khasiat pegaga

16
1,001 khasiat pegaga [email protected] Centella asiatica atau lebih dikenali deÂngan nama pegaga di negara ini ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan seÂseorang. Herba daun hijau berbentuk kipas itu biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia. Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya. Ia juga dikenali Âdengan nama Gotu Kola di India dan sering ditemui di kawasan berair. ÂPegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi minuman. Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita. Pegaga dikatakan mampu merawat Âkerosakan kulit secara tradisi selain meningkatÂkan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin meÂngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya. Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut. Bahan aktif pada pegaga yang merangÂsang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus meÂngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit. Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini

Upload: mira

Post on 27-Sep-2015

93 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PEGAGA

TRANSCRIPT

1,001 khasiat pegaga

[email protected]

Centella asiatica atau lebih dikenali dengan nama pegaga di negara ini ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan seseorang.Herba daun hijau berbentuk kipas itu biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia. Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya.Ia juga dikenali dengan nama Gotu Kola di India dan sering ditemui di kawasan berair. Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi minuman.Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita.Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkatkan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin mengamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.Bahan aktif pada pegaga yang merangsang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.Bagi yang bimbang dengan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.Istimewanya, ia mengandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegangkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.Lebih mengujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping meningkatkan peredaran darah.Sifat antibakteria yang ada pada pegaga membuatkan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut tidak bermaya.Ia mampu menguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur darah dan akar rambut serta mengelak masalah rambut yang lain.Peredaran darah yang baik di kulit kepala membantu meningkatkan aliran oksigen, seterusnya mengelak masalah rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut.Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah. Bagaimanapun, bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan serius, penggunaan herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:00 Am

MANFAAT DAN KHASIAT PETAI UNTUK KESEHATAN

MANFAAT DAN KHASIAT PETAI/ PETE BAGI KESEHATANPetai memiliki kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Ketiga zat ini adalah gula alami yang bisa menghasilkan energi instan namun cukup lama dan cukup besar efeknya bagi mereka yang mengkonsumsinya. Bahkan, kandungan protein dalam petai empat kali lebih banyak daripada apel. Selain itu, kandungan karbohidrat, fosfor, vitamin A, zat besi dan vitamin serta mineral lainnya dalam petai juga masih lebih banyak bila dibandingkan apel.Petai juga kaya kalium dan merupakan buah dengan nilai makanan terbaik.

BEBERAPA KHASIAT PETAI/ PETE :

OBAT HATI DAN GINJALRadikal bebas mudah sekali ditemukan pada berbagai produk pangan, terutama pada produk yang digoreng atau dibakar. Hidrogen peroksida; superoxidee anion, dan hidroksil, merupakan contoh-contoh radikal bebas. Molekul tersebut sangat tidak stabil, sangat reaktif, dan merusak jaringan. Radikal bebas akan menjadi tidak berdaya bila berhadapan dengan antioksidan.

TEKANAN DARAH TINGGI DAN STROKEBuah tropis unik ini sangat tinggi kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk memerangi tekanan darah. Begitu tingginya, sehingga FDA Amerika mengizinkan perkebunan petai untuk melakukan klaim resmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan resiko tekanan darah dan stroke.Menurut riset dalam The New England Journal of Medicine makan pete sebagai bagian dari makanan sehari-hari akan menurunkan resiko kematian karena stroke sampai 40%.

LUKA LAMBUNGBuah ini mampu menetralkan asam lambung dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam lambung.

STRESKalium adalah mineral penting, yang membantu untuk menormalkan detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, kecepatan metabolisme kita akan meningkat, sehingga akan mengurangi kadar kalium dalam tubuh. Hal ini dapat diseimbangkan lagi dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.

ANEMIADengan kandungan zat besi yang tinggi, petai dapat menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.

SEMBELITKarena kandungan serat yang tinggi, maka pete akan mempermudah menormalkan kembali aksi pencernaan, membantu mengatasi permasalahan ini tanpa harus kembali ke laksativ.

GIGITAN NYAMUKSebelum anda meraih krim gigitan nyamuk, coba untuk menggosok daerah yang terkena gigitan dengan bagian dalam kulit pete. Banyak orang berhasil mengatasi rasa gatal dan bengkak dengan cara ini.

