1.0 pengenalan asgment asas kepimpinan

6
1.0 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Kepada Kursus Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru Kursus ini merupakan kursus wajib semua guru pelatih semester 8 di Institut Pendidikan Guru. Kursus ini membawa kredit 3(3+0) . Kursus ini merangkumi konsep mengajar sebagai satu profesion, kod etika dan akauntabiliti guru, isu – isu etika, peringkat perkembangan guru, peranan guru, kepemimpinan guru, struktur organisasi sekolah dan perkembangan professional guru. Terdapat 6 objektif utama yang perlu diperolehi oleh setiap guru pelatih selepas menjalani kursus ini. Objektif pertama adalah pada akhir Kursus guru pelatih dapat menjelaskan konsep profesion, etika, akauntabiliti dan kesantunan profesionalisme keguruan. Keduanya, guru pelatih dapat mengenal pasti ciri – ciri guru sebagai seorang professional. Objektif ketiga adalah berkenaan guru pelatih dapat menganalisis peringkat perkembangan kerjaya daru guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi. Berikutnya adalah berkaitan objektif keempat iaitu guru pelatih dapat merancang perkembangan diri sebagai professional dan melaksanakan peranan dan tugas guru dalam pelbagai aspek pengurusan di sekolah. Objektif yang terakhir melalui kursus ini adalah guru pelatih dapat menampilkan ciri – ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan profesion. Terdapat 8 tajuk utama yang perlu dipelajari dalam kursus ini. Tajuk pertama adalah mengenai konsep mengajar

Upload: has-faezah

Post on 27-Oct-2015

50 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

PENGENALAN ASGMENT ASAS KEPIMPINAN

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 PENGENALAN ASGMENT ASAS KEPIMPINAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kepada Kursus Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

Profesional Guru

Kursus ini merupakan kursus wajib semua guru pelatih semester 8 di Institut

Pendidikan Guru. Kursus ini membawa kredit 3(3+0) .

Kursus ini merangkumi konsep mengajar sebagai satu profesion, kod

etika dan akauntabiliti guru, isu – isu etika, peringkat perkembangan guru,

peranan guru, kepemimpinan guru, struktur organisasi sekolah dan

perkembangan professional guru.

Terdapat 6 objektif utama yang perlu diperolehi oleh setiap guru

pelatih selepas menjalani kursus ini. Objektif pertama adalah pada akhir

Kursus guru pelatih dapat menjelaskan konsep profesion, etika, akauntabiliti

dan kesantunan profesionalisme keguruan. Keduanya, guru pelatih dapat

mengenal pasti ciri – ciri guru sebagai seorang professional. Objektif ketiga

adalah berkenaan guru pelatih dapat menganalisis peringkat perkembangan

kerjaya daru guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi. Berikutnya

adalah berkaitan objektif keempat iaitu guru pelatih dapat merancang

perkembangan diri sebagai professional dan melaksanakan peranan dan

tugas guru dalam pelbagai aspek pengurusan di sekolah. Objektif yang

terakhir melalui kursus ini adalah guru pelatih dapat menampilkan ciri – ciri

kepimpinan yang bersesuaian dengan profesion.

Terdapat 8 tajuk utama yang perlu dipelajari dalam kursus ini. Tajuk

pertama adalah mengenai konsep mengajar sebagai satu profesion. Tajuk

merupakan satu tajuk yang akan membincangkan hal berkenaan konsep

profesion dan profesionalisme dan ciri – ciri seorang guru yang professional.

Tajuk kedua yang dipelajari adalah berkenaan kod etika dan

akauntabiliti keguruan. Tajuk ini mengemukan 3 subtopik di bawah tajuk kod

etika keguruan iaitu konsep etika, konsep akauntabiliti keguruan dan integrity

guru.

Tajuk ketiga yang perlu dipelajari melalui kursus ini adalah berkenaan

isu – isu etika guru. Di bawah tajuk ini terdapat 7 tajuk utama iaitu berkaitan

isu kesantunan guru, isu kepedulian (keprihatinan) guru, penampilan guru,

Page 2: 1.0 PENGENALAN ASGMENT ASAS KEPIMPINAN

berniaga di sekolah, kerja sambilan dan yang terakhir adalah berkaitan

pengurusan masa dan kewangan guru.

Tajuk yang keempat adalah berkenaan peringkat – peringkat

perkembangan guru. Tajuk ini menjelaskan hal berkaitan teori peringkat –

peringkat perkembangan guru yang merangkumi teori keprihatinan (Fuller,

1969) dan lima peringkat perkembangan guru yang dikemukakan oleh Trotter

pada tahun 1986. Sub topik terakhir dalam tajuk ini adalah berkenaan

perjalanan dari Novis ke pakar yang merujuk kepada implikasi terhadap guru.

Tajuk yang kelima adalah berkaitan peranan guru sekolah rendah.

Tajuk ini membincangkan perkara berkaitan guru sebagai pengamal ilmu dan

kemahiran, pembimbing, pengamal reflektif, penyelidik, agen sosial, agen

perubahan, pengganti ibu bapa, pembentuk tingkah laku dan yang terakhir

adalah pengurus pembelajaran.

