1 mac 2016

20
WARGA PERAK INGIN TAHU MENGENAI PRODUK DAN PERKHIDMATAN ANDA. Iklankan produk dan perkhidmatan di sini. Email [email protected] atau hubungi 05- 2410257/ Eksekutif Pemasaran : Diani 016-5404216 EMAIL PENDAPAT ANDA KEPADA - [email protected] - Telefon - 05-2410257 Sila layari laman kami di Facebook https://www.facebook.com/pages/Suara-Perak Suara Perak PERCUMA (1 - 15) MAC 2016 - EDISI RAKYAT WARISAN Ikan Masak Belotak Houseboat Tasik Temenggor Delectable Rawang Steamed Fish In Ipoh KAMPUNGKU ENGLISH SECTION Berita Penuh : Muka 20 Full Story : Page 11 Berita Penuh : Muka 18 MENARIK DI DALAM MBI Tingkat Tahap Kebersihan Tandas Awam Lumut Port Mampu Saingi Pelabuhan Terkemuka Penduduk Kampung Orang Asli Terima Pampasan Hukuman Berat Bendung Anugerah Palsu SEMASA FOKUS Berita Penuh : Muka 19 Berita Penuh : Muka 6 Berita Penuh : Muka 8 Berita Penuh : Muka 2 Berita Selanjutnya Di Muka 3, 4 dan 5. Sekitar Persidangan Pertama Dewan Belia Percutian Ala Cruise

Upload: doankhue

Post on 14-Jan-2017

291 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 MAC 2016

WARGA PERAK INGIN TAHU MENGENAI PRODUK DAN PERKHIDMATAN ANDA. Iklankan produk dan perkhidmatan di sini. Email [email protected] atau hubungi 05-

2410257/ Eksekutif Pemasaran : Diani 016-5404216

EMAIL PENDAPAT ANDA KEPADA - [email protected] - Telefon - 05-2410257 Sila layari laman kami di Facebook https://www.facebook.com/pages/Suara-Perak

SuaraPerakPERCUMA(1 - 15) MAC 2016 - EDISI RAKYAT

WARISAN

Ikan Masak Belotak

Houseboat Tasik Temenggor

Delectable Rawang Steamed Fish In Ipoh

KAMPUNGKUENGLISH SECTION

Berita Penuh : Muka 20

Full Story : Page 11

Berita Penuh : Muka 18

MENARIK

DI DALAM

MBI Tingkat Tahap Kebersihan Tandas Awam

Lumut Port Mampu Saingi Pelabuhan Terkemuka

Penduduk Kampung Orang Asli Terima Pampasan

Hukuman Berat Bendung Anugerah Palsu

SEMASA

FOKUS

Berita Penuh : Muka 19

Berita Penuh : Muka 6

Berita Penuh : Muka 8

Berita Penuh : Muka 2

Berita Selanjutnya Di Muka 3, 4 dan 5.

Sekitar Persidangan Pertama Dewan Belia

Percutian Ala Cruise

Page 2: 1 MAC 2016

2 SEMASA Edisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Hukuman Berat Bendung Anugerah Palsu

KUALA KANGSAR – DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menegaskan un-dang-undang yang lebih ketat hen-daklah digubal bagi membendung kegiatan penipuan penganugerahan darjah kebesaran palsu yang se-dang berlaku di negeri ini.

Baginda bertitah, undang-undang wajib dilaksanakan tanpa gentar atau pilih kasih dan hendaklah di-laksanakan tanpa memberi keis-timewaan atau imuniti kepada se-siapa juga.

Titah baginda, pihak yang ter-bukti bersalah wajib berhadapan dan dikenakan tindakan yang set-

impal. “Beta telah menzahirkan ket-

egasan bahawa undang-undang wajib dilaksanakan tanpa gentar tanpa pilih kasih.

“Undang-undang hendaklah dikuatkuasakan secara saksama, tanpa memberi keistimewaan atau imuniti kepada sesiapa juga, pihak yang terbukti bersalah wajib ber-hadapan dan dikenakan tindakan yang setimpal,” titah baginda di Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-165 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar baru-baru ini.

Hadir sama YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sultan Nazrin bertitah, pendi-rian mendiamkan diri dan tidak membetulkan kesalahan oleh pihak berkuasa boleh ditakrif sebagai merestui dan mengizinkan kesala-han terus dilakukan dan aktiviti penipuan terus berlaku.

Baginda menegaskan bahawa anugerah sesuatu darjah kebesa-ran dan pengurniaan pingat atas nama negeri Perak Darul Ridzuan terletak di bawah budi bicara Raja Pemerintah.

Titah baginda, nama-nama di-calonkan melalui borang pencalo-nan yang disediakan dengan mem-beri justifikasi akan rekod jasa dan khidmat bakti calon kepada Raja Pemerintah dan negeri Perak.

Baginda bertitah, nama-nama yang dicalonkan disaring, ditapis dan dinilai oleh Jawatankuasa Dewan Negara yang dipengerusi-kan oleh Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja sebelum diangkat sem-bah untuk mendapat perkenan Paduka Seri Sultan.

Titah baginda, kegiatan pen-ganugerahan gelaran Dato’ Seri dan Dato’ palsu yang dilakukan secara komersial oleh beberapa in-dividu untuk meraih keuntungan, bukan sahaja telah mencemarkan institusi raja, istana dan kerajaan malah mempersendakan darjah ke-besaran yang sahih dan status para penerima anugerah darjah yang sa-hih.

IPOH - Polis Perak menahan lapan individu berusia di antara 35 dan 63 tahun yang dipercayai terlibat dalam sindiket menjual darjah kebesaran palsu di negeri ini sejak 16 Februari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, mela-lui Ops Anugerah yang ditubuhkan, semua individu, termasuk dalang utama sindiket itu ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenaya (POCA) 1959.

Menurut beliau, sejak Mac 2013, pihak Polis telah menerima empat laporan mengenai penganugerahan pingat palsu.

“Dalang utama sindiket ini juga sudah ditahan dan polis masih mengesan beberapa lagi individu lain yang dipercayai turut terbabit dalam kegiatan ini,” katanya ke-tika sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis (PRP) di Mes Pegawai Kanan Polis, di sini baru-baru ini.

Abdul Rahim berkata, lapan indi-vidu yang ditahan itu dipercayai ber-giat aktif sejak tahun 2013 dan dita-han di beberapa buah negeri seperti

Perak, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Menurutnya, semua yang ditahan kini direman mengikut Seksyen 4(2) POCA 1959 dan sedang menunggu Lembaga Pencegahan Jenayah ber-sidang untuk tindakan seterusnya.

Beliau memberitahu, Ops Anugerah yang merupakan ker-jasama antara polis Perak dan Bukit Aman itu dilaksanakan bagi men-junjung titah DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak yang menjual anuge-rah palsu.

KUALA KANGSAR – DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pihak Polis Diraja Malaysia telah mengadap dan menyembahkan laporan aktiviti penjualan anugerah palsu kepada baginda.

Sambil menegaskan bahawa aktiviti berkenaan ada-lah satu penipuan yang semakin bertambah, baginda bertitah, pihak polis berpendirian bahawa tindakan pencegahan dan pembetulan secara tegas wajib diam-bil.

Titah baginda, polis juga berpendirian aktiviti itu tidak boleh dibenarkan merebak dan jika tidak diber-hentikan segera, ia akan mengakibatkan semakin ban-yak Darjah Kebesaran palsu akan dijual dan semakin ramai penerima yang akan menggunakannya.

“Dilaporkan juga di kalangan para penerima, mereka telah turut pula menyalahgunakan darjah kebesaran palsu tersebut untuk menuntut mendapatkan layanan istimewa bila berurusan dengan agensi-agensi kera-jaan, malah ada juga di kalangan mereka yang turut melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang,” titah baginda pada Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke 165 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar baru-baru ni

Sultan Nazrin mengakui bahawa polis turut meny-embah maklumkan kepada baginda nama individu ter-tentu yang ada hubung kaitan sejarah dengan kerabat Diraja Perak terlibat secara langsung dengan aktiviti itu.

Titah baginda, berdasarkan laporan-laporan yang telah disembah maklumkan serta perbincangan yang diadakan, beberapa penemuan telah dirumuskan iaitu:

1. Aktiviti ini sahih berlaku dan dilakukan oleh beberapa individu dengan mencipta Darjah Gelaran tertentu, ditawarkan kepada orang ramai dengan mengenakan bayaran.

2. Penerima dianugerahkan ketinggian Darjah Gelaran mengikut harga yang sedia diba-yar, Darjah yang membawa gelaran Dato’ Seri diletakkan harga yang lebih tinggi dari-pada Darjah yang membawa gelaran Dato’.

3. Aktiviti ini semakin berkembang dan semak-in dikomersialkan untuk meraih keuntungan.

4. Para pembeli Darjah diberikan kad keahlian dan surat khas yang menjamin bahawa mereka memiliki imuniti serta mendapat perlindun-gan untuk tidak boleh diambil atau dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa jika mereka melakukan kesalahan-kesalahan yang melanggar undang-undang tertentu.

5. Para pembeli Darjah juga diberikan lambang untuk diletakkan pada kenderaan yang men-jamin kenderaan mereka mendapat keistime-waan dan imuniti apabila berada di jalan raya.

Laporan Terperinci Polis Diterima

Lapan Individu Jual Darjah Kebesaran

Palsu Ditahan

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

KUNJUNGAN HORMAT…YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima kunjungan hormat bekas Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Perak, Dr Norlizan Mohd Noor di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh baru-baru ini. Dr. Norlizan yang telah berkhidmat selama 11

bulan bermula 1 April 2015, telah bertukar ke Pahang sebagai Pengarah Jabatan Veterinar Pahang mulai 1 Mac lalu. Tempat beliau diambil-alih oleh bekas Timbalan

Pengarah Jabatan Veterinar Selangor, Dr Fauziah Muhayat. Dalam pertemuan singkat itu, Dr Zambry

mengucapkan terima kasih terhadap perkhidmatan yang diberikan Dr Norlizan sepanjang beliau bertugas di negeri Perak.

