amalan pembelajaran terbaik prasekolah 2013

17
1. KATEGORI Pembelajaran Melalui Projek 2. TAJUK TEMA : DUNIA TEKNOLOGI SUBTEMA : KENDERAAN AIR 3. KAEDAH / TEKNIK Pembelajaran berpusatkan murid dan guru. Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek melalui penghasilan buku skrap 4. SINOPSIS Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek di mana murid menghasilkan buku skrap sendiri melalui aktiviti membaca, menulis, mewarna dan menggunting. Pada peringkat permulaan, murid akan diperkenalkan dahulu dengan nama-nama kenderaan air. Seterusnya murid akan menyebut bersama-sama perkataan yang diajar oleh guru. Guru akan menunjukkan cara menghasilkan buku skrap yang melibatkan kemahiran membaca, menulis, melukis, mewarna, menggunting. Guru akan mengadakan pertandingan menghasilkan buku skrap di antara kumpulan. Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah. 5. KUMPULAN SASARAN Murid yang berumur lingkungan 5 dan 6 tahun. 6. JUMLAH MURID 25 orang 7. LATAR BELAKANG

Upload: azwira-abu

Post on 20-Oct-2015

78 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan Pembelajaran Terbaik Prasekolah 2013

1.            KATEGORI

Pembelajaran Melalui Projek

2.            TAJUK

TEMA                                  :  DUNIA TEKNOLOGI

SUBTEMA                            :  KENDERAAN AIR

3.            KAEDAH / TEKNIK

Pembelajaran berpusatkan murid dan guru.  Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah

pembelajaran  melalui projek melalui penghasilan buku skrap

4.            SINOPSIS

Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek di mana murid menghasilkan buku skrap sendiri

melalui aktiviti membaca, menulis, mewarna dan menggunting. 

Pada peringkat permulaan, murid akan diperkenalkan dahulu dengan nama-nama kenderaan air.  Seterusnya murid akan menyebut

bersama-sama perkataan yang diajar oleh guru.  Guru akan menunjukkan cara menghasilkan buku skrap yang melibatkan kemahiran

membaca, menulis, melukis, mewarna, menggunting.  Guru akan mengadakan pertandingan  menghasilkan buku skrap di antara

kumpulan.  Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah.

5.            KUMPULAN SASARAN

Murid yang berumur lingkungan 5 dan 6 tahun.

6.            JUMLAH MURID

25 orang

7.            LATAR BELAKANG

Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan dilakukan dengan membahagikan murid  kepada dua belas  kumpulan kecil.  Murid akan

dibahagikan dalam  12  kumpulan yang mana 11 kumpulan terdiri daripada  2 orang murid, manakala kumpulan ke 12 terdiri daripada 3

Page 2: Amalan Pembelajaran Terbaik Prasekolah 2013

orang murid.   Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah. Pembantu Pengurusan Murid akan

membantu guru membuat pemilihan kumpulan mana yang berjaya menghasilkan buku skrap paling kemas dan cantik untuk dijadikan

pemenang.      

8.            RASIONAL PEMILIHAN AMALAN TERBAIK

Penggunaan pembelajaran melalui projek di dalam pembelajaran dan pengajaran adalah kerana murid lebih menghargai sesuatu yang di

hasilkan sendiri. Kepuasan juga akan timbul apabila menatap hasil kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Sedikit

peneguhan dan dorongan serta pujian akan meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap aktiviti yang telah dilakukan.

9.            STANDARD PEMBELAJARAN KSPK YANG DIGUNAKAN

BM 3.6.2 Membaca frasa dengan sebutan yang betul

BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul

10.          KAEDAH / TEKNIK YANG DIGUNAKAN

Pembelajaran berpusatkan murid dan guru.  Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah

pembelajaran melalui projek penghasilan buku skrap

11.          PERINCIAN AKTIVITI

 Langkah-langkah pelaksaaan:

1.        Guru menunjukkan slaid powerpoint yang mengandungi nama-nama kenderaan air kepada murid (Rujuk Lampiran)

2.       Guru memperkenalkan nama-nama kenderaan air kepada murid.

3.       Murid akan menyebut bersama-sama perkataan yang diajar guru

4.       Kelas dibahagikan kepada 12 kumpulan kecil.

5.       Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan-menghasilkan buku skrap

6.       Guru menunjukkan cara menghasilkan buku skrap tersebut.

7.       Murid perlu menulis kembali nama-nama kenderaan air, mewarnakan gambar kenderaan air yang telah disediakan, melukis gambar

kenderaan yang diketahui, menggunting gambar mengikut petak yang disediakan

8.       Pertandingan menghasilkan buku skrap paling kemas dan paling cantik.

Page 3: Amalan Pembelajaran Terbaik Prasekolah 2013

12.          KESEPADUAN STANDARD PEMBELAJARAN

PFK 1.2.14           Menyurih menggunakan templet atau objek.

KTI 1.1.5             Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.

