lamanweb.dbp.gov.mylamanweb.dbp.gov.my/dbp/resources/senarai_puisi... · web viewdalam lirik dan...

31
SUARA DARI PUSARA OLEH USMAN AWANG IBU Menangislah dengan air mata tuamu, Dari kemiskinan kita yang lebih tua Kulihat mereka menaburkan bunga Dengan ucapan takziah yang berjela Yang mengagumkan sekali Setelah kematian berdarah kami. Ayah, Bulan ini tiadalah lagi kirimanku Beberapa ringgit dari gaji tak berbaki Gajiku: sepasang kasut seorang menteri Dan janjiku menggantikan atap pondok Maafkanlah, ayah, takkan tertunaikan. Isteriku, Dukamu tak ke mana sampainya, tak ke mana Kudengar mereka mengutip derma Mengapa kebaikan setelah kami mati Ketika hayatku, kamar sempit gaji sedikit Tak mereka tanyakan, tak mereka sebutkan ini Anakku sayang Baju sekolahmu telah koyak Tiada gantinya, nak. Tampallah lagi Tahun ini buku sekolahmu, siapa membeli? Dan seperti ayahmu Mimpilah, mimpilah anak-anakku Jika mimpi masih milikmu lagi Kau akan belajar di universiti

Upload: vuthu

Post on 13-Jul-2019

292 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SUARA DARI PUSARAOLEH USMAN AWANG

IBUMenangislah dengan air mata tuamu,Dari kemiskinan kita yang lebih tuaKulihat mereka menaburkan bungaDengan ucapan takziah yang berjelaYang mengagumkan sekaliSetelah kematian berdarah kami.

Ayah,Bulan ini tiadalah lagi kirimankuBeberapa ringgit dari gaji tak berbakiGajiku: sepasang kasut seorang menteriDan janjiku menggantikan atap pondokMaafkanlah, ayah, takkan tertunaikan.

Isteriku,Dukamu tak ke mana sampainya, tak ke manaKudengar mereka mengutip dermaMengapa kebaikan setelah kami matiKetika hayatku, kamar sempit gaji sedikitTak mereka tanyakan, tak mereka sebutkan ini

Anakku sayangBaju sekolahmu telah koyakTiada gantinya, nak. Tampallah lagiTahun ini buku sekolahmu, siapa membeli?Dan seperti ayahmuMimpilah, mimpilah anak-anakkuJika mimpi masih milikmu lagiKau akan belajar di universiti

Mereka bercerita tentang kematianmuMereka berhiba dan mengutip derma

Tapi sebidang tanah tak ada untuk kitaKita tidak pernah punya tanahSelain untuk menanam mayatmu,Ini pun nanti pasti mereka memikirkan betapa untung jika disini didirikan kilang.

Mereka yang tak pernah menyapa kitaHari ini konon kedut seribu dukaMereka yang dulu tak pernah bertanyaHari ini menulis dan berkataKononnya kami pejuang negara.

Kematianku kematian kawan-kawan tercintaUntuk kekayaan yang bukan milik kitaSupaya tuan-tuan itu lena tidur mimpinyaTiap estet menghimpunkan susu getahTiap lombong melonggokkan bijihTiap bank nyaman menghitung untungTiap perusahaan damai mengira pengeluaranTiap semua yang bukan hakmilik kita!Untuk merekalah kematian ini bernama.

Parlimen bersidang dengan titah-titahKemajuan luar Bandar-kemakmuran rakyatDan rajah-rajah kenaikan cukaiPada kepala menteri kewangan yang pintar.

Kematian kami disebut sebentar CumaSetelah disampaikan kertas cekHarga untuk nyawaku, lupalah semuanyaMelainkan ibu-ayah-isteriku sajaDan anak-anak tercinta memikul deritaSepanjang-panjang hayat mereka.

