1 | w w w . a w a l . m y · pdf filekandungan dan aktiviti menarik. tema utama untuk edisi...

16
1 | w w w . a w a l . m y

Upload: duongliem

Post on 01-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

1 | w w w . a w a l . m y

Page 2: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

2 | w w w . a w a l . m y

ISI KANDUNGAN

Kemahiran Membaca 3

Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5

Panduan – Ceria Bersama Ciki 6

Panduan – Ani & Umar 7 – 8

Panduan – Little Prof 9 – 12

Panduan – Kisah Teladan 13 – 14

Panduan – Chan Chan the Chick 15 – 16

PENGENALAN

Majalah Awal edisi ini membawa anak-anak meneroka pelbagai isi

kandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah

dunia haiwan di mana anak akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis

haiwan di laut, darat dan juga udara.

Panduan ini disediakan buat guru dan diharap dapat membantu guru

dalam merancang Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Fokus

untuk panduan ini menjurus kepada pembentukan kemahiran

membaca dan pemahaman awal sains melalui pendekatan STEM

(Science, Technology, Engineering and Mathematics).

Semoga guru-guru dapat memanfaatkan panduan yang disediakan

agar pembelajaran menggunakan majalah AWAL di dalam kelas dapat

membentuk anak-anak menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif.

Page 3: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

3 | w w w . a w a l . m y

KEMAHIRAN MEMBACA

Membaca merupakan proses mentafsir bunyi yang dilambangkan oleh

gabungan huruf dalam sesuatu perkataan. Kajian terkini menunjukkan

bahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan

anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran

bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang

bergabung untuk membentuk perkataan tersebut.

Dalam mengajar membaca, guru atau ibu bapa perlu memberi

bimbingan dengan melakukan aktiviti seperti bacaan bersama,

permainan bahasa, bernyanyi, bercerita dan bacaan berirama kerana

ia dapat membantu anak menguasai kemahiran membaca.

KEMAHIRAN ASAS MEMBACA

Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa.

Kemahiran ini perlu diajar kerana ia bukan kemahiran semulajadi.

Kemahiran ini dirumuskan mengikut sistem 4P seperti berikut:

1. Pengisian Bunyi (PI)

Kemahiran mendengar dan menyebut bunyi-bunyi asas yang

ada dalam sesuatu bahasa. Bunyi-bunyi asas ini dikenali sebagai

fonem.

2. Pengecaman Bentuk (P2)

Kemahiran mengaitkan bunyi dengan huruf atau gabungan huruf

yang melambangkan bunyi tersebut.

3. Pemisahan Bunyi (P3)

Kemahiran memilih dan memisahkan bunyi-bunyi yang sesuai

dalam sesuatu perkataan.

4. Pemaduan Bunyi (P4)

Kemahiran memadukan bunyi-bunyi asas untuk membentuk suku-

suku kata dan seterusnya memadukan suku-suku kata tersebut

untuk membentuk perkataan.

Page 4: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

4 | w w w . a w a l . m y

AWAL SAINS DENGAN PENDEKATAN STEM

Kaedah PIL CERDAS STEM melibatkan empat fasa, iaitu Fasa Inkuiri, Fasa

Penerokaan, Fasa Reka Cipta dan Fasa Refleksi. Berikut dihuraikan

aktiviti pembelajaran yang perlu dijalankan oleh guru dalam setiap

fasa.

Fasa Inkuiri

Dalam fasa ini kanak-kanak diperkenalkan kepada masalah yang akan

diselesaikan dalam projek ini. Guru boleh menggunakan pelbagai cara

untuk mengarahkan perhatian murid kepada topik yang akan

dipelajari. Misalnya guru membawa murid keluar meneroka di sekitar

halaman taska/tadika atau sekolah, menunjukkan gambar atau video

mengenai isu yang terbabit, bercerita atau membaca berita daripada

surat khabar, membuat lawatan dan sebagainya.

Berdasarkan isu/topik yang dibincangkan itu, guru bertanya kanak-

kanak mengenai apa yang mereka sudah tahu mengenai isu/subjek

berkenaan. Guru membina peta minda "Apa yang kami tahu

tentang...". Peta minda ini merupakan pengetahuan awal kanak-kanak

yang perlu diketahui oleh guru mengikut teori konstruktivis. Kemudian

guru bersama kanak-kanak membina peta minda "Apa yang kami ingin

tahu mengenai...". Dengan bimbingan guru, kanak-kanak menentukan

soalan apa yang mereka ingin selidik dan jawab dalam projek ini.

