129 integration2010 proceedings

6
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 129 INTEGRASI ILMU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN USULUDDIN: SATU TINJAUAN Siti Sa’adiah Binti Shafik Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Darul Iman Malaysia [email protected] Abstrak Kajian ini membincangkan tentang integrasi ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran usuluddin. Pengunaan pengetahuan ilmiah mempunyai asas moral tertentu . maka ilmu dapat dimanfaatkan sebagai sarana atau alat dalam meningkatkan taraf hidup manusia dengan memerhatikan kudrat manusia, martabat manusia dan keabdian keseimbangan alam. Islam telah melahirkan suatu tamadun besar yang telah membawa keamanan dan kesejahteraan kepada dunia dan menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaa. Ilmu-ilmu yang berlandaskan kebenaran itu dapat membina sesuatu tamaddun yang besar dan agong, bukan sahaja mengetaui ilmu agama sebagai ilmu dasar kepada kita bahkan juga Allah SWT mengalakkan pencarian ilmu yang lain. Perbahasan tentang teori pengetehuan adalah perbahasan falsafah kerana ia melibatkan perkara-perkara yang mempunyai cirri-ciri falsafah. Oleh itu ia amat dipengaruhi kecenderungan falsafah seseorang. Falsafah Islam yang mengnai teori pengetahuan berada di tengah tengah aliran realisme dan idealisme. Semua ahli falsafah Islam bersetuju bahawa objek pengetahuan yang paling tinggi dan mulia ádala pengetehuan tentang Allah SWT. Pengetahuan-pengetahuan lain mengikut urutan hirarkinya adalah pengetahuan tentang aqidah, hukum-hukum syarak, ilmu mantik, ilmu akhlak dan ilmu kerohanian (tasawuf) dan ilmu Alam Semula Jadi, Ilmu Matematik, Ilmu Matefizik di golong sebagai ilmu teoritikal dan ilmu Akhlak. Para-para ilmuan Islam mempunyai daya kretiviti untuk mengabungkan pelbagai perjenisan ilmu pengetahuan yang berbentuk teorikal dan praktikal dalam disiplin ilmu Pada dasarnya ilmu digunakan dan dimanfaatkan untuk kepentingan manusia untuk mengetengahkan kepentingannya dalam kerjaya, juga element-elemen yang memberi sumbangan dalam prestasi kerjaya sama ada cara mengimplentasikannya dalam penyelidikan dan pengajaran. Kaedah kajian ini secara umumnya menggunakan Metode pengumpulan data atau metode dokumentasi. Penkaji akan membuat pengolahan dan penganalisisan terhadap data-data yang telah dikumpul menerusi metode-metode yang dinyatakan sebelum ini dengan menggunakan kaedah induktif dan Kaedah deduktif. Penyelidikan ini memberikan tumpuan kepada bagaimana para pensyarah usuluddin mengaplikasi integrasi ilmu dalam P&P. Katakunci: Integrasi ilmu dan Usuluddin. PENGENALAN Ilmu bererti pengetahuan yang bersifat global sama ada membicarakan dalam perkara dunia dan akhirat . Ilmu juga suatu pencarian maklumat yang tidak diketahui kepada maklumat yang diketahui melalui minda. Dengan pelbagaian cara kefahaman dan pengetahuan sudah pastinya melahirkan bentuk ilmu yang berlainan .Ini dilihat dari sikap manusia yang suka mencari dan berfikir, lantas menghasilkan ilmu-ilmu yang baru yang membawa manusia ke era ketamaddunan.

Upload: khirulnizam-abd-rahman

Post on 16-Apr-2015

16 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 129 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 129

INTEGRASI ILMU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN USULUDDIN:

SATU TINJAUAN

Siti Sa’adiah Binti Shafik

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

Universiti Darul Iman Malaysia

[email protected]

