1.0 kajian potensi pasaran produk bukan makanan …etmr.mardi.gov.my/content/report/2017/artikel...

20
1 1.0 KAJIAN POTENSI PASARAN PRODUK BUKAN MAKANAN BERASASKAN KELAPA MOHD HAFIZUDIN ZAKARIA 1.1 PENDAHULUAN Bermula 2007, kelapa (Cocos nucifera) merupakan komoditi pertanian negara keempat terpenting selepas kelapa sawit, getah dan padi. Tanaman kelapa diusahakan oleh kebanyakan petani di Malaysia secara tradisional sejak bertahun dahulu dengan menanam di kawasan sekitar penempatan. Kini, penanaman kelapa telah menjadi salah satu industri pertanian berpotensi memberi sumbangan pekerjaan dan pendapatan kepada masyarakat dengan lebih 102,000 petani telah terlibat dalam industri kelapa (DOA, 2016). Sehingga tahun 2015, majoriti keluasan tanaman kelapa, iaitu 77,508 hektar (95%) di Malaysia telah diusahakan oleh pekebun-pekebun secara berskala kecil dan selebihnya (4,493 hektar) adalah penanaman berskala sederhana dan besar termasuk ladang estet dan institusi jabatan kerajaan (DOA, 2017). Jumlah pengeluaran kelapa menunjukkan perbezaan yang signifikan mengikut skala yang mana ladang estet mengeluarkan sebanyak 18 tan per hektar manakala pekebun kecil hanya berupaya mengeluarkan 5.5 tan per hektar (DOA, 2017). Nilai eksport dan import kelapa segar telah meningkat bagi tempoh 2015 – 2016. Nilai eksport meningkat daripada RM 64.7 juta pada tahun 2015 kepada RM 80.4 juta pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 24%. Manakala nilai import meningkat dari RM 89 juta pada tahun 2015 kepada RM 123.4 juta pada tahun 2016 (Comtrade, 2018). Peningkatan ini disebabkan bekalan kelapa tempatan yang tidak mencukupi disebabkan permintaan yang semakin meningkat di pasaran tempatan. Negara perlu mengimport kelapa segar dari Indonesia bagi tujuan memenuhi permintaan tempatan. Rentetan peningkatan import, kadar eksport juga turut meningkat yang mana industri tempatan memproses kelapa tua biji kepada kelapa patik (isi kelapa) kemudiannya dieksport kembali khususnya ke negara Singapura. Selain kelapa segar, terdapat pelbagai produk hiliran dan separa-hiliran kelapa yang dieksport ke seluruh dunia termasuk kopra, serbuk kelapa (desiccated coconut), santan UHT, santan serbuk, arang tempurung, karbon teraktif, minyak kelapa, kelapa muda, fiber dan cocopeat. Pada tahun 2015, eksport produk berasaskan kelapa bernilai RM746.22 juta telah meningkat kepada RM766.87 juta pada tahun 2016 (Comtrade, 2018). Trend peningkatan ini selaras dengan peningkatan import kelapa tua yang digunakan sebagai sumber utama dalam penghasilan produk- produk berasaskan kelapa. Permintaan kelapa tua import meningkat disebabkan bekalan kelapa tempatan masih tidak dapat menampung permintaan industri.

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

1.0 KAJIAN POTENSI PASARAN PRODUK BUKAN MAKANAN BERASASKAN

KELAPA

MOHD HAFIZUDIN ZAKARIA

1.1 PENDAHULUAN

Bermula 2007, kelapa (Cocos nucifera) merupakan komoditi pertanian negara

keempat terpenting selepas kelapa sawit, getah dan padi. Tanaman kelapa

diusahakan oleh kebanyakan petani di Malaysia secara tradisional sejak

bertahun dahulu dengan menanam di kawasan sekitar penempatan. Kini,

penanaman kelapa telah menjadi salah satu industri pertanian berpotensi

memberi sumbangan pekerjaan dan pendapatan kepada masyarakat dengan

lebih 102,000 petani telah terlibat dalam industri kelapa (DOA, 2016). Sehingga

tahun 2015, majoriti keluasan tanaman kelapa, iaitu 77,508 hektar (95%) di

Malaysia telah diusahakan oleh pekebun-pekebun secara berskala kecil dan

selebihnya (4,493 hektar) adalah penanaman berskala sederhana dan besar

termasuk ladang estet dan institusi jabatan kerajaan (DOA, 2017). Jumlah

pengeluaran kelapa menunjukkan perbezaan yang signifikan mengikut skala

yang mana ladang estet mengeluarkan sebanyak 18 tan per hektar manakala

pekebun kecil hanya berupaya mengeluarkan 5.5 tan per hektar (DOA, 2017).

Nilai eksport dan import kelapa segar telah meningkat bagi tempoh

2015 – 2016. Nilai eksport meningkat daripada RM 64.7 juta pada tahun 2015

kepada RM 80.4 juta pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 24%.