Abdul Rahim Hanafi

Page 3: 1 MAC 2016

3SEMASAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

‘Ketengahkan Idea Segar’ - Dr Zambry

Mewakili 20 Peratus Golongan Belia Perak

IPOH - Dewan Belia Negeri Perak yang bersidang buat pertama kalinya 5 Mac lalu, berfungsi sebagai pelengkap kepada proses percambahan minda dan dokongan memerta-batkan suara orang muda.

YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, objektif utama penubu-han dewan itu adalah untuk menggarap ca-dangan bernas generasi muda bagi perancan-gan pembangunan negeri.

Menurut beliau, ianya juga adalah testimo-ni kepada antara proses ‘engagement’ yang merupakan antara elemen utama dalam corak pentadbiran negeri ini.

“Jika selama ini kedengaran suara di kalangan generasi muda, tentang wu-judnya pemisah antara pengubal dasar dengan mereka, maka perwakilan Dewan Belia Negeri Perak mestilah ambil pe-luang ini membentuk tradisi baru dalam proses membawa suara rakyat ke dewan persidangan.

“Sebagai wakil generasi muda di luar sana, kalangan perwakilan janganlah perlu menge-lak daripada membentuk persepsi mereka ini golongan elitis. Hindarilah politik sesama sendiri dalam melaksanakan tugas dan tang-gungjawab sebagai Perwakilan Dewan Belia Negeri Perak, kerana fungsi dewan yang mulia ini untuk citra negeri dan memartabat-kan kedudukan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Dewan Belia Perak Penggal Pertama 2016/2017 di Bangunan Perak Darul Ridzuan baru-baru ini.

Medan Ujian Terbaik Generasi Muda

Ujarnya, Dewan Belia merupakan medan ujian dan pelantar terbaik buat generasi muda memikul amanah, dalam memastikan isu-isu rakyat, khususnya yang bersangkutan dengan generasi muda dikengahkan

Beliau menambah, ia juga berperananan mengetengahkan cara baru dalam melihat sesuatu isu, mempamerkan keterbukaan dalam membahaskan isu-isu mengenai ke-pentingan rakyat dan negeri, serta melontar-

kan cadangan atau idea-idea baru yang bersifat di luar kebiasaan.

Oleh itu, kata Dr Zambry, peruba-han serta anjakan pemikiran yang segar dan baharu perlu dimulakan sekarang dan cetusan idea baru di-luar daripada kebiasaan perlu ada

“Pengwujudan Dewan Belia ini bukan bersifat tayangan atau pa-meran, tetapi sebaliknya ia meru-

pakan keazaman untuk membentuk generasi pelapis yang bertanggung-jawab bagi mencorak kehidupan masa

hadapan,” kata beliau.Beliau berkata, tidak timbul persoalan ba-

hawa perwakilan Dewan Belia Negeri Perak yang ada tidak mencerminkan representasi yang sebenarnya kerana mereka tidak me-lalui proses pilihanraya.

“Perlantikan mereka mengambil kira wakil di kalangan generasi muda yang terlibat den-gan pelbagai pergerakan belia dan pertubu-han bukan kerajaan (NGO).

“Untuk itu, mereka yang dilantik memiliki tahap pengetahuan tinggi disamping tahap pemikiran yang kritikal dan kreatif supaya dapat mengalas tanggungjawab ini dengan baik,” katanya.

IPOH – Perwakilan di dalam Dewan Belia Negeri Perak mewakili 20 peratus daripada golongan belia di negeri ini yang populasinya lebih 900,000 orang.

YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, seramai 60 perwakilan dewan itu mewakili pelbagai latar belakang, kaum dan kepercayaan.

Menurut beliau, selain perwakilan daripada kumpulan penduduk majoriti seperti Melayu, Cina dan India, perwakilan Dewan Belia Negeri Perak juga termasuk wakil masyara-kat Orang Asli dan Siam yang menjadi seba-hagian daripada etnik di negeri ini.

“Golongan belia di Perak ramai dan mereka ini dilihat kelompok yang berumur di bawah 40 tahun yang terdapat lebih 900,00 orang, ini satu jumlah yang besar.

“Mungkin kita tidak melihat seperti mana mereka melihat, inilah saya tekankan supaya

kita dapat meraikan pandangan-pandangan mereka,” katanya kepada pemberita di kedia-man beliau baru-baru ini.

Dewan Belia mengandungi tujuh jawatankuasa iaitu:-

• Jawatankuasa Ekonomi, Usahawan, Pelancongan dan Pengantarabangsaan

• Jawatankuasa Sosial, Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita

• Jawatankuasa Pendidikan, Kerjaya, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian

• Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Modal Insan dan Integrasi Nasional

• Jawatankuasa Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia

• Jawatankuasa Prasarana, Pembangunan, Kesihatan dan Alam Sekitar

• Jawatankuasa Pencegahan Jenayah, Masyarakat Sivil dan Patriotisme

Sekitar Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Sidang Dewan Belia di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 5 - 6 Mac

Hindarilah politik sesama sendiri dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Perwakilan

Dewan Belia Negeri

Page 4: 1 MAC 2016

4 SEMASA Edisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Perkasa Peranan Belia Dalam Intergrasi Nasional

Wujudkan Dana Pelajaran Luar Negara

IPOH - Persidangan Dewan Belia Perak me-luluskan usul untuk memperkasakan peranan belia dalam integrasi nasional dan pembu-dayaan aktivis belia dalam program keaga-maan secara aktif.

Usul Pemerkasaan Peranan Belia Dalam Organisasi Masjid/Rumah Ibadat dan Pengukuhan Integrasi Nasional Perak yang dicadangkan oleh wakil Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Modal Insan Dan Integrasi Nasional, Nur Muhammad Naim Kamaruddin (DB 29) itu mendapat sokongan majoriti per-wakilan.

Nur Muhammad berkata, keterlibatan belia di dalam pengukuhan integrasi nasional dan pembangunan sahsiah secara terus adalah amat penting bagi mengurangkan gejala sosial yang semakin menebal hari ini.

Menurut beliau, antara inisiatif yang boleh dilakukan adalah penubuhan Program Integrasi Nasional Perak (PINP) yang akan memperkukuhkan perpaduan masyarakat dari peringkat akar umbi iaitu di kalangan pelajar sekolah di dalam negeri ini.

“Kita juga memerlukan satu jentera pelak-sana PINP yang akan menjalankan pelbagai aktiviti pemuafakatan seperti ceramah moti-vasi, sukaneka antara kaum dan perkhema-han selain promosi dan advokasi mengenai

kepentingan perpaduan juga harus dijalankan kepada masyarakat setempat,” katanya ketika membentangkan usul pada hari kedua Sidang Dewan Belia, Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama baru-baru ini.

Dari segi hal ehwal agama, Nur Muhammad Naim mencadangkan kempen `Jom Subuh Berjemaah’ di sekitar masjid dan surau dilak-sanakan di Perak untuk melatih disiplin anak muda.

Beliau juga mengharapkan dana berpatu-tan disediakan bagi persiapan sarapan para pelajar yang menyahut kempen tersebut yang diyakini dapat meningkatkan lagi ukhuwah silaturahim sesama mereka.

Beliau turut berharap sebuah jawatankuasa khas - Sekretariat Perundingan Antara Agama yang dianggotai oleh belia bukan Islam dan ketua agama masing-masing dapat ditubuhkan dengan harapan dapat melicinkan toleransi antara agama secara majmuk dan demokratik.

“Kita boleh menjalankan kempen gala-kan ke rumah-rumah ibadat masing-masing, menjalankan program seperti Majlis Dialog Antara Agama agar kita dapat memenuhi visi Malaysia yang penuh dengan sifat hormat-menghormati, berpengetahuan mengenai agama di Malaysia sekaligus mencapai status negara maju,” ujarnya.

IPOH – Sebuah tabung khas perlu ditubuhkan bagi membantu anak Perak yang mendapat ta-waran untuk melanjutkan pelajaran ke insti-tusi pengajian tinggi di luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerjaya, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian Dewan Belia, Mohd Adri Adha Mohamad (DB 27) berkata, tabung khas itu boleh di-namakan sebagai Dermasiswa Pendidikan Pelajar Luar Negara Anak Negeri Perak.

Menurut beliau, kewujudan tabung itu sudah tentu sedikit sebanyak dapat membantu me-ringankan beban dan persediaan pendaftaran kemasukan di semester dan tahun pertama pengajian mereka.

Beliau memberitahu, sejak 2009 sehingga 2015, kerajaan negeri telah membelanjakan dana bagi dermasiswa sebanyak RM 64 juta kepada 91,614 pelajar yang melanjutkan pela-jaran dari peringkat sijil di dalam negara.

“Saya merasakan ada keperluan untuk kita memperluaskan bantuan ini kepada pelajar yang mendapat tawaran pengajian di luar ne-gara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memben-tangkan usul Menubuhkan Tabung Dana Khas Anak Perak Yang Bertujuan Untuk Memperkasakan Pendidikan Islam, Di Samping Memperluaskan Skop Peluang Kerjaya Dan Memantapkan Infrastruktur Sukan Serta Mengintegrasikan Kebudayaan Dan Kesenian pada hari pertama persidangan Dewan Belia Negeri Perak.

