borang pengesahan status tesis - fp.utm.my hairudin bin shahari.tp.pdf · borang pengesahan status...

37
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEBOLEHPASARAN GRADUAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN RASIONALISASI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (INDUSTRI) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN : SESI 2012/2013 Saya MOHAMAD HAIRUDIN BIN SHAHARI (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 68 JALAN PI 4/8 TAMAN PULAI INDAH, 81110 KANGKAR PULAI, JOHOR ____________________________________________ Nama Penyelia Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KEBOLEHPASARAN GRADUAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN RASIONALISASI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

KEJURUTERAAN MEKANIKAL (INDUSTRI) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : SESI 2012/2013

Saya MOHAMAD HAIRUDIN BIN SHAHARI

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

� TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 68 JALAN PI 4/8 TAMAN PULAI INDAH, 81110 KANGKAR PULAI, JOHOR ____________________________________________ Nama Penyelia

Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

i

KEBOLEHPASARAN GRADUAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN

RASIONALISASI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

KEJURUTERAAN MEKANIKAL (INDUSTRI)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHAMAD HAIRUDIN BIN SHAHARI

(MP111392)

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2013

ii

“Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .................................................................

Nama Penulis : Mohamad Hairudin bin Shahari

Tarikh : Mei 2013

iii

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t di atas limpah kurnia dan izinNya

dapatlah saya menyiapkan kajian ini sebagaimana yang diperlukan. Ribuan terima

kasih saya kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam membantu saya bagi menyiapkan kajian yang saya jalankan ini.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada para

penyelia saya iaitu Prof. Dr. Mohd Salleh bin Abu dan Dr. Lokman Mohd. Tahir di

atas kesudian memberikan pandangan, bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan juga

bahan-bahan rujukan bagi saya menyiapkan kerja-kerja penyelidikan yang

dijalankan ini.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Bahagian

Pengurusan Akademik Pejabat Pendaftar UTM, ALUMNI dan Pejabat Akademik

Fakulti Pendidikan atas kebenaran, sokongan dan kelulusan yang telah diberikan.

Penghargaan dan terima kasih juga khas ditujukan kepada keluarga saya

terutamanya isteri Mimi Rozah Mohd Zahar, anak-anak Ahmad Danial Hakimi,

Ahmad Danial Haizad, Ain Zalikha dan Anis Zakiah serta kedua ibu bapa saya atas

kesabaran, sokongan, kerjasama dan doa yang telah diiringkan. Semoga kejayaan ini

akan mendorong kita ke arah lebih mencapai kejayaan.

Terima kasih semua, semoga Allah membalas jasa kalian......

iv

ABSTRAK

Isu kebolehpasaran graduan dan pengangguran di kalangan graduan sememangnya mendapat perhatian utama oleh kerajaan. Persaingan di dalam dunia pekerjaan di Malaysia menuntut para graduan lebih peka terhadap keperluan semasa dalam memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Dalam era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal atau hard skills, sahaja tetapi juga menekankan kemahiran employability atau soft skills agar pekerja dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama mempunyai pelbagai kebolehan (mutliskills) dalam melakukan pekerjaan. Akademik tidak dipandang sebagai satu elemen penting sahaja tetapi ianya juga melibatkan pelbagai aspek kemahiran tambahan dalam diri seorang graduan. Oleh itu, kualiti graduan yang dihasilkan akan diperlihatkan melalui keputusan pencapaian akademik serta disokong oleh kebolehan graduan untuk dipasarkan. Usaha-usaha menambah nilai kepada kualiti graduan yang telah dihasilkan senantiasa mendapat perhatian dari kerajaan, KPT, universiti dan masyarakat. Pengangguran akan menunjukkan ketidaksihatan ekonomi negara. Oleh itu, usaha menambahbaik produk yang telah dihasilkan ini dijangka mampu meningkatkan kualit kebolehpasaran graduan. Kajian ini melihat kepada kualiti graduan yang dihasilkan menerusi pencapaian akademik PNGK masuk dan PNGK akhir, kebolehan graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh masa ENAM (6) bulan, kesesuaian bidang pekerjaan dan sumbangan elemen program tambah nilai di dalam membantu kebolehpasaran graduan serta kaitannya dengan rasionalisasi program akademik. Analisis menggunakan data sekunder sebagai data utama dengan menggunakan min, peratusan, ujian korelasi dan crosstabuntuk mendapatkan hasil kajian. Berdasarkan analisis didapati kebolehpasaran graduan turut disumbang oleh elemen-elemen yang dinyatakan.

v

ABSTRACT

The issues of employability and unemployement among graduates is closely under the microscope of the government. Stiff competition in job market is a driving force for the graduates to be more sensitive towards the current trend. Globalition era had given employee new approach towards employee-the importance of soft skills rather than only hard skills and at the same time multiskilling. Academic qualification alone cannot be the element for consideration thus, additional skills are a plus point for any graduates. Therefore, to address the issue of unemplyement various efforts has been done by the goverment to uplift the quality of the garduates. This research is to establish the quality of graduates from the result of CGPA at the entry point and final achievement, ability to be employed within the period of six months in the appropriate field and additional value towards employability and relationship with academic program. The secondary data is analyzed towards mean, percentage, correlation and cross tab. Further analysis profoundly showed that graduates employability contribute the related elements as mentioned.

