ibn battuta tokoh pengembara dan pelayaran islam

14
IBN BATTUTA TOKOH PENGEMBARA DAN PELAYARAN ISLAM NAMA AHLI KUMPULAN:- 1)MD NORAZRI BIN M.YUNOS (1012010061188) 2)IZWAH BINTI HAMBIAH (1012010061170) 3)ADIBAH BINTI KASIM (1012010061189) 4)DAYANG SITI NORLIZAH (1012010061172)

Upload: adibah-kassim

Post on 26-Jul-2015

542 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

IBN BATTUTA TOKOH PENGEMBARA DAN PELAYARAN ISLAM

NAMA AHLI KUMPULAN:-

1)MD NORAZRI BIN M.YUNOS (1012010061188)

2)IZWAH BINTI HAMBIAH (1012010061170)

3)ADIBAH BINTI KASIM (1012010061189)

4)DAYANG SITI NORLIZAH (1012010061172)

Page 2: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

1. BIOGRAFI IBN BATTUTA

2. PENDIDIKAN IBN BATTUTA

3. SIRI PENGEMBARAAN IBN BATTUTA

-SIRI PENGEMBARAAN PERTAMA

-SIRI PENGEMBARAAN KEDUA

-SIRI PENGEMBARAAN KETIGA

4. PENGALAMAN IBN BATTUTA

5. SUMBANGAN

6. HASIL KARYA PEMIKIRAN

7. LAMPIRAN

KANDUNGAN

Page 3: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

BIOGRAFI IBN BATTUTA

Nama penuh:-Abu Abdullah Muhammad Ibn Abdullah Ibn’ Muhammad al-Lawati Al-Tanji Ibn’ Battuta

Nama samaran:-Ibn Battuta T/T lahir:-24 Februari 1304 bersamaan Rejab 704 Hijrah di

bandar Tangier iaitu utara pantai Maghribi,Morocca dan meninggal dunia pada tahun 779 Hijrah bersamaan 1377 Masihi di satu daerah Marakish

Keturunan:-barbar suku Lawita dari golongan muslim Sunni

Page 4: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

PENDIDIKAN IBN BATTUTA

• Merupakan seorang ilmuwan islam Marinid ( Dinasti Benemerine: empayar muslim di Morocco)

• -Mendapat pendidikan awal di masjid dan dirumah gurunya seawal umur 6 tahun.Dikatakan beliau telah menghafaz Al-Quran sejak kecil.

• -Pendidikan pada kurun ke-14 meliputi beberapa fasa iaitu Pembelajaran mengenai Al-Quran,Ilmu matematik , vokasional dan kesusasteraan Arab.

• Menerima juga pendidikan Maaliki dalam bidang sains dan undang-undang al-quran syariah.

• -Beliau merupakan seorang pengkaji undang-undang dari Mazhab Maliki dan berkhidmat sebagai Qadi atau hakim.

Page 5: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

SIRI PENGEMBARAAN IBN BATTUTA

Ibn Battuta meninggalkan Tangier pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi ketika usianya 21 tahun. Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer yang meliputi 44 negara di benua Afrika dan Asia. Sepanjang perjalanan, beliau turut mengunjungi kota besar di Parsi dan Iraq, menemui para sarjana, gabenor dan seorang raja Mongol. Ringkasnya, beliau telah melakukan tiga siri pengembaraan yang mengambil masa selama 30 tahun

Page 6: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

SIRI PENGEMBARAAN PERTAMA

• Pengembaraan yang pertama iaitu dari Maghribi hingga China. Negara seperti Mesir, Syam, Semenanjung Arab, Afrika Timur, Asia Kecil, Rusia Selatan, India, China, Andalus ( Sepanyol ) dan negeri orang berkulit hitam iaitu Mali di Afrika Selatan turut di kunjungi beliau.

• Semasa dalam perjalanan, Ibn Battuta terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan rombongan itu dan menetap di Makkah selama 2 tahun. Beliau meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat Aden, Mombosa, Timur Afrika dan Kulwa. Kemudian, beliau kembali ke Oman dan balik semula ke Makkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melalui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.

Page 7: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

SIRI PENGEMBARAAN KEDUA Pada siri kedua pengembaraanya, Ibn Battuta ke Syam

dan Laut Hitam. Dari Laut Hitam, Ibn Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian menyusuri sepanjang Sungai Danube. Kemudian beliau belayar menyeberang ke Semenanjung Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Beliau dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun dan berkhidmat dengan keluarga seorang sultan di India.