Mohd Adri berkata, sesetengah pelajar men-

dapat tawaran melanjutkan pelajaran di nega-ra yang mempunyai kos sara hidup tinggi, dan pemberian bantuan secara “one off” mampu membantu mereka.

Menurutnya, mereka yang berpeluang mel-anjutkan pengajian di luar negara pastinya mempunyai latar belakang akademik cemer-lang dan bantuan kerajaan ibarat tali yang akan membawa layang-layang ini terbang lebih tinggi.

“Sebagai permulaan, mungkin bantuan han-ya dalam jumlah yang kecil, namun langkah harus dimulakan,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan penubuhan se-buah tabung bantuan sara hidup mahasiswa sebanyak RM500 satu semester.

Dalam pada itu, katanya, Perak juga patut mencontohi Johor dan Negeri Sembilan di dalam melaksanakan Kelas Fardhu Ain dan Kifayah (KAFA) Tulen Kafa Tulen yang menggunakan kemudahan dan insfrastruktur sekolah harian bagi melahirkan modal insan yang berilmu dan beragama.

“Kami mencadangkan pelajar di sekolah ha-rian diwajibkan untuk mengikuti kelas agama pada waktu petang di sekolah yang sama dan saya percaya kita boleh mengecutkan kadar keciciran pelajar atas faktor insfrasturktur, malah perubahan ini harus berkiblatkan mat-lamat sifar keciciran dalam pendidikan aga-ma,” katanya.

Usul ini kemudiannya diluluskan oleh Dewan.

Penubuhan Kluster Usahawan Dapat SokonganIPOH - Dewan Belia Negeri Perak menerima usul penubuhan Kluster Usahawan Belia yang bertujuan memberikan platform terbaik bagi belia untuk mewujudkan jaringan perniagaan ke peringkat luas dan global.

Usul berkenaan yang diluluskan dengan sokongan majoriti turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada beberapa per-wakilan di dalam persidangan kali pertama itu.

Perwakilan Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Usahawan, Pelancongan dan Pengantarabangsaan, Mohamad Faizal Haramaini (DB 04) berkata, sinergi yang bakal dimas-ukkan sebagai komponen di bawah Pelan Tindakan Strategik Usahawan Negeri Perak itu merupakan satu kaedah efektif un-tuk memahami permasalahan usahawan belia di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, tiga isu utama yang menghantui usahawan belia masa kini ialah masalah dana memulakan perniagaan, in-formasi dana serta pinjaman kerajaan dan pengetahuan mengu-ruskan perniagaan dalam kalangan golongan peneraju negara ini.

“Sekiranya belia dilibat samakan sebagai wakil khas dalam pelan tindakan tersebut sebagai wakil mesyuarat, maka sebarang permasalahan boleh dis-ampaikan secara terus kepada pembuat keputusan kerajaan negeri,” katanya ketika menyampaikan hu-jah usul pertama bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama bagi Sidang Dewan Belia di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Jelasnya, kluster usahawan itu akan bertanggung-jawab mengumpul maklumat isu-isu usahawan be-lia, menjalankan kajian impak sosial serta menyam-paikan informasi keusahawanan kepada belia.

Selain itu, Mohamad Faizal juga mengesyorkan anggota kluster usahawan belia untuk terlibat dalam konvensyen keusa-hawanan atau diberi segmen khas dalam Pangkor International Development Dialogue (PIDD).

Katanya, golongan pemikir kritikal dari kluster usahawan be-lia yang terlibat secara langsung ini pula dapat berkongsi idea, bertukar-tukar pendapat dan kepakaran yang bakal mewujud-

kan peluang keusahawanan besar. “Pelbagai mekanisme seperti pembinaan laman sesawang

atau laman media sosial khas pula dapat menggerakkan segala informasi tentang keusahawanan secara holistik,” ujarnya.

Mohamad Faizal berkata kluster itu juga untuk membantu memperbaiki kadar produktiviti negara yang tidak setimpal dengan pendapatan bulanan golongan belia secara khusus.

Mohamad Faizal Haramaini

Mohd Adri Adha Mohamad

60 orang perwakilan Dewan Belia Negeri Perak merangkumi majoriti Melayu, Cina, India termasuk wakil masyarakat Orang Asli dan Siam. (Gambar kecil- Nur Muhammad Naim Kamaruddin)

Sekitar Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Sidang Dewan Belia di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 5 - 6 Mac

Page 5: 1 MAC 2016

5SEMASAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Sistem Ladang Bertingkat, Pendekatan Pertanian Inovatif

Perwakilan Usul Projek, Bantu Belia Miliki Perumahan

Pelaksanaan sistem perladangan berteknologi tinggi iaitu Ladang Bertingkat (Vertical Farm) bagi memaksimakan sektor pertanian di neg-eri Perak dilihat sebagai langkah progresif bagi masa depan.

Usul cadangan di bawah Jawatankuasa Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia yang dibentangkan Muhammad Naim Al-Amin Shaharuddin (DB 39) itu mendapat sokongan majoriti perwakilan.

Muhammad Naim berkata, objektif utama pelaksanaan tersebut adalah untuk memanipu-lasikan alam sekitar untuk pertumbuhan yang lebih cepat dan selamat berbanding kaedah kon-vensional.

Katanya, sistem ladang bertingkat dapat memi-nimakan penggunaan tanah dan menggunakan ruang terhad di kawasan bandar dengan sebaikn-ya, malah ia juga dapat digunakan untuk jangka masa panjang.

“Hasrat kita adalah untuk mengurangkan kos pengangkutan malah antara elemen menarik pada aplikasi ini adalah produk pertanian bebas bahan cemar, justeru semua jenis penanaman da-pat dijalankan sepanjang tahun tanpa masalah.

“Selain menarik pelancong kerana kaedah

penanaman mengguna-kan lampu ultra ungu yang cantik pada waktu malam, sistem ladang bertingkat ini juga akan mengelakkan pener-okaan kawasan baru dan menyelamatkan habitat semulajadi flora fauna kita,” katanya ke-tika membentangkan usul kelima di Sidang Dewan Belia, Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama.

Menurutnya, kaedah tersebut akan menaikkan Perak sebagai bandar contoh berteknologi

tinggi kepada negeri lain di Malaysia.Mengenai keusahawanan inovatif, jawatankua-

sa itu mencadangkan penubuhan koperasi belia yang secara dasarnya meningkatkan ekonomi belia untuk menjadi usahawan tani dalam masa sama memberi khidmat perundingan teknikal dari segi penyelenggaraan.

Tambahnya, Koperasi Belia itu amat penting sebagai penggerak dan pemegang amanah untuk tabung agihan keuntungan kepada para ahli serta menjadi pembiaya bagi perkembangan projek ke bandar berdekatan.

“Cadangan ketiga dalam usul kami adalah penubuhan satu hub inovasi untuk mengatasi masalah belia dalam mengembangkan idea re-kacipta, inovasi mereka akibat kekurangan dana, faktor pengkomersialan dan kekurangan peng-etahun mengenai pempatenan produk.

“Hub ini juga akan berfungsi sebagai agen jali-nan kerjasama antara kerajaan dan swasta yang menyediakan khidmat dalam bidang kejuruter-aan, rekacipta dan multimedia- sebagai platform utama demi memperkasa pembangunan inovasi belia,” ujarnya.

IPOH - Menyedari mengenai harga ru-mah yang tinggi di sekitar negeri Perak khususnya untuk golongan belia, satu usul telah dicadangkan bagi mengenal pasti dan menilai permasalahan tersebut.

Usul Pemantapan Pembangunan Belia: Mempelbagai Peluang Perumahan Mampu Milik, Meningkatkan Kuota Bilangan Ahli Majlis Daerah dan Pemerkasaan Sukan Permotoran Belia Perak yang dikemuka-kan Muhammad Ariff Zaky Mohd Zolkafly (DB 46) pada hari kedua Sidang Dewan Belia mendapat pelbagai reaksi sebelum mencapai persetujuan majoriti perwakilan.

Dalam pembentangannya, Muhammad Ariff menyentuh mengenai beberapa faktor yang mempengaruhi harga jualan rumah seperti kos tanah kos pembinaan, lokasi serta aktiviti spekulasi hartanah.

Katanya, pendekatan baharu perlu dilak-sanakan dalam membantu golongan belia memiliki rumah walaupun terdapat be-berapa skim rumah mampu milik tersedia seperti PR1MA, SPNB san PPA1M setakat ini.

“Sebuah Skim Perumahan Belia Aman Jaya (SPABJ) khusus untuk belia 21 - 40 tahun yang menawarkan rumah bernilai RM 50,000 hingga RM100,000 harus di-laksanakan.

“Bagi setiap projek, pihak pemaju di-berikan kelebihan seperti premium tanah rendah di kawasan-kawasan strategik dan kerajaan negeri harus membantu dari segi bayaran prasarana dan infrastruktur serta kemudahan awam,” katanya ketika mem-bentangkan usul itu.

Tambahnya, kerajaan negeri juga perlu mewujudkan kembali Rancangan Tanah Belia (lot perumahan) dengan meminda syarat supaya ia lebih efektif serta mem-beli lebih banyak kuota pemilikan tanah sebanyak 50 peratus kepada Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) untuk

dimanfaatkan oleh perancangan Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA).

Selain itu, sebuah Lembaga Pertubuhan Negeri (LPN) perlu ditubuhkan bagi men-gawal selia projek perumahan di mana pengurusan tertingginya turut dianggotai belia yang akan melontarkan pandangan dan keputusan bagi sebarang tindakan lem-baga.

