garis panduan chromebook 2013_editted200513

Upload: mustakim260984

Post on 03-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    1/20

    GARIS PANDUAN

    PEMBEKALAN PERALATANMAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIATAHUN 2013

    Programme Management Office (Inisiatif ICT)Kementerian Pelajaran Malaysia

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    2/20

    GARIS PANDUANPEMBEKALAN PERALATAN

    MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK DI BAWAH

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIATAHUN 2013

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    3/20

    KANDUNGAN

    1.0 Pendahuluan 2

    2.0 Latar Belakang 2

    3.0 Objektif 4

    4.0 Konsep Chromebook 4

    5.0 Tempoh Pelaksanaan 5

    6.0 Tempoh Jaminan 5

    7.0 Peranan Pelbagai Pihak Dalam Perancangan dan 5

    Pelaksanaan Projek

    8.0 Skop Kerja Kontraktor 7

    9.0 Fungsi Peralatan 8

    10.0 Tatacara Penggunaan 10

    11.0 Keselamatan Fizikal Peralatan 11

    12.0 Aduan Kerosakan 11

    13.0 Kesimpulan 11

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    4/20

    Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih ChromebookKPM 2013Kementerian Pelajaran Malaysia

    2

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 Makmal mudah alih merupakan konsep baru bagi melengkapkan

    keperluan mengakses bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada

    bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan ia selaras dengan konsep

    1BestariNet dan hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

    2013-2025.

    1.2 Projek Pembekalan Chromebook adalah merupakan pembekalan

    peralatan ICT di bawah projek penyediaan peralatan Makmal Komputer

    secara konsep mudah alih.

    1.3 Pembekalan peralatan Chromebook ini akan menggunakan perkakasan

    NotebookDengan Sistem Operasi Google Chrome.

    1.4 Pelaksanaan projek ini bermula pada 18 Mac 2013 sehingga 17 Mac 2014

    (satu (1) tahun)

    1.5 Perkakasan Chromebook yang dibekalkan adalah sebagai peranti

    sokongan untuk mengakses bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

    melalui internet dengan menggunakan Virtual Learning Environment

    (VLE).

    1.6 Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua sekolah

    mengenai panduan pembekalan peralatan makmal mudah alih

    Chromebook.

    2.0 LATAR BELAKANG

    2.1 Selaras dengan pelaksanaan konsep 1BestariNet dan Pelan

    Pembangunan Pendidikan Malaysia, KPM berusaha untuk memastikan

    bahawa kemudahan infrastruktur internet di semua sekolah dapat

    disediakan menjelang 2015.

    2.2 Bagi mencapai hasrat ini, pelaksanaan 1BestariNet telah bermula sejak

    2012 secara berperingkat dan semua sekolah akan mendapat capaian

    internet pada akhir tahun 2013.

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    5/20

    Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih ChromebookKPM 2013Kementerian Pelajaran Malaysia

    3

    2.3 Bagi memastikan semua murid mendapat capaian internet dan

    memulakan kaedah pembelajaran secara maya atau konsep VLE, KPM

    mengambil langkah dengan membekalkan peralatan Chromebook.

    Pelaksanaan ini mengambil kira keperluan masa hadapan pendidikan iaitu

    melaksanakan konsep pembelajaran di mana-mana dan pada bila-bila

    masa selari dengan perkembangan teknologi. Bagi mencapai hasrat ini,

    konsep makmal komputer mudah alih dilaksanakan secara berperingkat

    mulai April 2013.

    2.4 Salah satu komponen penting dalam Projek Perkhidmatan 1BestariNet

    ialah komponen VLE disediakan untuk memudahkan murid dan guru di

    sekolah memuat naik bahan, memuat turun bahan, berkongsi bahan dan

    mengakses kandungan yang disediakan secara menyeluruh dan meluas.

    Sehubungan itu, satu alternatif dicadangkan dan dilaksanakan iaitu

    menggunakan konsep dan kaedah teknologi Chromebook. Konsep yang

    diperkenalkan akan dapat menambah baik kepada pelaksanaan PdP

    khususnya dengan menggunakan platform VLE.