Manakala nilai import meningkat dari RM 89 juta pada tahun 2015 kepada RM

123.4 juta pada tahun 2016 (Comtrade, 2018). Peningkatan ini disebabkan

bekalan kelapa tempatan yang tidak mencukupi disebabkan permintaan yang

semakin meningkat di pasaran tempatan. Negara perlu mengimport kelapa segar

dari Indonesia bagi tujuan memenuhi permintaan tempatan. Rentetan

peningkatan import, kadar eksport juga turut meningkat yang mana industri

tempatan memproses kelapa tua biji kepada kelapa patik (isi kelapa)

kemudiannya dieksport kembali khususnya ke negara Singapura. Selain kelapa

segar, terdapat pelbagai produk hiliran dan separa-hiliran kelapa yang dieksport

ke seluruh dunia termasuk kopra, serbuk kelapa (desiccated coconut), santan

UHT, santan serbuk, arang tempurung, karbon teraktif, minyak kelapa, kelapa

muda, fiber dan cocopeat. Pada tahun 2015, eksport produk berasaskan kelapa

bernilai RM746.22 juta telah meningkat kepada RM766.87 juta pada tahun 2016

(Comtrade, 2018). Trend peningkatan ini selaras dengan peningkatan import

kelapa tua yang digunakan sebagai sumber utama dalam penghasilan produk-

produk berasaskan kelapa. Permintaan kelapa tua import meningkat disebabkan

bekalan kelapa tempatan masih tidak dapat menampung permintaan industri.

2

Ketidakcukupan bekalan kelapa tempatan disebabkan banyak kawasan

ladang kelapa ditukar dengan tanaman industri lain seperti kelapa sawit, getah

dan sayuran, yang lebih memberi impak ekonomi terutamanya daripada aspek

produktiviti dan pulangan pendapatan yang lebih singkat. Keluasan tanaman

kelapa telah merosot daripada 105,658 ha (2010) kepada 82,917 ha (2017).

Status ini telah menjejaskan pengeluaran kelapa daripada 550,140 tan metrik

(2010) kepada 525,347 tan metrik (2017). Walau bagaimanapun, produktiviti

kelapa semakin meningkat disebabkan penggunaan teknologi dalam penghasilan

kelapa seperti penggunaan varieti hibrid dan inbred yang terbaik dan juga

teknologi amalan agronomi yang lebih berkesan sebagai contoh pengeluaran per

hektar kelapa pada tahuan 2010 ialah 5.2 tan meningkat kepada 6.3 tan pada

tahun 2017.

1.2 LATAR BELAKANG

Kegunaan kelapa dalam masyarakat hari ini kebanyakannya diberi penekanan di

dalam industri makanan manakala liputan kegunaannya di dalam industri bukan

makanan sangat jarang didedahkan di dalam arus media elektronik dan media

bercetak. Penghasilan produk bukan makanan daripada kelapa juga dijadikan

sumber bahan mentah bagi penghasilan lain-lain produk. Sebagai contoh, minyak

kelapa dara dapat menghasilkan sabun, produk kosmetik dan detergen. Produk

karbon teraktif pula boleh digunakan sebagai bahan untuk menapis air dan

menyah bau. Cocofiber kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan alat

penyalaan api, pelapik tilam, medium kusyen kereta dan lain-lain. Bagi mengenal

pasti potensi pasaran produk bukan makanan berasaskan kelapa (PBMBK) di

peringkat pengguna, satu kajian secara empirikal perlu dijalankan. Objektif

kajian ialah untuk mengenal pasti potensi pasaran produk bukan makanan

berasaskan kelapa dan mengenal pasti cabaran dan isu yang dihadapi di

peringkat pengusaha.

1.3 METODOLOGI KAJIAN

1.3.1 Pengumpulan data primer dan sekunder

Kajian ini menggunakan kedua-dua data primer dan sekunder.

Data sekunder diperoleh menerusi laporan perangkaan DOSM,

DOA, MOA dan juga pangkalan data statistik antarabangsa dan

tempatan seperti Comtrade, FAO, METS Online dan SDVI FAMA.

Data-data sekunder ini digunakan untuk mendapatkan maklumat

perdagangan, pengeluaran dan produktiviti semasa produk-

3

produk kelapa. Maklumat inilah yang akan digunakan untuk

memenuhi kehendak objektif pertama iaitu menilai potensi

pasaran PBMBK di peringkat nasional dan global.

Kaedah survei telah dijalankan di seluruh negara iaitu

Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi mengumpul

maklumat saluran pasaran, isu dan cabaran yang dihadapi

pengusaha PBMBK. Persampelan dibuat mengikut kriteria lokasi

yang melibatkan enam (6) zon, iaitu utara, selatan, timur, tengah,

Sabah dan Sarawak. Pemilihan responden ini dibuat secara

persampelan bebola salji (snowball sampling) kerana kebanyakan

profil pengusaha tidak direkod. Oleh itu, maklumat ini sukar

diperoleh dan terpaksa menggunakan maklumat daripada

pengusaha untuk memperkenalkan pengusaha lain. Dengan

menggunakan kaedah persampelan ini, sebanyak 40 pengusaha

PBMBK telah diperoleh dan ditemu bual.

1.3.2 Analisis kajian

Analisis data sekunder digunakan bagi mengenalpasti potensi bagi

industri PBMBK menggunakan kaedah graf tren, pertumbuhan

purata tahunan dan pengiraan saiz pasaran bermula dari tahun

2011 hingga tahun semasa mengikut data yang direkod dan

dilaporkan. Kaedah statistik keperihalan atau deskriptif digunakan

untuk analisis demografi responden dan kluster maklumat secara

kolektif. Kaedah analisis ini digunakan secara meluas untuk

mendapatkan rumusan awal sebelum dapatan kajian dikenalpasti.