Fasa Penerokaan

Dalam fasa ini, kanak-kanak bersama guru mencari maklumat

mengenai konsep-konsep yang berkaitan dan yang mereka telah tahu

tetapi belum begitu faham. Pencarian maklumat dilakukan dengan

pelbagai cara; dari internet, video, nature walk, lawatan, kajian buku-

buku sains, dan sebagainya. Di peringkat ini, kanak-kanak membina

pengetahuan baharu dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada

mengenai perkara yang dikaji.

Setelah mendapat semua maklumat yang diperlukan, mereka

dibimbing untuk meneroka mengenai persoalan yang mereka sendiri

mencari jawapan atau penyelesaiannya. Untuk itu, guru membimbing

Page 5: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

5 | w w w . a w a l . m y

kanak-kanak memikirkan reka bentuk dan alat serta bahan-bahan yang

diperlukan.

Fasa Reka Cipta

Dalam fasa ini, kanak-kanak membina, mencuba dan menghasilkan

reka cipta kreatif berdasarkan reka bentuk yang dibuat. Mereka bekerja

dalam kumpulan kecil, menggunakan alat-alat teknologi yang selamat

dengan bimbingan dan pengawasan pendidik. Ciptaan yang

dihasilkan boleh dipertandingkan atau dipamerkan untuk dilihat oleh

rakan-rakan yang lain dan ibu bapa.

Fasa Refleksi

Dalam fasa ini, kanak-kanak mereflek proses pembelajaran yang

mereka lalui dan memberi pandangan tentang reka cipta yang mereka

hasilkan. Guru menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak

mengenai kajian saintifik, menghargai hasil ciptaan rakan-rakan,

kesedaran terhadap alam sekitar, kesedaran tentang teknologi dan

kejuruteraan, dan penghayatan kepada Tuhan Maha Pencipta.

Page 6: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

6 | w w w . a w a l . m y

PANDUAN MENGAJAR (CERIA BERSAMA CIKI)

Anak ikan Ciki yang berenang di dalam akuarium melompat tinggi lalu

terjatuh ke tanah. Ciki mengangkat anak ikannya dan meletakkan

semula ke dalam akuarium. Dalam edisi ini, anak-anak diperkenalkan

kepada organ yang membantu ikan bernafas.

Tajuk

Ceria Bersama Ciki (ms 2)

Tunjang Utama

Komunikasi – BM 2.4.4 Membaca dan memahami ayat mudah dengan

sebutan yang betul.

Tunjang Disepadukan

Sains & Teknologi – SA 3.3.2 Menamakan bahagian tubuh haiwan.

Objektif

Di akhir pembelajaran, murid boleh:

1. Memilih 1 daripada 2 organ yang membantu ikan bernafas.

Aktiviti Prabacaan

1. Guru menunjukkan gambar ikan dan menerangkan bahagian

anggota badan ikan serta fungsinya. Antara bahagian yang

boleh diperkenalkan adalah insang, mulut, ekor, sirip dan mata.

Aktiviti Membaca

1. Guru membacakan cerita “Ceria Bersama Ciki”. Murid

mendengar.

2. Guru meminta murid membacakan cerita.

3. Guru menyoal murid berkenaan cerita yang didengar.

4. Murid membuat aktiviti kefahaman di bahagian bawah cerita

dengan bimbingan guru.

Aktiviti Pengukuhan

1. Guru meminta murid melengkapkan aktiviti “Warna Kreatif” di

dalam sisipan (ms 31) di tadika / rumah.

Page 7: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

7 | w w w . a w a l . m y

PANDUAN MENGAJAR (ANI & UMAR)

Kisah Ani & Umar kali ini bertajuk “Orang Angkuh Selalu Rugi”. Ibu

menceritakan tentang seorang lelaki yang bijak tetapi bersikap angkuh.

Lelaki tersebut menaiki kapal untuk ke sebuah bandar besar. Di atas

kapal, lelaki itu telah merendah-rendahkan seorang kelasi kapal kerana

air yang dihidangkan tidak sedap dan mengatakan bahawa kelasi itu

telah kehilangan separuh dari hidupnya. Namun begitu keadaan

berubah bila mana cuaca menjadi buruk. Apabila kelasi kapal

mengetahui bahawa lelaki angkuh itu tidak tahu berenang, dia pula

yang mengatakan bahawa lelaki itu akan kehilangan seluruh hidupnya.

Pengajaran cerita ini adalah supaya kita sentiasa menghormati orang

lain dan jangan bersikap angkuh.

Tajuk

Ani & Umar (MS 33 - 37)

Tunjang Utama

Komunikasi – BM 1.3.4 Mendengar, mengecam dan menyebut

perkataan.