Sementara itu, beliau juga mencadan-gkan agar keterlibatan belia dalam pem-bangunan kawasan setempat diperkasa dengan meningkatkan kuota keanggotaan sebanyak 35 peratus bagi jawatan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bagi pemerkasaan sukan permotoran yang mendapat celahan dan hujah bahas sengit ketika pembentangan, Muhammad Ariff Zaky mencadangkan beberapa pen-dapat yang dipertimbangkan oleh seluruh isi dewan.

“Kita boleh menangani masalah gejala sosial di kalangan belia dengan membina sebuah Litar Sukan Permotoran sebagai solusi kepada para belia yang menggemari kesan adrenali dan keterujaaan merempit selama ini.

Terdapat juga idea tambahan daripada beberapa wakil lain untuk membina dere-tan rumah kedai dalam litar tersebut bagi meningkatkan pendapatan golongan belia di kawasan itu yang boleh menjual perka-kas motor, bengkel memperbaiki motosikal dan sebagainya.

“Bagi permulaan, Litar Sukan Permotoran ini boleh dibina di Ipoh dan Taiping sebagai kawasan tumpuan dan diselia oleh gologan belia bersama ikon permotoran negara.

“Kami percaya sekiranya anak muda yang gemar merempit diberikan platfrom, maka kes perlanggaran undang- undang akan berkurangan malah kita boleh menge-nalpasti ikon sukan permotoran pada usia muda,” ujarnya.

IPOH - Persidangan Dewan Belia Perak yang julung kali diadakan, meluluskan lima usul yang dibentangkan.

Perak menjadi negeri pertama mengadakan persidan-gan berkenaan yang menggunakan kemudahan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 60 pemimpin belia dipilih menyertai persi-dangan terbabit yang berlangsung dua hari.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, YB Dato’ Shahrul Zaman Yahya berka-ta, satu daripada usul berkenaan adalah Mewujudkan Kluster Usahawan Belia Dalam Pelan Tindakan Strategik Usahawan Negeri Perak.

Beliau berkata, usul kedua Menubuhkan Tabung Dana Khas Anak Perak yang bertujuan untuk memperkasakan pendidikan Islam, memperluaskan skop peluang ker-jaya, memantapkan infrastruktur sukan dan menginte-grasikan kebudayaan dan kesenian.

Katanya, ketiga Pemerkasaan Perana Belia Dalam Organisasi Masjid/Rumah Ibadat dan Pengukuhan Integrasi Nasional Dalam Negeri Perak manakala keem-pat Penubuhan Hub Teknologi Inovasi dan Kreatif serta Ladang Bertingkat Belia Perak.

“Usul terakhir Pemantapan Pembangunan Belia: Mempelbagai Peluang Perumahan Mampu Milik, Meningkatkan Kuota Bilangan Ahli Majlis Daerah (PBT) dan Pemerkasaaan Sukan Pemotoran Belia Negeri Perak.

“Pada persidangan sama dua usul ditolak,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya persidangan berkenaan.

Shahrul Zaman berkata, persidangan secara keseluru-han menunjukkan pembentangan usul yang baik, namun memerlukan penambahbaikan termasuk keupayaan un-tuk melaksanakannya.

“Kualiti perbahasan perwakilan Dewan Belia menun-jukkan kematangan yang di luar jangkaan. Kami yang berada bersama-sama ketika persidangan berlangsung merasakan seolah-olah berada dalam sidang DUN se-benar.

“Malah, ia turut ditunjukkan dengan cara mereka mengutarakan hujah bersama fakta yang dikaji sepe-nuhnya membabitkan maklumat media sosial dan turun ke pejabat kerajaan negeri bagi mendapatkan bahan un-tuk mengukuhkan hujah,” katanya.

Sidang Dewan Belia Lulus Lima Usul

Shahrul Zaman ketika sesi sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Muhammad Naim Al- Amin Shaharuddin (gambar kecil).

Sekitar Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Sidang Dewan Belia di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 5 - 6 Mac

Page 6: 1 MAC 2016

6 SEMASA Edisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Sekolah Pangkor Perlukan Pengstukturan Semula

Lumut Port Mampu Saingi Pelabuhan Terkemuka

PULAU PANGKOR - Pendekatan pembela-jaran sekolah-sekolah di Pangkor memerlukan pengstukturan semula bagi memastikan pen-capaian akademik pelajar di pulau ini setand-ing dengan sekolah-sekolah di kawasan lain.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau telah berbincang dengan Kementerian Pelajaran bagi menubuhkan se-buah jawatankuasa khas untuk mengubah pen-dekatan pembelajaran di pulau itu.

Menurutnya langkah ini perlu berikutan pr-estasi kurang memberangskan lebih-lebih lagi sekolah menengah di Pangkor.

Katanya kedudukan Pangkor sebagai sebuah pulau menjadikan ia agak erkeluar dari arus perdana pendidikan.

Justeru, ia memerlukan kesungguhan dan peranangan teliti agar pendidiakn pelajar di pulau ini setaraf dengan sekolah di kawasan lain atau daratan

“Pelbagai perancangan dan cara telah kita laksanakan tetapi mungkin ada masalah stuk-

tural yang perlu dilakukan kerana keputusan SPM terbaru, sekolah kebangsaan menengah di Pangkor masih lagi berada dalam lingkun-gan tercorot.

“Mungkin kita perlu melihat semula dari-pada segi taraf pendidkan yang berkualiti dan prasana sekolah-sekolah di sini ditingkatkan,” kata Dr Zambry yang juga ADUN Pangkor.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Jamuan Rakyat Komuniti Pangkor & Warga Pendidik Pangkor Bersama YAB MB Perak di Perkarangan Dewan Orang Ramai Kg Teluk Kecil, Pulau Pangkor di sini baru-baru ini.

“Saya tidak mahu menyatakan bahawa saya kecewa, tetapi berharap agar kualiti pendidi-kan akan dipertingkatkan lagi supaya ia se-tanding dengan sekolah lain.

“Saya yakin dari segi kedudukan pelajar-pelajar, jika mereka diberikan ruang dan pe-luang yang terbaik, mereka akan mencapai kejayaan itu,” katanya lagi.

Dr Zambry turut mencadangkan supaya pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dapat menjadikan sekolah-sekolah di Pangkor sebahagian daripada platform kajian pendidikan mereka.

“Mereka boleh menjadikan sekolah-sekolah

di sini sebagai anak angkat, lakukan penye-lidikan di sini agar mereka dapat mengetahui secara mendalam apa masalah pembelajaran di pulau ini.

“Mungkin dari segi pedagogi, struktural atau pendekatan khusus boleh diperbaiki,” ujarnya.

Pelabuhan Baru Di Hilir PerakLUMUT - Satu lagi pelabuhan baru akan diban-gunkan di Hilir Perak di bawah usaha kerajaan negeri untuk mengukuhkan lagi kedudukan Perak di dalam industri pelabuhan negara.

YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kajian dan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan sudahpun berjalan secara berperingkat-peringkat.

Menurut beliau, perbincangan itu turut melibat-kan pemain industri dari dalam dan luar negara.

“Beberapa siri perbincangan yang diadakan itu adalah untuk melihat potensi mewujudkan ker-jasama dengan pemain-pemain global yang ada di seluruh negara.

“Setakat ini, respon yang kita terima amat positif dari pemain industri global untuk datang ke daerah berkenaan,” katanya kepada pember-ita selepas merasmikan Majlis Ulang Tahun ke 20 dan Upacara Pecah Tanah Sempena Projek

Pembesaran dan Pemodenan Lumut Port di sini baru-baru ini.

Dr Zambry memberitahu, pihaknya juga telah mengenal pasti lokasi bagi pembangunan pelabu-han baru itu, sekiranya perancangan tersebut di-laksanakan.

“Kita harapkan ianya dapat dijadikan satu lagi pelabuhan utama, yang menjadi satu daripada rangkaian keseluruhan di sepanjang persisiran pantai negeri Perak ini,” ujarnya.

Beliau yakin, dengan dengan kerjasama dari pihak YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Daerah Hilir Perak dapat dibangun-kan dengan wujudnya pelabuhan baru yang diang-gap sebagai pemangkin.

Tambah beliau, pelabuhan baru itu nanti mung-kin akan dikhususkan kepada pengendalian konte-na-kontena dari dalam dan luar negara.

LUMUT - Lumut Port diyakini mampu ber-saing dengan pelabuhan-pelabuhan terkemuka lain di negara ini dengan siapnya pelan pem-besaran dan pemodenan pelabuhan itu menjel-ang 2020.

Melalui pelan strategik lima tahun itu, se-jumlah RM225 juta akan dilabur untuk me-manjangkan lagi saiz pelabuhan di Kampung Aceh daripada 510 meter kepada satu kilom-eter, selain mempelbagaikan lagi perkhidma-tan.

YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, antara perkhidmatan tam-bahan yang dicadangkan adalah pengendalian kargo “bersih” seperti beras, tepung, gula dan pelbagai lagi barangan makanan.

Menurut beliau, ketika ini pelabuhan itu hanya mengendali kargo bahan mentah `ko-tor’ tetapi selepas ini mereka akan meluaskan operasi kepada pengendalian kargo-kargo `bersih’.

“Di kawasan-kawasan tertentu juga dijadi-kan tempat-tempat kapal berlabuh, khususnya seperti kapal-kapal mewah dan sebagainya, ini merupakan perancangan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ulang Tahun ke 20 dan Upacara Pecah Tanah Sempena Projek Pembesaran dan Pemodenan Lumut Port di sini baru-baru ini.

Turut hadir, barisan exco kerajaan neg-eri, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Dato’ Aminuddin Md Desa, Pengerusi Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LMT), Dato’ Azian Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif LMT, Mubarak Ali Gulam Rasul.

Menurut Dr Zambry, pelan pemanjangan itu juga dijangka akan mencapai sehingga 90 peratus peningkatan dalam kapasiti pelabuhan Lumut Port, sekaligus menambah jumlah ka-pal yang boleh dikendalikan dalam satu-satu masa.