ALAM TELAH BETULOLEH RAHMAN SHAARI

Salam sejahtera kebersihan

Salam untuk akal yang mengawalSalam untuk sikap dan kerajinanSejahtera pohon-pohon yang tersusunDi sini bersih bertempatKasih meningkat

Salam untuk kekotoranAku tahu bukan mahumuMemeritkan hidungkuMenyeksa matakuKau seperti juga lawanmuMemiliki tempatTapi manusia di sini alpaMembiarkan kau merataSalam untukmu kekotoranKau bukanlah penanggung kesalahan

Alam telah betul!Mengimbangkan kebersihan dengan kekotoran

Kehanyiran dan kehancinganBerimbang keharuman dan kewangianBau dari segala sisaBerimbang juadah enak menyeleraAlam telah betulKekotoran hanya pusinganManis buah harum bungaAsalnya kotor bajaAlam telah betulKekotoran hanya pasanganGadis lembut jelingan manjaDalam perut kotor juga.

Bijaksanalah akal yang mengaturDi mana bersih di mana kotorBersih sekitar lambing murni hati penghuniKotor kawasan bayang durja pekerti hampa

Alam telah betul

Itu kekotoranAsalnya kegelapan dan salah jalanIni kebersihanSumbernya ketinggian maruah insan.

INGATAN ADALAH MUSUHMU YANG SETIAOLEH LATIF MOHIDIN

Ingatan adalah musuhmu yang setiaSegala yang lenyap muncul kembaliSegala yang ranap bangun kembaliSegala yang kau lempar menerpa kembaliSegala yang kau benam melambung kembali

Kau sangkaKesan dari tanganmu telah menjadi abuTetapi abu telah menjadi arangArang telah menjadi kayuDan kayu telah menjadi apiJarimu tidak sempat berceritaKukumu hangus dalam bahang ciptaannya

Ingatan adalah musuhmu yang setiaCermin yang pecah bersatu kembaliRumput yang hitam menghijau kembaliPotret yang kau robek melekat kembaliTulisan yang kau bakar bersuara kembali

SementaraRumah yang kau dirikan menjadi gaungTaman yang kau suburkan menjadi rimbaJalan yang kau bentang menggulungkan dadanyaBungkusan yang kau ikat melepaskan talinya

Ingatan adalah musuhmu yang setiaDi kala merasa tenang dan lengkapBentuk-bentuk tak terpegang telah melengkari diriKau tiba-tiba merasa terkurung terancamDan kau hanya bisa berdiri tunduk terpaku.

BALADA LANGIT TUA MANUSIA SENGKETAOLEH USMAN AWANGPucat bulan dan bintang tiada pestaSuram menyerak terukir di langit tuaDengan kepak awan berarakan berlumbaDi padang terbentang warnanya manis berbungaBeribu tahun masih terus mengembara jua.

Betapa suara langit mentertawakanBumi yang kehijauan dan wajah insan

Menyala bara dari ungun kemusnahanDi mana-mana maut berdandan.

Dengarlah lantangnya suara dari angkasaDilagu angin dari awan bersabdaDibawa sinar dari bulan berhibaDi bumi ini manusia sengketaTimah hitam dalam pecahannya berbaraMerah darah hanyir berlangirAir mata dalam regukan hati terluka.

Siapa yang pernah merasa pedihnya deritaKetika daging tersayat tersiram cukaSiapa yang pernah menangis tanpa suaraPahitnya warna di musim hampaSaksikan kejadian seluas pandangMaut yang manis menghayun pedang

Saksikan! Saksikan!Hei, siapa yang terbenam di bumi mewahTidurnya lena di senyum wajahYang bersenda di panas dada perempuanKirimkan mata dan hati menyaksikanAnak Adam dengan cintanya kehilangan.

Punah, punahlah segala yang indahKebengisan beraja di lautan darah!HARGA SEJARAHOLEH RAHMAN SHAARI

Sesekali kukenangi segala duluGagah berani bangsakuMakna pahlawan ada di kalbu.

Berfikir aku tentang negeriYang diatur dan dijagaiMakna kesetiaan ada di hati.

Terbayang, bagaikan dekat di mata

Helah durjana melarikan TejaFitnah nista menjatuhkan MelakaCemar dan haru hati bangsakuTerbenam budi di bawah nafsu.

