1. rpa - pemakanan -praktikal

6
RPA : Pemakanan Seimbang dan Perancangan Menu Nama Pendidik : Noor Lizai Mat Ripin Minggu : 1 Hari/ Tarikh : Rabu / 1 April 2015 Masa : 10.30 pagi Umur anak PERMATA : 4 tahun Bil. Anak Permata : 3 orang Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak tahu menamakan bahan- bahan yang disediakan Tema : Pemakanan Tajuk : WOW sedapnya Ubi Crunch Beraneka Bentuk Objektif 1. Kanak-kanak boleh mengenal ubi keledek dan “corn flake” 2. Kanak-kanak boleh mengupas, memotong, mengisar, melenyek, menguli, menabur “corn flake” , membentuk doh, membuat bentuk menggunakan acuan dan menggolek.

Upload: asmad

Post on 13-Apr-2016

2.616 views

Category:

Documents


47 download

DESCRIPTION

b m

TRANSCRIPT

Page 1: 1. Rpa - Pemakanan -Praktikal

RPA : Pemakanan Seimbang dan Perancangan Menu

Nama Pendidik : Noor Lizai Mat Ripin

Minggu : 1

Hari/ Tarikh : Rabu / 1 April 2015

Masa : 10.30 pagi

Umur anak PERMATA : 4 tahun

Bil. Anak Permata : 3 orang

Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak tahu menamakan bahan-bahan yang

disediakan

Tema : Pemakanan

Tajuk : WOW sedapnya Ubi Crunch Beraneka Bentuk

Objektif

1. Kanak-kanak boleh mengenal ubi keledek dan “corn flake”

2. Kanak-kanak boleh mengupas, memotong, mengisar, melenyek, menguli, menabur

“corn flake” , membentuk doh, membuat bentuk menggunakan acuan dan menggolek.

3. Kanak-kanak dapat membezakan dan mengenal pelbagai bentuk acuan.

4. Kanak-kanak boleh merasai keseronokan ketika aktiviti membuat bentuk dan

berkerjasama di dalam kumpulan

5. Kanak-kanak boleh merasai makanan tersebut seperti manis dan cruncy (deria rasa).

Page 2: 1. Rpa - Pemakanan -Praktikal

Bidang pelajaran

1. Pemakanan

2. Perkembangan fizikal

3. Perkembangan awal matematik dan pemikiran logic

4. Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian

5. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran

Bahan-bahan :

Ubi keledek yang siap dimasak, corn flake, blender, acuan, penguli doh plastic, tikar, alas lapik,

pinggang plastik, mangkuk plastic, garpu plastik, pisau plastic, sudu plastic, apron, penutup

kepala. Jumlah bahan yang disediakan mengikut kesesuaian.

Tempat/Ruang

Bilik aktiviti taska

Langkah-langkah mengendalikan aktiviti

1. Kanak-kanak ditunjukkan cara membasuh tangan dengan betul sebelum memulakan

aktiviti dan pendidik menerangkan kepentingan membasuh tangan.

2. Kanak-kanak dibawa ke ruang aktiviti.

3. Kanak-kanak digalakkan duduk secara bulatan

4. Alas dilapik dan bahan –bahan telah disediakan

5. Pendidik memperkenalkan nama bahan serta alatan dan menyebut bersama kanak-

kanak

6. Pendidik mengajar cara untuk mengupas ubi yang telah siap dimasak dengan

menggunakan ibu jari.

Page 3: 1. Rpa - Pemakanan -Praktikal

7. Pendidik menunjukkan cara mengisar ubi dengan menggunakan “blender” dan cara

menggunakan “blender”. Ubi yang siap dikisar dikorek dengan menggunakan sudu dan

dimasukkan ke dalam pinggang plastik.

8. Pendidik menunjukkan cara mengisar “corn flake” dengan menggunakan “blender”.

“Corn flake” yang siap dikisar dimasukkan ke dalam mangkuk plastik.

9. Ubi yang dikisar dicampurkan dengan “corn flake” yang siap dikisar dan digaulkan

dengan tangan sehingga sebati menjadi doh.

10. Pendidik menunjukkan cara mengambil sedikit doh dan diletakkan di atas tapak tangan. Dengan

menggunakan kedua-dua tapak tangan, doh dibentuk menjadi separa bulatan.

11. Doh separa bulatan diletakkan di dalam dulang. Pendidik mengajar cara untuk melenyekkan doh

separa bulatan tersebut dengan menggunakan pengguli doh sehingga menjadi rata.

12. Pendidik menunjukkan cara melekat acuan kepada doh tersebut. Kanak-kanak bebas

memilih acuan yang mereka suka sambil menyebut bentuk tersebut.

13. Pendidik akan memerhatikan cara kanak-kanak menggunakan peralatan seperti penguli

doh, kemahiran tangan untuk membentuk separa bulatan dan melekapkan acuan. Jika

didapati kanak-kanak silap, pendidik membantu dan mencuba bersama kanak-kanak

sehingga mereka pandai melakukan aktiviti ini.

14. Kanak-kanak perlu mengikut giliran menggunakan “blender” dan “penguli doh”.

Pendidik memastikan kanak-kanak tidak berebut dan sabar menunggu giliran.

15. Hasil tadi dimasukkan ke dalam pinggang.

16. Pendidik memberi pujian apabila kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti tersebut.

17. Kanak-kanak diajar membaca doa makan dan merasai hasil yang dibuat tadi dengan

menggunakan tangan.

18. Pendidik akan bertanyakan bagaimana rasa makanan tersebut.

Langkah-langkah Keselamatan

1. Bahan yang digunakan adalah daripada plastik seperti pinggan , mangkuk, garpu, sudu,

penguli doh dan dulang.

Page 4: 1. Rpa - Pemakanan -Praktikal

2. Pendidik menyediakan keperluan yang mencukupi untuk mengelakkan kanak-kanak

berebut peralatan kecuali “ blender´dan “penguli doh” untuk menerapkan nilai

kesabaran dan perkongsian.

3. Segala aktiviti dipantau oleh pendidik.

Kebersihan

1. Alas lapik digunakan untuk memastikan tempat aktiviti tidak kotor dan senang dicuci.

2. Apron digunakan untuk mengelakkan baju kanak-kanak kotor.

3. Mencuci tangan sehingga bersih sebelum memulakan dan selepas selesai aktiviti.

Langkah kesihatan :

1. Memastikan semua peralatan yang digunakan bersih dan sesuai untuk kanak-kanak

2. Sentiasa memakai apron