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH viv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 11

1.4 Objektif Kajian 13

1.5 Persoalan Kajian 13

1.6 Rasional Kajian 14

1.7 Sumbangan dan Kepentingan Kajian 15

1.8 Skop Dan Batasan Kajian 16

1.9 Definisi Istilah 17

1.9.1 Kebolehpasaran 17

1.9.2 Kualiti Graduan 18

1.9.3 Program Degree ++ 18

1.9.4 Kajian Keberkesanan Graduan (Tracer Study) 19

1.9.5 Graduan 19

1.9.6 Sesi Konvokesyen 19

vii

1.9.7 Program Pra siswazah 19

1.9.8 Program Pasca Siswazah 19

1.9.9 Pencapaian Akademik 20

1.9.10 PNGK 20

1.10 Kesimpulan 20

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 21

2.2 Konsep dan Kepentingan Kebolehpasaran 22

2.3 Kepentingan Melahirkan Modal Insan Berkualiti 22

2.4 Konsep dan Kepentingan Pengambilan Pelajar

dan Penglahiran Graduan Yang Berkualiti 24

2.5 Kepentingan Graduan Kejuruteraan kepada Sektor

Pembuatan Negara 25

2.6 Kajian Berkaitan Konflik Program Prasiswazah

(Rasionalisasi Program) 26

2.7 Kajian Terdahulu 27

2.7.1 Kajian–Kajian Dalam Negara 28

2.7.2 Kajian–Kajian Luar Negara 30

2.8 Kesimpulan 31

III METHODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka bentuk Kajian 32

3.3 Kaedah Pengumpulan Data 34

3.3.1 Populasi dan Sampel Kajian 34

3.3.2 Lokasi Kajian 35

3.4 Instrumen Kajian 36

3.5 Prosedur Kajian 37

3.6 Variable Kajian 39

3.7 Analisis Data 41

viii

3.8 Kesimpulan 44

IV METHODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan 45

4.2 Latar Belakang dan Profil Responden 47

4.2.1 Pemilihan Program Responden Berdasarkan

Sesi Kemasukan 47

4.2.2 Latar Belakang Responden Berdasarkan Sesi

Kemasukan dan Jantina 48

4.2.3 Kelayakan kemasukan responden berdasarkan

PNGK 49

4.2.4 Kelayakan Kemasukan Responden Berdasarkan

PNGK Mengikut Sesi Kemasukan 50

4.3 Analisis Dapatan Kajian 51

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 : Bagaimanakah

kualiti graduan program Sarjana Muda

Kejuruteraan Mekanikal (Industri) berdasarkan

CPA dan kelas pengajian 52

4.3.1.1 Status PNGK Akhir Responden 52

4.3.1.2 Status PNGK Akhir Responden Mengikut

Sesi 53

4.3.1.3 Perbandingan Status Responden

Berdasarkan PNGK 54

4.3.1.4 Perbandingan Status Responden

Berdasarkan PNGK Mengikut Sesi 55

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 (a) :

Sejauhmanakah kebolehpasaran graduan

program Sarjana Muda Kejuruteraan

Mekanikal (Industri) dari perspektif

kebolehan memperolehi pekerjaan dalam tempoh

masa kurang dari 6 bulan selepas bergraduan 60

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 (b) :

ix

Sejauhmanakah kebolehpasaran graduan

program Sarjana Muda Kejuruteraan

Mekanikal (Industri) dari perspektif kesesuaian

sektor pekerjaan yang diceburi graduan 68

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 : Apakah perkaitan

antara kebolehpasaran graduan Sarjana

Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri)

dengan pelaksanaan program tambah nilai seperti

How To Get Yourself Employed di UTM 72

4.4 Kesimpulan 85

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Rumusan Kajian 87

5.2.1 Rumusan Analisis Faktor Demografi 87

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 89

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Kualiti Graduan Program Sarjana Muda

Kejuruteraan Mekanikal (Industri) Berdasarkan

CPA Dan Kelas Pengajian 92

5.3.2 Kebolehpasaran graduan program Sarjana

Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dari

perspektif :

a. Kebolehan memperolehi pekerjaan

dalam tempoh masa kurang dari 6 bulan

selepas bergraduan 93

b. Kesesuaian sektor pekerjaan yang

diceburi graduan 94

5.3.3 Perkaitan antara kebolehpasaran graduan Sarjana

Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri)

dengan pelaksanaan program tambah nilai 95

x

5.4 Implikasi dapatan Kajian 96

5.5 Cadangan 98

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 100

5.7 Kesimpulan 101

SUMBER RUJUKAN

LAMPIRAN

xi

SENARAI JADUAL

BIL TAJUK JADUAL MUKA SURAT

1.1 Kekosongan Dan Penempatan Mengikut Industri Pada

Tahun 2008

10

3.1 Bilangan Populasi Mengikut Kohort Kemasukan 35

3.2 Ringkasan Jadual Statistik yang digunakan 42

4.1 Pemilihan Program Responden Berdasarkan Sesi Kemasukan

48

4.2 Profil Pelajar Mengikut Kohort Kemasukan dan

Jantina

49

4.3 Klasifikasi PNGK Selang Masuk 50

4.4 Klasifikasi PNGK Selang Masuk Berdasarkan Sesi Kemasukan

51

4.5 Status Klasifikasi Selang PNGK Akhir 52

4.6 Status Klasifikasi Selang PNGK Akhir Mengikut Sesi 53

4.7 Korelasi antara PNGK Masuk dengan PNGK Akhir 55

4.8 Korelasi antara PNGK Masuk dengan PNGK Akhir Bagi Sesi 2006/2007

57

4.9 Korelasi antara PNGK Masuk dengan PNGK Akhir Bagi Sesi 2007/2008

58

4.10 Korelasi antara PNGK Masuk dengan PNGK Akhir Bagi Sesi 2008/2009

60

4.11 Status Responden Sekarang 61

xii

4.12 Tempoh Anda Menunggu Untuk Mendapat Pekerjaan PERTAMA (Bulan)

63

4.13 Peratus dan Bilangan Taburan Mengikut Status Pekerjaan Graduan bagi Kohort Kemasukan 20072007, 20072008 dan 20082009

