122789117 02 kelebihan dan kelemahan globalisasi

18
HNS2013 KENEGARAAN (PJJ) TAJUK KUMPULAN EL-W02(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON RUSLI BIN KEMAT D20121061537 0133495774 NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK MOHAMAD KAMAR BIN ZAINUDIN TARIKH SERAH : 8 NOVEMBER 2012 Tugasan 2: Analisakan kelebihan dan kelemahan globalisasi

Upload: egan-ash-arijenan

Post on 11-Jul-2016

235 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kelebihan dan kelemahan

TRANSCRIPT

Page 1: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

HNS2013 KENEGARAAN (PJJ)

TAJUK

KUMPULAN

EL-W02(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

RUSLI BIN KEMAT D20121061537 0133495774

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK MOHAMAD KAMAR BIN ZAINUDIN

TARIKH SERAH : 8 NOVEMBER 2012

Tugasan 2:

Analisakan kelebihan dan kelemahan globalisasi

Page 2: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

1

Isi kandungan Muka surat

Pengenalan 2

Perkembangan Dalam Bidang Sains 3

Kebaikan Globalisasi 4

Kemudahan Internet 5

Internet Membantu Pembelajaran 6

Kelebihan Globalisasi Dari Segi Ekonomi 6

Menyediakan Dana Tambahan Untuk Pembangunan Ekonomi 6

Meningkatkan Kemakmuran Masyarakat Dalam Suatu Negara 7

Meluaskan Pasaran Untuk Produk Tempatan 7

Produk Global Dapat Ditingkatkan 7

Lebih Banyak Modal Dan Teknologi Yang Lebih Baik 7

Keburukan Globalisasi 8

Salah Guna Internet 8

Keterbukaan Budaya 9

Pencetus Gejala Sosial 10

Bahaya Urusniaga Di Hujung Jari 10

Ancaman Virus Komputer 11

Pengodam Komputer (Hackers) 12

Pengganas Berteknologi Tinggi 12

Jenayah Melalui Internet 13

Memburukkan Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang 14

Menghalang Pertumbuhan Sektor Industri 14

Merosakkan Imbangan Pembayaran 14

Sektor Kewangan Semakin Tidak Stabil 15

Kesimpulan 15

Bibliografi 16

Page 3: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

2

Pengenalan

Globalisasi atau “Dunia Tanpa Sempadan” berkembang luas ke seluruh dunia.

Kononnya globalisasi yang bebas ini akan membawa lebih banyak faedah kepada sesebuah

negara yang ingin menguruskan ekonomi mengikut coraknya sendiri. Perkataan ini sudah

menjadi sebutan umum tidak kira di mana-mana tetapi merupakan perkara yang paling

kontroversi dalam masyarakat. Jika dilihat pada perkembangan semasa, terlalu banyak

artikel mengenai globalisasi. Tidak keterlaluan dikatakan banyak topik karangan kelas

menengah didominasi oleh topik ini. Jika tiada tajuk globalisasi sekalipun, pelajar tetap akan

memulai atau memasukkan pendahuluan fakta mereka dengan frasa “pada zaman

globalisasi”, “dalam era globalisasi” dan sebagainya. Namun mungkin ramai yang sudah

menyedari benda yang dicanang- canang ini mempunyai impak yang besar pada masyarakat.

Globalisasi boleh ditakrifkan sebagi satu usaha untuk mengubah nilai manusia khususnya

cara berfikir dan cara bertindak yang dilakukan oleh satu daerah dunia yang lain. Manusia

seluruh dunia lebih berhubung antara satu sama lain berbanding sebelumnya. Informasi dan

aliran wang bertambah cepat, produk dan perkhidmatan yang terdapat di sesebuah tempat di

dunia pantas kedapatan di segenap tempat dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih

kerap. Aspek geografi tidak lagi menghalang aktiviti ini daripada berlaku. Usaha globalisasi

merupakan penerapan ideologi, budaya dan cara hidup kuasa-kuasa besar barat kedunia

timur. Ramai pakar telah membuat definisi mereka tersendiri tentang globasisasi antaranya:

Nurcholish Majid mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses mengubah kehidupan

manusia menuju kepada satu msyarakat sahaja. Modelski pula mentakrifkan globalisasi

sebagai satu proses penguasaan kuasa-kuasa besar terhadap pembentukan “World View”

masyarakat antarabangsa dari segi ekonomi, politik dan demokrasi. Selain itu, Kenichi

Ohmea juga mengemukakan pendapat beliau tentang globalisasi sebagai dunia tanpa

Page 4: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

3

sempadan yang bertujuan mengubah dunia menjadi satu unit sahaja. Proses ini dimudahkan

lagi dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi, khususnya teknologi komunikasi dan

perhubungan. Perkataan Globalisasi sebenarnya adalah daripada perkataan bahasa inggeris

“Globalisation” yang bermaksud menyeluruh. Ia dikembangkan lagi dalam erti kata melayu

yang membawa maksud “dunia tanpa sempadan”, dimana dunia yang seluas ini dapat

dihubungkan dengan lebih mudah dan cepat seperti dalam satu perkampungan yang kecil dan

sempit. Hal ini kerana dengan penciptaan alat-alat komunikasi yang canggih hasil daripada

perkembangan sains dan teknologi, manusia dapat dihubungkan dengan lebih mudah dengan

menggunakan telefon, komputer dan internet dan sebagainya walaupun berada dalam jarak

yang sangat jauh. Dalam aspek globalisasi, dunia dilihat hanya sebagai ”satu perkampungan”

dan segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah ataupun dengan perumpamaannya

“maklumat dihujung jari”.

Perkembangan Dalam Bidang Sains

Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi yang banyak menyumbang kepada

perkembangan globalisasi, telah banyak memudahkan kehidupan manusia untuk berhubung

antara satu sama lain bagi menjalankan kegiatan ekonomi, politik dan sebagainya. Namun,

jika kita lihat dengan lebih teliti, globalisasi sebenarnya ada kebaikan dan keburukannya.

Walaupun globalisasi telah banyak membawa kebaikan dan kemajuan dalam kehidupan, ia

juga tidak terlepas daripada membawa kepada keburukan jika disalahertikan oleh pihak yang

tidak bertanggungjawab samada secara sengaja ataupun tidak. Dalam konteks lainnya,

globalisasi tidak hanya memberikan kebaikan sahaja namun turut menyumbangkan kepada

keburukan yang lebih cenderung kepada keruntuhan akhlak. Hal ini dapat dilihat pada

keruntuhan akhlak para remaja pada masa ini yang sering terikut-ikut dengan cara kehidupan

Page 5: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

4

barat. Selain itu, globalisasi juga turut membawa kebaikan dan keburukan dalam bidang

ekonomi, penyebaran maklumat dan juga dalam bidang pemerintahan.

Kebaikan Globalisasi

Globalisasi sebenarnya memang banyak mendatangkan kebaikan dalam kehidupan

pada masa ini. Era globalisasi yang melanda dunia tidak lengkap tanpa kewujudan

perkembangan teknologi maklumat. Sememangnya diakui bahawa teknologi maklumat akan

memberi bentuk baru kepada corak hidup manusia. Melalui penyebaran maklumat secara

besar-besaran sudah tentu akan membawa kita ke suatu peradaban elektronik. Seperti yang

kita ketahui bahawa teknologi maklumat berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan

menyampaikan maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor yang dapat dibuat

secara elektronik. Dengan ini, teknologi maklumat menggabungkan komputer dan

telekomunikasi supaya dapat membentuk sistem-sistem bagi menguruskan maklumat.

Internet ialah satu wadah yang digunakan untuk mendapatkan informasi dan maklumat

terkini. Kini internet digunakan secara meluas bagi mendapatkan maklumat untuk kegunaan

dalam semua bidang seperti dalam bidang pengiklanan, pendidikan, berita terkini dan juga

sebagai bahan rujukan. Internet juga dapat memudah dan mempercepatkan proses dagangan

antarabangsa mahupun tempatan tanpa perlu pergi ketempat dagangan tersebut. Ini

memandangkan setiap urusan dagangan yang menyentuh aspek jenis barangan, kuantiti,

kualtiti serta butiran lengkap tentang perjanjian jual beli akan dapat dilakukan dengan begitu

cepat dan mudah melalui proses “e-dagang” dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan

oleh kemajuan teknologi informasi dan komunikasi pada hari ini.