Sesekali terkenang segala yang bahariPahlawan dan srikandiKukuh hebat menjaga negeriTapi terlukis pada wajah penggangguMata keranjang dan tinggi mahuPenuh hasad dan buruk laku.

Kini, ketika berdiri di pentas ilmuKulihat kau ku baca dirikuCendekia perencana kemajuanBangsa diatur oleh fikiran.

Dalam merenung perkiraanTerbayang masa depanAkan tenteramkah negaraDalam gugutan beza rasaDalam cemuhan dan tingkah kata?

Betapa mahal sejarah Kerana di dalamnya peringatanBangsa bangkit oleh setia paduBangsa sakit oleh goda nafsu.

SURAT DARI MASYARAKAT BURUNG KEPADA DATUK BANDAROLEH USMAN AWANG

Tuan Datuk BandarKami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agungPada suatu pagi yang manis dan ranumDi atas bangunan parlimen yang kosong.

Seluruh kaum burung telah diwakiliOleh para cerdik pandainya, kecualiPerwakilan burung gagak yang sibuk dengan urusan kematianPenembakan, bangkai hanyut di Sungai Kelang.

Sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undanganPerwakilan kupu-kupu yang ada kepentinganDengan persoalan yang kami bincangkan.

Tuan Datuk Bandar,Meski kami tidak pernah mengangkat tuan sebagai datuk kamiKerana perbezaan fahaman taraf “Datuk” dan “Cucu”Kerana kelainan pendapat antara rambut dan bulu,(tuan-tuan telah mempermaniskan gelaran menyebutkan rambut dan diri tuan-tuan, sedangkan untuk kami tuan namakan perkataan “bulu”)Kami tetap menghormati tuan yang pernah menjanjikan untukMenghijaukan seluruh wilayah.

Tapi manusia kota ini telah membunuh kehijauan alamSemata-mata untuk mengejar kehijauan ringgit.Sejak lumpur kota ini menjadi batu-batuKami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisu.Mendiang burung belatuk menjadi korban punggur rebah,Burung merbuk telah ditipu dengan nama Padang Merbuk,Sedang mereka dipenjarakan di tempat tuan namakan sangkar.

Perwakilan burung pipit telah mengemukakan protesKerana menuduhnya sebagai“pipit pekak makan berhujan”.Ia disokong kuat oleh perwakilan burung punai,Bahawa tuan telah menghina kaum jenis merekaDatuk menamakan benda-benda rahsia di tempat rahsia di tubuh DatukDengan nama ‘pipit’ dan ‘punai’, sedangkan kami tahu ‘pipit’ dan ‘punai’Datuk tak pandai terbang.

Tuan Datuk Bandar,Surat ini merayu kebijaksanaan tuan,Peliharalah tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhanTiap helai daun, tiap kelopak bunga, tiap kerimbunanItulah rumah kami, kediaman kami turun-temurunMalah demi kesejahteraan manusia,Kesihatannya, kebahagiaannya, kedamaiannyaAlam semula jadi seribu keindahan mekarDi bawah mentari bersinar.

HARI TERAKHIR SEBUAH HUTANOLEH MUHAMMAD HAJI SALLEH

Maut tiba di hujung gigi gergajiDengan duri jerit yang menyerampang angkasa dan matahariMembenam ke inti isi kayuYang tersentak oleh sakit dan bising asingDunianya memulas kebiasaan, aneh seperti pitamGetah mengalir, zatnya meniadakan wajaTergetar perdu dan akar pendiriDi puncaknya burung masih berterbanganUdara diharumkan wangian sehutanLangit bersaksi dengan mata bening

Rebah cengalRebah merantiRebah merbauRebah pulaiRebah seraya Rebah nyatuh

Rebah resakRebah halbanRebah nibungRebah rotan

Runtuhlah sekeluarga pohon yang berusiakan kurunYang indah dan yang besar dalam bayangSetelah berkampung sejuta tahunDi lembah daun dan sungai hujan

Edaran alam berputar perlahanDengan peka pada rentak musim dan matahariDengan rasa hadir di urat akar dan goyang pucukSetelah letupan maut dan gelimpangan kayuPanas meniup ke lubang udara tersiatlah kewujudan.

