10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · sebagai rakan kongsi strategik,...

42
dalam perjalanan berterusan kami Di sini untuk anda…

Upload: others

Post on 07-Jan-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

dalam perjalanan berterusan kamiDi sini untuk anda…

Page 2: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Setiap perjalanan bermula dengan sebuah visi. Gambaran ke mana anda mahu pergi dan apa yang anda ingin alami dan capai. Kami berkongsi visi yang sama di TM, di mana kami berusaha untuk memahami keperluan anda supaya anda boleh memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang penting kepada anda.

Page 3: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

DI SINI UNTUK MENCIPTA NILAI BAGI PIHAK BERKEPENTINGAN KAMI

Tujuan utama perniagaan kami adalah untuk mencipta nilai untuk pelbagai pihak berkepentingan kami dan sentiasa bersama mereka, menumpukan perhatian kepada keperluan terpenting mereka – dari segi kualiti, teknologi, ketangkasan dan prestasi. Kelestarian perniagaan merupakan keutamaan bagi Lembaga Pengarah dan pemimpin eksekutif Syarikat. Ini merupakan agenda rasmi di peringkat lembaga pengarah dan telah tersirat dalam pelan perniagaan tahunan kami. Ia adalah penting untuk daya saingan dan keupayaan Syarikat untuk terus beroperasi.

RM1.07 Bilion

EBIT Dinormalisasi Kumpulan

PARA PEMEGANG SAHAM YANG DIHARGAI,

Sebagai Pengerusi baharu, saya dengan sukacitanya mengemukakan penilaian prestasi keseluruhan dan kewangan Syarikat untuk tahun 2018 yang merupakan kali pertama buat saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah atas kepercayaan mereka terhadap saya sebagai penyambung kepada pengurusan Tan Sri Dato’ Seri Dr Sulaiman Mahbob. Dengan pengalaman dan minat saya yang mendalam terhadap industri telekomunikasi, saya dengan rasa rendah diri berharap untuk meneruskan usaha Pengerusi yang terdahulu dalam perjalanan transformasi dan perkembangan TM.

Tempoh 12 bulan yang lalu adalah luar biasa bagi kami di TM serta para pihak berkepentingan kami. Malaysia baharu telah muncul dan juga, TM telah mengalami beberapa pergolakan yang disebabkan oleh persaingan dan industri yang dinamik. Pada masa yang sama, kita menyaksikan perubahan dalam kepimpinan TM dengan pelantikan beberapa ahli eksekutif baharu oleh Lembaga Pengarah. Pada bulan November, Imri Mokhtar, bakat yang telah diasah oleh TM sendiri, dengan latar belakang yang kukuh dalam strategi dan operasi perniagaan, mengambil alih tugas sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (AGCEO) baharu. Saya yakin kepimpinannya bukan sahaja akan menangani cabaran jangka pendek, tetapi akan menjana kejayaan jangka panjang TM.

42

Seksyen : Penyata Pengerusi

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

PenyataPengerusi

Page 4: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Oleh itu, kami meletakkan keutamaan yang tinggi untuk beroperasi secara mapan dengan fokus untuk mencipta nilai saham untuk jangka panjang. Ke arah ini, kami terus memantau dan menilai bagaimana perniagaan kami dilengkapi dan diberdayakan untuk memberikan nilai sedemikian dan bagaimana kami dapat menyampaikannya kepada pihak berkepentingan kami dengan cara yang paling berkesan dan cekap.

Dengan matlamat ini, kami telah memulakan perjalanan laporan bersepadu pada tahun 2016. Laporan Tahunan Bersepadu yang berikutnya pada tahun 2017 dan juga bagi tahun semasa, telah berkembang dan diperhalusi untuk

mencerminkan amalan terbaik pelaporan, terutamanya prinsip International Integrated Reporting Framework (IIRF) yang ditetapkan oleh International Integrated Reporting Council (IIRC). Rangka kerja ini telah membantu kami untuk menghargai pelbagai komponen perniagaan kami yang saling berkait termasuk sumber, risiko, nilai, proses dan sistem kami, yang semuanya beroperasi secara sinergi untuk menyampaikan nilai kepada pihak berkepentingan kami. Dengan ini, kami komited untuk mencipta persekitaran peruntukan modal dan sumber yang bertanggungjawab, mengiktiraf pelbagai faktor yang mempengaruhi nilai dan menyokong pemikiran bersepadu, perancangan, pelaksanaan, pengukuran dan pelaporan.

RM75.1 Juta

Dividen Tunai Interim

73

Skor UkurKepuasan Pelangganmelebihi

ROSLI MANPengerusi

43

Seksyen : Penyata Pengerusi

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 5: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

jangkaan dan isu-isu yang paling penting kepada mereka pada masa terdekat serta jangka masa panjang. Berdasarkan penilaian yang dijalankan, sepuluh (10) isu baharu telah dikenal pasti, membawa kepada sejumlah 22 isu yang dikenalpasti. Di samping itu, Rangka Kerja Pengurusan Risiko Perniagaan (PRP) kami menggariskan strategi untuk menguruskan risiko perniagaan sedia ada dan baharu agar sentiasa dipantau dan diuruskan dengan pelan tindakan mitigasi yang efektif.

Laporan tahun ini bertujuan untuk memberikan pihak berkepentingan kami perspektif yang menyeluruh mengenai prestasi semasa, serta strategi perniagaan dan prospek masa depan kami. Ia termasuk proses berterusan bagi mengenal pasti, mendedahkan dan mengutamakan isu-isu material Kumpulan dan potensi kesan positif atau negatif mereka terhadap keupayaan Kumpulan untuk mewujudkan nilai yang mampan. Pada tahun 2018, kami meningkatkan penilaian materialiti melalui penglibatan aktif dengan pihak berkepentingan kami untuk lebih memahami

Laporan ini meliputi prestasi kewangan, sosial, tadbir urus dan alam sekitar Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018, dan menyediakan tinjauan terhadap operasi Kumpulan. Maklumat tambahan mengenai aktiviti pemasaran dan penglibatan pihak berkepentingan kami juga disertakan, terutamanya untuk memberikan pemahaman tentang proses utama Kumpulan dan penilaian terhadap risiko dan peluang Kumpulan, serta keupayaan syarikat untuk mencipta dan mengekalkan nilai dalam jangka panjang, untuk faedah semua pihak berkepentingan kami.

44

Seksyen : Penyata Pengerusi

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

PenyataPengerusi

Page 6: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

DI SINI UNTUK MENGEMUDI SITUASI MENCABAR

Walaupun tahun yang ditinjau menyaksikan banyak ketidakpastian, TM tetap bertahan dan mengekalkan tumpuan dalam menjana nilai kepada pihak berkepentingan. Perjalanan ini telah meningkatkan tahap kesedaran yang lebih jelas tentang risiko dan peluang dari aspek baharu. Kami segera bertindak balas terhadap landskap industri telekomunikasi yang sentiasa berubah dengan program transformasi yang pesat untuk mengekalkan kos yang efektif untuk mencapai kecemerlangan operasi dan prestasi perniagaan yang mantap.

Sementara itu, seruan Kerajaan untuk meningkatkan kelajuan jalur lebar dengan kadar yang lebih rendah telah memberi kesan kepada perniagaan kami. Walaupun begitu, ia telah membentuk satu perkembangan yang baharu dan menarik untuk pelanggan kami, yang kini boleh mendapatkan keterhubungan yang lebih baik pada harga yang lebih murah. Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kami secara agresif telah meneruskan penaikan taraf untuk pelanggan sedia ada sehingga sepuluh (10) kali kelajuan jalur lebar tanpa sebarang kos tambahan. Di samping itu, kami juga memperkenalkan pakej unifi yang baharu dan berpatutan, dengan tawaran kelajuan 30Mbps dan 100Mbps.

Tahun lepas , kami juga mengumumkan penyemakan semula Penunjuk Prestasi Utama Utama (KPI) kami sebagai tindak balas terhadap pelbagai cabaran pasaran, persaingan yang semakin meningkat, peningkatan kos perniagaan/operasi, dan tekanan harga. Berikutan itu, prestasi kewangan kami terjejas dengan pendapatan sebanyak 2.2% lebih rendah dari tahun ke tahun, iaitu sebanyak RM11.82 bilion. Kami mencatatkan Perolehan Pelaporan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT) sebanyak RM64.6 juta, manakala EBIT Dinormalisasi Kumpulan adalah RM1.07 bilion, yang masih dalam p a n d u a n 2 0 1 8 k a m i . I n i s i a t i f P r o g r a m Penambahbaikan Prestasi 2018 (PIP2018) seperti pengoptimuman kos telah menghasilkan peningkatan prestasi operasi, walaupun hasil yang diperoleh adalah lebih rendah. Kami berjaya mengekalkan kepuasan pelanggan dengan skor Kepuasan Pelanggan (indeks TRI*M) lebih daripada 73, melangkaui purata telekomunikasi global iaitu sebanyak 66.

Sementara itu, untuk menyokong objektif strategik jangka panjang TM dan untuk mengimbangi kelestarian perniagaan Kumpulan dengan pihak berkepentingan yang lain, Lembaga Pengarah telah meminda dasar dividen kepada 40.0% hingga 60.0% daripada PATAMI. Dengan mengambil kira keadaan perniagaan keseluruhan dan prestasi pendapatan, komitmen modal, keadaan kewangan, rizab yang boleh diagihkan dan faktor-faktor lain yang berkaitan, kami telah mengisytiharkan dividen tunai interim sebanyak 2.0 sen sesaham atau RM75.1 juta untuk tahun kewangan 2018.

DI SINI MELAKAR HALA TUJU BAHARU

PIP2018 telah memainkan peranan penting dalam membantu TM mengemudi cabaran semasa dan mendatang. Objektif muktamad kami adalah untuk m e n y e m p u r n a k a n s t r a t e g i k a m i u n t u k Mempercepatkan Konvergens dan Memperkasakan Digital untuk membolehkan aspirasi Negara Digital Malaysia menerusi Keterhubungan dan Infrastruktur Digital.

Melangkah ke hadapan pada tahun 2019, kami akan meneruskan transformasi fasa seterusnya menerusi PIP2019-2021 untuk memastikan daya ketahanan dan kelestarian jangka panjang dalam membentuk sebuah organisasi yang menumpukan pelanggan. Kami akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam pelaksanaan dan operasi kami. Ini bermakna mempermudahkan cara kami bekerja supaya pelanggan mendapat lebih manfaat. TM perlu berubah dan bertindak lebih pantas dari kadar perubahan. Untuk tujuan ini, kami akan memberi tumpuan kepada tiga (3) keutamaan: pelanggan, perniagaan dan anggota.

Ini adalah masa yang mengujakan dengan cabaran baharu yang mempengaruhi industri telekomunikasi global. Kami yakin bahawa kepimpinan baharu kami dan pelbagai inisiatif jangka panjang akan membuka jalan untuk mempercepatkan rancangan konvergens dan digital kami.

“KAMI MENERUSKAN KOMITMEN KAMI UNTUK MEMBANGUNKAN JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI MERENTASI MALAYSIA BAGI MEMANFAATKAN RAKYAT, DALAM MEMENUHI OBJEKTIF KERAJAAN UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA YANG TERHUBUNG.”

DI SINI DEMI KESEJAHTERAAN MALAYSIA

Sebagai pengupaya aspirasi Digital Malaysia, saya memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan yang kami akan terus berusaha untuk mengukuhkan peranan kami dalam merealisasikan agenda negara iaitu untuk menghubung dan memperkasakan rakyat Malaysia dan perniagaan untuk kehidupan yang lebih baik. Kami merintis setiap evolusi teknologi telekomunikasi di negara ini. Kami mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam, lengkap dengan peralatan yang tepat, anggota dan penetapan minda untuk membawa Malaysia ke arah ekonomi digital. Kami juga mempunyai rangkaian keterhubungan dan konvergens yang paling luas dan kini tumpuan kami adalah memperluaskan infrastruktur digital kami untuk membolehkan perkhidmatan bagi masyarakat digital, perniagaan digital dan Kerajaan digital.

Untuk mencapai matlamat ini, kami akan terus bekerjasama dengan rakan strategik kami untuk terus mengembangkan kapasiti infrastruktur dan keterhubungan kami serta memainkan peranan kami dalam memangkin Negara Digital. Sebagai contoh, melalui produk ICT kami seperti pusat data, rangkaian infrastruktur bersepadu, dan penyelesaian perkhidmatan pintar, TM ONE memperkasakan perusahaan swasta dan agensi kerajaan dengan membantu mereka merealisasikan dan mengoptimumkan aspirasi digital mereka.

45

Seksyen : Penyata Pengerusi

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 7: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini dan penyediaan perkhidmatan industri di samping mengubah kehidupan semua rakyat Malaysia melalui produk dan perkhidmatan kami. Kami adalah pengupaya utama untuk infrastruktur komunikasi negara, dan satu-satunya yang mampu menyediakan perkhidmatan telekomunikasi bersepadu, ICT dan digital. Kami berbangga dengan peranan kami sebagai rakan strategik dalam mewujudkan ekosistem digital untuk masyarakat, perniagaan dan Kerajaan. Kami terus komited u n t u k m e m p e r c e p a t k a n p e n y a m p a i a n perkhidmatan dan penyelesaian digital yang inovatif untuk industri vertikal utama dalam perusahaan dan sektor awam.

Di samping itu, dalam merapatkan jurang digital, TM adalah rakan kongsi utama dan pengupaya Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dalam mempromosi penggunaan rangkaian dan aplikasi di Malaysia. Fokus utama adalah di kawasan pedalaman, di mana projek-projek pembinaan infrastruktur telekomunikasi, kabel dasar laut, titik liputan WiFi, jalur lebar tanpa wayar, telefon berbayar dan pusat komuniti jalur lebar terus dilaksanakan.

Kami bekerjasama dengan SKMM untuk memperluas jangkauan digital ke kawasan luar bandar dan pedalaman melalui pusat komuniti dan perpustakaan jalur lebar di seluruh negara, di bawah Inisiatif Jalur Lebar Luar Bandar (RBB). Kami juga menyediakan keterhubungan ke Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan Pulau Pangkor menerusi lebih daripada 90km kabel dasar laut, di bawah Projek STINGRAY.

DI SINI UNTUK MENJAYAKAN TANGGUNGJAWAB KORPORAT DAN KELESTARIAN

Kelestarian merupakan topik yang sering dibincangkan dengan pelbagai pihak berkepentingan kami. Di TM, rangka kerja kelestarian kami terdiri daripada lima (5) teras penting (ekuiti sosial, komuniti hijau, nilai ekonomi, tadbir urus yang baik dan masa depan yang lebih baik) yang menyokong jenama kami, ‘Hidup Lebih Mudah.

Tanggungjawab TM adalah menjangkaui perniagaan dan urusan harian. Ini bermakna kami akan melakukan apa sahaja dalam kapasiti dan keupayaan kami untuk tidak hanya menyumbang kepada nilai ekonomi dengan menawarkan penyelesaian perniagaan yang lebih pintar, tetapi kami juga akan terus berusaha untuk mewujudkan ekuiti sosial, memberi inspirasi kepada komuniti hijau melalui transformasi digital, menggalakkan prinsip tadbir urus yang baik yang mewujudkan institusi yang beramanah dan telus, yang diperlukan untuk membina negara yang lebih pintar dan masa depan yang lebih baik.

Sebagai contoh, menerusi Yayasan TM (YTM) dan cabang pendidikan kami, Universiti Multimedia (MMU), kami terus memenuhi objektif sosioekonomi dalam pendidikan, dengan meningkatkan akses kepada pendidikan, peluang pekerjaan, pendapatan dan kualiti hidup. Kami juga meneruskan usaha kami dalam pembinaan negara dan pendidikan melalui Program Sekolah Angkat TM. Kami juga telah bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk mendorong inspirasi kepada inovasi di kalangan pelajar melalui mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Bagi alam sekitar, sebagai tambahan kepada pengurusan pelepasan karbon dalam operasi, keutamaan kami adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk memelihara habitat semulajadi, termasuk hutan, lautan, serta flora dan fauna – kesemuanya bagi membolehkan planet yang lebih baik untuk generasi masa hadapan. Pada tahun 2018, kami juga telah menjalankan TM Earth – (TMEC) – Junior Leadership Series Series (JELS) untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan kanak-kanak.

Mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap amalan terbaik dalam pelaporan dan komunikasi kelestarian, kami menerima Kedudukan Platinum bagi Penarafan Pelaporan Kelestarian Asia di Anugerah Pusat Laporan Kelestarian Kebangsaan (NCSR) 2018 yang ke14.

Singkatnya, moto syarikat kami menjangkaui penjanaan keuntungan. Kami sentiasa memegang tanggungjawab untuk memangkin pembangunan sosio-ekonomi dan kesejahteraan alam sekitar.

Lebih banyak maklumat mengenai usaha komuniti dan alam sekitar kami boleh didapati di bahagian “Kelestarian di TM” atau pada Laporan Kelestarian 2018 Edisi Penuh, tersedia dalam talian (online).

DI SINI UNTUK MENDUKUNG TADBIR URUS KORPORAT DENGAN MENGAMALKAN “INTEGRITY @ HEART”

TM melihat integriti, ketelusan dan akauntabiliti sebagai tiga (3) teras yang mencerminkan tingkah laku anggota di TM. Tahap integriti dan etika tertinggi dikekalkan melalui semakan berterusan terhadap dasar dan proses sedia ada dan dilaksanakan melalui usaha kesedaran, dalaman dan penguatkuasaan yang ketat.

46

Seksyen : Penyata Pengerusi

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

PenyataPengerusi

Page 8: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Ini mempamerkan komitmen kami yang jitu untuk menggalakkan integriti dan nilai tadbir urus yang baik ke arah merealisasikan misi dan visi TM. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memupuk nilai-nilai yang baik untuk menjadikan TM sebuah organisasi berprestasi tinggi, cekap, mesra, bertanggungjawab, amanah dan berintegriti.

Sebagai pengiktirafan komitmen kami untuk mengekalkan standard tadbir urus korporat yang tinggi, ketelusan akauntabiliti, pendedahan maklumat kepada pihak kepentingan dan tahap kecemerlangan yang tinggi dalam laporan korporat bersepadu, kami telah diberi penghormatan dengan dua (2) anugerah tertinggi bagi Syarikat Senaraian Awam (PLC) di Anugerah Tadbir Urus Korporat Asean ke-2 2018, Indeks Ketelusan, Penemuan & Pengiktirafan Tadbir Urus Korporat Malaysia-Asean (MSWG) dan empat (4) anugerah di Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA) 2018 yang berprestij.

PENGHARGAAN

Sebagai penutup, sekali lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi yang terdahulu, Tan Sri Dato’ Seri Dr Sulaiman Mahbob atas kepimpinan, dedikasi dan sumbangan beliau kepada Kumpulan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Seorang yang disegani dalam perkhidmatan awam dan ahli ekonomi yang dihormati, Dr Sulaiman, dengan pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang, telah membantu Kumpulan TM mengekalkan fokus dan momentum pertumbuhannya bagi tiga (3) tahun terakhir. Tumpuannya terhadap tadbir urus korporat, integriti, tanggungjawab dan kelestarian, serta peranan TM sebagai rakan kongsi dalam pembangunan negara, pastinya meninggalkan impak yang berkekalan kepada kami semua di TM.

Pada masa yang sama, saya ingin mengiktiraf sumbangan berharga YM Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin yang berkhidmat dengan penuh dedikasi selama 10 tahun; Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif kami sejak April 2008; Nik Rizal Kamil Tan Sri Dato’ Nik Ibrahim Kamil, Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor, Davide Giacomo Federico Benello dan Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain.

Saya juga mengalu-alukan ahli lembaga baharu kami, Dato’ Asri Hamidin @ Hamidon dan Faisal @ Pisal Abdul Ghani, kedua-duanya mewakili Kementerian Kewangan. Juga bermula dari 3 Oktober 2018, adalah Dato’ Mohd Naim Daruwish, Hisham Zainal Mokhtar dan Saheran Suhendran. Saya juga mengucapkan selamat kembali kepada Dr Farid Mohamed Sani, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Strategi (CSO) kami selama lebih dari empat (4) tahun.

Pasukan Pengurusan TM patut diberi penghargaan khusus di atas komitmen mereka yang teguh kepada Syarikat, terutamanya mereka yang memenuhi tugas GCEO yang mencabar – Dato’ Sri Mohammed Shazalli; Datuk Bazlan dan penyandangnya, Imri. Bagi pihak Warga TM, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka di atas usaha gigih dan sumbangan mereka.

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan kami kepada pelbagai pihak berkepentingan yang memberi sumbangan positif kepada kejayaan berterusan kami.

ROSLI MANPengerusi

Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pemegang saham kami, yang mempercayai perniagaan, anggota dan potensi kami untuk memberikan yang lebih baik. Dengan sokongan berterusan mereka, kami terus komited untuk mewujudkan pulangan dan nilai kepada para pemegang saham.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang baharu dan badan-badan pengawal selia di atas panduan dan nasihat mereka, terutamanya semasa peralihan dan pengenalan dasar baharu. Ucapan terima kasih yang seikhlasnya kepada rakan perniagaan kami, yang bekerjasama untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan kami.

Di dalam persekitaran yang mencabar dan pasaran yang berdaya saing, para pelanggan terus memberikan kepercayaan kepada kami, kekal setia dan menyokong aspirasi kami untuk “Menjadikan Hidup Lebih Mudah” untuk Digital Malaysia yang lebih baik. Penghargaan saya yang tulus kepada semua pelanggan kami di dalam dan luar negara.

Akhir sekali, sejunjung terima kasih dikhususkan kepada Warga TM, yang merupakan tulang belakang organisasi kami. Tanpa dedikasi dan usaha teguh mereka, kami tidak akan memperoleh kestabilan dan kekuatan yang diperlukan untuk mengekalkan perjalanan pertumbuhan kami. Saya percaya, kami akan terus menunjukkan keupayaan, menyediakan penyelesaian yang lebih baik dan memperoleh lebih banyak kejayaan di masa akan datang untuk semua pihak berkepentingan kami. Dengan itu, Kami Di Sini untuk Anda.

47

Seksyen : Penyata Pengerusi

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 9: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Penyata PemangkuKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan

IMRI MOKHTARPemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

48

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 10: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Ini adalah satu penghormatan buat saya untuk dipilih sebagai pengganti Datuk Bazlan Osman. Saya sentiasa bersedia untuk meneruskan rancangan yang telah kami rangka, bersama-sama dengan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan, bagi membawa organisasi ke tahap yang lebih tinggi di  samping terus berada “Di sini untuk anda”, menyajikan perkhidmatan kepada semua rakyat Malaysia dan menyumbang ke arah pembentukan sebuah Negara Digital. Tahun 2018 merupakan tempoh paling mencabar yang TM pernah hadapi, di mana kami berusaha menangani industri yang dinamik dan berdaya saing, tanpa tersasar fokus daripada strategi dan misi organisasi kami. Kami berdepan dengan cabaran yang ketara, namun ia terus menguatkan tekad kami untuk mengotakan apa yang kami perlu laksanakan untuk para pelanggan, pemegang saham, malah semua pihak berkepentingan kami.

Strategi dan tumpuan kami untuk Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital terus kekal, walaupun kami berdepan dengan cabaran yang belum pernah dialami sebelum ini yang memberi kesan kepada prestasi kami. Oleh itu, PIP2018 telah diperkenalkan sebagai tumpuan jangka pendek untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif penting yang akan meningkatkan prestasi kami untuk tahun 2018. PIP2018 adalah berlandaskan kepada empat (4) teras, iaitu (1) Pemeliharaan dan Peningkatan Hasil; (2) Keberuntungan yang Berkekalan; (3) Aliran Tunai Yang Lebih Baik dan (4) Peningkatan Produktiviti. Bagi tahun 2019 dan seterusnya, kami memperluaskan PIP2018 ke fasa seterusnya melalui PIP2019-2021. PIP2019-2021 akan kekal sebagai pelan pelaksanaan kami bagi tempoh tiga (3) tahun yang akan datang dan strategi keseluruhan kami akan memberi tumpuan kepada tiga (3) teras strategik – Perkhidmatan Konvergens; Mudah dan Digital; dan Kos Lebih Rendah dan Efisien. Teras strategik ini akan digerakkan oleh infrastruktur rangkaian bersepadu kami bersama dengan platform digital dan Warga TM.

Dalam berbuat demikian, TM akan mara ke fasa transformasi yang seterusnya. Hala tuju strategik baharu kami adalah bertumpu kepada pelanggan, yakni mengukuhkan falsafah ‘mengutamakan dan memudahkan pelanggan’. Ini akan menyaksikan kami kembali kepada asas, membina keupayaan kami dan mengkaji setiap aspek perniagaan untuk melakar laluan baharu.

Di  samping menukar cara kerja kami, TM perlu meningkatkan tempo perubahan. Ini adalah satu cabaran yang kami, sebagai Warga TM, bersedia untuk menerima dan saya bangga menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai apa yang dimaksudkan di muka surat berikutnya.

DI SINI UNTUK MEMPAMERKAN DAYA SAING DAN PERTUMBUHAN

Industri telekomunikasi, baik di dalam atau luar negara, mengharungi tahun yang mencabar dan terus mengalami penurunan hasil akibat peningkatan persaingan dan permintaan pelanggan yang meningkat. Penurunan harga jalur lebar, peningkatan kelajuan dan perluasan liputan adalah usaha berterusan kami untuk memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, walaupun persaingan yang kian sengit. Dalam menyesuaikan diri dengan perubahan ini, operasi perniagaan kami dan momentum pertumbuhan keseluruhan pada tahun ini turut terjejas.

Walau bagaimanapun, pengalaman industri kami sejak sekian lama telah melengkapkan kami dengan strategi untuk menghadapi cabaran dalaman dan luaran. Kami melihat cabaran ini sebagai peluang untuk transformasi dan pertumbuhan. Bagi tahun 2018, tumpuan utama kami adalah untuk memberikan pengalaman pelanggan yang unggul, memacu inovasi teknologi, dan memberikan penyelesaian yang menarik dan berdaya saing. Kami meneruskan strategi untuk menguruskan kos operasi dan mengkaji semula pelan CAPEX kami dengan membuat pelaburan terpilih dalam pembangunan rangkaian dan juga mendapatkan capaian daripada pembekal lain untuk perluasan rangkaian. Selain itu, kami juga memperkenalkan penawaran berbeza menerusi Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital, untuk memberi maklum balas yang berkesan kepada keperluan pelanggan kami yang tidak menentu.

PARA PEMEGANG SAHAM YANG DIHARGAI,

Saya dengan sukacitanya membentangkan laporan prestasi bagi tahun 2018, buat pertama kalinya dalam kapasiti saya sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Sebagai permulaannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah atas kepercayaan mereka terhadap saya untuk menerajui fasa seterusnya dalam transformasi Kumpulan TM.

49

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 11: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

DI SINI UNTUK MENCIPTA NILAI DAN PENGALAMAN PELANGGAN

Pasaran kini dinamik dan tanpa batasan disebabkan oleh kemunculan pendigitalan. Trend pelanggan juga pantas berubah, contohnya, semakin ramai pelanggan yang mengakses internet menerusi peranti mudah alih walaupun mereka berada di  satu tempat. Terdapat peralihan ketara dalam pilihan pelanggan, di mana mereka beralih dari perkhidmatan tetap ke mudah alih untuk kemudahan, kestabilan dan kemampuan. Tambahan pula, teknologi mudah alih yang semakin berkembang dapat memberikan pengalaman rangkaian yang setanding dengan rangkaian tetap. Ini, seterusnya, mencetuskan keperluan pelaburan bagi infrastruktur fiber tetap dan mudah alih tanpa wayar untuk memenuhi permintaan terhadap internet berkelajuan tinggi. Walau bagaimanapun, pengkomersialan akses internet kini telah menyebabkan tekanan ke atas harga.

Walaupun internet berkelajuan tinggi dan pengalaman dalam talian menjadi keutamaan pelanggan, kemajuan pesat dalam teknologi terus mempengaruhi pilihan dan tingkah laku belanjawan mereka. Sebagai contoh, permintaan untuk aplikasi over-the-top (OTT) dan digital semakin meningkat. Berdasarkan pemerhatian kami, semakin ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan OTT untuk hiburan serta pelbagai perkhidmatan dalam talian seperti e-hailing dan penghantaran barangan. Kami menjangkakan perkhidmatan ini akan terus berkembang dengan rakyat Malaysia yang kian mengamalkan gaya hidup digital dan bermanfaat darinya.

Sebagai tindak balas kepada pelbagai trend dan selaras dengan falsafah ‘pelanggan didahulukan’:

• Kami terus memanfaatkan potensi teknologi LTE seperti rangkaian 4G dan 5G yang akan datang. Kami menawarkan pakej LTE tanpa wayar sebagai pengganti bagi kawasan yang tiada fiber, manakala bagi kawasan yang mempunyai akses ke keterhubungan tetap kami, kami telah meningkatkan kelajuan secara beransur-ansur sejak dua (2) tahun yang lepas.

• Kami mengerah aset sedia ada untuk menghapuskan duplikasi dan menggantikan teknologi usang dalam proses dan operasi kami.

• Kami memanfaatkan peluang digital dengan berkolaborasi dengan OTT, baik dari dalam dan luar negara, untuk mempertingkatkan pengalaman dan kemudahan pelanggan, menjadikan kehidupan mereka lebih mudah.

Dengan langkah-langkah ini, aspirasi jangka sederhana kami adalah untuk muncul sebagai sebuah organisasi yang bertumpukan pelanggan, yang dipacu oleh permintaan pasaran.

DI SINI UNTUK MENJADIKAN HIDUP LEBIH MUDAH

Kemajuan berterusan TM adalah berlandaskan strategi yang jelas dan usaha transformasi untuk menjadikan kehidupan lebih mudah. Di  samping itu, kami menyedari keperluan untuk menyesuaikan diri dalam industri yang pesat berubah. Maka kami secara proaktif telah memperbaik teras strategik utama kami – ‘Memacu Konvergens’ dan ‘Memperkasakan Digital’ (Sila rujuk kepada Laporan Tahunan Bersepadu TM 2017 untuk rujukan selanjutnya), untuk menyampaikan objektif tersebut.

Dalam kami melalui fasa transformasi seterusnya, ini tidak bermakna bahawa kami akan menghapuskan yang lama untuk membina sesuatu yang berbeza sama sekali. Kami tetap TM seperti yang anda kenali, namun dipertingkatkan dalam cara kami beroperasi dan mencipta nilai. Kami sebagai sebuah organisasi, telah dikenali selama ini masih tetap sama dan relevan. Identiti kami sebagai institusi yang diamanahkan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara, pembangunan teknologi – dan akhirnya, kemakmuran – masih tidak berubah, malah diperkukuhkan. Dalam tempoh tiga (3) tahun akan datang, kami akan beransur-ansur memperbaik cara kami beroperasi. Kami akan berada di sini berkhidmat untuk anda – dengan cara yang lebih baik dan mudah.

Penumpuan pelanggan kekal menjadi fokus sebenar (true north) kami. Falsafah kami, iaitu ‘mengutamakan dan memudahkan pelanggan’ akan diperkukuhkan, dan dinyatakan sebagai teras dalam semua yang kami lakukan.

Pada asasnya, kami akan mendengar kehendak pelanggan, sementara itu menjadi proaktif dan memberi maklum balas dengan berkesan, melalui pemudahan proses dan peningkatan keupayaan digital.

TM akan kekal sebagai syarikat telekomunikasi bersepadu dan pemacu Negara Digital. Dilengkapi sepenuhnya dengan rangkaian bersepadu tembaga, fiber dan tanpa wayar kami; dihubungkan dengan infrastruktur ICT dan platform digital, kami dapat memberi khidmat kepada semua pelanggan, pengguna, perniagaan, sektor awam dan peserta industri secara menyeluruh. Kami akan berada di sini sebagai pusat sehenti buat pelanggan kami, dengan pelbagai penawaran dan sokongan untuk memenuhi semua keperluan digital anda.

Penyata PemangkuKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan

201920162011Peneraju Jalur Lebar Peneraju Konvergens Pemacu Negara Digital

TM SENTIASA BERUBAH KE ARAH PEMBANGUNAN SEBUAH NEGARA DIGITAL

50

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 12: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Kami akan berada di sini sebagai pusat sehenti buat pelanggan kami, dengan pelbagai penawaran dan sokongan untuk memenuhi semua keperluan digital anda.

Melalui unifi, kami akan mempercepat penawaran gaya hidup konvergens digital untuk pelanggan kediaman dan PKS, dengan lebih fokus dalam peningkatan interaksi pelanggan yang positif dan lebih mudah. Bagi TM ONE, kami akan terus membuat penambahbaikan untuk memenuhi keperluan pelbagai industri dalam perusahaan dan sektor awam. Sebagai pemacu kepada perniagaan untuk merealisasikan sepenuhnya potensi digital mereka, TM berkeupayaan untuk menawarkan pelbagai penyelesaian infrastruktur digital seperti Perkhidmatan Awan dan Penyelesaian Pintar, termasuk bandar pintar. Keupayaan ini adalah penting dalam membolehkan perniagaan berkembang maju dalam Revolusi Perindustrian 4.0, serta membolehkan sektor awam berkhidmat kepada Rakyat dengan lebih baik, sambil mempercepatkan pembentukan Malaysia sebagai sebuah Negara Digital.

Bahagian perusahaan borong domestik dan antarabangsa kami, TM GLOBAL, akan terus menjadi tulang belakang industri yang menghubungkan Malaysia ke seluruh dunia. Keutamaannya adalah mengukuhkan kedudukan TM dengan membina hubungan, menjalin usahasama dan pada masa yang sama menyokong rangkaian global kami dengan lebih cekap.

Kecekapan kos yang optimum dan produktiviti yang lebih baik akan membantu meningkatkan transformasi kami. Paling utama, kami akan terus memupuk keupayaan anggota supaya semua Warga TM diperkasakan dengan kemahiran yang penting untuk transformasi dalam era konvergens. Ini termasuk ketangkasan serta pemikiran yang bertumpu kepada pelanggan.

51

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 13: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Penyata PemangkuKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan

HALATUJU STRATEGIK BAHARU TM DALAM MEMPERKUKUH TUMPUAN TERHADAP PELANGGAN: TM SEBAGAI RAKAN UTAMA DAN PEMACU ASPIRASI NEGARA DIGITAL MALAYSIA MELALUI KETERHUBUNGAN DAN INFRASTRUKTUR DIGITAL

Kediaman & Individu PKS & Perusahaan Sektor Awam

Masyarakat Digital Perniagaan Digital Kerajaan Digital

INFRASTRUKTUR DIGITAL

INFRASTRUKTUR FIZIKAL TETAP DAN TANPA WAYAR YANG MENYOKONG KESEMUA INFRASTRUKTUR DAN PERKHIDMATAN DIGITAL

DATA SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI

PERKHIDMATAN AWAN

IOT & BANDAR PINTAR

PENGENALAN DIGITALPEMBAYARAN KESELAMATAN SIBER

KETERHUBUNGAN

NEGARA DIGITAL

PELANGGAN

DI SINI UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI, BERPANDUKAN PIP2019-2021

Para pelanggan adalah keutamaan terpenting dalam fasa transformasi kami yang seterusnya. Untuk menjadi sebuah Organisasi Bertumpukan Pelanggan yang sebenar, kami akan terus mempermudah interaksi dan mempertingkatkan perjalanan pelanggan melalui keupayaan digital dan penglibatan secara peribadi. unifi akan memberi tumpuan dalam meningkatkan interaksi pelanggan dengan keupayaan layan diri digital merentasi akses saluran omni, ke arah memacu penambahbaikan Net Promoter Score (NPS) dan sentimen media sosial. Sementara itu, untuk pelanggan-pelanggan perniagaan, TM  ONE akan berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyampaikan penglibatan pelanggan yang berkualiti sambil mempermudahkan aktiviti operasi. Bagi rakan kongsi kami dalam industri telekomunikasi tempatan dan antarabangsa, TM GLOBAL akan memberi tumpuan ke arah memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemacu pertumbuhan perniagaan yang diyakini dengan meningkatkan dan mengembangkan hubungan perniagaan sedia ada serta berinteraksi dengan pihak pengawal selia secara proaktif untuk manfaat semua pihak berkepentingan.

Didorong oleh strategi utama kami dan PIP2019-2021, kami yakin bahawa kami akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat pelanggan kami dan mencipta “Pengalaman TM” yang mudah di setiap pusat interaksi.

Nota:1. Pemeliharaan dan Peningkatan Hasil2. Aliran Tunai Yang Lebih Baik

3. Keuntungan yang Berkekalan4. Peningkatan Produktiviti

Pemetaan Strategi Utama dan PIP2019-2021

Organisasi Bertumpukan Pelanggan

TERAS STRATEGI PENGGERAK

MUDAH DANDIGITAL

INFRASTRUKTUR RANGKAIAN BERSEPADU DAN PLATFORM DIGITAL

PERKHIDMATAN BERSEPADU

KOS YANG LEBIH RENDAH DAN EFISIEN

PEMBANGUNAN ANGGOTA

1 12 2 2 23 34 4 4

52

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 14: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

IMRI MOKHTARPemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

1

3

Peningkatan Produktiviti: Mencapai tahap produktiviti seterusnya melalui pendigitalan dan permudahan, memupuk cara kerja baharu dan berubah ke arah sebuah organisasi yang lebih tangkas dan memudahkan.

4

Bagi tiga (3) tahun yang akan datang, tumpuan kami adalah kepada tiga (3) teras strategi berikut:

Rangkaian kami dan Warga TM adalah pengupaya untuk menyampaikan tiga  (3) teras strategi:

Teras Strategi 1Perkhidmatan KonvergensMengekalkan keuntungan sedia ada dan meningkatkan pulangan hasil yang berpanjangan dengan menyediakan perkhidmatan baharu menerusi konvergens dan solusi digital

Penggerak 1Infrastruktur Rangkaian Bersepadu dan Platform Digital Melabur secara terpilih dalam infrastruktur rangkaian bersepadu untuk memperluaskan lagi rangkaian dan membangunkan platform digital untuk meningkatkan pengalaman pelanggan serta operasi perniagaan

Teras Strategi 2Mudah dan DigitalPendigitalan pengalaman pelanggan, dan meringkaskan produk, proses operasi IT dan rangkaian

Penggerak 2Pembangunan AnggotaMemupuk dan melengkapkan anggota dengan membina keupayaan, kemahiran-kemahiran masa depan dan kaedah baharu untuk bekerja termasuklah memupuk budaya berorientasikan pelangganTeras Strategi 3

Kos yang Lebih Rendah dan EfisienMengoptimumkan kos hasil operasi secara efisien, peningkatan produktiviti dan mengubah kepada modal operasi yang lebih cekap

Pemeliharaan dan Peningkatan Hasil: Bertahan, dan meningkatkan kecekapan hasil pendapatan melalui inisiatif perniagaan yang strategik bagi unifi, TM ONE dan TM GLOBAL.

Pengekalan Keuntungan: Mengoptimumkan kos dengan menambahbaik rangkaian, IT dan penyelenggaraan melalui proses yang diringkaskan dan menamatkan redundansi dalam proses.

Penambahbaikan Aliran Tunai: Mengutamakan perbelanjaan CAPEX dengan mengerah aset sepenuhnya, pelaburan yang disasarkan dan pengurusan portfolio yang efisien.

Teras strategi dan pemacu yang dijelaskan di atas telah dipetakan ke dalam Program Peningkatan Prestasi (PIP2019-2021), untuk memberikan panduan jelas mengenai pelan tindakan yang perlu TM laksanakan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam tempoh tiga  (3) tahun.

PIP2019-2021 akan memandu halatuju Kumpulan menerusi sistem, proses dan tadbir urus yang dipermudahkan. Inisiatif-inisiatif yang diutamakan di bawah keempat-empat (4) teras ini adalah untuk mempercepatkan usaha kami bagi seluruh Kumpulan untuk mengukuhkan penyampaian dan prestasi.

Melangkah ke hadapan pada tahun 2019, TM akan mempermudah cara operasi perniagaan dan mengekalkan usaha dalam meneroka pertumbuhan baharu menerusi inovasi berterusan yang diilhamkan oleh kehendak pelanggan. Kami jelas dengan misi kami untuk mencapai aspirasi sebagai rakan utama dan pemacu kepada Negara Digital. Untuk mencapai matlamat ini, kami akan memberi tumpuan kepada kekuatan teras kami dan meningkatkan tempo pelaksanaan bagi mencapai prestasi perniagaan yang lebih baik, dan memberikan penciptaan nilai kepada para pemegang saham kami.

Rancangan pemeliharaan dan peningkatan hasil termasuk memacu konvergens merentasi seluruh portfolio produk dan perkhidmatan kami. Ini termasuk perluasan jalur lebar seiring dengan peningkatan kelajuan secara berterusan, kerjasama dengan OTT untuk perkhidmatan video yang diperkaya dan mengukuhkan bahagian pasaran kami, terutamanya dalam perkhidmatan mudah alih. Bagi perniagaan, kami akan memberi tumpuan kepada industri-industri yang bernilai tinggi dan akaun utama, serta memanfaatkan peluang digital merangkumi keterhubungan. Kami juga akan mempercepat penawaran perniagaan baharu di pasaran domestik dan antarabangsa, dengan merombak portfolio produk dan penyelesaian supaya memperoleh model borong yang seimbang dan menarik.

Sebagai sebahagian dari pelan pengekalan keuntungan, kami akan lebih berwaspada terhadap peningkatan kos langsung, kos kerjasama perniagaan dan kos perayauan domestik; sejajar dengan peningkatan kecekapan rangkaian dan sistem IT kami. Selain kos untuk perkhidmatan, kami mengoptimumkan kos-kos lain termasuk sewa, utiliti dan perbelanjaan pemasaran. Meningkatkan kesedaran kos antara Warga TM telah menyumbang kepada pengurangan kos yang ketara selama ini, dan kami akan terus menyelaraskan kos untuk mengekalkan keuntungan kami.

Rangkaian kami adalah salah satu pelaburan dan aset yang berharga. Sejak sekian lama, kami telah melabur dalam infrastruktur dan sistem baharu untuk mengganti atau memelihara infrastruktur berdasarkan jangka hayat dan penggunaannya. Untuk memperbaiki aliran tunai, penilaian yang teliti terhadap rangkaian kami dilakukan secara konsisten; justeru membolehkan kami mengoptimumkan rangkaian kami sambil memperluas jangkauannya.

Kami akan terus memberi tumpuan dalam mengerah aset sedia ada seiring dengan pelaksanaan terpilih untuk memperluaskan liputan kami. Sekiranya terdapat infrastruktur baharu dibina oleh peserta baharu yang berpotensi untuk menyediakan akses rangkaian pada tahun-tahun yang akan datang, kami melihat ini sebagai peluang untuk memperluaskan liputan tanpa pelaburan yang tinggi. Oleh itu, di mana ia boleh dilaksanakan, kami juga akan mencari peluang untuk memperoleh akses daripada penyedia rangkaian yang lain.

Di samping itu, kami juga akan memastikan pengurusan portfolio teras dan bukan teras secara berkesan serta meningkatkan pengurusan akaun penerimaan dalam kesemua tiga (3) kluster pelanggan.

Selain itu, aset kami yang paling bernilai, Warga TM, akan diperkasakan ke tahap produktiviti yang seterusnya untuk mencapai kemampanan operasi. Kami mengamalkan budaya segera bertindak dan peningkatan tempo dalam memupuk “tenaga kerja yang AGILE”. Kami akan mengurangkan lapisan anggota kami untuk berubah dari organisasi hierarki supaya memberikan lebih banyak pemerkasaan ke arah mencapai matlamat kami untuk meningkatkan tumpuan terhadap pelanggan.

PIP2019-2021 menggariskan komitmen kami untuk memberikan yang terbaik sambil berpegang kepada identiti kami sebagai sebuah institusi. Halatuju strategik TM yang baharu akan mendorong kami untuk bekerjasama dan mencipta masa depan yang progresif buat semua, dalam merealisasikan visi kami untuk menjadikan hidup dan perniagaan lebih mudah, demi kesejahteraan Malaysia. Kini dan sentiasa, dengan banyak lagi pencapaian yang menarik di  sepanjang perjalanan ini, kami DI SINI UNTUK ANDA.

2

53

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 15: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

TINJAUAN KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) SEBENAR

Secara keseluruhannya, industri telah berdepan pelbagai cabaran dalam era yang terkesan dengan pendigitalan yang pesat, persaingan sengit, perang harga, penerimaan data (Datafication), tekanan industri serta faktor budaya dan sosio-politik lain yang mempengaruhi kecenderungan dan tingkah laku pengguna. Para pengendali talian tetap dan mudah alih dan keupayaan mereka untuk beroperasi dan meraih keuntungan dipengaruhi oleh trend ini.

Pada tahun 2018, kami menyaksikan syarikat-syarikat pengendali mengadaptasikan model operasi mereka dengan menggunapakai pendigitalan dan ICT untuk meningkatkan pertumbuhan, serta melaksanakan inisiatif operasi dan kecekapan kos untuk kekal mapan.

Menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Malaysia diunjurkan mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 4.5% pada tahun 2019. Permintaan dalam negara akan terus menjadi penjana pertumbuhan, walau bagaimanapun, akan wujud kelembapan dalam permintaan luaran.

SAIZ PASARAN RUNCIT

Sektor telekomunikasi berdepan cabaran yang semakin meningkat dalam era digital ini, dan Malaysia tidak terkecuali kerana persaingan sengit, pengurangan harga, peningkatan mendadak tinggi dalam penggunaan data, serta perubahan kawal selia menyebabkan tekanan kepada operasi perniagaan syarikat pengendali.

Sumber: IDC Tracker, Kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 2019 – 2022, Jumlah Talian Tetap dan Mudah Alih = 0.9%a: anggaran r: ramalan

Sumber: Tinjauan Ekonomi Malaysia suku keempat 2018 (MIER)a: anggaran r: ramalan

2020r2008

Malaysia: Pertumbuhan KDNK Sebenar

2019r2018a20172016

4.8

-1.5

7.4

% perubahan tkt

5.3 5.5

4.7

6.0

5.0

4.2

5.9

4.7 4.5

4.5-5.5

201520142013201220112010

2009

32.632.6

2013 2014 2015 2016 2017 2018a 2019r 2020r 2021r 2022r

Tetap Mudah Alih

Saiz Pasaran Runcit 2019r = RM31.70 bilion

Jumlah

32.8 33.0 33.2 33.1 32.3 31.7 32.1 32.4

RM Bilion

54

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Analisis danTinjauan Pasaran

Page 16: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Permintaan pengguna dan perniagaan untuk perkhidmatan talian tetap akan berterusan. Langganan perkhidmatan suara tradisional dijangka terus menurun dengan pengguna beralih ke platform suara mudah alih dan suara OTT. Permintaan untuk keterhubungan fiber dan jalur lebar berkelajuan tinggi, akan didorong oleh pengenalan dan penerimaan perkhidmatan lebar jalur tinggi seperti siaran secara langsung kandungan 4K, realiti maya, eSukan, aplikasi awan dan kediaman pintar.

Untuk menggalakkan pelaksanaan infrastruktur fiber, terdapat keperluan untuk memberi insentif kepada pemilik, pengurus dan pemaju bangunan yang menyediakan sambungan fiber dalam premis mereka. Ianya juga penting untuk menyelaraskan dan mempercepatkan proses kelulusan pihak berkuasa tempatan dan syarat hak lalu-lalang untuk memasang fiber pada masa yang tepat dengan harga yang berpatutan.

Pembangunan teknikal untuk penghantaran data melalui tembaga seperti Talian Digital Pelanggan Dengan Kadar Bit Sangat Tinggi (VDSL), Vectoring, Super-Vectoring, G.fast, Fibre to the Cabinet (FTTC) dan Fibre to the Distribution Point (FTTdp), yang meningkatkan kapasiti jalur lebar dari sambungan tembaga tradisional asas, telah meningkat dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan memberikan penyelesaian jangka sederhana yang boleh dilaksanakan sebelum rangkaian fiber dipasang.

KOMUNIKASI TANPA WAYAR

Sebagai tindak balas kepada peningkatan kebergantungan pengguna terhadap telefon pintar untuk akses internet dan pengalaman digital, liputan mudah alih 4G akan terus menjadi tumpuan kami, dan akan diperluaskan ke tapak/kawasan lain di negara ini. Gaya hidup digital pengguna semasa dan masa depan akan memacu keperluan untuk sambungan dan lebar jalur yang lebih pantas dan mampu milik. Ini akan memberi tekanan kepada Pengendali Rangkaian Mudah Alih untuk terus melabur dalam infrastruktur untuk menyediakan pelan data berkelajuan tinggi, tanpa menaikkan harga.

Ketika piawaian dan spesifikasi untuk 5G sedang dimuktamadkan, kita akan menyaksikan penggunaannya dalam ekosistem, percubaan dan inisiatif 5G menjadi semakin biasa. Model telefon pintar 5G dijangka diperkenalkan di pasaran. Oleh itu, adalah penting bagi pelan hala tuju dan ketersediaan spektrum, serta dasar dan garis panduan yang tepat untuk 5G dimuktamadkan pada tahun 2019, untuk memastikan Malaysia menerajui pembangunan 5G.

Dengan Internet untuk Segalanya (IoT) semakin popular bagi mendapatkan pandangan dan memperbaiki proses membuat keputusan, semakin banyak objek fizikal, sensor dan peranti akan dihubungkan ke internet. Menurut laporan GSMA Intelligence, kita boleh menjangkakan peningkatan ketara dalam jumlah sambungan 5G, mencapai 1.10 bilion menjelang 2025, didorong oleh peluang dalam sektor kesihatan, pembayaran elektronik, kereta pandu sendiri, realiti maya, kecerdasan buatan dan pembelajaran berasaskan mesin, telefon pintar dan alat pakai guna yang baharu.

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT)

Memandangkan Malaysia berhasrat mencapai status negara maju menjelang 2025, ICT telah dikenal pasti sebagai salah satu pemacu utama bagi kesemua pembangunan. Transformasi pengguna dan perniagaan akan terus dipacu oleh trend utama seperti perubahan pengguna dari komputer tradisional ke telefon pintar dan tablet; permintaan untuk kandungan multimedia interaktif masa nyata yang meningkat, disokong oleh teknologi mudah alih; dan populariti pengkomputeran awan, Analitik Data Raya, X-as-a-service (XaaS) – menyampaikan apa sahaja sebagai perkhidmatan, aplikasi media sosial dan IoT.

ANALISIS DATA & KECERDASAN BUATAN (AI)

Penerimaan data (Datafication) adalah trend teknologi yang mengubah semua aspek kehidupan dan perniagaan kita kepada data berkomputer, mengubah maklumat berkenaan kepada bentuk nilai yang baharu. Dengan kata lain, dengan pendigitalan, kita akan terus melihat jumlah data yang banyak dihasilkan dari pelbagai sumber dan aktiviti. Kelangsungan perniagaan dan keinginan mereka untuk bersaing dan menyampaikan penyelesaian baharu akan bergantung kepada kemampuan mereka untuk memproses dan menggunakan data (dengan pantas) untuk menghasilkan dan menyampaikan nilai. Analisis lanjutan dan AI akan terus memainkan peranan yang besar dalam membentuk masa depan kita, mengubah setiap aspek perniagaan syarikat pengendali telekomunikasi – dari pemprosesan data automatik, penyelesaian peningkatan kecekapan pintar, pengkomputeran hibrid dan keterhubungan kepada pengalaman pelanggan yang khusus dan penyelesaian produk yang berbeza.

INTERNET UNTUK SEGALANYA (IoT)

IoT telah merevolusikan cara perniagaan beroperasi. Ia mencipta ekosistem yang luas bagi pertukaran data yang bermakna dan bijak. Kerajaan Malaysia telah memberi perhatian khusus dalam membangunkan subsektor IoT, yang telah menghasilkan beberapa usahasama pasaran. IoT terus memberi tumpuan terhadap mengintegrasikan pelbagai aliran data baharu dari mesin dan sensor dengan sumber data sedia ada dan baharu bagi menghasilkan pandangan baru dan tindakan yang boleh diambil. Melangkah ke hadapan, pengkomersialan infrastruktur ‘bandar pintar’ dijangka memacu penggunaan IoT merentasi sektor sosial dan ekonomi utama.

PUSAT DATA & PERKHIDMATAN AWAN

Pengkomputeran awan menarik pelaburan dalam pusat data dan didorong oleh permintaan dari Perisian-sebagai-Perkhidmatan (SaaS); Infrastruktur-sebagai-Perkhidmatan (IaaS); dan Platform-sebagai-Perkhidmatan (PaaS). Dengan ini pengguna berasa lebih selesa dan selamat menyimpan data di awan, perniagaan juga menyedari keupayaan mereka untuk mengurangkan dan menguruskan kos melalui penggunaan infrastruktur awan.

55

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 17: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Di TM, model perniagaan dan operasi kami adalah disokong oleh Rangka Kerja Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM) yang mantap, bertujuan untuk memastikan organisasi mampu bertahan bagi berdepan dengan ketidak-tentuan pasaran dan kemerosotan prestasi. Secara umum, risiko utama perniagaan kami datang daripada peningkatan persaingan dan perubahan dalam landskap industri, selain risiko lain yang berkaitan dengan kemapanan dan reputasi. Berikut adalah beberapa risiko utama dan tindakan mitigasi yang digariskan bagi tahun 2018.

Kami akan terus menumpukan usaha untuk menjangka dan mengurangkan risiko sambil memanfaatkan sebarang peluang yang mungkin muncul. Penerimaan rangka kerja PRP di seluruh organisasi terus memberikan jaminan bahawa risiko yang mempengaruhi kami telah dikenal pasti, dinilai dan ditangani dengan munasabah untuk meminimumkan kesan risiko kepada TM.

PERSAINGAN

Risiko Utama Langkah-langkah Kawalan

• Mengekalkan hasil, margin, kelebihan daya saing dan pengurangan kesetiaan pelanggan disebabkan oleh perubahan permintaan dan tingkah laku pelanggan, kemunculan teknologi baharu dan peningkatan penggunaan lebar jalur bagi kandungan dan aplikasi dalam pasaran.

• Melaksanakan beberapa pelan tindakan untuk meningkatkan kedudukan daya saing TM melalui PIP2018. Inisiatif termasuk:– Aktiviti jualan dan interaksi pelanggan seluruh negara secara intensif melalui inisiatif

‘Gerak-Gempur’ dan panggilan jualan peribadi kepada pelanggan.– Mempercepatkan penaiktarafan kepantasan untuk pelanggan unifi dan pra-unifi.– Memperkenalkan pelan unifi basic sebagai pakej permulaan dan paling mampu milik– Melancarkan pelan dan pakej pascabayar baharu bagi unifi Mobile.– Beralih daripada penawaran keterhubungan tulen ke arah penyelesaian ICT bersepadu

dan penyelesaian konvergens yang disesuaikan dengan industri vertikal.– Memberi lebih penekanan terhadap jualan konsultatif yang mengintegrasikan perkhidmatan

keterhubungan dan melangkaui penyelesaian keterhubungan.– Memperkukuhkan daya saing ke arah menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dengan

memanfaatkan syarikat bersekutu untuk merebut peluang serantau dengan pelaburan yang minimum serta menerusi kerjasama dengan syarikat global terkemuka yang lain.

TEKANAN HARGA

Risiko Utama Langkah-langkah Kawalan

• Kemerosotan pertumbuhan hasil, penguasaan pasaran dan kelebihan daya saing disebabkan oleh kemasukan lebih banyak pembekal perkhidmatan ke segmen khusus berikutan semakan semula harga untuk Perkhidmatan Akses dan Transmisi Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)

• Merealisasikan sasaran perkhidmatan ke pasaran dengan meletakkan penawaran konvergens dan digital sebagai pembeza pasaran. Pakej yang digabungkan ditawarkan untuk mengekalkan pendapatan purata bagi setiap pelanggan (ARPC).

• Pelaksanaan pengoptimuman dan pengurusan kos di seluruh Kumpulan bagi mengurangkan jurang hasil.

MASA HADAPAN 5G

Risiko Utama Langkah-langkah Kawalan

• Dasar dan kesediaan spektrum 5G di Malaysia masih tiada kepastian yang mana menghalang perancangan lanjut dan kemajuan 5G.

• Ekosistem peranti dan aplikasi 5G mengambil masa untuk matang serta penerimaan masyarakat, dan mungkin memerlukan subsidi pada peringkat awal.

• Pelaburan 5G dijangka tinggi dengan pulangan yang tidak menentu.

• Mengambil bahagian dalam Pelancaran Pameran 5G yang dianjurkan oleh SKMM untuk menyampaikan keupayaan dan kepakaran TM dalam pelaksanaan teknologi 5G.

• Menyumbang kepada Pasukan Petugas 5G Nasional yang diketuai oleh SKMM – dalam Kumpulan Kerja untuk Spektrum, Infrastruktur dan Pengawalseliaan – dijangka siap menjelang akhir Oktober 2019.

• Mengendalikan percubaan lapangan pada Q3 ‘2019 untuk lebih memahami prestasi dan batasan 5G bagi penggunaan masa depan, serta untuk meneroka kes-kes penggunaan baharu. Percubaan lapangan tersebut bertujuan untuk mengesahkan kebolehlaksanaan 5G sebagai penyelesaian Akses Tanpa Wayar Tetap untuk TM.

• Memperoleh pengetahuan dan kecekapan 5G dengan terus mengikuti pembangunan pasaran 5G global dan tempatan.

• Keputusan dari inisiatif 5G kami akan membantu kami menjalankan kajian kebolehlaksanaan dalam pelaksanaan 5G bagi memastikan keupayaan kami untuk melabur, dengan menguruskan pelaburan spektrum dan pembangunan rangkaian kami.

56

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Risiko Utama dan Langkah-Langkah Kawalan

Page 18: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Pada tahun 2018, kami menghadapi pelbagai cabaran disebabkan dinamik pasaran yang kompetitif seperti liberalisasi industri serta cabaran berikutan peningkatan persaingan. Persekitaran operasi yang mencabar dan persaingan yang sengit telah memberi impak yang ketara terhadap prestasi TM.

Walau bagaimanapun, pelbagai inisiatif yang diambil untuk meningkatkan kecekapan kami melalui PIP2018 dapat dilihat dalam keputusan kewangan keseluruhan bagi tahun 2018.

PRESTASI KEWANGAN (BAGI TAHUN KEWANGAN 2018)

Untuk ulasan lebih mendalam berkenaan Prestasi Kewangan kami, sila rujuk buku Penyata Kewangan yang disertakan secara berasingan; dan mengenai Pengurusan Kewangan kami, rujuk kepada Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO Kumpulan), pada muka surat 76 hingga 79, iaitu bahagian berikutnya selepas Perbincangan & Analisis Pengurusan ini.

EBIT DinormalisasiKumpulan

RM1.07bilion

PATAMI DinormalisasiKumpulan

RM632.4juta

Hasil Kumpulan

RM11.82bilion

Dividen tunai interim 2.0  sen sesaham

Jumlah perbelanjaan modal (CAPEX) 18.1% daripada

hasil

RM2.14bilion

RM75.1juta

57

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

UlasanPrestasi Kewangan

Page 19: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Jenama utama Konvergens kami, unifi telah meningkatkan aras perkhidmatan bagi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di Malaysia dari segi kelajuan, liputan dan kepercayaan pelanggan. Pada tahun 2018, unifi terus menaik taraf pelan jalur lebar untuk pelanggan sedia ada, kini sehingga 800Mbps.

58

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

UlasanPerniagaan

Page 20: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Sebagai pemacu Negara Digital, unifi mempunyai peranan unik dalam memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati manfaat jalur lebar di mana-mana sahaja. Dalam menuju ke arah ekonomi yang diterajui oleh digital dan kreativiti, adalah penting bagi Malaysia untuk meningkatkan kelajuan jalur lebar bagi merealisasikan kemungkinan tanpa sempadan yang dibawa oleh teknologi dan gaya hidup digital. unifi berada di sini untuk meneraju bagi merealisasi visi Negara Digital, menerusi kecekapan dan kemampuan kami – menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang boleh dipercayai pada harga berpatutan dan dilengkapi dengan nilai terbaik di negara ini.

Inisiatif Penaiktarafan Turbo pada akhir Januari 2019

>911,000 pelanggan unifi dinaik taraf kepada kelajuan 10X

>239,000 pelanggan Streamyx di kawasan unifi dinaik taraf kepada unifi

>181,000 pelanggan Streamyx dinaik taraf kepada kelajuan 2X

>2.5 juta kediaman, 1.3 juta pelanggan unifi

109 saluran unifi TV (62 berdefinisi tinggi)

53.0% kadar Konvergens menembusi isi rumah

>400,000 pelanggan PKS

FAKTA PENTING

MEMACU PENGALAMAN KONVERGENS DENGAN unifi

Objektif kami adalah untuk menyediakan pengalaman dalam talian yang terbaik di mana-mana sahaja, dan konvergens telah membuka kemungkinan ini. Meningkatkan pengalaman pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dan kami sentiasa menambah baik rancangan perluasan rangkaian kami. Setakat ini, rangkaian konvergens tetap dan tanpa wayar telah mencapai hampir 3.0 juta kediaman dan PKS. Kami akan terus memperluaskan rangkaian kami, menembusi kawasan luar bandar dan menyeberang lautan untuk sampai ke pulau-pulau.

Kami melihat infrastruktur rangkaian konvergens sebagai pemacu utama digital, di mana unifi akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat Malaysia terus berhubung. Untuk memberikan pengalaman perhubungan yang lancar, perkhidmatan unifi dilengkapkan dengan jalur lebar berkelajuan tinggi – yang meliputi keterhubungan tetap, mudah alih (LTE) dan WiFi – di kediaman, pejabat dan tempat awam. Digabungkan dengan perkhidmatan digital seperti unifi TV, perkhidmatan tambah nilai dan aplikasi OTT, kami berbesar hati membawakan pengalaman konvergens kepada pelanggan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, menerusi sebarang peranti.

Kami percaya bahawa pengalaman konvergens haruslah merangkumi semua individu. Inilah sebabnya kami telah menjadikan unifi lebih berpatutan dengan pelan mampu milik RM79; dan untuk pelanggan yang sedia ada, kami meneruskan usaha menaik taraf kelajuan jalur lebar mereka sehingga sepuluh (10) kali ganda tanpa kos tambahan.

Sehingga Januari 2019, kami telah menaik taraf lebih daripada 911,000 pelanggan unifi dengan peningkatan kelajuan sehingga sepuluh kali ganda daripada kelajuan sedia ada melalui inisiatif penaiktarafan Turbo kami. Lebih daripada 239,000 pelanggan Streamyx yang berada dalam kawasan liputan unifi telah menikmati naik taraf percuma ke unifi. Kami juga berjaya menaik taraf lebih daripada 181,000 pelanggan Streamyx yang tinggal di  kawasan tanpa liputan unifi kepada dua (2) kali ganda kelajuan sedia ada, di kawasan-kawasan tanpa halangan teknologi, pada harga yang sama.

Bagi mereka yang belum dinaik taraf, kami akan meneruskan perbincangan dengan Kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneliti pilihan pembiayaan khusus, teknologi bersesuaian (fit-for purpose) serta mengoptimumkan mekanisme industri sedia ada untuk menyampaikan pengalaman jalur lebar yang lebih baik di  seluruh negara.

59

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 21: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

DI SINI UNTUK MENJADIKAN HIDUP LEBIH MUDAH MENERUSI DIGITAL

Digital adalah salah satu aspek penting dalam perniagaan dan kelestarian unifi. Dengan landskap digital yang semakin matang, keperluan pelanggan terhadap perkara-perkara yang boleh menjadikan hidup mereka lebih mudah akan terus berevolusi. Digital dalam menjalankan perniagaan juga telah mendorong PKS untuk mengkaji semula strategi mereka untuk menjadi lebih efektif dan meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhannya. Dalam memenuhi permintaan ini, kami meneruskan usaha untuk meningkatkan penggunaan digital dalam kalangan pelanggan kami, termasuk PKS dengan menambah baik portfolio produk dan penyampaian perkhidmatan kami.

Pada tahun 2018, kami memperkenalkan inisiatif Memacu Penggunaan Digital (DDA) di seluruh Kumpulan untuk memacu peningkatan pengalaman pelanggan kami dengan menggunakan digital. Inisiatif ini membantu menggerakkan sumber-sumber kami untuk mempromosikan saluran, penyelesaian dan aplikasi digital kepada pihak berkepentingan luaran dan dalaman kami. Ringkasnya, ia mendorong pemerolehan pelanggan baharu, memindahkan pelanggan sedia ada ke digital serta mengurangkan kos melalui pengalihan aliran panggilan masuk ke saluran digital.

Sebagai tindakbalas kepada peningkatan permintaan untuk kandungan OTT, kami telah meningkatkan tawaran dengan penambahan kandungan OTT untuk unifi TV dan aplikasi unifi PlayTV. Kami berbesar hati melihat sambutan daripada para pelanggan dan kami juga sedang bekerjasama dengan rakan kongsi OTT lain yang berpotensi. Untuk pelanggan unifi Mobile, kami menawarkan lebih kemudahan dan kebebasan dengan unifi Mobile #BEBAS, yang memberi fleksibiliti untuk menaik taraf pelan prabayar berdasarkan penggunaan mereka, melalui aplikasi mobile@unifi.

Bagi PKS, kami telah memperkenalkan penyelesaian digital seperti alat binaan web dan pilihan pembayaran tanpa tunai. Selain itu, terdapat juga platform digital yang membolehkan PKS mengoptimumkan operasi perniagaan mereka serta membina rangkaian perniagaan baharu di pasaran digital.

Dari aspek perkhidmatan, penekanan kami adalah untuk meningkatkan kualiti interaksi dan penglibatan pelanggan. Pada tahun 2018, kami mempermudahkan dan meningkatkan ciri-ciri aplikasi digital layan diri, care@unifi, yang menjamin pengalaman yang lancar sepanjang perjalanan pelanggan. Kami juga beralih daripada platform pemasaran tradisional, memperluaskan jangkauan kepada pelanggan melalui saluran alternatif seperti media sosial dan media luar rumah.

unifi YANG LEBIH CEKAP DAN KOS EFEKTIF

Inisiatif penjimatan kos kami memberi tumpuan kepada penambahbaikan perkhidmatan dan proses untuk meningkatkan pengalaman pelanggan bagi operasi unifi telah memberi hasil yang positif pada tahun 2018. Beberapa hasil utama termasuk:

• Peningkatan e-Bill – 100.0% pelanggan unifi telah dipindahkan kepada e-Bill untuk mengurangkan kos kertas dan pencetakan. Namun, pelanggan diberi pilihan bil kertas dengan bayaran sebanyak RM2.

• Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar (BIP) – Mencapai kos operasi yang lebih rendah untuk rangkaian legasi, dengan menawarkan peningkatan kelajuan dan pemindahan daripada pakej Streamyx ke unifi.

• Fungsi Pengebilan Segera – Mempercepatkan penyelesaian masalah pelanggan dan mencapai 100.0% pembayaran bil terakhir daripada pelanggan yang menamatkan langganan.

• Aplikasi HERO untuk memacu Warga TM ke arah organisasi berorientasikan pelanggan – Meningkatkan pengalaman pelanggan dengan pengaktifan aplikasi mudah alih yang memanfaatkan Warga TM untuk menghasilkan potensi jualan dan interaksi dalam masa nyata.

60

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

UlasanPerniagaan

Page 22: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

MELANGKAH KE 2019 DAN SETERUSNYA

Pemeliharaan dan Peningkatan Hasil: unifi akan terus menyampaikan penawaran konvergens yang berpatutan sebagai penawaran nilai kami. Tumpuan kami adalah kepada mempertingkatkan pasaran unifi Mobile untuk meningkatkan bahagian pasaran kami dalam segmen mudah alih. Untuk terus meningkatkan kadar penerimaan unifi, kami akan terus menawarkan perkhidmatan yang dipakej termasuk talian tetap, tanpa wayar dan kandungan video pada harga yang menarik bagi menawarkan lebih nilai kepada pelanggan kami.

Pengekalan Keuntungan: Usaha kami untuk meningkatkan interaksi digital dan mempermudahkan proses bagi operasi unifi akan menyumbang kepada penjimatan kos yang ketara. Pendekatan kami adalah untuk menghapuskan proses yang bertindih dan lapuk, dan menggantikannya dengan penyelesaian digital, seperti aplikasi layan diri. Kami juga akan menumpukan pada kandungan tambahan dari usahasama OTT yang berpotensi, dan tidak menghasilkan kandungan kami sendiri, untuk mengurangkan perbelanjaan dan mengoptimumkan kos.

Penambahbaikan Aliran Tunai: Kami akan terus menyalurkan pelaburan strategik ke pelan perluasan rangkaian kami, untuk talian tetap dan LTE. Ini akan dilakukan menerusi keutamaan bidang dan fasa pelaksanaan. Kami juga akan memanfaatkan teknologi yang baru muncul untuk membaik pulih infrastruktur rangkaian yang sedia ada.

Peningkatan Produktiviti: Dalam usaha kami untuk memupuk tempat kerja yang ceria, kami bukan sahaja akan memperkayakan dasar dan program anggota, tetapi juga memacu pasukan berprestasi tinggi dengan peningkatan kemahiran dan memotivasikan mereka untuk menyumbang ke arah organisasi yang dinamik dan mampan.

Evolusi kami dari Peneraju Jalur Lebar dan Peneraju Konvergens telah mempersiapkan kami untuk menjadi pemacu Negara Digital. unifi menyahut masa depan digital dan berharap dapat menghubungkan dan memperkayakan kehidupan lebih ramai rakyat Malaysia, seterusnya membentuk masyarakat digital dan perniagaan digital.

1

3

4

2

RISIKO PASARAN UTAMA & KAWALAN

RISIKO PASARAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

Trend penggantian talian tetap ke mudah alih (FMS), di mana pengguna mengakses internet melalui talian mudah alih, walaupun di rumah kerana kelajuan mudah alih (LTE) boleh diterima untuk penggunaan internet pada bila-bila masa.

Memperkukuh reputasi unifi sebagai penyedia perkhidmatan jalur lebar yang paling dipercayai, kini tersedia dengan peningkatan kelajuan sehingga 800Mbps, dengan pakej permulaan mampu milik 30Mbps pada harga RM79. Pakej-pakej menarik, unifi Home dan unifi Mobile juga ditawarkan untuk memberi lebih nilai untuk wang.

1

Peningkatan persaingan daripada penyedia mudah alih, yang menembusi segmen talian tetap.

Menumpukan pada aktiviti pemasaran yang lebih agresif yang disasarkan untuk unifi, serta menguruskan pesaing melalui kemungkinan kerjasama.

2

Kehendak pelanggan yang berpindah kepada perkhidmatan kandungan OTT dan digital, memandangkan jalur lebar telah menjadi perkhidmatan komoditi.

Tawaran konvergens unifi diperkayakan dengan kandungan hiburan tempatan, aplikasi OTT dan pakej produktiviti untuk perniagaan (pemasaran dan penyelesaian pembayaran).

3

61

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 23: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

UlasanPerniagaan

TM ONE adalah cabang perniagaan kami yang menawarkan perkhidmatan bagi sektor perusahaan dan awam. Dengan memanfaatkan pelbagai keupayaan, kami bekerjasama dengan perniagaan untuk merealisasikan aspirasi digital mereka. Digital telah membolehkan penciptaan nilai baharu, penjimatan kos dan penjanaan pendapatan baharu. Rakyat Malaysia akan mendapat faedah dari kemudahan pelbagai perkhidmatan digital merentasi seluruh industri. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu dan penggerak Negara Digital Malaysia, TM ONE berada pada kedudukan yang tepat dengan infrastruktur dan penyelesaian yang komprehensif untuk membolehkan ekosistem perniagaan digital dan kerajaan digital. TM ONE menawarkan pelbagai penyelesaian digital untuk perusahaan dan sektor awam yang disesuaikan dengan industri mereka.

CIPTAAN NILAI DENGAN MEMANFAATKAN KONVERGENS

Mejangkaui keterhubungan, TM ONE adalah pusat sehenti yang membolehkan perusahaan dan sektor awam merealisasikan potensi digital mereka sepenuhnya. TM ONE kini memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 11,000 pelanggan merentasi pelbagai industri termasuklah kerajaan.

TM ONE menumpukan kepada “industri vertikal”, pendekatan kami untuk menyesuaikan penyelesaian konvergens secara menyeluruh untuk perniagaan, bersesuaian dengan industri vertikal mereka. Kami berusaha untuk memantapkan penawaran digital kami dalam tujuh (7) industri utama iaitu: Perbankan dan Kewangan, Minyak dan Gas, Hartanah, Kesihatan, Pendidikan, Pertahanan dan Keselamatan serta Perkhidmatan Sektor Awam di mana kami telah memperolehi pencapaian yang menggalakkan pada tahun 2018.

Dalam merangsang transformasi digital dalam sektor perbankan, kewangan dan insurans, TM ONE mengumumkan komitmen untuk bekerjasama dengan pemain teknologi kewangan (FinTechs), dalam membantu mereka untuk menyampaikan penyelesaian kewangan yang disesuaikan dengan penggabungan perkhidmatan kewangan mereka dengan penawaran kami. FinTechs boleh memanfaatkan kemampuan TM ONE untuk menyediakan akses yang berkuasa kepada pasaran dengan penyelesaian seperti Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM), pemasaran dan pengedaran serta Pemboleh Infrastruktur Fintech seperti Perkhidmatan Mudah Alih, Pusat Data, Perkhidmatan Awan, Keselamatan dan Perkhidmatan IoT.

62

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 24: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Contohnya, sebuah syarikat teknologi insurans (insurtech) yang menawarkan insurans mikro boleh menggunakan Penyelesaian Kediaman Terhubung TM ONE untuk menyediakan perlindungan insurans kontekstual kepada pemilik rumah yang merancang untuk melancong ke luar negara. Perkhidmatan berpotensi lain bagi industri vertikal perbankan dan insurans termasuk Perkhidmatan Pelanggan Digital, Tuntutan Insurans Automatik, Ganjaran Didorong Perilaku, dan Data Dipacu Penyelesaian Pelaburan.

Bagi sektor pendidikan, TM ONE telah bekerjasama dengan sebuah sekolah antarabangsa swasta di  Pulau Pinang untuk memasang atur dan membekalkan perkhidmatan keterhubungan rangkaian premium TM yang khusus. Di bawah kerjasama ini, kami menyediakan penyelesaian sistem sekolah pintar TM yang merangkumi Sistem Pengurusan Sekolah (SMS), Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan Sistem Kehadiran Sekolah (SAS). Penyelesaian digital inovatif ini akan membolehkan pelajar, guru dan pentadbir sekolah untuk menggunakan digital dalam pendidikan, mempercepat transformasi digital di dalam dan luar sekolah. Sehingga kini, 85.0% sekolah di Malaysia sudah bersedia untuk dihubungkan dengan pelaksanaan e-pembelajaran, melalui infrastruktur fiber kami. Baki 15.0% sekolah boleh dihubungkan menerusi akses tanpa wayar seperti VSAT dan IP Radio untuk sekolah-sekolah di  luar bandar dan terpencil. TM  ONE mempunyai pengalaman, komitmen, penyelesaian, fiberisasi nasional dan ekosistem terbuka untuk mewujudkan ekosistem yang selamat dan saling berhubung untuk Pendidikan 4.0.

Selaras dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan jalan raya, TM ONE dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menandatangani Memorandum Kerjasama untuk pelaksanaan eCall Malaysia. Di bawah kerjasama ini, TM ONE akan menyediakan infrastruktur komunikasi, membangun dan mengurus Pusat Panggilan Kecemasan untuk eCall Malaysia berdasarkan kepada Pusat Panggilan Maklum Balas Kecemasan MERS 999. Di samping itu, TM ONE telah menghubungkan lebih daripada 1,300 buah balai polis dan 330 buah stesen bomba dan penyelamat, supaya mereka sentiasa bersiap sedia memberi respon dengan lebih pantas.

FAKTA PENTING

2 Pusat Data terkini dengan pensijilan Tahap III

Pusat Panggilan9 di Malaysia 3 di Indonesia

>7,000 pelanggan perusahaan

>4,000 pelanggan sektor awam

63

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 25: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

KesihatanPertahanan & Keselamatan Menyambungkan >1,300 balai polisdan >300 stesen bomba& penyelamatan

Minyak dan Gas2,000 pelantar Minyak & Gas diaktifkan untuk perkhidmatan digital

Sektor Perbankan 3,000 cawangan bank disambungkandi seluruh negara dan di peringkat antarabangsa

HartanahMerintis infrastruktur bandar pintardan perkhidmatan digital

Perkhidmatan Sektor AwamMeningkatkan produktiviti dan kerjasamayang lebih baik antara Kementeriandan Agensi Kerajaan

Pendidikan>10,000 sekolah bersediauntuk pelaksanaane-pembelajaran

>90.0% hospital kerajaandisambungkan

MenciptaNilai

denganIR4.0

UlasanPerniagaan

Kami juga komited dalam usaha kami untuk memperkenalkan IoT dan perkhidmatan pintar bagi hartanah komersil. Penerimaan perkhidmatan pintar dan perkhidmatan komunikasi konvergens di era digital ini akan membuka peluang bagi pembangunan bandar pintar. Pada tahun ini, kami telah menerima sebuah projek bagi kawasan komersil berpagar dan terjaga yang terbesar di Batu Kawan, Pulau Pinang. Fasa pertama projek termasuk pembekalan dan penyediaan perkhidmatan voltan rendah tambahan (ELV), perkhidmatan pintar seperti sistem kunci utama, kad akses, televisyen litar tertutup (CCTV), dan titik akses.

PERKHIDMATAN DIGITAL DAN INFRASTRUKTUR BERSEPADU

Kami melancarkan Pusat Pengalaman TM ONE (EC) yang terletak di Menara TM ONE, Damansara – seluas 20,000 kaki persegi dengan teknologi terkini untuk mempamerkan penyelesaian bersepadu kami bagi sebarang industri vertikal. EC menyampaikan pengalaman pelanggan digital yang unik di sepanjang pengalaman pengguna dengan interaktif untuk penyelesaian industri tertentu (Hartanah, Pendidikan dan Penjagaan Kesihatan) yang digunakan dalam konteks interaksi secara langsung. Ia dibangunkan untuk menyampaikan penyelesaian teknologi dengan mewujudkan ekosistem penyelesaian holistik untuk pelanggan kami bagi mempamerkan potensi digital untuk industri mereka. Terdapat lawatan yang kerap ke TM ONE EC, dan kami sering mengalu-alukan lawatan pelanggan ke EC melalui tempahan dalam talian di portal TM ONE.

Pusat Data Teras Berkembar Tahap III kami – Pusat Data Lembah Klang (KVDC) yang terletak di Cyberjaya telah tamat fasa 1 dan bersedia untuk operasi komersial pada Januari 2019. Bersama-sama dengan Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) di Iskandar Puteri, Johor, pusat data ini dilengkapi sepenuhnya dengan kelewahan yang tinggi untuk perkakasan pemprosesan dan penyimpanan data awan dalam persekitaran yang selamat dan berintegriti tinggi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan awan dan IoT. KVDC dan

IPDC juga boleh digunakan sebagai hab pemulihan bencana, mengurangkan masa rosak dan membantu syarikat menggabungkan pilihan dan kawalan perkhidmatan dari pembekal perkhidmatan awan yang berada di dalam rangkaian TM ONE. Ini membolehkan kami mempunyai ekosistem global yang menghubungkan perniagaan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kami juga menggiatkan semula portfolio produk tradisional kami dengan ciri awan untuk daya ketahanan yang lebih tinggi, berskala, ketangkasan dan pengurusan yang lebih baik.

Dengan penggunaan digital yang semakin matang, pelaburan masa depan kami akan tertumpu sekitar ICT, perkhidmatan pintar, analisis dan keselamatan, yang akan ditawarkan melalui infrastruktur awan kami. Kami terbuka kepada pakatan strategik dan ekosistem rakan kongsi tempatan dan global untuk mewujudkan perkhidmatan digital inovatif bagi membolehkan pendigitalan buat para pelanggan kami. Dengan keupayaan, penyelesaian dan pakar kami, kami yakin untuk berkembang dalam pasaran digital.

Pusat Operasi Bersepadu TM ONE (IOC) berfungsi sebagai pusat arahan Operasi Rangkaian dan Operasi Keselamatan perkhidmatan pintar. IOC membolehkan TM ONE menyediakan pemantauan tunggal, di seluruh negara, sepanjang masa untuk menyelaraskan operasi perkhidmatan pintar yang melibatkan peranti dan sensor fizikal, kenderaan, bangunan serta kejadian dan peristiwa.

Objektif utama IOC adalah untuk menguruskan operasi perkhidmatan pintar di seluruh negara seperti ICT, keselamatan, mobiliti, perkhidmatan bandar pintar, pengurusan tenaga dan kemudahan, papan tanda digital serta portal komuniti.

64

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 26: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

MELANGKAH KE 2019 DAN SETERUSNYA

Bagi TM ONE, “industri vertikal” akan kekal sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan kami. Ia membantu kami memahami keperluan pelanggan dengan lebih baik berdasarkan operasi industri dan persekitaran perniagaan mereka. Dari masa ke masa, ia juga akan membantu kami untuk membangunkan penyelesaian berasaskan perkhidmatan IoT, perkhidmatan pintar, analitik, keselamatan dan perkhidmatan awan kami.

Pemeliharaan dan Peningkatan Hasil: Tumpuan kami adalah pada tujuh (7) industri vertikal utama, akaun utama yang dikenal pasti dan pelanggan bernilai tinggi. Sementara itu, kami terus mempertahankan dan membangunkan penawaran keterhubungan. Kami juga akan melangkaui dan meneroka peluang pertumbuhan di awan, keselamatan yang dikendalikan, dan perkhidmatan pintar, antara lain.

Pengekalan Keuntungan: Keutamaan kami adalah untuk memantau dan mengurus kos langsung kami, dengan meningkatkan kecekapan rangkaian, IT, penyelenggaraan serta projek pelanggan. Kami juga akan mengoptimumkan kos barangan lain seperti sewa dan utiliti untuk mengawal kos tetap dan memperbaiki margin kami.

Penambahbaikan Aliran Tunai: Kami akan mengamalkan belanjawan berhemat dengan mengerah aset sedia ada, yang merangkumi penggunaan pusat data secara efisien.

Peningkatan Produktiviti: Strategi kami adalah untuk memudahkan penawaran produk secara berterusan serta peningkatan produktiviti dalam proses perniagaan untuk memenuhi dan menjangkaui jangkaan pelanggan dengan cara yang paling berkesan dan kos efektif.

1

3

4

2

MENINGKATKAN PENGALAMAN PELANGGAN

Kami meningkatkan usaha ke arah memperkasakan digital untuk pelanggan perusahaan dan sektor awam. Untuk menyampaikan pengalaman yang terhubung untuk pelanggan, kami telah memulakan beberapa inisiatif inovatif seperti pembentukan sebuah Perkhidmatan Pelanggan Bersepadu (ISD). ISD mampu menyampaikan pengalaman yang terhubung kepada para pelanggan menerusi penglibatan bersepadu oleh agen dengan pelbagai kemahiran untuk perkhidmatan terhubung dengan saluran omni.

RISIKO PASARAN UTAMA & KAWALAN

RISIKO PASARAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

Para pelanggan lebih cenderung kepada pembelian perkhidmatan ICT bersepadu, di mana keterhubungan telah menjadi komoditi dengan pembezaan yang minimum. Selain itu, mereka juga menuntut harga yang lebih rendah untuk memenuhi keperluan unik mereka.

Selaras dengan IR4.0, perniagaan mengguna pakai proses digital dalam operasi mereka, serta memilih untuk melanggan perkhidmatan berdasarkan permintaan untuk menyelaraskan perbelanjaan mereka. Belanjawan pelanggan telah mengubah cara tradisional dalam menjalankan perniagaan – dari penetapan harga tetap kepada model utiliti atau model perniagaan lain yang lebih fleksibel.

Landskap industri terus menerus kompetitif. Disebabkan oleh pendigitalan perkhidmatan di kalangan perusahaan, terdapat influks pembekal berlesen baharu dalam pasaran; dengan majoriti mereka adalah pemain kecil dalam pasaran sasaran khusus.

Kami beralih dari menawarkan keterhubungan ke arah ICT bersepadu dan penyelesaian konvergens yang disesuaikan dengan industri pelanggan. Aspirasi kami adalah untuk mencapai gabungan perkhidmatan ICT dan keterhubungan sebanyak 50:50 menjelang 2021. Begitu juga, kami memberikan lebih penekanan kepada jualan secara perundingan dengan gabungan perkhidmatan keterhubungan dan perkhidmatan perniagaan digital (ICT, IOT, Perkhidmatan Pintar, Awan, Analitik) sebagai tawaran tunggal.

Model perniagaan kami juga akan berubah untuk memenuhi keperluan pasaran baharu, sementara mengubah sistem penyerahan dan operasi kami menjadi lebih fleksibel dan cekap. Ini memerlukan transformasi yang inovatif dalam operasi perniagaan kami, termasuk pengoptimuman dan penyegaran semula teknologi rangkaian untuk menyokong skalabiliti secara optima.

Kami secara proaktif meneroka peluang untuk bekerjasama dengan pembekal lain, baik dari dalam dan luar negara. Keutamaan kami adalah dalam tujuh (7) industri utama, di mana kami mengalu-alukan pembekal lain mengintegrasikan penyelesaian mereka, melalui kolaborasi atau perkongsian bersama.

1

2

3

65

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 27: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

UlasanPerniagaan

TM GLOBAL adalah bahagian perniagaan kami yang menawarkan perkhidmatan keterhubungan borong domestik kepada penyedia perkhidmatan tempatan dan keterhubungan antarabangsa kepada syarikat telekomunikasi global, serta memberikan perkhidmatan kepada beberapa OTT yang terkenal. Dalam pasaran yang mencabar kini, kami memahami betapa pentingnya teknologi yang tepat dan rakan kongsi penyelesaian yang inovatif untuk memenuhi permintaan pasaran yang dinamik. Penyelesaian bersepadu TM GLOBAL disesuaikan dengan keperluan pelanggan untuk menyampaikan pengalaman konvergens suara, data, jalur lebar dan multimedia yang lancar. Kami tersenarai di antara pembekal perkhidmatan terbaik di Asia Pasifik dan akan terus membina liputan infrastruktur bertaraf antarabangsa di  seluruh Malaysia melalui keterhubungan fiber tetap, penyelesaian mudah alih yang komprehensif dan ekosistem hab kandungan.

>20 Sistem kabel dasar laut merentasi >190,000 km

6 Pejabat Serantau di seluruh dunia

>100 Pelanggan domestik

>400 Pelanggan antarabangsa

28 Titik Kehadiran

FAKTA PENTING

66

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 28: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

MEMACU KONVERGENS UNTUK SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

TM GLOBAL beraspirasi untuk menjadi ‘Pemacu Pertumbuhan Perniagaan’ yang diyakini, menghubungkan syarikat pembawa dan pembekal perkhidmatan merentasi rantau dan ke dunia digital.

Di peringkat domestik, TM GLOBAL komited dalam menyediakan penyelesaian rangkaian yang komprehensif kepada pengendali tempatan, untuk talian tetap dan tanpa wayar. Penyelesaian TM Next-Gen Backhaul™ (NGBH™) kami telah mendapat perhatian dengan peningkatan jumlah pengguna mudah alih. Kami juga menghubungkan Malaysia ke seluruh dunia, memanfaatkan infrastruktur antarabangsa kami yang meluas. Di rantau ASEAN khususnya, kami telah membentuk pakatan strategik dengan ACASIA untuk menyediakan penyelesaian komunikasi bersepadu menerusi kekuatan tujuh (7) rangkaian teras telekomunikasi utama ASEAN.

Penumpuan infrastruktur keterhubungan domestik dan antarabangsa telah membolehkan kami menambah nilai kepada penawaran perkhidmatan kami. Penubuhan Hab Ekosistem adalah contoh, di mana penghimpunan penyedia perkhidmatan, penyedia kandungan dan pemain OTT yang berada di pusat data kami, boleh menghantar kandungan dengan lebih cepat kepada perniagaan dan pengguna di Malaysia. Dengan memanfaatkan kemudahan pusat data kami yang bertaraf dunia di seluruh Malaysia, Hab Ekosistem ini semakin menarik lebih ramai rakan kongsi yang menempatkan maklumat dan kandungan mereka di Malaysia.

MEMPERKASAKAN DIGITAL UNTUK MENINGKATKAN PERTUMBUHAN TM

Pada tahun 2018, TM GLOBAL menyempurnakan pembangunan platform digital dalaman, yang dikenali sebagai SIMI (Single Interface, Multiple Information), untuk menguruskan aliran kerja operasi dengan lebih cekap. Platform pelaporan secara langsung mampu meningkatkan kecekapan operasi, termasuk pengurusan inventori kabel dasar laut dan pengurusan inventori backhaul domestik.

Usaha berterusan TM GLOBAL ke arah membina budaya digital dimulakan dengan pengenalan aplikasi SOFEA (System Operated for E-Alert) melalui syarikat bersekutu, ACASIA. SOFEA memberi amaran serta merta terhadap ancaman kepada pelanggannya. Maklumat yang dikumpul oleh aplikasi ini diproses menggunakan analisis data raya dan teknologi komunikasi konvergens.

ACASIA kemudiannya meningkatkan capaian digitalnya menerusi aplikasi telefon pintar SOFEA RUN, mengkomersialkan larian maya dan membolehkan pengguna untuk mengambil bahagian pada bila-bila masa dan di mana saja sambil mewujudkan nilai untuk komuniti ASEAN. Sejak Jun 2018, SOFEA RUN telah berjaya menganjurkan dua (2) larian maya iaitu The Godfather Run dan The Tham Luang Cave Run.

Di samping meningkatkan aliran kerja operasinya, TM GLOBAL komited untuk membangunkan penyelesaian keterhubungan dan perkhidmatan digital yang lebih baik untuk pelanggan serantau dan antarabangsa. Memandangkan penggunaan digital terus meningkat dari tahun ke tahun, peralihan ke arah digitalisasi dan pendigitalan akan memberikan banyak peluang untuk TM GLOBAL.

Selain itu, dalam menyokong perjalanan digital pelanggan kami dan mengembangkan perniagaan mereka, TM GLOBAL juga sedang membangunkan Software Defined – Wide Area Network (SD-WAN). Penyelesaian ini akan membolehkan pelanggan memperoleh pencerahan terhadap rangkaian mereka, dengan peningkatan keselamatan dan kos jalur lebar yang lebih rendah, lantas membawa kepada ketangkasan perniagaan yang lebih baik. TM GLOBAL juga sedang meneroka untuk menawarkan penyelesaian Content Delivery Network (CDN) bagi pembekal kandungan dan media untuk meningkatkan pengalaman pelanggan mereka di seluruh lokasi, terutamanya ASEAN.

KOS YANG LEBIH CEKAP BAGI PENYEDIAAN PERKHIDMATAN

EXPRESS merupakan mekanisme penyelesaian masalah yang dilaksanakan oleh TM GLOBAL untuk meningkatkan keseluruhan pemulihan kerosakan fiber di seluruh negara. Kaedah pengesanan kerosakan baharu ini mampu mengurangkan masa pengasingan kerosakan dari purata 6 jam hingga kurang daripada 2 jam. Dengan pelaksanaan EXPRESS, TM tidak perlu hadir ke premis pelanggan dan ini telah menamatkan lebih daripada 50.0% proses usang di  TM. Keberkesanan EXPRESS telah terbukti di mana TM memenangi Anugerah Emas, bersaing dengan syarikat-syarikat telekomunikasi antarabangsa di  Kaizen Olympic Awards semasa NTT-Arcstar Carrier Forum (ACF), yang diadakan di Tokyo pada September 2018.

67

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 29: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

MELANGKAH KE 2019 DAN SETERUSNYA

TM GLOBAL akan kekal sebagai tulang belakang industri, menyediakan penyelesaian rangkaian menyeluruh di dalam negara sambil menghubungkan Malaysia ke seluruh dunia.

Pemeliharaan dan Peningkatan Hasil: Pasaran borong domestik akan terus memberi potensi besar untuk TM GLOBAL, terutamanya bagi memenuhi keperluan backhaul dan fronthaul oleh pemain mudah alih. Penambah baikan backhaul mudah alih, yang memberi tumpuan kepada inisiatif rangkaian ekosistem 5G, memberi dorongan baharu bagi TM GLOBAL untuk menguasai lebih banyak bahagian pasaran dalam segmen ini. Permintaan untuk keterhubungan dan kandungan internet di pasaran global dijangka meningkat pesat dalam tempoh tiga (3) tahun yang akan datang, terutamanya di rantau ASEAN. Perkhidmatan keterhubungan global akan diperkayakan dengan penyelesaian baharu seperti CDN dan SD-WAN, yang berpotensi untuk meningkatkan pendapatan TM.

Penambahbaikan Aliran Tunai: TM GLOBAL akan memberi tumpuan untuk mengoptimumkan infrastruktur rangkaian, produk serta kerjasama dengan anak syarikat, rakan kongsi dalaman dan luaran yang berpotensi. TM GLOBAL juga akan memberi keutamaan kepada pencarian akses daripada pembekal lain sambil mengekalkan pelaburan terpilih untuk perluasan rangkaian dan operasi IT.

Pengekalan Keuntungan: TM GLOBAL akan terus memperluaskan Ekosistem Hab dengan menarik lebih ramai pemain kandungan antarabangsa untuk meletakkan kandungan muka di Malaysia. Walaupun Ekosistem Hab akan menarik lebih banyak peluang dari rantau ASEAN, ia juga akan berfungsi sebagai platform yang direka untuk mengurangkan kos keseluruhan TM.

Peningkatan Produktiviti: Tambahan daripada perniagaan keterhubungan teras, TM GLOBAL akan meneroka dan mengembangkan cabang perniagaannya untuk menawarkan perkhidmatan terurus dan penyelesaian digital kepada pelanggan serantau. Aspirasi ini akan dipercepatkan dengan penubuhan Ekosistem Perkongsian, di mana TM GLOBAL akan meneroka kemungkinan untuk bekerjasama dengan penyedia teknologi yang berpotensi, pemain OTT dan penyedia kandungan untuk membangunkan penyelesaian baharu untuk pasaran vertikal dan lain-lain. Aplikasi SOFEA dan SOFEA RUN yang dibangunkan oleh ACASIA menetapkan trend untuk TM GLOBAL, menggalakkan lebih banyak kerjasama untuk menyampaikan lebih banyak penyelesaian inovatif untuk para pelanggannya.

UlasanPerniagaan

1

3

4

2

RISIKO PASARAN UTAMA & KAWALAN

RISIKO PASARAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

Persaingan pasaran disebabkan oleh hakisan harga dan keperluan pelanggan yang dinamik.

• Memperkukuhkan daya saing ke arah menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh menerusi kerjasama dengan pemain global yang lain ke arah ‘Perniagaan Lebih Mudah’.

• Memanfaatkan syarikat-syarikat bersekutu untuk menguasai peluang serantau dengan pelaburan yang minimum.

1

Perubahan dalam garis panduan politik, perundangan dan kawal selia negara-negara lain.

• Memantau perubahan geopolitik terkini di negara-negara pelaburan TM.

• Menubuhkan pengurusan krisis yang berkesan dan mekanisme perancangan berdaya tahan untuk melindungi pelaburan dan mempertingkatkan perancangan kesinambungan perniagaan.

2

Perubahan struktur harga domestik. • Merancang penyelesaian kompetitif dengan membina keupayaan baharu dan mengoptimumkan keupayaan dalaman dan memanfaatkan sumber Kumpulan TM dan anak syarikat.

• Memanfaatkan syarikat bersekutu dan anak syarikat untuk mengukuhkan tawaran produk dan perkhidmatan.

3

Peningkatan tekanan untuk penyelesaian inovatif secara global justeru pengendali dan pembekal perkhidmatan lain berusaha mengukuhkan kedudukan pasaran digital mereka.

• Memantau teknologi terkini dan mewujudkan perkongsian yang berkesan dengan penambahan nilai dan teknologi untuk mempercepatkan pembangunan penyelesaian melangkaui keterhubungan yang baharu.

4

68

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 30: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Kami membawa dunia lebih dekat dengan andaKehadiran global kami beserta pengalaman dan sumber meluas menjadikan

TM GLOBAL fasilitator ideal untuk keperluan digital perniagaan anda.

TM GLOBAL – Menjadikan hubungan penuh bermakna

tm.com.my/tmglobal

Tele

kom

Mal

aysi

a Be

rhad

(12

8740

-P)

Page 31: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

APA YANG KAMI LAKUKAN

Bahagian Teknologi Maklumat dan Teknologi Rangkaian (IT&NT) kami adalah penggerak utama dalam meningkatkan kelebihan teknologi kami. IT&NT bertanggungjawab merancang, membina, menyedia, mengendali dan menyenggara infrastruktur rangkaian dan sistem IT TM – tulang belakang penyelesaian pelanggan kami. Dikenali sebagai ‘kilang’ syarikat, bahagian ini terdiri daripada pakar-pakar yang bertugas sepanjang masa untuk memantau rangkaian negara supaya memberikan pengalaman terbaik bagi pelanggan kami.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, IT&NT sentiasa berusaha meningkatkan proses IT dan memperluas rangkaian tetap dan tanpa wayar bersepadu kami. Kami melabur secara terpilih untuk memastikan sumber dan aset kami dioptimumkan sepenuhnya tanpa menjejaskan pengalaman pelanggan.

INISIATIF UTAMA

Pada tahun 2018, pelaburan infrastruktur kami bertumpu kepada peningkatan keterhubungan termasuk port jalur lebar, pengembangan LTE dan WiFi. Pelaburan kami juga termasuk membangunkan infrastruktur digital untuk perkhidmatan ICT, pusat data, perkhidmatan awan dan penyelesaian pintar.

Baru-baru ini, Pusat Data Lembah Klang (KVDC) Fasa 1 telah siap dan kini bersedia untuk beroperasi sejak Januari 2019. Ciri teras berkembarnya membolehkan IT&NT menghubungkan KVDC dengan Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) di Johor lalu memastikan keterhubungan optimum untuk kedua-dua pusat data.

Dalam organisasi, IT&NT menyokong pemerkasaan digital dengan memperkenalkan inisiatif seperti CEREBRO, DRAGON dan SWIFT bagi memperbaiki proses dalaman dan meningkatkan produktiviti. CEREBRO adalah program yang direka untuk memperkemaskan inventori rangkaian dan menguruskan integriti data menerusi automasi kemaskini; sementara initiatif Revolusi Digital – Ketangkasan di Net (DRAGON) memberi tumpuan kepada pendigitalan proses pengurusan projek untuk penyampaian infra dari hujung ke  hujung. SWIFT (Sistem Pengurusan Tenaga Kerja), telah diperkenalkan sebagai platform untuk mendigitalkan proses jaminan dan pelaksanaan IT. IT&NT juga mengamalkan Rangka kerja Pengurusan Seni Bina Perusahaan (EAM) untuk membina sebuah platform yang menyatukan perniagaan, IT dan rangkaian.

Kami telah mula menggunakan keupayaan dan fungsi yang lebih cekap bagi pelanggan unifi seperti WiFi Optimiser Tool. Untuk perniagaan, kami juga mengguna pakai Rangkaian Takrifan Perisian (SDN) dan Virtualisasi Fungsi Rangkaian (NFV) untuk memenuhi keperluan pasaran yang berubah-ubah. SDN dan NFV akan membantu memudahkan rangkaian dan operasi kami menerusi sebuah rangkaian yang diprogramkan bagi membolehkan konfigurasi automatik dari portal dalam talian.

Dalam usaha kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, kami melancarkan sebuah sistem tiket dan komunikasi yang dikenali sebagai Network Extended Ticketing System (NExT) untuk meningkatkan kecekapan penyelesaian isu Commonly Known Cause (CKC) dan pengurusan insiden rangkaian.

IT&NT menyokong kluster perniagaan kami dalam meningkatkan jualan dengan memenuhi keperluan rangkaian tepat pada masanya dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pemasangan unifi dan Streamyx. Sebuah program khas juga telah dibangunkan untuk mempercepat kesediaan rangkaian untuk perniagaan. Pelbagai inisiatif pengoptimuman kos telah diperkenalkan untuk mengurangkan OPEX, termasuk kajian kapasiti antarabangsa, lebar jalur, kontrak penyelenggaraan dan pengurusan bahan. IT&NT juga mencapai pengoptimuman CAPEX dengan mengerah aset sedia ada seperti penyusunan semula kawasan unifi untuk menampung pelanggan baharu dan mengoptimumkan reka bentuk rangkaian semasa untuk meningkatkan keupayaan bagi menyokong perkhidmatan kami.

MELANGKAH KE HADAPAN

IT&NT membuka jalan melalui penciptaan operasi dan proses pengurusan yang lebih mantap. Ini dicapai menerusi pelbagai inisiatif seperti penyusunan semula proses seni bina rangkaian dan pengerahan aset.

Kami berhasrat untuk menjadi lebih efisien dalam menyokong unifi, TM ONE dan TM GLOBAL dengan pasukan yang cekap bagi menyampaikan sebarang keperluan berkaitan dengan rangkaian. Infrastruktur IT dan penyelesaian pelanggan. Melangkah ke hadapan, inisiatif kami termasuk memperluaskan rangkaian yang bersepadu, menyempurnakan seni bina IT dengan digital dan automasi, memanfaatkan analisis data serta membangun keupayaan sumber terbuka.

KETERHUBUNGAN

INFRASTRUKTUR DIGITAL

• >5.5 juta port jalur lebar dipasang di  seluruh negara

• >3,400 tapak LTE dipasang

• >13,000 kawasan lingkungan WiFi

• Membolehkan teknologi teras berkembar dengan menghubungkan KVDC dan IPDC

• Menyediakan platform untuk penyelesaian IoT dan pintar, menerusi keterhubungan

• >90.0% populasi negara mempunyai akses kepada rangkaian tetap dan tanpa wayar

• >350,000 km kabel fiber dipasang di seluruh negara

• Penumpuan keterhubungan dengan ICT menerusi penyepaduan sistem

• Menyediakan perkhidmatan awan bertaraf dunia di KVDC

70

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Teknologi Maklumat dan Teknologi RangkaianTulang Belakang Penyelesaian Pelanggan kami

Page 32: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Melancarkan Platform Inovasi Terbuka (OIP) dan program uReka bagi meliberalisasi dan memacu Digital di  TM

• Pemenang Anugerah Kecemerlangan Mudah Alih di  WITSA Global ICT 2018

• Pemenang Anugerah Penyelidikan & Pembangunan di MSC Malaysia APICTA 2018

APA YANG KAMI LAKUKAN

Perjalanan digital kami bergantung kepada keupayaan kami untuk mencipta trend teknologi terkini dan berinovasi. Pada tahun 2017, Pusat Digital Kumpulan (GDC) ditubuhkan sebagai pemangkin strategi Memperkasakan Digital. Dengan fokus utama kepada polisi, anggota dan proses, GDC berusaha untuk mempertingkatkan dan mendigitalkan perniagaan kami di seluruh Kumpulan. Sejak itu, GDC telah membantu meningkatkan kecekapan perniagaan, meningkatkan pengalaman pelanggan dan menjimatkan kos.

INISIATIF UTAMA

Pada tahun 2018, GDC terus memacu pemerkasaan digital di TM dengan berteraskan kepada Pendigitan dan Digitalisasi. Bagi pendigitan, kami telah melaksanakan program liberalisasi mampan seperti Platform Inovasi Terbuka (OIP) untuk mempercepatkan pembangunan perkhidmatan digital dan uReka. uReka merupakan inisiatif yang memanfaatkan sumber bakat dalaman untuk membangunkan aplikasi. Dengan ini, Warga TM dapat menterjemahkan idea-idea inovatif menjadi pelbagai penyelesaian bagi menyelesaikan cabaran harian pelanggan dan anggota. Budaya inovasi ini kini telah menjadi norma di TM.

Dengan mendigitalkan proses dalaman, kami dapat menguji, mempelajari dan memperoleh tanggapan dari hasil yang didapati. Ini bukan sahaja membolehkan TM membangunkan sistem, proses dan peralatan dalaman yang lebih baik dan cekap, malahan kami juga berpotensi menawarkan penyelesaian ini ke pasaran luar, justeru mewujudkan sumber pendapatan baharu.

Bagi Digitalisasi, kami memberi tumpuan kepada usaha baharu seperti Electronic Know-Your-Customer (eKYC) dan Analisis Pelanggan untuk segmen vertikal Perkhidmatan Kewangan dan Runcit. Satu lagi bidang pembangunan utama adalah transformasi perniagaan Direktori Yellow Pages yang menggariskan peralihan tumpuan kepada pengiklanan digital serta menyediakan PKS dengan keupayaan pemasaran digital dengan cita rasa yang bersesuaian dengan pasaran Malaysia. Kami berharap mendapat sambutan menggalakkan, sambil menghasilkan penyelesaian kami ke pasaran.

Di samping itu, GDC terus mencipta nilai untuk TM dan negara pada umumnya melalui penyelidikan TM R&D. Dengan tumpuan kepada empat (4) tema – Keterhubungan, Infra E3, Alat Produktiviti dan Perkhidmatan Digital. Usaha penyelidikan dan pembangunan kami telah mendapat pengiktirafan apabila TM R&D memenangi anugerah WITSA Global ICT 2018 bagi Kecemerlangan Mudah Alih untuk LTE Plus, serta anugerah penyelidikan dan pembangunan bagi Topi Keselamatan Pintar di MSC Malaysia APICTA 2018.

MELANGKAH KE HADAPAN

Untuk memenuhi janji Hidup Lebih Mudah, GDC ditugaskan untuk memacu program Pemudahan di TM. Di bawah teras strategi Mudah dan Digital, GDC akan menghasilkan cara yang lebih mudah dan ringkas bagi pelanggan berinteraksi dengan TM dengan mempermudahkan proses dan produk perniagaan. Pemacuan ini dijangka akan menghasilkan penambahbaikan kitaran masa dan peningkatan produktiviti, yang mana akan menghasilkan pemudahan dalam rangkaian, IT serta operasi. Ini menetapkan asas untuk penjimatan kos yang lestari dan penambahbaikan produktiviti tenaga kerja.

Pada masa yang sama, GDC akan terus menyusun penyatuan dan penyeragaman semua aset dan keupayaan Digital TM, justeru menyokong sumbangan TM ke arah membentuk Malaysia menjadi sebuah Negara Digital.

71

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Pusat Digital KumpulanDi sini untuk Memperkasakan Digital

Page 33: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

APA YANG KAMI LAKUKAN

Pengurusan Modal Insan Kumpulan (GHCM) memainkan peranan penting dalam memacu tenaga kerja yang mahir digital di TM. Sebagai sebahagian daripada perjalanan pemerkasaan digital kami, GHCM telah membangunkan rangka kerja bakat digital, yang menekankan kepada peningkatan keupayaan Warga TM menerusi pakar. Rangka kerja ini juga merangkumi ganjaran yang kompetitif untuk menarik dan mengekalkan bakat, dengan laluan kerjaya khusus di TM. Matlamat kami adalah untuk menjadikan TM sebagai jenama perekrutan yang kukuh bagi bakat dalam bidang digital.

INISIATIF UTAMA

Sepanjang tahun 2018, kami telah menggariskan strategi untuk meningkatkan dan mengoptimumkan produktiviti tenaga kerja dan terus memberi manfaat kepada anggota dari segi fleksibiliti, imbangan kerja dan kemudahan.

