104695698 ciri ciri pemimpin

9
CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK DALAM SESEBUAH ORGANISASI -Sem April 10/11, Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran.  -Disediakan oleh: mindss -Disediakan un tuk: Dr. Kalthum Haji Hassan 1.0 PENGENALAN Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang d iminati kerana ia menyen tuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin. Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada  prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998).  Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997).  Selain itu, pemimpin juga membawa maksud seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Apabila seseorang itu  berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di

Upload: roslan-tuah

Post on 14-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

7/27/2019 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

http://slidepdf.com/reader/full/104695698-ciri-ciri-pemimpin 1/9

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK DALAM SESEBUAH ORGANISASI

-Sem April 10/11, Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran. 

-Disediakan oleh: mindss

-Disediakan untuk: Dr. Kalthum Haji Hassan 

1.0  PENGENALAN

Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan

masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau

sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan

kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting

kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh

memilih untuk tidak mempunyai pemimpin.

Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada

 prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik 

harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin

serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah

untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998). 

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang

yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua

Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan

sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah

Wati Halim & Iran Herman, (1997). 

Selain itu, pemimpin juga membawa maksud seorang daripadanya cuba membimbing

dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Apabila seseorang itu

 berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di

Page 2: 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

7/27/2019 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

http://slidepdf.com/reader/full/104695698-ciri-ciri-pemimpin 2/9

dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu

kuasa yang ada pada seseorang itu.

Seperti mana yang umum ketahui sejak dari awal kajian dibuat tentang sains

 pengurusan, terdapat beberapa pendekatan yang digariskan dalam membuat penilaian ke atas

ciri-ciri pemimpin. Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan

keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis

inilah maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan

yang lain".

Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya „Asas Pentadbiran Pendidikan‟, beliau

menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh

seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam

organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa

individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi

kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal

menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan

tersendirinya. (Dr Robiah Sidin (1988). 

2.0  CIRI-CIRI PERSONALITI YANG DIKAITKAN DENGAN SEORANG PEMIMPIN

Terdapat beberapa personaliti yang sering dikaitka dengan seorang pemimpin. Personaliti

 berikut ialah;

•  Keyakinan kendiri

Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan pertimbangan, keupayaan

dan kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan

Page 3: 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

7/27/2019 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

http://slidepdf.com/reader/full/104695698-ciri-ciri-pemimpin 3/9

 berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang berkeyakinan lebih

 berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri.

•  Bertanggungjawab

Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh hati-hati

dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan

seseorang pemimpin.

•  Penyesuaian

Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik, dan

kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih

 berkesan mberbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan

tertekan

•  Suka bergaul/ramah

Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan kerana orang yang

suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-

orang dalam organisasinya.

•  Dapat diterima

Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan sopan. Orang seperti ini

mudah bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang yang sukar diterima, biasanya

tidak sabar, muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan orang lain.

•  Berorientasi Pencapaian

Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan tugas dengan jayanya kerana

individu ini akan hanya berasa puas jika ia beroleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung

 bekerja keras, bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendah orientasi

 pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia ada, dan pasif 

serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran ekstrinsik.

Page 4: 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

7/27/2019 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

http://slidepdf.com/reader/full/104695698-ciri-ciri-pemimpin 4/9

 

3.0  CIRI-CIRI YANG BAIK MENGIKUT PADANGAN TOKOH TERKEMUKA

Mengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa seorang

 pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam

organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan

 berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga menurut Al Mawardi

 perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu mempunyai ilmu agama yang

tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi secara tidak langsung dapat

mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan perkara yang mungkar dan seorang

 pemimpin juga perlu mempunyai anggota badan yang sempurna supaya boleh menguruskan

 pekerjaannya dengan sempurna. ( Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991). 

Manakala menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang pemimpin perlulah seorang yang

hidupnya dengan cara sederna tidak terlalu membazir dengan harta yang dimiliki olehnya.

Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang tanpa merungut dengan

 pekerjaan yang dilakukanna. Dia juga harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak 

melanggar undang-undang dan peraturan. Seorang pemimpin juga menurut Imam Al-Ghazali

 perlulah mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab besar jawatannya. Seorang

 pemimpin juga perlulah seorang yang suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar 

arahan para ilmuan tersebut. Hal ini keran supaya seorang pemimpin tersebut tidak melanggar 

undang-undang yang telah digariskan dalam Islam ataupun tidak terpesong daripada landasan

agama Islam yang telah ditetapkan oleh syarak. ( Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991). 

Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli menyatakan bahawa

seorang pemimpin perlulah mempunyai sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri.

Tanpa sifat kesungguhan dan keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah

organisasi tidak akan berjalan dengan baik. Begitu juga dengan kecerdasan yang terlalu tinggi

Page 5: 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

7/27/2019 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

http://slidepdf.com/reader/full/104695698-ciri-ciri-pemimpin 5/9

atau kecerdasan yang terlalu rendah akan mengurangkan keberkesanan memimpin. (Mustafa

 Hj. Daud, (1996). 

Selain itu, menurut pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph M. Stogdill, seorang pemimpin

 perlulah bersifat kecerdasan dan kemampuan juga bijak, matang, mempunyai harta sebagai

modal supaya seorang pemimpin tersebut dapat menguruskan organisasinya dengan baik.

Seorang pemimpin juga perlu adanya sifat sosial iaitu dimana mempunyai daya kerjasama,

kemampuan berkomunikasi dan berkebolehan untuk bermasyarakat. (Mustafa Hj. Daud,

(1996). 

Selain itu, seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian iaitu dimana

 berkebolehan, agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang

 pemimpin. (Mustafa Hj. Daud, (1996). 

4.0  PERANAN PEMIMPIN

Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Pemimpin

dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat membantu

organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. Oleh itu jelas

seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara serentak. Peranan-peranan berikut

adalah seperti;

4.1 Sumber rujukan: pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea kepada ahli-ahli

apabila diperlukan. Oleh itu pemimpin harus luas pembacaannya, sentiasa mengikuti

 perkembangan, mempunyai hubungan yang luas, banyak pengalaman dan rajin belajar 

4.2 Model: sebagai model atau contoh, pemimpin memperlihatkan sifat-sifat, tingkah laku dan

kebolehan yang boleh diteladani.

Page 6: 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

7/27/2019 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

http://slidepdf.com/reader/full/104695698-ciri-ciri-pemimpin 6/9

4.3 Pendorong: pemimpin juga harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan rakan-

rakan sepimpinannya untuk membangun diri, meningkatkan komitmen dan terus gigih

memberikan khidmat serta subangan untuk kebaikan bersama.

4.4 Pembimbing: selaku pembimbing pemimpin turut mendidik, menyokong dan membolehkan

ahli berperanan dengan aktif. Belajar memahami potensi dan bakat, minat dan kecenderungan,

serta kekuatan dan kelemahan ahli dan membantu mereka untuk menjadi ahli yang aktif dan

menyumbang

4.5 Jurucakap/jurubicara: peranan ini menyerupai peranan “pegawai perhubungan awam”. Iaitu

 berperanan sebagai jurucakap atau wakil organisasi dalam perhubungan dengan pihak-pihak 

luar.

4.6 Orang tengah: jika berlaku perbezaan pendapat, konflik antara ahli-ahli pemimpin berperanan

sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. Bersikap adil dan tidak condong(bias)

kepada mana-mana pihak.

Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu keadaan tertentu

 pemimpin juga turut berperanan sebagai pakar (berdasarkan kemahiran dan pengelaman yang

dimilikinya) guru, penyelaras, mentor, kaunselor, ideologi, penilai dan sebagainya.

5.0  KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG HARUS DIMILIKI PEMIMPIN

Setiap pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dan beberapa kemahiran asas, lebih-lebih

lagi yang berkaitan dengan tugasnya dalam sesebuah organisasi. Pengetahuan dan kemahiran

yang dimaksudkan ialah pelbagai dan antaranya ialah;

1) Bekerja Dengan Orang. Boleh berhubung dan bekerja dengan orang, berbincang, mendengar 

 pandangan, merangsang ahli-ahli, menggalakkan ahli mengambil inisiatif dan menyerlahkan

 bakat dan potensi mereka.