Abstrak

Kajian ini membincangkan tentang integrasi ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran

usuluddin. Pengunaan pengetahuan ilmiah mempunyai asas moral tertentu . maka ilmu dapat

dimanfaatkan sebagai sarana atau alat dalam meningkatkan taraf hidup manusia dengan

memerhatikan kudrat manusia, martabat manusia dan keabdian keseimbangan alam. Islam

telah melahirkan suatu tamadun besar yang telah membawa keamanan dan kesejahteraan

kepada dunia dan menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran,

moral dan keduniaa. Ilmu-ilmu yang berlandaskan kebenaran itu dapat membina sesuatu

tamaddun yang besar dan agong, bukan sahaja mengetaui ilmu agama sebagai ilmu dasar

kepada kita bahkan juga Allah SWT mengalakkan pencarian ilmu yang lain. Perbahasan

tentang teori pengetehuan adalah perbahasan falsafah kerana ia melibatkan perkara-perkara

yang mempunyai cirri-ciri falsafah. Oleh itu ia amat dipengaruhi kecenderungan falsafah

seseorang. Falsafah Islam yang mengnai teori pengetahuan berada di tengah tengah aliran

realisme dan idealisme. Semua ahli falsafah Islam bersetuju bahawa objek pengetahuan yang

paling tinggi dan mulia ádala pengetehuan tentang Allah SWT. Pengetahuan-pengetahuan

lain mengikut urutan hirarkinya adalah pengetahuan tentang aqidah, hukum-hukum syarak,

ilmu mantik, ilmu akhlak dan ilmu kerohanian (tasawuf) dan ilmu Alam Semula Jadi, Ilmu

Matematik, Ilmu Matefizik di golong sebagai ilmu teoritikal dan ilmu Akhlak. Para-para

ilmuan Islam mempunyai daya kretiviti untuk mengabungkan pelbagai perjenisan ilmu

pengetahuan yang berbentuk teorikal dan praktikal dalam disiplin ilmu Pada dasarnya ilmu

digunakan dan dimanfaatkan untuk kepentingan manusia untuk mengetengahkan

kepentingannya dalam kerjaya, juga element-elemen yang memberi sumbangan dalam

prestasi kerjaya sama ada cara mengimplentasikannya dalam penyelidikan dan pengajaran.

Kaedah kajian ini secara umumnya menggunakan Metode pengumpulan data atau metode

dokumentasi. Penkaji akan membuat pengolahan dan penganalisisan terhadap data-data yang

telah dikumpul menerusi metode-metode yang dinyatakan sebelum ini dengan menggunakan

kaedah induktif dan Kaedah deduktif. Penyelidikan ini memberikan tumpuan kepada

bagaimana para pensyarah usuluddin mengaplikasi integrasi ilmu dalam P&P.

Katakunci: Integrasi ilmu dan Usuluddin.

PENGENALAN

Ilmu bererti pengetahuan yang bersifat global sama ada membicarakan dalam perkara dunia

dan akhirat . Ilmu juga suatu pencarian maklumat yang tidak diketahui kepada maklumat

yang diketahui melalui minda. Dengan pelbagaian cara kefahaman dan pengetahuan sudah

pastinya melahirkan bentuk ilmu yang berlainan .Ini dilihat dari sikap manusia yang suka

mencari dan berfikir, lantas menghasilkan ilmu-ilmu yang baru yang membawa manusia ke

era ketamaddunan.

Page 2: 129 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 130

Setiap manusia dibekalkan akal oleh Allah untuk mencari kehebatan ciptaan Allah

SWT di muka bumi ini, maka mereka dapat menemuinya dengan izin Allah SWT. Di sini kita

melihat manusia dapat membina tamaddun yang hebat yang mencipta sejarah.manusia

berbekalkan ilmu yang mereka ada.

Sejak zaman kegemilangan ilmu pengetahuan yang bermula dari zaman kerajaan

Abbasiyyah perlbagai ilmu diterjemah dari bahasa Yunani ke bahasa Arab dengan banyaknya

seperti falsafah, politik, mantiq, fizik, falak dan lain-lainnya. Mereka mengkaji ilimu bukan

satu bidang sahaja tetapi mendalami dalam kepelbagaian ilmu , mereka mampu untuk

menggabungkan antara ilmu-ilmu yang lain.oleh sebab ketekunan mereka itu yang membawa

kejayaan mereka. Dan lahir para-para ilmuan seperti Ibn Sina , al-Khawarazmi, al-Farabi ,

Ibn Qayyim, Ibn Khaldoon, al-Razi, Jabir Ibn Hayyan , Ibn al-Haitham dan lain-lain.

