104833213 isu dan cabaran terhadap guru berkaitan dengan

32
ISU DAN CABARAN TERHADAP GURU BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL KHAIRUDDIN BIN NISA M20101000240 PENSYARAH : PROF. MADYA DATO’ DR. ABD RAHMAN BIN DAUD2 1. Pengenalan Teknologi instruksional pada masa kini sangat mempengaruhi sistem pendidikan negara. Atas kepentingan ini maka isu dan cabaran terhadap guru yang berkaitan teknologi instruksional wajar diperbincangkan dengan teliti. Terdapat enam isu yang akan dihuraikan. Isu pertama, bahan pengajaran menggunakan teknologi instruksional dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Isu kedua, tahap pengetahuan guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Isu ketiga, sikap positif guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Isu keempat, kelengkapan kemudahan komputer di sekolah dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Isu kelima, sokongan pentadbir sekolah dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional dan isu yang keenam penggunaan teknologi instruksional pada masa depan. Berdasarkan perbincangan enam isu ini akan diperoleh pula enam cabaran

Upload: ratha-shegar

Post on 21-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

ISU DAN CABARAN TERHADAP GURU BERKAITAN DENGAN

TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

KHAIRUDDIN BIN NISA

M20101000240

PENSYARAH :

PROF. MADYA DATO’ DR. ABD RAHMAN BIN DAUD2

1. Pengenalan

Teknologi instruksional pada masa kini sangat mempengaruhi sistem

pendidikan negara. Atas kepentingan ini maka isu dan cabaran terhadap guru yang

berkaitan teknologi instruksional wajar diperbincangkan dengan teliti. Terdapat enam

isu yang akan dihuraikan. Isu pertama, bahan pengajaran menggunakan teknologi

instruksional dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Isu kedua, tahap

pengetahuan guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Isu

ketiga, sikap positif guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional.

Isu keempat, kelengkapan kemudahan komputer di sekolah dapat meningkatkan

penggunaan teknologi instruksional. Isu kelima, sokongan pentadbir sekolah dapat

meningkatkan penggunaan teknologi instruksional dan isu yang keenam

penggunaan teknologi instruksional pada masa depan.

Berdasarkan perbincangan enam isu ini akan diperoleh pula enam cabaran

utama bagi meningkatkan penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru.

Cabaran pertama, menggalakkan guru menghasilkan bahan pengajaran berasaskan

teknologi instruksional. Cabaran kedua, meningkatkan tahap pengetahuan teknologi

instruksional di kalangan guru. Cabaran ketiga, meningkatkan sikap positif di

kalangan guru bagi menggunakan teknologi instruksional. Cabaran keempat,

kelengkapan dan kemudahan di sekolah akan meningkatkan penggunaan teknologi

Page 2: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

instruksional di kalangan guru. Cabaran kelima, peranan pentadbir dalam

menggalakkan guru menggunakan teknologi intruksional dan cabaran keenam,

persediaan guru menghadapi gelombang teknologi instruksional pada masa depan.

Sebelum isu dan cabaran diperbincangkan dengan lebih lanjut, isu berkaitan

sejarah, definisi dan perhubungan antara teknologi instruksional dengan teori-teori

pembelajaran harus difahami terlebih dahulu agar isu dan cabaran teknologi

instruksional yang akan dikupas nanti menjadi lebih jelas.

2. Sejarah dan Definisi Teknologi Instruksional

Rekabentuk instruksional mula wujud semasa meletusnya perang dunia ke-2,

apabila golongan psikologi membuat kajian dan penyelidikan kaedah yang akan

digunakan bagi latihan perkhidmatan ketenteraan. Selepas tamat perang, program 3

latihan ini diteruskan oleh ahli psikologi untuk menyelesaikan masalah instruksional

dibidang pendidikan seperti Institut American (Reiser, 2001, p. 58). Kegunaan

rekabentuk instruksional terus berkembang di dalam bidang pendidikan sehingga

kini. Dalam bidang pendidikan, rekabentuk teknologi instruksional boleh didefinisikan

sebagai strategi, kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan dengan

tujuan untuk memudahkan pelajar menguasai objektif yang dikehendaki ( Molenda,

Reigeluth, & Nelson, 2003; Yusup Hashim, 2006).

3. Teknologi Instruksional dan Teori-Teori Pembelajaran

Setiap teknologi instruksional akan dipengaruhi dengan pelbagai teori-teori

pembelajaran, seperti teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan

konstruktivisme. Menurut Schuman (1996), teori pembelajaran behaviorisme

bermaksud perubahan tingkah laku yang telah dilatih berkali-kali supaya tingkah laku

tersebut boleh berlaku secara refleksi. Teori pembelajaran kognitivisme pula

menganggap pencapaian berlaku apabila penambahan ilmu pengetahuan dapat

Page 3: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

mengubah minda seseorang yang juga akan mengubah tingkah lakunya. Manakala

teori pembelajaran konstruktivisme pula ialah perubahan yang berlaku melalui

pengalaman individu dan memfokuskan kemahiran menyelesaikan pelbagai

masalah.

