12. laporan perkhemahan unit beruniform pandu puteri kadet by maria

Upload: harris

Post on 10-Jan-2016

120 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri KadetPISMP Ambilan Januari 2012:Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform Di Pusat Kokurikulum Kem Malanggang, Kiulu.

Setelah menjalani perkhemahan selama 4 hari dan 3 malam bermula pada 1 Julai hingga 4 Julai 2013, maka tibalah hari terakhir yang diakhiri dengan aktiviti break camp. Namun, sebelum break camp, telah diadakan Majlis penutupan Perkhemahan Unit Beruniform yang dirasmikan oleh, Tuan Wan Abdul Rahman Hj. Wan AbdullahKem Komandan Unit Beruniform keseluruhannya.Pada jam 10.30 pagi iaitu selesai sahaja para ahli Unit Beruniform minum pagi di kafeteriaKemMalanggang, semuapesertadikehendaki bersedia di Dewan Sri Kinabalu, iaituDewanUtama untuk majlis penutupan.Ahli Pandu Puteri Kadet merupakan antara yang terawal tiba dan membantu menyusun kerusi VIP di atas pentas.Malahan, ahli Pandu Puteri Kadet sempat lagi bergambar-gambar sementara menunggu majlis bermula.Tepat 11.10 pagi, majlis penutupan pun bermula yang diacarakan olehsaudaraAlifHaiqalTarmizidaripadaKadet Remaja SekolahdansaudariLinaRaisdaripadaPergerakan Puteri Islam Malaysia. Barisan Ketua-ketua Penyelaras Perkhemahan Unit Beruniform ini terdiri daripada Tuan Wan Abdul Rahman Hj. Wan Abdullah yang duduk di bahagian tengah dengan beberapa ketua penyelaras unit beruniform yang lain iaitu Tuan Vickneswaran Nakar Salapan, Penyelaras Pengakap, Tuan Santana a/l Perumale, Penyelaras Bulan Sabit Merah Malaysia, Tuan Zainuddin Abd Ghani, Penyelaras Kadet Remaja Sekolah, Puan Dayang Mayang Abas, Penyelaras Pandu Puteri Kadet dan Puan Ainon Hadim, Penyelaras Pergerakan Puteri Islam Malaysia.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Institut Pendidikan Guru diikuti bacaan doa. Acara penyampaian hadiah kepada setiap Unit Beruniform dengan anugerah tertentu yang dinilai para penyelaras Unit Beruniform. Anugerah Kerjasama jatuh kepada Unit Beruniform Pengakap, anugerah Keberanian kepada Kadet Remaja Sekolah, anugerah kreativiti kepada Bulan Sabit Merah Malaysia, anugerah Dedikasi kepada Pandu Puteri Kadet dan anugerah Kesopanan kepada Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Sekaligus dinyatakan pemenang bagi persembahan malam kebudayaan, pertama disandang oleh Unit Beruniform Pengakap, diikuti Bulan Sabit Merah Malaysia di tempat kedua dan Kadet Remaja Sekolah di tempat ketiga. Tidak dilupakan, Pandu Puteri Kadet mendapat tempat keempat diikuti Pergerakan Puteri Islam Malaysia di tempat kelima.Seterusnya, Tuan Wan Abdul Rahman Hj. Wan Abdullah selaku ketua Penyelaras Unit Beruniform IPG Kampus Kent merangkap Kem Komandan Perkhemahan Unit Beruniform Semester 4 diiringi oleh Tuan Vickneswaran A/L Nakar Salapan (Penyelaras UB Pengakap) menyempaikan cenderahati kepada Tuan Mohd Zaini bin Haji Jali, Penyelia Pentadbiran dan Kewangan Pusat Kokurikulum Kem Malangang Kiulu.Acara diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Tuan Wan Abdul Rahman Hj. Wan Abdullah.Selesai majlis penutupan tepat pada jam 11.40 pagi diadakan upacara menurunkan bendera oleh setiap Unit Beruniform masing-masing dan break camp dijalankan. Setiap unit bekerjasama mengemas khemah dan peralatan serta bergotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan. Selesai mengemaskini dan bergotong-royong, peserta dibahagikan mengikut kumpulan bas tertentu untuk balik ke IPG Kampus Kent.

Laporan disediakan oleh, 5 JULAI 2013.

(MARIA BINTI MARCELLINUS)Ahli Biasa Patrol TerataiPandu Puteri KadetIPG Kampus Kent, Tuaran

LampiranGambarMajlisPenutupanPerkhemahan Unit BeruniformBarisan ketua penyelaras perkhemahan Unit Beruniform keseluruhan.Kem Komandan Tuan Wan Abd Rahman Hj. Wan Abdullah memberikan ucapan penutupan.

Barisan Unit Beruniform tekun mendengar amanat dan input sewaktu majlis penutupan.

Barisan Pandu Puteri Kadet duduk bersebelahan dengan barisan Pengakap.

Barisan Pandu Puteri Kadet menuju ke Dewan Sri Kinabalu dengan tertib.

Selesai majlis diadakan penurunan bendera Pandu Puteri Kadet dan berakhir dengan break camp