BACALAH DALAM BAHASAMUOLEH BAHA ZAIN

Kata orang negara itu gunung, hutan tasik, pulau , dan lautannyaPohon-pohon, daun, mayang, buah, dan akar memberi kehidupanTapi itu hanya sebahagian daripada pemandangan yang sempurnaBagaimana kalau mati angin, hujan dan cahaya?Perahu tidak akan berlayar, dan perantau hilang pedomannya.

Negaraku adalah mimpi yang indah, mimpi yang besarNegaraku adalah saga dan wira yang menjelajah benuaTapi kata orang, kita tak boleh hidup atas mimpiKita tak boleh kaya dengan puisiKita tak boleh ke syurga dengan industriKita akan mati, akhirnya mati.

Pantai telah tercemarHutan rimba jadi belukarGunung-ganang jadi danauPulau berubah tebing, dari desa ke Bandar

Kita telah membuka mata dunia

Malaysia negara kecil, telah jauh ke muka.

Malaysiaku telah menebus kehinaanMerendah, tetapi tidak rendah diriMeninggi, tetapi bukan suaranyaKita tidak malu mendengar Bach, Beethoven atau Kitaro,Membaca Goethe, Mishima, Camus atau ChairilKita adalah pewaris dan warga dunia yang melihatMonet, Gaugin, Affandi atau BasukiKita telah berdiri dan mengenali diri.

Tetapi kasihan, mimpi kita berlebihanBacalah Tun Sri Lanang, Zaaba, Keris MasDi sanalah terhimpit sejarah dan kepahitanDi sanalah tersirat mimpi dan perlawananDilestarikan oleh pantun, syair, seloka, dan teka-tekiBacalah, dan bacalah dalam bahasamuAgar kau tidak jadi perantauYang pulang dengan segala muatanYang mati angin dan cahaya di lautan.

BAHASA KITAOLEH ABIZAI

Bahasa kitaBerkurun menjadi tulang-temulangMembina tubuh tamadun panjangSebagai pusaka warisanYang tak kunjung leburOleh panahan matahari zamanYang tak pernah lunturDitikam hujan dugaanBicara yang ramah di lidahMenjadi insan utama di tanah ibundaDan seluas banjaran nusantara.

Bahasa kitaBerputik cantik berkembang jelitaHarum sopan mekar di kelopaknyaBerbisik lembut bersenandung merduMengundang asyik dan rinduDalam lirik dan lagu.

Bahasa kitaKaya dengan isi dan hiasan

Penuh kiasan sarat tamsilanMemperagakan corak bijakDi sebalik pantun dan gurindam.

Bahasa kitaBukan sekadar bahasa lembahTerpencil dan lemahTapi bahasa bersayap bestariMampu terbang tinggiMenyahut cabaran awan teknologiMenyambut seruan langit globalisasi.

Bahasa kitaJambatan kukuh tempat menyeberangKe pulau perpaduan bersatu haluanAgar di setiap sukma wargaBerdenyut cinta serupaDi mana bumi didiamiDi situlah bahasa dikasihi.

Bahasa kita Urat dan darah perjuangan bangsaJangan sesekali berani mengakuSebagai anakanda yang setiaJika bahasa segan mengalir di bibirJika bahasa tiada mesra di jiwa.

INGATAN KEPADA KAWAN “XXIV”OLEH ZAEN KASTURI

Risik hujan dan gersangannya dedaunanAdalah perkalihan musimYang perlu kita laluiSegala-galanya berjalan dan terus berjalanSegala-galanya akan ada untukmuSegala-galanya akan bersatu dalamKejernihan sukmamu.

Aku adalah bayangan yang entahSementara atau nyataDi sebalik rendang dan Redupnya pohon hayatMungkin saat kita mengunyahMakna semua iniKita akan menjadi diri kita yang tahuApa itu resah angin dan risik hujanTak kunjung mimpi tanpaTidur yang panjang Tak hadir cinta tanpa hidup yang ditakdirkan.

