13068300-ulasan-tentang-arca

Upload: fiolin-chang

Post on 09-Jul-2015

108 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0

Pengenalan

Maksud Arca Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada perkataan sculpture yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik. Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknya dapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak. Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Arca bertujuan sebagai seni awam yang dipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awam untuk menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan. Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni mencapai dimensi baru, arca berubah kepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kategori arca boleh dibahagikan kepada dua iaitu arca estetik dan arca berfungsi. Ciri-Ciri Arca yang baik dan kreatif Arca yang kreatif dan baik haruslah dihasilkan menepati tema dan tajuk yang ingin diketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema bersama dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti perkongsian maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan yang ingin diketengahkan haruslah ada pada arca yang dihasilkan pengkarya. Bahan binaan arca juga haruslah sesuai dengan tujuan hasilan. Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai penggunaan bahan dan media. Maka dengan itu kesepaduan dalam pelbagai dan mampu menonjolkan persoalan berkenaan melalui hasilan

penggunaan bahan dan media dapat menjadikan sesuatu arca yang kreatif dan menepati ciri-ciri sebuah arca bersesuaian denga tema. Arca yang baik haruslah kukuh, kuat, selamat dan tahan lama. Sejarah arca membuktikan bahawa sebuah arca yang baik menggunakan alat dan bahan terdiri daripada kombinasi yang padat dan kukuh. Pengkarya arca akan dianggap dapat menghasilkan sebuah arca yang baik apabila berjaya mempelbagaikan bahan yang diadun atau dipasang dengan baik. Arca khususnya asemblaj mengadunkan pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik. Arca yang baik dan kreatif juga haruslah berjaya mengaplikasikan asas seni reka, estetika dan etika pengkaryaan. Objek akan digubah berdasarkan asas seni reka. Apabila asas seni reka ini diaplikasikan dengan baik dan betul, penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi. Akhir sekali yang paling penting dalam menhasilkan sebuah arca yang baik dan kreatif ialah arca berkenaan haruslah bebas daripada ciplakan atau plagiat. Sebagai pengkarya yang memahami hakikat keaslian, ciplakan adaloah satu kelemahan lebih-lebih lagi jika penghasilannya bertujuan komersial. Arca yang dihasilkan haruslah hanya satu dan tiada ditempat lain.

2.0 2.1

Kajian Arca Timbul, Arca Asemblaj, Arca Mobail dan Arca Stabail Arca Timbul Still Life With Musical Instruments oleh Jaques Lipchitz Jaques Lipchitz dilahirkan di Lithuania pada tahun 1891. Beliau belajar dalam

bidang kejuruteraan sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang kesenian di Paris pada tahun 1909. Berada dalam masyarakat yang meminati seni disamping bercampur dengan tokoh seni ketika itu seperti Juan Gris dan Pablo Picasso, Lipchitz telah mula meminati seni terutama menghasilkan arca. Arca pertama beliau telah dipamerkan pada tahun 1912 disebuah pameran seni di Perancis. Salah satu arca timbul yang dihasilkan bertajuk Still Life With Musical Instruments .

Imej arca timbul Still Life With Musical Instruments Alat yang digunakan pada pengamatan saya ialah alat-alat pertukangan seperti pemotong kayu, pahat, tukul, kertas pasir dan varnis dalam membentuk pelbagai bentuk imej timbul pada kepingan kayu yang diukir. Teknik yang digunakan agak teliti dan memerlukan kemahiran yang agak tinggi dalam membentuk imej pada kepingan kayu berkenaan. Persembahan arca timbul ini pada umum agak unik dan kreatif kerana walaupun hanya menggunakan kepingan kayu yang diolah namun cara pengolahan yang teliti memberikan sesuatu yang bermakna pada pengkarya ini.

2.2

Arca Asemblaj Bicycle Wheel oleh Marchel Duchamp Salah seorang pengarca bagi kategori arca asemblaj ialah Marchel Duchamp.

