120020578-modul-rbt3108-2013

Upload: yusri-farulzi

Post on 30-Oct-2015

142 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

sqas

TRANSCRIPT

AGIHAN TAJUK

Nama Kursus: PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAHKod: RBT3108

Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi pembelajaran melalui modul.INTERAKSITAJUK / TOPIKKANDUNGANJUMLAH JAMMENGIKUTPRO FORMA KURSUS

1Pengenalan pentaksiran dan penilaian

Konsep pentaksiran dan penilaian Perundangan dan kesaksamaan dalam Pentaksiran (Prosedur penilaian)1

Pengujian, pengukuran dan penilaian

Definisi pengujian, pengukuran dan penilaian Penilaian dan proses pengajaran-pembelajaran - Penilaian pencapaian - Penilaian pembelajaran - Perbandingan rujukan norma - Perbandingan rujukan kriteria - Penilaian terkawal - Penilaian tidak terkawal Jenis-jenis penilaian - Penilaian formatif - Penilaian sumatif - Penilaian diagnostik - Ujian penempatan atau pra- kelayakan - Penilaian ujian piawai (scholastic aptitude) Penilaian alternatif - Penilaian portfolio - Penilaian berasaskan ketrampilan Kaedah penilaian berasaskan Ketrampilan - Penilaian berasaskan projek Pentaksiran bagi kerja kursus berasaskan sekolah Modul pentaksiran kerja kursus Pelaporan Kaedah pemarkahan8

2

Kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran

Matlamat pendidikan, hasil pembelajaran dan pentaksiran Kesahan pentaksiran - Kesahan muka - Kesahan kandungan - Kesahan ramalan - Kesahan serentak - Kesahan gagasan Kebolehpercayaan - Uji dan uji semula - Ujian setara - Ujian belahan dua - Kaedah Kuder Richardson - Alfa Cronbach - Antara pemeriksa dan antara pemerhati (inter-rater) - Faktor mempengaruhi kebolehpercayaan6

Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah

Penilaian secara ujian bertulis - Ujian objektif dan ujian subjektif - Tujuan ujian - Langkah-langkah dan peraturan Penilaian melalui pemerhatian - Kepentingan penilaian melalui pemerhatian - Jenis-jenis alat pemerhatian - Rekod anekdot (peristiwa) - Senarai semak - Skala kadar - Carta penyertaan Peraturan pemarkahan berasaskan rubrik - Definisi - Tujuan - Ciri-ciri rubrik - Jenis-jenis rubrik - Penilaian konsep berasaskan rubrik - Penilaian proses berasaskan rubrik - Penilaian produk berasaskan rubrik - Kebaikan penilaian berasaskan rubrik

6

Pembentukan dan pelaksanaan ujian

Pentadbiran dan pemeriksaan ujian1

3Perancangan pentaksiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah

Prosedur - Menentukan objektif ujian - Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian - Menentukan bilangan item - Memilih reka bentuk item - Meninggikan mutu ujian - Mengulang kaji dan menyunting item - Menyediakan ujian untuk digunakan - Percubaan ujian - Menjalankan ujian Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian Konstruk dalam JSU - Konstruk pengetahuan - Konstruk kemahiran - Konstruk nilai Aras kesukaran soalan

5

4Pembinaan item ujian

Item objektif Item esei Item struktur3

Analisis item ujian

Aras kesukaran item Aras diskriminasi item Langkah penganalisisan item Kriteria untuk item yang sesuai Pemilihan item mengikut aras kesukaran Pemilihan item mengikut indeks diskriminasi Prosedur analisis bagi item esei3

5Statistik asas dalam pentaksiran dan penilaian

Statistik asas - Taburan markah, data kelompok, gambaran grafik, lengkung, taburan normal, pangkatan, ukuran kecenderungan memusat, julat, kuartil, sisihan piawai, varians, skor z dan skor T. Pemarkahan dan pemeringkatan - skor kuantitatif - skor kualitatif

Pentafsiran markah dan laporan pentaksiran

Kegunaan min, median dan mod Tafsiran taburan Tafsiran sisihan piawai Gred norma Persentil Skor Z Skor T Pemarkahan Fungsi sistem gred Jenis markah dan laporan Pemberian gred abjad Laporan9

JUMLAH45

TAJUK 1Pengenalan Pentaksiran dan Penilaian

Sipnosis Tajuk ini menekankan kefahaman konsep dan prinsip pentaksiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah. Tajuk ini juga merupakan pengenalan kepada pentaksiran dan penilaian yang meliputi definisi, konsep dan hubungkait kedua-dua aspek ini serta penjelasan berkaitan prosedur penilaian.

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan maksud pentaksiran dan penilaian.2. Membezakan konsep pentaksiran dan penilaian.3. Menghubungkaitkan penilaian dan pentaksiran.4. Mengenal pasti prosedur penilaian.. Kerangka Tajuk 1

Definisi konsep pentaksiranDefinisi konsep penilaian

Pengenalan pentaksiran dan penilaian

Hubungan pentaksiran dengan penilaianProsedur penilaian

Kandungan Isi

1.1Konsep pentaksiran dan penilaian

Cuba anda perhatikan gambar di bawah. Apakah jenis penilaian yang anda gunakan bagi menilai gambar tersebut ?

1.1.1Definisi dan konsep pentaksiran.

Adakah penilaian dan pentaksiran merujuk kepada perkara yang sama? Cuba anda dapatkan jawapan daripada mana-mana bahan bacaan untuk menjawab persoalan di atas.

Ramai dalam kalangan kita menganggap penilaian dan pentaksiran merupakan dua istilah yang boleh saling ditukarganti. Mari kita teliti dan hayati beberapa maksud pentaksiran dan penilaian berikut.

Banks (2005) mendefinisikan pentaksiran sebagai;

.the total sets of information gathered about students in the classroom. (Banks, 2005)

McMillan (2004) di dalam bukunya yang bertajuk Classroom Assessment pula mendefinisikan pentaksiran bilik darjah seperti berikut:

Classroom assessments can be defined as the collection, evaluation and use of information to help teachers make better decisions. (McMillan, 2004)

Kita dapati, definisi yang diberikan oleh Banks memperlihatkan penilaian wujud dalam pentaksiran. Penilaian melibatkan pertimbangan nilai (McMillan, 2004). Ini bermakna ada aktiviti menghurai, menganalisis, menterjemah dan menafsir.

Pentaksiran bilik darjah dari kacamata Mohamad Sahari (2002) merangkumkan kedua-dua definisi Banks dan McMillan:

proses mengumpulkan dan mentafsir maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran. (Mohamad Sahari, 2004)

Definisi oleh Mohamad Sahari menulis dengan nyata perkataan mentafsir.

Kesimpulannya kita boleh katakan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti mengumpul, merekod, menghurai, menganalisis, menterjemah dan mentafsir maklumat bertujuan membantu pihak-pihak berkepentingan membuat keputusan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Pentaksiran juga merupakan suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

Untuk melaksanakan pentaksiran, seorang guru itu perlu faham elemen-elemen penting yang terkandung dalam pentaksiran. Tujuan umum pentaksiran di bilik darjah ialah untuk membantu meningkatkan mutu pembelajaran murid dan pengajaran guru. Bagi mengetahui mutu P & P yang sedang diamalkan, satu aktiviti yang dapat memberikan satu petunjuk pencapaian mestilah dilaksanakan. Salah satu aktiviti yang mampu memberikan petunjuk pencapaian ialah pengukuran kerana ia memberikan nilai kuantitatif yang boleh kita lihat. Aktiviti pengukuran ini perlu diikuti oleh aktiviti penilaian kerana ia memberikan pertimbangan nilai atas apa yang diukur. Melalui maklumat-maklumat ini, baharulah tindakan yang membantu memperkukuhkan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan secara berterusan. Jika diteliti, seiring dengan matlamat pentaksiran, pentaksiran ini perlu dilakukan dalam setiap langkah pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan di akhir pengajaran.

Bagi menterjemahkan tujuan pentaksiran secara konkrit dalam amalan bilik darjah, kita harus sedar proses pentaksiran perlu dirancang, dilaksana dan dinilai dengan teliti. Justeru, proses penaksiran hanya dapat menghasilkan maklumat-maklumat yang berguna dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sekiranya aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian dilakukan secara tepat dan sistematik.

1.1.2Definisi dan konsep penilaian

Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Walaupun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di sekolah adalah penilaian terhadap projek, kajian kes, portfolio, kerja kursus, dan buku skrap pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Menurut Banks pula, penilaian ialah......

the specific process of describing and making judgments about assessments. (Banks., 2005)

Gronlund (1981 dalam Mokhtar, 1995) menterjemah maksud penilaian sebagai;

satu proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.