Jika kita lihat masyarakat pada masa dahulu, cara mereka berhubung dengan

masyarakat yang tinggal berjauhan adalah sangat rumit dan memakan masa yang agak lama.

Page 6: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

5

Selain itu, mereka juga pada kebiasannya akan datang sendiri ke lokasi masyarakat lain yang

ingin ditemuinya walaupun memakan masa yang agak lama dan memerlukan tenaga yang

agak banyak hanya sekadar untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Namun pada masa kini,

dengan kecanggihan sains dan teknologi, segala maklumat yang ingin disampaikan dapat

dihantar dengan menggunakan hujung jari seperti berhubung dengan menggunakan telefon,

internet, telegram dan sebagainya tanpa memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Jika

dilihat pada kemajuan yang dikecapi pada masa ini, mayarakat abad ini dikatakan telah jauh

lebih maju berbanding masyarakat zaman dahulu sebelum kewujudan era globalisasi.

Kemudahan Internet

Selain itu, dengan adanya kemudahan internet juga dapat memberi peluang kepada

para pakar membuat analisis samada untuk tujuan pelaburan, mencari rakan kongsi mahupun

kesesuaian melabur disesebuah negara dengan hanya melayari internet. Selain itu juga,

intenet dapat membantu menyediakan peluang yang lebih besar kepada masyarakat untuk

menceburi bidang perniagaan yang mereka minati serta sesuai dengan kemampuan dan

kemahiran yang mereka miliki mahupun membesarkan urusniaga yang telah mereka

jalankan, mencari rakan kongsi dalam perdagangan antarabangsa mahupun mencari peluang

memperluaskan perdagangan diperingkat antarabangsa. Perkara ini adalah rentetan daripada

kemudahan internet yang dapat menyalurkan maklumat dengan mudah keserata dunia tanpa

sempadan. Mereka boleh mengiklankan tentang perniagaan mereka di internet dan dengan

cara ini masyarakat diseluruh dunia dapat dimaklumkan tentang perniagaan tersebut dengan

mudah dan cepat.

Page 7: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

6

Internet Membantu Pembelajaran

Bagi para pelajar pula, mereka dapat mencari maklumat dan rujukan tambahan untuk

proses pembelajaran mereka melalui kemudahan internet. Sekiranya mereka tidak dapat

mencari bahan rujukan dalam bentuk buku ataupun media cetak yang lain, para pelajar boleh

menggunakan insiatif lain untuk mencari maklumat dengan menggunakan internet. Kaedah

ini adalah lebih cepat kerana para pelajar hanya perlu menaip tajuk rujukan yang diperlukan

pada engin pencarian sesuatu laman web yang berkenaan, setiap rujukan akan terpampang

pada skrin komputer. Dengan menggunakan kaedah ini, para pelajar mungkin dapat lebih

memahami tentang pembelajarannya kerana telah mempunyai pelbagai rujukan tambahan

untuk pembelajaran mereka. Selain itu, dengan perkembangan era globalisasi dan kemajuann

komputer dan internet, lahirlah satu kaedah pembelajaran yang baru iaitu Pendidikan Jarak

Jauh (PJJ) untuk menyertai kelas tambahan dimana dengan menggunakan kaedah ini para

pelajar tidak perlu datang ke kelas tambahan tersebut untuk belajar tetapi hanya duduk

didepan komputer tidak kira dirumah ataupun dimana sahaja asalkan komputer tersebut

disambungkan ke internet supaya dapat berhubung dengan tempat mereka belajar.

Kelebihan Globalisasi Dari Segi Ekonomi

Menyediakan Dana Tambahan Untuk Pembangunan Ekonomi

Pembangunan sektor industri dan berbagai sektor lainnya bukan saja dikembangkan

oleh perusahaan asing, tetapi melalui pelaburan yang dilakukan oleh perusahaan swasta

domestik juga. Perusahaan domestik ini seringkali memerlukan modal dari bank atau pasar

saham. dana dari luar negeri terutama dari negara-negara maju yang memasuki pasaran wang

dan pasar modal di dalam negeri dapat membantu menyediakan modal yang diperlukan.

