amalan terbaik bandar mapan

11
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN (Kinderdijk & Sepang) NURUL SHUHADAH BINTI MOHAMAD YASIR A149736

Upload: universiti-kebangsaan-malaysia

Post on 13-Apr-2017

328 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan terbaik bandar mapan

LMCP1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

(Kinderdijk & Sepang)

NURUL SHUHADAH BINTI MOHAMAD YASIRA149736

Page 2: Amalan terbaik bandar mapan

KINDERDIJK, BELANDA

BANDAR PILIHAN

SEPANG, SELANGOR

SISTEM POLDER (PENDEKATAN KAWALAN

BANJIR)

AKTIVITI PENGINAPAN PELANCONG DI “BANGHURIS

HOMESTAY”

Page 3: Amalan terbaik bandar mapan

• Amalan terbaik di bandar Kinderdijk adalah penggunaan Sistem Polder (Pendekatan Kawalan Banjir)

• Belanda sebuah negara yang terletak di bawah paras laut di mana kira-kira 60% daripada penduduknya tinggal di kawasan berisiko untuk ditelenggami air.

• Kinderdijk merupakan sebuah bandar yang terletak di Belanda dan turut sama terkesan dengan risiko ditenggelami air.

• Bagi mengatasi risiko ditenggelami air, Sistem Polder telah dibangunkan pada abad ke-11 oleh agensi Belanda yang bertanggungjawab dalam mengawal banjir iaitu waterschappen.

• Kinderdijk merupakan antara bandar terawal di Belanda yang menggunakan Sistem Polder ini.

BANDAR PILIHAN(KINDERDIJK, BELANDA)

Page 4: Amalan terbaik bandar mapan

• Sistem ini pada peringkat awal menggunakan kincir angin yang berfungsi mengepam air keluar dari kawasan yang berada di bawah permukaan air laut.

• Dengan kemajuan teknologi hidraulik pada tahun 1953, Kerajaan Belanda telah melancarkan Projek Delta (Delta Works / Deltawerken), yang bertujuan menguatkan sistem pertahanan menghadapi bencana banjir yang turut diiktiraf oleh American Society of Civil Engineers sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia moden.

Page 5: Amalan terbaik bandar mapan

APA ITU SISTEM POLDER (PENDEKATAN KAWALAN BANJIR) ???

Polder merupakan satu dataran rendah yang terbentuk dan dikelilingi oleh struktur tambakan.

Polder merupakan satu sistem pengurusan saliran pembuangan air kepungan yang dilengkapi dengan pintu kawalan automatik dan juga pam.

Di kawasan ini, air hujan dikumpulkan di suatu badan air (sungai, saluran) lalu dipam ke badan air yang lebih tinggi kedudukannya, dan seterusnya dipam ke sungai dan laut.

Penerapan Sistem Polder telah menyelesaikan masalah banjir di Belanda terutamanya di bandar Kinderdijk yang rendah dari paras laut.

Page 6: Amalan terbaik bandar mapan

Gambar ihsan: http://blog.townplan.gov.my/?p=8535

Page 7: Amalan terbaik bandar mapan

• Amalan terbaik di bandar Sepang adalah aktiviti penginapan pelancong yang dikenali sebagai “Banghuris Homestay”.

• “Banghuris” merupakan gabungan tiga buah kampung di sekitar bandar Sepang iaitu Bukit Bangkong, Hulu Chuchoh, dan Ulu Teris.

• Aktiviti penginapan atau Homestay ini ditubuhkan bagi menarik minat pelancong untuk merasai kehidupan berada di desa dengan lebih dekat lagi dengan cara menginap di rumah penduduk kampung.

• Pelancong akan dapat merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti kampung seperti mengait pelepah kelapa sawit, memetik kopi, dan sebagainya.

• Homestay Banghuris yang terletak kira-kira 60 kilometer (km) dari Kuala Lumpur dan 35 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini menerima kedatangan hampir 12,000 pelancong tempatan dan luar negara dalam masa setahun.

BANDAR PILIHAN(SEPANG, SELANGOR)

Page 8: Amalan terbaik bandar mapan

TARIKAN UTAMA BANGHURIS HOMESTAY ???

Homestay- rumah tradisional Masakan tradional Kompang Cempulingan Memancing Menoreh getah Mengait kelapa sawit Kilang kerepek ubi kayu Kilang pemprosesan tempe Masyarakat Jawa yang peramah dan mesra Tarian tradisional Nasi Ambeng

Page 9: Amalan terbaik bandar mapan

Gambar ihsan : http://thelostboylloyd.com/2013/10/homestay-banghuris-sepang.html

Page 10: Amalan terbaik bandar mapan

• Kedua-dua bandar pilihan ini mempunyai amalan terbaik yang berbeza.

• Jika di bandar Kinderdijk, amalan terbaik lebih menjurus ke arah faktor alam sekitar manakala di Sepang pula amalan terbaiknya lebih menjurus kepada faktor sosial.

• Namun, kedua-dua bandar ini mempunyai amalan terbaik yang dibangunkan oleh penduduknya sendiri bagi memelihara dan memulihara kelestarian bandar masing-masing.

• Amalan terbaik yang dimiliki oleh kedua-dua bandar ini iaitu bandar Kinderijk, Belanda dan Sepang, Selangor mencerminkan kepada kita sebuah bandar yang sedang menuju kepada pembangunan mapan.

KESIMPULAN

Page 11: Amalan terbaik bandar mapan

Johan Afendi IBbrahim & Mohamad Zaki Ahmad. 2009. Program Homestay Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi Luar Bandar, Kajian Kes : Negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia. Prosiding PERKIM IV Jilid 2. hlm. 227-242.

Blog Rasmi JPBDSM> Pendekatan Kawalan Banjir di Belanda. 2015. http://blog.townplan.gov.my/?p=8535. (Capaian pada 28 Oktober 2016).

Utusan Online. 5 Disember 2015. http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/rekreasi/homestay-banghuris-tawar-keaslian-budaya-kehidupan-penduduk-1.165657. (Capaian pada 28 Oktober 2016).

RUJUKAN