Menurut Mergel (1998), terdapat beberapa contoh penggunaan teori

pembelajaran behaviorisme ini di dalam rekabentuk instruksional, seperti yang

digunakan dalam latihan ketenteraan dan industri. Rekabentuk instruksional bagi

latihan ketenteraan dan industri ini akan membahagikan tingkah laku kepada

beberapa bahagian utama supaya setiap masalah dapat diatasi dengan tersusun

dan berkesan. Contohnya Gagne’s dan Brigg’s model telah membahagikan set

latihan kepada lima bahagian utama iaitu (1) tindakan, (2) objektif, (3) situasi, (4)

alatan dan kekangan, dan (5) kebolehan untuk belajar. Rekabentuk instruksional

yang bersandarkan kepada teori pembelajaran berasaskan konitif pula ialah program

SHOLAR yang akan mengajar pelajar tentang geografi Amerika Selatan

menggunakan kaedah Socratic dan progarm LOGO yang dapat membantu kanakkanak mempelajari komputer. Manakala contoh rekabentuk instruksional yang

dipengaruhi oleh teori pembelajaran konstruktivisme ialah program komputer yang 4

mempunyai hypermedia, dimana akan membolehkan penerokaan maklumat melalui

pengalaman berlaku.

4. Isu Terhadap Guru Berkaitan Teknologi Instruksional

4.1 Isu Pertama : Bahan Pengajaran Menggunakan Teknologi Instruksional Dapat

Meningkatkan Pencapaian Pelajar

Terdapat tiga bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan

teknologi instruksional akan diketengahkan di dalam penulisan ini. Setiap bahan

atau koswer pengajaran dan pembelajaran ini telah dibuktikan melalui kajian dapat

meningkatkan pencapaian pelajar berbanding kaedah tradisional.

Page 4: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

Bahan pertama dihasilkan oleh Habibah Hj. Lateh dan Arumugam Raman,

yang mengkaji koswer “Web-Based Map Reading In Geography”. Kajian ini telah

dilaksanakan pada Disember 2005. Tujuan utama kajian “Web-Based Map Reading

In Geography” adalah untuk mengkaji sama ada penggunaan peta interaktif dapat

meningkatkan pencapaian pelajar dari segi membaca peta, mentafsir peta dan

memahami konsep geografi berbanding menggunakan peta statik. Terdapat dua

kumpulan yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 telah dibentuk dalam kajian ini,

iaitu kumpulan eksperimen yang akan menggunakan kaedah peta interaktif dalam

mempelajari kemahiran peta manakala kumpulan kawalan pula akan menggunakan

kaedah peta statik. Peta Interaktif ini berupaya memfokuskan kawasan yang

dikehendaki, mampu mengubah hamparan peta secara topografi, tumbuhtumbuhan, sempadan dan dapat mencetak peta. Manakala peta statik hanya mampu

memaparkan satu imej sahaja (Habibah dan Arumugam, 2005, pp. 404-407).

Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan kumpulan eksperimen yang

menggunakan peta interaktif menguasai dari segi latihan berbentuk animasi

berbanding kumpulan kawalan yang menggunakan peta statik dari segi kemahiran

membaca peta dengan min 2.55 berbanding kumpulan kawalan yang mendapat min

1.95 dan dari segi mentafsir peta, kumpulan eksperimen mendapat min 7.77

berbanding kumpulan kawalan hanya mendapat min 6.35 (Habibah dan Arumugam,

2005, p. 408).5

Bahan kedua dihasilkan oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok

Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti

Teknologi Malaysia pada tahun 2006. Kajian ini dilaksanakan ke atas pelajar

Tingkatan 6 yang mengambil Matematik S. Pengkaji cuba membuat perbandingan

antara dua kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pertama mempelajari

Matematik S melalui “Goal Programming” menggunakan multimedia interaktif (IMM).

Page 5: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

Kaedah kedua pula mempelajari matematik s melalui “Goal Programming” melalui

kaedah tradisional (Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong,

Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2006, pp. 85-88).

Dapatan soal selidik yang menggunakan skala Likert mendapati kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan mendapat min yang tinggi dari segi minat untuk

belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif dengan min 3.28

berbanding menggunakan buku teks dengan min 2.45. Pelajar juga menganggap

belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif lebih berkesan dengan min

3.73 berbanding menggunakan buku teks dengan min 2.33 sahaja (Baharuddin et

al., 2006, pp. 89-94).

Bahan ketiga dihasilkan oleh Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Tengku Mohd Tengku

Sembok dan Wong Su Luan dari Universiti Putra Malaysia dan Universiti

Kebangsaan Malaysia yang mengkaji keberkesanan pembelajaran kalkulus

menggunakan koswer “Mastering Calculus Computer Courseware” (MACCC)

berbanding kaedah tradisional. Kajian ini telah dijalankan pada tahun 2008 dengan

melibatkan pelajar diploma. Pembina koswer MACCC telah mengkategorikan

koswer ini berasaskan pembelajaran masteri kerana berupaya menjadikan pelajar

menguasai (masteri) dalam topik yang belum dipelajarinya dengan berkesan. Sila

rujuk rajah 1 di bawah, bagi melihat Rajah Aliran Modul MACCC.