Page 8: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

7

Meningkatkan Kemakmuran Masyarakat Dalam Suatu Negara

Perdagangan yang lebih bebas memungkinkan masyarakat dari berbagai negara

mengimpot lebih banyak barang dari luar negeri. Hal ini menyebabkan pengguna

mempunyai pilihan barang yang lebih banyak. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati

barang yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah. Kuasa membeli akan meningkat.

Meluaskan Pasaran Untuk Produk Tempatan

Perdagangan luar negeri yang lebih bebas memungkinkan setiap negara memperoleh

pasar yang jauh lebih luas dari pasar dalam negeri. Produk-produk Industri Kecil dan

Sederhana (IKS) boleh diperluaskan pasarannya ke luar negeri.

Produk Global Dapat Ditingkatkan

Pandangan ini sesuai dengan teori ‘Keuntungan Komparatif’ dari David Ricardo.

Melalui spesialisasi dan perdagangan faktor-faktor produksi dunia dapat digunakan dengan

lebih efesien, output dunia bertambah dan masyarakat akan memperoleh keuntungan dari

spesialisasi dan perdagangan dalam bentuk pendapatan yang meningkat, yang selanjutnya

dapat meningkatkan kuasa membeli dan kuasa menyimpan.

Lebih Banyak Modal Dan Teknologi Yang Lebih Baik

Modal dapat diperoleh melalui perlaburan asing. Pelabur dari negara-negara maju

tidak menghadapi masalah dari segi modal. Tenaga pakar dan tenaga mahir yang

berpengalaman dapat menggunakan potensi mereka melalui perpindahan teknologi dari

negara-negara maju.

Page 9: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

8

Keburukan Globalisasi

Namun, seperti yang dikatakan tadi, walaupun globalisasi telah banyak membawa

kebaikan dan menyumbangkan kepada kemajuan, globalisasi turut menyumbangkan kepada

keburukan. Globalisasi menyebabkan pemikiran yang sangat terbuka dan terlampau. Perkara

ini telah mendatangkan keburukan dalam aspek akidah. Hal ini adalah kerana dalam aspek

ini, manusia berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kehidupan umat

manusia tidak berlandaskan dengan ajaran yang betul. Mereka berfikiran bahawa dunia

tanpa sempadan dan setiap pemikiran adalah hak asasi setiap manusia tanpa memikirkan

impaknya kepada kehidupan mereka. Jika dilihat pada masa kini, kaum wanita dilihat seperti

mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki. Pemikiran ini adalah timbul akibat daripada

pemikiran yang terlalu terbuka berpunca daripada era globalisasi. Mereka bebas untuk

berbuat apa saja yang difikirkan sesuai tanpa memikirkan baik buruk daripada tindakan

tersebut.

Salahguna Internet

Perkara ini menjadi lebih parah lagi apabila mereka melayari laman web yang

berunsurkan hiburan, lucah dan sebagainya diinternet. Impak daripada aktiviti tersebut,

masalah sosial makin meningkat dan lahirnya perhubungan bebas lelaki dan perempuan,

budaya rock, budaya lepak, pembuangan bayi, penagihan dadah dan sebagainya. Budaya

yang dikaitkan dengan budaya kebendaan (materialisme) dan berseronok-seronok

(hedonisme) ini merebak dan ternyata semakin meningkat. Nilai-nilai barat yang masuk

tanpa dapat dibendung ketika ini telah menghakis kepercayaan agama dan menjejaskan

benteng kerohanian mereka, yang akhirnya matlamat hidup hanya berpaksi kepada duniawi

semata-mata. Ringkasnya dalam persekitaran hidup yang ditentukan oleh falsafah sosial

barat, anggota masyarakat akan terdorong mengenepikan soal haram dan halal bahkan

Page 10: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

9

sanggup menegnepikan agama. Apatah lagi ransangan untuk melakukan kejahatan berada

disekeliling dan hampir serata tempat.