“Kalau kita lihat dari segi potensi yang ada di kawasan ini, amat baik kerana jika kita lihat Perak mempun-yai jajaran pantai yang terpanjang di barat Semenanjung Malaysia.

“Kawasan sedia ada 1,000 ekar di sekitar ini juga telah pun penuh, pihak pentadbiran telah pun meracang untuk memperkembang lagi kawasan ini dan tapah-tapak telah juga dikenal pasti,” jelasnya.

Lumut Port dikendalikan Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan ker-jasama Integrax yang merupakan anak syari-kat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sejak ditubuhkan pada tahun 1995, Lumut Port telah menunjukkan prestasi yang mem-berangsangkan di mana ketika ini, pelabuhan itu mampu mengurus sekitar 45 juta tan met-rik setahun dan boleh mengendali 420 kapal dalam tempoh yang sama.

Dr. Zambry melancarkan simbolik upacara pecah tanah.

Dr. Zambry menyempurnakan gimik perasmian majlis.

Para pelajar dan pendidik di Pangkor bergambar bersama Menteri Besar.

Page 7: 1 MAC 2016

7SEMASAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Swasta, NGO Tampil Bantu Pesakit Kanser

TELUK INTAN – Kerajaan mahu setiap ahli masyarakat, agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan

(NGO) bersama-sama berganding bahu mem-bantu mengurangkan beban penyakit kanser.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pengangkutan, Integrasi Nasional,Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, YB Dato’ Dr Mah Hang Soon berkata, negara telah menanggung perb-elanjaan yang tinggi untuk membantu golon-gan tersebut.

Menurut beliau, sekiranya kanser dapat dikesan di peringkat awal, terdapat 30 peratus peluang bagi mengelakkan risiko kematian.

Bercakap kepada pemberita selepas meras-mikan sambutan Hari Kanser Sedunia 2016 Peringkat Negeri Perak di Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di sini baru-baru ini, beliau berkata, ujian sarin-gan untuk mengesan kanser di peringkat awal

merupakan langkah penting dan membantu meningkatkan pe-

luang pesakit dapat dirawat dan sembuh sepenuhnya. Beliau memberitahu, kajian menunjukkan bahawa ujian sar-

ingan telah berjaya menurunkan kadar kematian, seperti ujian immunological Feacal Occult Blood test (iFOBT), colonos-copy, pap smear dan pemeriksaan sendiri payudara.

“Perkhidmatan-perkhidmatan saringan ini boleh didapati di mana-mana klinik kesihatan atau klinik desa, ia merupakan langkah yang diambil kerajaan untuk mengurangkan kadar ke-matian akibat kanser di negara ini,” ujarnya.

Menurut Dr Mah, kanser adalah penyebab keempat kematian di seluruh negara, di mana sejak tahun 2011 hingga 2014, per-atus kematian akibat kanser telah meningkat secara perlahan dari 11% ke 13.2%.

Beliau menambah, lebih menggerunkan, kematian akibat kanser dijangka akan meningkat kepada 13.1 juta pada tahun 2030 sekiranya tiada intervensi berkesan dijalankan.

Bagaimanapun, kata beliau, cabaran yang paling utama yang dihadapi adalah untuk mengubah tingkah laku atau amalan se-harian masyarakat kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Rapid Kamunting Lonjak Pertumbuhan TaipingTAIPING - Jaringan pengangkutan yang disediakan melalui kerjasama antara pihak Bas Rapid Sdn Bhd dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan membantu melonjak-kan lagi pertumbuhan pembangunan Greater Kamunting.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, YB Dato’ Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ini kerana perkhidmatan bersepadu itu memberikan manfaat besar kepada masyarakat setempat termasuk di utara negeri ini.

Menurut beliau, menerusi perkhid-matan bersepadu itu, pembangunan Greater Kamunting yang ditekan-kan di dalam pembangunan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menjadi penanda aras kerajaan dalam memberikan perkh-idmatan terbaik kepada rakyat.

“Jaringan pengangkutan yang baik ini akan membolehkan pen-duduk yang tinggal di sini bekerja di tempat yang jauh seperti di Pulau Pinang, Sungai Petani dan seba-gainya kerana adanya sistem pen-gangkutan yang berfaedah kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempur-nakan majlis pelancaran Creating Connectivity & Mobility in Greater Kamunting dan majlis pra pelan-caran Rapid Kamunting di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Taiping di sini baru-baru ini.

Hadir sama di majlis itu, Ketua Eksekutif Koridor Utara Malaysia, Datuk Redza Rafiq, Presiden KTMB Berhad, Datuk Sarbini Tijan dan Ketua Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Zulkifli Mohd Yusoff.

Mohammad Zahir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting berkata, beliau yakin dan percaya dengan adanya jar-ingan pengangkutan bersepadu itu, akan membantu merancakkan kegiatan ekonomi di Kamunting selain memberi impak baik kepada industri pelancongan di Bandar Warisan Taiping.

“Di Taiping dan Kamunting ini sudahpun mempunyai pelbagai ke-mudahan perniagaan seperti pusat beli belah, kemudahan perubatan dan sebagai yang menjadi peman-cu kepada ekonomi di sini,’’ ujarnya.

Sementara itu, Redza pula berpen-dapat, setiap usaha pembangunan wilayah memerlukan elemen ‘hu-man connectivity’ selain daripada pembangunan sumber manusia bagi merancakkan inisiatif pembangunan di sesuatu kawasan.

“Ini merupakan inisiatif pengang-kutan multi model yang menyeluruh bagi kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Sarbini Tijan pula berkata, pihak KTMB di dalam per-ancangannya bercadang untuk men-ubuhkan pelabuhan darat di Taiping.

Menurut beliau, itu merupakan satu pakej pengangkutan yang ba-

haru, setanding dengan kemudahan di Padang Besar yang membolehkan pengangkutan kontena secara pukal.

“Dengan cara itu, banyak aktiviti perdagangan, pembinaan dan per-industrian dapat kita rencanakan dengan kerjasama di antara KTMB, Majlis Perbandaran Taiping, Rapid Bas dan juga NCIA,” katanya.

Mohammad Zahir memotong riben bersempena majlis pra pelancaran Rapid Kamunting.

Dr. Mah di Sambutan Hari Kanser Sedunia 2016, MPTI.

Drs. Nizar menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima bantuan JKM.

PARIT - Peruntukan bantuan dan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu diagihkan secara telus dengan mengambil kira mereka yang tidak berkemampuan dan masih berada di bawah garis kemiskinan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, YB Dato’ Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, pihak JKM pada masa ini sedang memper-halusi senarai penerima bantuan ehsan untuk mempastikan syarat kelayakan ditepati.

Menurut beliau, masyarakat setempat perlu memahami bahawa kerajaan melalui JKM tidak pernah berniat untuk mengetepikan kep-erluan kebajikan mereka yang memerlukan, malah sentiasa cuba untuk mengenalpasti permasalahan yang boleh dibantu pada setiap masa.

“Kita akan menilai secara teliti beberapa faktor tambahan dan yang paling utama ada-lah sama ada mereka berada di bawah garis kemiskinan lagi atau tidak, samada mereka boleh menanggung kehidupan sendiri atau

tidak, agar bantuan boleh diberikan kepada mereka yang lebih tidak bernasib baik dan lebih memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang me-dia selepas menyampaikan sumbangan ke-pada 250 penerima dalam Program Sembang Santai Penerima Bantuan JKM Bersama YB ADUN Kawasan Belanja di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pihak JKM akan menilai keupayaan dan pendapatan anak-anak pen-erima yang sudah bekerja dan samada mereka mampu untuk meneruskan kehidupan dengan sebaiknya tanpa bantuan bulanan.

“Anak-anak kena ada kesedaran dan prihatin kerana ibu bapa mereka juga menginginkan keselesaan, kemudahan dan kecukupan har-ian, jadi sebagai anak kita kena ambil tahu dan memberikan yang semampunya,” ujarnya.

Drs Nizar berkata, walaupun terdapat sege-lintir yang merungut mengenai keputusan pe-mansuhan sumbangan, namun mereka harus mengubah corak pemikiran sekiranya sudah mampu berdiri sendiri dan tidak bergantung

harap kepada JKM semata-mata.

Sementara itu, Pegawai JKM Perak Tengah, Nor A z l i n d a Ahmad Shaari memberitahu, pihaknya telah m e m b e l a n -jakan sekitar R M 6 0 0 , 0 0 0 kepada 2,371 penerima di Daerah Perak Tengah setiap bulan.

Katanya, bantuan tersebut diberikan bukan terhad kepada wang ringgit sahaja, malahan juga dari segi pembaikan rumah rosak dan ter-bakar, tabung bencana, pemberian barangan

keperluan asas seperti makanan, rawatan dan barangan perubatan secara seadanya.

Beliau menjelaskan, bagi pemohon yang dihentikan atau ditolak, mereka masih boleh melakukan rayuan dan pihaknya akan cuba untuk membantu dan menilai berdasarkan syarat dan kriteria yang dipenuhi.

Agih Bantuan Secara Telus

Page 8: 1 MAC 2016

8 SEMASA Edisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Penduduk Dua Kampung Orang Asli Terima Pampasan

SLIM RIVER – Penantian penduduk dua kampung Orang Asli di Slim River sejak lebih setahun lalu untuk mendapat pampasan yang lebih adil akhirnya berbaloi.

Mereka menerima pampasan lima kali ganda daripada yang ditawarkan sebelumn-ya, selepas kerajaan negeri meminta Jabatan Penilaian, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat bancian lebih terperinci.