McMillan(2004), pula menyatakan penilaian melibatkan;

an interpretation of what has been gathered through measurement, in which value judgments are made about performance.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Secara kesimpulannya, penilaian merupakan satu proses yang sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid. Ia juga merupakan proses menentukan perubahan tingkah laku seseorang individu dan membuat pertimbangan nilai.

1.2Hubungan antara pentaksiran dan penilaian

Dari kupasan beberapa definisi pentaksiran dan definisi penilaian, kita boleh rumuskan bahawa untuk melaksanakan pentaksiran, kita memerlukan aktiviti yang dapat membantu kita mengkategorikan perubahan tingkah laku yang kita harapkan itulah dia penilaian.

Perkaitan antara penilaian dan pentaksiran boleh dilihat melalui petikan gambarajah yang dibina oleh Banks (2005).

Pentaksiran

PenilaianPentaksiran tidak formal

Rajah 1.1: Perkaitan pentaksiran dengan penilaian

Jelas, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses P & P yang merangkumi aktiviti penilaian.

Sebelum kita membuat pentaksiran, kita perlu membuat penilaian. Mengapa perlu kita berbuat demikian?

1.3Prosedur penilaianProsedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti Rajah 1.2 di bawah.

Peringkat Persediaan Ujian

Peringkat Pentadbiran Ujian

Peringkat Pemeriksaan dan Pengukuran

Peringkat Analisis Ukuran

Peringkat Interpretasi dan Tindakan Susulan

Rajah 1.2: Prosedur penilaianBerdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti penilaian.

Dengan bantuan gambarajah, jelaskan perkaitan antara penilaian, pengukuran dan pengujian.Layari internet bagi mendapatkan maklumat tambahan.

.

.

TAJUK 2Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Sipnosis

Tajuk ini menjelaskan tentang definisi pengujian, pengukuran dan penilaian. Pelbagai jenis penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga turut didedahkan dalam tajuk ini.

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan definisi pengujian, pengukuran dan penilaian. 2. Membanding dan membezakan pelbagai jenis penilaian.3.Menghuraikan setiap jenis penilaian dan fungsinya.4.Mengenal pasti jenis penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.5.Mengenal pasti penilaian alternatif bagi mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah. Kerangka Tajuk 2

Definisi pengujian, pengukuran dan penilaian

Penilaian dan proses pengajaran-pembelajaran

Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Jenis-jenis penilaian

Penilaian alternatif

Kandungan Isi

Sebelum anda meneruskan bacaan unit ini, cuba anda dapatkan jawapan daripada mana-mana bahan bacaan untuk menjawab beberapa soalan berikut :

i. Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian, pengukuran dapenilaian?ii. Apakah yang anda ketahui tentang jenis-jenis penilaian?iii. Nyatakan bentuk-bentuk sistem penilaian yang anda tahu.

2.1Definisi Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Dapatkah anda jelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian? Mari kita teliti maksud terminologi di bawah.

Pengujian ialah:pengetahuan satu kaedah, tugas, atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi. (Mokhtar,1995)

Cronbach (1970) mendefinisi pengujian sebagai: satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan sekala bernombor atau satu sistem berkategori

Pengujian juga merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat terhadap penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran di sekolah. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Menurut Milagros (1981 dalam Raminah, 1991);

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu mata pelajaran bagi merangsang murid untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran berkenaan. Tahap penguasaan murid biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Oleh kerana ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di semua institusi pendidikan, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. Bagi seseorang guru, pengujian menjelaskan sejauh mana penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran atau nilai murni seperti mana yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran.

Apa pula yang dimaksudkan dengan pengukuran? Kumpul 5 pengertian pengukuran daripada sumber yang berbeza. Kongsi dengan rakan-rakan anda.

Mokhtar (1995) mendefinisi pengukuran sebagai langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seorang memiliki sifat tertentu. Menurut Aziz dan Mohd Isha (2008) pula, pengukuran bermaksud suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Reynolds, Livingston dan Wilson (2010) mengutarakan pengertian pengukuran yang selari dengan pengkaji-pengkaji lain. Menurut mereka, Measurement is a set of rules for assigning numbers to represent objects, traits, attributes, or behaviors.

Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai satu proses di mana nombor-nombor diberi (biasanya dikenali sebagai skor) untuk menunjukkan kuantiti ciri atau atribut seseorang atau sesuatu objek, mengikut rukun-rukun tertentu. Nombor-nombor yang diberi itu mengekalkan pertalian sebenar yang terdapat antara orang-orang daripada segi atribut yang diukur itu.

Kumpul maklumat dari internet berkaitan pengertian penilaian. Buat nota pendek daripada setiap pengertian. Bawa ke kelas untuk dibincangkan.

Penilaian ialah .Proses menentukan mutu, kualiti, harga, atau nilai sesuatu benda. (Mokhtar, 1995)

Penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran telah dicapai oleh para murid. (Mokhtarl, 1995)

Bagi seseorang guru, penilaian berlaku apabila guru menggunakan keputusan ujian bersama-sama dengan maklumat lain bagi menilai prestasi muridnya. Dalam hal ini, terdapat dua aspek yang penting dalam penilaian iaitu proses sistematik di mana terdapat peraturan yang perlu dipatuhi dan terdapat objektif pengajaran yang telah dikenal pasti terlebih dahulu. Bagi Popham (1975) penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran yang ditentukan. Selain itu, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan maklumat atau data kuantitatif atau data kualitatif atau kedua-duanya sekali. Bolehkah anda fikirkan contoh bagi penilaian ini?

Sebagai kesimpulan, pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan proses yang penting dalam mengesan pencapaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Maka, kemahiran menghasilkan instrumen pengujian, pengukuran dan penilaian yang baik memainkan peranan yang penting bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bacaan lanjutan mengenai tajuk ini boleh didapati melalui layaran laman web seperti berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf

2.2 Penilaian dan proses pengajaran dan pembelajaran

2.2.1 Penilaian pencapaian

Penilaian pencapaian ialah satu daripada aktiviti guru yang dilakukan pada setiap bulan, setiap penggal dan setiap tahun. Penilaian ini dijalankan dalam bentuk ujian atau peperiksaan sebagai satu sumber maklum balas pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran, dan prestasi pencapaian murid.

2.2.2 Penilaian pembelajaran

Penilaian pembelajaran merupakan satu penilaian yang dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Penilaian ini membolehkan guru mendapatkan pengetahuan tentang pencapaian murid dalam perkara yang telah diajar untuk setiap hari atau sepajang hari agar dapat mengambil tindakan untuk mengatasi kelemahan murid. Penilaian ini merangkumi aktiviti mendapat maklumat melalui soalan murid dan membuat perbandingan daripada kerja atau latihan murid semasa pembelajaran dan pengajaran itu berlaku.

Tiga perkara perlu dipatuhi semasa penilaian pembelajaran dilakukan. Pertama kerja murid perlu diperiksa sama ada betul atau salah sahaja. Murid perlu diberi balik kerjanya dengan pengetahuan kemahiran atau ilmu pengetahuan telah dikuasai dan belum dikuasai. Akhirnya guru perlu menjalankan kerja-kerja pemulihan sebaik sahaja kerja murid dikembalikan.

2.2.3 Perbandingan rujukan norma

Perbandingan rujukan norma digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi pencapaian individu murid dengan prestasi pencapaian murid lain sama ada dalam kumpulan yang sama atau kumpulan yang berbeza mengikut kelas atau kumpulan. Apa yang ditekankan adalah apakah murid A lebih mahir dari pelajar B? Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.

Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada murid sudah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang murid dengan murid lain. Soalan ujian rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar soalan-soalan mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma juga mempunyai indeks diskriminasi antara murid pandai dan murid lemah yang tinggi. Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan kelok normal sebagai asas perbandingan pencapaian antara murid.

Perbandingan rujukan norma juga membawa pengertian membuat perbandingan di antara murid yang dikumpulkan mengikut ciri-ciri yang sama seperti umur atau peringkat perkembangan yang sama. Ini bermakna sekiranya terdapat murid yang tidak dapat melakukan tingkah laku seperti sebahagian besar murid lain, maka dia dikategorikan lemah atau di bawah pencapaian norma. Contohnya sebilangan besar murid yang berumur 6 tahun telah boleh membaca semua 26 abjad. Tetapi sebaliknya terdapat seorang murid yang sama umurnya gagal membaca semua abjad ini, maka dia dianggap berada di bawah pencapaian norma.

Popham (1981) menjelaskan............. Ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status seseorang murid berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan.