Data kualitatif yang berbentuk soalan terbuka (open-ended

question) dianalisis secara manual dengan mengumpulkan

maklumat di dalam lembaran hamparan yang mempunyai maksud

yang sama. Bagi data kuantitatif, analisis terperinci akan dibuat

bergantung pada ujian normaliti bagi setiap data. Beberapa kajian

kes telah digunakan untuk menyokong dapatan kajian.

1.4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

1.4.1 Senario industri kelapa

Sehingga 2016 terdapat lebih 95 buah negara terlibat di dalam

industri kelapa dunia yang meliputi kawasan penanaman melebihi

12 juta hektar dengan pengeluaran melebihi 59 billion biji setahun

(FAO, 2018). Indonesia, Filipina dan India terus mengungguli

4

pengeluar utama kelapa dunia dengan masing-masing

mengeluarkan 17.7 juta tan, 13.8 juta tan dan 11.1 juta tan kelapa

dengan syer pasaran dunia sebanyak 30 peratus, 23 peratus dan

19 peratus. Maklumat 12 buah negara pengeluar utama kelapa

dunia ditunjukkan di Jadual 1.1

Jadual 1.1: Pengeluaran utama kelapa dunia, 2016

Kedudukan Negara Pengeluar Kelapa Pengeluaran (Tan)

1 Indonesia 177,22,429

2 Filipina 13,825,080

3 India 11,127,898

4 Brazil 2,649,246

5 Sri Lanka 2,520,095

6 Vietnam 1,469,960

7 Papua New Guinea 1,191,438

8 Mexico 1,157,481

9 Thailand 815,406

10 United Republic of Tanzania 555,836

11 Myanmar 531,730

12 Malaysia 471,676

Sumber: FAO, 2018

Benua Asia menguasai lebih 80% daripada bekalan kelapa

dunia yang juga merupakan sumber pendapatan penting bagi

kebanyakan negara. Pada tahun 2016, kedudukan Malaysia

sebagai pengeluar kelapa dunia telah merosot daripada tangga 10

ke tangga 12. Ini disebabkan jumlah pengeluaran tempatan yang

menurun berbanding negara-negara lain dan juga kemasukan

pasaran baru dari negara pengeluar kelapa.

Jadual 1.2: Pengeluaran kelapa dunia, 2011 – 2016 Tahun Kawasan Penanaman (Juta Ha) Pengeluaran Kelapa (Juta MT)

2011 11.91 58.4

2012 12.03 61.9

2013 12.02 62.1

2014 12.02 61.0

2015 12.08 59.2

2016 12.17 59.0

Sumber: FAO, 2018

Pengeluaran kelapa tertinggi direkodkan pada tahun 2013

dengan kuantiti pengeluaran 62.1juta tan, meliputi 12.02 juta

hektar kawasan penanaman di seluruh dunia. Namun, pada tahun

2016, jumlah pengeluaran dunia berkurang walaupun berlaku

pembangunan kawasan penanaman baru.

5

1.4.2 Potensi Dagangan Produk Bukan Makanan Berasaskan Kelapa

Menurut laporan Badan Pembangunan Eksport Sri Langka (Sri

Lanka Export Development Board (EDB, 2012), produk berasaskan

biji kelapa yang didagangkan di peringkat global dikategorikan

berdasarkan tiga sumber utama, iaitu (1) produk kelapa

berasaskan Isirung (isi kelapa), (2) produk kelapa berasaskan fiber

kelapa, (3) produk kelapa berasaskan tempurung kelapa. Lain-lain

sumber produk kelapa seperti lidi, daun, batang dan pelepah juga

dihasilkan namun dalam kuantiti yang sedikit. Jadual 1.3

menerangkan produk-produk hasilan kelapa daripada tiga sumber

tersebut.

Jadual 1.3: Jenis produk berasaskan kelapa berdasarkan sumber utama

Kod HS Jenis Produk

Produk Isirung / Kernal

080111 Kelapa Parut Kering / Desiccated

200819 Santan Tepung

200819 Santan Cecair / UHT

200819 Santan Krim

080111 Kopra

151311 Minyak Kelapa Mentah (Crude Coconut Oil)

080119 Kelapa Segar

Produk Fiber

530500 Fiber Kelapa (Bulu, Tilam & Campuran)

140490 Serpihan fiber / Coconut Husk Chips

530511 Cocopeat

500790 Belitan Serat dan Tali / Coir Twine & Rope

530810 Serat Benang / Coir Yarn

560310 Penyapu dan Berus

530519 Bentukan seratan produk / Moulded Coir Products to be used in

Horticulture

531100 Geotekstil

570220 Tikar dan Karpet

Produk Tempurung

380210 Karbon Teraktif

440290 Arang Tempurung

140490 Kepingan dan Serbuk Tempurung

Sumber: EDM, 2012

Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan nilai Eksport dan

Import Malaysia bagi PBMBK ke pasaran dunia.