Rajah 1 : Rajah Aliran Modul MACCC

(Sumber : Ahmad Fauzi, Tengku Mohd dan Wong, 2008, p. 6)

MACCC

Module

Introduction

module

Page 6: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

Diagnostic

module

Reinforcement module

Objective Explanation Examples Evaluation

Enrichment

module

Games6

Hasil dapatan kajian ini mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan

koswer MACCC mendapat nilai min yang lebih tinggi iaitu 57.74 berbanding

pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah tradisional dengan hanya mendapat

min 30.64. Penggunaan koswer MACCC yang lebih mengutamakan pembelajaran

masteri iaitu melibatkan ekplorasi pelajar seperti bermain sambil belajar telah

menyebabkan penggunaan koswer MACCC mencapai keputusan jauh lebih baik

berbanding kaedah tradisional. Selain itu juga koswer MACCC mempunyai modul

bagi membuat diagnostik terhadap pelajar. Kebolehan pelajar akan dianalisis

dengan cepat berbanding diagnostik cara tradisional yang akan mengambil masa

yang lama. Malahan apabila kelemahan pelajar telah dikesan, koswer ini akan

menentukan pelajar membuat latihan pengukuhan di modul pengukuhan. Apabila

pencapaian pelajar semakin meningkat, pelajar boleh ke bahagian modul pengayaan

dalam bentuk permainan atau “games” (Ahmad Fauzi, Tengku Mohd dan Wong,

2008, pp. 1-8). Contoh “print screen” MACCC boleh dilihat pada lampiran 1.

Dapatan kajian daripada tiga bahan yang berasaskan teknologi instruksional

ini jelas dapat membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer dapat meningkatkan pencapaian pelajar berbanding cara pembelajaran

kaedah tradisonal.

Page 7: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

4.2 Isu Kedua : Tahap Pengetahuan Guru Dapat Meningkatkan Penggunaan

Teknologi Instruksional

Tahap pengetahuan guru sememangnya boleh mempengaruhi penggunaan

teknologi instruksional. Buktinya satu kajian kes telah dijalankan oleh Abdul Wahab

Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa daripada Universiti Sains

Malaysia pada tahun 2006. Tujuan utama kajian ini bagi mengkaji penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah

yang melibatkan seramai 184 guru-guru di Pulau Pinang (Abdul Wahab, Kamaliah

dan Hasrina, 2006, pp. 203-204).

Dapatan daripada kajian ini mendapati terdapat perhubungan yang signifikan

antara pengetahuan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran di mana nilai r = 0.534 dan p = 0.001 (Abdul wahab et al., 2006, p.

218). Melalui keputusan ini dapatlah disimpulkan bahawa semakin meningkat ilmu 7

pengetahuan komputer guru, akan meningkatkan juga penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran guru.

Bukti berikutnya melalui jurnal yang dihasilkan oleh Habibah Lateh dan

Vasugiammai Muniandy dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2011 berkenaan

cabaran dan potensi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pendidikan di Malaysia.

Mereka telah menganalisis dua puluh artikel iaitu, melibatkan sepuluh artikel dari

dalam negara dan sepuluh artikel dari luar negara. Dua puluh artikel ini dianalisis

secara SWOT iaitu dilihat dari sudut kekuatan, peluang, kelemahan dan ancaman.

Dapatan melalui analisis secara SWOT ini mendapati kekuatan penggunaan GIS

dipengaruhi oleh pengetahuan komputer yang tinggi di kalangan guru dan

kelemahan penggunaan GIS pula adalah berpunca kurang pengetahuan GIS di

kalangan guru (Habibah dan Vasugiammai, 2011, pp. 42-50).

Page 8: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

Melalui dua kajian ini telah dapat menjelaskan bahawa peningkatan

penggunaan teknologi instruksional sangat bergantung kepada tahap ilmu

pengetahuan yang dimiliki guru.

4.3 Isu Ketiga : Sikap Positif Guru Dapat Meningkatkan Penggunaan Teknologi

Instruksional

Melalui isu ketiga ini akan melihat sejauh manakah sikap positif guru dapat

meningkatkan penggunaan teknologi intruksional dalam proses pembelajaran dan

pengajaran. Bukti akan diambil dari kajian yang oleh Abdul Wahab Ismail Gani,

Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa ke atas 184 guru di Pulau Pinang. Hasil

kajian ini mendapati terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap dan

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.4333

dan p = 0.0001. Maka dapatlah disimpulkan di sini sikap positif guru dapat

meningkatkan penggunaan teknologi instruksional dalam pengajaran dan

pembelajaran (Abdul wahab et al., 2006, p. 218).