Ujian rujukan norma memberi penekanan kepada siapa yang lebih baik tetapi tidak memberi satu gambaran yang terperinci seperti kemahiran seseorang murid. Kerja menghasilkan soalan ujian hendaklah diberi perhatian agar dapat menunjukkan perbezaan di antara murid-murid. Kesukaran soalan boleh dibahagikan kepada 25% yang sukar dan 25% yang senang di mana 50% soalan yang sederhana sukar. Dengan ini sekiranya seorang murid menjawab 50 soalan dengan betul daripada 60 soalan dalam sesuatu ujian dan skor mentah murid ini ialah 50. Merujuk kepada satu jadual norma, kedudukan murid ini dalam pangkat peratusan telah dibandingkan dengan satu kumpulan murid lain sebagai norma. Hasil rujukan ini memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 dari jadual norma, maka prestasi murid tersebut dikatakan berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus daripada murid lain dalam kumpulan norma.

2.2.4 Perbandingan rujukan kriteria

Perbandingan rujukan kriteria pula digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi pencapaian seseorang murid dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian rujukan kriteria memberi penekanan sama ada seseorang murid telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira kedudukan seseorang murid berbanding dengan murid lain.

Meskipun ujian rujukan kriteria sesuai untuk kandungan pelajaran yang berbentuk kumulatif iaitu murid perlu menguasai setiap unit sebelum unit berikutnya, kriteria yang digunakan dalam ujian rujukan ini tidak semestinya berbentuk akhiran atau sumatif. Maksudnya kriteria yang digunakan tidak semestinya kandungan sesuatu pelajaran yang hanya diperoleh pada akhir semester. Guru boleh menggunakan kriteria berbentuk formatif iaitu ciri-ciri setiap unit pelajaran. Justeru itu, guru perlu membina banyak ujian rujukan kriteria bagi membuat penilaian sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran yang diuji. Soalan-soalan ujian rujukan kriteria perlu mempunyai tahap padanan yang tinggi dengan objektif pembelajaran.

Jadual 2.1 di bawah menjelaskan perbandingan antara Penilaian Rujukan Norma dengan Penilaian Rujukan Kriteria.Jadual 2.1Perbandingan antara Penilaian Rujukan Norma dan Penilaian Rujukan Kriteria

Dimensi CiriRujukan NormaRujukan Kriteria

MatlamatMembandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar lainMembandingkan prestasi seorang pelajar dengan kriteria piawai yang ditetapkan.

Pembinaan SoalanSoalan menggalakkan kepelbagaian. Soalan menggunakan pengacau terbaikSoalan memberi tumpuan kepada kriteria tingkah laku yang diuji. Menumpukan kepada pengenalpastian tingkah laku.

Kandungan UjianCetek, kebiasaannya 1 atau 2 soalan setiap objektifMendalam, banyak soalan bagi setiap objektif

Kepelbagaian KandunganSemakin pelbagai soalan ujian semakin baikKepelbagaian soalan ujian adalah minimum

Pelaporan dan PentafsiranPersentil dan skor piawaiBilangan lulus atau gagal serta julat prestasi yang boleh diterima

Renung sejenak ! Apakah perbezaan utama antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria?

2.2.5 Penilaian terkawal

Penilaian terkawal merujuk kepada penilaian di mana murid-murid diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama, menjawab dalam bentuk dan pada kertas yang serupa dan diawasi sepanjang masa oleh pengawas. Penilaian ini sesuai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran.

2.2.6 Penilaian tidak terkawal

Penilaian tidak terkawal berlaku semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta berlaku dalam keadaan sebenarnya dan semasa perlakuan itu berlaku. Perkara seperti sikap, nilai dan aktiviti-aktiviti seni yang kreatif tidak dapat dinilai dengan berkesan secara terkawal. Maka guru perlu bersifat bersedia dan sensitif kepada keadaan yang boleh menjadi sumber penilaian tidak terkawal.

2.3 Jenis-jenis penilaian

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan, diagnostik dan alternatif. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

2.3.1Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan murid telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan murid dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada murid telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif banyak digunakan di sekolah-sekolah.

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan murid dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau tidak menguasai sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

2.3.2 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan murid dalam keseluruhan mata pelajaran. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi atau semester. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir semester, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan murid daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan murid.

Kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan penilaian sumatif?

2.3.3 Penilaian Diagnostik

Penilaian diagnostik dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada murid sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya murid belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan murid agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh dilakukan. Penilaian diagnostik juga adalah berkaitan kesukaran pembelajaran yang wujud secara berulang yang tidak dapat diperbaiki melalui penilaian formatif. Matlamatnya adalah untuk menentukan punca masalah pembelajaran dan menyediakan perancangan untuk tindakan pemulihannya.

2.3.4 Ujian penempatan atau pra-kelayakan

Ujian penempatan atau pra-kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Antara tujuan lain ujian ini diadakan ialah bagi menempatkan murid pada peringkat pelajaran yang sesuai dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pelajaran. Selain itu. penempatan dilakukan supaya tindakan susulan dapat dibuat agar murid diberi aktiviti pembelajaran yang sesuai. Jenis ujian penempatanyang biasa dijalankan di sekolah ialah ujian pencapaian atau ujian sumatif

Empat jenis penempatan yang dijalankan ialah:a.penempatan murid ke sekolah yang berlainan seperti sekolah vokasional atau sekolah biasab.murid dimasukkan ke aliran sains atau sasterac.murid dimasukkan ke dalam darjah yang berlainan mengikut kemampuan muridd.murid yang berlainan kemampuan dikumpulkan dalam satu bilik darjah dan guru terpaksa menggunakan pelbagai strategi pengajaran apabila mengendalikan darjahnya.

2.3.5 Penilaian ujian piawai (scholastic aptitude)

Ujian piawai merupakan ujian yang diselaraskan secara bersama dari peringkat merancang, mengubal dan mentadbir ujian serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkannya oleh satu organisasi tertentu. Ujian ini direkabentuk untuk meramal penguasaan murid dalam aktiviti tertentu pada masa hadapan. Ujian ini juga digunakan untuk mengukur kebolehan murid terhadap pengetahuan atau kemahiran yang telah dipelajari. Maklumat dari ujian ini berguna dalam menentukan kesediaan belajar murid, pengajaran secara individu, membentuk kumpulan dalam bilik darjah, mengenal pasti murid yang lemah, mengenal pasti masalah pembelajaran, dan membantu murid dalam perancangan pelajaran dan vokasional. Contoh ujian piawai ialah ujian bakat dan ujian kecerdasan.

2.4 Penilaian alternatifPenilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian tradisional yang menggunakan kertas dan pensil. Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap portfolio, penilaian berasaskan ketrampilan dan penilaian berasakan projek. Sebagai contoh, guru boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu mata pelajaran melalui portfolio yang disediakan oleh murid. Penilaian alternatif ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus dan tidak dibincangkan dalam modul ini.

2.4.1 Penilaian portfolio

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian murid dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Portfolio bertujuan untuk memberi peluang murid mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan, menggalakkan murid menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik dan menyediakan ruang bagi murid membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

Ciri-ciri Portfolio

a. Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti murid iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.b.Sesuatu yang dilaksanakan oleh murid secara autentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk murid menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.c.Menunjukkan perlakuan murid yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.d.Membuat catatan pembimbing yang membantu murid merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.e.Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan murid sebagai penggalak kepada murid untuk mengambil bahagian secara aktif.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio

Sesebuah portfolio mengandungi:a.senarai semak yang disediakan oleh gurub.nota-nota yang disediakan oleh guruc.catatan jurnald.buku loge.refleksi kendiri muridf.gambar dan foto

Kebaikan Penilaian Portfolio

a.Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaranb.Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muridc.Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan muridd.Dapat memotivasikan murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.2.4.2 Penilaian berasaskan keterampilan

Penilaian berasaskan keterampilan merupakan satu penilaian yang melibatkan proses melaksanakan sesuatu tugasan atau menghasilkan sesuatu produk. Penilaian ini melibatkan murid menunjukkan kecekapannya atau pengetahuannya dengan memberi jawapan yang tepat atau satu hasil produk yang baik. Penilaian ini juga merupakan satu bentuk ujian yang memerlukan guru membuat pertimbangan tentang penataran murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri afektif mereka. Kriteria penilaian ditetapkan bersama-sama dengan murid.

Penilaian berasaskan keterampilan juga merupakan proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang sama ada kompetensitelah dicapai. Ini bagi mengesahkansama adaseorang murid dapat melaksanakan jangkaan standard yang telah ditetapkan.

2.4.3Penilaian berasaskan projek

Menurut Wiggins (1989), penilaian berasakan projek merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. Penilaian ini melibatkan banyak gabungan aktiviti, mereka, menyelesaikan masalah, membuat siasatan, dan membuat keputusan sama ada secara kerja kumpulan atau individu.

Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Projeka.Projek atau tugasan yang dilaksanakan mempunyai pelbagai reka bentuk sama ada lisan, visual atau kinestetikb.Projek yang dijalankan selalunya berbentuk jangka panjangc.Projek yang dilaksana menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenard.Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat jawapan yang benare.Pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam membuat projek secara koperatif f.Pelajar dapat menjalankan tugasan projek secara individu atau berpasukang.Pelajar perlu mensintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran

Peringkat-peringkat pelaksanaan projek

1. Sebelum pelaksanaan projek Dapatkan panduan dari guru Kenalpasti masalah dan tajuk Tinjau projek lepas untuk rujukan Bentuk pasukan dan pembahagian tugas 2.Semasa pelaksanaan projek Sumbangsaran idea dan bina kesepakatan ahli kumpulan Kenal pasti skop dan urutan Sediakan jadual pelaksanaan projek Tentukan punca maklumat Jalankan proses inkuiri dan pengumpulan data Penambahbaikan dan penilaian berterusan Sediakan laporan projek Bentangkan dapatan/ hasil 3.Selepas pelaksanaan projeki.Penilaian projek oleh guru dalam aspek perancangan, pelaksanaan atau proses, dan projek yang dihasilkanmempunyai kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan ii.Maklum balas daripada rakan berkaitan kekuatan, kelemahan dan cadangan mengatasi iii.Refleksi kendiri berkaitan kekuatan, kelemahan dan kemahiran iv.Rekod pemarkahan/skor dan analisis markah v.Hargai pencapaian dalam penyelesaian masalah

Penilaian jenis ini berlaku dalam tiga fasa:1. Fasa 1Sebelum projek dilaksanakan, guru seharusnya mengenal pasti sama ada secara formal seperti pra-pentaksiran bertulis mahu pun tidak formal berkenaan maklumat sedia ada murid mengenai topik projek. Bagi pembelajaran berasaskan projek, asas pengetahuan amat penting. Penilaian ke atas maklumat sedia ada murid membantu guru dalam agihan murid dalam kumpulan.2. Fasa 2Semasa projek dilaksanakan, pentaksiran menggunakan senarai semak dan skala kadar memberi maklum balas bernilai kepada murid mengenai pembelajaran dan kemajuan projek mereka. Rubrik pemarkahan boleh membantu murid-murid menilai kemajuan perancangan projek sementara bagi guru pula menjadi rujukan ketika mengadakan sesi perbincangan mengenai tahap pencapaian dan kemajuan.3.Fasa 3Selepas projek, pentaksiran menggunakan rubrik dapat memberikan maklumat bernilai mengenai hasil projek dan dalam membuat pembentangan di hadapan rakan kelas. Rubrik yang sesuai juga dapat membantu memberikan maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan projek yang dibentang.

2.4.4 Penilaian kerja kursus berasaskan sekolah

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

PBS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.

PBS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. PBS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PBS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian. PBS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

Melalui PBS guru akan dapat:a.mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;b.mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa;c.mengetahui keberkesanan pengajarannya;d.merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dane.menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.CiriI-Ciri Penilaian Berasakan Sekolah

PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

PBS dilaksanakan berasaskan beberapa ciri yang utama seperti berikut:i.dikendalikan oleh guru dalam menilai muridnya sendiriii. berasaskan kriteria di mana penguasaan murid dinilai menilai berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukaniii.berbentuk formatif di mana penilaian ini dijalankan secara berterusan dalam mengesan perkembangan, kemajuan dan pencapaian muridiv.menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan, penulisan dan sebagainyav.mengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmanivi.menekankan perkembangan Individu berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individuvii.bersistem yang melibatkan proses merancang, menentukan instrumen, melaksana, menganalisis, merekod, melapor dan mengambil tindakan susulanviii.menggalakkan penilaian kendiri di mana murid dilatih menilai kemajuan sendiri secara berterusan dan guru mendapat maklumat tambahanix.membolehkan tindakan susulan diambil bagi mengatasi kelemahan pembelajaran dan mempertingkatkan kekuatan pembelajaran murid.

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.1. Pengertian bagi konsep-konsep berikut:a. Pengujianb. Pengukuranc. Penilaian2. Banding bezakan di antara penilaian formatif dan penilaian sumatif.3. Bagaimanakah penilaian portfolio dan penilaian projek dapat dilaksanakan dalam penilaian kerja kursus Reka Bentuk Teknologi?

TAJUK 3Kesahan Dan Kebolehpercayaan Pentaksiran

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan kesahan dan kebolehpercayaan ujian, jenis penilaian, penggunaan dan interprestasi data. Analisis Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

Hasil Pembelajaran:

1. Menerangkan maksud kesahan pentaksiran2. Menerangkan maksud kebolehpercayaan pentaksiran3. Menjelaskan jenis-jenis kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran4. Membandingkan antara pemeriksa dan pemerhati (inter-rater)

Kerangka Tajuk 3

Kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran

Matlamat pendidikan, hasil pembelajaran dan pentaksiran

Jenis kesahan pentaksiran

Antara pemeriksa dan antara pemerhati serta faktor mempengaruhi kebolehpercayaan

Jenis kebolehpercayaan

3.0 Ciri-Ciri Utama Ujian

Penilaian merangkumi kesemua proses yang melibatkan pengukuran dan pengujian dan membuat penghakiman terhadap hasilan keputusan yang diperolehi. Dengan itu, pengujian dan penilaian merupakan alat yang amat penting didalam sesuatu organisasi.Untuk membina sesuatu ujian yang dikatakan baik, setiap guru hendaklah memahami dan mengetahui beberapa prinsip yang penting. Prinsip-prinsip yang dimaksudkan adalah:a. Kesahanb.Kebolehpercayaanc.Keobjektifand.Kebolehtadbirane. Kebolehtafsiran

3.1Definisi Kesahan PentaksiranKesahan sesuatu alat ukuran bermaksud sejauh mana alat tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut (Hanna & Dettmer, 2004). Ciri kesahan bagi sesuatu alat ukuran amat penting supaya alat ukuran tersebut dapat mengukur apa yang hendak diukur.

3.1.1Jenis kesahanMehrens dan Lehmann (1991) telah menyenaraikan empat jenis kesahan, iaitu:

JENIS KESAHAN.

Kesahan gagasanKesahan kandungan

Kesahan hubungan-kriteriaKesahan muka

Kesahan serentakKesahan ramalan

aKesahan kandunganKesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu mencakupi kandungan pelajaran yang telah ditetapkan. Kesahan kandungan adalah penting, terutama bagi ujian pencapaian, sebab markah yang diperoleh pelajar akan menunjukkan tahap pencapaian pelajar tersebut bagi kandungan pelajaran tertentu. Sekiranya soalan ujian tidak meliputi secukupnya kandungan pelajaran tersebut, penilaian terhadap pencapaian pelajar menjadi tidak sah/bias.

b.Kesahan gagasan/konstrukKesahan gagasan/konstruk merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat mengukur sesuatu gagasan/konstruk berasas teori psikologi.

c.Kesahan mukaKesahan muka bukanlah kesahan saperti definisinya yang kita fahami tetapi ia lebih kepada sesuatu alat ukuran nampak pada permukaan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini bermaksud sekali pandangan, nampak alat ukuran itu sah atau orang biasa / tidak terlatih nampak alat ini sebagai sah.

d.Kesahan hubungan kriteriaKesahan hubungan kriteria merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan beberapa ukuran luaran (kriteria). Ukuran luaran dibahagikan kepada dua jenis, satu ukuran serentak bermaksud apabila ukuran luar diambil serentak dengan ukuran alat. Kedua ukuran ramalan bermaksud apabila ukuran luaran diambil selepas ukuran alat. Daripada ukuran-ukuran luaran ini kita boleh mencari keesahan serentak dan kesahan ramalan saperti berikut:

e.Kesahan SerentakKesahan serentak merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan ukuran daripada alat lain yang diambil serentak. Sebagai contoh sekiranya alat ukuran kecerdasan A menghasilkan skor yang mempunyai hubungan (pekali kolerasi tinggi) yang kuat dengan skor daripada alat ukuran kecerdasan B, maka alat A dikatakan mempunyai kesahan serentak yang tinggi. Dengan ini alat A boleh mengganti alat B untuk mengukur kecerdasan.

f.Kesahan RamalanKesahan ramalan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan ukuran daripada alat lain yang diambil kemudian. Sebagai contoh sekiranya ujian percubaan Matematik menghasilkan markah yang mempunyai hubungan yang kuat dengan gred Matematik SPM, maka ujian Matematik percubaan dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi. Ini bermakna pencapaian pelajar dalam ujian percubaan dapat meramalkan keputusan SPM.

Kesahanmerujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. Ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak. Ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur Contoh, jika kita hendak mengukur sikap hendaknya kita mengukur sikap Contoh, jika kita gunakan ujian diagnostik maka tidak sah jika diberi gred Contoh jika ujian ejaan hendaknya mengukur kebolehan mengeja atau ujian mendengar hanyalah untuk mengukur kemahiran mendengar

3.1.2Kebolehpercayaan UjianKebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya.

Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik.

Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. Pertama, variasi individu. Individu berubah disebabkan minat, kecergasan fizikal dan kestabilan emosi yang berbeza pada dua situasi ujian. Kedua, variasi perubahan tugasan. Menulis jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan kertas OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak disebabkan kedua-dua tugasan menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Ketiga, variasi persampelan gagasan yang terhad. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan kepada sampel kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku yang terhad lebih terdedah kepada faktor peluang.

Indeks KebolehpercayaanIndeks kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan sesuatu ujian. Indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara dua set skor ujian. Dua set skor boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah uji dan uji semula, kaedah bentuk setara atau kaedah bahagi dua. Uji dan uji semula dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari ujian yang sama yang ditadbirkan kepada murid yang sama pada dua masa berlainan. Kaedah bentuk setara dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari dua set ujian yang setara yang ditadbirkan pada murid pada masa yang sama. Kaedah bahagi dua dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari jawapan murid terhadap soalan bernombor ganjil dan soalan bernombor genap dari satu set ujian yang ditadbirkan pada murid. Sekurang-kurangnya indeks kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina boleh dipercayai.

Mempertingkatkan KebolehpercayaanBerikut adalah cara bagaimana pensyarah boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dibina.a. Arahan hendaklah jelas dan tepat.b. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.c. Soalan hendaklah seragam (homogen). d. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal.e. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.f. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.

Kebolehpercayaanmerujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. Juga bermaksud ketekalan markah atau skor yang dihasilkan dari ujian tersebut. Namun kebolehpercayaan juga dipengaruhi oleh faktor seperti emosi, tempat ujian dijalankan, situasi persekitaran, kesihatan, masa dan keselamatan item ujian.

Jenis-Jenis Kebolehpercayaana. Ukuran Kestabilan juga dipanggil "anggaran kebolehpercayan uji-uji semula (test-retest estimate of realibility) boleh di kira dengan memberikan ujian yang sama sekali lagi kepada kumpulan pelajar yang sama selepas ujian pertama di tadbirkan dan seterusnya mengira pekali korelasi Perason antara dua atau pasangan skor yang diperoleh setiap murid. Memberi gambaran tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generalisasi skor yang diperolehi murid sekiranya di ulang semula ujian yang sama.b.Ujian Keseteraan atau ujian keselarian (parallel) dikira dengan memberi dua ujian yang berbeza tapi setara (kesamaan dari segi kandungan, Jadual Spesifikasi Ujian, format soalan dan arahan menajwab serta min, varians dan interkolerasi skor) kepada kumpulan murid dan pada hari yang sama dan seterusnya mengira pekali korelasi Pearson antara dua atau pasangan skor yang diperolehi setiap murid.c. Ukuran Kesetaraan dan Kestabilan ini akan memberi tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generlisasi skor yang akan diperolehi murid sekiranya mereka diberi ujian yang setara pada masa yang berlainan. Ujian akan menghapus kesan hafalan jawapan atau kesan latih-tubi soalan ujian pertama terhadap jawapan ujian kedua di samping menilai pencapaian pelajar selepas jangka masa yang panjang.d. Ukuran Ketekalan Dalaman boleh ditentukan dengan mengunakan sekali ujian sahaja. Boleh di lakukan dengan membelah atau memecahkan ujian kepada separuh-separuh (split-half). Mengunakan rumus Kuder-Richardson dan kaedah Alpha Cronbach. Pengiraan akan menunjukkan hubungan atau korelasi antara setiap item dengan sejumlah skor ujian atau keseragaman (homogeneity) antara item dalam sesuatu ujian.e.Kebolehpercayaan Pemeriksa bermaksud ketekalan ukuran atau skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama. Kebolehpercayaan pemeriksa akan memberikan tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generalisasi bahawa skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa kepada murid adalah sama bagi menyeragamkan pemberian markah apabila skrip jawapan ujian diperiksa oleh ramai pemeriksa.Faktor-Faktor Mempengaruhi Kebolehpercayaana. Panjang Ujian indeks kebolehpercayaan akan meningkat sekiranya ujian bertambah panjang. b. Kehomogenan Kumpulan mempengaruhi indeks kesukaran dimana indeks kebolehpercayaan akan menjadi lebih rendah jika kumpulan homogenous yang mengambil ujian.c.Kesukaran Item menunjukkan ujian yang susah akan mewujudkan kumpulan yang heterogenous (berbeza) yang akan meningkatkan nilai kebolehpercayaan.d.Objektiviti Jawapan menunjukkan item-item yang jawapannya lebih objektif mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih tinggi dan sebaliknya item-item yang mempunyai jawapan yang lebih subjektif akan mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih rendah.

3.1.3 KeobjektifanKeobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin. Panduan Pemarkahan dan proses moderasi turut di jalankan untuk memastikan perbezaan pemarkahan di antara pemeriksa dapat di kurangkan.

3.1.4 KebolehtadbiranKebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Ujian juga hendaklah praktikal dan mudah di urus. Pelaksanaan ujian juga memerlukan bilik darjah atau dewan peperiksaan yang memenuhi spesifikasi dan sesuai untuk dijalankan ujian. Ini termasuklah persediaan dewan atau bilik darjah yang sistematik dan efisien, penghantaran dan pentadbiran kertas ujian, memneri arahan dengan terang dan jelas, pengawasan yang teratur dan pemungutan kertas ujian dan skrip jawapan. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.

3.1.5 Kemudahtafsiran Kemudahtafsiran maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian. Merujuk kepada hasilan keputusan ujian yang diterjemahkan agar ianya memberi maklumat yang jelas tentang objektif penilaian. Ini bermaksud hasilan dan keputusan ujian mudah diperolehi dan diterjemahkan bagi memberi gambaran tentang atau mengenai:i.pencapaian seseorang pelajar di dalam bilik darjahii.pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaraniii.kekuatan dan kelemahan pembelajaran seseorang muridiv.kesesuaian strategi pengajaranv.kesesuaian penggunaan alat bantu mengajarvi.kesesuaian aras kesukaran item ujianvii.membandingkan keputusan di antara ujian-ujian yang dijalankan

Ini bermakna keputusan pemarkahan yang diperolehi boleh ditukarkan kepada pernomboran statistik seperti purata (mean), sisihan piawai (standard deviaton), skor piawai z dan skor piawai T. Dan jika semua ini berlaku, ujian di anggap sebagai mudahtafsiran.

Alfa CronbachIndeks untuk mengukur ketekalan dalaman atau keseragaman item atau soalan yang bukan berjawapan dikotomi

Indeks KesukaranIndeks untuk mengukur aras kesukaran sesuatu item iaitu nisbah calon yang memberi jawapan betul kepada jumlah calon atau markah purata dibahagikan dengan julat markah penuh

Indeks DiskriminasiIndeks yang dihasilkan oleh sesuatu item untuk mengukur perbezaan keupayaan pelajar iaitu nisbah pelajar pandai yang menjawab dengan betul ditolak nisbah pelajar lemah yang menjawab soalan yang betul

Indeks KebolehpercayaanIndeks untuk mengukur ketekalan ukuran-ukuran yang dihasilkan oleh sesuatu ukuran yang boleh dikira dengan mengunakan pekali korelasi Pearson (coefficient correlation), Kuder-Richardson atau Alpha Cronbach

Indeks KesahanIndeks untuk mengukur sejauh mana sesuatu alat dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut yang boleh dikira menggunakan pekali korelasi Pearson atau persamaan regresi

Kesahan Konstruk/GagasanKesahan dari segi sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk tertentu

Kesahan KandunganKesahan sejauh mana sesuatu ujian mewakili kandungan sukatan pelajaran yang telah diajar

Kesahan KriteriaKesahan sejauh mana sesuatu ujian mempunyai hubungan dengan ujian yang lain sama ada ujian yang ditadbirkan secara serentak atau kemudian

Kesahan MukaKesahan sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk tertentu seperti yang dipersepsikan calon yang menduduki ujian

TAJUK 4Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah

Sipnosis

Tajuk ini mendedahkan pelbagai jenis penilaian dan pentaksiran pengetahuan dan kemahiran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi di bilik darjah. Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1.Menjelaskan pelbagai jenis penilaian bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah.2.Menghuraikan setiap jenis penilaian dan fungsinya.3.Mengenal pasti jenis penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4.Mengenal pasti penilaian alternatif bagi mentaksir aspek pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.

Kerangka Tajuk 4

Penilaian secara ujian bertulisPenilaian melalui pemerhatian

Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

Peraturan pemarkahan berasaskan rubrik

Kandungan Isi

4.1Penilaian secara ujian bertulis

1. Apakah jenis ujian yang paling kerap digunakan untuk menilai Pencapaian hasil pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi?

4.1.1Ujian objektif dan ujian subjektif.