Mengenali Tongkat AliDitemui di hutan Thailand, Malaysia dan Indonesia, 4 jenis telah dikenalpasti:Eurycoma longifolia, Entomophthora apiculata, Polyathia bullatadanGoniothalamus sp. Dalam perubatan tradisional,Eurycoma longifolialebih digunapakai. Nama lain termasukLong Jack, Malaysian Ginseng,Setunjang Bumi, Bedara Pahit, Pokok Jelas, Cay ba binh, Ian-don dan Jelaih.Mencapai ketinggian 15 18 meter dan mengeluarkan buah selepas 2 3 tahun penanaman, kematangan sempurna dicapai pada usia 25 tahun. Namun untuk keperluan komersial, akarnya dituai hanya selepas 4 tahun penanaman. Buahnya sepanjang 2-3 cm dan berwarna merah kehitaman apabila masak. Daunnya jenis pinat, sepanjang 10-15 inci dengan 10-30 helai setangkai manakala bunga jantan dan betina berada pada pokok yang berbeza.Umumnya, akar paling terkenal namun batang, bunga dan daunnya juga bermanfaat. Secara tradisional, antara lain ia digunakan sebagai anti-malaria, anti-ulser dan rawatan wanita selepas bersalin. Daunnya digunakan untuk mengelakkan penyakit gusi dan merawat penyakit kelamin (sifilis dan gonorea) dan akarnya untuk mengurangkan tekanan darah, demam dan keletihan.Kajian saintifik: manfaat, mudarat dan kesan sampinganSejak dikenali umum, kajian-kajian dilakukan bagi mengesahkan dakwaan khasiatnya serta mengenalpasti kesan sampingan. Beberapa manfaat dan mudarat yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik sehingga 2013 termasuk:Manfaat Anti-malaria:ujud aktiviti anti-malaria terhadap malaria Thailand K-1, beberapa jenis malaria Indonesia, perencatan sempurna terhadap enam isolat malaria Malaysia serta 2 kompaun akarnya menunjukkan potensi sebagai anti-malaria ). Anti-kanser:1 daripada 6 kuasinode yang diambil daripada daunnya dikenalpasti mempunyai kompaun perencatan pengaktifan virusEpstein-Barryang menggalakkan tumor. Daripada 65 kompaun akar Tongkat Ali, 8 menunjukkan kesitotoksikan kuat terhadap kanser paru-paru manakala 7 menunjukkan kesitotoksikan kuat terhadap kanser payudara. Anti-kencing manis:menunjukkan penurunan gula dalam darah bagi kes kandungan gula tinggi (hyperglycaemic) dan tiada kesan signifikan terhadap kadar gula yang normal (normoglycaemic). Anti-bakteria:ekstrak daun dan batang menunjukkan keaktifan pada kedua-dua bakteriaGram-positivedanGram-negativekecuali 2 jenis bakteriaGram-negative; namun ekstrak akar tidak menunjukkan apa-apa aktiviti anti-bakteria. Sifat maskulin dan aktiviti seksual:menunjukkan peningkatan aktiviti seksual tikus dewasa, motivasi seksual tikus pembiak yang telah pencen dan berahi pada tikus tua dan tikus pembiak yang telah pencen Kitaranspermatogenesisdan kesuburan:menunjukkan peningkatan yang signifikan pada jumlahspermatocytesdanspermatids, kadar penghasilan spermatozoa dan jumlah selLeydigserta indeks kesuburan dan keproduktifan pada tikus jantan.Mudarat dan kesan sampingan Ketoksikan:ujud dalam beberapa kuasinode akar Tongkat Ali. Pencemaran lead: daripada 100 produk yang dikaji, 17% mengandungileadsebanyak 10.3 20.3 ppm dan tidak menepati keperluan kualiti ubatan tradisional Malaysia. Pencemaran merkuri: daripada 100 produk yang dijual di farmasi, 36% mengandungi 0.52 5.30 ppm merkuri manakala penyediaan produk Tongkat Ali hitam pada dos-dos yang berbeza mendapati 26% daripadanya mengandungi 0.53 2.35 ppm merkuri. Keduanya melebihi kadar yang dibenarkan dalam ubatan herba dan tidak menepati kualiti ubatan tradisional Malaysia. Kesan sampingan:walaupun kekurangan bukti saintifik, pengambilan jangka panjang telah dikaitkan dengan ganguan tidur atau apnoea, mudah marah, tekanan kepada testis dan sikap yang agresif.Pengambilan dan dosSecara tradisional, akarnya dipotong kecil, direneh dan diminum. Disebabkan rasanya terlalu pahit, ramai pengamal menganjurkan untuk merebus dengan api kuat bersama madu atau kurma.Pengambilannya hanya dianjurkan secara oral kerana cara lain boleh meningkatkan ketoksikan sehingga 100 kali ganda. Dos yang selamat adalah di antara 270 350mg/kg sehari dan kesan ketoksikan seperti peningkatan berat pada hati, ginjal, limpa dan testis dilaporkan pada pengambilan sehingga 430mg/kg sehari. Keselamatan pengambilannya oleh wanita hamil dan lelaki yang bermasalah jantung tidak dapat dipastikan. Wanita menyusukan dan kanak-kanak juga tidak digalakkan mengambilnya.Bagi produk berasaskannya, menurut Prof. Dr. Ramlan Aziz, Pengarah Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Malaysia, dua perkara menjadi masalah. Pertama, cara pemprosesan dan kedua, kandungannya. Ia memudaratkan jika hanya dikisar untuk dicampur dalam minuman manakala kajianawal oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menunjukkan kandungannya jauh daripada dos yang dapat memberi manfaat.Lebih membimbangkan ialah kecenderungan pengeluar untuk mencampurkannya dengan bahan lain, yang mana risiko tindak balas sesama sendiri belum dapat dipastikan.

