10 pendahuluan, matlamat, objektif

Upload: dzulfadhly

Post on 09-Mar-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendahuluan

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Berdasarkan soalan kerja kursus Literasi Nombor, kertas cadangan ini dikemukakan dengan tujuan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pembukusan makanan. Kumpulan kami yang terdiri daripada dua orang ahli iaitu Ahmad Kamil Sabri bin Abdul Rahman dan Andre Scott Lau ingin menyertai peraduan merekacipta pembungkus makanan yang dianjurkan oleh syarikat tersebut. Kertas cadangan ini merupakan suatu tugasan projek bagi matapelajaran WAJ3052 Literasi Nombor yang diwajibkan kepada semua pelajar semester 2 PISMP ambilan Jun 2014. Tugasan ini dibimbing oleh Encik Ab. Razak bin Salleh. Tugasan projek ini membawa markah berwajaran sebanyak 40%. Penekanan yang diberikan kepada tugasan ini bertujuan agar para pelajar semester 2 PISMP ambilan Jun 2014 dapat memahami isi pembelajaran Literasi Nombor sepanjang semester serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian secara umumnya dan kehidupan seorang bakal guru secara khususnya.

2.0 MATLAMAT

Tugasan ini bertujuan untuk mendidik para guru pelatih untuk menguasai kemahiran menulis kertas cadangan apabila bergelar seorang pendidik suatu hari nanti. Mahasiswa dan mahasiswi Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan harus sedar bahawa tugas guru bukan sahaja hanya mendidik anak murid malah guru juga terlibat secara aktif dalam perancangan aktiviti dan program yang bertujuan untuk membentuk kemenjadian insan murid-murid di sekolah dalam usaha membentuk generasi yang mahir dalam pelbagai bidang. Justeru, adalah penting untuk seorang bakal guru untuk memahirkan dirinya daripada peringkat awal lagi dalam proses penghasilan kertas cadangan dan kertas kerja. Perkara ini penting agar bakal guru dapat menyesuaikan diri dengan mudah apabila sudah berkerjaya suatu masa nanti.

3.0 OBJEKTIF

Tugasan projek ini mempunyai objektif berikut:1. Menguasai kemahiran asas dalam literasi nombor untuk menyiapkan tugasan.2. Mengaplikasi pengetahuan literasi nombor dengan menghasilkan bahan untuk projek.3. Membentangkan hasil kerja.4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.