Ujian objektif mengandungi item/soalan yang mempunyai jawapan spesifik/tepat. Semua soalan ini mempunyai jawapan tertentu, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, betul atau salah, padanan yang betul.

Ujian subjektif terdiri dari item yang mempunyai jawapan tidak spesifik atau jawapan terbuka, Ujian subjektif sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi dan membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan.

4.1.2Tujuan ujian

Pengujian dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab. Oleh kerana ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di semua institusi pendidikan, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. Bagi seseorang guru, pengujian menjelaskan sejauh mana penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran atau nilai murni seperti mana yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran.

Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian calon. Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. Menurut Cronbach (1970), ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu mata pelajaran bagi merangsang murid untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran berkenaan. Tahap penguasaan murid biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

4.1.3Langkah-langkah dan peraturan

Langkah-langkah mentadbir ujian termasuk a. persediaan dewan ujian, seperti penyusunan kerusi dan mejab. prosedur pengedaran dan memungut kertas soalan/jawapan

4.2 Penilaian melalui pemerhatian4.2.1.Kepentingan penilaian melalui pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat dan kemudiannya dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh calon. Kaedah ini mempunyai batasan tersendiri, seperti pemerhatian memerlukan masa yang panjang atau pentafsiran mungkin tidak tepat.

4.2.2Jenis-jenis alat pemerhatian

a. Rekod anekdot

i.Penjelasan ringkas tetapi mencukupi tentang sesuatu peristiwa yang signifikan. Termasuk tingkahlaku yang diperhatikan, latar di mana tingkahlaku berlaku dan interpretasi tentang peritiwa.ii.Satu rekod tentang perlakuan yang dianggap penting. Pemerhatian penilai mesti spesifik dalam merekodkan apa yang dilihat dengan tepat, elak interpretasi atau asingkan interpretasi dalam catatan anekdot Rekod anekdot (peristiwa)

-Satu huraian terperinci mengenai satu kejadian atau peristiwa spesifik dan penting berkaitan dengan tingkah laku seseorang individu. -Peristiwa atau kejadian ini berlaku pada sesuatu situasi tertentu.

iii.Untuk berfungsi sebagai alat penilaian, sesuatu anekdot harus mempunyai ciri-ciri berikut:

-menghuraikan dengan tepat apa yang diperhatikan; mengasingkan kejadian sebenar yg diperhatikan daripada perasaan dan tafsiran pemerhati;-direkodkan serta merta supaya ralat mengingat semula dapat dielakkan;-merekodkan pemerhatian mengenai hanya satu kejadian tingkah laku sahaja;-merekodkan pemerhatian secara objektif;-hanya menghuraikan kejadian yang penting dan yang relevan dengan perkembangan tingkah laku murid.

Contoh: Rekod anekdot

Nama Pelajar:. Tarikh: . Nama Pemerhati:.. Masa: .. Tempat Kejadian: . Huraian Kejadian: Kamal adalah seorang murid lelaki yang baru dipindah ke kelas ini. Dia adalah seorang budak yang badannya besar. Sebentar sebelum waktu rehat, dia berkelahi dengan Ali mengenai soal siapa harus menjadi penjaga gol pasukan bola sepak kelas. Dia menumbuk meja sambil menjerit. Dia menunjukkan penumbuknya kepada Sani dan suruh dia diam. Beberapa minit kemudian, dia menolak Kkalid yang jatuh dan menangis.Maklumat Lain Yang Relevan :

Tafsiran / Komen Pemerhati:

b.Senarai semak

i.Senarai yang berguna untuk menilai prestasi diri, mengandungi ciri-ciri atau aktiviti yang dikemukakan kepada individu yang dikaji. Penilai perlu mengkaji kandungan pernyataan yang diberikan dan membuat tanda yang bersesuaian bersebelahan dengan ciri-ciri atau aktiviti yang berkaitandengan calon.ii.Mengandungi senarai tingkah laku, trait atau ciri-ciri untuk ditanda bagi menunjukkan sama ada sesuatu tingkah laku, trait atau ciri dapat diperhatikan;iii.Satu poin diberi untuk setiap perkara yang diperhatikan;

iv.Palilng sesuai digunakan untuk mengukur tingkah laku kompleks yang dapat bahagikan kepada bahagian-bahagian yang lebih spesifik; pengukuran yang dihasilkan mempunyai ciri skala ordinal.

Contoh: Senarai Semak

Tingkah Laku Afektif Mengenai Prestasi KerjaNama Pelajar:Tarikh: Pemerhati:.. Tingkah Laku Tanda Jika Ada Penuh semangat_________ Rela kerja dalam kumpulan_________ Sanggup bekerja tanpa penyeliaan_________ Boleh dipercayai_________ Siapkan kerja dengan cepat_________ Keinginan untuk memperbaiki kerja_________ Mengambil berat tentang keselamatan orang lain_________

c.Skala kadar

i.Penilai perlu menentukan satu tahap berdasarkan satu kontinum yang menunjukkan darjah perkadaran yang diberikan, contoh skala kadar numerik.ii.Mengandungi senarai tingkah laku, trait atau ciri-ciri untuk dirakamkan penghakiman tentang setakat mana tingkah laku, trait atau ciri bagi sesuatu objek tertentu dapat diperhatikan;iii.Membolehkan pemerhati menunjukkan perbezaan tentang status atau kualiti sesuatu yang dinilai;iv.Terdapat dua jenis skala kadar yang popular: Skala Kadar NumerikNombor-nombor yang diberi menunjukkan nilai-nilai sesuatu sifat. Huraian diberi untuk menjelaskan pengertian nombor-nombor berkenaan;Pemerhati menanda (pangkah atau bulatkan) salah satu daripada nombor dalam skala untuk menunjukkan pemerhatiannya;

Contoh: Skala Kemahiran Bertutur

1 2 3 4 5

Amat tidak Amat fasih fasih dan dan amat amat tidak lancar lancar

Skala Kadar GrafikSatu garis ufuk mewakili kontinum (continuum) sifat bagi sesuatu objek /operasi / hasil / projek yang diperhatikan;Pemerhati menanda pada garis ufuk (kontinum) untuk menunjukkan penghakiman tentang kualiti sifat yang diperhatikan.

Contoh: Skala KadarTingkah Laku Afektif Mengenai Prestasi KerjaNama Pelajar: Tarikh: Pemerhati: .. Tingkah Laku Tidak Pernah Selalu

Rela kerja dalam kumpulan 12345

Sanggup bekerja tanpa penyeliaan 12345

Siapkan kerja dengan cepat 12345

Keinginan untuk memperbaiki kerja 12345

Mengambil berat tentang keselamatan orang lain 12345

4.3Peraturan pemarkahan berasaskan rubrik4.3.1Definisi Rubrik ialah alat penskoran yang secara terang menunjukkan prestasi yang diharapkan untuk sesuatu tugasan atau sesuatu kerja, ia merupakan panduan penilaian yang menggambarkan kriteria yang diinginkan oleh guru dalam menilai atau mempertingkatkan hasil kerja pelajar. Rubrik perlu mengandungi kriteria yang diinginkan dan panduan untuk menilai kriteria tersebut.

4.3.2TujuanRubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria seperti daripada lemah ke cemerlang. Kriteria ini digunakan untuk membuat pemeringkatan atau ranking terhadap pencapaian murid. Penggredan yang menggunakan rubrik menjelaskan tentang penskoran bagi sesuatu tahap pencapaian atau respons yang pelajar kemukakan.

4.3.3Ciri-ciri rubrik Ujian ialah sejenis alat/instrumen untuk mengumpul maklumat. Ujian lebih berstruktur, tegar dan membolehkan guru mengumpul evidens bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. Murid-murid dapat mempamerkan evidens tentang pembelajaran mereka melalui ujian dan penghakiman tentang pencapaian murid dapat dibuat dengan penskoran. Proses pemberian skor kepada perkara yang ditaksir berdasarkan peraturan penskoran/rubrik.

4.3.4Jenis-jenis rubrika.Penilaian konsep / proses / produk berasaskan rubrikRubrik terdiri daripada rubrik analitik dan rubrik holistik. Rubrik holistik mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja murid. Rubrik analitik pula terdiri daripada penerangan terperinci berserta agihan markah bagi setiap poin untuk menilai hasil kerja murid. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik hendaklah dijadikan telus supaya murid boleh menganggar prestasinya. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan Pentaksiran Pusat.

Contoh : Penilaian pembinaan portfolioTahap 1Tahap 2Tahap 3Tahap 4Tahap 5

Tidak melengkap-kan portfolio seperti yang ditetapkan.

Tidak berusaha untuk menambah maklumat dan dokumen yang relevenKurang berusaha untuk mengemaskinikan porfolio dengan maklumat dan dokumen baru.