4.4 Isu Keempat : Kelengkapan Kemudahan Komputer Di Sekolah Dapat

Meningkatkan Penggunaan Teknologi Instruksional

Berdasarkan jurnal yang dibuat oleh Habibah Lateh dan Vasugiammai

Muniandy mengenai cabaran dan potensi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam 8

pendidikan di Malaysia telah mendapati kekuatan bagi menggalakkan penggunaan

GIS di sekolah sangat dipengaruhi oleh kemudahan makmal komputer yang

lengkap, bilangan komputer yang semakin meningkat di sekolah-sekolah dan

teknologi VSAT iaitu kemudahan internet di kawasan pendalaman (Habibah dan

Vasugiammai, 2011, p. 50).

Manakala kajian yang dibuat oleh Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj.

Siarap dan Hasrina Mustafa ke atas 184 guru di Pulau Pinang juga mendapati faktor

Page 9: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

utama yang mendorong guru tidak menggunakan komputer ialah disebabkan oleh

faktor kemudahan yang tidak mencukupi dengan mendapat peratus tertinggi

sebanyak 28.6% berbanding faktor-faktor lain (Abdul wahab et al., 2006, p. 215).

Hasil daripada maklumat ini maka dapatlah dirumuskan bahawa kemudahan

teknologi seperti makmal komputer, bilangan komputer, internet dan LCD yang ada

di sekolah sangat mempengaruhi aras penggunaan teknologi instruksional di

kalangan guru.

4.5 Isu Kelima : Sokongan Pentadbir Sekolah Dapat Meningkatkan Penggunaan

Teknologi Instruksional

Perbincangan seterusnya ialah untuk melihat pengaruh sokongan pentadbir

sekolah dalam meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Berdasarkan

kajian oleh Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa ke

atas 184 guru di Pulau Pinang juga mendapati terdapat perhubungan yang signifikan

antara sokongan organisasi dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran, di mana nilai r = 0.463 dan p = 0.001. Melalui keputusan ini dapat

disimpulkan bahawa melalui sokongan positif daripada pihak pentadbir dapat

meningkatkan penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru-guru lain (Abdul

wahab et al., 2006, p. 215).

Malahan berdasarkan jurnal yang dibuat oleh Habibah Lateh dan

Vasugiammai Muniandy juga mendapati bahawa peluang bagi meningkatkan

penggunaan GIS di sekolah sangat dipengaruhi oleh sokongan pentadbir sekolah

pendalaman (Habibah dan Vasugiammai, 2011, p. 50). Jelasnya di sini, sokongan

pentadbir sekolah amat berpengaruh dalam menjayakan penggunaan teknologi

instruksional di sekolah.9

4.6 Isu Keenam : Penggunaan Teknologi Instruksional Pada Masa Depan

Page 10: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

Pada masa akan datang teknologi instruksional akan mendominasi bukan

sahaja bidang pendidikan, malahan akan turut mempengaruhi sektor perdagangan

dan industri. Perubahan dunia yang mahukan segalanya cepat dan mudah sangat

memerlukan penggunaan teknologi instruksional yang efisien. Malahan menurut

Merrill dan Wilson (2007, p. 336) di universiti tempatnya bekerja mengambil profesor

kimia bukan berdasarkan pengalamannya bekerja atau ilmu pedagogi yang

dimilikinya tetapi sebaliknya mengambil profesor kimia itu berkerja berdasarkan

bagaimana cara mengajar dan mereka bentuk teknologi instruksional tentang apa

yang hendak diajar.

Satu perbandingan dapat dibuat di sini, manakah yang lebih penting pedagogi

atau teknologi instruksional? Mungkin di Malaysia jawapannya pedagogi lebih

penting. Tetapi negara maju telah mula menganggap bahawa teknologi instruksional

lebih penting. Satu lagi contoh yang dapat menunjukkan bahawa teknologi

instruksional menjadi lebih penting berbanding pedagogi ialah melalui telefon bimbit.

Adakah syarikat telefon bimbit mengambil kira pedagogi supaya pelanggannya

memahami penggunaan telefon bimbitnya atau lebih mengutamakan kaedah

teknologi instruksional supaya pelanggannya dapat memahami penggunaan telefon

bimbit dengan lebih cepat? Malahan jika benar teknologi instruksional menjadi lebih

penting berbanding pedagogi, maka pada masa akan datang peranan guru lebih

kepada menghasilkan bahan teknologi instruksional berbanding mengajar di kelas.

Teknologi instruksional pada masa depan juga akan dipengaruhi oleh

permainan “games” dan simulasi. Keadaan ini dibuktikan dengan perkembangannya

perniagaan yang melibatkan permainan atau “games” ini sejak dua puluh tahun yang

lalu (Merrill dan Wilson, 2007, p. 345). Maksudnya pada masa depan teknologi

instruksional yang melibatkan permainan dan simulasi akan menjadi lebih utama

Page 11: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

berbanding teknologi instruksional yang berunsurkan kognitif atau kuiz. Terdapat

juga kajian yang dilakukan oleh Yu Tzu Chiang, Dr. Sunny S.J. Lin, Chao Yang

Cheng dan Dr. Eric Zhi Feng Liu dari National Chiao Tung Universiti dan National

Central Universiti telah dapat membuktikan bahawa melalui permainan atau “games”

sama ada permainan yang berunsurkan keganasan atau permainan yang tidak

melibatkan keganasan tetap akan mendapat pengalaman terus yang akan memberi

kesan positif dari segi pemahaman pemain (Yu, Lin, Chao, dan Zhi, 2011, p. 112). 10

Melalui kelebihan pengalaman terus ini akan memberi kesan positif terhadap

psikologi pelajar dan secara tidak langsung pelajar dapat menguasai topik dengan

lebih baik dan lebih berkesan.

