1.1 kertas konsep bercerita ms1-7

9
6 BERCERITA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP KERTAS KONSEP BERCERITA SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman- berzaman untuk memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens. Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan. 2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri. 2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid. 2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: rosnita-ariffin

Post on 01-Jul-2015

150 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.1 kertas konsep bercerita ms1-7

6

BERCERITA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP

KERTAS KONSEPBERCERITA SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens.

Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan.

2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu.

2.5 Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan.

2.6 Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan.

2.7 Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan bahan rangsangan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 2: 1.1 kertas konsep bercerita ms1-7

6

BERCERITA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP

3.0 PENGELOLAAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan peringkat negeri oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Seterusnya, pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.

4.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Rendah. Penyertaan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:

4.1 Bahagian Pertama : Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah4.2 Bahagian Kedua : Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan

bergambar berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 - 6 yang disediakan oleh PPD/JPN/KPM

5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 PERINGKAT DAERAH

5.1.1 Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini di peringkat daerah masing-masing.

5.1.2 Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Daerah.

5.1.3 Pertandingan di peringkat daerah mesti dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan peringkat negeri.

5.1.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat negeri.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 3: 1.1 kertas konsep bercerita ms1-7

6

BERCERITA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP

5.2 PERINGKAT NEGERI

5.2.1 Semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini di peringkat negeri masing-masing.

5.2.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri.

5.2.3 Pertandingan di peringkat negeri mesti dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan peringkat kebangsaan.

5.2.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

5.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU

5.3.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun 3) dan Tahap Dua(Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

5.3.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah, daerah ke negeri dan negeri ke peringkat kebangsaan.

5.3.3 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :

5.3.3.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran. 5.3.3.2 cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.

5.3.3.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.

5.3.3.4 hasil karya sendiri.

5.3.4 Kualiti cerita

5.3.4.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.

5.3.4.2 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 4: 1.1 kertas konsep bercerita ms1-7

6

BERCERITA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP

5.3.4.3 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta tidak tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.

5.3.4.4 Untuk cerita Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu sahaja yang dibenarkan membawa cerita haiwan.

5.3.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.

5.3.6 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada ke-8, menandakan masa persembahan telah tamat.

5.3.7 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

5.3.8 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

5.3.9 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan.

5.3.10 Peserta dibenarkan memakai kostum tetapi tiada sebarang peruntukan markah. Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

5.3.11 Teks cerita menggunakan saiz 12, font Arial, langkau 2 baris hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa pendaftaran.

5.3.12 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :

5.3.12.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;

5.3.12.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;

5.3.12.3 dibantu oleh orang lain;

5.3.12.4 menggunakan ‘props’, ‘back-drops’, muzik atau kesan bunyi.

5.3.13 Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem juri.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 5: 1.1 kertas konsep bercerita ms1-7

6

BERCERITA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP

5.3.14 Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang penyertaan yang disahkan oleh Guru Besar/Pegawai PPD/ Pengarah Pelajaran Negeri berserta salinan sijil kelahiran.

5.3.15 Bilangan panel hakim di peringkat kebangsaan ialah lima atau tujuh (05 atau 07) orang manakala di peringkat negeri ialah tiga atau lima (03 atau 05) orang. Di peringkat daerah pula sekurang-kurangnya tiga (03) orang menghakimi pertandingan.

5.3.16 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 5.3.17 Sebarang pindaan tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan

Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 6: 1.1 kertas konsep bercerita ms1-7

6

BERCERITA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP

6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

6.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita Bahagian Pertama.

6.2 Pertandingan cerita secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai

pertandingan cerita bahagian pertama .

6.3. Peserta akan menyampaikan cerita masing-masing secara spontan atas bahan rangsangan yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.

6.4. Peserta dikehendaki memilih nombor di dalam sampul yang disediakan di meja

ketua hakim dan menyerahkannya kepada pengerusi pertandingan.

6.5 Pengerusi pertandingan akan membaca nombor tersebut dan gambar slaid tersebut akan ditayangkan.

6.6 Masa persediaan 1 minit bermula sebaik sahaja slaid ditayangkan.

6.7 Pengerusi pertandingan akan meminta peserta memulakan cerita apabila tamat masa persedian 1 minit.

6.8 Peserta akan diminta mengambil tempat yang disediakan untuk memulakan cerita spontan.

6.9 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa bercerita.

6.10 Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa tamat. 6.11 Peserta tidak dibenarkan memulakan Cerita spontan sebelum tamatnya masa

persediaan.

6.12 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

6.13 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (1) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

6.14 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakkan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 7: 1.1 kertas konsep bercerita ms1-7

6

BERCERITA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP

7.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU

7.1 Teknik Persembahan 20 markah7.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah7.3 Penghayatan cerita 20 markah7.4 Interaksi dengan audiens 15 markah7.5 Mesej/nilai dalam cerita 05 markah7.6 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah7.7 Kawalan suara 10 markah

Jumlah 100 markah

8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

8.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah8.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah8.3 Penghayatan cerita 20 markah8.4 Interaksi dengan audiens 15 markah8.5 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah

Jumlah 100 markah

9.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA