106564050-tugasan-hbms1203-pengajaran-muzik-1-s-norhafidzah-ahmat-801025145346001-sem-mei-2012.docx
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI / 2012
HBMS1203
PENGAJARAN MUZIK 1
NO. MATRIKULASI : 801025145346001
NO. KAD PENGENALAN : 801025-14-5346
NO. TELEFON : 012-2701934
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SHAH ALAM
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
PRAKATA
Alhamdulillah dengan kehendakNya, saya dapat menyempurnakan tugasan HBMS 1203
(PENGAJARAN MUZIK 1) ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih yang
tidak terhingga saya ucapkan kepada Pensyarah Penasihat Kursus HBMS 1203 ini iaitu
En. Hafiz Ridhuan bin Md Daud yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar
kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini.
Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai, segala bahan-bahan rujukan yang
disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah tentu
tugasan saya tidak seperti ini.
Sebagai seorang pelajar yang baru, banyak perkara yang masih perlu dipelajari.
Bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus ini amat-amat saya
harapkan. Segala kelemahan yang terdapat di dalam tugasan saya ini adalah datangnya daripada
kelemahan saya. Tunjuk ajar daripada tuan sudah tentunya dapat mempertingkatkan lagi mutu
tugasan ini.
Harapan saya agar tugasan ini dapat mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua
pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripadaNya.
Sekian, terima kasih.
SITI NORHAFIDZAH BT AHMAT
801025145346001
2
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Prakata 2
2. Pengenalan 4
3. Lima sebab mengapa lagu anak ikan sesuai digunakan semasa kelas nyanyian
5-6
4. Kaedah Mengajar 7-8
5. Konsep muzik & Rancangan mengajar nyanyian tahap I 9-15
6. Analisis skor lagu 16-17
7. Corak irama alat perkusi tanpa pic (Kastenet, Kayu Tik
Tok, Tamborin)
18
8. Rumusan 19
9. Bibliografi 20
10. Lampiran 22
3
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
PENGENALAN
Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi murid-murid sekolah
rendah khususnya. Hal ini kerana, aktiviti nyanyain boleh digunakan untuk meluahkan perasaan,
memberikan hiburan serta dengan secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman belajar
yang baik sekali kepada murid-murid. Menurut Nani Menon (2008), menyatakan bahawa suara
adalah alat muzik semula jadi di mana kanak-kanak dapat menggunakannya bagi meluahkan
perasaan mereka melalui nyanyian. Pendapat ini juga turut disokong oleh Kamus Dewan Edisi
ke-4 (2007), telah menyatakan bahawa nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan
suara. Oleh itu, nyanyian dan suara merupakan dua komponen yang tidak dapat dipisahkan
seperti laut dengan pantai terutama sekali didalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
muzik. Ini kerana aktiviti nyanyian seringkali dikaitkan dengan suara. Tambahan pula, nyanyian
juga memerlukan kaedah-kaedah yang sesuai agar murid-murid dapat belajar nyanyian dengan
baik dan sekaligus memjadikan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik dengan lebih
berkesan.
Selain itu, permainan alat perkusi juga adalah penting didalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan muzik kerana alat perkusi mampu menghasilkan bunyi-bunyian yang
unik dan sekaligus menarik perhatian murid untuk belajar menggunakan alat perkusi ini.
Permainan alat perkusi memerlukan teknik dan kemahiran yang tersendiri kerana alat perkusi
dapat dikategorikan dengan pelbagai jenis seperti goncangan, ketukan, pukulan, paluan dan
sebagainya. Oleh hal yang demikian, alat perkusi ini dapat dimainkan sekali dengan aktiviti
menyanyi untuk memberi kesan yang baik serta menarik perhatian murid-murid untuk
melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Di samping itu, alat
perkusi ini juga boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu alat perkusi berpic dan tidak berpic.
Alat perkusi yang tidak berpic seperti kayu tik tok, kastenet, loceng, tamborin, kerincing, dram
getar, dram tenor dan simbal manakala, alat perkusi berpic adalah seperti glokenspiel, tone block
dan xylophone.
4
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
Lirik Lagu Anak Ikan
Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan,
Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan,
Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya,
Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya.
Marilah kitalah kita bersuka ria,
Marilah kitalah kita bersuka ria,
Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa,
Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa.