Agama Islam menempatkan ilmu dan ilmuwan dalam kedudukan yang tinggi,

sejajar dengan orang-orang yang beriman . Hal ini dapat dilihat dari banyaknya ayat-ayat al-

Qur‗an maupun al-Sunnah yang menganjurkan manusia untuk menuntut ilmu, bahkan wahyu

yang pertama kali turun adalah ayat yang berkenaan dengan ilmu yakni perintah untuk

membaca seperti yang terdapat dalam surah al-‗Alaq. Yang bermaksud:

‖Bacalah dengan (menyebut) Nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan

manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang

mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang

tidak diketahuinya‖ (Surah al-‗Alaq, 96: 1- 5)

Umat Islam mendapatkan semangat yang luar biasa karena banyak sekali perintah

atau nas-nas yang menyentuh masalah keilmuan. Hal ini dapat dilihat pada masa awal Islam,

banyak sekali kegiatan pengembangan ilmu pengetahuan, bahkan sumber ilmu yang

dikembangkan itu berasal dari agama dan peradaban selain Islam. Para ulama banyak

menerjemahkan buku-buku dari Yunani dan Persia (Ahmad Y al-Hasan dan Donald R. Hill,

1993: 56-59). Namun usaha yang dilakukan tidak terbatas sebagai penterjemah saja, tapi juga

memberikan tambahan berupa saranan dan kritikan terhadap ilmu yang dipelajari dari luar

tersebut dan juga mengembangkan ilmu pengetahuan yang sudah ada, sehingga melahirkan

suatu teori baru.

Agama dan ilmu merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Islam

mengajarkan umatnya untuk senantiasa mengamati alam dan menggunakan akal yang mana

kedua-dua hal ini merupakan landasan untuk membangun ilmu pengetahuan moden. Perintah

mengamati berbagai fenomena alam mengajak manusia untuk berfikir secara empiris. Dan

penggunaan akal sebagai dasar dalam berfikir secara rasional.

Apabila ilmu dan agama dipisahkan maka akan terjadi mala petaka seperti teknologi

nukliar yang digunakan sebagai senjata perang; penggunaan bahan bakar minyak yang tidak

terkendali; sistem yang tidak memanusiakan manusia; dimana nantinya akan menghancurkan

peradaban manusia itu sendiri. Sejarah telah membuktikan bahwa pemisahan ilmu

pengetahuan dari agama telah menyebabkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki.

Keimanan harus dikenali melalui ilmu pengetahuan, keimanan tanpa ilmu pengetahuan akan

mengakibatkan fanatisme dalam kemandekan (Abudin Nata, 2005: 6). Menurut M Amin

Abdullah (pengantar dalam Ibn Rusyd, 2005: ii), Ibnu Rusyd merupakan ilmuwan muslim

pertama yang menggunakan metode integralistik-teosentrik.

Page 3: 129 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 131

Usaha integrasi ilmu dan agama di Malaysia telah diusahakan oleh para pemikir

Muslim dan para sarjana. Begitu juga usaha Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UDM

untuk memurnikan kursus-kursus di fakulti yang tidak hanya mempelajari ilmu-ilmu agama

juga mempelajari ilmu-ilmu umum.

Peranan pensyarah dalam soal ini begitu penting kerana penglibatan mereka dalam

pengajaran dan pembelajaran sesuatu kursus, maka sebaiknya mereka mengaitkan kursus-

kursus itu dengan ilmu-ilmu lain supaya nampak lebih efektif misalnya ilmu usuluddin boleh

dikaitkan dengan sains, psikologi, moral, astronomi, kaunseling dan lain-lain. Cara ini dapat

dilakukan ketika menyampaikan kuliyah dengan menekankan asal usul ilmu kepada pencipta

yang agong ialah Allah S.W.T .