6

Rajah 1.1: Nilai eksport PBMBK Malaysia (US$ Juta), 2012 – 2016 Sumber: COMTRADE, 2018

Rajah 1.2: Nilai import PBMBK Malaysia (US$ Juta), 2012 – 2016 Sumber: COMTRADE, 2018

Pada tahun 2016, pasaran eksport bagi PBMBK bernilai US$

136.9 Juta manakala dagangan import minyak kelapa mentah

(crude coconut oil) mendominisasi pasaran PBMBK dengan nilai

US$ 177.8 Juta. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan

tahunan eksport bagi PBMBK mencatatkan penurunan bagi produk

fiber (-2%), dan minyak kelapa (-12%). Namun bagi produk

berasaskan tempurung mencatatkan pertumbuhan tahunan

eksport sebanyak 4%. Peningkatan ini selaras dengan harga

pasaran karbon teraktif daripada kelapa yang meningkat berkali

ganda di pasaran dunia. Bagi nilai dagangan import, produk asas

7

tempurung telah meningkat dengan kadar pertumbuhan tahunan

sebanyak 5%. Nilaian dagangan ini diterbitkan hasil kumulatif nilai

dagangan produk sebagai contoh nilai dagangan karbon teraktif

dan arang tempurung di bawah kategori sumber produk

berasaskan tempurung. Berikutan pengurangan kawasan

bertanam kelapa di Malaysia, eksport PBMBK juga dipengaruhi

dengan sumber bahan yang tidak menentu dan status produk yang

agak statik bahkan nilai dagangan keseluruhan import

mencatatkan penurunan dari US$ 299 Juta pada tahun 2012

kepada US$ 279 pada tahun 2016.

1.4.2.1 Produk Berasaskan Tempurung

Malaysia turut memperdagangkan produk

berasaskan tempurung ke negara ASEAN pada tahun

2012 sehingga 2016. Nilai dagangan semakin

meningkat dari tahun 2012 sehingga 2015 dan

menurun ke paras terendah pada tahun 2016 bagi

tempoh lima tahun (2012-2016). Malaysia banyak

mengeksport produk berasaskan tempurung ke

Thailand, diikuti Singapura dan Vietnam. Jadual

1.4menunjukkan nilai eksport produk berasaskan

tempurung tahun 2012 hingga 2016.

Jadual 1.4: Nilai Eksport Produk Berasas Tempurung, 2012 – 2016 Negara 2012 2013 2014 2015 2016

Indonesia 0.47 0.13 0.14 0.27 0.35

Filipina 0.16 0.15 0.16 0.99 0.25

Singapura 2.58 1.18 1.69 2.12 1.92

Thailand 14.64 8.59 9.54 10.58 6.28

Vietnam 0.80 0.75 1.01 0.81 1.06

Nilai US$ Juta 18.65 10.80 12.53 14.76 9.86

Sumber: Comtrade, 2018

Pada tahun 2016, pasaran eksport mula

berkembang ke Jepun dan China, iaitu hampir 80%

nilai eksport produk berasaskan tempurung

Malaysia telah dieksport ke pasaran eksport baharu.

Keseluruhannya, eksport Malaysia bagi produk asas

tempurung ke seluruh dunia bernilai US$ 110.3 Juta.

8

Jadual 1.5: Eksport produk asas tempurung, 2016

Destinasi Eksport Produk Tempurung Malaysia, 2016 (USD)

Dunia 110,348,612

Japan 53,283,915

China 34,184,710

Thailand 6,275,127

Negara Asia Lain 2,605,979

Singapura 1,915,679

Lain-lain negara 12,083,202

Sumber: Comtrade, 2018

Selain itu, Malaysia juga mengimport produk

berasaskan tempurung dari negara China, Indonesia

dan Amerika Syarikat. Jumlah import produk

berasaskan tempurung ke Malaysia bernilai US$ 22.7

Juta. Perbandingan import dan eksport produk

berasaskan tempurung menunjukkan Malaysia

mencapai imbangan dagangan yang positif sebanyak

USD86.7 juta yang memberi kelebihan janaan

ekonomi hasil daripada dagangan tersebut.

Jadual 1.6: Import produk asas tempurung, 2016

Destinasi Import Produk Tempurung Malaysia, 2016 (USD)

Dunia 22,716,814

China 7,239,009

Indonesia 4,957,943

Amerika Syarikat 4,736,333

India 1,339,814

Thailand 1,196,726

Lain-lain negara 4,443,715

Sumber: Comtrade, 2018

1.4.2.2 Produk berasaskan fiber kelapa

Malaysia mengeksport produk fiber berasaskan

kelapa ke seluruh dunia terutamanya China, Vietnam

dan Myammar. Keseluruhan nilai eksport produk

berasaskan fiber pada tahun 2016 ialah US$ 4.8 Juta.

Jadual 1.7 menunjukkan nilai eksport tertinggi

mengikut pasaran.