1. Lima sebab mengapa lagu Anak Ikan sesuai digunakan semasa kelas nyanyian.
Dalam tugasan ini, saya telah memilih lagu rakyat, iaitu lagu Anak Ikan sebagai salah satu
lagu yang digunakan untuk mengajar aktiviti nyanyian semasa kelas nyanyian kepada murid-
murid. Pemilihan lagu Anak Ikan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang dicadangkan dapat
memberi manfaat kepada murid-murid dan juga guru terutama sekali dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan muzik.
Pertama sekali, pemilihan lagu Anak Ikan ini adalah disebabkan oleh penggunaan perkataan
berulangan ataupun lirik yang berulangan. Misalnya, lirik lagu Anak Ikan pada baris pertama dan
baris kedua dalam rangkap pertama, perkataan yang digunakan adalah sama dan berulang-ulang.
Begitu juga dengan rangkap kedua pada lirik baris pertama dan kedua adalah sama dan berulang
juga. Jadi, murid-murid akan lebih mudah untuk belajar menyanyi dan juga mengingati lirik lagu
Anak Ikan ini kerana lirik lagunya yang sentiasa berulang-ulang.
Selain itu, lagu Anak Ikan ini mempunyai lirik lagu yang sederhana, iaitu tidak terlalu
panjang dan tidak terlalu pendek. Murid-murid akan lebih mudah menguasai nyanyian lagu Anak
5
Rangkap pertama
Rangkap kedua
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
Ikan ini kerana lirik lagunya yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Walaupun lirik
lagu ini mempunyai dua rangkap tetapi, lirik lagunya berulang-ulang yang menyebabkan lagu
Anak Ikan ini adalah mudah dan singkat apabila dinyanyikan.
Seterusnya, lagu Anak Ikan ini juga mengandungi nada yang tidak terlalu tinggi dan juga
tidak terlalu rendah. Contohnya, dalam skor lagu Anak Ikan (rujuk muka surat 18), not yang
paling tinggi ialah not C menaik dalam bar kedua manakala, not yang paling rendah ialah not C
menurun dalam bar keenam dan bar kelapan. Malah, jarak antara not ke not dalam skor lagu ini
juga adalah agak rapat serta sesuai dengan tahap suara murid-murid.
Di samping itu, pemilihan lagu Anak Ikan ini juga disebabkan oleh senikatanya yang
mempunyai unsur-unsur kegembiraan. Misalnya, senikata yang terdapat pada rangkap kedua
yang jelas menunjukkan perasaan dan emosi yang gembira, ceria dan bersuka ria. Senikata ini
bersesuaian dengan naluri murid-murid yang menyukai lagu yang berunsurkan kegembiraan dan
boleh menarik perhatian mereka untuk belajar menyanyi.
Akhir sekali, lagu Anak Ikan ini juga mengandungi mud lagu yang riang sama seperti
senikata yang telah dinyatakan dalam rangkap kedua. Mud lagu Anak Ikan ini jelas
menggambarkan perasaan murid-murid ketika menyanyikan lagu ini. Oleh yang demikian, lagu
Anak Ikan ini dicadangkan bersesuaian dengan fitrah kanak-kanak yang sentiasa inginkan
hiburan dan kegembiraan dalam diri murid-murid.
6
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
2. Kaedah mengajar
Untuk mengajar lagu Anak Ikan ini, saya akan menggunakan kaedah keseluruhan lagu.
kaedah kseluruhan lagu ini amat sesuai digunakan untuk mengajar lagu yang pendek. Oleh yang
demikian, saya memilih kaedah ini untuk mengajar lagu Anak Ikan kepada murid-murid. Antara
langkah-langkah pengajaran yang akan saya gunakan adalah seperti berikut:-
a) Langkah pertama:
Memperdengarkan lagu Anak Ikan secara keseluruhan dengan muziknya sekali. Saya
akan memainkan lagu Anak Ikan ini dengan muziknya sekali untuk beberapa kali.