Khasiat Buah Jering

Info dan Khasiat Buah JeringPengenalan Jering ialah tumbuhan yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan kawasan ASEAN. Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit danKhasiat Buah JeringDalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.Artikel kali ini membincangkan tentangKhasiat Buah Jeringyang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti(Myanmar),0.1% lemak,1.7% karbohidrat,3.5% protein,Archidendron jiringa,B,besi,chaniang (Thailand),dan C,dan vitamin A,Djengkol (Jawa),fosforus,Jering,kalsium,niang,penyakit kencing manis.Info tentangKhasiat Buah Jeringini kami masukkan dalam kategori :Buah,Ubat,Ulam

PengenalanJeringialahtumbuhanyangberasaldariMalaysia,Indonesiadan kawasanASEAN. Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupunkelapaparut bergula. Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit danpedar. Sesiapa yang memakan buah jering akan mengeluarkan air kencing yang berbau hancing kuat.

Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakitpenyakit kencing manispula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandunganguladalam badan.Jering dikelaskan sebagai racun serdahana kerana ia mempunyaiasid djenkolic,asid amino, yang menyebabkan keracunan Jering (djenkolism jengkol bean poisoning). Ia menyebabkan sakit mencucuk/berdenyut (spasmodic pain), penyakitgout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut (acute renal failure).[1]Keadaan ni biasanya menyerang lelaki, dan tidak ditentukan oleh cara penyediaan jering, dan mereka yang memakannya banyak kali tanpa apa-apa kesan, mungkin mendapat kegagalan renal pada satu ketika lain.[2]Keadaan ini boleh dikurangkan dengan banyak meminum air kosong selepas memakannya bagi mengurangkan pengumpulan asid djenkolic dalam badan danmelawaskan kencing.

Khasiat dan Kebaikan JeringBuah jering mengandungi 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7%karbohidrat, kalsium,fosforus, besi, danvitamin A, B, dan C. Ia juga mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jenkolik. Sekiranya kita memakan terlalu banyak, ia akan memudaratkan kesihatan. Asid jenkolik yang banyak terkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam ginjal dan akhirnya akan menyebabkan pundi kencing tersumbat. Jering boleh menjadi penawar yang berkesan untuk pesakitdiabetiskerana kandungan sebatian alkoloid mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan. Akar pokok jering yang dikeringkan kemudian direbus dan diminum air rebusan tersebut dipercayai dapat merawatdiabetis.Selain buahnya yang dimakan sebagai ulam, pucuk muda pokok jering juga boleh dijadikan ulaman. Buah jering boleh dimakan segar sebagai ulam, dijeruk, dijadikan jering relung dan direbus. Jering relung dihasilkan dengan kaedah menanam biji jering matang atau agak tua di dalam pasir sehingga tunasnya mula bercambah. Setelah tunasnya bercambah, biji jering boleh digali dan dibersihkan untuk dimakan sebagai ulam. Proses membuat jering relung ini adalah untuk mengurangkan bau dan melembutkan tekstur isi buah jering. Jering relung boleh dibiarkan berada di dalam pasir sehingga anak pokok jering mula tumbuh.