Teknologi instruksional pada masa depan juga akan menjadi lebih saintifik.

Menurut Merrill dan Wilson (2007, p. 338) Teknologi instruksional akan menjadi lebih

saintifik kerana melibatkan kajian, teori dan hipotesis. Melalui pendapat ini dapat

dibuat andaian bahawa guru-guru pada masa depan bukan sahaja perlu

menghasilkan bahan pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi

instruksional, malahan bahan tersebut perlu dibuat kajian saintifik supaya dapat

dibuktikan keberkesanannya.

5. Cabaran Bagi Meningkatkan Penggunaan Teknologi Instruksional Di

Kalangan Guru.

Cabaran ini akan diperbincangkan berdasarkan enam isu utama yang telah

dihuraikan. Mudahnya setiap isu yang dikaji ini mempunyai cabarannya yang

tersendiri dan jika setiap cabaran di dalam isu ini dapat ditangani dan diuruskan

dengan baik, maka akan meningkatkan pula penggunaan teknologi instruksional di

kalangan guru.

5.1 Cabaran Pertama : Menggalakkan Guru Menghasilkan Bahan Pengajaran

Page 12: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

Berasaskan Teknologi Instruksional

Melalui isu pertama yang dibincangkan telah dapat dibuktikan bahawa

penggunaan teknologi instruksional di dalam proses pembelajaran dan pengajaran

dapat meningkatkan pencapaian pelajar berbanding menggunakan kaedah

tradisional. Cabaranya pula ialah apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi

menggalakkan guru menghasilkan bahan pengajaran berasaskan teknologi

instruksional? Terdapat dua langkah yang dicadangkan bagi meningkatkan

penghasilan bahan pengajaran berasaskan teknologi instruksional ini.

Cadangan pertama, membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan

pengajaran teknologi instruksional terbaik di peringkat daerah, negeri dan

kebangsaan. Melalui pemilihan ini setiap sekolah perlu menghantar satu bahan 11

pengajaran atau koswer yang berasaskan teknologi intrusksional bagi pemilihan di

peringkat daerah. Bahan pengajaran yang terbaik akan dipertandingkan diperingkat

negeri dan seterusnya di peringkat kebangsaan. Sepuluh bahan terbaik diperingkat

kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan diseluruh negara.

Cadangan kedua, memberi guru modal khas dan masa bagi menjalankan

kajian bahan yang telah terpilih diperingkat kebangsaan. Contohnya pihak

kementerian memilih dua bahan terbaik untuk dikaji secara lebih mendalam dan

terancang dari segi hasil dapatan kajian. Kajian yang telah dibuktikan melalui ujian

terperinci berkemungkinan boleh menjadi sumber asas bahan pengajaran untuk

guru-guru lain dan berkemungkinan dapat menjimatkan kos kementerian pelajaran

jika didapati koswer yang berasaskan teknologi instruksional tersebut telah terbukti

dapat menggantikan buku teks.

5.2 Cabaran Kedua : Meningkatkan Tahap Pengetahuan Teknologi Instruksional Di

Kalangan Guru

Page 13: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

Hasil dapatan daripada isu yang kedua, jelas menunjukkan peningkatan ilmu

pengetahuan guru tentang komputer juga akan meningkatkan penggunaan teknologi

instruksional di kalangan guru. Cabaran bagi isu ini ialah bagaimana untuk

meningkatkan tahap pengetahuan guru dalam bidang komputer? Saya

mencadangkan dua langkah bagi menjawab persoalan ini.

Langkah pertama ialah mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua

atau tiga kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras. Tujuan utamanya supaya

setiap bakal guru mempunyai kepakaran ilmu yang khusus dalam bidang komputer

sebagai persediaan menjadi guru. Contoh kursus komputer yang boleh

diketengahkan di universiti seperti multimedia, animasi, pengaturcaraan permainan

komputer, dan sistem maklumat geografi (GIS)

Langkah kedua pula dengan mengutamakan kursus latihan dalam

perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi instruksional. Melalui kursus ini

guru-guru di sekolah boleh mempelajari program-program tertentu yang bertujuan

untuk menghasilkan bahan pengajaran. Antara contoh program yang boleh dipelajari

guru dalam menghasilkan bahan pengajaran seperti Flash dan Dreamweaver.

