaan tingkah laku pembelajaran•Contoh paling terkenal – pelaziman air liur pada anjing kajian PavlovSebelum PelazimanRTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur) RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar) 

Semasa PelazimanRT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur) 

Selepas PelazimanRT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)

RTT = Rangsangan Tak Terlazim RT = Rangsangan Terlazim GTT = Gerak Balas Tak Terlazim GT = Gerak Balas Terlazim

Page 7: 151088160-teori-behaviorisme

Kesimpulan kajian Pavlov1. Penguasaan(Acquisition) Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat.Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh penguasaan berkenaan. 

2. Generalisasi(Generalisation) Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim(RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama. 

3. Diskriminasi (Discrimination) Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. 

4. Penghapusan (Extinction) Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim(loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan),lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas.Gerak balas berperingkat-peringkat terhapus. 

Page 8: 151088160-teori-behaviorisme

IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. 

Page 9: 151088160-teori-behaviorisme

Thorndike memperkenalkan istilah celik akal dan hukum kesan untuk mengkaji.

Sesetengah rangsangan mengakibatkan tingkah laku yang dilemahkan.

Kanak-kanak dikatakan memperoleh bahasa melalui proses cuba jaya.

Mementingkan proses pengulangan dalam pemerolehan bahasa atas alasan bahasa lahir sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan.

Page 10: 151088160-teori-behaviorisme

Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku secara spontan,sama

ada diteguhkan melalui ganjaran atau dilemahkan melalui hukuman

Page 11: 151088160-teori-behaviorisme

• .

TEORI PELAZIMAN OPERAN

pengukuhan

hukuman

penghapusan

Page 12: 151088160-teori-behaviorisme

Perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.

Terbahagi kepada dua -Pengukuhan positif :memberi ganjaran

setelah perlakuan ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi

-Pengukuhan negatif : rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.

Page 13: 151088160-teori-behaviorisme

proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.

Terbahagi kepada dua iaitu hukuman persembahan dan hukuman penyingkiran

Page 14: 151088160-teori-behaviorisme

perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya.

Keadaan ini dapat di atasi jika:-Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu

dapat dikenal pasti.-Peneguhan itu tidak lagi digunakan.-Guru sanggup bersabar dalam menghadapi

proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

Page 15: 151088160-teori-behaviorisme

KESIMPULAN Teori bahaviorisme dikuasai dengan proses

pengulangan. Kecekapan sesuatu kemahiran akan dikuasai

jika sering berlatih. Bahasa adalah satu tabiat. Untuk

membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. 

 Bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 16: 151088160-teori-behaviorisme

Guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.

Kepelbagaian rangsangan akan mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.

Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. iaitu : Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.