10 amalan terbaik guru berkualiti

2
10 AMALAN TERBAIK GURU BERKUALITI 10 amalan terbaik bagi seorang guru berkualiti ini diperolehi melalui seminar pendidikan yang telah diadakan di SMK Apin-Apin. Bagi menampakkan kualiti keguruan yang matang, 10 amalan ini perlu dimiliki dan digarap daripada setiap insan bergelar guru. 1. Pengajaran KOMSAS 5 dalam 1. Guru KOMSAS berjaya memberikan impak yang berkesan di dalam pengajaran KOMSAS dengan menggunakan konsep 5 dalam 1. Konsep ini mengetengahkan idea bahawa satu isi pengajaran boleh menerangkan lima topik atau aspek pengajaran berlainan secara serentak. Perbezaan yang ada hanyalah dari segi penyampaian, struktur dan olahan ayat. Sebagai contoh perkataan Kasih sayang boleh digunakan untuk aspek persoalan, latar masyarakat, perwatakan, nilai dan juga pengajaran. 2. Memiliki sikap dan fikiran yang positif terutama apabila menghadapi kelas yang perlahan (Slow Learner). Pemikiran seumpama ini sama dengan nilai berikutnya iaitu mempelbagai kaedah pengajaran kepada pelajar yang berbeza tahap penguasaan. Berfikiran positif di sini juga merujuk kepada kemampuan guru untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk berubah dengan pendekatan pengajaran yang tepat. 3. Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah visual. Pendekatan pengajaran ini membolehkan pelajar melihat dan membayangkan pembelajaran dengan lebih bersifat konkrit dan menambah minat serta keseronokan dalam pembelajaran dalam kelas. 4. Menganggap pelajar sebagai ahli keluarga dan menanamkan semangat kekitaan di kalangan pelajar dengan guru membolehkan proses pengajaran di dalam kelas lebih berkesan. Pelajar akan merasa lebih diberi perhatian dan kejayaan mereka adalah milik bersama. 5. Penggunaan media eletronik dan pautan maya juga merupakan amalan terbaik dapat mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang menggunakan kemudahan seumpama ini seperti twitter, facebook, whatsApp dan VLE banyak membantu pemahaman tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Di samping itu menggunakan aplikasi berkenaan telah

Upload: danez71

Post on 09-Sep-2015

339 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Hasilan daripada seminar pendidikan SMK Apin-Apin Mac 2015

TRANSCRIPT

10 AMALAN TERBAIK GURU BERKUALITI

10 amalan terbaik bagi seorang guru berkualiti ini diperolehi melalui seminar pendidikan yang telah diadakan di SMK Apin-Apin. Bagi menampakkan kualiti keguruan yang matang, 10 amalan ini perlu dimiliki dan digarap daripada setiap insan bergelar guru.

1. Pengajaran KOMSAS 5 dalam 1.

Guru KOMSAS berjaya memberikan impak yang berkesan di dalam pengajaran KOMSAS dengan menggunakan konsep 5 dalam 1. Konsep ini mengetengahkan idea bahawa satu isi pengajaran boleh menerangkan lima topik atau aspek pengajaran berlainan secara serentak. Perbezaan yang ada hanyalah dari segi penyampaian, struktur dan olahan ayat. Sebagai contoh perkataan Kasih sayang boleh digunakan untuk aspek persoalan, latar masyarakat, perwatakan, nilai dan juga pengajaran.

2. Memiliki sikap dan fikiran yang positif terutama apabila menghadapi kelas yang perlahan (Slow Learner). Pemikiran seumpama ini sama dengan nilai berikutnya iaitu mempelbagai kaedah pengajaran kepada pelajar yang berbeza tahap penguasaan. Berfikiran positif di sini juga merujuk kepada kemampuan guru untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk berubah dengan pendekatan pengajaran yang tepat.

3. Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah visual. Pendekatan pengajaran ini membolehkan pelajar melihat dan membayangkan pembelajaran dengan lebih bersifat konkrit dan menambah minat serta keseronokan dalam pembelajaran dalam kelas.

4. Menganggap pelajar sebagai ahli keluarga dan menanamkan semangat kekitaan di kalangan pelajar dengan guru membolehkan proses pengajaran di dalam kelas lebih berkesan. Pelajar akan merasa lebih diberi perhatian dan kejayaan mereka adalah milik bersama.

5. Penggunaan media eletronik dan pautan maya juga merupakan amalan terbaik dapat mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang menggunakan kemudahan seumpama ini seperti twitter, facebook, whatsApp dan VLE banyak membantu pemahaman tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Di samping itu menggunakan aplikasi berkenaan telah merobohkan tembok penghalang yang menghadkan perhubungan dan perbincangan antara guru dan pelajar dari segi masa dan tempat.

6. Pengajaran akan lebih berkesan terutama dalam menyankut aspek individu pelajar apabila guru mempunyai pengetahuan asas mengenai latar belakang pelajar. Amalan ini amat membantu dalam membangunkan potensi kendiri pelajar, membantu pelajar mengatasi masalah dan cabaran terutama berkaitan dengan aspek latar belakang keluarga.

7. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar juga merupakan amalan baik dalam pengajaran dan pembelajaran. Pujian dan galakan selalunya meningkatkan motivasi pelajar dan mendorong untuk mereka untuk lebih berusaha.

8. Membaca dan memiliki sikap rajin membaca adalah berbeza, guru yang mampu menggalakan pelajar untuk menanam sikap suka membaca adalah