1 malaysia membanteras dadah

68
1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH PPDA SMK RAJA LUMU MEMPERSEMBAHKAN

Upload: 2iswara14

Post on 18-Aug-2015

228 views

Category:

Health & Medicine


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

PPDA SMK RAJA LUMU MEMPERSEMBAHKAN

Page 2: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

ISI KANDUNGAN

BILANGAN PERKARA/ TAJUK MUKA SURAT

1 ISI KANDUNGAN 1

2 PENGHARGAAN 2

3 DADAH 3- 28

4 ROKOK 29- 38

5 INHALAN 39- 42

6 ALKOHOL 43- 49

7 ROKOK ELEKTRIK 50- 54

8 AIDS/ HIV 55- 57

9 GAYA HIDUP SIHAT 58- 64

10 RUMUSAN 65

11 RUJUKAN 66

12 TAMAT 67

Page 3: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

PENGHARGAAN

Penghasilam e-brosur ini banyak melibatkan pihak tertentu. Kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi sumbangan dan sokongan sehingga e-brosur ini dapat dilaksanakan untuk kegunaan yang lain.Sekalung penghargaaan dan ucapan terima kasih ini kami tujukan kepada semua yang terlibat:

o BARISAN PENTADBIR SMK RAJA LUMUo PN. JARIAH Bt. YAACOB - Guru SLADo PN. TOH SOO HUA - Guru Kaunseling & PPDa & PRSo Rakan – rakano Keluargao Interneto Guru – guru SMK RAJA LUMU

Page 4: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

 

D A D A H

Page 5: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

APAKAH ITU DADAH ?   Dadah ialah bahan psikoatif yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang

pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu. Dadah tidak digunakan bersama perkataan "Penyalagunaan" yang lazim digunakan oleh orang ramai. Perkataan penyalahgunaan adalah berlebihan ('redundant") apabila digunakan bersama istilah "DADAH". Dalam hali ini, perkataan "Penggunaan" atau "Penagihan" adalah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penggunaan dadah.

    Dadah dan Ciri-cirinya   "Dadah" mempunyai ciri-ciri seperti berikut :   a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);   b. digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaanya adalah dilarang;   c. diperolehi secara haram;   d. membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan

terhadap dadah;   mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

Page 6: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

JENIS-JENIS DADAH   Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :   a. OPIAT - Heroin, Morfin, Candu dan Kodein   b. KANABIS- Ganja, Hashish   c. DEPRESEN - Sedatif-Hipnotik, Jenis Barbiturat dan bukan

Barbiturat serta Transquilizer ;   d. STIMULAN - Jenis Amfetamin dan Kokain;   e. HALUSINOGEN - Lysergic Acid Diethylamine (LSD), Meskalin.   Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol); alkohol

dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

 

Page 7: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA PADA PENYALAHGUNAAN DADAH

Profil penagih dadah di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar penagih dadah adalah dalam lingkungan umur 15-25 tahun . Sebahagian besarnya adalah belia-belia yang masih menuntut , mengikut pakar-pakar yang membuat penyelidikan keatas penagih-penagih dadah adalah kerana faktor :-

* Perasaan ingin tahu dan ingin memcuba oleh dirinya sendiri . * Tidak mengetahui bahawa bahayanya tiap-tiap jenis dadah

itu . * Dipengaruhi oleh kawan-kawan kerana hendak menyesuaikan

dirinya dengan sesuatu kumpulan sebaya dengan merek . * Mencari ketenteraman jiwa .

Page 8: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
Page 9: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESAN DADAH

* Jumlah Digunakan -Kesan dos kecil adalah berbeza dari kesan dos besar .

* Keadaan Individu -Kesan adalah bergantung kepada umur , jantina , kesihatan , daya tahan ,

pengalaman penggunaan dadah , mod dan aktviti penagih .

*Jenis Dadah -Perbezaan dari kesan keatas fungsi sistem saraf pusat sama ada ia merosot atau

merangsang .

*Cara Penggunaan -Kesan adalah berantung kepada cara ( sama ada ditelan , disuntik , dihidu ,

dihisap ,atau digunakan bersama dadah lain .

Page 10: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

KESAN PENGAMBILAN DADAH

Kesan dapat dilihat dari segi 4 sudut iaitu :-

* Kesan terhadap dari penagih . * Akibat keatas keluarga penagih . * Akibat keatas masyarakat . * Akibat keatas negara .