9

Jadual 1.7: Eksport produk berasaskan fiber, 2016

Destinasi Eksport Produk Fiber Malaysia, 2016 (USD)

Dunia 4,826,301

China 3,035,035

Vietnam 912,916

Myammar 147,986

Indonesia 132,666

Australia 127,591

Lain-lain negara 597,698

Sumber: Comtrade, 2018

Rajah 1.3 menunjukkan kemerosotan

dagangan bagi produk fiber kelapa Malaysia bagi

kedua-dua import dan eksport. Eksport telah

merosot bermula tahun 2014 sehinggalah 2016

manakala bagi nilai import mencatatkan nilai

terendah pada tahun 2015. Keseimbangan dagangan

fiber kelapa mencatatkan nilai negatif paling tinggi

pada tahun 2016 akibat pengeluaran tempatan yang

rendah.

Rajah 1.3: Malaysia: nilai import eksport produk fiber berasaskan kelapa (US$ ribu),

2012 – 2016 Sumber: COMTRADE, 2018

1.4.2.3 Minyak kelapa mentah

Tahun 2014 mencatatkan nilai dagangan eksport

minyak kelapa mentah tertinggi iaitu RM662 juta.

10

Namun, nilai turun pada tahun 2015 seterusnya

kembali meningkat ke paras RM607 juta pada tahun

2016. Manakala nilai paras import tertinggi pada

tahun 2014 sebanyak RM180 juta kemudiannya

terus merosot sehingga RM140 juta pada tahun

2016. Namun imbangan dagangan masih positif bagi

dagangan minyak kelapa mentah Malaysia yang

menunjukkan nilai eksport lebih tinggi dari nilai

import sepanjang tahun 2013 sehingga 2016.

Rajah 1.4: Malaysia: Nilai import dan eksport minyak kelapa mentah 2013 – 2016 (RM'

Juta) Sumber: Perangkaan Perdagangan Luar negeri Malaysia, METS, DOSM 2018

Jadual 1.8 merupakan nilai eksport dan

import minyak kelapa mentah mengikut negara

pengeksport dan pengimport utama Malaysia.

Malaysia mengeksport minyak kelapa mentah ke

seluruh pasaran dunia terutamanya Turki, Russia,

Australia dan Singapura dengan nilai berjumlah

RM216.4 juta pada tahun 2016. Australia dan Mesir

masih mengekalkan kedudukan lima (5) utama

rakan kongsi dagangan minyak kelapa mentah dari

tahun 2013 sehingga 2016 dengan nilai dagangan

yang semakin bertambah bagi kedua-dua negara.

Pada 2013, Malaysia banyak mengimport minyak

kelapa mentah dari Filipina dengan syer sebanyak

85% daripada keseluruhan nilai import. Namun

pada tahun 2016, negara utama yang membekalkan

11

minyak kelapa mentah kepada Malaysia ialah

Indonesia selaku pengeluar utama kelapa dunia

dengan syer import di Malaysia sebanyak 64 peratus

bersamaan nilai RM89.6 juta.

Jadual 1.8: Negara pengeksport dan pengimport utama minyak kelapa di Malaysia

Eksport Minyak Kelapa Mentah Malaysia, 2013 Import Minyak Kelapa Mentah Malaysia, 2013

Negara Nilai (RM) Negara Nilai (RM)

Dunia 377,225,966 Dunia 44,989,959

Australia 34,375,305 Filipina 38,299,239

Russia 33,882,534 Australia 3,231,117

Mesir 32,425,660 India 1,213,279

China 31,382,301 Papua New Guinea 1,086760

Ukrain 26,265,889 Sri Langka 737,790

Lain-lain Negara 218,894,277 Lain-lain Negara 165,544

Eksport Minyak Kelapa Mentah Malaysia, 2016 Import Minyak Kelapa Mentah Malaysia, 2016

Negara Nilai (RM) Negara Nilai (RM)

Dunia 607,998,265 Dunia 140,602,228

Turki 74,049,347 Indonesia 89,695,495

Russia 54,693,206 UAE 18,860,318

Australia 45,213,084 India 17,362,401

Singapura 42,452,984 Filipina 10,182,189

Mesir 40,169,745 Fiji 2,538,864

Lain-lain Negara 351,419,899 Lain-lain Negara 1,962,961

Sumber: Perangkaan Perdagangan Luar negeri Malaysia, METS, DOSM 2018

1.4.3 Potensi industri kelapa tempatan

1.4.3.1 Profil responden

Kajian ini melibatkan 40 orang pengusaha PBMBK di

seluruh Malaysia - 67.5% usahawan dari

Semenanjung Malaysia dan selebihnya dari Sabah

dan Sarawak. Majoriti usahawan yang ditemu bual

mengusahakan produk berasaskan fiber kelapa

(38%), produk berasaskan tempurung (28%),

produk kraf (20%) dan produk minyak kelapa dara

dan mentah (15%). Majoriti pengusaha yang

ditemubual berpendapatan kurang daripada

RM10,000 sebulan diikuti yang berpendapatan

melebihi RM40,000. Maklumat terperinci profil

responden bagi pengguna ditunjukkan dalam Jadual

1.9.