    2.5 Penggunaan teknologi Chromebook akan dapat membantu guru dan

    pelajar bergerak di mana-mana kawasan liputan 1BestariNet termasuk di

    bilik-bilik darjah dan sekolah-sekolah yang lain yang mana akses kepada

    1BestariNet dapat diperolehi.

    2.6 Mulai tahun 2013, aplikasi dan bahan PdP adalah secara online dan

    menggunakan akses internet. Persekitaran ini memerlukan perkakasan

    yang sesuai. Bagi membolehkan matlamat ini dicapai, kerajaan

    mengambil langkah membekalkan peralatan Chromebookdengan konsep

    cloud computing.

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    6/20

    Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih ChromebookKPM 2013Kementerian Pelajaran Malaysia

    4

    3.0 OBJEKTIF

    3.1 Sebagai garis panduan dan maklumat asas kepada sekolah berkaitan

    dengan pembekalan peralatan Chromebook.

    3.2 Memastikan pelaksanaan pengagihan Chromebook mematuhi tatacara

    dan prosedur yang telah ditetapkan.

    3.3 Memastikan Chromebookdi sekolah-sekolah KPM berfungsi dengan baik

    untuk proses PdP.

    3.4 Memastikan pihak kontraktor melaksanakan pembekalan mengikut skop

    kerja yang telah ditetapkan.

    3.5 Memaklumkan kepada pihak sekolah peraturan penerimaan bekalan

    peralatan ICT makmal mudah alih Chromebook.

    4.0 KONSEP CHROMEBOOK

    4.1 Chromebook adalah peralatan ICT mudah alih yang digunakan untuk

    mengakses internet dan VLE dengan menggunakan Sistem Operasi

    Google Chrome.

    4.2 Platform 1BestariNet yang dilaksanakan di sekolah adalah berasaskan

    kepada teknologi cloud-computing yang menyokong sistem

    pengoperasian Google Chrome.

    4.3 Chromebook berfungsi menggunakan sambungan Internet yang

    berkelajuan tinggi. Walaubagaimanapun, bagi penggunaan Chromebook

    ini di sekolah, kelajuan minima yang ditetapkan adalah 4Mbps boleh sama

    ada secara berwayar atau tanpa wayar.

    4.4 VLE merupakan satu pelantar tunggal PdP yang berupaya untuk

    mengurus dan menyimpan objek pembelajaran bagi membolehkan guru-

    guru memuat naik, memuat turun dan mengaksesnya pada bila-bila masa

    dan di mana-mana sahaja.

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    7/20

    Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih ChromebookKPM 2013Kementerian Pelajaran Malaysia

    5

    5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

    5.1 Tempoh pelaksanaan projek adalah selama satu (1) tahun.

    5.2 Jadual pelaksanaan seperti di Lampiran A.

    6.0 TEMPOH JAMINAN

    6.1 Tempoh jaminan peralatan adalah selama tiga (3) tahun.

    6.2 Bagi perkhidmatan internet yang dibekalkan bersama dalam projek ini

    adalah selama satu (1) tahun.

    7.0 PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM PERANCANGAN DAN

    PELAKSANAAN PROJEK

    7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

    i. Menyelaras pelaksanaan teknologi Chromebook dan Cloud

    Technologydengan platform 1BestariNet.

    ii. Memantau perjalanan projek secara keseluruhan.

    iii. Menyelaras keperluan logistik dan senarai sekolah dengan pihak

    Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

    iv. Menyelaras dan melaksana Program Kesedaran dan Pemindahan

    Teknologi.

    v. Menyelaras keperluan latihan dan Program Kesedaran dengan

    pihak kontraktor.

    vi. Mengurus proses perolehan, kontrak dan pembayaran projek.

    vii. Memuktamadkan pemilihan sekolah.

    viii. Prosedur, Arahan dan Garis Panduan Pelaksanaan.

    ix. Pemantauan dan Laporan.

    x. Menyelaras mesyuarat berkala dengan JPN dan Pejabat Pelajaran

    Daerah (PPD).