Page 11: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
Page 12: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

KESAN-KESAN PENGGUNAAN DADAH KE ATAS MANUSIA

 Kesan pengambilan dadah kepada manusia amat buruk sekali, sama ada pengambilan dadah secara suntikan ataupun pengambilan dadah melalui mulut. Kesan-kesan buruknya adalah seperti berikut:

  KESAN PENGAMBILAN DADAH SECARA SUNTIKAN   1. Meningtis (penyakit jangkitan otak) 2. Tetanus ( penyakit kancing gigi) 3. Endokarditis (penyakit jangkitan jantung) 4. AIDS, Hepatitis B,C dan D 5. Bisul, Kudis kurap dan pelbagai penyakit kulit lain.     KESAN PENGAMBILAN DADAH MELALUI MULUT   1. Kerosakan paru-paru dan hati 2. Kerosakan sistem penghadzaman (zat makanan tidak mencukupi) 3. Kerosakan buah pinggang 4. Otot-otot badan mengecut menyebabkab badan lesu dan tidak bermaya. 5. berat badan menurun. 6. Kemungkinan akan lumpuh.

Page 13: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
Page 14: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
Page 15: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

OPIAT

Jenis- jenis

* Candu : Dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman .

* Heroin : Serbuk putih pahit . Dihailkan daripada pemprosesan morfin . * Morfin : Sejenis alkohol yang diperoleh daripada pemprosesan candu mentah * Kodein : Bahan alkohol yang wujud secara semulajadi dalam candu serta

dihasilkan daripada morfin .

Nama Jalanan

* Candu : Black Stuff , Opium , Madat dan Tar . * Heroin : Fit , Fun Tepung , Barang , Cik Putih . * Morfin : M , White Powder , Monkey , Morpho . * Kodein : Ubat batuk .

Page 16: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Kesan Penyalahgunaan Dadah Opiat

Kegagalan jantung Jangkitan penyakit seperti HIV atau AIDS, radang hati (Hepatitis), Myocarditis

( jangkitan kuman pada jantung), otak bernanah dan lain- lain Keletihan, kemurungan, kecelaruan mental, ingin bunuh diri dan keresahan Loya dan muntah, pening, sakit kepala, gatal, mulut kering, miosis, sembelit

dan retensi kencing Halusinasi, delirium, hypotermia, jantung lemah atau terlalu laju, otot kaku,

sawan, sistem imun yang lemah dan sembelit berpanjangan

Rawatan

Rawatan terapi gantian menggunakan dadah sintetik seperti methadone, subuxone, LAAM dan Naltrexone. Ia disokong dengan Program Bimbingan dan Kaunseling serta intervensi psikososial yang lain

Mengikuti program detoksifikasi dan diikuti dengan bimbingan dan kaunseling serta intervensi psikososial lain di Pusat Serenti, hospital dan klinik swasta.

Page 17: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

BAHAYA PENGGUNAAN MORFIN

  Pengguna menjadi gelisah, berasa loya dan muntah-muntah. Pengguna juga rasa mengantuk. Dengan dos besar, pengguna

tidak dapat dikejutkan dari tidur, anak mata mereka menjadi kecil, kulit mereka menjadi sejuk, lembab dan berwarna kebiru-biruan. Pernafasan mereka menurun atau menjadi sesak yang boleh menyebabkan kematian.

  Penagihan berlaku apabila pengguna menggunkan Morfin sedikit demi sedikit dalam tempoh masa yang lama.     AKIBAT-AKIBAT PENGGUNAAN MORFIN:   Morfin menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan seperti berikut :   Mata hitam mengecil Pertuturan tidak nyata Tekanan darah turun Mengantuk serta menunjukkan kecacatan perseimbangan dan tindakbalasnya. Peredaran darah menjadi lambat Kurang selera makan Khayal dan sentiasa mengelamun Tidur dalam keadaan tidak sedar juga semula            

Page 18: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

BAHAYA-BAHAYA MORFIN :

 Bahaya-bahaya Morfin adalah seperti berikut :   Hilang selera makan Sembelit Turun berat badan Pergantungan fizikal Pertimbangan kawalan-kawalan tumpuan dan perhatian

merosot dengan cepatnya. Pergantungan psikologi Daya tahan juga cepat Ketagihan membawa kepada pergantungan.  