66

4.14 Kerelevanan Program Pengajian dengan Pekerjaan Responden

69

4.15 Pendapatan Bulanan (termasuk elaun) Mengikut PNGK Akhir

70

4.16 Statistik Responden Yang Mengambil / Tidak Ambil HTGYE

73

4.17 Senarai Pilihan Kursus Yang Diambil Responden - Pilihan 1

75

4.18 Senarai Pilihan Kursus Yang Diambil Responden - Pilihan 2

76

4.19 Senarai Pilihan Kursus Yang Diambil Responden - Pilihan 3

77

4.20 Status Responden Mengikut Pilihan Program Degree++ - Pilihan 1

78

4.21 Status Responden Mengikut Pilihan Program Degree++ - Pilihan 2

79

4.22 Status Responden Mengikut Pilihan Program Degree++ - Pilihan 3

80

4.23 Status Responden Mengikut Pilihan Program Degree++ - Pilihan 4

81

4.24 Status Responden Mengikut Pilihan Program Degree++ - Pilihan 5

82

4.25 Status Responden Mengikut Pilihan Program Degree++ - Pilihan 6

83

4.26 Status Responden Mengikut Program Tambah Nilai -

English 1

84

xiii

4.27 Status Responden Mengikut Program Tambah Nilai -

English 2

85

xiv

Reka Bentuk Kajian Kuantitatif Menggunakan

4.1 tatus Responden Berdasarkan PNGK Masuk dan PNGK Akhir

54

4.2 Berdasarkan PNGK Masuk 56

untuk Mendapatkan Pekerjaan ertama bagi Graduan yang Bekerja Mengikut

4.7 67

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA SURAT

3.1Kaedah Tinjauan Deskriptif

33

S

Status Respondendan PNGK Akhir Bagi Sesi 2006/2007

4.3 Status Responden Berdasarkan PNGK Masuk dan PNGK Akhir Bagi Sesi 2007/2008

57

4.4 Status Responden Berdasarkan PNGK Masuk dan PNGK Akhir Bagi Sesi 2008/2009

59

4.5 Status pekerjaan graduan mengikut kohort kemasukan

62

4.6 Bilangan Taburan Mengikut Tempoh Lama MenungguPKohort Kemasukan

Status pekerjaan graduan mengikut range PNGK Akhir

64

B4.8 ilangan Taburan Mengikut Pendapatan Bulanan Graduan Mengikut Range PNGK Akhir

71

4.9 Statistik Responden Yang Mengambil / Tidak Ambil HTGYE

73

xv

ENARAI SINGKATAN

nterian Pengajian Tinggi

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

TA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

& Swasta)

ti Penyelidikan

S

KPT - Keme

IP

IPT - Institusi Pengajian Tinggi (Awam

PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan

RU - Research University atau Universi

PSPTN - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

Ph.D - Doktor Falsafah

xvi

ENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT

A Surat Pengesahan Pelajar

S

LAMPIRAN TAJUK

1��

��

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan Institusi Pengajian Tinggi

Awam (IPTA) di Malaysia yang telah berjaya melahirkan ramai graduan di dalam

bidang sains dan teknologi. Falsafah UTM iaitu hukum Allah adalah dasar kepada

sains dan teknologi telah menjadi pendorong kepada UTM di dalam mempergiatkan

usaha serta memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk

kesejahteraan dan kemakmuran sejagat.

Tanggal 10 Jun 2010, UTM telah diumumkan sebagai Universiti Penyelidikan

ketika pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Kini peranan UTM

tidak hanya melahirkan graduan dalam bidang sains dan kejuruteraan tetapi turut

membantu menyediakan ekosistem intelektual yang boleh memperkayakan kreativiti

dan inovasi melalui aktiviti penyelidikan.

Salah satu langkah yang perlu diambil seperti yang tertakluk dalam Pelan

Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) adalah UTM perlu mengurangkan

pengambilan pelajar prasiswazah dengan dengan nisbah terbaik bagi menggiatkan

penyelidikan pasca siswazah dan pasca kedoktoran.

2��

��

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggariskan tujuh pendekatan

efektif dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan iaitu latihan secara formal,

latihan secara tidak formal, program keusahawanan, perkongsian pintar bersama

industri, latihan praktikal di peringkat antarabangsa, menyemai nilai positif dan

program mobiliti pelajar (Berita Harian, 28 Julai 2009). Untuk itu, beberapa program

telah direncanakan seperti Degree++, Finishing School, Apprenticeship, Bridging The

Gap, Entrepreneurship, Career Fair dan Internship. Ini menunjukkan KPT sentiasa

berusaha menambahbaik kualiti graduan yang dihasilkan oleh setiap institusi

pengajian tinggi negara. Untuk itu juga, graduan yang boleh memenuhi pasaran

pekerjaan menjadi agenda utama KPT dan Universiti.

Matlamat KPT untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti menerusi

penawaran program akademik yang bermutu tinggi termaktub di dalam objektif KPT

iaitu menghasilkan graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga

negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam

bidang relevan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian.

Bersesuaian pula dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan :

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

(sumber : laman web Kementerian Pengajian Tinggi )

3��

��

Kajian Kebolehpasaran Graduan (Tracer Study) telah dilaksanakan oleh

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula tahun 2002. Kajian ini bertujuan

mendapatkan maklumbalas dari para pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian

di Universiti, alam pekerjaan yang sedang ditempuhi sekarang dan perhubungan antara

bidang pengajian yang diikuti. Untuk itu, lapan aspek soalselidik yang boleh dicapai di

laman web ini http://graduat.mohe.gov.my telah dibangunkan dan mengandungi

perkara berikut iaitu maklumat latar belakang graduan, pengalaman graduan semasa

mengikuti pengajian di IPT, keberkesanan sistem pengajian di IPT dari perspektif

graduan, graduan yang melanjutkan pengajian setelah tamat pengajian, status terkini

graduan, maklumat tentang pekerjaan graduan, graduan yang belum bekerja dan juga

soalan umum berkenaan kesediaan graduan menerima maklumat daripada pihak

ketiga.