12

Jadual 1.9: Profil pengusaha produk bukan makanan berasaskan kelapa

Profil Pengusaha %

Lokasi (N=40)

Zon Utara 15.0

Zon Selatan 15.0

Zon Timur 22.5

Zon Tengah 15.0

Zon Sabah 25.0

Zon Sarawak 7.5

Segmen Produk (N=40)

Berasaskan Tempurung 28.0

Berasaskan Fiber 38.0

Kraf 20.0

Minyak Kelapa 15.0

Pengalaman Syarikat (N=23)

< 6 tahun 34.6

6 – 10 tahun 17.3

11 – 15 tahun 21.7

16 – 20 tahun 13.0

> 20 tahun 13.0

Pendapatan sebulan (RM) | (N=30)

< 10,000 63.3

10,001-20,000 10.0

20,001-30,000 3.3

30,001-40,000 3.3

≥ 40,001 20.0

1.4.3.2 Potensi tambah nilai produk

Hasil analisis data survei, terdapat pelbagai kaedah

tambah nilai produk yang dapat meningkatkan

harga produk yang dihasilkan oleh usahawan.

Sebagai contoh, harga tempurung bersih hanya

dijual pada harga RM0.15/kg. Malah, di beberapa

lokasi, bekalan tempurung diperoleh secara

13

percuma dari pasar borong dengan tambahan kos

upah pekerja untuk pengumpulan dan

pengangkutan. Namun dengan tambah nilai

tempurung yang diproses kepada arang dapat dijual

pada harga RM1.40 sekilo pada harga borong.

Seterusnya arang tempurung ini boleh diproses

kepada dua jenis produk iaitu arang briket dan juga

karbon teraktif berdasarkan teknologi yang

dipraktikkan oleh usahawan. Arang briket dijual

pada harga RM6-RM16/kg manakala harga karbon

teraktif ialah RM5-RM25/kg bergantung kepada

gred dan kualiti. Pelbagai produk dapat dihasilkan

daripada arang briket dan karbon teraktif antaranya

digunakan dalam menghasilkan penapis air, penyah

bau, bahan perubatan dalam industri farmaseutikal,

bahan bakar shisha dan lingkaran ubat nyamuk.

Daripada satu metrik tan tempurung kelapa, dapat

menghasilkan 275 kilogram arang tempurung dan

seterusnya menghasilkan 150 kilogram karbon

teraktif. Kadar nisbah pemprosesan tempurung :

arang tempurung : karbon teraktif adalah

bersamaan 1: 0.275:0.15.

Sabut kelapa yang dahulunya tiada nilai

pasaran menjadi semakin bernilai. Kini, sabut

berharga RM0.15/kg termasuk kos pengangkutan

dan logistik. Hasil pemprosesan sabut dapat

menghasilkan produk cocopeat dan fiber. Harga

pasaran cocopeat kini mencecah RM7/beg atau

RM1.40/kg manakala harga pasaran fiber ialah

RM1.20/kg. Cocopeat dipasarkan kepada pengusaha

pertanian bagi tujuan tanaman fertigasi dan semaian

anak benih manakala fiber dipasarkan kepada

pengilang tilam dan kusyen. Di Malaysia, tidak

banyak kilang tilam dan kusyen yang menggunakan

fiber kelapa akibat persaingan fiber sintetik yang

lebih murah. Pemprosesan satu metrik tan sabut

masing-masing dapat menghasilkan 300 kilogram

fiber dan 700 kilogram cocopeat.

Minyak kelapa boleh menghasilkan produk

makanan dan bukan makanan. Minyak kelapa dara

(VCO) merupakan antara produk makanan

14

berasaskan minyak kelapa manakala produk bukan

berasaskan makanan adalah minyak kelapa mentah

(CCO) atau lebih popular dikenali sebagai coconut

crude oil. VCO boleh dihasilkan daripada santan dan

juga isi kelapa parut kering yang melalui beberapa

proses lain. VCO banyak digunakan sebagai makanan

tambahan (supplement) dan bahan tambahan di

dalam makanan. CCO pula dihasilkan daripada

kelapa yang rosak dan dikeringkan menjadi kopra

kering yang melalui beberapa proses. Biasanya CCO

digunakan untuk penghasilan produk kosmetik,

sabun, syampu dan juga boleh digunakan sebagai

minyak masak setelah melalui tapisan saringan nyah

bau dan kotoran. Harga CCO lebih murah berbanding

VCO iaitu RM25/kg manakala VCO mencecah RM85-

RM100/kg. Daripada satu metrik tan kelapa dapat

menghasilkan 70 kilogram minyak kelapa.

1.4.3.3 Saluran pasaran PBMBK

Pasaran arang tempurung kelapa kurang mendapat

permintaan daripada pengguna tempatan akibat

persaingan dengan arang kayu lain selain bekalan

arang kelapa yang tidak konsisten. Kebanyakan

tempurung kelapa dihantar ke pusat pengumpulan

yang berpusat di Perak, Selangor dan Johor.

Tempurung arang ini mendapat permintaan tinggi

dari negara China dan Jerman. Segala urusan

dagangan ini dikendalikan oleh agen dagangan dan

pengilang yang berupaya mengeluarkan produk

dalam kuantiti yang tinggi. Selain itu, arang

tempurung ini juga dihantar ke kilang memproses

karbon teraktif atau diproses sendiri oleh usahawan

yang mempunyai kepakaran teknologi untuk

dijadikan karbon teraktif. Permintaan karbon

teraktif ini mendapat permintaan tinggi dari kilang

penapis air. Karbon teraktif juga mendapat

permintaan dan tawaran harga yang tinggi dari

negara China, Taiwan, Jepun dan Itali. Bagi arang

briket tempurung, ianya kurang mendapat tempat di

pasaran tempatan kerana persaingan arang briket

kayu. Namun begitu arang briket ini mendapat

permintaan dari luar negara seperti Turki.