Page 19: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

STIMULAN

Pengenalan

Amphetamin- Type Stimulants (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas CENTRAL NERVOUS SYSTEM ( CNS) atau SISTEM SARAF PUSAT. Ia merupakan jenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan- bahan kimia.

Nama Jalanan Methamphetamin ( syabu, ice, yaba) Amphetamin ( bennies, benz) Cocaine (coke, snow, blow, toot) Crack ( base, sugar block, roxanne)

Page 20: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Jenis- jenis

Amphetamin Methamphetamin Estacy

Kesan penyalahgunaan ATS Kurang selera makan, kehilangan berat badan Pergerakan badan tidak terkawal Tekanan darah meningkat Tingkah laku ganas Kecendurangan membunuh diri Kurang kawalan emosi

Tanda- tanda overdose- menggigil, sentiasa bergerak, bernafas dengan pantas, panik, halusinasi ganas , muntah, cirit- birit, loya, denyutan jantung tidak stabil dan sawan

Page 21: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

DEPRESEN Pengenalan * Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang

bertindak tehadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri secara berlebihan .

* Dalam bidang perubatan , dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang , meredakan kesakitan dan untuk tidur lena . Walau bagaimanapun , ia telah disalahgunakan oleh para penagih dadah .

Nama Jalanan Downers , Dormi , Ludes , Blues , Goofball , Red Devil , Blue Devil , Yellow

Jackets , Yellows Bullets , Pink Ladies , Chrismast Trees , Phennies Dan Peanuts .

Jenis-jenis Pil tidur dan Trankuiliser ( Dermicum , Seconal , Nembutal , Smytal , Quaalude ,

Miltown , Norcet , Placidl , Valium , Librium , Tauxene , Ativan , Xanax , dan Senax ) .

Page 22: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Tanda-tanda Penyalahgunaan Dadah Depresen .

• * Mengantuk• * Kelam-kabut• * Tiada koordinasi • * Menggeletar• * Percakapan yang tidak jelas• * Kadar tekanan yang tinggi• * Pernafasan yang pendek serta anak mata menjadi besar .

• Kesan Penyalahgunaan Dadah Depresen• • * Kebimbangan • * Tekanan • * Episod psikotik• * Keletihan yang kronik• * Tidak dapat tidur• * Perubahan penglihatan• * Cenderung untuk membunuh diri • * Pergantungan memerlukan lebih banyak dadah untuk mendapatkan kesan

yang sama dan gejala putus dadah yang teruk ( withdrawal Syndrome ) .

Page 23: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

HALUSINOGEN Pengenalan Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan

deria (sensory perception) dan pandangan visual. Ia menyebabkan ilusi sehingga amat susah membezakan anatra yang benar

dan yang tidak benar. Pengambilan dos tinggi menyebabkan halusinasi.

Nama Jalanan LSD (A, Acid, Blotter, Microdots dan Windowpane) PCP (Angel Dust atau Angel Mist) Psilosibin (Mushrooms atau Magic Mushrooms) Rohypnol (R-2, Roofies, Roaches, dan The Rape Drug) GHB (Liquid Ecstacy, Liquid X atau Georgia)

Page 24: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Jenis-jenis Halusinogen- LSD (Lysergic Acid Diethylamide) = 1. Serbuk habluran tidak berwarna/berbau dan larut

dalam air dan alkohol. 2. LSD dijumpai dalam bentuk cecair, serbuk atau

dititik ke atas gula dadu, gelatin atau kertas blotter.

- DMT (Dimenthytrytamine) = 1. Habluran tidak berwarna.- PCP (Phencyclidine, ‘Angel Dust’) = 1. Kegunaan secara sah sebagai ubat pelali binatang.- Meskalin = 1. Kegunaan upacara keagamaan oleh Indian

Amerika.- Psilosibin & Psilosin = 1. serbuk putih/larutan jernih tidak berbau. 2. Kegunaan upacara keagamaan oleh Indian

Amerika.