Segalanya bermula apabila ladang getah dan kebun buah-buahan 21 penduduk Kg Kuala Bil dan Kg Sungai Bil terlibat di dalam laluan kabel bervoltan tinggi dari Perak ke Pahang.

Penduduk kampung membantah pampasan

awal yang ditawar-kan kerana menurut mereka tidak berbaloi dan merayu campur tangan kerajaan negeri.

Beberapa penduduk yang ditemui melahir-kan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap masalah mereka.

Penduduk Kg Kuala Bil, Haris a/l Husin, 36, (kiri) berkata, dia menerima cek pampasan berjumlah RM42,000, berbanding pampasan awal yang ditawarkan hanya RM11,000.

“Terima kasih kepada Menteri Besar kerana dapat menyelesaikan masalah kami yang men-unggu-nunggu sehingga sekarang baru kami dapat pampasan tersebut,” katanya ketika dite-

mui selepas majlis penyerahan cek pampasan itu di Kg Sungai Bil, dekat sini baru-baru ini.

Penyerahan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Rusnah Kassim yang juga ADUN Behrang. Hadir sama Pengawai Daerah Muallim, Nor Sham Rahman.

Tok Batin Kampung Sungai Bil, Yusof Duyong berharap anak-anak buahnya akan menggunakan pampasan yang diterima den-gan sebaik-baiknya demi masa depan anak cucu mereka.

“Walau kita tahu tanah itu kehilangan se-lamanya, kita terimalah walaupun sedih, ini

adalah untuk guna sama, kita tidak boleh perti-kaikan, jadi kalau ada modal itu, buatlah yang lain,” ujarnya.

Penasihat Koperasi Pembangunan Orang Asli Perak Berhad, A. Ramesh yang turut hadir menyifatkan pampasan yang diterima penduduk kampong itu adalah yang tertinggi dalam sejarah negeri Perak.

“Bukan sebab kerajaan tidak mahu memberi pampasan yang sewajarnya, tetapi disebabkan oleh isu-isu yang berkaitan dengan nilai sebe-nar, jumlah pokok, anggaran, spesis dan se-bagainya, ada kalanya pampasan itu kurang,” jelasnya.

Sementara itu, Rusnah memberitahu, pada awalnya pampasan untuk penduduk terlibat hanya RM178,000 tetapi meningkat kepada lebih RM858,000 selepas campurtangan kera-jaan negeri.

Beliau berharap para penerima akan meng-gunakan sebaik mungkin pampasan yang diterima, khususnya untuk pendidikan anak-anak mereka kerana hanya dengan pendidikan sahaja yang boleh membawa mereka keluar daripada garis kemiskinan.

“Juga untuk simpanan hari tua nanti kerana mereka tidak dapat lagi bekerja di kebun-ke-bun, jadi pampasan ini akan menjadi sesuatu yang berguna dan manfaat untuk hari tua mereka,” kata beliau.

Pelan Tindakan Strategik Usahawan Baru

IPOH - Di dalam kesungguhan mencapai hala tuju setiap portfolio di bawahnya, YB Dato’ Samsudin Abu Hassan (gambar) tidak berkecil hati digelar exco pelan tindakan strategik ker-ana mahu mempastikan segala tindakan yang hendak dilaksanakan mempunyai fokus dan sasaran.

Sebaik sahaja diberi tanggungjawab menjaga portfolio hal ehwal pengguna, pembangunan usahawan, koperasi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil, beliau mewujud-kan beberapa pelan tindakan strategik sebagai garis panduan gerak kerja jawatankuasa yang dipengerusikannya.

Bermula dengan Pelan Tindakan Strategik Ketua-Ketua Kampung Daerah Batang Padang 2015 - 2017, beliau memperkenalkan Pelan Tindakan Strategik PEMADAM 2015 – 2020, Pelan Tindakan Strategik NGO 2015 – 2010 dan Pelan Tindakan Strategik Usahawan Perak 2016 – 2020.

Setiap pelan tindakan strategik itu diwujud-kan hasil program percambahan minda semua pihak yang terlibat.

Terbaharu, beliau bakal mewujudkan Pelan Tindakan Strategik Pembangunan Usahawan Berpotesi 2016 – 2020 melalui sesi bengkel

`brainstorming’ yang dihadiri lebih 60 wakil agensi, persatu-an perniagaan, persatuan belia, DUN Belia dan institusi penga-jian tinggi.

Bengkel itu antara lain untuk mengenal pasti, membangun dan membimbing bakal usa-hawan agar menjadi usahawan berjaya yang dapat menyum-bang kepada kelestarian ekono-mi negeri.

“Dengan bengkel kedua ini, ia menjurus kepada usahawan-usahawan baru yang dilahir dan akan dilahirkan untuk mere-ka diberi maklumat tentang para syarat untuk menjadi usahawan, tentang kemudahan dan peluang yang boleh mereka perolehi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel dua hari itu di Hotel Casuarina @ Meru di sini baru-baru ini.

Samsudin memberitahu, bengkel kali ini turut dihadiri oleh beberapa ketua jabatan serta agen-si yang dipertanggungjawabkan untuk pemban-gunan usahawan.

“Kita berharap dengan bengkel ini nanti, satu pelan tindakan strategik yang terancang boleh dibangunkan dan digunakan bagi memberi pan-duan dan tanda aras kita, khususnya bagi mem-bangunkan usahawan baru,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa hasil penemuan bengkel ini akan digabungkan dengan hasil da-patan bengkel yang diadakan di Langkawi awal tahun ini, yang dikhususnya untuk usahawan yang telah lama wujud.

Menurutnya, pelan tindakan strategik itu kemudiannya akan dibentangkan di dalam mesyuarat Exco untuk mendapat kelulusan dan sokongan kerajaan negeri.

Rusnah bergambar bergambar penduduk yang menerima pampasan.

Samsudin bersama peserta bengkel di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh.

Nolee di pelancaran Pakej Agro Tourism Perak.

Yusof Duyong Haris a/l Husin A. Ramesh

IPOH – Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara, Perak memperkenalkan beberapa produk pelancongan di bawah Pakej Agro Tourism.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian,Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Nolee Ashilin Radzi berkata, tumpuan diberikan kepada produk berasaskan pertanian, perikanan dan penter-nakan, sebagai salah satu komponen sokon-gan kepada Kempen Cuti-cuti 1 Malaysia: Dekat Je tahun ini.

Menurut beliau, Tourism Malaysia Perak telah mengenalpasti lapan produk berasas-kan agro pelancongan di sekitar negeri yang boleh dipromosikan kepada pengunjung.

Beliau memberitahu, antara produk itu ialah Sahom Farm Valley dan Refarm di Kampar; Gaharu Tea Valley, Gopeng; iG-row di Kampung Gajah; Trong Leisure Farm, Taiping; Pink Guava Sime Darby ser-ta Sahabat Hutan Bakau Lekir di Sitiawan dan Syamille Agro Farm di Kuala Kangsar.

“Pemilihan tema agro-tourism itu ber-sesuaian dengan klus-ter penjenamaan Perak kerana semua produk itu sudah bersedia menerima kunjungan pelancong dan diyak-ini membawa dimensi baru kepada industri pelancongan negeri ini,” katanya kepada pemberita dalam si-dang media sempena Pelancaran Pakej Agro Tourism Perak: Matta Fair Perak Mac 2016

di Ipoh Parade di sini baru-baru ini.Nolee berkata, antara produk pelancongan

utama yang mendapat sambutan baik dari orang ramai adalah makanan, warisan dan taman tema.

Katanya, keunikan gabungan dan integrasi pelbagai budaya serta kesenian di Perak adalah antara faktor utama kesemua produk tersebut mendapat perhatian ramai pelan-cong baik tempatan dan luar negara.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Perak mencatatkan lebih 1.3 juta pengun-jung sehingga September 2015 dan angka tersebut dijangka meningkat dengan promo-si Agro Tourism sepanjang tahun ini.

Menurutnya, antara pelancong yang pal-ing kerap mengunjungi Perak adalah dari Singapura dengan lebih 20,000 orang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan terus ke Ipoh.

Katanya, kemerosotan nilai ringgit baru-baru ini turut memberi impak positif kepada industri pelancongan di Perak.

Perak Perkenal Pakej Agro Tourism

Page 9: 1 MAC 2016

9ENGLISH SECTIONEdisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

PERAKFind HereWhat’s InsIde?

Let’s Eat

Local Scenes

Getaway

Page 12Page 11

Page 10

BREAST CANCER -A Battle To Survive

A Different Kind Of Retreat At Gaharu Tea Valley

Walk Back In Time At Perak Museum

Delectable Rawang Steamed Fish In Ipoh

OUR HERITAGE OUR PRIDE

Page 10: 1 MAC 2016

10 ENGLISH SECTION Edisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

At first it felt like nothing to really worry about as it was just a small lump in the breast but soon, her world was shattered when the prognosis for cancer read positive.

“It was my darkest moment, and I could not comprehend a single word uttered by the doctor as the only thing I thought about at that moment was when was I going to die,” said Sofiah Hussain, a 49-year old housewife.

She was diagnosed with Stage Two cancer in 2014 and has her fair share of harrowing tales of pain and excruciating treatments she had to go through during her battle to survive the killer disease.

After a very painful mastectomy and six rounds of debilitating chemotherapy, Sofiah was finally given a green health pass last week.

“Tests show that the cancer cells are completely

gone now but it had not been easy getting to this point,” she said with teary eyes.

“Only those who had been through the chemotherapy know the sufferings and the pain one has to endure. No words can describe it and trust me, the surgery is nothing compared to the chemo,” she told reporters during the state-level World Cancer Day celebration held in Teluk Intan on Thursday.

Losing her energy, appetite and weight altogether, her psychological state was slowly slipping away as she was constantly feeling depressed and anxious.