Tambahan ilmu pengetahuan ini akan menjana semangat guru menggunakan

teknologi instruksional.12

5.3 Cabaran Ketiga : Meningkatkan Sikap Positif Di Kalangan Guru Bagi

Menggunakan Teknologi Instruksional

Sikap yang positif di kalangan guru juga telah dibuktikan dapat meningkatkan

penggunaan teknologi instruksional di dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Cabaran di sini ialah bagaimana dapat mewujudkan sikap positif di kalangan guru

ini? Sikap positif di kalangan guru tentang keperluan penggunaan teknologi

instruksional ini perlulah dibentuk untuk jangka panjang dan bukannya dalam bentuk

Page 14: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

jangka pendek. Sikap positif jangka panjang ini dapat dibentuk jika guru tersebut

mempunyai mempunyai motivasi intrinsik iaitu motivasi yang terbit dari dalam diri

dan bukannya motivasi ekstrinsik iaitu contohnya seseorang itu bermotivasi kerana

faktor luaran seperti mendapat anugerah atau kenaikan gaji (Ryan dan Deci, 2000,

pp. 54-67). Contohnya guru tersebut bermotivasi apabila mendapat anugerah kerana

berjaya menghasilkan bahan pengajaran berasaskan teknologi yang menarik.

Pada pandangan saya sikap positif jangka panjang guru ini hanya dapat

dibentuk jika guru tersebut mempunyai motivasi intrinsik. Persoalannya di sini

bagaimana untuk membentuk sikap positif jangka panjang hasil daripada motivasi

intrinsik? Cadangan saya bagi mewujudkan sikap positif jangka panjang guru

terhadap teknologi instruksional ini dengan menyedarkan guru-guru tersebut betapa

pentingnya penggunaan teknologi ini dengan menerangkan atau lebih baik membuat

lawatan ke sekolah-sekolah malahan ke negara-negara yang telah berjaya

melaksanakan teknologi instruksional ini.

5.4 Cabaran Keempat : Kelengkapan dan Kemudahan Di Sekolah Akan

Meningkatkan Penggunaan Teknologi Instruksional

Di Kalangan Guru

Juga telah dibuktikan melalui isu yang keempat bahawa kelengkapan dan

kemudahan di sekolah akan meningkatkan penggunaan teknologi instruksional di

kalangan guru. Cabarannya ialah bagaimana untuk melengkapkan kemudahan

komputer yang terkini di sekolah? Kementerian pelajaran sebenarnya telah pun

menyediakan keperluan-keperluan asas ini di setiap sekolah seperti membina

makmal komputer, membekalkan komputer, LCD, kemudahan internet dan koswerkoswer yang mengaplikasikan teknologi instruksional. Perkara yang menjadi 13

masalah di sini ialah kelengkapan dan dari segi komputer dan peralatan terkini atau

membaik pulih komputer yang rosak. Bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah

Page 15: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

hendaklah mempunyai inisiatif dengan mendapatkan bantuan daripada pihak PIBG

atau pun membuat hari tertentu, seperti hari kantin dan jogathon bagi mendapatkan

dana bagi melengkapkan sekolah dengan kemudahan teknologi yang terkini.

Guru sendiri juga hendaklah mempunyai peranan dan rasa bertanggungjawab

untuk menyediakan keperluan ini tanpa menunggu bantuan daripada pihak lain.

Contohnya membeli sendiri komputer riba dan menggunakannya di dalam proses

pembelajaran dan pengajaran.

5.5 Cabaran Kelima : Peranan Pentadbir Dalam Menggalakkan Guru

Menggunakan Teknologi Intruksional.

Memang tidak dapat dinafikan peranan pentadbir dalam menggalakkan guru

menggunakan teknologi intruksional ini. Perkara ini juga telah dibuktikan melalui

perbincangan isu yang kelima. Cabarannya ialah apakah peranan pentadbir yang

boleh dilakukan bagi menggalakkan guru menggunakan teknologi instruksional ini?

Antara langkah biasa yang boleh dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah dengan

memberi anugerah kepada guru-guru yang aktif menghasilkan bahan-bahan

teknologi instruksional. Namun itu hanya merupakan motivasi yang bersifat

ekstrinsik.

Cadangan saya ialah pihak pentadbir menggunakan sebahagian besar

pengurusan dan pentadbiran sekolah menggunakan teknologi. Contohnya sekolah

mempunyai laman web sendiri dan melalui web tersebut juga disediakan ruangan

blog bagi guru-guru di sekolah tersebut. Maklumat-maklumat tertentu seperti minit

mesyuarat, bahan-bahan pengajaran, bank soalan, markah pelajar hendaklah boleh

diakses melalui laman web ini. Jika perkara ini berjaya dilaksanakan, maka akan

membudayakan penggunaan teknologi intruksional di kalangan guru.

5.6 Cabaran Keenam : Persediaan Guru Menghadapi Gelombang Teknologi

Page 16: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

Instruksional Pada Masa Depan

Berdasarkan isu yang keenam iaitu penggunaan teknologi instruksional pada

masa depan ini maka tiga andaian dapat buat, pertama pada masa depan 14

kemahiran guru lebih kepada rekabentuk teknologi instruksional berbanding

pedagogi, kedua guru mesti bersedia mempunyai kemahiran menghasilkan bahan

pembelajaran dan pengajaran teknologi instruksional yang berunsurkan permainan

atau “games” dan yang ketiga pada masa depan bahagian penyelidikan dan

pembangunan teknologi instruksional menjadi lebih utama berbanding bahagian

peperiksaan. Jelasnya di sini persediaan guru menghadapi gelombang teknologi

instruksional pada masa depan akan bersandar kepada tiga andaian ini.

