15. garis panduan penggunaan gas termampat …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/machinery_safety... ·...

4
1 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAT (COMPRESSED GAS) 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pengurusan Universiti di peringkat induk atau PTj bagi mengurus penggunaan gas termampat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 2.0 SKOP Garis panduan ini terpakai di semua tempat di bawah tanggungjawab Universiti yang merangkumi semua keperluan berhubung kait dengan penggunaan gas termampat. 3.0 RUJUKAN 3.1 Peraturan-Peraturan Gas 1997. 3.2 MS 830: Malaysian Code of Practice for the Storage, Handling and Transportation of Liquefied Petroleum Gas. 3.3 MS 930: Malaysia Code of Practice for the Installation of Fuel Gas Piping Systems and Appliances. 3.4 ASNI/ASME B 31.8: American National Standard for Gas Transmission and Distribution Piping Systems. 4.0 DEFINISI / SINGKATAN Gas Termampat Satu atau lebih gas yang dimampatkan dalam bekas yang mempunyai tekanan yang melebihI 40 pounds per square inch (PSI) pada 37.8 °C (100 °F). ST Suruhanjaya Tenaga. Tempat Kerja Tempat yang menggunakan gas termampat. Orang Kompetan Seorang yang mempunyai perakuan pendaftaran yang sah dan layak melaksanakan kerja mengikut kelas pepasangan gas yang terbabit. Pepasangan Sistem perpaipan gas bagi membekal gas termampat dari Kawasan Penyimpanan ke Tempat Kerja. Kawasan Penyimpanan Kawasan yang dikhaskan bagi menyimpan silinder gas termampat. Kriogenik Bahan yang mempunyai suhu yang terlampau rendah di bawah -150 celcius. Kelulusan Untuk Memasang Kelulusan yang diberikan oleh ST bagi melaksanakan kerja pepasangan Kelulusan Untuk Mengendali Kelulusan yang diberikan oleh ST bagi mengendalikan pepasangan UTHM/OSHE/GP.015

Upload: builiem

Post on 07-Mar-2018

252 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 15. GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAT …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY... · menerima gas dan nombor telefon kecemasan. 6.0 PENGENDALIAN GAS TERMAMPAT ... 6.8

1BAHAGIANPERSEKITARANKESELAMATANDANKESIHATANPEKERJAAN(OSHE)

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAT (COMPRESSED GAS) 1.0 TUJUAN

Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pengurusan Universiti di peringkat induk atau PTj bagi mengurus penggunaan gas termampat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

2.0 SKOP

Garis panduan ini terpakai di semua tempat di bawah tanggungjawab Universiti yang merangkumi semua keperluan berhubung kait dengan penggunaan gas termampat.

3.0 RUJUKAN 3.1 Peraturan-Peraturan Gas 1997.

3.2 MS 830: Malaysian Code of Practice for the Storage, Handling and Transportation of Liquefied Petroleum Gas.

3.3 MS 930: Malaysia Code of Practice for the Installation of Fuel Gas Piping Systems

and Appliances.

3.4 ASNI/ASME B 31.8: American National Standard for Gas Transmission and Distribution Piping Systems.

4.0 DEFINISI / SINGKATAN Gas Termampat Satu atau lebih gas yang dimampatkan dalam bekas yang mempunyai tekanan yang melebihI 40 pounds per square inch (PSI) pada 37.8 °C (100 °F). ST Suruhanjaya Tenaga.