At the verge of losing all hopes, she turned to her family which never failed to shower her with constant positivity and love.

Sofiah, who was among several speakers who shared their experiences in battling cancer admitted that much of her suffering could have been avoided had she gone for regular checks.

She confessed that it never crossed her mind to go for any screenings as she never felt ill or experienced any signs or symptoms of the cell disease.

“My mother had colon cancer but never once did I get myself checked,” she said and admitted that it was more to do with modesty that prevented her from finding out earlier.

By [email protected]

Gopeng is increasingly becoming popular as a hiking and adventure destination with

many natural or man-made recreational spots. Gaharu Tea Valley is one such place where people can unwind and relax in a peaceful environment surrounded by nature.

Gaharu which is Agarwood and also called Eaglewood, Aloeswood, ChenXiang, Jin-koh or Oud is extensively planted here with about 200,000 trees occupying an area of 300 acres surrounded by hills and forest.

A Japanese Agarwood researcher had spent years studying the pollination of this tree specimen and succeeded eventually, but growing requires suitable soil and environment for good quality wood.

Therefore, he came to Gopeng with 200 seedlings in 1992 where he met David Ho Kwan

Meng, the founder and chairman of Gaharu Tea Valley and from then, the chance project took shape.

The plantation has been built with a surrounding wall replicating a mini Great Wall of China not just for aesthetic reasons but to prevent thieves as the wood is extremely pricey.

Agarwood is mostly used for making incense and its oil can also be used to protect highly valuable metal artifacts. At the plantation, one of the products from Agarwood is a special tea drink that is claimed to possess a cancer inhibiting effect. However, David claims this is only effective if the Agarwood used is good quality and treated organically without waxing.

At the Gaharu Tea Valley, one interesting attraction is a viewing arena where visitors are offered an amazing sweeping view of the valley. There is also a small lake at the plantation were one can relax in a scenic and tranquil environment.

Gaharu Hugging Park is another interesting point where visitors can view animals painting on the trees. Visitors are encouraged to hug a tree here for photo memories. Lover’s Park is the final stop for the tour here where two huge trees are entwined like lovers.

Domestic retail of products from the plantation is done at the HOGA Mart at the plantation, via their online shop at www.hoga.my as well as also sold at various local outlets. HOGA products are also sold overseas through established retail partners in Dubai, Hong Kong, Indonesia, Australia and Canada. At the Gaharu Tea Valley, visitors can also try HOGA ice-cream and HOGA tea-eggs.

Gaharu Tea Valley is located at Pintu Padang village in Gopeng, Perak. Its open daily from 9am to 6 pm and visitors can call (605)3511 999/ 3575 999 for further details.

BREAST CANCER

A Different Kind Of Retreat At Gaharu Tea Valley

a battle to survive

local scenes

“Tests show that the cancer cells are completely gone now but it had not been easy getting to this point,”

getaway

Dr Mah observing the exhibition by Perak Health Department.

Sofiah Hussain and her husband.

Enthralling performance for World Cancer Day 2016.

Page 11: 1 MAC 2016

11ENGLISH SECTIONEdisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Delectable

By Lita [email protected]

Malaysia is renowned as a global food destination with seafood being a favourite part of the menu and when it comes to fish, discerning locals usually know the best place to enjoy the finest there is to offer.

In the Klang Valley, people are willing to

beat the jam and distance to head to the famous Rawang steamed

tilapia that is run by Lan Je Fei Chau or more fondly

known as Sister Lan by locals there.

Now, people in Ipoh can also

savour this tasty offering without having to drive 200km to Rawang as the restaurant has opened its outlet in Simpang Pulai which is just 12 km to the south

of Ipoh city.Operating since

the end of April 2015, the famous

dish here is the ‘fei chau yu’, which is

steamed black tilapia, flavoured with specially

grown ginger from Bentong in Pahang.

Running the show at the Ipoh outlet is Victor Lee, 31, a young developer who

said he was inspired to open the business as he claims to be an avid traveller and food enthusiast who have tried thousands of delicacies from around the world.

“I felt the need to share good oriental recipes especially on freshwater fish dishes as many people are put off by its flavour and smell when it is not done according to the right method with proper ingredients,” he said.

Victor added that most of the ingredients used at the restaurant are homemade and one serving of black tilapia fish at his restaurant usually weighs about 350g and priced starting from RM18.

The life tilapias are caught from display cases at this restaurant for diners, prepared according to their order and served in about 15 minutes.

The other specialties and favourite dishes here are its Szechuan Boneless Spring Chicken (RM20), Petola with Creamy Egg and Tofu Gravy (RM17), Hakka-Style Stir-Fried Baby Kailan and Melting Cheese Prawn (RM30).

The restaurant has 22 tables and can comfortably accommodate about 180 diners. Victor who graduated from Northampton College, Manchester with degree in Management Studies, said restaurant business is tough but customers come first service is crucial along with loads of patience and public relations skills.

This extra asset in running his business along with his tasty and nutritious seafood menu has earned him a steady stream of loyal diners.

Rawang Famous Steam Fish which is a Non-Halal restaurant is located at 1, Lapangan Symphony Business Park, Jalan Lapangan Symphony, 31350 Ipoh and operates from 12p to 3pm and 6pm to 10pm daily.

Rawang Steamed Fish

In Ipoh

let’s eat

“I felt the need to share good oriental recipes especially on freshwater fish dishes”

Petola with Creamy Egg and Tofu Gravy

Melting Cheese Prawn

Famous Rawang Steamed Blac Tilapia

Szechuan Boneless Spring Chicken Hakka-Style Stir-Fried Baby Kailan

Note - This is a non-halal restaurant.

Page 12: 1 MAC 2016

12 ENGLISH SECTION Edisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Taiping is home to the oldest museum in Peninsular Malaysia. Located just three kilomteres from the town centre opposite the equally historic Taiping Prison, Perak

Museum showcases the history of Perak and its relevance to the present and future.

Built in 1883, the museum was the brainchild of Leonard Wray Junior who was botanist, geologist, chief officer for Larut Garden and the museum’s first curator.

Leonard started the museum with four galleries, a library and an administrative section, which had a curator, a taxidermist, a clerk and a caretaker.

These four galleries displayed zoological, archaeological, ethnological and herbarium materials, much of it recorded and collected by Leonard himself.

The museum’s library is also the first in Malaysia and since inception, it has provided invaluable reference books, periodicals, government gazettes and other materials on anthropology, archaeology, history, culture, nature and science.

The British officials in Perak then donated most of the books, many of which were in English and today, the library’s collection is over 6,000 with few of them considered quite rare and priceless.

Currently, the Department of Museums and Antiquities is in charge of Perak Museum which is also under the Ministry of Culture, Arts and Tourism.

Many of the museum’s earlier collections still remains on display and to date, the total accumulated collections is 8,474, consisting of 5,074 cultural collections, 523 nature collections and 2,877 miscellaneous collections including archaeological items.

Interesting and rare collections Include stuffed animals and skeletons that are well over a hundred years old.

As one enters the museum, the throne of the former Sultan of Perak dominates.

Well maintained and informative, the museum reflect Perak’s rich historical heritage through its impressive collection of zoology, pre-history, economy and ethnology artifacts.

Visiting hours are between 9am and 5pm, including holidays, except on the eve of Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidilada. Admission is free.

Walk back in time at

our heritage our pride

PERAK MUSEUM

Page 13: 1 MAC 2016

13DI MANA WAKIL RAKYAT ANDAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Di Mana Wakil Rakyat Anda

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang juga merangkap Ahli Parlimen Larut merasmikan Pertandingan Liga Bola Sepak 11 Sepasukan Peringkat Parlimen Larut di Padang Bola Sepak, Bagan Bharu.

Ahli Parlimen Tapah, YB Dato’ M. Saravanan di Majlis Pelepasan Program Siri Kayuhan Beca Melaka 2016 ( 1Malaysia) yang berlangsung di Balai Polis Tapah. Beliau turut melancarkan gimik perasmian dengan mengayuh beca tersebut di sekitar dataran balai polis.

ADUN Pasir Panjang, YB Dato’ Rashidi Ibrahim hadir di Perasmian Program Jiwa Murni bertempat di Maahad Tahfiz, Kampung Teluk Rubiah. Di kesempatan itu beliau mengambil peluang untuk beramah mesra bersama anak-anak di Maahad tersebut.

Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Rusnah Kassim di Program I Love Clinic Solat yang dilaksanakan di Masjid Batu, Lenggong. Klinik pembelajaran ini khas kepada golongan OKU dalam memberi bimbingan yang betul semasa mendirikan solat. Klinik ini bakal diperluaskan ke kawasan lain.

Page 14: 1 MAC 2016

14 AHLI MAJLIS BERSAMA MASYARAKAT Edisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Ahli Majlis Bersama Masyarakat

Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), Norazermi Choo Johari di Program Turun Padang Gotong-Royong di Plaza Batu Gajah. Intipati program merangkumi aspek mengenal pasti kerosakan yang perlu dibaiki oleh MDBG dan mengambil tindakan segera segala aduan yan diterima daripada peniaga di plaza tersebut.

Ahli Majlis MBI bagi zon Sg. Rokam/ Ipoh Jaya/ Ampang, Isfarina Mohd Bali bersama komuniti setempat menyertai program gotong-royong yang dianjurkan di sekitar Ipoh. Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan setempat dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebersihan dan pencegahan wabak denggi.

Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Lenggong, Mohd Razli Ahmad merangkap Pengerusi Ketua Kampung Parlimen Lenggong dan Ketua Kampung Lenggong di program anjuran Yayasan Bina Upaya yang berlangsung di Kampung Chain melibatkan 10 pelajar Amerika, Perancis dan Jerman. Mereka bersama kira-kira 150 orang penduduk kampung terlibat dalam program kemasyarakatan dan ramah-mesra.