1.2 Latarbelakang Masalah

Jumlah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia telah semakin

berkembang dan bertambah iaitu kepada kedua puluh (20) buah kini. Setiap satu

daripadanya pula memainkan peranan yang berbeza iaitu sebagai Universiti

Penyelidikan, Universiti Berfokus dan Universiti Komprehensif. Perbezaan peranan

ini menjadikan setiap universiti ini mempunyai tanggungjawab yang berbeza-beza di

dalam menyediakan keperluan dan kehendak masyarakat dan negara.

UTM telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Universiti

Penyelidikan atau Research University (RU) pada 10 Jun 2010. Universiti

Penyelidikan berperanan di dalam mempertingkatkan aktiviti penyelidikan,

pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C), meningkatkan pengambilan pelajar

pasca siswazah dan Pasca Doktoral, meningkatkan bilangan pensyarah yang

mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D), mewujud dan memperkukuhkan lagi Pusat

Kecemerlangan serta mempertingkatkan pengambilan pelajar asing dan meningkatkan

4��

��

kedudukan atau ranking IPT di peringkat antarabangsa. Perkembangan Universiti

Penyelidikan telah menyebabkan peranan sedia ada yang UTM mainkan terpaksa

diubah.

Kini Universiti Penyelidikan atau ringkasnya RU terutamanya UTM

mengalami perubahan strategi dengan antaranya mengurangkan pengambilan

mahasiswa program pertama dan menambah pelajar pasca siswazah. Peningkatan

bilangan mahasiswa pasca siswazah akan menyumbang kepada peningkatan hasil

penyelidikan UTM, penerbitan jurnal berimpak tinggi, bilangan hak (paten),

peningkatan komersialisasi produk dan pemantapan inovasi.

Ini menunjukkan perubahan peranan UTM di dalam menyumbang kepada

pembaharuan sebagai sebuah Universiti Penyelidikan melalui peningkatan penerbitan

jurnal berimpak, penambahan mahasiswa pasca siswazah dan mutu penyelidikan yang

berkualiti. Perubahan peranan ini menjadikan UTM akan menjadi lebih kompetetif dan

perlu lebih berdaya saing di dalam mengeluarkan graduan yang lebih bermutu dan

berkualiti serta dapat memenuhi kehendak dan keperluan pasaran pekerjaan, industri

dan juga majikan. Untuk itu juga, pembangunan modal insan pelajar haruslah

dititikberatkan dengan penekanan kepada memastikan pembangunan kurikulum sedia

ada dan masa depan.

Ini juga selaras dengan harapan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Khaled

Nordin di mana dengan memberi penekanan kepada modal insan dan penyelidikan, ia

akan membantu negara dalam empat perkara iaitu persaingan, inovasi, produktiviti

dan taraf hidup (Berita TV3).

Zaini Ujang, Naib Canselor UTM di dalam Buku Perutusan Tahun Baru 2012

menyatakan bahawa terdapat lima aspek perlu dikurangkan bagi menjayakan Blue

Ocean Strategy dan di antaranya ialah mengurangkan enrolmen mahasiswa Sarjana

Muda daripada 12,955 orang pada tahun 2011 kepada 8,000 orang pada tahun 2020.

5��

��

Menurut Zaini lagi, bagi perancangan 2012 – 2020, UTM akan mengurangkan jumlah

pengambilan penuntut ijazah pertama secara berperingkat sehingga sasaran 8,000

orang pada tahun 2020, menggabungkan kursus, menumpukan kepada penghasilan

penuntut terbaik, penambahan penuntut pasca siswazah sehingga 70 peratus dan

penghasilan penyelidikan berimpak tinggi (Zaini Ujang, 2012).

Antara program akademik UTM yang telah ditutup pengambilan pelajar ialah

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri) yang telah bermula mulai Sesi

2011/2012.

Isu pengurangan pengambilanan mahasiswa Ijazah Pertama dan penambahan

pengambilan pelajar pascsiswazah bukan sahaja berlaku di UTM, malahan kepada

hampir semua Universiti Penyelidikan.

Menurut Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menjelang

tahun 2015 nisbah pengambilan pelajar siswazah berbanding prasiswazah untuk ijazah

pertama ialah 50:50 sejajar dengan kedudukan UKM sebagai Universiti Penyelidikan

(Shahfizal Musa, 2010).

Pendaftar Universiti Malaya melalui akhbar Utusan turut menyatakan bahawa

Universiti Malaya (UM) telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan kemasukan

pelajar ijazah dasar (sarjana muda) dan menambah bilangan pelajar ijazah tinggi

secara berperingkat mulai sesi 2007/2008 (Norilah Salam, 2011).

Hasrat Kementerian Pengajian Tinggi yang telah memfokuskan Universiti

Penyelidikan kepada aktiviti penyelidikan sebenarnya telah menyebabkan isu

pengurangan pengambilan pelajar pra siswazah. Ini juga secara tidak langsung

menyebabkan program akademik Ijazah Pertama terpaksa dikaji kerelevenan dan

kerasionalannya. Ini juga bermakna adakah program yang sedia ada benar-benar

6��

��

bersesuaian, berkesan serta selari dengan hasrat dan peranan Universiti Penyelidikan.

Selain itu, adakah program yang ada, benar-benar boleh menjadi pembekal (feeder)

kepada program pasca siswazah. Untuk itu, pengkaji akan melihat akan kesan dan

kualiti pelajar yang dihasilkan melalui program akademik yang ditawarkan di UTM

khususnya dalam program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri).

