1/1/2021 refleksi diskusi futures malaysia ......2021/03/01  · masyarakat sivil meliputi pemimpin...

7
1/1/2021 REFLEKSI DISKUSI FUTURES MALAYSIA DISCOURSE SERIES MOHAMMAD SYAZWANNUDDIN BIN SHAHARUDDIN

Upload: others

Post on 22-Mar-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1/1/2021 REFLEKSI DISKUSI FUTURES MALAYSIA ......2021/03/01  · masyarakat sivil meliputi pemimpin masyarakat, mahasiswa, badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat nasional

1/1/2021

REFLEKSI DISKUSI FUTURES MALAYSIA DISCOURSE SERIES

MOHAMMAD SYAZWANNUDDIN BIN SHAHARUDDIN

Page 2: 1/1/2021 REFLEKSI DISKUSI FUTURES MALAYSIA ......2021/03/01  · masyarakat sivil meliputi pemimpin masyarakat, mahasiswa, badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat nasional

REFLEKSI DISKUSI 2021: 01

2021 Institut Darul Ehsan (IDE)

INSTITUT DARUL EHSAN (IDE) merupakan satu wahana penting bagi membantu kerajaan negeri merangka polisi, hala tuju dan kebijakan-kebijakan bagi membangunkan kecemerlangan Negeri Selangor dari sudut ekonomi, sosio-politik, pembangunan seimbang, tatakelola kerajaan (good governance) dan kemajmukan masyarakat. Bagi memenuhi aspirasi tersebut IDE berfungsi sebagai sebuah hub penyelidikan dan pendidikan yang menjadi penghubung antara pihak penggubal dasar, kerajaan dan agensinya dengan masyarakat sivil meliputi pemimpin masyarakat, mahasiswa, badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa.

IDE melaksanakan strategi Analisis, Respon, Pencerahan dan Pencerdasan (AR2P). Strategi ini digerakkan melalui program penyelidikan, diskusi, persidangan, seminar, bengkel dan penerbitan dalam bentuk laporan, periodikal dan buku. Melalui pendekatan tersebut akan wujud sebuah masyarakat progresif yang demokratik, sejahtera, berilmu, bertamadun dan bermoral tinggi, komited dengan prinsip kebenaran dan keadilan.

Penerbitan IDE adalah bersifat bebas dan tidak memihak kepada mana-mana kepentingan. Kandungan penerbitan ini adalah pandangan pihak penulis yang tidak mewakili pandangan IDE sebagai organisasi.

Penerbitan ini boleh diterbitkan kembali untuk tujuan sebaran dan pencerdasan masyarakat.

INSTITUT DARUL EHSAN (IDE) NO 45, JALAN TUKUL P, 15-P SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM MALAYSIA EMEL: [email protected] TEL: 03-55245444 FAX: 03-55242437 Web: www.ideselangor.com Facebook: https://www.facebook.com/ideselangor Twitter: https://twitter.com/ideselangor Instagram: https://www.instagram.com/ideselangor/ Youtube: IDETV: https://www.youtube.com/channel/UCOrd1BQ9umi_XSs4LBJrXBw

Page 3: 1/1/2021 REFLEKSI DISKUSI FUTURES MALAYSIA ......2021/03/01  · masyarakat sivil meliputi pemimpin masyarakat, mahasiswa, badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat nasional

REFLEKSI DISKUSI 2021: 01

REFLEKSI DISKUSI

FUTURES MALAYSIA: RESTRUCTURING ECONOMY BERTAJUK ECONOMIC RECOVERY:

NAVIGATING DANGERS AND OPPORTUNITIES

Di dalam sesi kedua Diskusi Futures Malaysia: Restructuring Economy bertajuk Economic

Recovery: Navigating Dangers and Opportunities, Tan Sri Prof Dr Noor Azlan Ghazali

memulakan diskusi berkenaan perlunya pemulihan ekonomi berserta dengan

perubahan struktur ekonomi. Tanpa perubahan ekonomi, malah ekonomi akan

bermasalah dan membuang masa. Negara Malaysia juga kini terperangkap dengan

cuba menjadikan semuanya sebagai murah tanpa mengira tentang kesan kepada

kualiti. Namun begitu ini tidak bermakna negara tidak perlu memberi perhatian kepada

orang miskin yang tidak mampu. Masyarakat juga perlu memikirkan tentang peranan

kerajaan yang menjangkaui kesemua sektor ekonomi dan bagaimana untuk

mengupayakan peranan pelbagai pihak termasuk NGO dan pihak persendirian.