Maklumat yang diberikan kurang berkaitan.Terdapat penambahan maklumat dan dokumen yang releven dengan tugasan, tetapi pengolahan-nya kurang kemas, kreatif dan teratur.Menunjukkan kesungguhan dan kerajinan dalam proses pembinaan portfolio dokumen dan maklumat yang ditambah itu releven.

Penyediaan portfolio kemas, kreatif dan teratur serta menepati objektif penyediaan portfolio.Menunjukkan kesungguhan dan kerajinan dalam proses pembinaan portfolio dokumen dan maklumat yang ditambah itu amat releven.

Penyediaan portfolio amat kemas, kreatif dan teratur serta amat menepati objektif penyediaan portfolio.

4.3.5Kebaikan penilaian berasaskan rubrik Rubrik kerap digunakan di dalam penaksiran kerja kursus, bertujuan untuk menjelaskan huraian tugas supaya penilaian lebih objektif dan konsisten. Rubrik memberi maklumat penilaian dan pelajar dapat maklumbalas yang tepat

Layari internet bagi mendapatkan maklumat tambahan.

Terdapat berbagai bentuk penilaian yang boleh anda jalankan di sekolah. Anda telah menjalankan satu projek Kemahiran Hidup Reka Cipta untuk pelajar Darjah 5. Bincangkan kaedah penilaian yang tepat untuk anda menilai projek pelajar.

Aktiviti 1

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

Bagaimanakah penilaian pemerhatian dan penilaian rubrik dapat dilaksanakan dalam penilaian kerja kursus Reka Bentuk dan Teknologi?

TAJUK 5Pembentukan Dan Pelaksanaan Ujian

Sinopsis

Peringkat selepas pengubalan soalan ialah mentadbir ujian calon. Ini mencakupi persediaan bilik peperiksaan,mengedarkan kertas soalan dan jawapan, memungut kertas jawapan dan menyimpan dan menyerahkan kertas jawapan kepada pemeriksa. Tajuk ini secara khususnya akan menerangkan bagaimana ujian seharusnya ditadbir dan membincangkan tentang penyelarasan pemarkahan, pemeriksaan skrip jawapan, penyelarasan dan penilaian markah ujian.

Hasil PembelajaranDi akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1.Membincangkan langkah pentadbiran ujian2.Membincangkah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian semasa mentadbir ujian3.Menyelaraskan pemarkahan jawapan ujian dan markah ujian4.Membuat penilaian terhadap markah ujian.

Kandungan Isi

5.1Pentadbiran Ujian

A.Arahan UjianArahan ujian melibatkan dua aspek; pertama arahan ketua pengawas dan kedua arahan dalam kertas soalan.

Arahan yang diberikan dalam kertas soalan: Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B dalam kertas jawapan yang disediakan Masa peperiksaan 2 jam 30 minit Sila tulis jawapan pada ruangan yang disediakan Jawapan anda hendaklah tidak kurang daripada 50 perkataan

Arahan Ketua Pengawas:Berikut beberapa arahan yang biasa diberi kepada calon;i.Sebelum peperiksaan bermula.Calon diarahkan untuk memasuki bilik/dewan peperiksaan dan duduk dimeja yang telah ditetapkan. Calon diingatkan tidak melakukan sebarang salah laku peperiksaan seperti meniru jjawapan atau berbincang dengan calon lain.Seterusnya calon diarahkan untuk mengisi maklumat pada kertas jawapan, seperti k/pengenalan dan angka giliran. Kemudian ketua pengawas mengarahkan calon untuk menyemak kertas soalan peperiksaan supaya tidak ada sebarang kecacatan, seperti bilangan muka surat mencukupi,mendapat kertas soalan peperiksaan yang sepatutnya dan percetakan yang jelas.

ii.Semasa mula menjawab soalanApabila tepat masa menjawab soalan, ketua pengawas akan memberikan arahan supaya calon mula menjawab dan memberi tahu masa tamat menjawab soalan.iii.Sebelum tamat masa menjawabLima belas minit sebelum masa menjawab tamat, ketua pengawas perlu mengumumkan berapa lama masa yang masih ada untuk calon menjawab soalan.

iv.Selepas tamat masa menjawabKetua pengawas mengarahkan semua calon berhenti menjawab soalan dengan meletakkan pen atau pensel di atas meja, apabila masa menjawab tamat.Ketua pengawas mengarahkan semua calon duduk ditempat masing-masing sehingga semua kertas jawapan dikutip.

B.Suasana di bilik peperiksaanMenurut Abu Bakar (1996), calon yang lemah dan yang masih muda amat memerlukan tempat yang selesa untuk memberi peluang menjawab dengan sebaik-baiknya. Oleh itu guru perlu memberikan tempat peperiksaan yang tidak menganggu tumpuan calon semasa menjawab. Ini termasuklah aspek pencahayaan dan pengudaraan yang sesuai.

C.Jarak tempat duduk calon.Kedudukan tempat duduk dan meja calon perlu dijarakkan sedikit antara kedudukan tempat duduk calon dihadapan dan belakang seta di kiri dan kanan calon. Ini bagi mengelakkan calon daripada meniru jawapan calon lain dan ini juga bagi memudahkan pergerakan pengawas peperiksaan.

Lain-lain aspek yang perlu diberikan perhatian oleh ketua pengawas dan pengawas peperiksaan termasuklah mengawasi pergerakan keluar masuk calon semasa peperiksaan seperti ke bilik air. Amaran kepada calon tentang melanggar peraturan peperiksaan seperti meniru atau berbincang.

5.2Pemeriksaan Kertas Jawapan

A.Skema PemarkahanSkema pemarkahan bagi sesuatu soalan perlu disediakan oleh guru selaras dengan penyediaan soalan. Ini bagi membantu guru mengenalpasti soalan yang tidak sesuai, soalan yang perlu diperbaiki atau tidak dijadikan soalan peperiksaan. Ini kerana skor yang diperolehi oleh calon adalah bergantung kepada prestasi/kualiti jawapan yang diberikan bagi setiap soalan yang dijawab. Skor juga dipengaruhi oleh cara pemarkahan oleh pemeriksa.

Penyediaan skema pemarkahan a.Skema pemarkahan Holistik Disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan pelajar. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan impresi (impression).

Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Calon bebas memberikan jawapan, selagi tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai mata pelajaran berkenaan.

Kelebihan skema ini, pemeriksaan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. Namun kekurangannya ialah kurang objektif. Untuk meningkatkan keobjektifannya dibuat penyelarasan markah antara pemeriksa. Dalam mesyuarat ini ketua pemeriksa akan memberikan panduan memeriksa jawapan diikuti dengan perbincangan daripada pemeriksa. b.Skema Pemarkahan AnalitikPemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih terperinci yang nmana markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Ia mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Pemarkahan secara analitik adalah lebih objektif berbanding dengan holistik. Ini kerana skema yang lebih terperinci. Ini akan mengambil masa yang lama dalam penandaan.

Langkah bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan jawapan berbentuk esei:TahapLangkah-langkah

1Memahami kehendak soalan

2Menyediakan skema pemarkahan

3Mengadakan mesyuarat penyelarasan penggubalan soalan

4Mengadakan mesyuarat penyelarasan pemeriksaan jawapan

5Memeriksa beberapa skrip jawapan calon terlebih dahulu

6Memeriksa jawapan sehingga selesai

7Mengelak daripada mengenali nama calon

8Memberikan ulasan pada kertas jawapan

B.Penyelarasan Pemeriksaan Kertas JawapanPerlu dilakukan apabila melibatkan pemeriksa lebih daripada seorang.calon. Penyelarasan dibuat sebelum pemeriksaan kertas jawapan dimulakan. Pemeriksa terlebih dahulu hendaklah memeriksa beberapa contoh jawapan dan membandingkannya dengan pemeriksaan yang dibuat oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa.

Tujuan penyelarasan adalah bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa. Setelah semua pemeriksa selesai menyemak kertas soalan esei, ketua pemeriksa akan mengambil secara rawak beberapa kertas jawapan yang telah disemak oleh pemeriksa-pemeriksa lain untuk memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah.C.Penyelarasan Markah UjianDibuat apabila keputusan ujian yang diperolehi calon adalah diluar jangkaan. Kadangkala markah dalam sesuatu ujian didapati terlalu ramai pelajar yang mendapat markah terlalu rendah. Penyelarasan pemeriksaan skrip ini diharap dapat membantu pemeriksa memberi markah yang lebih adil kepada calon.

Langkah penyelarasan markah ujianSebagai contoh, dalam satu ujian RBT, markah yang diperolehi pelajar ialah antara 36 dan 78. Sebagai guru anda ingin membuat pertimbangan agar ada calon yang mendapat markah A dalam ujian ini. Untuk mendapat markah A calon perlu mendapat markah 80 dari 78. Keputusan untuk memberi gred A kepada pelajar yang mendapat markah 78 terpulang kepada anda sebagai guru.Pertambahan 2 markah perlu bagi membolehkan pelajar mendapat A. Dalam masa yang sama anda ingin membantu pelajar pelajar yang mendapat markah 36 untuk mendapat gred lulus 40.