Menurut Dato’ Prof Dr. Hassan Said, bekas Ketua Pengarah, Kementerian

Pengajian Tinggi, kebolehpasaran graduan pada tahun 2006, 85% graduan mengakui

program pengajian adalah relevan dengan pekerjaan. Laporan tracer study tahun 2010

juga menunjukkan bahawa para graduan mengakui yang program adalah relevan

dengan peratusannya ialah 77.1 peratus (2010).

Penutupan dan penggabungan program dan pengurangan pengambilan

mahasisiswa program Ijazah Pertama telah mula bermain-main bermula sejak

kebelakangan ini. Penambahan pengambilan pelajar pasca siswazah bersesuaian

dengan status universiti sebagai Universiti Penyelidikan. Oleh itu, adakah isu

kerelevanan program yang ditawarkan sedia ada ini menjadi punca kepada

kebolehpasaran graduan?

Hasrat KPT yang dizahirkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu

untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti menerusi penawaran program akademik

yang bermutu tinggi serta menghasilkan graduan yang kompeten untuk memenuhi

keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan

mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat

pengajian adalah sangat dialu-alukan. Namun demikian, dengan lambakan graduan

yang tawarkan oleh IPT Awam mahupun Swasta, isu lebihan penawaran ataupun

pengangguran mula menjadi topik utama di masa kini.

Isu pengangguran di kalangan mahasiswa / graduan yang dikatakan semakin

meningkat sangat berkait rapat dengan kebolehpasaran graduan. Menurut Menteri

7��

��

Pengajian Tinggi pada tahun 2010, keupayaan graduan mendapat pekerjaan meningkat

iaitu 77.4 peratus di Universiti Penyelidikan, 72.2 peratus Unversiti Komprehensif dan

74.2 peratus Universiti Berfokus ( 75 peratus dapat kerja selepas 6 bulan, berita

online). Statistik Jabatan Perangkaan tahun 2012 menunjukkan jumlah siswazah

menganggur seramai 76,200 orang akibat tidak mempunyai kemahiran mencari

peluang pekerjaan. Dan mereka ini sebenarnya memerlukan bimbingan mencari

pekerjaan sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia,

Datuk Maznah Mazlan. Walaupun kadar pengangguran di negara ini masih rendah,

Khaled berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan berusaha mengadakan

pelbagai program untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan bagi memacu negara

ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Mengikut laporan Tracer Study tahun 2011, sejumlah 52,336 atau 51.6 peratus

graduan IPTA telah berjaya mendapatkan pekerjaan. Keadaan ini menunjukkan

bahawa graduan telah berjaya mendapatkan pekerjaan namun kesesuaian bidang

pekerjaan dan kualiti yang ada pada graduan perlu dilihat bagi memastikan tenaga

kerja yang dibekalkan oleh Universiti benar-benar memenuhi kehendak majikan.

Selain itu juga, terdapat ramai graduan yang berjaya menamatkan pengajian

tetapi telah menyambung pengajian mereka. Namun demikian adakah bidang

pengajian yang disambung itu, bersesuaian dengan bidang yang diikuti sebelum ini.

Oleh itu, kajian ini akan melihat keperluan melihat semula kepada bidang pekerjaan

yang diceburi oleh graduan selepas menamatkan pengajian di samping kesesuaian

bidang tersebut serta graduan yang menyambung pengajian dan kesesuaian bidang

yang diikuti akan diperhalusi melalui soalselidik kajian pengesanan graduan.

Universiti juga adalah tempat di mana mahasiswa berlatih untuk menjadi

pemimpin masa depan. Pelbagai program dan aktiviti di peringkat Universiti, kolej

dan fakulti telah diadakan bagi memastikan mahasiswa dapat dilatih untuk menjadi

peminpin masa depan atau sekurang-kurangnya boleh dipasarkan ke dunia pekerjaan.

8��

��

Untuk itu, hasrat KPT bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran insaniah dapat

dicapai melalui pelbagai aktiviti dan program yanag dianjurkan.

Namun begitu, adakah dengan membekalkan mahasiswa dengan penglibatan

pelbagai aktiviti dan program dapat memastikan mereka dapat memenuhi pasaran

kerja dan keperluan majikan? Adakah pelaksanaan pelbagai aktiviti nilai tambah oleh

Universiti dan KPT mampu membantu mahasiswa boleh dipasarkan? Oleh itu, kajian

juga akan melihat akan perkaitan antara keberkesanan program nilai tambah yang

dijalankan di peringkat Universiti dengan kebolehpasaran graduan.

Kualiti IPT perlu terus dipertingkatkan supaya setanding dengan universiti

terbaik di dunia dengan membangunkan kurikulum yang relevan, mempergiat aktiviti

penyelidikan dan menarik pelajar terbaik serta mendapat perkhidmatan daripada ahli

akademik yang cemerlang. Usaha yang lebih gigih perlu diambil bagi meningkatkan

kualiti setanding dengan IPT terkemuka dunia. Secara umumnya, universiti terkemuka

di dunia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Universiti Apex, Universiti Elit dan

Universiti Kompetitif (MOHE Transformasi).

Menurut Mohd Fauzy Abdullah (1994), hubungan yang baik dengan industri

dijangka mampu membantu universiti di dalam merangka kurikulum yang baik di

samping meningkatkan aktiviti penyelidikan, perundingan dan memorandum

persefahaman. Jalinan yang rapat antara industri juga membolehkan kesinambungan

dalam pembentukan kurikulum. Ini adalah selari dengan hasrat KPT di dalam

menyelia dan menyemak kesesuaian kurikulum dalam setiap 3 hingga 5 tahun. Beliau

juga menyatakan perkembangan proses perindustrian banyak bergantung kepada

kemampuan negara membekalkan tenaga profesional yang diperlukan industri.

Penutupan program akademik tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.