Page 7: 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

7/27/2019 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

http://slidepdf.com/reader/full/104695698-ciri-ciri-pemimpin 7/9

2) Kebolehan Menganalisis. Kemampuan memahami dan menghuraikan sesuatu isu/persoalan

dari pelbagai sudut serta merumusnya. Dapat berfikir dengan menggunakan berbagai-bagai

teknik(kreatif/kritikal/lateral)

3) Pengorganisasian/Penyusunan/Penggemblengan Tenaga. Memahami bagaimana organisasi

 beroperasi, cara-cara yang sesuai dan berkesan untuk menggerakkan tenaga-tenaga di dalam

 pertubuhan serta mendapatkan sokongan masyarakat.

4) Komunikasi. Dapat menyampaikan sesuatu denganbaik, berhujah dengan meyakinkan dan

merangsang ahli.

5) Penggunaan Sumber. Tahu tentang kewujudan pelbagai sumber di dalam dan di sekitar 

organisas (individu, kumpulan,budaya,agama), sedar tentang pelbagai institusi dan

 pertubuhan di sekeliling dan dapat bekerjasama dengan mereka.

6) Mesyuarat. Menguruskan mesyuarat dengan berkesan.

7) Penulisan. Boleh menulis ucapan, kenyataan media, menyediakan cadangan dan laporan.

8) Kewangan. Tahu bagaimana mendapatkan wang yang diperlukan pertubuhan, merangka

 belanjawan dan menguruskan dana.

9) Kajian/Penyelidikan. Tahu bagaimana melakukan penyelidikan asas, faham kegunaan

maklumat dan bagaimana mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

10) Isu. Dapat mengenal pasti isu-isu penting dan dapat menilai potensi sesuatu isu bagi

kepentingan organisasi.

11) Latihan. Tahu akan keperluanlatihan-latihan untuk organisasi dan dapat mengendalikan

latihan.

12) Penggunaan Teknologi. Tahu menggunakan teknologi yang sesuai dan terkini bagi

memudahkan kerja.

13) Alat-alat Komunikasi. Pandai menggunakan alat-alat komunikasi yang asas untuk pelbagai

tugasan seperti internet, persidangan media, pembinaan kontrak dan lln.

Page 8: 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

7/27/2019 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

http://slidepdf.com/reader/full/104695698-ciri-ciri-pemimpin 8/9

Walaupun kemahiran-kemahiran yang dinyatakan agak banyak, ini tidak bererti seseorang

 pemimpin itu harus menguasainya. Namun mereka harus berusaha menguasainya untuk 

kepentingan bersama terutamanya diri sendiri. Dalam pada itu pemimpin juga seharusnya

 berkemahiran mengangihkan sesuatu tugas, peranan dan bidang kerja tertentu kepada ahli-

ahlinya.

6.0  PENUTUP

Kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir,

merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus

mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus

menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan

kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat

masa depan.

Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin

yang baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran

yang berterusan, sikap cintakan ilmu, penguasaan pelbagai kemahiran, disiplin diri yang

tinggi, kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya. Natijahnya seorang

 pemimpin organisasi yang baik bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang

tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan

 berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.

7.0  RUJUKAN

Aminudin Moh. Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alias Mohamed. (1984).  Kepimpinan, demokrasi dan tradisi. Kuala Lumpur: AMW

Comunications Management.

Page 9: 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

7/27/2019 104695698 CIRI Ciri Pemimpin

http://slidepdf.com/reader/full/104695698-ciri-ciri-pemimpin 9/9

Azizan Bahari. (2009). Menjadi pemimpin. Petaling Jaya: Qarya Sdn. Bhd.

Dr Robiah Sidin (1988).  Asas Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Putaka.

Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997). Hubungan Nilai Kerja, Prestasi Kerja dan Kualiti

 Kehidupan Bekerja di Kalangan Pekerja Sektor Awam & Swasta. Jurnal Psikologi Manusia.

Bil 11:97-114

Mustafa Hj. Daud. (1996). Pemimpin Mengikut Pandangan Tokoh Barat, (Terjemahan),

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Mohamad. (1998). Pengurusan Strategik . Kuala Lumpur: Utusan

Distributian and Publication.