Saat kita menyedari bahawa hidupMenggendong kitaPada suatu arah yang benar dan terangKita akan terus menjadi sepasangSerangga yang mengerti di mana angin

Berguling, di mana bunga berpuing akuAkan menjagamu kau akan menjadiSebahagian daripada riwayatku.

Mengertilah kejadian cinta adalahPerihal menjaga bukan semataKeinginan kuat untuk memilikinya.Kau adalah gunungYang menampungSeluruh puncak sepi dan derita.

Kau adalah samuderaYang menenggelamkan Segenap benci dan angkara.Hidup ini bagaikan karang segaraKan sering dipukul gelombang.(kau tahu? Itulah yang membuatnya indah)

HARUMAN SERIBU MAWAROLEH JASNI MATLANI

Kita adalah warga bumi merdekaYang bermaruah dan teguh jati diriKita adalah warga bumi merdekaBerdiri gagah di bawah panji jalur gemilangBerkibar megah ke angkasa rayaKita adalah warga bumi merdekaYang setia menjunjung maruah perlembagaanKita adalah warga bumi merdekaYang menggenggam ukhuwah bersatu teguh.

Jangan ada sesiapa pecahkan mutiara harmoniDengan lontaran batu prasangkaJangan ada sesiapa bakar jerami kebahagiaanDengan api sengketaJangan rebahkan tiang jalur gemilangDengan kapak ideology songsangJangan cemarkan jernih perlembagaanDengan riak pertimbangan tiada paksiJangan titiskan darah kemusnahanDengan pisau kehancuran di persada bumi tercinta.

Di sini di bumi merdeka iniKita paterikan janji setiaBersatu teguh bercerai robohDi sini di bumi ini tercinta iniKita pacakkan menara azamBiar kukuh menyangga transformasiDi sini di bumi merdeka iniKita semaikan benih budi

Suburkan pohon ilmuDan angkat tampuk rohaniKe langit putih nan tinggi.

Generasi baharu penggalas wawasanKita pecahkan ruyung kedaifanDan singkirkan pedih perih kemiskinanDari rumah kehidupan seluruh warga.Mari kita nyanyikan lagu permaiSambil berganding tanganDan sirami bumi merdekaDengan haruman seribu mawar.

MENCINTAI TANAH INIOLEH LIM SWEE TIN

Siapakah berani merobek angin musim sentosa iniSayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit dan denai-denai desaSiapakah berani memancung damai negeri bertuah iniDengan pedang terhunus dendam berpercikan silau kebencian.

Sejarah pertiwi masih cermat tersimpanDalam album purbanya ngilu hiris cengkam penjajahBerganti silih Mencakar sukma ibundaHari ini pun terasa lagi akan pedih siatnya.

Dengup ingin anak-anak bangsaMasih kental mengisi mimpiMembenteng tanah yang sesusuk iniDengan harga cinta tak tertawarkanDengan anyam kasih tak tercelakan.

Kemerdekaan yang kita genggam bukan kata hiasanSeperti kedaulatan bukan hanya seuntai sloganTelah berjanji kita atas nama bumi pusakaSepakat rela kita julang menjunjungnya ke puncak persada.

Marilah kita tentang perobek angin musim sentosaHingga luluh sayapnya melayang ke gurun-gurun yang saujanaMarilah kita lestarikan limpah rahmatBernafaskan kasih luhurDengan jiwa paling bening tunduk dan syukur.

GURINDAM ALAMKU MUSNAHOLEH A. AZIZ DERAMAN

Akulah angin yang menderuAkulah ombak yang mengalunMenyisir pantai teluk hatimuBagi engkau mengingati sopan santunTerpampang bakti ikhlas kepada-NyaBerkayuh ke kuala kasihMemudiki arus sungai ke hulu negeriMenyusuri alam pengalaman berbudiPutat nipah, serapat akar berembangBagaikan aur dengan tebingDi dasarnya tenang ikan berenangDi puncaknya riang kicau burungDi tebingnya menguak kerbau lembuBagaikan sekampung senegeri tidak bimbangSeindah alam mendatangkan gurindamMelagukan penawar hati yang muram.