Keterbukaan Budaya

Selain itu, dalam dunia yang disebut oleh ahli-ahli sosiologi sebagai “Global Village”

atau “Global City” tembok-tembok yang membatasi penembusan budaya telah dirobohkan.

Maka masyarakat telah dibawa kepada satu atmosphere keterbukaan budaya yang tidak

mengenal batas dan identiti. Seluruh masyarakat akan menamakan diri mereka sebagai

warga dunia. Melalui media komunikasi moden, manusia yang hidup di Malaysia hari ini

tidak perlu ke Amerika untuk mendengar lagu-lagu pop barat kegemaran mereka. Peminat-

peminat fesyen juga tidak perlu ke Paris untuk melihat fesyen-fesyen terbaru. Semuanya

telah hadir didaerah-daerah atau dirumah-rumah mereka. Dunia menjadi semakin kecil. Kita

semakin tidak sedar bahawa budaya manusia menjadi semakin kompleks dan tidak menentu

yang membuatkan sebahagian besar warga dunia mengalami disorientasi nilai. Hal ini telah

menyebabkan masyarakat timur akan sentiasa terikut-ikut dengan budaya barat tanpa

memikirkan tentang keburukannya. Artis-artis barat dijadikan idola dan segala cara

kehidupan mereka diikuti akibat terlalu taksub dengan artis tersebut. Lagu-lagu yang

didendangkan oleh artis tersebut menjadi siulan pada masa ini walaupun mereka tidak tahu

mesej sebenar lagu tersebut samada baik ataupun sebaliknya. Fesyen-fesyen barat yang

ditontoni juga telah dijadikan contoh fesyen harian walaupun pakaian tersebut tidak menutup

aurat dan menjolok mata. Makanan barat juga pada masa ini menjadi satu trend yang sangat

popular pada masa ini. Kaedah makanan segera yang diperkenalkan oleh barat seperti KFC,

McDonald’s dan sebagainya sangat digemari berbanding daripada masakan tempatan tanpa

mengira siapa yang menyediakannya dan kaedah memasak makanan tersebut.

Page 11: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

10

Pencetus Gejala Sosial

Wujudnya budaya 'chat' diinternet telah membuka ruang kepada mereka yang

kesunyian untuk mencari teman, dan ini menjurus kepada permasalahan baru, iaitu sejauh

mana kejujuran mereka dalam perhubungan yang dipupuk menerusi 'chat room' ini. Begitu

banyak insiden buruk yang tidak diingini telah berlaku gara-gara perkenalan menerusi

Internet, dan ini merupakan satu gejala sosial yang tidak sihat yang telah terwujud menerusi

perkembangan teknologi Internet di negara ini, dan juga di serata dunia. Anak-anak sekolah

yang telah didedahkan dengan penggunaan Internet melangkah lebih jauh dengan melayari

laman-laman web lucah yang terlalu banyak dan mudah didapati menerusi Internet. Bahkan,

ada juga ibu bapa yang tidak mengambil tahu aktiviti anak-anak mereka sehinggakan minda

mereka ini telah dicemari dengan perkara-perkara negatif. Internet yang sebenarnya boleh

memberi pengetahuan menyeluruh mengenai pelbagai perkara nyata telah disalahguna oleh

banyak pihak untuk tujuan tidak berfaedah.

Bahaya Urusniaga Di Hujung Jari

Kemudahan urusniaga di hujung jari melalui kemudahan internet dan alat komunikasi

canggih boleh mengundang bahaya kepada ekonomi negara. Krisis ekonomi yang berlaku

baru-baru ini dirantau asia adalah permainan urusniaga hujung jari ini terutamanya

terutamanya dalam urusniaga saham dibursa saham dan juga perdagangan matawang di

pasaran tukaran matawang asing (foreign exchange). Tidak mustahil pada masa hadapan,

krisis yang lebih besar akan berlaku dengan cara sama. Urusniaga sebegini juga boleh

mengganggu kestabilan sesuatu institusi ekonomi akibat manipulasi pasaran dan harga atas

dagangan sementara yang dilakukan demi meraih keuntungan semerta. Ini seringkali berlaku

dalam dunia pasaran saham dimana keuntungan atas angin yang menjadi buruan para

spekulator akan lebih mudah dilakukan melalui teknologi informasi dan alat komunikasi

Page 12: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

11

canggih. Analisis pelaburan atau usaha mencari rakan kongsi dan peluang perdagangan

antarabangsa akan menghadapi risiko yang lebih besar terutamanya aspek penipuan akibat

“misguiding information” yang diperolehi melalui sumber internet.