Langkah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang lagu yang akan
dipelajari.
b) Langkah kedua:
Kemudian, saya akan menyanyikan lagu Anak Ikan secara keseluruhan dengan iringan
dan tanpa iringan muzik. Pertama sekali, saya akan menyanyikan lagu Anak Ikan ini
tanpa iringan muzik. Kemudian, saya akan menyanyi lagu Anak Ikan dengan iringan
muzik supaya murid-murid mengetahui tempo yang sesuai digunakan untuk
menyanyikan lagu ini.
c) Langkah ketiga:
Seterusnya, saya akan memberi bimbingan kepada murid-murid untuk membaca senikata
lagu Anak Ikan dengan sebutan yang betul. Oleh itu, saya akan sediakan satu carta lirik
lagu untuk mengajar murid-murid membaca senikata lagu Anak Ikan supaya murid-murid
lebih memahami lirik lagu itu disamping guru dapat memberikan penerangan yang jelas
berkaitan tentang lirik lagu Anak Ikan. Ini akan dapat memberikan murid-murid
penghayatan yang lebih mendalam tentang lirik lagu Anak Ikan ini nanti.
d) Langkah keempat:
Murid-murid akan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu Anak Ikan secara
‘humming’ atau sebutan vokal a, e, i, o, u berulang-ulang. Ini akan memberikan kesediaan
yang lebih kepada murid-murid terhadap nyanyian lagu Anak Ikan ini.
e) Langkah kelima:
Seterusnya, murid-murid akan menyanyi keseluruhan lagu Anak Ikan dengan iringan
muzik. Apabila murid-murid telah didedahkan dengan teknik nyanyian yang betul maka,
7
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
murid-murid akan mampu menyanyi lagu Anak Ikan ini dengan tempo yang betul serta
mennyanyi dengan penuh ekspresi.
8
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
3. Konsep muzik dan rancangan mengajar nyanyian tahap 1
Terdapat dua konsep muzik yang akan saya terapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
nyanyian lagu Anak Ikan ini nanti, iaitu konsep irama dan warna ton. Konsep irama
mengandungi aspek-aspek seperti detik, tempo, tekanan, tempoh masa dan nilai not, meter dan
corak irama. Manakala, warna ton pula ialah dihasilkan daripada pelbagai sumber bunyi seperti
suara, alat muzik, perkusi badan, bahan improvisasi dan bunyi alam sekitar. Tetapi, untuk konsep
irama saya akan tekankan dengan aspek tempo cepat dan lambat manakala, warna ton pula saya
akan fokuskan dengan suara lelaki dan suara perempuan. Rancangan pengajaran nyanyian lagu
Anak Ikan bagi murid-murid Tahun 1 adalah seperti di bawah ini:-
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik Tahap 1 Tahun 1
Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
Tahun Satu (1)
Tarikh 12 Julai 2012
Hari Khamis
Masa 30 minit (8.00 – 8.30 pagi)
Fokus Pengalaman Muzikal :- suara perempuan dan lelaki
Apresiasi Muzik:- tempo cepat dan lambat
Standard Kandungan
Pengalaman Muzikal
1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan
Apresiasi Muzik
3.1 Menghayati muzik daripada repertoir
Standard Pembelajaran Pengalaman Muzikal
1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul
(suara lelaki dan perempuan)
Apresiasi Muzik
9
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada
muzik yang didengar (tempo cepat dan lambat)
Objektif Pengajaran
Pada akhir pengajaran murid dapat:
1. Menyanyi lagu Anak Ikan mengikut tempo.
2. Menghasilkan suara lelaki atau suara perempuan mengikut
kad gambar orang lelaki atau orang perempuan yang
ditunjukkan dengan betul.
Pengalaman Sedia Ada Murid pernah menyanyi lagu rakyat atau lagu kanak-kanak
Bahan Bantu Mengajar Carta lirik lagu, kad gambar, CD lagu Anak Ikan
Penerapan Nilai Berdisiplin - mendengar arahan
Kemahiran BerfikirMembezakan tempo cepat dan lambat, membezakan suara lelaki
dan perempuan
EMK (Elemen Merentas
Kurikulum)
Kreativiti
Menyanyi dengan mengubah tempo secara kreatif
Masa/Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Strategi
P&P/ABM/Nilai
Set Induksi
(5 minit)
- Tempo cepat dan
lambat
- Suara perempuan
dan suara lelaki
1. Guru menunjukkan kad
gambar kereta api sedang
bergerak kepada murid-
murid.
2. Guru meminta murid-murid
membunyikan kereta api
yang sedang bergerak.