Tajuk yang keenam adalah berkaitan kepemimpinan guru. tajuk ini

merangkumi hal berkaitan konsep asas kepemimpinan, jenis – jenis

kepemimpinan dan teori – teori kepemimpinan. Seterusnya tajuk ini

membicarakan hal berkaitan implikasi kepemimpinan kepada sekolah serta

kepemimpinan sekolah dan guru juga cabaran yang dihadapi dalam

kepemimpinan di sekolah dan dunia pendidikan.

Tajuk yang ketujuh adalah berkaitan struktur organisasi pendidikan.

Melalui tajuk ini, perkara berkaitan visi, misi dan matlamat kementerian

pelajaran Malaysia dibincangkan. Selain itu, tajuk ini juga mengutarakan hal

berkaitan carta organisasi kementerian pelajaran Malaysia serta carta

organisasi sekolah dan yang terakhir adalah tugas dan tanggungjawab guru

serta jangkaan guru dalam dunia pendidikan.

Tajuk yang terakhir adalah berkaitan perkembangan profesionalisme

guru. Tajuk ini membincangkan perkara berkaitan konsep pembelajaran

sepanjang hayat, pelan pembelajaran peribadi, budaya membaca, budaya

menyelidik dan amalan reflektif. Selain itu, tajuk ini juga mengetengahkan

konsep kolaborasi dan musyawarah serta latihan dalam perkhidmatan. Selain

itu, tajuk ini juga membawa pengajaran kepada tajuk pembelajaran autentik

dan akses maklumat daripada pelbagai sumber.

Page 3: 1.0 PENGENALAN ASGMENT ASAS KEPIMPINAN

1.2 Pengenalan Kepada Kerja Kursus Projek

Kerja Kursus Projek untuk kursus Asas Kepemimpinan Dan

Perkembangan Profesionalisme Guru (EDU 3108) merupakan satu kerja

kursus yang wajib dilaksanakan oleh setiap guru pelatih untuk semester

lapan yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan

Pemulihan Rendah. Terdapat 6 objektif utama yang perlu diperolehi oleh

setiap guru pelatih selepas menjalani kursus ini. Objektif pertama adalah

pada akhir Kursus guru pelatih dapat menjelaskan konsep profesion, etika,

akauntabiliti dan kesantunan profesionalisme keguruan. Keduanya, guru

pelatih dapat mengenal pasti ciri – ciri guru sebagai seorang professional.

Objektif ketiga adalah berkenaan guru pelatih dapat menganalisis peringkat

perkembangan kerjaya daru guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikutnya adalah berkaitan objektif keempat iaitu guru pelatih dapat

merancang perkembangan diri sebagai professional dan melaksanakan

peranan dan tugas guru dalam pelbagai aspek pengurusan di sekolah.

Objektif yang terakhir melalui kursus ini adalah guru pelatih dapat

menampilkan ciri – ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan profesion.

Kerja kursus ini mempunyai tiga objektif utama iaitu, pertamanya guru

pealtih dapat menganalisis dan menterjemahkan jenis – jenis kepemimpinan

guru berdasarkan bahan rujukan kepemimpinan guru kepada bentuk

pengurusan grafik. Kedua guru pelatih dapat mengulas secara kritis gaya

kepemimpinan guru besar / pemimpin guru di sekolah dan mengaitkannya

dengan teori kepemimpinan berdasarkan dapatan penyelidikan dan bahan

rujukan yang berkaitan. Objektif ketiga adalah berkaitan mencadangkan

tindakan – tindakan bagi meningkatkan profesionalisme guru di sekolah

tersebut serta memberi justifikasi atas cadangan berkenaan berdasarkan

dapatan penyelidikan dan bahan rujukan yang relevan.

“Setiap sekolah memerlukan pemimpinan yang berupaya

mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan kea rah objektif yang telah

ditetapkan. Kepemimpinan guru juga penting untuk menjana perubahan ke

arah peningkatan profesionalisme guru di sekolah: Berdasarkan kepada

penyataan berikut, guru pelatih dikehendaki melaksanakan tugasan yang

berikut :

Page 4: 1.0 PENGENALAN ASGMENT ASAS KEPIMPINAN

i. Sediakan satu pengurusan grafik digital tentang jenis – jenis

kepemimpinan guru berdasarkan kepada bahan rujukan

kepemimpinan guru.

ii. Melalui pemerhatian guru pelatih semasa di sekolah, ulas

secara kritis tentang gaya kepemimpinan guru besar /

pemimpin guru di sekolah tersebut dan kaitkannya dengan

teori – teori kepemimpinan berdasarkan dapatan penyelidikan

dan bahan rujukan yang berkaitan

iii. Sebagai guru besar / pemimpin guru, cadangkan tindakan –

tindakan bagi peningkatan profesionalisme guru di sekolah

tersebut. Beri justifikasi atas cadangan anda berdasarkan

dapatan penyelidikan dan bahan rujukan yang berkaitan

Tugasan ini dilaksanakan secara individu bagi kesemua bahagian

penulisan kerja kursus projek. Segala maklumat dan lampiran

kajian boleh disertakan pada bahagian lampiran sebagai rujukan.

Tugasan ini perlu dihantar pada pensyarah sebelum atau pada 9

September 2013.