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    8/20

    Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih ChromebookKPM 2013Kementerian Pelajaran Malaysia

    6

    7.2 JPN /PPD

    i. Memilih, menentu dan menyemak senarai sekolah.

    ii. Melaksanakan program kesedaran dan latihan.

    iii. Pematuhan Service Level Agreement(SLA).

    iv. Memantau dan melaporkan proses kerja yang dilaksanakan oleh

    pihak kontraktor.

    v. Pemantauan penggunaan dan penyediaan laporan.

    7.3 Sekolah

    i. Memantau kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

    ii. Mengesahkan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

    iii. Menyemak senarai peralatan yang diterima sama dengan skop

    pembekalan.

    iv. Mengesahkan penerimaan peralatan yang lengkap dan sempurna

    serta menandatangani Delivery Order (DO) dan Sijil Akuan

    Penerimaan (SAP).

    Rujuk Lampiran B: Gambarajah Proses SAP

    v. Memperakui dan menandatangani Sijil Pengujian dan Pentauliahan

    (SPP) setelah pemasangan dan pengujian dilaksanakan.

    Rujuk Lampiran C: Gambarajah Proses SPP

    vi. Memastikan peralatan yang diterima didaftarkan di bawah tatacara

    perolehan aset alih kerajaan dan rekod berkenaan disimpan

    dengan sempurna.

    vii. Memastikan tahap keselamatan peralatan berada dalam keadaan

    terkawal dan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan

    sama ada dari segi kecurian, kebakaran, kehilangan, salah guna

    dan penyimpanan.

    viii. Memastikan prosedur penggunaan peralatan dipatuhi.

    ix. Menentukan lokasi untuk penyimpanan peralatan yang sesuai,

    selamat dan praktikal dengan memastikan mempunyai punca

    kuasa elektrik.

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    9/20

    Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih ChromebookKPM 2013Kementerian Pelajaran Malaysia

    7

    x. Melaporkan kerosakan dan melaksanakan 1stier troubleshooting

    berdasarkan panduan yang diberikan oleh pihak kontraktor

    (Contohnya: menyemak power failure pada peralatan, menyemak

    fungsi pengecas, menyemak paparan dan sebagainya)

    8.0 SKOP KERJA KONTRAKTOR

    8.1 Pembekalan Peralatan

    Senarai peralatan yang akan dibekalkan bagi satu (1) makmal komputer

    mudah alih adalahseperti berikut:

    8.1.1 41 unit Chromebook

    8.1.2 1 unit Charging Cart

    8.1.3 1 unit Super Zoom dengan fungsi WiFi

    8.1.4 1 unit Wireless Access Point(WiFi AP)

    8.1.5 1 unit perkakasan Content Cache

    8.1.6 1 unit HDMI ke VGA Adapter

    8.1.7 1 unitA3 Printer

    8.1.8 1 unit CD atau Thumb Drive yang mengandungi perisian UBUNTU

    dan Chrome OS.

    8.1.9 41 unit Headset dan Microphone

    Spesifikasi terperinci peralatan adalah seperti Lampiran B.

    Nota: Sekolah-sekolah yang layak menerima dua (2) makmal akan menerima

    dua (2) set peralatan.

    8.2 Sesi penerangan - satu slot penerangan mengenai peralatan-peralatan

    yang dihantar akan dilaksanakan semasa sesi User Acceptance Test

    (UAT).

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    10/20

    Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih ChromebookKPM 2013Kementerian Pelajaran Malaysia

    8

    8.3 Pihak kontraktor bertanggungjawab membekal dan menghantar peralatan

    Chromebook berdasarkan arahan dan skema agihan yang telah

    ditentukan.

    8.4 Semua peralatan ini hendaklah diletakkan di makmal komputer sedia ada

    atau di lokasi yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

    Rujuk Lampiran D: Gambarajah peralatan yang akan dibekalkan dan

    spesifikasi

    8.5 Kriteria pemilihan lokasi penyimpanan peralatan termasuk charging cart:

    i. Mudah akses dan saiz yang sesuai.

    ii. Selamat dan berkunci.

    iii. Mempunyai punca kuasa elektrik.

    iv. Lokasi mestilah mempunyai pengudaraan yang baik.