Tanda-tanda Penyalahgunaan Halusinogen Berkhayal dan mudah terangsang terangsang Euphoria Kadar denyutan nadi yang tinggi Tidak dapat tidur dan halusinasi

Page 25: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Kesan Penyalahgunaan Halusinogen Kurang pertimbangan dan koordinasi boleh menyebabkan risiko kecederaan

yang tinggi. Kurang pertimbangan dan koordinasi boleh menyebabkan risiko kecederaan

yang tinggi Tingkah laku yang ganas Paranoia Tertekan atau kebimbangan Pengulangan yang tidak dapat diramal

Page 26: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

GANJA

Pengenalan Nama saintifik tumbuhan ini ialah Cannabis Sativa. Kanabis/ Ganja merupakan

sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ia juga dikenali sebagai marihuana atau marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.

Nama jalanan Weed, Pot, Grass, Reefer, Mary Jane, Joint, Roach atau Nail, Blunt

Jenis-jenis Kanabis Herba Dikenali sebagai ganja, Marijuana/Grass, Pot/Weed, Bhang, Kit, Takrouri dan

Dagga. Ia merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok Cannabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau sate.Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan

Page 27: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Resin Getah Kanabis (Hashish, Charas) Resin/getah kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis yang

dikumpul, dikering atau dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin

Minyak Hashish Merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau ganja. Ia diperoleh

melalui proses kimia yang dijalankan berulang kali ke atas ganja atau hashish. Ia tidak larut dalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terdedah kepada udara.

Kesan dan Akibat Paru-paru Radang paru-paru, barah paru-paru, sakit dada dan lelah

Bahagian otak Kurang daya kawalan keseimbangan, kurang daya ingatan, mudah marah, gila

Jantung Kadar denyutan meningkat, mengubah fungsi jantung, aliran darah terjejas

Page 28: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Hati Menekan pengeluaran enzim dalam hati

Organ pembiakan Lelaki- Pengeluaran hormon testosterone merosot, ketidakseimbangan hormon Perempuan- Haid tidak menentu, bilangan ovari kurang dan lemah daya

penyusuan

Page 29: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

KERATAN AKHBAR TENTANG DADAH

Page 30: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

R O K O K

Page 31: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

APA ITU ROKOK ?

Nama saintifik : Nicotiana tobacum Berasal dari benua Amerika Upacara keagamaan kaum Red Indian Kurun enambelas dibawa ke benua Eropah Dari Eropah tersebar luas ke seluruh dunia Dibawa masuk oleh Inggeris ke Malaya

pada tahun 1929 Cara penggunaan - hidu, hisap dan kunyah Pernah diguna untuk membunuh cacing parasit dalam usus

Page 32: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

KANDUNGAN ASAP ROKOK1. NIKOTIN

Ialah sejenis dadah yang sangat merbahaya kepada jantung dan sistem saraf. Ia

boleh menyebabkan bertambahnya denyutan jantung, mengecutkan saluran-saluran

darah dan menaikan tekanan darah. Nikotin menyebabkan ketagihan perokok

kepada rokok.

2. KARBON MONOKSIDA

ialah sejenis gas merbahaya jika disedut terlalu banyak. Ia mengurangkan keupayaan

darah membawa oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan kurang nafas dan cepat letih.

Ia merupakan faktor utama menyebabkan penyakit jantung.

3. TAR

ialah sejenis bahan perangsang yang boleh menyebabkan kanser. Perokok

mempunyai risiko barah paru-paru, perut dan mulut yang jauh lebih tinggi daripada

orang yang tidak merokok.

Page 33: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Gejala gian kerana berhenti merokok Perubahan dari segi fizikal Batuk-batuk Pening kepala Gangguan sistem penghadaman

Sebab seseorang itu merokok Suka dengan rokok Ingin kelihatan bergaya Terpengaruh dengan rakan Ketagih Dapat menenangkan diri

Kesan merokok Penyakit asma bertambah kronik Bahan kurang aktif Selera makan berkurang Tulang reput Tekanan darah tinggi

Page 34: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Penyakit akibat merokok Rambut- botak katarak- pandangan kabur Karies- kerosakkan gigi Telinga- hilang pendengaran Kanser kulit- penyakit jantung Tulang keropos Kanser peparu, hidung, mulut, kandung kemih, anus, payudara Kanser uterus pembesaran hujung jari kerosakan sperma Jari-jari menghitam Kulit kemerahan atau bersisik

Page 35: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

CARA BERHENTI MEROKOK1. Merasa bangga kerana tidak merokok.

