12. gaya bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan kesingkatan:...

31
1 Gaya Bahasa Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’. Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya. Slametmuljana (1969: 27) pula menyatakan gaya bahasa adalah ekspresi individual yang berlandaskan bahasa sebagai sistem. Oleh itu, gaya bahasa dapat dirumuskan sebagai cara penggunaan bahasa untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui cara yang memperlihatkan ciri-ciri individu penulisanya. MINGGU 11

Upload: hoangduong

Post on 02-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

1

Gaya Bahasa

Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali

dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’.

Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa

gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata

dalam menyampaikan fikiran dan perasaan.

Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata

sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk

menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan

tujuannya.

Slametmuljana (1969: 27) pula menyatakan gaya

bahasa adalah ekspresi individual yang

berlandaskan bahasa sebagai sistem. Oleh itu,

gaya bahasa dapat dirumuskan sebagai cara

penggunaan bahasa untuk menyampaikan

fikiran dan perasaan melalui cara yang

memperlihatkan ciri-ciri individu penulisanya.

MINGGU 11

Page 2: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

2

Ciri-ciri Gaya Bahasa

Sesuatu gaya bahasa yang baik mengandungi

tiga unsur, iaitu:

• Kejujuran

• Kesantunan

• Menarik

Kejujuran bermaksud:

• Sanggup melakukan pengorbanan demi

menyatakan sesuatu secara ikhlas dan jujur.

• Mematuhi peraturan dan kaedah yang betul

dalam berbahasa.

• Menggunakan bahasa yang jelas dan

mengelakkan kekaburan.

• Menyatakan sesuatu dengan tepat.

Page 3: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

3

Kesantunan

Dari segi gaya bahasa, kesantunan bermaksud:

• Memberi penghargaan atau menghormati pihak yang terlibat, misalnya pendengar dan pembaca.

• Mewujudkan rasa nikmat melalui penggunaan kata-kata.

• Menyampaikan sesuatu dengan jelas dari segi:

Kejelasan:

- ketatabahasaan

- hubungan dengan fakta yang diungkapkan

- urutan idea secara logis

- penggunaan kiasan dan perbandingan

Kesingkatan:

- menggunakan kata secara efisien.

- mengelakkan penggunaan kata yang sinonim.

- menghindari tautologi.

Page 4: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

4

Menarik

Sesuatu gaya bahasa yang dikatakan menarik

itu dapat diukur dari segi kewujudan unsur-

unsur yang berikut:

1. Bervariasi

2. Mengandungi humor yang sihat

3. Mempunyai pengertian yang baik

4. Mempunyai kekuatan (vitalitas)

5. Penuh dengan daya khayal atau imaginasi

Page 5: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

5

Jenis-jenis Gaya Bahasa

Gaya bahasa boleh dibahagikan kepada:

1. Gaya bahasa berdasarkan acuan bukan

bahasa.

2. Gaya bahasa berdasarkan acuan bahasa.

3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat.

4. Gaya bahasa retorik.

5. Gaya bahasa kiasan.

Page 6: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

6

Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bukan Bahasa

1. Berdasarkan pengarang

2 Berdasarkan masa

3. Berdasarkan medium atau wahana

4. Berdasarkan subjek atau perkara

5. Berdasarkan tempat

6. Berdasarkan khalayak

7. Berdasarkan tujuan

Page 7: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

7

Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bahasa

1. Gaya bahasa berdasarkan pilihan kata

2. Gaya bahasa berdasarkan nada

3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat

4. Gaya bahasa berdasarkan makna (langsung

atau tidak langsung)

Gaya Bahasa Berdasarkan Pilihan Kata

1. Gaya bahasa rasmi

2. Gaya bahasa tidak rasmi

3. Gaya bahasa percakapan atau lisan

Page 8: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

8

Gaya Bahasa Berdasarkan Nada

1. Gaya yang sederhana

2. Gaya mulia dan bertenaga

3. Gaya menengah

Page 9: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

9

Gaya Bahasa Berdasarkan Struktur Kalimat

1. Klimaks

2. Antiklimaks

3. Paralelisme

4. Antitesis

5. Repitisi (perulangan): epizeuksis, tautotes,

anafora, epistrofa, simplok, mesodiplosis,

epanalepsis, dan anadiplosis.

Page 10: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

10

Gaya Bahasa Klimaks

Gaya bahasa yang mengandungi urutan idea

atau fikiran yang semakin penting dan

meningkat jika dibandingkan dengan gagasan

sebelumnya. Contohnya:

1. Kita berdoa agar pada suatu waktu mereka

dapat berdiri sendiri yang bukan bermakna

mereka tidak akur dengan perjuangan kita

tetapi justeru inilah keadilan sosial yang selam

ini kita perjuangkan.

2. Kesengsaraan membuahkan kesabaran,

kesabaran pengalaman, dan pengalaman

harapan.