KTI 1.2.3           Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar

PSE 3.2.7              Berkongsi idea, barangan dan peralatan

13.          KAEDAH PENTAKSIRAN SEMASA P & P

Guru akan menggunakan kaedah pentaksiran melalui hasil kerja murid pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

14.          NYATAKAN NILAI MURNI YANG DITERAPKAN

Nilai murni yang dapat diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah sifat saling bekerjasama di dalam memastikan

kumpulan mereka dapat menjadi pemenang di dalam pertandingan ini.  Selain daripada itu, sifat tolong-menolong juga dapat diterapkan

di dalam diri kanak-kanak ini.

15.          KEKUATAN KAEDAH / TEKNIK INI

Pemilihan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana aktiviti ini melibatkan pelbagai kemahiran-membaca, menulis,

mewarna, menggunting.  Di samping itu, murid juga lebih menghargai sesuatu yang di hasilkan sendiri. Kepuasan juga akan timbul

apabila menatap hasil kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Sedikit peneguhan dan dorongan serta pujian akan

meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap projek yang telah dilakukan.

16.          IMPAK KAEDAH (KEJAYAAN)

Dapat melahirkan murid yang kreatif dalam penghasilan sesuatu bahan.  Murid juga dapat menunjukkan kebolehan masing-masing

seperti kemahiran menulis, mewarna dan menggunting.

Lampiran.

Page 4: Amalan Pembelajaran Terbaik Prasekolah 2013

Buku Skrap: Tema Pengangkutan Air

Bahan ini merupakan slide powerpoint untuk penghasilan buku skrap bertajuk: Kenderaan Air.

1.Slide awalnya menunjukkan gambar-gambar kenderaan air. 

2.Guru menunjukkan kepada murid gambar-gambar kenderaan air tersebut. 

3.Murid mengeja nama-nama kenderaan air tersebut.

4. Dua slaid terakhir digunakan untuk menghasilkan buku skrap.

Langkah-langkah menghasilkan buku skrap:

Page 5: Amalan Pembelajaran Terbaik Prasekolah 2013

1. Warnakan gambar kenderaan air

2. Salin semula perkataan (nama kenderaan)

3. Staplekan(bantuan guru)

4.Binding dengan binding tape.

5.Maka. terhasillah buku skrap

Bahan yang digunakan.

Page 13: Amalan Pembelajaran Terbaik Prasekolah 2013

KRITERIA PENILAIAN

A. Persembahan (Berkumpulan) – 30%

1. Bina satu kumpulan (5 – 7 orang) mengikut sekolah atau daerah berdekatan.

2. Buat satu persembahan pergerakan kreatif dengan memasukkan elemen-elemen yang dipelajari

berdasarkan tema yang dipersetujui.

3. Pastikan semua ahli kumpulan terlibat dalam persembahan ini.

4. Persembahan perlu memenuhi syarat 3 – 5 minit sahaja.

5. Rakamkan persembahan anda dalam bentuk video dan cetak pada CD atau DVD.

6. Pastikan rakaman ini dapat dimainkan pada komputer terlebih dahulu sebelum dihantar untuk

penilaian.

7. Tarikh akhir serahan CD/DVD ialah pada hari Sabtu, 4 Mei 2013.

B. Laporan Analisis Pergerakan (Individu) (20%)

Page 14: Amalan Pembelajaran Terbaik Prasekolah 2013

1. Setiap pelajar perlu membuat laporan analisis pergerakan secara individu berkaitan dengan peranan beliau dalam persembahan pergerakan kreatif.

2. Buat analisis akan peranan diri sendiri dalam persembahan tersebut dan kaitkan dengan konsep-konsep pergerakan yang disampaikan.

3. Laporan ditulis selang 2 baris, font Times New Roman 12 atau Arial 11, margin 2.54 cm, atas, bawah, kiri, dan kanan.

4. Laporan ini perlu ditulis antara 2 – 3 muka surat.

5. Tarikh akhir serahan Laporan Analisis Pergerakan ini ialah pada hari Sabtu, 4 Mei 2013.

C. Perbincangan (Individu) (10%)

1. Pelajar dikehendaki masuk ke forum Facebook: KAF3023 ATO USM dan moodle PPGUSM KAF3023.

Page 15: Amalan Pembelajaran Terbaik Prasekolah 2013

TENTATIF PROGRAM MINDA BESTARI 2013

TARIKH : 25,26,27 MEI 2013

TEMPAT : SK PERMATANG DAMAR LAUT,PULAU PINANG

HARI 8.30.10.00pg 10.00-10.30pg 10.30-12.30pg 12.30-14.00tgh 14.00-16.00ptg 16.00-20.00ptg 20.30-22.00mlm

Hari 125/05/2013

(Sabtu)

Minum Pagi

Pendaftaran Peserta/Taklimat

Makan Tengahari

Aktiviti 1PUZZLE

HARAPANMinum Petang

&Makan Malam

Santai MalamHari 226/05/2013

(Ahad)

Aktiviti 2SAYANGNYA

NABI

Aktiviti 3INDAHNYA ALAM INI

Aktiviti 4MALAYSIAKU

TERCINTAHari 3

27/05/2013(Isnin)

Aktiviti 5BESTARI MINDA

Majlis Penutup

Page 16: Amalan Pembelajaran Terbaik Prasekolah 2013