Formula pengiraannya ialah:

y = mx + cDi mana y ialah markah baru, x ialah markah asal dan c ialah pemalar.Nilai c dan m (kecerunan persamaan perubahan markah) diperolehi

Melalui formula:m = (MA ML)/ (MPA MPL )c = MA - m MPADi mana MA ialah markah minimum untuk gred A, ML ialah markah minimum untuk gred lulus, MPA ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred A dan MPL ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred lulus.

Penyelarasan markah ini juga akan mengurangkan varians markah yang diberikan kepada pelajar, iaitu ia dapat mengurangkan perbezaan/ variasi keputusan ujian. Selagi nilai kecerunan persamaan perubahan markah kurang daripada 1, varians markah baru akan lebih rendah daripada varians markah asal. Misalnya jika nilai kecerunan persamaan perubahan markah ialah 0.85, maka varians bagi markah baru akan menjadi (0.85)x(0.85) = 0.7225 varians markah asas.

5.3PenilaianMarkah yang diperolehi oleh oleh calon adalah dalam bentuk kuantitatif. Guru perlu menginterpretasikan markah tersebut untuk kegunaan tertentu. Mengikut Lindvill dan Nitko (1975), markah kuantitatif penting kerana dapat memberikan perihalan yang lebih tepat tentang sesuatu keadaan, dapat meningkatkan keobjektifan langkah pengukuran dan membolehkan komunikasi yang lebih lancar dan jelas.

A.Penilaian Markah UjianKebiasaan pelaporan markah berdasarkan markah mentah bagi melaporkan kemajuan dan perkembangan seseorang murid dalam kelas adalah kurang memberi makna. Misalnya adakah markah 85 yang diperoleh oleh calon itu menunjukkan pelajar tersebut cemerlang berbanding pelajar lain. Oleh itu untuk membuat perbandingan pencapaian, kita memerlukan maklumat tambahan. Maklumat itu dikenali sebagai markah terbitan. Apabila markah terbitan dibentuk ini akan memudahkan perbandingan markah dibuat. Markah terbitan meliputi pangkat ratusan, stanines dan penentuan gred. Penentuan markah ini adalah berdasarkan markah berdasarkan kemahiran atau pengetahuan, berdasarkan tahap kesukaran dan markah yang membezakan calon

B.Penilaian PencapaianPertimbangan pencapaian pelajar boleh didilakukan mengikut rujukan norma atau rujukan rujukan kriteria. Pengeredan mengikut rujukan norma lebih kuantitatif, manakala rujukan kriteria lebih bersifat kualitatif. Ward &Ward (1999) mencadangkan lima panduan dalam penentuan gred murid.PanduanPenentuan Gred

1Menentukan tujuan system penggredan sebelum menggredkan pelajar. Jika untuk membina motivasi, penggredan wajar secara criteria

2Menerangkan kepada pelajar tentang system penggredan yang akan digunakan pada awal semester

3Elakkan daripada menukar cara penggredan semasa ujian sedang dilaksanakan

4Memasukkan pemboleh ubah yang sesuai kepada tugasan dalam pemberian gred

5Memastikan amalan menggredkan pelajar adalah selaras dengan amalan peringkat pusat atau kebangsaan

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan pencapaian pelajar dari markah yang diperolehi. Kaedah itu ialah pangkat, gred, pangkat ratusan dan stanines. a.Pangkat Menentukan pangkat dari paling tinggi kepada yang paling rendah. Atau kedudukan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Ia tidak dapat membandingkan murid dalam kelas lain. b.Penentuan GredPenentuan gred A, B, C, D, E, sebagai gred lulus dan F sebagai gagal. Gred ini menentukan pencapaian murid berkenaan dengan gred A lebih baik dari gred B dan seterusnya. c.Pangkat RatusanPangkat ratusan/persentil ialah markah tertentu yang menunjukkan peratusan murid yang mendapat markah lebih rendah daripada markah tersebut. Persentil ke-25 dipanggil kuartil pertama (Q1), persentil ke 50 dipanggil kuartil kedua (Q2), atau median dan persentil ke 75 dipanggil kuartil ketiga (Q3). Misalnya jika dikatakan pencapaian Ahmad berada di kedudukan persentil 70, ini menunjukkan markah Ahmad lebih tinggi daripada markah 70% murid-murid lain.

Pangkat persentil dapat dianggap sebagai satu skor terbitan yang mempunyai median 50 bermula dari taburan 1 hingga 99. Skor persentil menunjukkan kedudukan markah pada sepanjang taburan markah (Bhasah, 2003).Pangkat persentil = Kekerapan kumulatif/N x 100Kekerapan kumulatif ini dikira hingga ke markah sebelum markah yang ingin ditentukan persentilnya atau bilangan pelajar yang memperoleh markah lebih rendah daripada markah tersebut.

d. Stanines (standard nine). Stanines dibentuk berdasarkan andaian bahawa pencapaian mengikut taburan normal. Stanines mempunyai min = 5 dan sp = 2 . Ia adalah berdasarkan skor - zFormula:Stanines = 2 z + 5 Di mana, z = skor z yang mempunyai min = 0 dansisihan piawai = 1

Kelebihan penilaian markah secara rujukan norma ini ialah dapat memberi maklumat ringkas tentang prestasi pelajar yang boleh difahami dengan mudah oleh pelajar dan ibu bapa. Maklumat itu memberi makanisme untuk menyusun pelajar dalam pencapaian cemerlang, sederhana dan gagal. Di samping membantu guru mengenal pasti pelajar lemah.Kelemahan markah rujukan norma pula ialah markah yang diperolehi tidak menunjukkan dengan jelas sejauh manakah seseorang calon menguasai ilmu atau kemahiran yang ditetapkan. Ia juga memungkinkan rasa rendah diri kepada calon yang terkebawah.

Penggredan berdasarkan rujukan kriteria pula ialah dengan melaporkan prestasi seseorang pelajar secara relatif bagi menggambarkan sejauh mana seseorang pelajar menguasai suatu objektif mata pelajaran yang ditetapkan. Skor dan gred yang diperoleh menggambarkan pencapaian yang sama dalam mana-mana tugasan yang dilaksanakan. Kelebihan penggredan rujukan kriteria ialah pelajar boleh mendapatkan gred yang tinggi jika mereka berusaha bersungguh. Guru mudah memberi gred kepada calon, kesahan pencapaian pelajar adalah tinggi. Kelemahan ujian rujukan kriteria menurut Sax (1997) adalah aras kesukaran yang akan menentukan peratusan pelajar yang mendapat gred-gred tertentu. Ujian yang sukar akan menyebabkan ramai pelajar mendapat markah rendah.

5.4Rumusan Pemarkahan dan penggredan merupakah aspek penting dalam pengujian dan penilaian. Ia akan menjadi petunjuk terhadap pencapaian calon dalam mata pelajaran tertentu. Kepentingannya melibatkan ibu bapa, matlamat suatu mata pelajaran, kawalan aktiviti program dan pengiktirafan kepada calon. Justeru aspek pentadbiran dan pelaksanaan perlu diberikan penekanan.

TAJUK 6Perancangan Pentaksiran Bagi Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

SinopsisJadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).

Hasil pembelajaranDiakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:.1. membina Jadual Penentuan Ujian;.2 menjelaskan langkah penyediaan item ujian;.3. membina item ujian objektif; dan 4. membina item ujian subjektif. 5 memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU 6 penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian Kerangka konsep

Jadual spesifikasi ujian

Langkah pembinaan JSUDefinisiKepentingan JSU

Isi Kandungan6.1 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

6.2 Kepentingan JSU Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

6.3Membentuk JSU6.3.1 Langkah Pembinaan JSUDalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu (1) mengkaji sukatan pelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4) menentukan bilangan soalan. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam Rajah 6.1 berikut.

2. Menganalisis objektif pengajaran

1. Mengkaji sukatan pelajaran3. Menentukan jenis soalanLangkah Pembinaan JPU

4. Menentukan bilangan soalan

Rajah 1Langkah Pembinaan JSU

1. Mengkaji Sukatan PelajaranAnda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah: skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk; kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain; kompleksiti sesuatu tajuk; dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif PengajaranDi samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JPU dibina. Lazimnya JPU mengandungi dua paksi utama, iaitu:i. Paksi Kandunganii. Paksi Objektif Pengajaran

(a) Kandungan Pengetahuan Tajuk Tajuk kecil(a) Objektif Kognitif

(b) Kandungan Kemahiran Tajuk Tajuk kecil(b) Objektif Psikomotor

(c) Kandungan Afek/Perasaan Tajuk Tajuk kecil(c) Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan3. Menentukan Jenis SoalanBagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Me