1. pengenalan.ppt

Upload: roslan-zakaria

Post on 04-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENTAKSIRAN & PENILAIAN

  • Istilah penting di dalam takrif pentaksiran adalah mengumpul data dan membuat keputusan. Amnya, pentaksiran dilihat sebagai suatu proses mengumpul maklumat dengan tujuan membuat keputusan tentang pelajar. *Peperiksaan Imperial di China.Dalam konteks pendidikan pentaksiran dilakukan untuk memahami kekuatan dan kelemahan individu agar dapat membuat keputusan yang tepat tentang p&p.

  • Kepada pelajar, pentaksiran dibuat untuk mendapatkan maklumat yang dapat membantu membuat keputusan berkaitan pemulihan, pengayaan, pemilihan, keistimewaan, kemajuan dan pensijilan. Bagi pengajar, pentaksiran memberi maklumat tentang pencapaian objectif, keberkesanan kaedah pengajaran dan bahan pembelajaran

  • DIAGNOSIS KEISTIMEWAAN PENSIJILAN PENEMPATAN PENTADBIRAN & BIMBINGAN MAKLUMAN IBUBAPA MEMBAIKI PENGAJARAN

  • Pentaksiran formatif selalunya dibuat pada permulaan tahun pengajaran, dengan itu memberi peluang untuk mendapatkan bukti awal tentang pembelajaran pelajar dalam subjek atau suatu titik pada program tersebut. Pentaksiran dalam kelas merupakan salah satu teknik pentaksiran formatif yang paling terkenal. Tujuan teknik ini adalah untuk memperbaiki mutu pembelajaran pelajar dan tidak harus berbentuk menilai atau tidak melibatkan menggred pelajar.

  • Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; menyediakan kebertanggung jawaban dan digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program (kemungkinan di akhir semester, tahun atau selepas dua tahun). Sebagai contoh, selepas tiga tahun dalam sekolah menengah pelajar mengambil sebuah peperiksaan umum yang bercorak sumatif kerana ia berasas kepada pengalaman pembelajaran terkumpul bagi pelajar tersebut.