11 lumba jalan kaki

16
PERATURAN 230 LUMBA JALAN KAKI TAKRIF LUMBA JALAN KAKI. Lumba Jalan Kaki ialah pergerakan langkah tersebut di mana sentiasa mencecah bumi, tanpa kelihatan ada jejak yang tidak mencecah bumi berlaku. Kaki yang berada di hadapan sentiasa lurus – tidak membengkokkan lutut dari mula mencecah bumi sehinggalah keadaan kaki pejalan benar-benar tegak.

Upload: viamresh

Post on 04-Jan-2016

359 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Lumba jalan kaki

TRANSCRIPT

Page 1: 11 Lumba Jalan Kaki

PERATURAN 230 LUMBA JALAN KAKI

TAKRIF LUMBA JALAN KAKI.

• Lumba Jalan Kaki ialah pergerakan langkah tersebut di mana sentiasa mencecah bumi, tanpa kelihatan ada jejak yang tidak mencecah bumi berlaku. Kaki yang berada di hadapan sentiasa lurus – tidak membengkokkan lutut dari mula mencecah bumi sehinggalah keadaan kaki pejalan benar-benar tegak.

Page 2: 11 Lumba Jalan Kaki

TEKNIK LUMBA JALANKAKI YANG BETUL

Page 3: 11 Lumba Jalan Kaki

PENGHAKIMAN• Hakim-hakim Jalankaki yang dilantik

hendaklah memilih seorang Ketua Hakim dari kalangan mereka, jika tidak ada perlantikan dibuat sebelumnya. Dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 1(a), Ketua Hakim Jalankaki hanya mempunyai kuasa membatalkan peserta, daripada litar ke stadium dan di dalam stadium bila perlumbaan tamat di dalam stadium atau pada 100m terakhir bila perlumbaan dijalankan hanya di balapan atau di haluan jalan raya, bila cara jalan peserta tidak mematuhi takrifan Lumba Jalan Kaki, tanpa mengendahkan peserta itu pernah menerima amaran sebelum ini.

Page 4: 11 Lumba Jalan Kaki

• Ketua Hakim Jalankaki, hanya bertindak sebagai pegawai penyelia pertandingan tersebut dan hanya bertindak sebagai Hakim dalam situasi yang khas seperti ternyata dalam takrif lumba jalan kaki. Dalam pertandingan mengikut peraturan 1 (a), (b) dan (c) IAAF, maksimum dua orang Penolong Ketua Hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola Tempatan, selepas berunding dengan Ketua Hakim dan Delegat Teknikal, Penolong Ketua Hakim akan membantu memberitahu pembatalan sahaja dan hendaklah tidak bertindak sebagai Hakim Lumba Jalankaki.

Page 5: 11 Lumba Jalan Kaki

• Semua hakim hendaklah bertindak bebas secara bersendirian dan penghakiman mereka akan berdasarkan kepada penelitian dengan mata kasar.

• Bagi pertandingan yang dijalankan mengikut Peraturan 1 (a) IAAF, semua hakim hendaklah terdiri daripada ahli-ahli panel Hakim Lumba Jalankaki Antarabangsa IAAF.Bagi pertandingan yang dijalankan mengikut Peraturan 1 (b)&(c) IAAF, semua hakim hendaklah terdiri daripada ahli-ahli panel Hakim Lumba Jalankaki Antarabangsa IAAF atau kawasan.

• Bagi perlumbaan yang dijalankan di atas jalan raya, lazimnya hendaklah dilantik minimum 6 orang dan maksimumnya 9 orang hakim, termasuk seorang Ketua Hakim.

• Bagi perlumbaan yang dijalankan di balapan, lazimnya hendaklah dilantik minimum 6 orang hakim, termasuk seorang Ketua Hakim.

• Bagi pertandingan yang dijalankan mengikut Peraturan 1 (a) IAAF, tidak lebih daripada seorang hakim daripada satu negara dilantik.

Page 6: 11 Lumba Jalan Kaki

Ketua Hakim• Pertandingan di bawah Peraturan 1 (a), (b), (c), Ketua

hakim berkuasa membatalkan seseorang atlet dalam stadium bila perlumbaan itu tamat dalam stadium atau pada akhir 100m bagi perlumbaan atas balapan atau jalanraya, bila cara atlet berjalan tidak ikut peraturan jalan kaki tanpa hirau berapa bilangan Kad Merah diterima. Atlet yang dibatalkan oleh Ketua Hakim dalam keadaan ini dibenarkan tamat perlumbaan.

• Tugas Ketua Hakim adalah menyelia pertandingan dan akan bertindak sebagai hakim dalam keadaan seperti ternyata di atas dalam pertandingan di bawah Peraturan 1(a),(b),(c) & (d)

• Pertandingan di bawah Peraturan 1 (a), (b), (c), maksimum dua orang Penolong Ketua Hakim dilantik bagi membantu Ketua Hakim memberitahu pembatalan kepada atlet dan tidak boleh bertindak sebagai hakim jalan kaki, seorang pegawai Papan Maklum Pembatalan dan Setiausaha juga dilantik.