Tempat Kerja Tempat yang menggunakan gas termampat. Orang Kompetan Seorang yang mempunyai perakuan pendaftaran yang sah dan layak melaksanakan kerja mengikut kelas pepasangan gas yang terbabit. Pepasangan Sistem perpaipan gas bagi membekal gas termampat dari Kawasan Penyimpanan ke Tempat Kerja. Kawasan Penyimpanan Kawasan yang dikhaskan bagi menyimpan silinder gas termampat. Kriogenik Bahan yang mempunyai suhu yang terlampau rendah di bawah -150 celcius. Kelulusan Untuk Memasang Kelulusan yang diberikan oleh ST bagi melaksanakan kerja pepasangan Kelulusan Untuk Mengendali Kelulusan yang diberikan oleh ST bagi mengendalikan pepasangan

UTHM/OSHE/GP.015

Page 2: 15. GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAT …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY... · menerima gas dan nombor telefon kecemasan. 6.0 PENGENDALIAN GAS TERMAMPAT ... 6.8

2BAHAGIANPERSEKITARANKESELAMATANDANKESIHATANPEKERJAAN(OSHE)

Perakuan Selamat Perakuan yang dikeluarkan oleh Orang Kompetan ke atas pepasangan setiap 2 tahun sekali. Pemilik Orang yang dipertanggungjawabkan ke atas Sistem Pepasangan. 5.0 PENYIMPANAN GAS TERMAMPAT

5.1 Penyimpanan silinder gas termampat hendaklah di tempat yang terbuka, mempunyai peredaran udara yang baik dan terlindung dari sinaran matahari secara langsung.

5.2 Penyimpanan silinder gas termampat perlu diasingkan mengikut kelas hazard

berdasarkan Jadual 1.

Jadual 1 5.3 Penyimpanan Silinder Gas Termampat Kriogenik (Nitrogen, Argon, Neon, Fluorine,

Hidrogen, Helium, Karbon Dioksida,Oksigen, Propana, Metana, dll) perlulah mengikut keperluan yang dinyatakan di dalam Risalah Data Keselamatan (SDS).

5.4 Silinder gas termampat yang berisi hendaklah diasingkan daripada silinder kosong.

5.5 Silinder gas termampat perlu disimpan dalam kedudukan tegak, dirantai pada

dinding, dilabel dengan jelas dan dilengkapi dengan penutup kepala gas. 5.6 Kawasan penyimpanan silinder gas termampat haruslah terhindar dari sebarang

bahan yang mudah terbakar.

5.7 Kawasan penyimpanan silinder gas perlulah berpagar, sentiasa dikunci dan dilengkapi dengan papan tanda amaran seperti “No Smoking”, “No Naked Lights”, “Nearby Material is a Fire Risk” dan “No Handphone”.

5.8 Kawasan penyimpanan silinder gas termampat perlu dilengkapi dengan Alat

Pencegahan Kebakaran, Alat Pemadam Api dan Peti Pertolongan Cemas.

5.9 Semua saluran gas perlu dilengkapi dengan maklumat jenis gas, tempat kerja yang menerima gas dan nombor telefon kecemasan.

6.0 PENGENDALIAN GAS TERMAMPAT

6.1 Prosedur Kerja Selamat (SOP) perlu disediakan dan ditempatkan di kawasan yang mudah dicapai di Tempat Kerja.

6.2 Risalah Data Keselamatan (SDS) untuk setiap gas termampat perlu disediakan dan

ditempatkan di kawasan yang mudah dicapai di Tempat Kerja.

Bil. Kelas hazard Contoh Gas 1. Mudah Terbakar LPG, Asetelin, Propana, Hidrogen, dll. 2. Tidak Mudah

Terbakar Karbon Dioksida, Helium, Nitrogen, Argon, dll.

3. Pengoksida Oksigen, klorin dll. 4. Beracun Arsenik,Amonia, Sulfur Dioksida, dll.

Page 3: 15. GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAT …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY... · menerima gas dan nombor telefon kecemasan. 6.0 PENGENDALIAN GAS TERMAMPAT ... 6.8

3BAHAGIANPERSEKITARANKESELAMATANDANKESIHATANPEKERJAAN(OSHE)

6.3 Penggunaan silinder gas termampat perlu direkodkan dan status silinder perlu dilabel

dengan jelas gas (penuh, kosong, sedang digunakan). 6.4 Tempat Kerja hendaklah mempunyai peredaran udara yang baik. 6.5 Kelengkapan Perlindungan Peribadi (PPE) yang sesuai hendaklah disediakan dan

digunakan sewaktu mengendalikan gas termampat. 6.6 Silinder gas termampat hendaklah ditutup dengan penutup keselamatan (cap) setiap

masa sekiranya tidak disambungkan pada peralatan. 6.7 Penutup injap pengawal tekanan (regulator) hendaklah ditanggalkan sewaktu

pemindahan silinder gas atau jika tidak digunakan. 6.8 Troli khas perlu digunakan untuk mengangkut/memindah silinder gas dan silinder

perlu dipastikan berada pada kedudukan menegak semasa pemindahan.