3. Guru menunjukkan kad
gambar kereta lumba kepada
murid-murid.
4. Murid-murid membunyikan
bunyi kereta lumba kepada
Kad gambar
kereta api
Kad gambar
kereta
10
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
guru.
5. Guru meminta murid
perempuan membunyikan
kereta api manakala, murid
lelaki membunyikan kereta
lumba secara bergilir-gilir
mengikut arahan guru.
6. Guru menyoal murid-murid
dengan soalan berikut:
Apakah perbezaan antara
kereta lumba dan kereta api
apabila bergerak?
Andaian jawapan: kereta
api bergerak lambat. Kereta
lumba bergerak laju.
Kemahiran
berfikir:
membanding
beza
Langkah 1
(10 minit)
Menyanyi mengikut
tempo
Lirik lagu Anak
Ikan
Anaklah ikanlah
ikan dimakan ikan
(2x)
Ikanlah kecil
tulangnya banyak
tulangnya (2x)
Marilah kitalah kita
bersuka ria (2x)
Sambil menyanyi
menyanyi gelak
1. Guru memainkan lagu Anak
Ikan kepada murid-murid
dengan menggunakan CD
lagu untuk beberapa kali.
2. Kemudian, guru
menampalkan carta lirik
lagu Anak Ikan di atas
papan putih.
3. Guru membmbing murid-
murid membaca lirik lagu
Anak Ikan kepada murid-
murid.
4. Guru menyanyikan lagu
Anak Ikan mengikut tempo
yang betul berdasarkan carta
CD lagu Anak Ikan
Carta lirik lagu
Anak Ikan
11
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
ketawa (2x) lagu yang telah dipamerkan.
5. Murid-murid mengikut guru
menyanyi dengan tempo
yang betul lagu Anak Ikan.
6. Seterusnya, guru meminta
murid menyanyikan lagu
Anak Ikan mengikut kad
gambar yang ditunjukkan.
Misalnya, guru
menunjukkan kad gambar
kereta api maka, murid-
murid menyanyikan lagu
Anak Ikan dengan perlahan.
Sekiranya guru
menunjukkan kad gambar
kereta lumba maka, murid-
murid dikehendaki
menyanyikan lagu Anak
Ikan dengan tempo yang
cepat.
7. Langkah 5 diulang untuk
beberapa kali mengikut
arahan guru.
Kad gambar kereta
api
Kad gambar kereta
lumba
Langkah 2
(5 minit)
Menyanyi dengan
suara lelaki dan
perempuan
1. Guru membahagikan murid-
murid kepada dua
kumpulan, iaitu kumpulan
lelaki dan kumpulan
perempuan.
2. Guru meminta murid-murid
menyanyikan lagu Anak
Kad gambar
perempuan
12
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
Ikan mengikut kumpulan
lelaki dan perempuan
dengan menggunakan kad
gambar jantina berlainan.
Misalnya, guru
menunjukkan kad gambar
perempuan maka, kumpulan
perempuan yang akan
menyanyi lagu Anak Ikan
mengikut arahan guru.
3. Guru menunjukkan lirik
lagu ketika murid-murid
menyanyi sambil
menunjukkan kad gambar
jantina berlainan mengikut
arahan guru.
4. Suara murid perempuan dan
murid lelaki menyanyi akan
bergilir-gilir kerana
mengikut kad gambar
jantina yang ditunjukkan
oleh guru.
5. Langkah 3 diulang untuk
beberapa kali.
Kad gambar
lelaki
Carta lirik lagu
Anak Ikan
Langkah 3
(8 minit)
Menyanyi mengikut
tempo
menggunakan suara
lelaki dan
perempuan
1. Murid-murid dibahagikan
kepada dua kumpulan, iaitu
kumpulan murid perempuan
dan kumpulan murid lelaki.
2. Guru meminta murid-murid
menyanyikan sekali lagi Kad gambar
13
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
lagu Anak Ikan mengikut
tempo dan kumpulan yang
telah ditetapkan berdasarkan
kad gambar kereta api dan
gambar kereta lumba yang
telah ditunjukkan pada set
induksi tadi.
3. Kemudian, setelah memilih
tempo yang akan
dinyanyikan, guru juga akan
memilih kumpulan yang
akan menyanyikan lagu
Anak Ikan berdasarkan
tempo yang telah diberikan.