Habitat Buah JeringPokok jering Sesuai ditanam dalam iklim tropika dengan kawasan yang mempunyai saliran yang baik. Anak benih biasanya daripada biji jering yang matang dan disemai. Jarak penanaman anak belih pula antara 20 meter x 15 meter. Pembiakan jering secara liarnya didalam hutan oleh tupai yang memakan jering dan membawa merata tempat lalu tumbuh.Pokok jering akan berbuah setelah 4-6 tahun ditanam. Bunga berbentu dibahagian hujung dahan dan sesuai dipetik selepas warna bertukar coklat gelap dan berisi. Cara petik biasanya mengunakan galah buluh dan ada mata pisau dihujung bagi memotong tangkainya.

Herba Tidak Berbunga ( Khasiat Pokok Kera)Periuk kera juga mempunyai beberapa nama lain seperti periuk monyet, periuk kerengga, moyong akar dan kenchong kera. Periuk kera merupakan sejenis tumbuhan daripada famili Nepenthaceae atau saintifiknya Nepenthes gracilis Korth.

Tumbuhan ini hidup subur di kawasan hutan dipterokarpa, bukit dan hutan gunung. Masyarakat Cina percaya bahawa tanaman ini membawa tuah kepada sesiapa yang menahannya. Spesies ini adalah daripada jenis memanjat pokok lain dan batangnya pula menjalar di permukaan tanah. Kaedah pembiakannya adalah melalui keratan akar.

Daun pokok ini berbentuk bujur dan berwarna hijau terang. Keistimewaannya pokok ini adalah kerana mempunyai sejenis alat yang berbentuk uncang yang juga disebut sebagai periuk. Saiz periuk ini ialah hingga 12 sentimeter panjang dan mempunyai pelbagai warna seperti hijau, coklat dan putih.

Separuh daripada bahagian dalam periuk ini berisi cecair yang enzim pencernaan. Periuk ini mempunyai penutup dan dibahagian bawahnya terdapat bahagian yang menyimpan madu yang berfungsi sebagai penarik kepada serangga. Periuk kera agak unik kerana tumbuhan ini boleh memusnahkan serangga juka serangga berkenaan terjatuh atau masuk ke dalamnya. Serangga yang masuk kedalam akan dihancurkan oleh enzim yang terdapat di dalam periuk sebagai bahan makanan pokok berkenaan. Malah saintis menganggap bahawa tumbuhan ini sabagai tumbuhan maging atau karnivor kerana memakan serangga dan haiwan kecil lain.

Khasiat dan KegunaanPeriuk kera merupakan sejenis tumbuhan yangsering digunakan untuk rawatan melebatkan rambut, sakit mata, cirit-birit, gigitan bisa, batu karang dan darah tinggi. Cecair dalam periuknya boleh melebatkan rambut dengan cara melumurnya pada rambutdan mengubati sakit mata. Air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit-birit, batu karang dan darah tinggi. Jus batang periuk kera diminum untuk mengurangkan sengatan bisa gigitan. Untuk mengubati penyakit cirit-birit, batuk dan demam, caranya adalah denga merebus akar, batang dan daun selama satu jam sebelum airnya diminum bagi mengurangkan panas dan mengeluarkan kahak serta melegakan batuk.

Memadai dengan meminum secawan sehari. dan baki airnya disimpan sebelum dipanaskan semula untuk digunakan keesokkan harinya. Air di dalam takungan periuk kera baik untuk memcuci mata.. Selepas penutup periuk kera dibuka, cecair di dalam periuk itu tidak boleh dibiarkan lama terdedah sebaliknya perlu terus dicurah atau dititikkan pada mata. Jika periuk kera tersebut besar dan air takungannya banyak, airnya bukan sahaja berguna untuk mencuci mata malah boleh diminum untuk penjagaan kesihatan.

Syaratnya ialah penutup takungan itu belum terbuka. Selepas penutup priuk kera dibuka, cecair di dalam periuk itu tidak boleh dibiarkan lama terdedah sebaliknya perlu terus dicurah atau dititikkan pada mata. Jika pokok periuk kera tersebut besar dan air takungannya juga banyak, airnya bukan saja berguna untuk mencuci mata malah boleh diminum untuk penjagaan kesihatan.