Page 11: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

11

Gaya Bahasa Antiklimaks

Dihasilkan melalui penggunaan ayat yang

berstruktur mengendur. Gagasan yang penting diolah kepada yang kurang penting secara berurutan. Gaya ini kurang efektif kerana gagasan yang penting ditempatkan pada awal kalimat sehingga pembaca atau pendengar tidak lagi memberi perhatian kepada bahagian-bahagian lain atau yang berikutnya dalam ayat:

Contohnya:

Dalam dunia pendidikan tinggi yang dicengkam rasa takut dan rendah diri, pembaharuan, kebanggaan terhadap hasil pemikiran yang objektif atau keharusan mengungkapkan pendapat secara bebas tidak mungkin wujud.

Page 12: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

12

Gaya Bahasa Paralelisme

Gaya bahasa yang berorientasikan kesejajaran

dalam penggunaan kata atau frasa yang

mempunyai fungsi yang sama dalam bentuk

gramatikal yang sama. Kesejajaran boleh juga

wujud dalam bentuk anak ayat yang terhasil

daripada induk ayat, contohnya:

1. Bukan sahaja perbuatannya itu harus

dikutuk tetapi juga harus dibanteras.

2. Baik golongan kaya mahupun golongan

miskin, harus dihukum jika bersalah.

Page 13: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

13

Gaya Bahasa Antitesis

Gaya yang mengandungi gagasan yang

bertentangan dengan menggunakan kata atau

golongan kata yang berlawanan, contohnya:

1. Kaya-miskin, tua-muda, besar-kecil semuanya

mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan

keamanan dan kemajuan negara.

2. Manusia merancang, tuhan yang menentukan.

Page 14: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

14

Gaya Bahasa Perulangan

Epizeuksis

Perulangan yang bersifat langsung, iaitu kata yang dipentingkan diulang beberapa kali secara berturut-turut, contohnya:

1. Kita harus belajar, belajar dan terus belajar untuk mencapai kejayaan.

2. Sesuatu yang baru biasanya mencerminkan keharuan, dan keharuan pula selalunya pula memercikkan inspirasi, dan tidakkah itu akan memercikkan pula berbagai bahan, fikirnya. Tidaklah memadai dengan hanya menyatakan keharuan kerana melihat laut dan nelayan.

Page 15: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

15

Gaya Bahasa Tautotes (Tautologi)

Perulangan pengucapan kata yang sama

secara berulang-ulang dalam susunan biasa

(konstruksi) tanpa menjejaskan maknanya.

Yang diulang ialah idea tanpa sebarang

penekanan atau penjelasan terhadap

pengucapan itu, contohnya:

1. Ia termenung, termenung mengenangkan

orang yang jauh.

2. Dia menulis sebuah autobiografi tentang

sejarah hidupnya.

Page 16: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

16

Gaya Bahasa Anafora

Anafora ialah perulangan perkataan pada awal

baris atau kalimat, contohnya:

1. Kalau tidak Johar, Johari

Kalau tidak Johari, Hamid

Kalau tidak, Badariah dan Khamsiah

2. Senang-senang pinjam

Senang-senang kata hutang

Senang-senang pula serah pada orang

Page 17: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

17

Gaya Bahasa Epistrofa (Epipora)

Perulangan kata atau frasa pada akhir baris

atau ayat secara berurutan, contohnya:

1. bumi yang kaudiami, itulah kediaman

udara yang kauhirup, itulah kehidupan

kasih yang kausirami, itulah kehidupan

2. Ketuaan emak

keuzuran emak

keletihan emak

Page 18: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

18

Gaya Bahasa Simplok

Perulangan pada awal dan akhir beberapa

baris atau kalimat secara berturut-turut,

contohnya:

1. saya tidak pandai menyanyi

sebarang nyanyi saya nyanyikan

saya tidak pandai menari

sebarang tari saya tarikan

2. bukan hidup tanpa cubaan

bukan dunia tanpa penderitaan

Page 19: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

19

Gaya Bahasa Epanalepsis

Perulangan pada kata terakhir daripada baris,

klausa, dan ayat dengan ulangan kata pertama,

contohnya:

Kita gunakan fikiran dan perasaan kita

berceritalah padaku, berceritalah

kuberikan semuanya apa yang harus kuberikan

Page 20: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

20

Gaya Bahasa Mesodiplosis

Perulangan di tengah baris atau beberapa ayat

secara berturutan, contohnya:

buruh kontrak jangan mencuri masa

pegawai tinggi jangan mencuri masa

Page 21: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

21

Gaya Bahasa Anadiplosis

Perulangan kata atau frasa terakhir dalam

klausa atau ayat menjadi kata atau frasa

pertama dalam klausa ayat yang berikutnya,

contohnya:

1. dalam air ada wajah

dalam wajah ada kenangan

dalam kenangan ada @@.

2. dalam syair ada kata

dalam kata ada makna

dalam makna ada @@@@..