DEFINISI ILMU

―Ilmu‖ itu ― knowledge ― lawan kepada jahil atau ignorance. Ilmu itu dihubungkan dengan

makrifah , fikh, hikmah dan daya rasa. Ilmu adalah hasil daripada pembelajaran, pada

peringkata permulaan, ahli fikir Islam membezakan antara makrifah dengan ilmu. Yng

pertama menunjukan kepada yang didapati melalui pengalaman yang pada mulanya tidak

diketahui. Yang kedua pula adalah pengetahun yang tidak dijelaskan sebagai berlaku secara

spontan ( berlaku dengan kehendak hati dan tidak dengan paksaan). Oleh itu makrifah adalah

―secular knowledge ― dan ilmu adalah ― knowledge of God ‖ yang lebih menyentuh

keagamaan, apabila ilmu itu dikhususkan kepada ilmu yang berunsur keagamaan maka

sekular dalam bidang berkenaan di panggil ulama. (Ismail Ibrahim 1994: 39)

PERKEMBANGAN ILMU ISLAM

Dalam perkembangan keilmuan Islam, terdapat pengelompokkan disiplin ilmu agama dengan

ilmu umum. Hal ini secara langsung menunjukkan adanya dikotomi ilmu pengetahuan.

Kondisi seperti ini terjadi mulai abad pertengahan sejarah Islam hingga sekarang. Pada saat

itu ada sikap penolakan terhadap ilmu-ilmu yang bersumber dari penalaran akal seperti ilmu

filsafat, ilmu matematika dan lain-lain (Abudin Nata, 2005: 115). Sikap ini muncul akibat

perbezaan pemikiran yang menimbulkan adanya golongan-golongan dalam Islam. Sehingga

umat Islam pada saat itu mulai meninggalkan ilmu-ilmu yang dikategorikan dalam ilmu

umum (ilmu dunia) dan mengakibatkan umat Islam mengalami kemunduran dalam berbagai

bidang.

Pengunaan pengetahuan ilmiah mempunyai asas moral tertentu pula. Pada dasarnya

ilmu digunakan dan dimanfaatkan untuk kepentingan manusia. Dalam hal ini, maka ilmu

dapat dimanfaatkan sebagai sarana atau alat dalam meningkatkan taraf hidup manusia dengan

memerhatikan kudrat manusia dan keabdian keseimbangan alam. Salah satu alasan untuk

tidak mencampuri masalah kehidupan secara ontologis adalah kekhuatiran bahawa hal ini

akan mengganggu keseimbangan kehidupan (Jujun, S.Sariasumantri 1990: 5)

Untuk kepentingan manusia tersebut maka pengetahuan ilmiah yang diperoleh dan

disusun dipergunakan secara komunal dan universal. Komunal bererti ilmu merupakan

pengetahuan yang menjadi milik bersama. Setiap orang berhak memanfaatkan ilmu menurut

Page 4: 129 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 132

keperluannya sesuai dengan asas komunisme. Universal bererti bahawa ilmu tidak

mempunyai konotasi parokial seperti ras, ideologi atau agama (Jujun, S.Sariasumantri 1990:

5).

Sejarah dunia hari ini terpaksa mengakui bahawa Islam telah melahirkan suatu

tamdun besar yang telah membawa keamanan dan kesejahteraan kepada dunia dan menjadi

pendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan. Ia

menjadi sumber utama ilmu yang bermanfaat bukan sahaja kepada timur tetapi kepada barat

yang telah mendapat darinya sumbangan intelektual dan moral dan juga ida-idea untuk

kemajuan kebendaan (Ismail Ibarahim dan Mohd. Sahri Abdul Rahman 1994: 45)

Oleh yang demikian itu, ilmu-ilmu yang berlandaskan kebenaran itu dapat membina

sesuatu tamadun yang besar dan agung bukan sahaja mengetahui ilmu agama sebagai ilmu

dasar kepada kita bahkan juga Allah SWT mengalakan pencarian ilmu yang lain.

Pada pendapat ahli falsafah bahwa keyakinan pada status ontologis atau eksistensi

objek-objek ilmu pengetahuan akan menjadi basis ontologis dari epistemologi yang akan

maju. Pernyataan tersebut menemukan momentum performatifnya ketika kita mengamati

ilmuan-ilmuan Barat seperti Darwin, Sigmund Freud, Emile Durkheim, Karl Marx, Laplace,

dan sebagainya yang 'menutup mata' terhadap eksistensi entitas-entitas metafizik. Lain halnya

dengan ilmuan Muslim seperti al-Farabi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Suhrawardi, Mulla Shadra,

dan selainnya yang memandang wujud (maujudat) metafizik sebagai entitas yang mesti

dipadukan dengan entitas fizik sehingga memberikan kepercayaan pada pengkajian semua

bidang yang berkaitan. Berkaitan dengan klasifikasi ilmu, penulis lulusan Universitas