Program “Sayangi TM” telah diperkenalkan, dengan manfaat baharu seperti pembelian cuti tahunan, bertugas di mana-mana, kerja 4 hari seminggu, penyumberan dalaman dan pelarasan caruman TM kepada KWSP anggota secara sukarela. Program ini memberikan fleksibiliti kepada anggota,

membolehkan mereka mengatur kerja untuk menyelesaikan hal peribadi di luar pejabat. Pelarasan caruman KWSP secara sukarela, yang telah dilaksanakan bagi tempoh tertentu, menerima sambutan yang luar biasa dari Warga TM, menandakan kesanggupan anggota untuk menyumbang melebihi panggilan tugasan apabila Kumpulan menghadapi cabaran.

Di samping program “Sayangi TM”, GHCM juga melaksanakan inisiatif lain seperti mengurangkan lapisan struktur organisasi untuk meningkatkan ketangkasan dalam membuat keputusan, menyesuaikan waktu kerja untuk pasukan kritikal, memindahkan bakat ke bidang di mana keperluan perniagaan adalah lebih tinggi dan pengambilan dan penggantian pekerja secara selektif.

Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mendigitalkan perkhidmatan sumber manusia, pelbagai aplikasi telah dibangunkan untuk menyediakan akses yang lebih baik kepada alat dan sumber buat anggota pada bila-bila masa, di mana sahaja. Fungsi sumber manusia seperti pengurusan cuti, permohonan pekerjaan dalaman, pemantauan dan pelaporan prestasi, permohonan surat jaminan perubatan dan perancang latihan adalah lebih mudah menerusi aplikasi mudah alih. Di samping itu, untuk memastikan anggota kami terus produktif dan sentiasa terhubung ketika mereka bekerja di mana-mana sahaja, aplikasi komunikasi dan kolaborasi kami, FLOW, telah dikemas kini dengan lebih banyak ciri termasuk sembang berkumpulan, panggilan video, pemindahan fail dan pemberian tugas. FLOW telah menggantikan aplikasi pemesejan lain pada waktu kerja dengan platform interaksi secara langsung bagi anggota untuk berhubung dan berkolaborasi bagi menyampaikan pelbagai kecekapan operasi dan pelaksanaan. Pendigitalan akan terus mewujudkan Warga TM yang lebih fleksibel dan mahir digital.

Mempercayai bahawa tenaga kerja yang sihat adalah tenaga kerja yang produktif, kami juga menggalakkan gaya hidup sihat melalui pelbagai program dan aktiviti berkaitan kesihatan seperti kelas gimnasium selepas pejabat, seminar kesihatan dan sukan luaran. Program-program ini telah mendapat penyertaan yang efektif dari Warga TM.

MELANGKAH KE HADAPAN

Bagi tahun 2019, GHCM akan memberi tumpuan kepada pembentukan organisasi yang melahirkan tenaga kerja yang lebih mantap dan cekap, untuk menyokong strategi perniagaan keseluruhan kami. Untuk mencapai kemapanan operasi menerusi produktiviti peringkat seterusnya, inisiatif kami akan bertumpu kepada membina tenaga kerja berprestasi tinggi dengan kemahiran yang tepat yang dapat mengekalkan daya saing perniagaan.

Di samping itu, kami juga akan mempercepat dan memupuk tenaga kerja dipacu digital dengan melengkapkan Warga TM dengan kemahiran masa depan, mempermudahkan proses kami dan merangka penyelesaian inovatif untuk mempertingkatkan prestasi.

GHCM akan menyatukan minda, hati dan tenaga dalam memupuk tenaga kerja bermotivasi tinggi, komited dan fokus untuk meningkatkan daya tahan dan persediaan untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Penambahbaikan produktiviti yang berterusan melalui

program-program yang mantap dan inovatif

Mempromosikan keseimbangan di tempat kerja

dan fleksibiliti terhadap keperluan pekerja

Pendigitalan perkhidmatan Sumber Manusia untuk

membolehkan cara bekerja baharu pada bila-bila masa,

di  mana sahaja

Pengurusan Modal Insan KumpulanDi sini untuk Memupuk Bakat Digital

72

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 34: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Melangkah ke HadapanPada tahun 2019

Dalam melangkah ke hadapan pada tahun 2019, kami akan berpandukan kepada PIP2019-2021 untuk mengemudi organisasi ke arah merealisasikan visi untuk menjadikan hidup dan perniagaan lebih mudah, demi kesejahteraan Malaysia. Kami yakin bahawa dengan berpandukan prinsip-prinsip ini, kami akan melakar pencapaian baharu sebagai sebuah organisasi yang bertumpukan pelanggan. Kami berharap semua pemegang saham dan pihak berkepentingan akan terus meletakkan kepercayaan kepada TM, dalam kami mengukuhkan komitmen untuk menjadikan hidup lebih mudah – sentiasa menyampaikan nilai sambil memacu transformasi digital Malaysia. Tujuan utama kewujudan kami adalah untuk memperbaiki kehidupan, menyemarakkan aspirasi dan memupuk pertumbuhan yang bermakna buat anda semua. Motivasi kami dibentuk oleh anggota kami, dan pelaksanaan visi kami dijayakan oleh keupayaan kami untuk menjangkau sempadan konvergens dalam era digital hari ini. Dengan itu, kami berjanji untuk sentiasa berada di sini untuk membangunkan dan melindungi masa depan digital negara, justeru menuju ke arah Malaysia yang lebih baik dan terhubung.

73

Seksyen : Perbincangan & Analisis Pengurusan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 35: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Dalam perniagaan, segala-galanya mengenai pelanggan anda adalah penting kepada anda. Ini termasuklah perasaan, emosi serta memahami setiap keperluan dan kemahuan pelanggan, yang menjadi elemen penting untuk kejayaan sesebuah syarikat.

Dalam dunia yang amat kompetitif ini, pengalaman pelanggan semakin mendapat perhatian. Ramai pakar percaya ianya merupakan medan pertempuran persaingan pada masa akan datang. Produk dan perkhidmatan tidak lagi menjadi pembeza kompetitif untuk perniagaan. Tumpuan telah beralih kepada pengalaman yang mampu disampaikan oleh sesebuah jenama kepada pelanggan mereka merentasi keseluruhan perjalanan pelanggan.

Situasi yang sama berlaku kepada unifi, jenama gaya hidup bagi seluruh perkhidmatan kami, khusus memberikan perkhidmatan kepada individu, kediaman dan pelanggan PKS di Malaysia. Biarpun penting untuk memperoleh pelanggan-pelanggan

baharu, namun untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada juga amat kritikal. Oleh itu, bagi mengukuhkan kedudukan unifi sebagai Penyedia Perkhidmatan Konvergens yang terkemuka di negara ini, adalah mustahak untuk menjadikan Pengalaman Pelanggan (CX) sebagai pemacu utama bagi strategi perniagaan kami.

Pengalaman pelanggan (CX) merujuk kepada persepsi pelanggan terhadap keseluruhan interaksi mereka dengan sesebuah syarikat. Oleh kerana jangkaan pelanggan kini menjadi lebih tinggi daripada sebelum ini, pengalaman pelanggan telah menjadi penggerak utama pengekalan dan pemerolehan pelanggan. Pendek kata, pengalaman pelanggan adalah lebih daripada sekadar perkhidmatan pelanggan.

Untuk terus mendahului persaingan, kami sering mengkaji semula dan meningkatkan perjalanan interaksi pelanggan kediaman dan pelanggan PKS

Senyuman penawar kedutan

kami. Sambil kami terus melabur dalam pembangunan anggota kami untuk menangani masalah utama pelanggan, kami sentiasa diingatkan bahawa bagi menyampaikan pengalaman pelanggan yang berkualiti tinggi adalah dengan memastikan perkhidmatan yang lancar sepanjang keseluruhan perjalanan pelanggan. Oleh itu, kami telah beransur-ansur beralih daripada sokongan pelanggan secara tradisional melalui pusat panggilan dan interaksi di kaunter premis, kepada pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan menerusi saluran omni. Ini bermaksud kami bukanlah mengguna pakai pendekatan pelbagai saluran, tetapi kami membolehkan pelanggan kami berinteraksi dengan kami dan menerima perkhidmatan menerusi mana-mana saluran. Ia menghapuskan sistem yang tidak berkesinambungan dan jarak interaksi antara pelbagai jabatan serta menyediakan peluang untuk mengumpul maklum balas penting bagi mengenalpasti masalah-masalah utama sepanjang perjalanan pelanggan.

“Prinsip utama untuk setiap perniagaan ialah: ‘Letakkan diri anda di tempat pelanggan anda.”– Orison Swett Marden

unifi berada di rumah dandi mana-mana sahaja

74Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Seksyen : Kotak Artikel 1

Malaysia, unifi melakukan yang terbaik untuk anda!

Page 36: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Atasi kemurungan

Mendakap kegembiraan, perhatikan perjalanan senyuman anda

Kini, kita dapat melihat semakin ramai pelanggan yang ingin membantu diri sendiri dan melaksanakan penyelesaian masalah secara ‘layan diri’. Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan, dengan tujuan untuk melancarkan penglibatan pelanggan dan menyampaikan penyelesaian yang lebih cepat dan berkualiti tinggi. Memastikan pelanggan dimaklumkan (KCI) adalah penting, dan pelanggan kini dimaklumkan secara proaktif mengenai ciri-ciri baharu, pengemaskinian status pemasangan atau baik pulih, gangguan perkhidmatan dan potensi penggantungan perkhidmatan melalui aplikasi care@unifi dan www.unifi.com.my yang telah dipertingkatkan.

Penciptaan nilai adalah satu lagi cara unifi menangani masalah utama pelanggannya secara proaktif. Nilai mempunyai banyak makna yang berbeza. Bagi sesetengah orang, ‘nilai’ bermakna harga (apakah nilai perkhidmatan ini?), kepada orang lain ia bermakna manfaat (apakah nilai yang saya dapat dari perkhidmatan ini). Ia juga bermakna nilai sesuatu. Itulah sebabnya anda mendengar

ada yang mengatakan “nilai untuk wang” (bermakna mereka sensitif terhadap harga); sementara ada yang memilih “harga untuk nilai” (bermakna mereka sanggup membayar untuk apa yang mereka fikirkan sebagai faedah, daripada jenama atau produk yang lebih baik, atau lebih mudah dan lain-lain).

Apa yang dibayar oleh pelanggan bukan hanya harga (tunai) tetapi juga faedah, kelebihan atau kualiti sesebuah produk, perkhidmatan selepas jualan, imej dan jenama syarikat atau jenama produk, pengalaman keseluruhan, kepuasan yang diperoleh menerusi penggunaan produk itu dan sebagainya. Berpandukan semua ini daripada perspektif produk dan harga, unifi memenuhi keperluan pelbagai kumpulan pelanggan berdasarkan kemampuan dan juga corak penggunaan mereka (rendah/tinggi). Bagi sesetengah pelanggan, nilai didorong oleh pengalaman kelajuan yang lebih tinggi melalui peningkatan kelajuan, sesetengah yang lain

mungkin lebih mempertimbangkan penawaran kandungan menerusi video-atas-permintaan (VOD) dan kerjasama kandungan OTT sebagai lebih berharga. Apa yang menghubungkan semua ini adalah peluang untuk mempunyai/menikmati akses/keterhubungan yang lancar melalui unifi Home, unifi Mobile dan unifi WiFi. Mencipta nilai buat pelanggan pastinya meningkatkan kepuasan dan pengalaman mereka.

Usaha kami hari ini adalah sebahagian daripada perjalanan untuk menjadi sebuah organisasi yang benar-benar berpaksikan pelanggan. unifi akan terus mengambil kira dan bekerjasama dengan pelanggan kami (melalui sesi Perbincangan Kumpulan Fokus) dalam usaha kami untuk bukan sahaja terus berdaya saing tetapi juga terus relevan dengan landskap digital yang sentiasa berubah untuk individu, kediaman dan PKS. Kami akan menerapkan elemen ‘prihatin’ (yang kami percaya akan memberi manfaat jangka panjang) sepanjang perjalanan pelanggan.

75

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Seksyen : Kotak Artikel 1

Page 37: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

penurunan suara runcit telah mengakibatkan jumlah pendapatan suara yang lebih rendah sebanyak 5.3% berbanding tahun 2017. Pendapatan daripada data merosot sebanyak 8.7% disebabkan oleh peruntukan sebanyak RM169.2 juta, kesan daripada Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) terhadap segmen borong kami.

Kami berbesar hati untuk melaporkan bahawa tindakan pantas di bawah PIP2018 telah membantu mengekang peningkatan kos. Pengawasan ketat dan kesan pengoptimuman kos, di samping penilaian semula projek-projek utama telah dilaksanakan dan akan diteruskan serta diteliti dalam kami menjalani fasa transformasi seterusnya. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh situasi perniagaan, industri dan ekonomi yang mencabar pada separuh kedua 2018, Kumpulan telah membuat peruntukan sebanyak RM982.5 juta bagi kemerosotan nilai aset rangkaian tetap dan tanpa wayar. Kerugian dari kemerosotan ini diunjurkan berdasarkan penilaian nilai yang boleh diperolehi menggunakan aset rangkaian yang terjejas di peringkat entiti masing-masing. Pengurusan memberi jaminan bahawa kami akan terus mengkaji semula keadaan ekonomi dalam kepenggunaan aset-aset ini pada tempoh akan datang untuk menggambarkan sebarang potensi penurunan nilai atau nilai yang boleh diperolehi semula daripada aset-aset tersebut.

Dengan tidak mengambil kira kemerosotan yang disebutkan di atas, kami mencatatkan penjimatan pada kos tenaga kerja, pemasaran, susut nilai dan kos-kos kendalian yang lain, kesan pengoptimuman terhadap kos-kos kami yang lain yang mengurangkan nisbah kos kendalian berbanding hasil daripada kadar 91.1% pada tahun 2017 kepada 90.8% pada tahun 2018.

Prestasi kewangan TM pada tahun 2018 mencerminkan cabaran yang kami hadapi rentetan daripada persaingan sengit dalam lanskap industri yang dinamik dan kompetitif. Pada masa yang sama, keadaan tersebut merupakan pemangkin kepada Kewangan Kumpulan untuk tampil memastikan perniagaan dilindungi supaya kesinambungan TM dan daya tahan syarikat kekal kukuh dalam menghadapi ketidakpastian.

Menyedari kesan kewangan yang mungkin bakal dihadapi ekoran lanskap yang pantas berubah berikutan permulaan kepada Malaysia Baharu, kami mulai mengambil keputusan yang sukar namun perlu, untuk menyemak semula Penunjuk Prestasi Utama (KPI) berbanding yang telah diumumkan pada awal tahun ini.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan syarikat mengambil langkah segera dan melaksanakan PIP2018, dengan empat (4) matlamat utama, iaitu bagi meningkatkan hasil; untuk mengekalkan keuntungan dalam keadaan kos operasi yang meningkat; untuk menambahbaik aliran tunai kami, dan meningkatkan produktiviti aset-aset kami – yang melibatkan kedua-dua rangkaian dan anggota kami.

Pada tahun 2018, kami merekodkan hasil sebanyak RM11.82 bilion, capaian yang lebih rendah sebanyak 2.2% berbanding tahun 2017 disebabkan oleh lanskap operasi yang mencabar. Dari perspektif produk, pendapatan internet dan multimedia kami meningkat sebanyak 3.7% berbanding tahun lepas, disumbang oleh langganan unifi yang lebih tinggi, yang juga disokong oleh langganan kandungan unifi TV. Pertumbuhan suara borong diimbangi oleh

DI SINI UNTUK MENYOKONG KELESTARIAN PERNIAGAAN

76

Seksyen : Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Ulasan Ketua Pegawai KewanganKumpulan

Page 38: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Kami mencatatkan PBT Dilaporkan Kumpulan sebanyak RM17.4 juta, kesan daripada kerugian rosot nilai bukan tunai dan hasil yang lebih rendah. PATAMI Dilaporkan Kumpulan berada pada RM153.2 juta, berbanding RM929.7 juta yang dicatatkan pada tahun 2017. Tanpa mengambil kira elemen-elemen bukan kendalian operasi, PATAMI Dinormalisasi Kumpulan adalah RM632.4 juta.

Sedang kami mengharungi fasa ini untuk muncul lebih kukuh, kami memberi lebih penekanan kepada aliran tunai dan nisbah operasi untuk memastikan kami kekal maju dan meningkatkan nilai kepada pihak berkepentingan kami.

Perbelanjaan modal kami (CAPEX) untuk TK2018 adalah sebanyak RM2.14 bilion, atau 18.1% daripada hasil. Perbelanjaan ini terdiri daripada 57.0% jumlah perbelanjaan dibuat untuk akses, diikuti oleh 18.0% untuk rangkaian teras dan baki 25.0% untuk sistem sokongan. CAPEX tahun lepas adalah lebih rendah berbanding panduan awal, iaitu pada kadar 19.0-20.0% daripada hasil yang telah ditetapkan pada tahun sebelumnya sehingga Julai 2018, di mana sasaran CAPEX telah disemak semula berbanding panduan awal iaitu pertengahan hingga tinggi 20.0% dari hasil (seperti pada awal tahun 2018), disebabkan oleh pengutamaan semula projek-projek dan kerahan aset-aset sedia ada sebagai respon terhadap keadaan yang mencabar.

Kami menutup tirai tahun 2018 dengan baki tunai yang kukuh sebanyak RM2.76 bilion, hasil daripada peningkatan pengurusan modal kerja. Kami mengawal dengan lebih teliti pungutan dan Belum Terima Perdagangan (AR), dengan penambahbaikan yang berterusan pada amalan kredit dan pungutan kami.

Kami juga sentiasa berhati-hati dalam memastikan kedudukan kewangan kami kukuh, dan mengekalkan nisbah hutang dalam lingkungan panduan penimbal, iaitu 2.5x Hutang Kasar/EBITDA untuk memelihara kedudukan kredit gred pelaburan TM. Pada tahun 2018, nisbah Hutang Kasar/EBITDA kami adalah pada kadar 2.4x.