    8.6 Pihak kontraktor dikehendaki memberi taklimat dan penerangan kepada.

    pihak sekolah mengenai kaedah penggunaan peralatan Chromebook.

    8.7 Menyediakan dokumentasi dan menyerahkannya kepada sekolah dan

    satu (1) salinan simpanan oleh pihak kontraktor:

    i. Sijil Akuan Penerimaan (SAP)

    ii. Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP)

    iii. User Acceptance Test (UAT)

    iv. Borang Kew-PA 1, Kew- PA 2, Kew- PA 3

    v. Project Documentation

    8.8 Proses pelaksanaan kerja secara keseluruhan adalah seperti di

    LampiranD.

    9.0 FUNGSI PERALATAN

    9.1 Chromebook

    i. Peralatan komputer yang mempunyai Sistem Operasi Chrome.

    ii. Beroperasi dan berfungsi menggunakan teknologi cloud.

    iii. Merupakan peralatan yang akan digunakan oleh pengguna untuk

    mengakses Internet dan VLE.

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    11/20

    Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih ChromebookKPM 2013Kementerian Pelajaran Malaysia

    9

    iv. Penggunaan chromebook boleh berada di mana-mana dalam

    kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah tertakluk kepada

    capaian internet. Walaubagaimanapun, kebenaran guru / pentadbir

    sekolah hendaklah diperolehi sebelum dibawa ke mana-mana

    kawasan.

    v. Menggunakan sumber kuasa bateri untuk beroperasi dan perlu

    dicaj semula selepas hayat kuasa bateri habis.

    vi. Chromebookhendaklah dicaj semula di charging cartuntuk tempoh

    sekurang-kurangnya 4 jam.

    vii. Chromebook hendaklah disimpan dalam charging cart selepas

    digunakan oleh pengguna bagi memastikan ia sentiasa dalam

    keadaan sedia guna.

    9.2 Charging Cart

    i. Lokasi / rak penyimpanan Chromebook.

    ii. Tempat untuk mengecas bateri Chromebook.

    iii. Charging carthendaklah disambung ke punca kuasa elektrik pada

    setiap masa kecuali atas tujuan keselamatan.

    iv. Charging cart hendaklah ditempatkan di lokasi yang sesuai,

    selamat dan mudah untuk diakses.

    9.3 WiFi Access Point

    i. Perlu punca kuasa elektrik untuk berfungsi.

    ii. Menyediakan fungsi capaian WiFi kepada Chromebook untuk

    mengakses rangkaian Super Zoom dengan kemudahan capaian

    WiFi.

    9.4 Super Zoom

    i. Perlu punca kuasa elektrik untuk berfungsi.

    ii. Menyediakan kemudahan capaian tambahan 4G 1BestariNet yang

    berasingan dari 1BestariNet sedia ada.

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    12/20

    Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih ChromebookKPM 2013Kementerian Pelajaran Malaysia

    10

    iii. Kapasiti lebar jalur adalah 4 10 Mbps.

    iv. Memberi capaian WiFi kepada Chromebook untuk mengakses

    internet.

    9.5 Content Cache

    i. Berfungsi sebagai lokasi penyimpanan bahan PdP sementara.

    ii. Bertindak sebagai lokasi penyimpanan maklumat, bahan dan

    kandungan yang telah / boleh diakses oleh pengguna bagi

    mempercepatkan capaian untuk membantu proses PdP berjalan

    dengan lancar.

    iii. Sebagai ruang penyimpanan bahan dan kandungan sementara

    pada tempoh tertentu bagi membolehkan dan mempercepatkan

    proses akses oleh pengguna.

    10.0 TATACARA PENGGUNAAN

    10.1 Chromebookakan dikeluarkan dari charging cart.

    10.2 Pelajar akan switch on Chromebook.

    10.3 Chromebook secara automatik disambung dengan WiFi yang telah

    disediakan.

    10.4 Pengguna akan memasukkan user ID dan password yang diperolehi

    daripada VLE Frog.

