10 khasiat buah tin

Upload: taykhong

Post on 09-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

buah tiin hebat

TRANSCRIPT

Makanlah buah tin selalu, Anda sihat, sudah tentu!

BUAH TIN HEBAT!

10 KHASIAT BUAH TIN!

Buah tin yang berasal dari kawasan iklim Mediterranean, berbuah secara bermusim. Buah tin mempunyai suatu liang di hujung buahnya yang dipanggil mata atau 'ostiole'. Buah tin yang masak mempunyai kulit yang licin dan isinya penuh dengan jusnya serta mengandungi biji-biji hitam yang rangup. Warna kulit buah tin yang masak bergantung kepada jenisnya, dan mungkin berwarna, kuning, ungu, merah, hitam atau hijau.

1.Buah Tin dan kesihatan andaBuah tin mengandungi galian kalium, iaitu sejenis galian yang dapat menolong mengawal tekanan darah. Serat yang mudah larut dan pectin yang juga terdapat dalam buah tin boleh mengurangkan tahap kolesterol dalam tubuh. Teh daripada daun pokok tin dipercayai dapat mengurangkan tahap lemak triglyceride, sekali gus mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan angin ahmar. Buah tin yang telah dikeringkan mengandungi phenol, omega 3 dan 6 yang dipercayai dapat mengurangkan risiko serangan sakit jantung.

2.Mengurangkan berat badanBuah tin rendah dari segi kalori tetapi padat dengan serat. Makanan yang mempunyai nilai serat yang tinggi menolong mengurangkan selera makan anda. Makanan yang berserat juga menolong melawaskan pembuangan air besar. Apabila toksin kurang di dalam badan, maka lebih senang anda mengurangkan berat badan.

3.Untuk Sistem Penghadaman yang SihatBuah tin yang penuh dengan serat bertindak sebagai julap semula jadi. Ini dapat menolong anda yang mempunyai masalah buang air besar tidak lawas. Buah tin juga mengandungi probiotik, untuk menolong mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.

4.Dipercayai dapat Mengurangkan risiko barah.Teh daripada daun pokok tin dipercayai dapat membendung penularan sel barah. Antioksidan yang terkandung dalam buah tin dapat menghapuskan "free radicals" dan lain-lain penyebab barah. Teh pokok tin juga dipercayai dapat menolong membendung penyakit barah payu dara daripada menyerang ketika wanita putus haid.

5.Mengurangkan Kemerosotan Penglihatan disebabkan Peningkatan UsiaMakan buah tin tiga kali sehari dapat mengurangkan risiko kemerosotan penglihatan. Buah tin mengandungi kandungan zat carotenoids, antioksidan, vitamin A, C dan E yang tinggi dapat menolong mengekalkan tahap penglihatan yang baik.

6.Mengurangkan masalah penyakit kencing manisDaun buah tin dipercayai dapat mengurangkan jumlah insulin yang diperlukan oleh pesakit kencing manis. Tahap kalium yang tinggi dalam buah tin dipercayai dapat mengawal jumlah gula yang diserap oleh badan.

7.Untuk tulang yang kuatBuah tin yang merupakan sumber kalsium yang baik, penting untuk memastikan tulang padat. Seterusnya, kalium di dalam buah tin dapat mengurangkan kehilangan kalsium dari badan akibat pemakanan yang mempunyai garam yang tinggi. Dengan ini, buah tin dapat mengurangkan kecepatan tahap penipisan tulang.

8.Mengubati Kecederaan serta JangkitanBuah tin yang sudah dibakar (baked) jika diletakkan di atas kulit yang mengalami masalah bengkak, bernanah dan sebagainya dapat mengurangkan bisanya. Buah tin yang telah dikisar boleh diletak di atas muka untuk mengurangkan masalah jerawat.

9.Untuk Kulit Sihat yang BerseriBuah tin yang penuh dengan zat dapat memastikan badan sentiasa sihat. Dengan meletakkan buah tin yang telah dikisar di atas muka, kulit dapat menyerap nutrien yang akan menghasilkan kulit yang berseri.

10.Mengurangkan masalah darah tinggiBuah tin adalah sumber kalium yang baik. Kalium dapat mengurangkan impak pemakanan yang penuh dengan garam. Buah tin juga dapat mengurangkan rasa tekanan daripada kehidupan yang serta mencabar.