Page 7: 11 Lumba Jalan Kaki

TEGURAN• Peserta hendaklah diberi teguran, jika didapati

rentak langkah mereka hampir menjurus kepada melanggar peraturan yang dinyatakan

• Mereka tidak berhak menerima teguran kedua daripada hakim yang sama bagi kesalahan yang sama

AMARAN DAN PEMBATALAN • Setiap cadangan dari setiap Hakim untuk

membatalkan peserta dinamakan amaran. Peserta hendaklah diberi amaran apabila rentak langkahnya melanggar peraturan dengan menampakkan jejak terapung atau membengkokkan lututnya pada bila-bila masa sahaja.

Page 8: 11 Lumba Jalan Kaki

• Apabila seseorang peserta menerima amaran daripada tiga orang Hakim yang berasingan, peserta tersebut dibatalkan dan pembatalan akan dimaklumkan kepadanya oleh Ketua Hakim atau Penolong Ketua Hakim dalam semua pertandingan, tidak dibenarkan sama sekali dua orang Hakim dari negara yang sama diberi kuasa membatal.

• Sekiranya ketika perlumbaan sedang berjalan, dan Ketua Hakim tidak sempat memberitahu peserta tersebut yang beliau telah dibatalkan, maka hendaklah ia dilakukan sebaik sahaja perlumbaan tamat. Kegagalan memberitahu kepada peserta berkenaan dengan secepat mungkin tidak akan mengembalikan kedudukan pembatalan peserta itu.

Page 9: 11 Lumba Jalan Kaki

• Satu isyarat berwarna kuning yang mempunyai simbol kesalahan yang dilakukan di kedua-dua belahnya hendaklah ditunjukkan kepada peserta tersebut apabila memberi teguran. Isyarat berwarna merah menandakan pembatalan seseorang peserta. Ia diguna oleh Ketua Hakim untuk memaklumkan pembatalan peserta. Peserta-peserta boleh juga dimaklumkan tentang pembatalan mereka oleh Penolong Ketua Hakim. Seseorang peserta yang telah dibatalkan dan tidak meninggalkan haluan atau balapan mungkin kena hukuman selanjutnya yang bersesuaian dengan Peraturan IAAF 53.1(viii)

• Sebuah papan makluman amaran hendaklah ditempatkan di haluan dan berhampiran garisan penamat untuk memaklumkan peserta-peserta bilangan amaran yang telah diberikan kepada setiap peserta.

Page 10: 11 Lumba Jalan Kaki

KAKI BENGKOK

KAKI TERAPUNG

Page 11: 11 Lumba Jalan Kaki

KAKI TERAPUNG

KAKI BENGKOK

Page 12: 11 Lumba Jalan Kaki

PESERTA PEMBATALAN CATATAN

K 461

C 771

P 511

B 012

E 235

Dibatalkan

Page 13: 11 Lumba Jalan Kaki

KESELAMATAN DAN PERUBATAN

• Lumba jalankaki di jalan raya hendaklah dijadualkan bermula pada waktu yang akan nanti mempastikan peserta-peserta apabila menamatkan perlumbaannya, waktu masih siang.

• Seseorang peserta hendaklah meninggalkan pertandingan dengan serta-merta apabila diarahkan oleh Staf Perubatan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola. Staf-staf Perubatan hendaklah mudah dikenali dengan memakai toaha, jaket atau pakaian lain yang khusus

Page 14: 11 Lumba Jalan Kaki

MINUMAN/ PEMBASAHAN DAN STESEN PERSEGARAN

• Air dan minuman persegaran lain yang sesuai hendaklah disediakan di permulaan dan penamat semua perlumbaan

• Bagi acara-acara sehingga 10km, minuman atau pembasahan hendaklah disediakan pada selang jarak yang sesuai, jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan

• Bagi acara-acara 10km dan ke atas, stesen persegaran hendaklah disediakan pada setiap pusingan. Sebagai tambahan, stesen minuman atau pembasahan yang hanya menyediakan air sahaja, boleh diletakkan lebih kurang di setiap pertengahan antara dua stesen persegaran, atau lebih banyak jika keadaan cuaca memerlukannya

Page 15: 11 Lumba Jalan Kaki

• Persegaran boleh disediakan sama ada oleh Jawatankuasa Pengelola atau peserta sendiri, hendaklah diletakkan di stesen-stesen supaya mudah dicapai atau dihulurkan oleh mereka yang dibenarkan kepada peserta.

• Seseorang peserta yang mengambil persegaran dari tempat yang lain daripada stesen yang disediakan boleh menyebabkan beliau dibatalkan

• Dalam pertandingan yang dijalankan mengikut Peraturan 1 (a),(b) dan (c) maksimum dua orang pegawai dari sesebuah negara peserta dibenarkan berada di belakang meja persegaran. Tidak dibenarkan sama sekali pegawai ini berlari mengiringi peserta semasa menghulurkan persegaran.

Page 16: 11 Lumba Jalan Kaki

HALUAN JALAN RAYA• Bagi pertandingan yang dijalankan

mengikut Peraturan 1.1 (a), (b) dan (c), litar hendaklah tidak melebihi 2.5km dan tidak kurang daripada 2km. Bagi acara yang bermula dan tamat di stadium, litar harus bertempat sehampir mungkin dengan stadium.

link