Ancaman Virus Komputer

Seterusnya teknologi maklumat juga terdedah kepada ancaman virus. Virus

sebenarnya berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud racun. Virus telah

disalahgunakan dengan tujuan untuk mengganggu sistem rangkaian komputer dan meniru hak

ciptaan orang lain. Apabila virus menyerang komputer, kita dapat melihat saiz sesebuah fail

itu bertambah besar dan terdapat perubahan tarikh walaupun fail itu tidak digunakan. Selain

itu, komputer akan lambat beroperasi dan menjadi perlahan. Disket juga tidak terkecuali

daripada mengalami masalah cepat rosak atau tidak dapat dibaca dan dibuka.

Pengaturcaraan komputer juga tidak dapat berfungsi seperti biasa. Masalah ini sememangnya

akan memberikan kesan buruk kepada para pengguna kemudahan teknologi maklumat.

Sebenarnya virus boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori berdasarkan cara jangkitan

dan cara merosakkan sistem fail dalam sesebuah komputer. Urusniaga seringkali tergendala

akibat beberapa kelemahan system komputer ciptaan manusia serta permainan “virus” atau

penyakit komputer yang semakin menjadi-jadi. Masihkah kita ingat lagi bagaimana dunia

dihantui oleh dengan krisis “Y2K” menjelangnya abad baru dan juga beberapa virus yang

menyerang manusia termasuk yang terbaru, virus I love you. Setiap satu dari masalah yang

timbul, berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk mengatasi masalah mahupun kerugian yang

dialami oleh dunia perniagaan antarabangsa akibat virus yang berjaya memecah sistem

pertahanan komputer.

Page 13: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

12

Pengodam Komputer (Hackers)

Ancaman lain yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah fenomena

penggodam komputer atau 'hackers'. Penggodam komputer bolehlah ditakrifkan sebagai

orang yang boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaian. Mereka

akan cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan mereka. Namun terdapat

juga golongan penggodam komputer yang hanya menjalankan aktiviti khianat ini sebagai

salah satu keseronokan dan hobi semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan

dihadapi kelak. Golongan yang seterusnya pula menjalankan aktiviti ini bertujuan untuk

menceroboh sistem rangkaian komputer lain dan mencuri maklumat atau data penting.

Sesetengah penggodam komputer menceroboh sistem rangkaian komputer untuk meniru atau

mencuri data. Ini terbukti kerana menurut satu laporan, terdapat seorang pelajar kolej di

Texas telah dikenakan tindakan undang-undang setelah terlibat dalam aktiviti menggodam

dengan menceroboh sistem komputer Texas dan mencuri maklumat peribadi pelajar, fakulti

dan kakitangan dari universiti berkenaan. Oleh itu benarlah teknologi maklumat internet

menghadapi ancaman daripada pihak penggodam.

Pengganas Berteknologi Tinggi

Selain itu, kelebihan teknologi maklumat kini juga telah diperalatkan dengan mudah

oleh pengganas dan juga kartel dadah. Mereka telah menyalahgunakan kelebihan teknologi

maklumat untuk menjalankan kegiatan yang mampu melumpuhkan masyarakat. Seperti yang

kita ketahui, zaman maklumat semakin menghapuskan zaman perindustrian dan zaman

pertanian manakala globalisasi pula menerobos ke setiap seantero dunia, sedangkan

keselamatan masih merupakan satu agenda utama dan penting. Di samping itu, revolusi

maklumat adalah bahan yang amat berkuasa untuk menubuhkan atau menggulingkan

sesebuah kerajaan. Ini terbukti jika seseorang pembekal dadah menggunakan sistem

Page 14: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

13

rangkaian internet untuk berurusan dengan pengedar dadah yang lain untuk mengadakan

pertemuan melalui kod-kod rahsia. Jadi keadaan ini sudah tentu tidak dapat dihalang oleh

pihak berwajib kerana mereka tidak dapat mengenalpasti tempat perjumpaan tersebut dengan

tepat. Begitulah juga seandainya wujud manusia yang ingin menghancurkan sesebuah negara

dengan melakukan hasrat mereka di sebalik komputer dan rangkaian. Justeru, keselamatan

zaman maklumat masih lagi diragui lantaran wujudnya aktivis-aktivis tanpa sempadan ini

yang boleh menggugat sistem keselamatan.