Page 22: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

22

Gaya Bahasa Retorik

Gaya bahasa yang menggunakan bahasa yang

jelas dan padat. Maknanya diwujudkan secara

tersurat bukan tersirat, iaitu secara langsung

berdasarkan lapisan luar makna bahasa. Gaya

bahasa retorik boleh dibahagikan kepada:

1. Aliterasi

2. Asonansi

3. Susunan songsang

4. Elipsis

5. Eufimisme

6. Litotes

Page 23: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

23

Aliterasi

Gaya yang menggunakan kata-kata yang

dimulai dengan perulangan bunyi konsonan

awal secara berturut-turut dalam rentetan kata

atau suku kata. Unsur ini sering terdapat pada

puisi, contohnya:

1. kan kubenamkan dadaku

kaki kananku ke bulan

kaki kiriku ke matahari

kan kuhanyutkan hatiku

2. dalam memberi dan menerima

momen semanis semulia ini

Page 24: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

24

Asonansi

Gaya bahasa yang menggunakan perulangan

bunyi vokal yang sama. Unsur ini sering juga

terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang

dalam prosa, contohnya:

1. Melangkah gadis menahan denyutan

pandangan terakhir terlempar ke nisan

setangkai kemboja gugur perlahan

merangkaklah senja menutup pandangan

2. Dari darah, dari nanah yang punah di tanah

rangka manusia kehilangan nyawa disambar

senjata

hasil manusia gila perang membunuh mesra

bunga merah berkembang indah minta

disembah

Page 25: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

25

Susunan Songsang (inversi)

Susunan songsang atau inversi ialah gaya

bahasa yang terhasil daripada pembalikan ayat

atau rangkai kata dengan tujuan untuk

menimbulkan kesan tertentu. Dari segi

susunan ayat, susunan songsang ialah gaya

yang menterbalikkan susunan biasa ayat, iaitu

S + P kepada P + S, contohnya:

1. Seakan-akan halilintar, suara itu berdengung di

telingaku.

2. Sesudah dibelek beberapa kali, dia

menyarungkan kembali parang itu.

3. Terkenang dia akan mimpi semalam.

Page 26: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

26

Elipsis

Terdapat penghilangan satu kata atau lebih

dalam ayat yang lengkap. Namun, melalui

intuisi, orang dapat mengisi tempat yang

dikosongkan itu dengan maklumat atau

pengertian yang tepat dengan mudah,

contohnya:

1. Siakap senohong, gelama ikan duri

@@@@@@@@@@@@@@@

2. Pinggan tak retak, nasi tak dingin

@@@@@@@@@@@@@@@

3. Ada ubi, ada batas

@@@@@@@@.

Page 27: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

27

Litotes

Gaya yang digunakan untuk menyatakan

sesuatu dengan tujuan untuk merendahkan diri,

contohnya:

1. Teratak inilah yang mampu kami peroleh

bertahun-tahun lamanya.

2. Apalah ada padaku, harta tiada, budi pun

kurang.

3. Kedudukan saya ini tiada ertinya sama sekali

Page 28: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

28

Eufimisme

Sejenis gaya kiasan halus yang biasanya

berbentuk ungkapan atau simpulan bahasa

yang mengandungi isi atau pengertian yang

kurang menyenangkan. Dengan cara ini,

pendengar tidak rasa tersinggung atau kecil

hati, contohnya:

1. Mati : meninggal dunia atau

menghembuskan nafas

yang akhir.

2. Bini : isteri atau orang rumah

3. Berak : ke sungai besar

4. Bunting : berbadan dua, hamil

5. Haid : datang bulan, uzur

Page 29: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

29

Gaya Bahasa Kiasan

Sejenis gaya bahasa perbandingan. Gaya

bahasa ini dibentuk berdasarkan perbandingan

atau persamaan. Maksudnya dilihat dari segi

yang tersirat bukan yang tersurat. Jenis-jenis

gaya bahasa kiasan ialah seperti simile, metafora,

personifikasi, hiperbola, paradoks, dan kiasan

berpindah.

Page 30: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

30

Simile

Sejenis gaya bahasa perbandingan peringkat

termudah, iaitu perbandingan antara satu objek

atau konsep lain secara langsung.

Perbandingan ini bersifat imaginatif dan

eksplisit. Kata-kata perbandingan yang

digunakan ialah seperti, umpama, bagai,

macam, bak, ibarat, laksana, dan lain-lain,

contohnya:

1. Beningnya laksana bulan di langit.

2. Seminggu tinggal di rumah mentua bagaikan

mimpi ngeri kepada Fatin.

3. Mukanya merah seperti udang kena bakar.

Page 31: 12. Gaya Bahasa - pppnukm.files.wordpress.com · - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: ... terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah

31

Metafora

Sejenis bahasa figuratif, iaitu bentuk kiasan

atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi

sesuatu yang lain. Gaya bahasa ini juga

dianggap paling singkat, padat, dan tersusun.

Metafora biasanya dihasilkan daripada imej dan

idea tanpa kata perbandingan secara langsung

seperti dalam simile, contohnya:

1. Matahari yang beransur turun di ufuk kelihatan

indah merah merona. Ia sebagai tanda layar

malam akan dilepaskan tak lama lagi@..

2. Kata-kata bapa memukul habis kelakianku

sebagai anaknya.

3. Jauh di lubuk hatinya, terpendam satu harapan

menggunung.