Contohnya, guru
mempamerkan kad gambar
kereta api sambil
menunjukkan jari ke arah
kumpulan perempuan maka,
kumpulan perempuan akan
menyanyi lagu Anak Ikan
dengan tempo yang
perlahan.
4. Langkah ini akan diulang
mengikut arahan guru.
lelaki dan kad
gambar
perempuan
Penutup
(2 minit)
Rumusan aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran
1. Guru membuat
perbincangan bersama
dengan murid-murid tentang
perbezaan tempo yang telah
dipelajari dan perbezaan
14
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
suara lelaki dan perempuan
melalui nyanyian yang telah
dilaksanakan.
2. Guru menekankan sekali
lagi nilai berdisiplin yang
perlu diikuti ketika
membuat aktiviti nyanyian.
15
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
Skor Lagu Anak Ikan
4. Analisis skor lagu Anak Ikan
Berdasarkan kepada skor lagu Anak Ikan yang ditunjukkan di atas, nada lagu yang digunakan
ialah C major manakala, meter yang terdapat pada skor ini pula ialah 4/4. Lagu Anak Ikan ini
mempunyai 9 bar. Nilai semua not yang ada dalam satu bar ialah 4 kerana meter yang digunakan
adalah 4/4. Pic yang paling tinggi digunakan pada skor lagu ini ialah pic C. Not mendatar dalam
skor lagu ini dapat dikesan pada bar ke-1, ke-2 dan bar ke-5. Kebanyakan not yang digunakan
adalah sama seperti not yang terdapat pada bar pertama, kedua dan bar kelima menyebabkan not-
notnya adalah mendatar. Bagi penggunaan kord dalam skor lagu Anak Ikan ini menggunakan
kord C major yang mengandungi not (C, E, G) dan kord G7 pula ialah not (G, B, D). Kedudukan
kord C major pada papan kibod adalah seperti pada rajah 1 manakala kedudukan kord G7 pada
papan kibod ditunjukkan pada rajah 2 di bawah ini:-
16Rajah 1
C E G
Kedudukan kord C major (C, E, G)
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
17
Kedudukan kord G7 (G, B, D)
G BD
Rajah 2
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
5. Corak irama alat perkusi (kastenet, kayu tik tok, tamborin) lagu Anak Ikan
Anak Ikan
18
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
RUMUSAN
Kesimpulannya, mata pelajaran pendidikan muzik ini amat penting sekali untuk diajarkan
kepada murid-murid walaupun mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran elektif sahaja di
sekolah rendah terutamanya kerana proses pembelajaran banyak berlaku ketika aktiviti
pendidikan muzik dijalankan khususnya aktiviti yang melibatkan nyanyian dan permainan alat
perkusi. Hal ini disebabkan oleh nyanyian dapat menarik perhatian murid-murid untuk belajar di
samping dapat menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsungnya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pendidikan muzik.
Oleh itu, guru hendaklah bijak dalam memilih kaedah-kaedah pengajaran untuk mengajar
pendidikan muzik kerana mata pelajaran ini juga mampu meningkatkan tahap kognitif,
psikomotor dan afektif murid-murid tanpa kita sedari. Selain itu, pemilihan lagu juga
mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik kerana lagu
dapat menarik perhatian murid, menghiburkan hati murid dan menjadi wadah kepada murid-
murid untuk meluahkan perasaan mereka. Jadi, guru hendaklah sentiasa bergerak ke hadapan
untuk mengubah cara pengajaran dan pembelajaran mengikut keinginan murid-murid demi untuk
bangsa dan negara pada masa akan datang.
( 2242 patah perkataan )
19
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
BIBLIOGRAFI
Mohd. Azam Sulong. (2008). HBMS2603 Perkembangan Apresiasi dalam Nyanyian Kanak-kanak Prasekolah. Kuala Lumpur: Open University.
Nani Menon. (2008). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Open University. (2011). HBMS1203 Pengajaran Muzik 1. Kuala Lumpur: Open University.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Siri Nyanyian & Aktiviti Muzik Tahun 2. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Siri Nyanyian & Aktiviti Muzik Tahun 3. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dunia Muzik Tahun 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
20
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
LAMPIRAN
21
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
Anak Ikan
22
HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)
23