Jenayah Melalui Internet

Di samping itu, teknologi maklumat kini telah dieksploit dengan begitu rakus bagi

mencapai pelbagai tujuan. Teknologi secanggih internet ini telah digunakan untuk

melaksanakan pelbagai jenayah tradisional seperti memeras ugut, menipu, menyebarkan

bahan lucah dan juga mencuri nombor kad kredit. Sememangnya fenomena ini amat

menyedihkan kerana teknologi yang dibangunkan bersama arus kemodenan telah digunakan

untuk merosakkan manusia, biarpun teknologi maklumat membawa kemajuan dan kebaikan

dalam hidup manusia. Sebenarnya masyarakat kita semakin bergantung kepada komputer

dan sistem rangkaian sebagaimana kita bergantung kepada keperluan asas iaitu bekalan air

dan elektrik. Namun alat ini akhirnya menimbulkan kegemparan awam dengan menggugat

keselamatan para pengguna. Oleh yang demikian, semua pengguna dalam masyarakat

maklumat hendaklah mempunyai kesedaran dan fahaman yang mendalam tentang isu

keselamatan dan keperluan untuk membangunkan budaya keselamatan. Maka benarlah

antara ancaman melalui teknologi maklumat ialah pengeksploitasian daripada pelbagai pihak

yang tidak bertanggungjawab.

Page 15: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

14

Memburukkan Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang

Apabila perkara-perkara yang dinyatakan di atas berlaku dalam sesebuah negara,

maka dalam jangka pendek pertumbuhan ekonominya menjadi tidak stabil. Dalam jangka

panjang pertumbuhan yang seperti ini akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.

Pendapatan nasional dan kesempatan kerja akan semakin lambat pertumbuhannya dan

masalah pengangguran tidak dapat diatasi atau menjadi semakin parah. Akhirnya, apabila

globalisasi menimbulkan kesan buruk kepada prospek pertumbuhan ekonomi jangka panjang

suatu negara, pengagihan pendapatan menjadi semakin tidak adil dan masalah sosial-ekonomi

masyarakat semakin bertambah buruk.

Menghalang Pertumbuhan Sektor Industri

Salah satu kesan dari globalisasi adalah perkembangan sistem perdagangan luar

negeri yang lebih bebas. Perkembangan ini menyebabkan negara-negara maju tidak dapat

lagi menggunakan tarif yang tingi untuk memberikan perlindungan kepada industri yang baru

berkembang (infant industry). Dengan demikian, perdagangan luar negeri yang lebih bebas

menimbulkan halangan kepada negara berkembang untuk memajukan sektor industri

domestik yang lebih cepat. Selain itu, ketergantungan kepada industri-industri yang dimiliki

perusahaan multinasional semakin meningkat.

Merosakkan Imbangan Pembayaran

Globalisasi cenderung menaikkan barang-barang import. Sebaliknya, apabila suatu

negara tidak mampu bersaing, maka eksport tidak berkembang. Keadaan ini

memperburukkan suasana imbangan pembayaran. Kesan buruk lain dari globaliasi terhadap

imbangan pembayaran adalah pembayaran pendapatan bersih dari luar negara akan

cenderung untuk mengalami defisit. Pelaburan asing yang bertambah banyak menyebabkan

Page 16: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

15

aliran pembayaran keuntungan (pendapatan) perlaburan ke luar negeri semakin meningkat.

Tidak berkembangnya eksport akan menambah parah terhadap imbangan pembayaran.