Chicago ini berpijak pada klasifikasi ilmu teoretis ala al-Farabi yang mengelompokkan ilmu

ke dalam tiga ilmu utama: metafisika, matematika, dan ilmu-ilmu alam. Hemat penulis, ketiga

kelompok utama ilmu ini akan membentuk klasifikasi ilmu rasional yang integral, tanpa

menganaktirikan salah satunya. (h 212). Adapun klasifikasi ilmu-ilmu praktis, filasuf Muslim

juga membahagikan kepada tiga jenis, iaitu: etika, ekonomi, dan politik. Dalam hal

metodologi, atensi ilmuan Barat berfokus kepada metode observasi yang berpaksikan kepada

penekanan potensi pancaindra yang berorientasikan fizik. Penekanan seperti ini boleh

nampak jelas karena observasi pancaindra boleh sahaja meleset dan tak kuasa terhadap objek-

objek metafizik. Untuk itu, potensi akal dan hati atau intutusi juga harus dilibatkan dalam

pengkajian ilmiah. Jauh hari sebelumnya, tradisi falsafah Islam mengakomodasi seluruh

potensi tersebut sebagaimana terlihat pada konsep Suhrawardi yang membagi pendekatan

kepada dua bahagian, iaitu: diskursif (bahthi) dan eksperiensial (dzauqi).

KELEBIHAN-KELEBIHAN INTEGRASI ILMU

1. Pada dasarnya perbahasan tentang teori pengetahuan adalah perbahasan falsafah

kerana ia melibatkan perkara-perkara yang mempunyai ciri-ciri falsafah. Oleh itu ia

amat dipengaruhi kecenderungan falsafah seseorang. Falsafah Islam pula mengnai

teori pengetahuan yang berada ditengah aliran realisme dan idealisme. Ahli-ahli

falsafah Islam seperti juga kebanyakan ahli falsafah yang lain membahagikan

pengetahuan itu kepada beberapa jenis. ( Ismail Ibarahim dan Mohd. Sahri Abdul

Rahman 1994: 39) Semua ahli falsafah Islam bersetuju bahawa objek pengetahuan

yang paling tinggi dan mulia adalah pengetahun tentang Allah SWT.

Page 5: 129 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 133

2. Pengetahuan-pengetahuan lain mengikut urutan hirakinya adalah pengetahuan

tentang akidah, hukum-hukum syarak, ilmu mantik, ilmu akhlak dan ilmu

kerohanian (tasawwuf), cabang atau perjenisan ilmu ini dihuraikan oleh al-Kindi

(796-873M) berdasarkan perjenisan yang dibuat oleh Aristotle, yang

membahagiakan pengetahuan kepada teoritikal dan praktikal. Al-Farabi (878-950M)

telah menambah cabang ilmu dengan memasukkan ilmu kalam dan ilmu fekah yang

tidak ada dalam perjenisan Aristotle dan al-Kindi. Ibn Sina (980-1036M) di samping

mengakui perjenisan yang dibuat oleh Aristotle telah membuat bebarapa tambahan

dengan bedasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan pengelamannya. Ilmu alam

semula jadi, ilmu matematik, ilmu metefizik digolong sebagai ilmu teoritikal dan

ilmu akhlak, pengurusan bandar dan syariah sebagai ilmu praktikal. Al-Ghazali

(1058-1111M) pada period awal permulaan terpengaruh dengan perjenisan ilmu

yang dibuat oleh ahli-ahli falsafah terdahulu seperti Aristotle, al-Kindi dan al-

Farabi. Kemudia period kedua beliau mengkaji juga sebagai substant, ini dapat

dilihat daripada bukunya Ihya‘ Ulum al-Din. (Ismail Ibarahim dan Mohd. Sahri

Abdul Rahman 1994: 40)

Jika kita renung kembali para-para ilmua tadi, mereka mempunyai daya

kretiviti untuk mengabungkan pelbagai perjenisan ilmu pengetahuan yang

berbentuk teoritikal dan praktikal dalam disiplin ilmu. Kita lihatlah berapa ramai

para ilmuan yang datang dari bidang yang belainan dan berbeza berkongsi ilmu

dalam melakukan penyelidikan, misalnya Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,

Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan ,Fakulti Perubatan Sains Kesihatan

dan lain-lain. Dengan kata lain adanya integrasi ilmu dapat meningkatkan

produktiviti organissi itu dan kepakaran masing-masing.