Setiap Universiti mempunyai perancangan dan strategi yang tersendiri di dalam

memastikan hasrat dan matlamat dapat dicapai. Kebolehpasaran graduan di dalam

9��

��

mendapat pekerjaan juga turut diambil perhatian di dalam menilai mutu kualiti

program akademik.

Bagi program kejuruteraan, kualiti program ini dipantau oleh Majlis Akreditasi

Kejuruteraan (EAC) yang menilai kualiti program akademik yang dijalankan di

Universiti manakala Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) memberikan pengiktirafan ke

atas jurutera yang memohon pengiktirafan. Untuk itu, adakah pencapaian akademik

pelajar melalui PNGK akhirnya dan kelas graduan ataupun kebolehan graduan itu

untuk mendapatkan pekerjaan dalam tempoh masa yang singkat boleh dijadikan

ukuran ataupun panduan sebelum sesuatu program akademik itu dirasionalisasikan?.

Oleh itu kajian ini cuba melihat perkara ini sebagai panduan kepada rasionalisasi

program akademik di Insitusi Pengajian Tinggi khususnya IPTA.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, negara

memerlukan jurutera seramai 82,000 orang untuk menjadi negara maju pada tahun

2020 (Azizan Inche Harun, 2012a). Penambahan kemasukan pelajar ke bidang kritikal

ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai ratio antara jurutera dan penduduk

sebanyak 1:100 setaraf dengan negara maju. Menurut beliau lagi, mahasiswa yang

melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan mempunyai masa depan yang cerah

kerana banyak projek besar dilaksanakan oleh kerajaan atau swasta seperti projek

petroleum dan gas di Pengerang serta pembinaan projek MRT dan LRT.

Sepertimana statistik oleh Jabatan Tenaga kerja pada tahun 2008,

menunjukkan jumlah kekosongan pekerjaan sesuatu industri melebihi jumlah

penempatan (rujuk Jadual 1.1 di bawah). Ini menunjukkan bahawa jumlah kekosongan

pekerjaan sebenarnya melebihi penawaran tenaga kerja yang diperlukan. Oleh itu,

penawaran graduan ke pasaran kerja oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masih tidak

dapat untuk menampung kekosongan tersebut.

10��

��

Jadual 1.1 : Kekosongan Dan Penempatan Mengikut Industri Pada Tahun 2008

Industri Jumlah Kekosongan

Jumlah Penempatan

Pertanian, Perburuan Dan Perhutanan 269,272 963 Perikanan 6276 128 Perlombongan Dan Pengkuarian 1450 10 Pembuatan 327,798 12,043 Bekalan Elektrik, Gas Dan Air 2047 96 Pembinaan 107,421 1168 Perdagangan, Jual Borong Dan Jual Runcit, Membaiki Kenderaan Bermotor, Motosikal, Barangan Persendirian Dan Isi Rumah 43,948 3341

Hotel Dan Restoran 55,369 1595 Pengangkutan, Penyimpanan Dan Komunikasi 15,264 1065 Pengantaraan Kewangan 89,044 959 Aktiviti Hartanah, Penyewaan Dan Perniagaan 36,777 1420 Pentadbiran Dan Pertahanan Awam, Keselamatan Sosial Wajib 11,132 805 Pendidikan 26,454 497 Kesihatan Dan Kerja Sosial 7727 258 Aktiviti Perkhidmatan Komuniti, Sosial Dan Persendirian Lain 54,079 1064 Isi Rumah Persendirian Dan Pekerja Bergaji 2378 373 Organisasi Dan Badan Di Luar Wilayah 2544 121 Lain-Lain - -Jumlah 1,058,980 25,982 Sumber : Jabatan Kemajuan Sumber Manusia (2008)

Di dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), kerajaan

mencadangkan untuk meningkatkan enrolmen pelajar bagi bidang Sains dan

Teknologi (S&T) di semua peringkat pengajian bagi membantu melahirkan lebih

ramai ahli sains dan jurutera penyelidik di mana disasarkan nisbah 50 ahli sains dan

jurutera bagi setiap 10,000 tenaga buruh bagi tahun 2010. Ini menunjukkan betapa

kerajaan merasakan akan kepentingan bidang teknikal di dalam sektor pekerjaan.

Sehubungan itu, kajian ini juga akan melihat kepada unjuran pengambilan

pelajar kejuruteraan di UTM khasnya Kejuruteraan Mekanikal (Industri) serta

pencapaian graduan yang dihasilkan melalui kedudukan keputusan peperiksaan yang

terakhir serta kelas graduan yang diperolehi. Pencapaian akademik program

11��

��

kejuruteraan di UTM juga akan cuba dikaji khasnya program Sarjana Muda

Kejuruteraan Mekanikal (Industri).

Kajian oleh Soo Wee Leng dan Juma’ayah (1997) dalam Yahya (2004)

mendapati kurikulum yang ditawarkan oleh institusi vokasional tidak mengikuti

permintaan pasaran industri yang mengakibatkan kemahiran lepasan vokasional tidak

memenuhi keperluan industri. Kajian ini menunjukkan institusi pendidikan vokasional

tidak menjurus kepada pasaran kerja yang mengakibatkan masalah kepada para pelajar

yang akhirnya gagal mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan keperluan pekerjaan

dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan barunya itu (Yahya bin Buntat,

2004).

Ismail (1987) dalam Yahya (2004) menjelaskan bahawa perancangan

kurikulum yang baik perlulah mengambilkira pelbagai pertimbangan, pandangan,

keperluan, maklumbalas dan lain-lain perkara bagi mencapai matlamat kurikulum itu

sendiri. Kurikulum yang baik dan mantap perlu diubahsuai dari semasa ke semasa bagi

memenuhi kehendak dan keperluan serta perkembangan teknologi moden.

