120 soalan latihan pola ayat - · pdf fileyang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru...

6
1 120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). 1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami. 2. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin. 3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak. 4. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun. 5. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu. 6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas. 7. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh. 8. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya. 9. Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah. 10. Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya. 11. Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda. 12. Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu. 13. Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia. 14. Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih. 15. Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria. 16. Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini. 17. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina. 18. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. 19. Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin. 20. Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba. 21. Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.

Upload: hoangminh

Post on 26-Feb-2018

502 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: 120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT - · PDF fileYang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun. ... Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat

1

120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN +

FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa

Sendi Nama (FN + FS).

1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.

2. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.

3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.

4. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.

5. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.

6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.

7. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.

8. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.

9. Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah.

10. Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.

11. Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.

12. Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.

13. Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.

14. Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.

15. Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.

16. Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.

17. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.

18. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.

19. Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.

20. Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.

21. Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.

Page 2: 120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT - · PDF fileYang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun. ... Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat

2

22. Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.

23. Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.

24. Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.

25. Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.

26. Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.

27. Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.

28. Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.

29. Kayu pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.

30. Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu kepunyaan abang David.

31. Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.

32. Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.

33. Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.

34. Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Manaf yang berkaki lima.

35. Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.

36. Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum lelaki belaka.

37. Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.

38. Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.

39. Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.

40. Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang Kampung Sentosa.

41. Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur.

42. Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika itu.

43. Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus menurun.

44. Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.

Page 3: 120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT - · PDF fileYang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun. ... Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat

3

45. Jam tangan yang baru dibelinya untuk isterinya.

46. Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.

47. Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.

48. Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.

49. Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat kurang.

50. Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas apabila memasak.

51. Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar ialah pedagang dari

seberang.

52. Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.

53. Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.

54. Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti Malaya.

55. Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah meriah.

56. Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama ekonomi dan keselamatan

serantau.

57. Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.

58. “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.

59. Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.

60. Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri mesyuarat kelab sekolah pada

petang tersebut ialah Hassan dan Hussein.

61. Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak.

62. Taman haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.

63. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.

64. Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang Sungai Pahang.

65. Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.

66. Syed Othman sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan anak-anaknya.

Page 4: 120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT - · PDF fileYang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun. ... Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat

4

67. Hasmadi yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angakat Dr. Haji Maulud.

68. Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib Canselor universiti tersebut.

69. Gemuk sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.

70. Tiga buah rumah ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu.

71. Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.

72. Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.

73. Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.

74. Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.

75. Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara.

76. Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.

77. Wad bersalin di tingkat bawah Blok B.

78. Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.

79. Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.

80. Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.

81. Aliran air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat.

82. Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.

83. Kenderaan mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.

84. Pasukan pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan.

85. Taktik perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami.

86. Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru mereka.

87. Ketibaannya tadi secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota kumpulan kami.

88. Peserta yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di hospital.

89. Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.

90. Kiriman untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional.

Page 5: 120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT - · PDF fileYang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun. ... Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat

5

91. Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh.

92. Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan teknologi.

93. Pengunjung keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.

94. Cabaran kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak berilmu.

95. Pelumba lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam perlumbaan tersebut.

96. Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok ketujuh rumah pangsa.

97. Pinggan mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.

98. Beliau ke Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya.

99. Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.

100. Ribut taufan yang telah melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat ialah Katrina.

101. Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu.

102. Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.

103. Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang sahaja.

104. Mereka yang berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek belaka.

105. Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami.

106. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak.

107. Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh

108. Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini.

109. Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah.

110. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.

111. Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat pendiam.

112. Bangunan yang tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana Menteri.

113. Tiga ekor burung helang sedang terbang berlegar-legar di angkasa.

Page 6: 120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT - · PDF fileYang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun. ... Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat

6

114. Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja tersebut dari

Kementerian Pendidikan.

115. Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti.

116. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan pendakian.

117. Guru yang sedang mengajar di kelas itu ialah Encik Jonathan.

118. Tuan Guru Suradi memang cukup petah apabila berceramah.

119. Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang bijaksana.

120. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang

parlimen.