2. Elakkan godaan – simpan mancis atau pemetik api.

3. Menentang gian dengan kesibukan

4. Jauhkan diri daripada mereka yang merokok

5. Berwaspada selepas waktu makan dan minum.

6. Simpan wang yang digunakan untuk membeli rokok di satu tempat

khas.

7. Sediakan bahan gantian.

8. Pelajari cara-cara yang boleh menenangkan diri.

9. Ingatkan sebab-sebab yang anda tidak boleh merokok.

10. Jangan menerima sebaran tawaran merokok.

Page 36: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
Page 37: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Kandungan bahan kimia dalam sebatang rokok Metuprena Karbon monoksida Botana Vinil klorida Nafialena Asetan Tar Methanol

Cara berhenti merokok Melibatkan diri dengan perkara yang berfaedah Menarik nafas panjang-panjang untuk menenangkan perasaan, minum air sejuk

atau mandi sekiranya berasa gian untuk merokok Gunakan untuk wang yang diperuntukkan untuk membeli rokok dengan

kegunaan lain yang berfaedah Jangan menerima pelawaan merokok daripada teman sekeliling Buang semua rokok, mancis, pemetik api dan bekas abu rokok

Page 38: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
Page 39: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
Page 40: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

I N H A L A N

Page 41: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

APA ITU INHALAN?

Inhalan (Inhalansia) adalah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat.

Inhalan boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka, atau menggunakan kain yang direndam ke dalam bahan kimia tersebut dan meletakkannya berhampiran muka. Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh diletakkan dalam beg plastik dan sebelum dihidu.

Inhalan dikatakan boleh menyebabkan kematian sel otak. Disebabkan sel otak yang baru tidak lagi terbentuk selepas kelahiran, ini bererti penagih inhalan yang tegar akan berhadapan dengan risiko kecacatan akal. Kadangkala inhalan ini turut digunakan oleh penagih dadah yang tiada duit.

Page 42: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

KESAN PENYALAHGUNAAN INHALAN Berhalusinasi Rasa mual dan pening Nafas tidak sekata Emosi tidak stabil Fizikal tidak seimbang Tidak mampu berdiri Kehilangan deria sakit Hilang daya tumpuan Mudah marah Hilang ingatan Kemurungan Kerosakkan organ utama badan Buta Kematian mengejut Oksigen darah berkurangan Kekeliruan Kegagalan jantung

Page 43: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

 1. DERIA (Sensory System)

 

- Sensitif kepada cahaya

- gatal mata

- penglihatan berkembar

- telinga berdesing 2. SISTEM-SISTEM PERNAFASAN (respiratory dan cerdial system)

 

- sesak nafas

- sakit dada dan rasa tidak selesa

- degupan jantung yang tidak

normal

 

3. LAIN-LAIN

 

- sakit-sakit otot dan sengal sendi

Kesan serta merta menghidu inhalan adalah melalui tanda-tanda seperti berikut :

Kesannya adalah serta-merta daripada amnya berterusan selama 5 hingga 45 minit berhenti menghidu. Kesan-kesan ini timbul dengan cepat jika disedut dan hilang beberapa jam atau hari.Penyedutan yang panjang atau penghiduan berulang dalam masa yang singkat mungkin menyebabkan :

•ketidakserasian (disorientation)•kehilangan kawalan diri•tidak sedarkan diri•sawan (serangan otak dengan tiba-tiba)•kurang penyelarasan pergerakan otot•refleksi/gerakan yang berkurangan ( depressed reflexes)•hidung berdarah, mata merah dan nafsu berbau•bengang dan pening kepala selama beberapa hari.

Page 44: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

A L K O H O L

Page 45: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

APAITU ALKOHOL ?

Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood"

Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum

Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski

Page 46: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

KESAN TERHADAP BADAN Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang

Faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan

Faktor persekitaran contohnya : Mudah didapati Tidak mahal Pengiklanan yang menarik di media

Faktor Sosial : Pengaruh rakan sebaya Latarbelakang keluarga Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal Budaya

Faktor Biologi : Keturunan Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Page 47: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Kesan-kesan pengambilan alcohol

Implikasi sosial termasuk : Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik Kelakuan Delinkuen/salah laku Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol

Kesan fizikal alkohol adalah: Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul atau jelas,

bingung dan bercelaru). Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar bernafas, paras

gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).