Dalam aku ada dirimuDi mana saja bila-bila masa, mudah bertemuAkulah langit mentari bersinarDarinya cahaya purnama terpancarAkulah bumi makhluk membesarPamer pengalaman dalam iktibar.

Demi masa yang berubah laluDeru anginku musnah berdebuAlunan ombakku berwarna seluas segaraHanyut kotoran serata pantai teluk nusaKuala dan sungai dicemari kumbahanNagis sampah sarap di celah segala tumpahan.

Akulah belantara itu di hulu negeriDibakar terbakar sepi Lagu gurindam alamku berirama ngeriNyanyi burung gembira sekampung telah hilang pergiDitelan hanyir udara yang dihiduDebu racun terapai-apai di ruang berjerebuDingin malam panasnya sampai ke siangGurindam alamku musnahDi tangan diri yang kononnya khalifah.

NEGERI INI, ANAKOLEH MARSLI N.O.

Negeri ini, anak, adalah tanah hijau penuh mahsulTerlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasaYang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya. Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya Dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalangKalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelapItu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang!

Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandanganYang telah melahirkan ribuan pahlawan. Rela memilih terbuangDari berputih mata, kerana baginya mati itu cuma sekali dan tidak harusSia-sia. Mereka tidak rela ini negeri tercinta jadi kuda tungganganAtau diperkosa warga tidak bernama. Meski darah dan tulang jadi gantian. Kerana baginya:Negeri adalah tanahAdalah air,Adalah api,Adalah angin,Adalah maruah,Adalah permai,Adalah berani,Adalah susila.Adalah segala-galanya

Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan. Tanpa mengira kulit atau warna, tampuk atau asal, percaya atau agama.Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Di negeri ini, anak, mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza.Siapa di sini adalah warganya, kerana meski putih atau hitam, darahnyaTetap merah. Darahnya tetap merah.Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam. Mari kita dirikan harapan Dan teguhkan kesetiaan.

PUTERI KUALA LUMPUROLEH AHMAD SARJU

Dipelajari harga diri kota ini

Seperti rama-rama melengkapkan sayap besiMenembusi jaring perangkapMelindungi perjalanan diriDalam riang ada tangan yang kejamDalam duka ada rahsia yang tercipta.

Diatur ketabahan setiap hariDipilih perjalanan yang kental dengan cabaranMerentas lorong yang tenggelam dengan kekotoranMengail warna pudar di kelopak senjaAda suara yang terjerat di sudut keruntuhanAda maruah yang terbakar di bumi tergenggam.

Telah terusik pedih cinta murninyaMilik yang terlepas daripada akar warisanSejarah bukan lagi senjata sulitDi mana kita yang lemah akan tenggelamAtau siapa yang boleh digelar penderhakaAtau siapa yang berani mengaku miliknyaKota yang berdiri berbaur dengan darahWarna Kuala Lumpur tidak lagi mengenal warnaKulitnya, darahnya, budayanyaMenjadi warga kota yang setia

Akhirnya ia merelakanKota yang dibangunkan dengan pelbagai impianDicipta dengan pelbagai harapanKini telah menjadi milik bersamaMengharapkan kesetiaan daripada warganya.

PEREMPUAN ITU KEHILANGANOLEH AHMAD SARJU

Di bawah hujan peluru ia menepis percikan apiGumpalan darah masih panas tumpah di sisinyaLaungan sedih menyayat hati menggetarkan sanubari

Perempuan itu simpati tetapi tak terdaya melindunginyaPerempuan itu pilu tetapi tak terdaya menghulurkan tanganSeorang anak kecil mencari ibu dan bapanyaDi celah-celah mayat dibungkus debuDan remuk di bawah runtuhan batu.

Di bawah naungan kota yang runtuhIa merangkak mencari perlindunganDari desis peluru dan ledakan menggegarkanIa melihat sendiri ratusan tubuh turut rebahTubuh yang hancur tulang yang berkecaiTangan yang putus kaki yang terkulaiPerempuan itu berasa segala kesakitanPerempuan itu berasa segala kepedihanPerempuan itu berasa segala kesengsaraanPerempuan itu tahu kekejaman dan kemusnahan.