Pelaksanaan PKP telah memberi kesan besar kepada ekonomi dalaman negara kerana

sangat bergantung kepada perdagangan antara negeri yang telah disekat sangat

terutamanya dari kawasan Lembah Kelang dan Seremban. Malaysia sudahpun

mempunyai rekod yang baik sejak 1970-an di mana negara berjaya membawa lebih

daripada 50 peratus rakyat keluar daripada kemiskinan.

Tetapi masalahnya negara sekarang sudah tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik

dan hanya mengharapkan ekonomi kembali seperti zaman kegemilangan dahulu.

Pada awalnya kita sangat selesa dengan apa yang kita dah capai sebelum ini, namun

sekarang, kita takut untuk berubah kerana tidak pasti dengan kesan perubahan

tersebut. Tan Sri memberi contoh di dalam sektor pendidikan, perlukah rakyat daerah

tersebut sendiri yang memilih guru besar dan pengetua? Bukan lagi melalui perlantikan

daripada Putrajaya.

Akhir sekali semasa menjawab soalan daripada peserta, kita perlu meneliti semula istilah

3D – jikalau “dirty”, jadikan ianya “clean”, kalau “dangerous”, jadikannya “safe”. Semua

Page 4: 1/1/2021 REFLEKSI DISKUSI FUTURES MALAYSIA ......2021/03/01  · masyarakat sivil meliputi pemimpin masyarakat, mahasiswa, badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat nasional

REFLEKSI DISKUSI 2021: 01

perubahan ini akan terjadi sekiranya dimanfaatkan penggunaan teknologi yang lebih

canggih.

Menyentuh mengenai pekerja asing, perlunya membawa mereka masuk selari dengan

perancangan ekonomi negara, bukan semata-mata kerana mahu pekerja yang murah.

Kita juga ada perubahan dalam mengurus data, di mana perkongsian data antara

pelbagai agensi kerajaan dan pihak NGO dan syarikat untuk membantu mengurangkan

beban kerajaan.

Prof Dr Geoffrey Williams memulakan pembentangan beliau mengenai kelebihan

semasa pandemic adalah penambahan pakej stimulus yang merancakkan ekonomi

negara. Namun kelebihan tersebut tidak berpanjangan kerana PKP telah menyebabkan

simpanan semakin berkurangan kerana pemberhentian kerja atau perniagaan tidak

mendatangkan untung seperti dahulu. Kesan jangka panjang dijangkan akan memberi

kesan kepada kurangnya pengambilan pekerja dan pelaburan yang rendah.

Buat masa sekarang, rakyat masih bergantung kepada survival hidup dan perubahan

untuk 6 bulan sangat penting sekiranya mahu menukar arah keadaan ekonomi, juga

bergantung kepada sejauh mana vaksin memberi impak dalam masa 12 bulan. Adakah

Page 5: 1/1/2021 REFLEKSI DISKUSI FUTURES MALAYSIA ......2021/03/01  · masyarakat sivil meliputi pemimpin masyarakat, mahasiswa, badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat nasional

REFLEKSI DISKUSI 2021: 01

berlaku pemulihan atau penguncupan ekonomi dan akhirnya kesan besar daripada

pandemik ini dapat dilihat secara meluruh dalam konteks pembangunan negara dalam

masa 3 tahun. PKP juga menyebabkan KDNK negara kembali seperti pada masa tahun

2018 dan hanya akan kembali kepada anggaran asal pada pertengahan tahun 2022.

Oleh kerana moratorium bank tidak disambung, ianya menyebabkan semakin

bertambah “non-performing loan” dan boleh menyebabkan masalah sosial sekiranya

hutang yang tidak dibayar meningkat dan penghutang mula mencari pemiutang

haram atau “loan shark” untuk membayar hutang bank. Dalam mengulas mengenai

masalah pelaksanaan penstrukturan ekonomi, Malaysia sebenarnya bukan negara

yang liberal ekonominya, tetapi ekonominya sangat dikawal, baik melalui Rancangan

Malaysia setiap 5 tahun dan juga penglibatan GLC dalam melaksanakan peranannya

menggerakkan ekonomi negara. Banyak juga syarikat di Malaysia yang sengaja kekal

sebagai syarikat kecil untuk mengelakkan beban besar apabila meluaskan perniagaan

syarikat seperti pertambahan pekerja dan fasiliti.