Duchamp dilahirkan pada tahun 1887 Blainville, Perancis. Duchamp bermula dengan menghasilkan karya dalam bidang painting dalam tahun 1908. Duchamp menceburi bidang penghasilan arca dan berjaya menghasilkan karya terunggul dalam abad ke 20 iaitu penciptaan secara seni tangan dan penghasilan karya daripada bahan-bahan terbuang. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Imej replika arca asemblaj Bicycle Wheel Penelitian yang dibuat melalui maklumat yang diperolehi daripada internet menunjukkan bahawa alat yang digunakan dalam menghasilkan arca ini agak mudah iaitu menggunakan alat pertukangan dan bahan yang digunakan ialah rim basikal yang diambil daripada bahan-bahan terbuang. Teknik pembuatan arca ini agak mudah yakni hanya menggunakan bahan terbuang sedia ada, cuma diolah dengan menggunakan kreativiti sendiri. Persembahan karya ini pada pengamatan saya walaupun nampak mudah namun mempunyai nilai estetika yang tinggi. Maksud tersirat pada arca ini hanya diketahui oleh pembuatnya sahaja.

2.3

Arca mobail Horizontal Spines oleh Alexander Calder Pengarca seterusnya yakni dalam bidang arca mobail ialah Alexander Calder.

Beliau dilahirkan dalam tahun 1898 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Bapa dan datuk beliau merupakan pengarca terkenal waktu itu. Selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan, beliau bekerja dalam pelbagai bidang sebelum menceburi bidang kesenian pada tahun 1923. Beliau banyak menghasilkan kerjakerja lukisan sebelum menceburi bidang arca mobail selepas berhijrah ke Paris pada tahun 1930. Hasilan karyanya dipamerkan dalam pameran pertama bidang arca mobail di Amerika Syarikat. Salah satu arca mobail yang dihasilkan bertajuk Horizontal Spines

Imej Arca mobail Horizontal Spines Pada pengamatan saya, arca mobail ciptaan Calder ini merupakan arca yang agak unik dan tersendiri. Beliau berjaya mengolah bahan-bahan terbuang yang terdapat disekeliling seperti gelungan dawai untuk membentuk arca sedemikian. Alat yang digunakan dalam menghasilokan arca ini mungkin terdiri daripada alat-alat pertukangan tangan seperti payar, pemotong besi dan alat kimpalan. Persembahan karya memerlukan penerangan yang agak kritis dalam menyakinkan penonton tentang maksud tersirat pada arca ini. Apabila arca ini digantung, ia akan berpusing secara mendatar.

2.4

Arca stabail Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying

Work of Art oleh Jean Tinguely. Pengarca seterusnya yakni dalam bidang arca stabail ialah Jean Tinguely. Beliau dilahirkan di Swistzerland pada tahun 1925. Selepas tamat persekolahan beliau menceburi bidang perniagaan. Beliau meminati bidang seni semasa beliau belajar di Basle antara tahun 1941 1945. Tinguely mula membuat eksperimen berkaitan penerokaan ruang melalui penghasilan arca menggunakan motor elektrik. Pembabitan secara serius dalam penghasilan arca bermula apabila beliau berhijrah ke Perancis dan bercampur dengan beberapa tokoh seni di sana. Salah satu arca stabail yang dihasilkan bertajuk Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art

Arca stabail Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art Jika hendak dibandingkan dengan arca-arca lain yang diterangkan di atas, arca ini merupakan arca yang paling rumit dihasilkan. Bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan arca ini adalah terdiri daripada pelbagai bahan terbuang. Tinguely berjaya mengolah bahan-bahan berkenaan menggunakan alatan kimpalan. Beliau menggunakan teknik olah, susun, cantum dan lekat dalam menghasilkan arca ini. Persembahan karya arca ini memerlukan penerangan yang teliti oleh pengarca dan pemerhatian yang teliti oleh penonton untuk memahami maksud tersirat pada arca ini.

3.0

Pemerhatian Secara Kritis dan Kreatif bagi arca asemblaj Bicycle Wheel dan arca stabail Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art. Daripada empat jenis arca yang diterangkan di atas, saya mengambil dua

jenis arca yakni arca asemblaj Bicycle Wheel dan arca stabail Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art untuk dibuat penilaian secara kritis dan kreatif.

Rangka: Aspek-aspek yang boleh di analisa

Jenis Arca Kategori Arca Fungsi Media Cara Persembahan

Teknik