Beliau turut melanjutkan pengembaraan hingga ke Sri Lanka, Indonesia, Canton, ibu negara Hong Kong, Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November 1348 masihi.

Page 8: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

SIRI PENGEMBARAAN KETIGA

• Pengembaraan siri ketiga bermula pada 753 Hijrah ke Mali, Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil pengembaraannya. Penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibn Juza telah menyunting dan menyusun buku beliau dengan gaya bahasa yang teratur selama 3 bulan untuk menyelesaikannya. Ibn Battuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang dilaksanakannya. Turut diceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

Page 9: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

• Didalam kitabn Tuhfat al-Nazhar, beliau menyatakan selama mengelilingi dunia hanya ada tujuh raja yang memiliki kelebihan luar biasa, iaitu Raja Iraq yang berbudi bahasa, Raja Hindustani sangat peramah, Raja Yaman berakhlak mulia, Raja Turki gagah perkasa, Raja Rom sangat pemaaf, Raja Turkistan bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Malik Al-Zahir (Sumatra) yang berilmu pengetahuan luas dan mendalam buku tersebut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan dibanyak tempat.

• Dalam perjalannya, banyak perkara yang berlaku dan dilaluinya, iaitu:-

-Bertemu dengan beberapa ahli sufi suci.

-Megkaji dan belajar undang-undang Madrasah.

-Berjuang bersama-sama dengan keturunan Gengkhis Khan

-Menjadi Ketua hakim (Qadi) di Delhi di bawah naungan Muhammad bin Tughlaq.

-Berkhidmat dalam mahkamah Zamorins di Calicut.

-Berkahwin dengan keluarga diraja di Maldives

-Merancang untuk merampas kuasa untuk mengambil alih kerajaan.

-Belayar ke sumatera dan china sebagai duta dari india.

-Banyak kali menunaikan haji.

PENGALAMAN

Page 10: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

SUMBANGAN

Jika disingkap kembali Ibnu Batuta seorang tokoh yang telah banyak menyumbang

dalam perkembangan ilmu pengetahuan yang turut dikongsi bersama sehingga ke hari

ini. Beliau seorang tokoh pengembara yang terkenal dan muncul sebagai sejarawan

Islam yang unggul hasil perantauan beliau ke seluruh pelusuk dunia. Para Orientalis

dan masyarakat Islam umumnya menganggapnya sebagai The Prince Of Muslim

Travellers. Beliau selalu dibandingkan dan disamakan dengan pengembara-

pengembara terkenal Marco Polo hasil pengalaman pengembaraannya selama lebih

kurang 30 tahun. Pertambahan ilmu geografi Pensejarahan Memberi sumbangan kepada ilmu sejarah Sumbangan terhadap ilmu sosiologi dan antropologi(budaya

masyarakat),pakaian.makanan dan lain-lain Bidang ekonomi Perkembangan dalam bidang ekonomi politik pembesar di India dan Acheh Semangat mengembara dikalangan orang islam

Page 11: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

HASIL KARYA PEMIKIRAN

Menghasilkan ‘Rihlah Ibn Battuta’ iaitu sebuah manuskrip yang bertajuk النظار تحفةاألسفار وعجائب األمصار غرائب Tuhfat al-Nuzzar fi Ghara'ib al-Amsar / في

wa-'Aja'ib al-Asfar yang telah ditulis oleh Muhammad b. Juzay al- Kalbi atau lebih dikenali sebagai Ibn Juza, iaitu seorang penulis sultan.

Karya Beliau banyak mengetengahkan tentang sosial,geografi,sejarah,ekonomi,ekologi dan teknologi sesuatu tempat yang dilawatinya dan kesemuanya diceritakan dengan terperinci.

Beliau turut menceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika

• -Karya beliau ini kemudiannya dialih bahasa kepada bahasa perancis oleh Defremery dan Sanguinetty, juga dalam bahasa Inggeris oleh H.R.Gibb. -Kini, Rihla yang telah dialih bahasa mempunyai 1000 muka surat dan mempunyai 4 jilid.

• -Dikatakan segala catatan beliau disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris,(Franch)

Page 12: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

MANUSKRIP IBN BATTUTA

Page 13: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam
Page 14: Ibn Battuta Tokoh Pengembara Dan Pelayaran Islam

SEKIAN