15

Rajah 1.5: Saluran pasaran PBMBK di Malaysia

Produk berasaskan sabut kelapa seperti fiber

dibekalkan ke pusat pengumpulan terbesar di

Kelantan, Selangor dan Perak. Bekalan fiber ini akan

dihantar ke kilang-kilang yang membuat tilam dan

kusyen. Salah satu kilang besar yang menggunakan

fiber dalam pembuatan produk terletak di Pulau

Pinang iaitu Fibre Star (M) Sdn Bhd yang mendapat

bekalan fiber dari HK Fibre Sdn Bhd. Selain itu, fiber

dibekalkan kepada pengusaha kraf tempatan yang

membuat pelbagai jenis kraf seperti penyapu, media

tanaman, alas kaki dan pelapik bekas tahan panas.

Selain memenuhi bekalan tempatan, fiber dieksport

ke pasaran China.

16

Rajah 1.6: Saluran pasaran PBMBK di Malaysia

Produk berasaskan sabut kelapa seperti

cocopeat mempunyai permintaan yang tinggi di

kalangan petani tempatan. Penggunaan cocopeat

untuk tanaman fertigasi dan semaian anak benih

sangat meluas. Sekiranya bekalan cocopeat

tempatan tidak mencukupi, petani akan

mendapatkan bekalan cocopeat daripada sumber

import pada harga yang lebih tinggi. Bagi produk

minyak kelapa, selain pasaran tempatan, minyak

kelapa dieksport ke negara China dan Singapura.

Kajian penyelidikan yang telah membuktikan faedah

kesihatan meningkatkan kesedaran penggunaan

minyak kelapa dan ini melonjakkan lagi permintaan

produk tersebut.

1.4.3.4 Isu dan cabaran pengusaha PBMBK

Pengusaha produk berasaskan tempurung

kebelakangan ini terpaksa berhadapan dengan harga

tempurung yang semakin meningkat seiring dengan

pertambahan kos-kos sampingan seperti upah dan

pengangkutan. Kaedah pembakaran tempurung

17

secara tradisional yang diamalkan sekarang ini

menyebabkan usahawan terpaksa berhadapan

dengan aduan masyarakat akibat pembakaran yang

menghasilkan asap yang tebal. Mereka terpaksa

berhadapan dengan sebarang kemungkinan

tindakan undang-undang daripada pihak Jabatan

Alam Sekitar malah ada perusahaan ini telah ditutup

kerana tidak dapat mencari penyelesaian kaedah

pembakaran yang menyebabkan timbulnya

rungutan masyarakat setempat.

Kebanyakan pengusaha produk berasaskan

fiber tidak mempunyai masalah untuk memasarkan

cocopeat kerana permintaannya yang tinggi di

pasaran namun sebaliknya berhadapan masalah

untuk memasarkan fiber kelapa kerana tawaran

harganya yang sangat rendah berbanding kos

pengeluaran. Pengusaha juga terpaksa berhadapan

persaingan sengit dengan fiber sintetik dan fiber

natural lain yang harganya lebih murah daripada

fiber kelapa. Selain itu, tidak banyak kilang yang

mengusahakan produk daripada fiber kelapa

mendorong kekurangan permintaan dari industri

pembuatan seterusnya menyebabkan kesukaran

untuk memasarkan fiber kelapa di pasaran

tempatan. Bagi pengusaha yang memfokuskan

pasaran cocopeat, mereka terpaksa berhadapan

dengan kesukaran mendapatkan bekalan sabut

untuk diproses, tambahan pula prosedur kuarantin

sememangnya tidak membenarkan sebarang import

sabut ke Malaysia bagi mengawal penyakit dan

serangga perosak. Sabut kalau dahulunya boleh

didapati secara percuma kini telah melonjak tinggi

harganya lantaran permintaan yang tinggi dari

kalangan pengusaha produk sabut untuk

menghasilkan cocopeat.

Masalah utama bagi pengusaha kraf produk

kelapa pula ialah kesukaran mendapatkan pekerja

yang mahir. Kebanyakan pengusaha ini

mengusahakan perusahan secara persendirian dan

kolektif. Ada di kalangan pengusaha khususnya di

Sabah melatih masyarakat sekampung membuat

18

kraf daripada kelapa kemudiannya pengusaha ini

bertindak sebagai pengumpul untuk memasarkan

produk kraf kelapa ini di tempat yang telah

ditetapkan. Walau bagaimanapun pengusaha kraf ini

terpaksa berhadapan dengan kemerosotan

permintaan kesan persaingan dengan hasil kraf-kraf

yang lain.