Diredah hutan api dan ladang yang terbakarDirenangi sungai yang hanyirDisusuri pantai berdarahDitinggalkan kota musnah menimbus ratusan nyawaSetelah kewanitaannya direnggut askar durjanaPisau di tangannya menembusi dada laki-laki ituUntuk menebus maruah di bumi yang berdarah.

Perempuan itu telah kehilangan cintanyaHarga diri, suami dan anak kesayangannyaYang musnah daripada kekejaman dan pembunuhanKini digenggamnya sumpah sepanas apiUntuk menuntut bela sebagai seorang pertiwi.

KEMBALILAH KEPADA PERPADUANOLEH AHMAD SARJU

Telah kita susuri sungai pahit Pantai getir ruang yang pijarKita telah berkali-kaliMenepis tikaman lidahMencabut daripada fitnah

Membalut luka berdarahKita pertahankan erti maruah.

Pisau dendam masihkah terhunus tajamBerkilau memancar di serata sudutAtau benih fitnah ditabur telah bercambahDi lubuk hati nurani bangsaMasih adakah pendekar terus dipujaTak berupaya membuka penindasanKerana kemenangan bukan miliknyaTerpaksa menyerah kepada hokum alam.

Telah kita jahit luka demi lukaDengan benang keinsafanLuka yang merebakTerlalu sulit untuk diubatiOnak duri menajamkan runcingnyaMembenam lembing curigaMengasah benih permusuhanTelah merobek warkah perpaduan.

Pisau dendam yang masih terhunus tajamDi tangannya masih tergenggamSanggupkah kita membiarkan permusuhan ituTumbuh di mana-manaYang kemudiannya merebakkan api kemelutMemusnahkan jambatan persaudaraanDengan kata-kata tak terikat dengan etikaBerlangsungnya kuasa daripada yang berkuasa.

Saudara-saudarakuDendam bukan langkah bestariYang mengharumkan bumi pertiwiLadang wawasan warisan kitaDendam bukanlah impian kudusDendam sekadar api amarahImpian rakus suara ancamanYang menakluki jiwa kerdilDendam adalah pisau, adalah pedang

Adalah tikaman demi tikamanYang sering tertancapDi dada bangsa sendiri.

Saudara-saudarakuKembalilah kepada perpaduanPerpaduan yang menyuburkan persaudaraanPerpaduan yang menjernihkan segala sengketaPerpaduan yang menjalin ikatanPerpaduan yang mengukuhkan tali MusliminPadamkanlah setiap sengketaYang sekian lama meraja di hatiKerana kekuatan bangsa, keunggulan negaraBermula daripada benih suci, persaudaraan murni luhur dan abadi.

PERJALANANOLEH AHMAD SARJUJika kau temui hujungnyaPengalaman adalah sekadar kesempatanMenghirup setiap keterharuanYang member setiap kemungkinan.

Perjalanan itu sebenarnya tiada perhentianYang bernama mata fikirMengalir bagai sungai waktuBergelombang bagai setiap lautanBerterbangan bagai butir-butir debu.

Seperti engkau, aku masih mencarinyaYang bernama kedewasaan untuk berhujahErti kebebasan untuk menakluki setiap kedukaanYang menerpa tanpa kudugaSeperti lumrahnya peredaranDidakap hari tua.

Perjalanan itu sebenarnya tiada pelabuhanYang bernama gerak hayat setiap insanDiiringi oleh keluh-kesahBerdetik bagai putaran jamBerarak bagai gumpalan awan.

Seperti engkau, aku masih mencarinyaYang bernama kekuatan untuk melindungiErti kebahagiaan anak isteri dan keluargakuYang kelak menyelimuti dengan kabus kebimbanganDengan tamadun yang mencederakanKepercayaan yang tergenggam.

Perjalanan itu sebenarnya tiada akhirnyaYang bernama titian segala amalanmu untuk menghadapi-NyaYang tidak akan terelak dari hukumanOleh Yang Maha Berkuasa dengan hidayah-Nya.