    10.5 User ID danpasswordakan disahkan.

    10.6 Pengguna boleh membuka browserdan melayari internet dan VLE.

    10.7 Setelah siap digunakan, Chromebookhendaklah disimpan semula dalam

    charging cartuntuk dicaj bateri.

    10.8 Selain dari langkah-langkah asas di atas, sekolah juga boleh memastikan

    langkah-langkah yang sesuai dan sistematik bagi memastikan peralatan

    sentiasa berada dalam keadaan sedia guna.

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    13/20

    Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih ChromebookKPM 2013Kementerian Pelajaran Malaysia

    11

    11.0 KESELAMATAN FIZIKAL PERALATAN

    11.1 Semua Chromebook yang telah digunakan hendaklah disimpan kembali

    ke dalam charging cartyang disediakan selepas penggunaan bagi tujuan

    pengecasan semula, penyelenggaraan dan keselamatan.

    11.2 Pihak sekolah hendaklah memastikan charging cart disimpan di tempat

    yang selamat.

    11.3 Pihak sekolah dinasihatkan mencatat / merekod pergerakan Chromebook

    tersebut untuk memastikan ia mudah dikesan lokasinya atau individu yang

    memegang atau menggunakannya sama ada di dalam atau di luar

    kawasan sekolah (bergantung kepada pertimbangan Pengetua / Guru

    Besar untuk membenarkan Chromebookberada di luar kawasan sekolah).

    11.4 Jika berlaku sebarang kehilangan, pihak sekolah hendaklah melaporkan

    berdasarkan kepada Arahan Pembendaharaan yang berkuatkuasa dan

    kepada HelpdeskYTL bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

    12.0 ADUAN KEROSAKAN

    12.1 Sebarang kerosakan / kehilangan yang berlaku atau kegagalan peralatan

    yang dibekalkan berfungsi hendaklah dilaporkan kepada Helpdesk YTL

    pada talian 018-7998787 atau pada [email protected] .

    13.0 KESIMPULAN

    13.1 Garis panduan ini adalah sesuai untuk digunakan pada masa ini sahaja

    dan sebarang perubahan dan penambahbaikan akan dimaklumkan dari

    semasa ke semasa.

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    14/20

    Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih ChromebookKPM 2013Kementerian Pelajaran Malaysia

    12

    13.2 Garis panduan ini juga bertujuan untuk membantu Bahagian KPM, JPN,

    PPD dan sekolah dalam melancarkan pelaksanaan projek peralatan

    makmal mudah alih Chromebookdi sekolah-sekolah KPM.

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    15/20

    LAMPIRAN A: Jadual Pelaksanaan Projek

    Jadual Pelaksanaan Projek

    18 25 1 8 15 22 29 6 13 20 27 3 10 17 24 1 8 15 22 29 5 12 19 26 2 9 16 23 30

    1 24 1 10 8,9

    31 16

    23 31 25 9 7 18

    A

    1 SELANGOR

    2 KUALA LUMPUR

    3 PUTRAJAYA

    4 NEGERI SEMBILAN

    B

    1 PERLIS

    2 KEDAH

    3 PERAK

    4 PULAU PINANG

    C

    1 MELAKA

    2 JOHOR

    D

    1 PAHANG

    2 TERENGGANU

    3 KELANTAN

    C

    1 SABAH

    Central

    Northern

    Southern

    Eastern

    East Malaysia

    SEP

    PUBLIC HOLIDAYS

    SCHOOL HOLIDAYS

    MAR APR MAY JUN JUL AUG

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    16/20

    LAMPIRAN B: Proses Penghantaran (SAP)

    DELIVERY PROCESS (SAP)