Sektor Kewangan Semakin Tidak Stabil

Salah satu kesan penting dari globalisasi adalah pengaliran pelaburan (modal) portofolio yang

semakin besar. Pelaburan ini terutama meliputi penyertaan dana luar negeri ke pasaran

saham. Ketika pasaran saham sedang meningkat, dana ini akan mengalir masuk, imbangan

pembayaran bertambah baik dan nilai wang juga bertambah baik. Sebaliknya, ketika harga-

harga saham di pasarn saham menurun, dana dalam negeri akan mengalir ke luar negeri,

imbangan pembayaran menjadi teruk dan nilai mata wang domestik menurun.

Ketidakstabilan di sektor kewangan ini dapat menimbulkan kesan buruk kepada kestabilan

kegiatan ekonomi secara keseluruhannya.

Kesimpulan

Jelaslah kepada kita bahawa globalisasi tidaklah hanya membawa kebaikan tetapi juga

banyak menyumbangkan keburukan kepada masyarakat hari ini. Walaupun ianya dilihat telah

banyak memudahkan manusia untuk menjalankan perniagaan, perhubungan dan pentandbiran

namun tidak kurang juga dengan pengaruh buruk akibat daripada globalisasi dimana budaya

barat dibawa masuk. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah mewujudkan satu

budaya yang sihat dalam usaha kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu

dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan

dimonopoli oleh pelbagai teknologi terkini yang menggerak pembangunan dan kemajuan

negara.

Page 17: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

16

Bibliografi

Abdullah Bin Sulong, 2005. Islam Dan Isu Semasa: Globalisasi. Pusat Pengajian Islam Dan

Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia.Mac 2005

Ahmad Fawzi Abdul Halim Ahmad (1987). Isu-isu Perpaduan, Cabaran, Pencapaian dan

Masa Depan. Kuala Lumpur: Jitra Kedah Percetakan Season Sdn. Bhd.

Aznna Husin et. al. (2009) Pengumpulan Maklumat Integrasi Nasional Dalam Kalangan

Belia. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kementerian Perpaduan,

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

http://cheguabbas.blogspot.com/2011/06/edu3109-guru-dan-cabaran-semasa-bab-1.html

http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-globalisasi-terhadap-bidang-pendidikan-

di-negara-ini/

http://mfrstudio.board-realtors.com/t3-apakah-itu-globalisasi

http://nine.gapuranetwork.net/2011/07/29/isu-isu-penting-pendidikan-di-negara-malaysia/

http://nine.gapuranetwork.net/2011/07/29/isu-isu-penting-pendidikan-di-negara-malaysia/

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=globalisasi

http://syeeramia09.blogspot.com/search/label/Cabaran Guru Dalam Globalisasi Pendidikan

Hussin Bin Salamon, 2005. Islam Dan Isu Semasa: Isu-Isu Ekonomi. Pusat Pengajian Islam

Dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malysia Mac 2005

Institut Tadbiran Awam Negara (1997). Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, Kuala

Lumpur: Pencetakan Nasional Berhad.

Malaysia Kita. (1991). INTAN: Kuala Lumpur.

Md Salleh Hassan et. al. (2009). Jurnal Perpaduan: Keberkesanan Media Massa Dalam

Memupuk dan Memperkukuhkan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jilid 1.

Penerbitan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kementerian Perpaduan,

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Mohd Syariefudin Abdullah et al. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan, Kuala Lumpur:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mona Tqjb Bin Dora (2009). Keberkesanan Program Rukun Tetangga Dalam Memupuk

Perpaduan Dan lntegrasi Nasional. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Page 18: 122789117 02 Kelebihan Dan Kelemahan Globalisasi

17

Muhammad Kamarul Kabilan dan Zaharah Hassan (2005). Reading On Ethhnics Relations In

A Multicultural Society, Promoting National Unity & The Practice Of Noble Values.

Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah ( 2010 ), Asas Kepimpinan dan

Perkembangan Profesional Guru. Oxford Fajar,Selangor Darul Ehsan.

Noriati A. Rashid, et al. ( 2010 ), Guru dan Cabaran Semasa. Oxford Fajar, Selangor Darul

Ehsan.

Yusof Ismail (2008). Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan

Zafar Sdn. Bhd