1.0 pengenalan

1
1.0 Pengenalan Pendidikan adalah hak asasi semua manusia termasuk kanak-kanak Pendidikan Khas. Oleh itu, pada tahun 1975, Undang-undang Awam (Public Law) 94-142 digubal, yang berkehendakkan setiap negeri menyediakan akses kepada program pendidikan percuma dalam sistem sekolah awam kepada semua kanak-kanak istimewa yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 13 tahun. Program ini perlu menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh kanak-kanak dengan keperluan khas dalam persekitaran yang tidak terhad atau setaraf dengan kanak-kanak dan persekitaran biasa. Persekitaran yang tidak terhad membawa kepada perlunya program rangkuman ataupun inklusif yang disediakan supaya kanak-kanak khas tidak terasing daripada kanak-kanak normal. 2.0 Pendidikan Inklusif Menurut Kamariah Jarji (1994), pendidikan inklusif adalah sebuah program yang melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya. Seterusnya, pendidikan inklusif ini mempunyai 2 bentuk pendidikan iaitu pendidikan inklusif sepenuh masa dan juga pendidikan separa inklusif. Bagi pendidikan inklusif sepenuh masa, pelajar berkeperluan khas akan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran di dalam kelas biasa seperti pelajar biasa. Namun begitu, senarai nama pelajar berkeperluan khas masih kekal dalam daftar kelas khas. Guru kelas boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas atau guru pendamping sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkah laku. Seterusnya, pelajar berkeperluan khas akan diberi peluang untuk mengambil dan menduduki peperiksaan awam seperi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pendidikan separa inklusif ialah sejenis program yang mana pelajar berkeperluan khas hanya mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja dan waktu selebihnya pelajar tersebut mengikuti program di kelas khas. Senarai nama pelajar didaftarkan dalam program Pendidikan Khas dan guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. Selain itu, pelajar berkeperluan khas juga menduduki ujian mata pelajaran sama seperti murid biasa.

Upload: sofiasaman

Post on 22-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

INKLUISF

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia termasuk kanak-kanak

Pendidikan Khas. Oleh itu, pada tahun 1975, Undang-undang Awam (Public Law)

94-142 digubal, yang berkehendakkan setiap negeri menyediakan akses kepada

program pendidikan percuma dalam sistem sekolah awam kepada semua kanak-

kanak istimewa yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 13 tahun. Program ini

perlu menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh kanak-kanak dengan

keperluan khas dalam persekitaran yang tidak terhad atau setaraf dengan kanak-

kanak dan persekitaran biasa. Persekitaran yang tidak terhad membawa kepada

perlunya program rangkuman ataupun inklusif yang disediakan supaya kanak-kanak

khas tidak terasing daripada kanak-kanak normal.

2.0 Pendidikan Inklusif

Menurut Kamariah Jarji (1994), pendidikan inklusif adalah sebuah program

yang melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di

mana bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan

mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya.

Seterusnya, pendidikan inklusif ini mempunyai 2 bentuk pendidikan iaitu

pendidikan inklusif sepenuh masa dan juga pendidikan separa inklusif. Bagi

pendidikan inklusif sepenuh masa, pelajar berkeperluan khas akan mengikuti proses

pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran di dalam kelas biasa

seperti pelajar biasa. Namun begitu, senarai nama pelajar berkeperluan khas masih

kekal dalam daftar kelas khas. Guru kelas boleh merujuk atau meminta bantuan

daripada guru pendidikan khas atau guru pendamping sekiranya terdapat sebarang

masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkah laku. Seterusnya, pelajar

berkeperluan khas akan diberi peluang untuk mengambil dan menduduki

peperiksaan awam seperi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pendidikan separa inklusif ialah sejenis program yang mana pelajar

berkeperluan khas hanya mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata

pelajaran tertentu sahaja dan waktu selebihnya pelajar tersebut mengikuti program

di kelas khas. Senarai nama pelajar didaftarkan dalam program Pendidikan Khas

dan guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.

Selain itu, pelajar berkeperluan khas juga menduduki ujian mata pelajaran sama

seperti murid biasa.