Walaupun kami telah mengekalkan penarafan kredit kami pada gred pelaburan (seperti yang dinyatakan dalam jadual), kami mengakui bahawa kelemahan metrik kewangan tertentu telah menyebabkan penurunan penilaian kredit dasar kami oleh Moody dari “a3” kepada “baa1” pada Mei 2018, dan kami telah mengambil langkah-langkah dan kawalan baharu untuk memastikan asas kewangan dan aliran tunai kami diperkukuhkan.

Sepanjang tahun ini, risiko pengawalseliaan dan risiko persaingan merupakan kebimbangan utama dalam pasaran modal. Penjelasan sering diperlukan berikutan aliran berita yang memberi kesan kepada TM, seperti pemotongan

NOR FADHILAH MOHD ALIKetua Pegawai Kewangan Kumpulan

Penarafan Kredit TM

Moody’s A3 (penilaian kredit dasar baa1)

S&P A- (profil kredit kendiri a-)

RAM AAA

77

Seksyen : Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 39: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Hutang Mata Wang Asing

Bon Yankee

Kupon 7.875%

Tarikh Matang 1 Ogos 2025

Prinsipal (RM) 300,000,000

Pinjaman

Kupon 3mLibor + 0.91%

Tarikh Matang 30 Okt 2020

Prinsipal (RM) 100,000,000

Nota: Pengaturan swap telah dibuat untuk pinjaman USD kepada pendedahan RM dengan purata kadar faedah sebanyak 4.01%

EMTN 001 EMTN 002 EMTN 003

Matawang USD USD USD

Kupon 3.70% 1mLibor + 1.35% 3.422%

Tarikh Matang 25 Feb 2026 19 Ogos 2023 15 Nov 2026

Prinsipal (RM) 50,000,000 50,000,000 75,000,000

Nota: (i) EMTN adalah singkatan bagi Nota Jangka Sederhana Euro. (ii) EMTN 001 hingga EMTN 003 telah diterbitkan di bawah program sukuk EMTN

pelbagai mata wang sehingga USD750.0 juta, yang berasaskan Islamik.

IMTN 001 IMTN 002 IMTN 003 IMTN 004 IMTN 005 IMTN 006 IMTN 007 IMTN 008 IMTN 009 IMTN 010 IMTN 011 IMTN 012 IMTN 013 IMTN 014 IMTN 015 IMTN 016 IMTN 017 IMTN 018

Kupon 4.50% 4.20% 4.20% 4.00% 3.95% 3.95% 3.93% 4.30% 4.82% 4.738% 4.55% 4.55% 4.23% 4.88% 4.58% 4.73% 4.342% 4.68%

Tarikh Matang 25 Jun 2021 13 Sep 2021 10 Dis 2021 13 Mei 2022 19 Dis 2022 28 Apr 2023 23 Jun 2023 18 Dis 2020 21 Mac 2024 27 Jun 2024 7 Okt 2024 20 Dis 2024 10 Jun 2022 28 Nov 2025 3 Sep 2027 18 Mei 2028 25 Ogos 2023 31 Okt 2028

Prinsipal (RM) 300,000,000 300,000,000 200,000,000 250,000,000 300,000,000 400,000,000 250,000,000 200,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 500,000,000 250,000,000 250,000,000 800,000,000

Nota: (i) ICP adalah singkatan bagi Kertas Komersil Islam dan IMTN adalah singkatan bagi Nota Jangka Sederhana Islam (ii) IMTN 001 hingga IMTN 007 telah diterbitkan di bawah program ICP/IMTN sehingga RM2.00 bilion (iii) IMTN 008 hingga IMTN 017 telah diterbitkan di bawah program ICP/IMTN sehingga RM3.00 bilion (iv) IMTN 018 telah diterbitkan di bawah program ICP/IMTN sehingga RM4.00 bilion

HUTANG SEDIA ADA TMpada 31 Disember 2018

harga jalur lebar, persaingan sengit dalam pasaran runcit serta persaingan daripada penyedia infrastruktur baharu yang berpotensi di pasaran borong. Harga saham TM telah terjejas sepanjang tahun, di mana harga saham ditutup 57.8% lebih rendah pada akhir tahun 2018, berbanding harga saham penutup pada tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, kami terus memupuk hubungan dengan pihak berkepentingan kami dengan cara yang tepat pada masanya, proaktif dan telus, untuk memastikan mereka dapat mengikuti semua perkembangan dan untuk menjelaskan dengan cara yang terbaik, tentang sebarang kebimbangan yang timbul.

Demi memastikan pematuhan dengan amalan terbaik, semua komunikasi dengan ahli pasaran modal ditadbir oleh dasar dan garis panduan dalaman syarikat, dan ia adalah sejajar dengan pelbagai tadbir urus korporat serta garis panduan pendedahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan, iaitu Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Sebagai tambahan, kebimbangan berkaitan dengan keupayaan kami untuk mengekalkan komitmen dividen juga menjadi sebahagian daripada topik-topik penting yang dibincangkan. Ini adalah perkara yang sangat penting bagi pihak Pengurusan dan Lembaga Pengarah syarikat. Berdasarkan lanskap operasi semasa dan setelah pertimbangan teliti kesannya terhadap pendapatan kami di samping usaha untuk mengubah syarikat bagi menyesuaikan diri, syarikat telah meminda polisi dividennya untuk menyokong objektif strategik jangka panjang kami. Polisi dividen baharu ini telah diumumkan pada 26 November 2018 dan berkuatkuasa bermula daripada akhir tahun kewangan 31 Disember 2018. Dasar dividen baru menyatakan bahawa syarikat berhasrat untuk mengagihkan dividen tahunan sebanyak 40.0% kepada 60.0% daripada PATAMI. Dividen akan dibayar bergantung kepada prestasi keseluruhan perniagaan dan keuntungan syarikat, komitmen modal, keadaan kewangan, rizab boleh diagih dan faktor-faktor lain yang berkaitan.

78

Seksyen : Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

UlasanKetua Pegawai Kewangan Kumpulan

Page 40: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

IMTN 001 IMTN 002 IMTN 003 IMTN 004 IMTN 005 IMTN 006 IMTN 007 IMTN 008 IMTN 009 IMTN 010 IMTN 011 IMTN 012 IMTN 013 IMTN 014 IMTN 015 IMTN 016 IMTN 017 IMTN 018

Kupon 4.50% 4.20% 4.20% 4.00% 3.95% 3.95% 3.93% 4.30% 4.82% 4.738% 4.55% 4.55% 4.23% 4.88% 4.58% 4.73% 4.342% 4.68%

Tarikh Matang 25 Jun 2021 13 Sep 2021 10 Dis 2021 13 Mei 2022 19 Dis 2022 28 Apr 2023 23 Jun 2023 18 Dis 2020 21 Mac 2024 27 Jun 2024 7 Okt 2024 20 Dis 2024 10 Jun 2022 28 Nov 2025 3 Sep 2027 18 Mei 2028 25 Ogos 2023 31 Okt 2028

Prinsipal (RM) 300,000,000 300,000,000 200,000,000 250,000,000 300,000,000 400,000,000 250,000,000 200,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 500,000,000 250,000,000 250,000,000 800,000,000

Nota: (i) ICP adalah singkatan bagi Kertas Komersil Islam dan IMTN adalah singkatan bagi Nota Jangka Sederhana Islam (ii) IMTN 001 hingga IMTN 007 telah diterbitkan di bawah program ICP/IMTN sehingga RM2.00 bilion (iii) IMTN 008 hingga IMTN 017 telah diterbitkan di bawah program ICP/IMTN sehingga RM3.00 bilion (iv) IMTN 018 telah diterbitkan di bawah program ICP/IMTN sehingga RM4.00 bilion

DI SINI UNTUK MENJANA TRANSFORMASI TM

Sedang kami menuju ke arah memperkukuhkan pengaruh dan penyertaan Kumpulan Kewangan dalam membuat keputusan utama, kami terus menyaksikan kemajuan dalam penggunaan digital dan kaedah moden untuk menyokong Kumpulan dan meningkatkan kualiti penyampaian kami. Pada masa ini, inisiatif-inisiatif untuk mengukuhkan organisasi kewangan, sebagai tindak balas terhadap jangkaan yang lebih tinggi terhadap kami sebagai satu pasukan, dan TM sebagai sebuah syarikat, juga berjalan dengan baik, merangkumi semua kemahiran berkaitan kewangan serta kemahiran digital masa depan dan lain-lain keupayaan sampingan untuk menambah nilai kepada anggota kami.

Disiplin kewangan yang ketat sentiasa menjadi asas kepada Kumpulan TM, dan Kumpulan Kewangan akan memperkukuhkan komitmen kami untuk mempamerkan peranan kami sebagai rakan kongsi yang paling bernilai untuk perniagaan, untuk menjadi organisasi yang akan menyokong pelaksanaan PIP2019-2021 dan berada di sini untuk menjana fasa transformasi ini.

Salah satu peranan penting bagi Kumpulan Kewangan dan organisasi Kewangan dalam fasa kritikal ini adalah untuk memastikan TM kekal kuat pada dasarnya, dengan pengurusan kewangan yang kukuh untuk menjana TM ke arah keadaan baharu yang lebih baik. Ini akan melibatkan peralihan kedudukan organisasi Kewangan sebagai rakan perniagaan untuk berada di barisan hadapan – melampaui pelaporan, belanjawan dan peranannya yang biasa, ke arah menjadi organisasi yang memastikan isu-isu perniagaan yang berkaitan dengan projek baharu, pelaburan, perbelanjaan dan pengurusan aset akan menghasilkan nilai tertinggi dan paling mampan, sementara melindungi kepentingan syarikat dengan pengurusan risiko yang mantap dan kawalan dalaman yang ketat.

Pengurusan aliran tunai dan kunci kira-kira kekal penting sepanjang tempoh ini, dengan memberi keutamaan untuk mengekalkan nisbah kecairan yang kukuh. Bagi membiayai pelan perniagaan kami untuk tahun 2019 (dengan panduan CAPEX pada tahap yang sama seperti tahun 2018) dan untuk beberapa tahun akan datang, kami telah menggerakkan program modal kami yang komprehensif, inisiatif pertama adalah kejayaan pelancaran Kertas Komersil Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam bertaraf AAA melalui Program Sukuk Wakalah Nota Jangka Sederhana Islam dengan Had Gabungan sebanyak RM4.00 bilion, pada September 2018.

79

Seksyen : Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

PULANGAN KEPADA PEMEGANG SAHAM (2014-2018)

941.2846.8

894.9804.2

847.9 808.0863.2

153.275.1

808.0

20142015201620172018

PATAMI Dinormalisasi

RM Juta

PATAMI Dilaporkan

Dividen Biasa

Dasar dividen baharu adalah berdasarkan PATAMI Dilaporkan

Page 41: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

80Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Seksyen : Kotak Artikel 2

Memacu Revolusi Perindustrian (IR) 4.0

Page 42: 10%.0*0%-*,-/%*!2 !#$%&'()#**%+'(,'(-.*%/$0 · Sebagai rakan kongsi strategik, kami mempunyai rekod yang mantap melebihi satu dekad dalam pembangunan negara, melalui rangkaian terkini

Untuk diterima sebagai berkeupayaan IR4.0, kilang-kilang dan sistem-sistem perlu saling boleh beroperasi, menyediakan ketelusan maklumat bertahap tinggi, memberi bantuan teknikal, dan membuat keputusan tidak berpusat. Mesin-mesin di kilang-kilang dan sistem-sistem ini perlu boleh berkomunikasi antara satu sama lain bagi membolehkan interaksi yang lebih mudah yang akan membantu operasi secara keseluruhannya. Sistem perlu mempunyai kebolehan untuk menyimpan sebarang data atau maklumat yang dihasilkan sebagai salinan maya yang boleh membantu dalam menganalisis konteks maklumat dengan tepat. Mewujudkan sistem kompleks ini akan membolehkan bantuan teknikal tercanggih dan menyokong manusia dalam membuat keputusan strategik dan menyelesaikan isu-isu penting. Sistem pembetulan sendiri akan mengurangkan interaksi manusia yang diperlukan untuk proses penyelenggaraan dan sebaliknya memberi tumpuan kepada perkembangan yang lebih inovatif.

Di Malaysia, kami telah mula mengambil langkah ke arah mengamalkan IR4.0. Berdasarkan Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 atau dikenali sebagai “Industry4WRD” oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, pendigitalan industri berasaskan pengeluaran dipacu oleh teknologi konvergens yang berkembang pesat. Kerajaan menyedari akan potensi ekonomi digital dan telah mengenal pasti faktor utama yang menyumbang kepadanya. Dasar ini membincangkan tentang empat (4) teknologi IR4.0 utama iaitu pengkomputeran awan, keselamatan siber, Internet untuk Segalanya (IoT), dan analisis Data Raya. Sektor-sektor ini menjadi topik utama dalam ekonomi digital baharu dan telah menyaksikan peningkatan permintaan di seluruh dunia.

Bagi TM, kami telah mengambil langkah untuk menerima cabaran seperti yang pasaran dan kerajaan inginkan. Kami sedang menyusun semula portfolio produk dan perkhidmatan kami, yang bertumpu kepada perkhidmatan awan. Dengan mewujudkan ekosistem maya bagi perkhidmatan kami, kami akan dapat mengumpul dan menganalisis data dengan efektif pada bila-bila masa. Perkhidmatan awan terdiri daripada teknologi seperti Perisian-sebagai-Perkhidmatan (SaaS); P l a t f o r m - s e b a g a i - P e r k h i d m a t a n ( P a a S ) d a n Infrastruktur-sebagai-Perkhidmatan (IaaS), yang akan dapat memenuhi keperluan pelanggan kami.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif keterhubungan berasaskan awan kami, kami telah mula memperkenalkan produk Rangkaian Kawasan Luas Berasaskan Perisian (SDWAN) untuk perkhidmatan kami. Menerusi produk ini, kami dapat menawarkan perkhidmatan tambah nilai yang mantap dengan tahap perkhidmatan yang berbeza buat para pelanggan kami. Ini memberi lebih kuasa

kepada pengguna untuk memilih apa yang paling sesuai untuk mereka. Mereka mempunyai pilihan daripada Multiprotocol Label Switching (MPLS), Evolusi Jangka Panjang (LTE) dan C-Bands yang menunjukkan bahawa pakej SDWAN kami dibangunkan untuk memenuhi pelbagai permintaan pelanggan. Pada tahun 2017, kami melancarkan ‘Biz Accelerator Suite’ (BAS) yang bertujuan untuk memenuhi keperluan minimum pelanggan yang peka terhadap faktor kos. Bagi mereka yang mempunyai bajet rendah atau sederhana, kami telah memperkenalkan pakej ‘SDWAN Profesional’. Pakej-pakej ini mampu menyelesaikan masalah keterhubungan yang dihadapi oleh kebanyakan pelanggan kami. Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan premium kami, kami telah memperkenalkan ‘SDWAN Premier’ yang membolehkan para pelanggan memanfaatkan sepenuhnya sambungan berkelajuan tinggi kami.

Memandang ke hadapan pada tahun 2019, kami telah merangka perancangan untuk perkhidmatan pintar kami. Kami akan memberi tumpuan kepada dua (2) bidang – Bandar Pintar dan Hartanah Pintar. Dengan peningkatan jumlah penduduk di Malaysia dan lebih ramai individu berpindah ke bandar-bandar, kami telah membuat perancangan untuk menangani masalah ini. Dengan menggabungkan penggunaan teknologi dalam perancangan bandar, kami dapat memperbaiki rancangan sebelum ini dan membangunkan bandar yang lebih mampan. Penggunaan teknologi dalam persekitaran kita akan membantu pihak berkuasa tempatan berkhidmat dengan lebih cekap. Bandar-bandar akan menjadi lebih selamat dan sebarang masalah dalam operasi tempatan akan dikendalikan oleh sebuah ekosistem pintar. Kami yakin bahawa ini adalah hala tuju yang tepat untuk kita mencapai kemajuan sebagai sebuah masyarakat.

TM ONE sebagai pemacu perniagaan dan sektor awam menawarkan perkhidmatan dan infrastruktur digital yang bersepadu dan komprehensif sepenuhnya yang membantu peralihan pelanggan ke persekitaran operasi baharu, dengan persekitaran yang digerakkan oleh awan, perkhidmatan maya dan IoT seperti platform pembayaran digital, Kad Pengenalan Digital, Keselamatan Siber, Sistem Maklumat Geo, Awan serta bandar pintar. Dalam merealisasikan transformasi digital pelanggan, penyelesaian ini akan memenuhi keperluan perniagaan dalam penerimaan konvergens digital sebagai batas inovasi termaju yang seterusnya. Dalam dunia gangguan digital hari ini, perniagaan kini mampu mencari cara terbaik untuk mengubah operasi mereka dengan efektif melalui data. Dengan kemajuan teknologi, pendigitalan dan analisis data telah memperbaharui landskap perniagaan dengan pantas, membolehkan kemunculan inovasi-inovasi perniagaan baharu dan bentuk persaingan baharu.

Sepanjang abad yang lalu, kita telah melihat peralihan besar dalam perindustrian merentasi beberapa sektor ekonomi. Kemunculan barisan pemasangan telah mendorong industri pembuatan menjadi mekanisme utama bagi ekonomi. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini gelombang pemikiran baharu telah muncul yang boleh mengganggu arus landskap ekonomi. Ekonomi kini bergerak ke arah pendekatan yang lebih didorong oleh data. Syarikat dan perniagaan menilai analitik data untuk meramal trend pasaran global yang baharu. Orang ramai mengenali pergerakan ini sebagai Industri 4.0 (IR4.0). Ia merujuk kepada fasa baharu yang jauh berbeza daripada model lama Revolusi Perindustrian. IR4.0 menekankan kepentingan kesalinghubungan, automasi, pembelajaran mesin, dan akses data masa nyata. Kilang yang menggunapakai konsep ini dikenali sebagai “kilang pintar”. Kilang-kilang ini menggabungkan teknologi dalam sistem mereka yang membolehkan mereka memantau proses fizikal hab pengeluaran dan membuat keputusan tidak berpusat, tanpa bergantung kepada manusia.

81

Seksyen : Kotak Artikel 2