Sekiranya mahu membawa ekonomi Malaysia ke arah yang lebih mapan, kita perlu

mengenal pasti industri yang perlu diberi perhatian supaya kerajaan dapat menyuntik

pelaburan domestik untuk meluaskan sektor ekonomi tersebut serta memperbanyakkan

Page 6: 1/1/2021 REFLEKSI DISKUSI FUTURES MALAYSIA ......2021/03/01  · masyarakat sivil meliputi pemimpin masyarakat, mahasiswa, badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat nasional

REFLEKSI DISKUSI 2021: 01

perdagangan antara ASEAN. Malaysia juga bukannya “welfare state” kerana

sebenarnya hanya lebih kurang RM5 bilion sahaja digunakan untuk bantuan rakyat

secara bersasar, dan kebanyakan wang untuk pembangunan ekonomi daripada duit

simpanan rakyat KWSP berjumlah RM 40 bilion. Dalam hal pengurusan data, jangan ikut

model UK dahulu yang cuba menjual data semata-mata untuk meningkatkan kualiti dan

akhirnya tidak menjadi. Cara yang terbaik untuk meningkatkan kualiti data adalah

jadikannya percuma dan mudah untuk diakses oleh semua orang.

Prof Dr KS Jomo memulakan sesinya dengan lontaran untuk kita memikirkan secara serius

berkaitan pembinaan negara untuk masa hadapan, bukan membina semula negara

dengan acuan dahulu (“building forward, not building back”). Kita juga gagal

menggunakan kaedah “whole of government” untuk menangani kesan pandemik,

sebagai contoh, pembelajaran melalui talian masih diteruskan dan mengambil masa

yang lama untuk menggunakan televisyen untuk pendidikan, menyebabkan ramai

murid yang tidak mempunyai akses peranti digital ketinggalan dalam pelajaran.

Kerajaan sepatutnya tidak bergantung kepada hutang luar yang memberi kesan

panjang kepada negara apabila “credit rating” rendah. Sekiranya hutang dapat

dikawal, kewangan fiskal negara ada ruang untuk pulih. Pembuatan vaksin di negara-

negara membangun juga perlu dipertingkatkan, di mana lebih 70 negara membangun

sebenarnya mempunyai fasiliti untuk membangunkan vaksin sendiri. Bergantung

semata-mata ke atas negara maju dalam hal vaksin akan melemahkan ekonomi dan

hubungan diplomatik negara.

Kita juga perlu fikirkan bagaimana supaya Rancangan Malaysia menjadi lebih efektif

dalam memastikan perancangan dijalankan, bukan sekadar cantik di atas kertas kerja.

Masalah terbesar lain adalah perpolitikan GLC dengan melantik orang yang tidak

berkelayakan sebagai pengerusi. Ini adalah formula kegagalan untuk merubah ekonomi

Malaysia, malah akan menyebabkan ekonomi Malaysia lebih merudum pada masa

hadapan. Hanya melalui perdebatan yang sihat, polisi kerajaan yang bermanfaat

Page 7: 1/1/2021 REFLEKSI DISKUSI FUTURES MALAYSIA ......2021/03/01  · masyarakat sivil meliputi pemimpin masyarakat, mahasiswa, badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat nasional

REFLEKSI DISKUSI 2021: 01

dapat digubal untuk kebaikan rakyat, bukan lagi hanya senyap untuk mengelakkan ada

yang terasa hati.

Dalam menyentuh soalan peserta mengenai perbezaan terbesar TPPA dan RCEP, TPPA

didominasi oleh US yang menulis TPPA dengan bantuan 600 penasihat, dan sukar untuk

negara lain mengubah akta tersebut. Berlainan dengan RCEP yang hanyalah dalam

peringkat rendah perdagangan multilateral. Ada masalah tersendiri, tetapi tidak seteruk

TPPA. Akhir sekali masalah birokrasi dalam menguruskan golongan miskin hanya

menyusahkan mereka, malah menambahkan kos kerajaan untuk kenalpasti golongan

yang betul-betul memerlukan. Sesi diakhiri oleh moderator, Prof Dr Mohamed Aslam

Haneef mengenai cadangan-cadangan tajuk untuk sesi Futures Malaysia yang akan

datang seperti “Future of Work” dan “Restructuring the Role of GLC”.

MOHAMMAD SYAZWANNUDDIN BIN SHAHARUDDIN

Pegawai Penyelidik IIIT East and Southeast Asia

& Sahabat Penyelidik IDE

NOTA:

1. Layari portal berikut untuk rakaman penuh program:

• FACEBOOK: https://www.facebook.com/ideselangor/videos/181797543747761/

• YOUTUBE: https://youtu.be/K2MoY_hdJow