Tunjang Disepadukan

Kerohanian, Sikap & Nilai – PM 6.1.2 Menyatakan cara menunjukkan

sikap hormat dalam pelbagai situasi.

Objektif

Di akhir pembelajaran, murid boleh:

1. Menyebut 3 perkataan daripada cerita yang didengar.

2. Menyatakan perbuatan baik ataupun tidak berdasarkan dua

gambar.

Aktiviti Prabacaan

1. Murid melihat gambar Ani, Umar, ibu dan ayah di muka surat 33.

2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkenaan gambar pada

muka surat tersebut.

Page 8: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

8 | w w w . a w a l . m y

Aktiviti Membaca

1. Guru membacakan cerita Ani & Umar dengan penuh ekspresi dan

intonasi. Murid mendengar.

2. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan cerita bagi

meningkatkan kefahaman murid. Antara soalan yang boleh

ditanyakan:

a) Pada pendapat kamu, apakah perasaan Umar apabila Ani

mengatakan bahawa Umar hanya menang satu pertandingan

kerana tidak berlatih bersungguh-sungguh untuk hari sukan?

b) Apakah pengajaran daripada cerita tentang lelaki angkuh itu

tadi?

3. Guru membaca cerita sekali lagi.

4. Guru meminta murid membaca perkataan angkuh, kapal dan

ombak di bahagian bawah muka surat.

Aktiviti Pengukuhan

1. Murid membuat aktiviti di muka surat 37 dengan bimbingan guru.

2. Murid melengkapkan aktiviti “Mahir Tulis” di dalam sisipan (ms 20)

di tadika/rumah.

Page 9: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

9 | w w w . a w a l . m y

TEACHING GUIDE (LITTLE PROF: Life Cycle of a Frog)

The approach in teaching science, technology, engineering and

mathematics (STEM) as practiced by Prof. Aminah Ayob and her team

from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) follows the following phases:

1. Inquiry

2. Exploratory

3. Experimental / Design

4. Reflection

In this issue, children will learn about The Life Cycle of a Frog. Let us go

through the phases as listed above in describing the topic.

Title

Little Prof (page 38 - 39) - The Life Cycle of a Frog

Main Domain

SA 3.3.7 Memerhati dan menceritakan kitaran hidup haiwan.

Integrated Domain

BI 3.2.4 Copy words in legible print.

Objectives

At the end of the lesson, children will be able to:

1. List the different phases of the life cycle of a frog.

2. Label parts of the frog as in Lab Notes on page 29 of the activity

section.

The lesson begins with an inquiry about what they already know about

the subject in this case – frogs. The children participate to make a Web

about “What we know about frogs” (Web 1). The second step involves

“What they want to know about frogs” – together make a Web on this

(Web 2). At the end of this activity, the teacher guides the children to

discuss about the life cycle of a frog as shown in text 38 - 39.

Page 10: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

10 | w w w . a w a l . m y

1. INQUIRY PHASE:

Ideally show a live frog which can be bought from the wet market or

show a picture or model of a frog. Ask the children what they already

know about frogs?

An example of Web of What We Know is shown below:

Web 1: “What do you know about frogs?” For preschool children, the

teacher writes the ideas on the board.

What do you know

about frogs?

(teacher)

It can jump.

(child A)

It has 4 legs.

(child B)

It makes loud

noises.

(child C)

It lives in water.

(child D)

Page 11: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

11 | w w w . a w a l . m y

Next, ask the children what they want to know about frogs?

An example of “Web of What We Want to Know”

Web 2: “What we want to know about frogs”

As the topic is on life cycle of a frog, guide the children to this topic if no

one asks about baby frogs. At the end of the discussion, the

teacher/parent guides the student to learn about the life cycle of a frog.

What we want to know about frogs?

(teacher)

What do frogs eat?

(child A)

Where do baby frogs

come from?

(child B)

Are frogs dangerous?

(child C)

How does a baby frog look like?

(child D)

Page 12: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

12 | w w w . a w a l . m y

2. Exploratory phase:

In this phase, the teacher/parent explores the subject together with the

children by using references from internet, books and other suitable

sources to find information and to clarify any misconceptions on the

topic.

The summary of “Life Cycle of a Frog” is described in simple terms on

page 38 - 39 in this issue of AWAL™.

3. Experimental/Design:

When the children are clear of the concepts involved, guide them to

the activity in page 29 to label the different parts of the frog and colour

it. Note that the colours of the spots are darker than the body.

4. Reflection phase:

In this phase, children discuss what they have learned from this project.