Bagi menghadapi gelombang ini maka sangat perlu di maktab-maktab

perguruan atau di universiti-universiti menyediakan kurikulum yang dapat melahirkan

golongan pendidik berkemahiran dalam rekabentuk instruksional. Kemahiran bakal

guru-guru ini dalam bidang rekabentuk instruksional hendaklah juga meliputi

kemahiran seperti menghasilkan bahan grafik, animasi dan mahir dalam bahasa

pengaturcaraan komputer supaya dapat menggabungkan elemen grafik, animasi

dan bahasa pengaturcaraan menjadi permainan atau simulasi yang menarik. Sudah

pastinya jika mahu bersedia menghadapi gelombang teknologi instruksional pada

masa depan, adalah sangat perlu kurikulum bagi melahirkan guru-guru pada masa

depan lebih mengutamakan ilmu teknologi instruksional berbanding pedagogi. Lebih

tepat lagi revolusi ke atas perubahan kurikulum bagi menghasilkan guru-guru ini

perlu dilakukan sekarang.

Pada masa sekarang unit peperiksaan merupakan bahagian yang sangat

penting di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan di

Kementerian. Saya berpendapat pada masa depan bahagian penyelidikan dan

Page 17: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

pembangunan teknologi instruksional akan menjadi lebih penting berbanding

bahagian analisis peperiksaan. Perbandingan boleh dibuat antara tingkah laku

pelajar selepas teknologi instruksonal dijalankan dan tingkah laku pelajar selepas

peperiksaan dijalankan. Adakah pelajar yang telah lulus peperiksaan dengan

cemerlang boleh mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dengan berkesan? Atau

adakah pelajar yang tidak mendapat keputusan peperiksaan yang baik tetapi

kemudiannya menggunakan koswer yang mempunyai teknologi instruksional

simulasi serta dapat mengaplikasikan ilmu dengan lebih berkesan? Satu contoh

yang mungkin dapat membuktikan penyataan hipotesis ini ialah dalam latihan

penerbangan. Adakah juruterbang itu boleh membuat penerbangan dengan hanya

mendapat keputusan yang cemerlang di atas kertas? Atau peluang diberikan kepada 15

mereka yang tidak pernah mempelajari teori penerbangan tetapi terus membuat

latihan simulasi penerbangan, mampu untuk menerbangkan pesawat.

Telah banyak kajian yang membuktikan bahawa teknologi instruksional ini

dapat meningkatkan pencapaian berbanding kaedah tradisional. Apabila teknologi

instruksional ini terbukti mampu menghasilkan pencapaian dengan lebih cepat dan

lebih berkesan maka adalah tidak mustahil penyelidikan dan pembangunan

teknologi instruksional akan lebih diutamakan berbanding pada masa sekarang yang

terlalu berorientasikan peperiksaan.

6. Kesimpulan

Melalui enam isu dan enam cabaran berkenaan guru dalam menggunakan

teknologi instruksional di sekolah ini dapatlah disimpulkan pula lapan cadangan bagi

merealisasikan hasrat membudayakan penggunaan teknologi instruksional dalam

proses pembelajaran dan pengajaran.

1. Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan pengajaran teknologi

Page 18: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

instruksional di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

2. Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan

disebarkan diseluruh negara.

3. Mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan

komputer sebagai subjek teras.

4. Mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan

teknologi instruksional.

5. Mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional

melalui motivasi intrinsik.

6. Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk

menyediakan keperluan teknologi instruksional.

7. Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran

sekolah menggunakan teknologi maklumat.

8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan teknologi

instruksional berbanding pedagogi.16

Cuba kita bayangkan pada masa depan pelajar mempelajari rujukan grid

melalui teknologi instruksional virtual. Melalui teknologi 3D ini pelajar akan diberikan

situasi dan gambaran telah sesat di dalam hutan. Pelajar akan dibekalkan kompas

dan peta bagi mencari petempatan berhampiran bagi mendapatkan pertolongan.

Sepanjang perjalanan pelajar perlu memilih jalan betul untuk menuju ke arah

petempatan tersebut. Jika pelajar tersesat akan menyebabkan bekalan makanan

mereka semakin habis dan tenaga mereka semakin lemah. Malahan pelajar

mungkin berjumpa binatang buas atau makhluk yang ganas jika tersalah memilih

jalan. Pelajar yang tidak berjaya melepasi halangan tahap 1 akan mengulangi

semula tahap tersebut. Pelajar yang berjaya pula akan dibenarkan mengharungi

Page 19: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

halangan yang lebih mencabar dan mendebarkan.

Contoh di atas dapat menggambarkan pembelajaran rujukan grid pada masa

depan. Persoalannya di sini, apakah perbezaan pencapaian menggunakan teknologi

instruksional virtual ini berbanding penggunaan buku teks pada masa sekarang.