1.5 SARANAN

Berdasarkan keputusan kajian yang dibincangkan, beberapa cadangan

disarankan untuk dijadikan garis panduan serta tindakan pihak-pihak yang

terlibat terutamanya pemain industri termasuk usahawan PBMBK, penggubal

polisi, penyelidik, agensi kerajaan dan swasta. Antara cadangan adalah seperti

berikut:

1) Melihatkan kedudukan Malaysia merosot dari tangga ke-10 ke tangga ke-

12 daripada senarai negara-negara pengeluar kelapa dunia, langkah

drastik perlu dilakukan demi menggalakkan lagi penanaman dan

pengeluaran kelapa di Malaysia dengan penanaman kelapa yang mampu

mengeluarkan hasil yang tinggi. Langkah ini penting disebabkan

kebanyakan PBMBK bergantung sepenuhnya kepada bekalan kelapa

tempatan seperti sabut mahupun tempurung. Mungkin ada kebenarannya

dengan langkah kerajaan yang akan menubuhkan Lembaga

Pembangunan Industri Kelapa bagi menyelia dan mengkoordinasikan

struktur industri kelapa di Malaysia ke arah yang lebih baik. Kerajaan

melalui Jabatan Pertanian dan MARDI telah menyenaraikan industri

kelapa di bawah initiatif sumber kekayaan baru (SKB) bagi memastikan

peningkatan pengeluaran hasil kelapa bermula tahun 2021 dapat dicapai.

2) Pihak penyelidik dan agensi pengembangan perlulah lebih agresif

berkerjasama memperkenalkan teknologi pemprosesan yang dilihat

dapat memberi manfaat kepada usahawan dalam menghasilkan PBMBK

dengan lebih efektif dari segi masa dan kos dan pada masa yang sama

mementingkan kemesraan ekologi dan alam sekitar. Antara teknologi

yang dicadangkan ialah teknologi pemprosesan arang tempurung yang

lebih mesra alam dan juga penghasilan produk-produk berasaskan

tempurung dan fiber perlu sebagai produk bio-komposit yang mudah

diuraikan dan dilupuskan.

3) Pihak pengeluar atau usahawan PBMBK hendaklah mempelbagaikan

penghasilan produk hiliran yang dilihat margin harganya lebih tinggi

19

apabila menjadi produk akhir. Mereka tidak boleh lagi hanya bergantung

pada penghasilan produk separa. Sebagai contoh bagi usahawan yang

hanya menghasilkan arang tempurung perlu menambah nilai produk

kepada karbon teraktif yang mana harganya lebih tinggi di pasaran.

4) Padanan perniagaan antara pembeli dan penjual perlu dipergiatkan lagi

bagi memastikan bekalan sumber mentah mudah diperolehi oleh

pengusaha atau pemproses. Kini, dengan peredaran industri pertanian

4.0 sesetengah usahawan telah menubuhkan kumpulan-kumpulan

rangkaian perniagaan melalui media sosial untuk memastikan

pembekalan sumber bahan mentah dan penghasilan produk berasaskan

kelapa ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang besar.

1.6 RUMUSAN

Industri kelapa merupakan industri yang telah lama bertapak di Malaysia dan

menjadi sumber kegunaan harian utama masyarakat tempatan. 20 tahun yang

lalu, ramai pemilik ladang kelapa yang menukarkan tanaman kelapa ini dengan

tanaman kelapa sawit disebabkan harga dunia yang melambung namun kini

senario sebaliknya berlaku yang mana ladang kelapa sawit pula sesetengahnya

ditukar kepada tanaman kelapa disebabkan harga kelapa mula melonjak naik

(2016-2018) dan permintaan yang tidak pernah merosot sama ada daripada

pengguna isi rumah mahupun pemain industri. Bahkan bagi menampung

ketidakcukupan kelapa ini, kelapa terpaksa diimport dari negara jiran Indonesia.

Produk bukan makanan berasaskan kelapa juga seperti minyak kelapa mentah,

arang tempurung, karbon teraktif dan cocopeat turut sama terkena tempias

permintaan tinggi daripada pemain industri tempatan dan antarabangsa.

Peningkatan eksport PBMBK dari tahun ke tahun menunjukkan potensi industri

ini yang semakin meningkat. Inovasi kepelbagaian produk PBMBK yang

dihasilkan menunjukkan potensi segmentasi pasaran yang terbuka luas pada

masa depan. Kerjasama daripada semua pihak diperlukan bagi merancakkan lagi

industri PBMBK ini sebagai sumber penjanaan ekonomi kepada negara selaras

dengan inisiatif kerajaan industri kelapa di bawah sumber kekayaan baru (SKB).

Justeru, dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai asas maklumat bagi

merangka strategi dalam membangunkan industri kelapa di Malaysia seterusnya

memantapkan lagi pelaksanaan program-program industri kelapa negara.

1.7 RUJUKAN

Alit Pirmansah (2014). Review of the Coconut statistically 2014. In Coconut

Statistically Yearbook 2014. Diakses dari http://www.apccsec.org

20

Comtrade (2018). Diakses dari http://www.comtrade.org pada 18 Mac 2018.

Export Development Board (EDB). (2012). Industry Capability Report: Coconut &

Coconut Based Products, Sri Langka

FAOSTAT (2018). Diakses dari http://www.fao.org/faostat/ pada 18 Mac 2018.

Jabatan Pertanian Malaysia (DOA). (2017). Booklet Statistik Tanaman 2017,

Malaysia

Jabatan Pertanian Malaysia (DOA). (2016). Booklet Statistik Tanaman 2016,

Malaysia

Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Malaysia (2018), METS online, DOSM

diakses pada 10 Mei 2018