Teacher/parent should also instill the practice of teamwork and sharing

of ideas. In addition, children should appreciate nature and be grateful

to God for his amazing creations as seen in the “Life Cycle of a Frog” as

for example the adult frog lives on both land and water whereas the

tadpole only lives in water.

Page 13: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

13 | w w w . a w a l . m y

PANDUAN MENGAJAR (KISAH TELADAN)

Kisah Teladan menceritakan kisah Haikal, atuk dan nenek di bulan

Ramadan. Nenek dan atuk bercerita tentang amalan-amalan yang

dituntut semasa bulan puasa. Antara amalannya adalah menunaikan

solat terawih, berzikir, bersedekah dan melakukan qiamullail.

Tajuk

Kisah Teladan (MS 40 - 43)

Tunjang Utama

Kerohanian, Sikap & Nilai – PI 3.3.5 Menyebut amalan-amalan yang

dituntut dalam bulan puasa.

Tunjang Disepadukan

BM 1.2.4 Mendengar dan memberi respon dengan bertatasusila

terhadap:

(i) cerita

Objektif

Di akhir pembelajaran, murid boleh:

1. Menyebut 2 daripada 6 amalan yang dituntut semasa bulan

puasa berdasarkan cerita yang didengar.

2. Memilih 3 daripada 4 gambar yang menunjukkan amalan-

amalan yang dituntut semasa bulan puasa.

Aktiviti Prabacaan

1. Guru menunjukkan gambar Haikal, Atuk dan Nenek pada muka

surat 40 dan 41 dan bertanyakan soalan kepada murid tentang

gambar tersebut.

Aktiviti Membaca

1. Guru membacakan Kisah Teladan dengan penuh ekspresi dan

intonasi. Murid mendengar.

2. Guru menyoal murid berkenaan cerita yang didengar. Antara soalan

yang boleh ditanya:

a) Pada bulan apakah umat Islam diwajibkan berpuasa?

Page 14: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

14 | w w w . a w a l . m y

b) Apakah amalan-amalan yang dituntut semasa bulan puasa?

c) Apakah amalan yang kamu biasa lakukan semasa bulan puasa?

d) Ceritakan pengalaman berpuasa kamu.

Aktiviti Pengukuhan

1. Murid membuat aktiviti Bijak Fikir (ms 43).

2. Murid melengkapkan aktiviti “Mahir Jawi” dan “Pendidikan Islam” di

dalam sisipan (ms 26 - 29) di tadika/rumah.

Page 15: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

15 | w w w . a w a l . m y

TEACHING GUIDE (CHAN CHAN THE CHICK)

Chan Chan the Chick goes to Aquaria to visit the sea animals. There are

many types of sea animals such as colourful fish, seahorse, shark and

octopus. Children are introduced to many types of sea animals through

a short and simple story.

In Sing-Along with Chan Chan, let’s sing a fun song entitled I’m a Little

Fish to the tune of I’m a Little Teapot. After singing, asks the children a

question on other places that they can find fish besides the sea. Through

this question, let the children explore the idea of an animal’s habitat.

Apart from sea animals, teacher can also ask the children the habitat of

other types of animals.

Title

Chan Chan the Chick (Page 46 - 48)

Main Domain

Komunikasi – BI 1.2.5 Listen to and enjoy simple stories.

Integrated Domain

Sains & Teknologi – SA 3.3.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan.

Objective

At the end of the lesson, students will be able to:

1. Sound out the initial sound of 5 different words.

2. Write the correct letter to complete a word.

Pre-Reading Activity

1. Teacher sings the song on page 48 with the correct intonation and

expression.

2. Teacher asks questions pertaining to the song. Example of questions:

a) How does a fish move?

b) Can you demonstrate the movement of a fish?

c) Where else can you find fish besides the sea?

d) The habitat or the home of fish is in the water. How about other

animals such as tigers, bees, cats, etc.

Page 16: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filekandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia ... Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa

16 | w w w . a w a l . m y

Reading Activity

1. Teacher reads aloud the story called “My Sea Animal Friends” with

intonation and expression.

2. Teacher asks questions pertaining to the story. Example of questions:

a) What is the name of the place that Chan Chan visits?

b) What are the animals that Chan Chan sees? (Asks children to

name the animals according to the sequence of the story)

c) The fish are colourful. What are the colours?

d) What is the animal that has sharp and scary teeth?

e) How many arms does an octopus have?

f) Have you been to Aquaria before? Tell your experience.

3. Teacher asks the students to say the initial sound of the words at the

bottom of the pages. Teacher shall provide guidance if students are

having difficulty.

4. Teacher can asks student to say aloud the sound in groups, pairs or

individually.

Post-Reading Activity

1. Students complete the Word Hunt activity on page 18 at

school/home.