1.3 Pernyataan Masalah

Persaingan di dalam dunia pekerjaan di Malaysia menuntut para graduan lebih

peka terhadap keperluan semasa dalam memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Dalam

era globalisasi majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal atau hard

skills, sahaja tetapi juga menekankan kemahiran employability atau soft skills agar

pekerja dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis pekerjaan dan dalam masa

yang sama mempunyai pelbagai kebolehan (mutliskills) dalam melakukan pekerjaan

(Suhaida Abd Kadir, 2007).

12��

��

Ini bermaksud akademik tidak dipandang sebagai satu elemen penting sahaja

tetapi ianya juga melibatkan pelbagai aspek kemahiran tambahan dalam diri seorang

graduan. Oleh itu, kualiti graduan yang dihasilkan akan diperlihatkan melalui

keputusan pencapaian akademik serta disokong oleh kebolehan graduan untuk

dipasarkan.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) meletakkan strategi

menambah bilangan penyelidik kepada nisbah 100 penyelidik, saintis dan jurutera

(RSE) bagi setiap 10,000 tenaga pekerja. PSPTN juga telah menggariskan beberapa

mekanisme untuk meningkatkan peratusan pelajar pasca siswazah terutamanya

bilangan Ph.D supaya sasaran pada tahun 2020 adalah seramai 55,500 orang tercapai

termasuk mewujudkan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI), Fellowship Sains

Negara dan skim biasiswa/fellowship di bawah institusi pengajian tinggi awam atau

institusi penyelidikan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak swasta.

Isu kebolehpasaran graduan dan pengangguran di kalangan graduan

sememangnya mendapat perhatian oleh kerajaan. Melalui Skim 1Malaysia, kerajaan

berusaha membantu siswazah yang masih menganggur dengan menyediakan skim

yang dinamakan Skim Latihan 1Malaysia. Skim ini bertujuan membantu

meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk

mendapat pekerjaan.

Usaha-usaha menambah nilai kepada kualiti graduan yang telah dihasilkan

senantiasa mendapat perhatian dari kerajaan, KPT, universiti dan masyarakat.

Pengangguran akan menunjukkan ketidaksihatan ekonomi negara. Oleh itu, usaha

menambahbaik produk yang telah dihasilkan ini dijangka mampu meningkatkan

kualiti kebolehpasaran graduan.

13��

��

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah :

i. Mengkaji kualiti graduan program Sarjana Muda Kejuruteraan

Mekanikal (Industri) berdasarkan CPA dan kelas pengajian.

ii. Mengkaji kebolehpasaran graduan program Sarjana Muda Kejuruteraan

Mekanikal (Industri) dari perspektif :

a. Kebolehan memperolehi pekerjaan dalam tempoh masa kurang

dari 6 bulan selepas bergraduan.

b. Kesesuaian sektor pekerjaan yang diceburi graduan.

iii. Mengkaji perkaitan antara kebolehpasaran graduan Sarjana Muda

Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dengan pelaksanaan program

tambah nilai seperti Degree ++, How To Get Yourself Employed,

English I dan English II di UTM.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan dalam kajian yang akan dijalankan ialah :

i. Bagaimanakah kualiti graduan program Sarjana Muda Kejuruteraan

Mekanikal (Industri) berdasarkan CPA dan kelas pengajian?.

14��

��

ii. Sejauhmanakah kebolehpasaran graduan program Sarjana Muda

Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dari perspektif :

a. Kebolehan memperolehi pekerjaan dalam tempoh masa kurang

dari 6 bulan selepas bergraduan?.

b. Kesesuaian sektor pekerjaan yang diceburi graduan selepas

menamatkan pengajian?.

iii. Apakah perkaitan antara kebolehpasaran graduan Sarjana Muda

Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dengan pelaksanaan program

tambah nilai seperti Degree ++, How To Get Yourself Employed,

English I dan English II di UTM?.

1.6 Rasional Kajian

Kajian ini perlu djalankan kerana kebolehpasaran graduan merupakan satu isu

yang agak penting pada masa kini. Lambakan graduan oleh IPT sama ada swasta

mahupun awam, menyebabkan industri atau sektor pekerjaan mempunyai pelbagai

pilihan memilih pekerja yang benar-benar berkualiti dipandangan mereka.

Graduan yang mempunyai kepelbagaian kemahiran (multitasking) akan

mampu mempengaruhi majikan untuk mengambil mereka bekerja. Disokong pula oleh

dengan mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, keupayaan graduan untuk

memenuhi permintaan, jangkaan dan hasrat majikan pasti akan dapat dipenuhi.

Kajian juga akan memperlihatkan akan kepentingan pelaksanaan program-

program nilai tambah yang dijalankan di peringkat IPT di dalam membantu

15��

��

melahirkan graduan yang lebih berketrampilan. Kepelbagaian kemahiran merupakan

salah satu agenda utama KPT bagi melahirkan graduan yang berkemahiran.

1.7 Sumbangan dan Kepentingan Kajian

Dijangkakan kajian ini akan dapat membantu dan memberikan kepentingan

bagi :

1.7.1 Merancang pembangunan dan pelaksanaan program-program yang

berkaitan nilai tambah graduan bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran

graduan UTM. Ini akan memberikan sedikit panduan kepada IPT dalam

menilai semula peranannya sebagai penyedia tenaga kerja bidang sains

dan teknologi negara serta sumbanganya kepada sektor pembuatan

melalui pelaksanaan program nilai tambah yang benar-benar boleh

memenuhi kriteria yang diperlukan oleh industri dan graduan itu

sendiri.

1.7.2 Mengambil langkah yang bersesuaian dan relevan serta menambahbaik

kualiti kurikulum akademik sediada terutama di dalam tiga (3) aspek

utama iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran serta menambahbaik kualiti pelajar.