    School

    MOE-PMO/

    JPN

    /PPD

    Deploym

    ent

    Team

    Inform MOE-PMO

    of deliveryschedule, 14

    days in advance

    2.1e 2.1f

    Prepare Asset

    Card (KEW-PA),Delivery

    Checklist and

    SAP form

    Notify Schools, 1day prior to

    delivery

    2.2b

    Schools

    agreement

    2.2e 2.2e

    Verify Delivery

    Order, KEW-PA,

    receipt of

    documentation

    2.2e

    Sign-Off SAP

    Verify delivery

    to schools

    YN

    Proceed withDelivery Plan

    YN

    1. Collate SAP

    Forms

    2. Inform Ops(mini-NOC

    update) and

    Helpdesk

    Y

    N N

    Y

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    17/20

    LAMPIRAN C: Proses UAT dan SPP

    UAT AND COMMISSIONING PROCESS (SPP)

    MOE-PMO/

    JPN

    /PPD

    School

    Deplo

    yment

    Te

    am

    2.2e

    YN Y

    2.2e

    Sign-Off SPPSchools

    agreement

    1. Collate SPP

    Forms

    2. Inform Ops

    (mini-NOCupdate) and

    Helpdesk

    N

    Notify Schools, 1

    day prior to

    delivery

    Y

    N

    Validate UAT

    and

    Commissioning

    Proceed with

    UATand

    CommissioningPlan

    2.2e

    2.2b

    START

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    18/20

    LAMPIRAN D: Gambarajah Peralatan dan Spesifikasi

    Gambarajah Peralatan Yang Akan Dibekalkan dan Spesifikasi

    BIL PERALATAN SPESIFIKASI

    1. i) Chromebook Samsung

    atau

    ii) ChromebookAcer

    i. Samsung Exynos 5 Dual Processorii. 0.7 inches thin 2.42 lbs/1.1kg

    iii. 6.5 hours for batteryiv. 16GB SSDv. Wi-Fi 802.11 a/b/g/nvi. Built in WiMAX module

    i. Dual-core Intel Celeron Processor

    ii. Dual band Wi-Fi 802.11 a/b/g/niii. 11.6 (1366x768) displayiv. 16GB SSDv. Wi-Fi 802.11 a/b/g/nvi. 1 inch thin 3 lbs/1.4kg

    2 Charging Carti. 1 unit of Chromebook charging cart with a

    storage and charging capacity of 41Chromebooks. The cart is lockable.

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    19/20

    LAMPIRAN D: Gambarajah Peralatan dan Spesifikasi

    BIL PERALATAN SPESIFIKASI

    3 Super Zoomi. Supports maximum 10 Wi-Fi connectionsii. Omni directional antenna, up to 15 metersiii. WEP; WPA/WPA2 personal; WPA/WPA2

    Enterprise

    iv. Support SNMP V2Cv. Capable for Voice, FAX and EDCvi. Remote access and check the device status

    4 Wireless Access Point (WiFi AP)

    i) Engenius WiFi AP

    atau

    ii) Dlink WiFi AP

    i. Supports 50 Wi-Fi connectionsii. 802.3 at/af PoE Compatibleiii. 2.4 and 5 GHz Frequency dual bandsiv. Up to 300 Mbps in both frequency bandsv. Supports SNMP v1 and SNMP V2Cvi. Omni directional antenna, up to 30 metersvii. WEP; WPA/WPA2 personal; WPA/WPA2

    Enterprise

    i. Supports 50 Wi-Fi connectionsii. 4 x LAN, 1 x USB, 1 WANiii. 2.4 and 5 GHz Frequency dual bandsiv. Up to 300 Mbps in both frequency bandsv. Supports SNMPvi. Omni directional antenna, up to 30 metersvii. WEP; WPA/WPA2 personal; WPA/WPA2

    Enterprise

  • 7/28/2019 Garis Panduan Chromebook 2013_editted200513

    20/20

    LAMPIRAN D: Gambarajah Peralatan dan Spesifikasi

    BIL PERALATAN SPESIFIKASI

    5. Peplink Content Cachei. Video Caching format:-Youtube, Vimeo.com,

    Khanacadamy.com, ted.comii. Content Caching:-HTML, JavaScript, Image,

    Flash Application

    iii. HDD Size: 500GBiv. Multi - WAN Load balancing and failoverv. Speed Fusion Bandwidth Bondingvi. Bandwidth Usage Monitoring (WAN only)vii. SNMP Functionality