7.0 PEPASANGAN GAS LPG (Liquid Petroleum Gas)

7.1 Setiap rekabentuk dan pepasangan hendaklah mematuhi kehendak-kehendak keselamatan dan teknikal yang ditetapkan oleh Akta Bekalan Gas 1993, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997, Garis Panduan dan Pekeliling Suruhanjaya Tenaga dan standard-standard yang berkaitan.

7.2 Setiap rekabentuk pepasangan baru atau ubahsuai pepasangan sedia ada perlu mendapat Kelulusan Untuk Memasang daripada pihak ST sebelum dilaksanakan. Permohonan ini boleh dibuat menggunakan Borang JG8. (Dokumen sampingan yang diperlukan seperti Lampiran 1.)

7.3 Setiap pepasangan yang telah dibuat perlu mendapat Kelulusan Untuk Mengendali

daripada pihak ST. Permohonan ini boleh dibuat menggunakan Borang JG9. (Dokumen sampingan yang perlu disertakan seperti Lampiran 1.)

7.4 Kerja-kerja pepasangan hendaklah dilaksanakan oleh kontraktor gas yang berdaftar

dengan ST. 7.5 Setiap gegasan, perkakas dan kelengkapan gas yang akan dipasang mestilah dari

jenis/model yang telah diluluskan oleh ST. 7.6 Pepasangan yang melibatkan injap paip gas perlu dilabel dengan jelas dengan tanda

“BUKA” dan “TUTUP”. 7.7 Pemeriksaan ke atas pepasangan perlu dilakukan sebulan sekali oleh pemilik. 7.8 Penyelenggaraan ke atas pepasangan perlu dilakukan setiap 2 tahun oleh Orang

Kompetan dan disertakan dengan Perakuan Selamat. 7.9 Rekod pemeriksaan dan penyelenggaraan pepasangan haruslah disimpan dengan

baik.

Page 4: 15. GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAT …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY... · menerima gas dan nombor telefon kecemasan. 6.0 PENGENDALIAN GAS TERMAMPAT ... 6.8

4BAHAGIANPERSEKITARANKESELAMATANDANKESIHATANPEKERJAAN(OSHE)

Lampiran 1

A. SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN BAGI PERMOHONAN UNTUK MEMASANG PEPASANGAN PAIP GAS

Bil. Dokumen 1.0 Borang JG8 yang lengkap diisi. 2.0 Perkiraan dan lukisan rekabentuk bagi sistem penstoran dan

perpaipan gas yang diperakukan oleh Orang Kompeten 3.0 Spesfikasi teknikal bagi komponen-kompnen sistem perpaipan gas 4.0 Salinan perakuan pendaftaran Kontraktor Gas dan Orang Kompeten. 5.0 Salinan Sijil Kelayakan Pengimpal 6.0 Prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja hot work (jika berkenaan) 7.0 Surat Kebenaran Izin Lalu (jika bekenaan).

B. SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN BAGI PERMOHONAN UNTUK

MENGENDALI PEPASANGAN PAIP GAS

Bil. Dokumen 1.0 Borang JG9 yang lengkap diisi. 2.0 Lukisan rekabentuk terbina yang disahkan oleh Orang Kompeten 3.0 Gambar-gambar pepasangan gas 4.0 Rekod kerja kimpalan – Borang JG 5 (jika berkaitan). 5.0 Perakuan Siap (Borang B) 6.0 Perakuran Ujian (Borang C) 7.0 Rekod pemeriksaan dan ujian oleh Orang Kompeten