Gangguan kesihatan termasuk: Kerosakan otak yang kekal Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser) Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok) Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik) Kanser usus Penurunan naluri seks dan mati pucuk Keguguran spontan Bayi yang tidak normal Anaemia (kandungan darah rendah)

Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya : Perubahan personaliti Kemurungan Bunuh diri Kelakuan agresif

Page 48: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

TANDA- TANDA PENAGIHAN ALKOHOL Keinginan yang teruk atau gian untuk minum

alkohol Gagal untuk berhenti dari terus minum Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya) Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang

diminum Meneruskan tabiat minum walaupun

mengalami banyak masalah yang diakibatkan oleh alkohol

Page 49: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

CARA MENGHINDARI DARI ALKOHOL

Mengamalkan gaya hidup sihat Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang

dihadapi Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol Isikan masa sepenuhnya- Ambil bahagian dalam sukan, mulakan

satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti PROSTAR dan Rakan Muda

Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja

Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.

Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang tertera di atas (Lihat Penyelesaian masalah)

Page 50: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

AKIBAT MINUM ALKOHOL

Page 51: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

R O K O K E L E K T R O N I K

Page 52: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

APA ITU ROKOK ELEKTRONIK

Beberapa bulan belakangan muncul kabar bahwa rokok elektronik dianggap lebih aman daripada rokok biasa. Namun, hasil temuan terbaru dari para ahli kesehatan di Jepang menemukan bahwa kandungan formalin dan asetaldehida dalam uap yang dihasilkan beberapa cairan rokok elektronik lebih berbahaya dibandingkan rokok biasa.

Penelitian yang ditugaskan oleh Kementerian Kesehatan Jepang ini

menemukan karsinogen dalam uap yang dihembuskan usai menghisap rokok yang disebut vape ini. Misalnya kandungan formaldehyde, sebuah zat yang biasa ditemukan dalam bahan bangunan dan pembalseman cairan, tingkat karsinogen lebih tinggi dibandingkan dalam asap rokok biasa. Lalu, asetaldehida juga ditemukan pada tingkat yang lebih tinggi dibandingkan rokok tembakau.

Page 53: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

"Bahkan, dalam salah satu mereke rokok elektronik ditemukan 10 kali tingkat karsinogen dibandingkan satu batang rokok biasa," tutur seorang peneliti dari National Institute of Public Health, Jepang dr. Naoki Kunugita seperti dilansir laman Daily Mail, pada Minggu (30/11/2014).

Di Indonesia sendiri, regulasi tentang rokok elektronik

sedang digodog oleh pemerintah. Namun, badan kesehatan dunia (WHO) meminta kepada negara-negara di seluruh dunia untuk melarang penjualan rokok elektronik terutama kepada anak-anak, ibu hamil dan wanita usia produktif. Meskipun penelitian akan rokok elektronik masih kurang, ancaman serius terhadap kesehatan ada.

Page 54: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

KESAN ROKOK ELEKTRONIK ( E-CIGARETTE ) KEPADA KESIHATAN

Kesan Rokok Elektronik Kepada Kesihatan | Dunia memang semakin canggih. Apa taknya sampai rokok pun dah jadi elektronik. Jadi apa itu rokok elektronik atau e-ciggaret ni? Yang pasti rokok elektronik adalah satu percubaan untuk mewujudkan sejenis rokok yang dikatakan mampu mengurangkan penggunaan rokok asal yang berasaskan tembakau yang pasti diketahui umum sebagai penyumbang kepada masalah berkaitan dengan kanser jantung.

Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu.

Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga tahun 2010, sudah ramai yang telah mula menjual rokok ini terutama melalui internet.

Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi

Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.

Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.

Page 55: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

BAHAYA ROKOK ELEKTRONIK

Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.

“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan kesihatan.”

Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Dan larutan nitrosamine ini nantinya kan menjadi penyebab terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan masih lagi dibahaskan. Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli.

Yang pasti, rokok elektronik ini tidak mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling perokok elektronik menerima kesan buruk yang sama.

Page 56: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

H I V / A I D S

Page 57: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

APA ITU AIDS/ HIV

AIDS adalah “ Acquired Immune Deficiency Syndrome” (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit).

