1.0 pengenalan

2

Click here to load reader

Upload: joey-loh

Post on 02-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1.0 Pengenalan

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 Pengenalan

Pengenalan

Pemilihan media memainkan peranan yang penting agar guru menggunakan bahan yang

sesuai dalam proses PdP. Terdapat enam langkah pemilihan media, iaitu Analisis Pelajar,

Nyatakan Objektif Pembelajaran, Memilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber, Menggunakan

Media dan Bahan Sumber, Libatkan Penyertaan Pelajar , Menilai dan Menyemak Semula.

Dalam tahap yang pertama, “Analisis Pelajar” (A - Analayze Learners), guru dikehendaki

meneliti ciri-ciri atau keistimewaan kumpulan pelajar untuk menyediakan media pengajaran

yang paling sesuai supaya mencapai objektiif pembelajaran. Pelajar dapat dianalisis

berdasarkan tiga aspek, iaitu ciri-ciri umum, pengetahuan dan pengalaman sedia ada, dan gaya

pembelajaran pelajar.

Seterusnya, tahap yang kedua ialah “Nyatakan Objektif Pembelajaran” (S – State

Objectives). Dengan berpandukan Dokumen Standand Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP),

guru harus menentukan objektif pembelajaran secara spesifik dengan menyatakan perubahan

tingkah laku pelajar sebagai kesan pengajaran dan tahap keberkesanan pembelajarannya yang

boleh diterima.

Dalam tahap yang ketiga, “Memilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber” (S – Select

Methods, Media dan Materials). Setelah mengenalpasti ciri-ciri murid dan objektif pembelajaran,

guru dapat menyediakan media pengajaran yang menghubungkaitan dua aspek ini dengan

memilih kaedah, teknologi, bahan sumber dan media yang dapat dilaksanakan secara praktikal.

Dalam tahap yang keempat, “Menggunakan Media dan Bahan Sumber” (U – Utilize Media

dan Material), guru akan merancang cara pengimplementasian media pengajaran dalam

pengajaran. Guru perlu menyediakan kelas dan alat yang diperlukan setelah menjalankan

prebiu dan membuat cubaan pengimplementasian media pengajaran.

Dalam tahap yang kelima, “Libatkan Penyertaan Pelajar” (R – Require Learner

Participation), guru harus menyediakan media pengajaran yang mampu melibatkan murid

secara aktif. Guru aakn mendapat maklum balas dari penggunaan media pengajaran, murid

atau penilaian kendiri.

Dalam tahap yang keenam, “Menilai dan Menyemak Semula” (E – Evaluate dan Revise),

guru akan menilai keberkesanan penggunaan media pembelajaran dalam pembelajaran pelajar.

Penilaian tersebut merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu dari pemilihan objektif,

Page 2: 1.0 Pengenalan

keberkesaan media dan bahan sumber membantu pengajaran guru, keupayaan pelajar

memanfaatkan media pengajaran dan lain-lain.