Melalui perbandingan ini juga jelas dapat menunjukkan terdapat perbezaan antara

teori pembelajaran kognitivisme dan konstruktivisme, di mana pembelajaran yang

berasaskan konstruktivisme iaitu yang melibatkan pengalaman pelajar

berkemungkinan akan mencapai keputusan yang lebih baik berbanding

pembelajaran yang hanya memfokuskan pengetahuan pelajar. Dapat juga

dirumuskan di sini bahawa pembelajaran berasaskan konstruktivisme akan

mendominasi kaedah-kaedah pengajaran pada masa depan.

Penekanan yang serius terhadap teknologi instruksional dalam proses

pembelajaran dan pengajaran ini perlu dilakukan. Jika perkara ini dipandang ringan

kita akan ketinggalan jauh dari segi pendidikan berbanding negara-negara lain.

Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi instruksional dapat menjadikan

pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih cepat dan menghasilkan pencapaian

yang lebih baik. Malahan pada masa hadapan apabila teknologi 3D dan virtual

semakin berkembang iaitu melibatkan deria penglihatan, bunyi, rasa, bau, dan

sentuhan akan menyebabkan berlakunya revolusi dalam pendidikan. Pada era

tersebut, sudah tentunya penggunaan buku teks menjadi tidak lagi releven dan

pastinya semua guru di Malaysia harus bersedia ke arah itu.17

Rujukan

Abdul Wahab Ismail Gani., Kamaliah Hj. Siarap., & Hasrina Mustafa. (2006).

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan

guru sekolah menengah : Satu kajian kes di Pulau Pinang. Diperoleh pada 14

Page 20: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

Februari 2011, sumber dari http://web.usm.my/km/24-06/KM ART 11.pdf

Ahmad Fauzi., Tengku Mohd., & Wong, S. L. (2008). Teaching and learning calculus

using computer. Diperoleh pada 04 Februari 2011, sumber dari http://latcm.

mathandtech.org/EP2008/papers_full/2412008_15028.pdf

Baharuddin Aris., Maizah Hura Ahmad., Kok Boon Shiong., Mohamad Bilal Ali.,

Jamalludin Harun., & Zaidatun Tasir. (2006). Learning “goal programming”

using an interactive multimedia courseware: design factors and students’

preferences. Diperoleh pada 7 Januari 2011, sumber dari

http://eprints.utm.my/8165/1/8165.pdf

Habibah Hj. Lateh., & Arumugam Raman. (2005). Web-based map reading in

Geography. Diperoleh pada 10 Januari 2011, sumber dari http://pppjj.usm.

my/mojit/articles/pdf/Dec05/12- A_STUDY_ON_THE_USE_OF_

INTERACTIVE_WEB_BASED_1-final.pdf

Yu, T. C., Lin, S. S. J., Chao, Y. C., & Zhi, E. F. L. (2011). Exploring online game

players’ flow experiences and positive affect. Diperoleh pada 20 Februari

2011, sumber dari http://www.tojet.net/articles/10111.pdf

Habibah Hj. Lateh., & Vasugiammai Muniandy. (2011). GIS dalam pendidikan

geografi di Malaysia : Cabaran dan potensi. Diperoleh pada 14 Februari 2011,

sumber dari http://pkukmweb.ukm.my/geografia/images/upload/4.2011-1-

habibah lateh-melayu-4.pdf18

Mergel, B. (1998). Instructional design & learning theory. Diperoleh pada 8 Januari

2011, sumber dari http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/

mergel/mergel.pdf

Merrill, M. D., & Wilson, B. (2007). The future of instructional design

(point/counterpoint). Di dalam R. A. Reiser & J. V. Dempsey (Eds.), Trends

Page 21: 104833213 Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

and issues in instructional design and technology (pp. 335 - 351). New

Jersey: Pearson Prentice Hall.

Molenda, M., Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional design.

Diperoleh pada 4 Januari 2011, sumber dari http://mizanis.net/edu3105/

artikel/ID_CogSci.pdf

Reiser, A. R. (2001). A history of instructional design and technology : Part II : A

History of instructional design. Diperoleh pada 6 Januari 2011, sumber dari

http://www.aect.org/pdf/etr&d/4902/4902-04.pdf

Ryan, M.R. & Deci, E.L. (2000). Intrinsic and extrinsic motivations : Classic

definitions and new directions. Diperoleh pada 18 Februari 2011, sumber

dari http://www.psych.rochester.edu/SDT/documents/2000_RyanDeci_Int

ExtDefs.pdf

Schuman, L. (1996). Perspectives on instruction. Diperoleh pada 12 Januari 2011,

sumber dari http://edweb.sdsu.edu/courses/edtec540/Perspectives/

Perspectives.html

Yusup Hashim. (2006). Penggunaan teknologi instruksional dalam kurikulum dan

instruksi. Diperoleh pada 7 Januari 2011, sumber dari http://yusuphashim.

blogspot.com/2006/12/penggunaan-teknologi-instruksional.html19

Lampiran 1: Print screen MACCC

Contoh modul ujian diagnostik

MACCC

Contoh modul pengayaan MACCC

Contoh modul pengukuhan

MACCC20

Lampiran 2: Print screen PowerPoint21