Ia adalah penyakit penularan seksual yang disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).

Virus ini menyerang dan merosakan sistem pertahanan badan. Dengan ini seseorang itu senang dijangkiti oleh pelbagai jenis kuman dan juga mengalami beberapa jenis barah yang jarang dijumpai.

AIDS adalah amat merbahaya kerana tiada rawatan atau Vaksin untuk AIDS setakat ini. Semua pesakit-pesakit AIDS akhirnya akan mati disebabkan penyakit ini.

Bukannya mudah untuk dijangkiti virus HIV. Virus ini senang musnah dan tidak dapat bertahan lama diluar daripada badan manusia.

Page 58: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Virus HIV hanya dapat memasuki badan melalui 3 cara sahaja :-

1. Melalui hubungan seksual dengan pasangan yang telah dijangkiti. 2. Melalui darah yang tercemar dengan HIV yang memasuki ke dalam tubuh

(contohnya melalui jarum dan picagari) 3. Melalui ibu-ibu yang telah dijangkiti kepada bayi mereka semasa dalam kandungan,

semasa kelahiran dan melalui penyusuan ibu 4 Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan 5 Homoseksual 6 Penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan & pasangan seks 7 Pekerja seks dan pelanggan

Jangkitan HIV dapat dicegah dengan:

Elakkan berkongsi jarum suntikan. Elakkan daripada melakukan hubungan seks yang tidak selamat atau pun seks secara

rambang. Elakkan berbilang pasangan. Gunakan kondom. Akhir-akhir ini rawatan anti viral ke atas ibu yang dijangkiti HIV dapat mengurangkan peluang

jangkitan ke atas bayi. Wanita mengandung digalakkan membuat ujian HIV seawal yang mungkin dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

Ujian HIV untuk ibu-ibu mengandung adalah diberi percuma di hospital dan klinik kerajaan. Jika seseorang ibu mengandung didapati menpunyai penyakit HIV, ada rawatan bagi ibu ini untuk mengurangkan risiko jangkitan virus HIV kepada janin/anak yang belum lahir.

Page 59: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

G A Y A H I D U P S I H A T

Page 60: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

APA ITU GAYA HIDUP SIHAT ?

Makan secara sihat Tidak merokok Lakukan aktiviti fizikal Belajar menangani stress

Page 61: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

FAEDAH CARA HIDUP SIHAT

Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda. Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit

seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.

Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan

lebih untuk menikmati kehidupan. Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau

di tempat kerja Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih

menarik dan anda akan rasa lebih selesa.

Page 62: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

MAKAN SECARA SIHAT

Nikmati pelbagai jenis makanan Makan mengikut waktu yang teratur

(Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)

Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.

Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.

Page 63: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

PIRAMID MAKANAN

Page 64: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.

Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

Lakukan aktiviti fizikal

Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)

Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda

Page 65: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

TANGANI STRESS Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di

rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’ Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap Kenal pasti kenapa anda marah Cuba dengar penjelasan orang lain Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:

Berfikir secara positif Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan Belajar menyukai diri sendiri Belajar bertenang Adakan hobi Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah Dapatkan tidur yang cukup Dapatkan teman untuk meluahkan masalah Bersifat tegas/asertif Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

Page 66: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

RUMUSAN

Dadah amat merbahaya kepada mereka yang menggunakannya,kesan jangka pendek dan panjang membawa banyak implikasi kepada individu itu sendiri, keluarganya, komuniti, tempat kerja dan negara secara amnya. Penagihan dadah kini dilihat sebagai penyakit kronik yang berulang, maka dengan itu, kerajaan telah menyediakan pelbagai cara rawatan dan pemulihan terutama bagi mereka yang telah lama menyalahgunakannya. Pada masa yang sama, pelbagai usaha pencegahan telah dilakukan agar generasi baru tidak mula menggunakan dadah. Kita sebagai anggota masyarakat berperanan untuk menyokong usaha- usaha ini turut menggerakkan usaha di tahap yang termampu bagi sama- sama membasmi gejala dadah di peringkat keluarga, sekolah, tempat kerja mahupun komuniti.

Page 67: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

RUJUKAN

Brosur Internet Perpustakaan Guru Buku ilmiah Sekolah

Page 68: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

T A M A T