3. Ternyata para ilmuan perlu memasyarkatkan ilmu, tetapi dalam penyempaiannya

harus sebijaksana mungkin. Juga betapa pentingnya penyebaran maklumat ilmu

pengetahuan dilakukan iaitu penyelidikan, penerbitan ilmiah dan melalui media

masa. Di pusat pengajian tinggi sering kali diberi makluman kepentingan

penyelidikan kepada para pensyarah untuk mempamerkan kesarjanaan masing-

masing. Melalui dasar ini membezakan anatara pensyarah dan guru. Maka dorongan

moral bagi para pensyarah dalam hal ini amat diperlukan. Misalnya seperti yang

sudah dilakukan oleh pelbagai pusat pengajian tinggi setiap pensyarah yang

menyumbang artikel dalam jurnal atau penyelidikan akan diberi point untuk

kenaikan pangkat.

4. Maka kelebihan integrasi ilmu ini dapat membantu pensyarah meningkatkan tahap

kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap pensyara perlu tahu

peranan dan tugas menyampaikan ilmu dengan baik dan telus. Mereka adalah

pewaris para nabi yang mempunyai tanggung jawab yang besar dan mulia.

KESIMPULAN

Apa yang telah dibincangkan di sini ialah integrasi ilmu dapat meningkatkan kreadibiliti para

pensyarah dan kewibaan mereka walaupun dalam bidang yang berbeza-beza. Juga memupuk

semangat yang kuat untuk mempamerkan kesarjanaan masing-masing yang dapat

menghasilkan karya-karya yang lebih mencabar untuk diterima oleh masyarakat.

Page 6: 129 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 134

Perpaksikan kepada perinsip-perinsip Islam maka integrasi ilmu dapat meyakinkan dalam

meningkatkan potensi kerja mereka.

CADANGAN

1. Semua pensyarah usuluddin dapat mengabung jalin kursus-kursus yang diajar dengan

ilmu moden.

2. Kursus-kursus usuluddin yang dikaitkan dengan ilmu-ilmu umum dapat mendedahkan

kepada pelajar tentang kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Pehak pengurusan akademik perlu mendedahkan kepada pensyarah usuluddin kursus-

kursus dalam bidang sains, politik, sains sosial, astronomi, psikologi, perubatan, moral,

kaunsling dan lain-lain.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Jujun, S.Sariasumantri (1990), Ilmu dalam Perspektif Moral, Sosial , dan Politik, cet.

Pertama. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka..

Ismail Hj. Ibrahim dan Mohd. Sahri (1994), Ilmu dan Kecemerlangan Dari Perspektif Islam.

Kuala Lumpur: Institut Kefahama Islam Malaysia (IKIM).

Abudin Nata (2005) , Integrasi Ilmu Agama Dan Ilmu Umum. Indonesia: Rajawali Persada.

Mohammad Solikin (2008), Integrasi Ilmu Dan Agama Menurut Ismail Raji al-Faruqi Dan

Koutowijoyo.Indonesia: Universiti Muhamadiyah Surakarta.

Zainal Abidin, Integrasi Ilmu Dan Agama. Indonesi: Pustaka Mizan.

Dr. Aroom Kuswanjono, Integrasi Ilmu Dan Agama Perspektif Filsafat Mull Sadra.

Prof. Omar Hasan Kasute Sr (2009), Epestemologi Islam Dan Integrasi Ilmu Pengetahuan

Pada Universiti Islam (seminar).

Pengilmuan Islam Dan Integrasi Ilmu Dengan Etika Gagasan Kuntowijoyo (makalah).

Prof. Dr. Nakhtiar Effendy (2009), Integrasi Studi Keagamaan Dan Teori Ilmu Sosial.Jakarta.

Drs, H Nurchalish Madjid , Keharusan Pembaharuan Pemikiran Islam Dan Masalah Integrasi

Umat. Indonesia.

Shahrullah Iskandar (2005), Integrasi Ilmu: Sebuah Rekohstruksi Holistik.Bandung: ‗Arasy

Mizan.