1.7.3 Memberi satu maklum balas kepada pelbagai pihak terutamanya IPT

dan KPT dalam merangka dan menentukan dasar berkaitan dengan

pengambilan pelajar dan keberkesanan sesuatu program. Secara tidak

langsung, kajian ini juga akan dapat menyumbang idea mengenai

konsep pelaksanaan rasionalisasi program bagi memenuhi tuntutan

sebagai Universiti Penyelidikan dengan mengambil program SMI

16��

��

sebagai sample kajian dan seterusnya boleh dikembangkan kepada

program-program lain.

1.7.4 Kajian ini juga sangat berguna sebagai koleksi bahan bacaan ilmiah

yang boleh dijadikan rujukan kepada pengkaji lain berkaitan dengan

kepentingan kualiti program akademik dan keupayaan melahirkan

melahirkan modal insan (graduan) yang boleh dipasarkan

(kebolehpasaran) di dalam memenuhi kehendak sektor pekerjaan.

1.8 Skop dan Batasan Kajian

1.8.1 Skop kajian ini adalah seperti berikut :

a) Kajian ini akan melihat ke atas kebolehpasaran graduan Sarjana

Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri) bagi 3 kohort tahun

kebelakang yang berjaya menamatkan pengajian (mengikut sesi

konvokesyen).

b) Kajian juga akan menggunakan data sekunder sebagai sumber

data utama yang diperolehi dari Bahagian Pengurusan

Akademik, Pejabat Pendaftar, UTM.

c) Kajian juga akan melihat kepada kualiti graduan seperti

pencapaian CPA terakhir, kelas graduan dan kepentingan

program nilai tambah yang dilaksanakan oleh UTM.

17��

��

1.8.2 Batasan kajian

a) Kajian ini hanya menumpukan kepada graduan dari program Sarjana

Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri) di Universiti Teknologi

Malaysia yang mana pengambilan pelajar telah ditutup mulai Sesi

2011/2012.

b) Kohort pelajar yang terlibat hanyalah dari sesi 2006/2007, 2007/2008

dan 2008/2009. Ini kerana data yang lengkap hanyalah dari sesi ini

sahaja.

c) Maklumat dari Tracer Study yang dibekalkan juga adalah dari sesi

penganugerahan graduan yang berbeza-beza mengikut sesi

konvokesyen. Oleh itu, kemungkinan data yang diperolehi akan

berbeza mengikut sesi penganugerahan

1.9 Definisi Istilah

Dalam kajian ini terdapat pelbagai istilah yang digunakan. Beberapa istilah

penting yang penting dibincangkan dalam pengkajian ini iaitu:

1.9.1 Kebolehpasaran

Merujuk kepada keupayaan dan kebolehkerja graduan dipasarkan ke

sektor pekerjaan. Kebolehpasaran juga boleh diertikan sebagai

employability / marketability. Ianya di pengaruhi oleh tiga (3) elemen

utama (dipetik dari Yahya Buntat, 2004) iaitu:

18��

��

(i) kemahiran akademik : meliputi kemahiran menyelesaikan

masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir

secara kritis dan kemahiran matematik

(ii) kemahiran mengurus diri terdiri dari kemahiran

bertanggungjawab dan kebolehan membuat penyesuaian,

kemahiran bersikap positif

(iii) kemahiran berpasukan yang terdiri dari kemahiran bekerja dengan orang lain dan kebolehan melibatkan diri dalam tugasan

1.9.2 Kualiti Graduan

Merujuk kepada pencapaian PNGK dan kelas graduan dan kebolehan

mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian dalam tempoh

kurang 6 bulan.

1.9.3 Program Degree ++

Merujuk kepada program nilai tambah yang dilaksanakan di UTM bagi

tujuan membantu meningkatkan kemahiran insaniah di kalangan pelajar

semasa mereka masih mengikuti pengajian.

19��

��

1.9.4 Kajian Keberkesanan Graduan (Tracer Study)

Merujuk kepada kajian pengesanan graduan yang dilaksanakan oleh

KPT kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian dan

ianya dilaksanakan secara online

1.9.5 Graduan

Kamus Dewan Pelajar mendefinisikan sebagai mahasiswa yang akan

menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah

1.9.6 Sesi Konvokesyen

Sesi pelajar bergraduat di mana pelajar akan dianugerahkan

sijil/transkrip

1.9.7 Program Pra Siswazah

Program pengajian peringkat diploma dan sarjana muda

1.9.8 Program Pasca Siswazah

Program pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah

20��

��

1.9.9 Pencapaian akademik

Pencapaian akademik bermaksud pencapaian dalam kursus (mata

pelajaran) yang diambil semasa mengikuti program Sarjana Muda

Kejuruteraan (Mekanikal-Industri) di UTM. Tahap pencapaian ini

berdasarkan kepada Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) setiap

pelajar.

1.9.10 PNGK

Purata Nilai Mata Gred Keseluruhan (PNGK) yang diperolehi oleh

pelajar bagi semua semester yang telah diikuti.

1.10 Kesimpulan

Kebolehpasaran graduan merupakan satu elemen penting di dalam menilai

mutu dan kualiti program akademik yang ditawarkan oleh sesebuah IPT. Graduan

yang boleh dipasarkan dengan kadar yang segera akan menunjukkan impak yang

positif terhadap kurikulum yang dibangunkan oleh sesebuah universiti. Walaupun

banyak kajian yang dijalankan berkaitan kemahiran employability, namun isu

berkaitan pengangguran masih tetap kedengaran. Boleh dikatakan bahawa semua IPT

kini mementingkan kemahiran insaniah di kalangan mahasiswa mereka. Ini

sebenarnya menyumbang kepada peningkatan kualiti graduan yang dihasilkan dan

seterusnya boleh membantu kebolehpasaran graduan kelak.