Page 15: 1 MAC 2016

15SEMASAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Sentimen Benci Pemimpin Punca Keruntuhan Negara Islam

IPOH - Tokoh ulama terkenal dari Yaman, Al-Habib Umar Hafidz menasihati umat Islam supaya mengam-bil iktibar terhadap keruntuhan dan perpecahan yang sedang berlaku di berapa negara Islam sehingga mer-ebak kepada sentimen benci-membenci, memusuhi satu sama lain di kalangan pemimpinnya.

Sebaliknya, katanya, umat Islam perlu bersama-sama berganding bahu untuk meredakan keadaan dalam mencari perdamaian dan keharmonian di dalam kehidupan ini.

Menurut beliau, orang yang berakal adalah orang yang bermuhasabah untuk dirinya di masa ini dan di masa akan depan iaitu di akhirat nanti.

“Kita juga perlu mengambil iktibar daripada ne-gara-negara Eropah yang mana mereka bersatu atas nama Eropah walaupun budayanya berbeza.’’ ka-tanya.

Habib Umar berkata demikian semasa mem-berikan ceramah bertajuk: Keutuhan Silaturrahim Kekuatan Ummah di Majlis Multaqa Pegawai

Kerajaan Bersama Habib Umar di Dewan Serbaguna Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di sini baru-baru ini.

Beliau memberi ceramah dalam bahasa Arab dan diterjemahkan terus oleh anak muridnya yang juga merupakan seorang tokoh ulama terkenal nusantara, Al-Habib Ali Zaenal Abidin.

Menurut susur galur keturunan-nya, Habib Umar adalah ketu-runan yang ke-33 keluarga Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau ditanya oleh seorang hadi-rin pada sesi soal jawab tentang isu wujudnya kumpulan yang cuba menjatuhkan pemimpin negara dan

kerajaan yang dipilih rakyat. Majlis itu yang dianjurkan oleh Yayasan Kemajuan

Islam Darul Ridzuan (KADIR) dihadiri ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri Perak.

Kepada soalan seorang lagi peserta mengenai ke-bimbangan kegiatan mubaligh luar yang memurtad-kan umat Islam di negara ini, Habib Umar berkata, keadaan itu berlaku kerana sikap lemahnya umat Islam sendiri terhadap agamanya.

“Seburuk-buruk kekufuran adalah murtad kerana awalnya Islam kemudian keluar daripada Islam,’’ ka-tanya.

Menurut Habib Umar, umat Islam harus sentiasa diberi pemahaman tentang agama Islam meliputi akhlak, tindakan dan perbuatannya.

Selain itu katanya, kerajaan hendaklah meletakkan dasar-dasar utama dalam hal ini khususnya dalam melaksanakan dakwah bagi meningkatkan syiar Islam di negara ini.

IPOH - Penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias tidak menyangka langsung mengalami masalah jantung kerana beliau sentiasa mengamalkan cara hidup sihat seperti menjaga pemakanan dan berse-nam.

Tambahan pula, katanya, beliau telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang terperinci tahun lalu, ter-masuk ujian stress dan keputusannya menunjukkan tiada masalah jantung.

Bagaimanapun, beliau mengakui nasihat doktor yang merawatnya bahawa ia mungkin disebabkan be-banan kerja sepanjang sepuluh tahun membangunkan pusat pendidikan Al – Barakah.

Beliau memberitahu, selain mengamalkan pema-kanan yang sihat, beliau suka mendaki bukit, lebih

suka naik tangga ber-banding lift dan tidak pernah berasa penat.

“Bila jadi jantung, saya rasa terkejut, satu benda yang sangat mengejut-kan saya sebab makan minum saya sangat jaga, bersenam, mendaki bukit, main badminton adalah saya punya hobi, sebab itu saya tidak sangka saya kena seran-gan jantung.

“Jadi doktor kata sebab bebanan kerja, proses kerja stress terlalu tinggi, itu memang saya akui,”

katanya pada sidang media di Pusat Pendidikan Al – Barakah di sini, baru-baru ini.

Sidang media itu adalah yang pertama selepas mengalami serang jantung semasa berceramah di Kelantan pertengahan Februari lalu.

Penceramah terkenal itu berkata, buat masa ini, tahap kesihatannya memuaskan dan selepas rawatan susulan pada Khamis lalu, doktor mengesahkan se-muanya berjalan baik.

Bagaimanapun, kata beliau, cuma otot bahagian jantung yang terluka akibat serangan jantung masih belum pulih sepenuhnya disebabkan penyakit kenc-ing manis yang dihidapinya.

Ustaz Kazim Tidak Sangka Alami Masalah Jantung

SELAWAT PERDANA IPOH… Lebih 20,000 umat Islam membanjiri Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk bersama-sama dua tokoh ulama, Al Habib Umar Bin Hafidz dan Al Habib Ali Zaenal Abidin dalam Majlis Selawat Perdana Ipoh baru-baru ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Ghazali Jalal, Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Zamri Man, Pengarah JAIPk, Dato’ Mohd Yusop Husin, Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Dato’ Yahya Madis dan Pengerusi KADIR, Dato’ Azhar Ahmad.

Majlis dimulakan seawal jam 6.30 petang dengan persembahan qasidah oleh berapa kumpulan seperti Al Ansori, Al – Barakah dan kumpulan anak-anak Orang Asli dari Kampung Kenang, Sungai Siput.

Rombongan dua tokoh ulama tersebut tiba ke Dataran MBI selepas solat Isyak berjemaah kira-kira jam 9.30 malam untuk memulakan Selawat Perdana.

Kemuncak majlis ialah ceramah oleh Al-Habib Umar dalam bahasa Arab yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin.

SUMBANGAN UNTUK AL-BARAKAH… Kerajaan negeri Perak menghulurkan sumbangan sebanyak RM500,000 untuk perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Pendidikan Al – Barakah.

Sumbangan disampaikan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Besar, Dato’ Azhar Ahmad dalam satu majlis ringkas di pusat pendidikan itu di Majoi, Ipoh, baru-baru ini.

Pengasas Al – Barakah yang juga penceramah terkenal, Datuk Uztaz Kazim Elias yang menerima cek sumbangan itu merakamkan penghargaan di atas sumbangan dan keprihatinan kerajaan negeri.

Azhar ketika ditemui memberitahu, sumbangan itu bukanlah yang pertama kali, sebaliknya ia merupakan sumbangan tahunan yang telah dimulakan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, sumbangan itu juga adalah susulan lawatan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir ke pusat pendidikan agama itu baru-baru ini.

Page 16: 1 MAC 2016

16 SEMASA Edisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Sinar Baru Untuk Ganesan

IPOH - Sudah hampir setahun, M. Ganesan, 36, yang pernah bek-erja sebagai pengawal keselamatan, tidak dapat berjalan ekoran kema-langan jalanraya yang dialaminya pada Februari 2015.

Walaupun pada awal kemalangan, anak bongsu kepada tiga beradik itu masih boleh berjalan tetapi lama kelamaan kesihatannya tidak men-gizinkan dan dia terpaksa duduk di rumah.

Mujurlah ibunya K. Puspavati, 59, memberanikan diri untuk menghubungi Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak untuk memohon bantuan.

Akhirnya, pada 1 Mac lalu, Ganesan selamat menjalani pembedahan untuk membetulkan semula kedudukan saraf ditengkuknya yang membataskan pergerakannya selama ini.

Disebabkan ketidak upay-annya, kos pembedahan yang mencecah hampir RM10,000 itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan melalui tabung kebajikan.

Ganesan ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana Sivarraajh sudi membantu, tam-bahan pula keluarganya tidak mampu untuk menampung kos pembedahan ribuan ringgit.

“Emak saya pun susah, teri-ma kasihlah sebab tolong kita, sedikit hari lagi saya akan pergi fisioterapi.

“Lepas saya boleh jalan, saya boleh jaga emak yang sudah tua, bapak sayapun sudah tak ada, kita pun orang susah,” ka-tanya ketika ditemui di rumahn-ya di Taman Star, Ipoh di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Sivarraajh yang ditemui ketika melawat keluarga itu memberi jaminan akan berusaha membantu, se-mentara menunggu Ganesan sembuh yang dijangka enam bulan lagi.

“Beliau sedang dalam proses baik pulih, boleh berjalan sikit-sikit, dan selepas melalui proses fisioterapi, saya per-caya beliau boleh kembali kepada keadaan asal dan boleh bekerja,” ujarnya.

Sivarraajh mengucapkan terima kasih kepadq semua pihak yang membantu, khususnya YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir, Kementerian Kesihatan dan pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Beliau percaya banyak lagi kes seumpama itu, ukan sa-haja di negeri Perak, tetapi juga di seluruh negara.

“Mereka boleh datang ke mana-mana pejabat MIC dan kami Pemuda akan berusaha sedaya upaya untuk membantu setakat yang termampu,” kata Sivarraajh.

Bertemu Pelanggan Atasi Masalah Rakyat

SUNGAI SIPUT - Penduduk di Kampung Troso, Sungai Siput Utara mahu program Bertemu Pelanggan yang dianjurkan Pusat Khidmat ADUN Lintang diadakan lebih kerap kerana ia terbukti dapat mengatasi masalah mereka dengan agensi dan

jabatan kerajaan. Mereka berpendapat, melalui

program itu, mereka bukan sa-haja dapat bersemuka dengan ketua-ketua jabatan, malah da-pat berjimat dan tidak perlu lagi mengeluarkan belanja besar un-

tuk berurusan di bandar. Syed Najib Syed Mahdi, 42, berkata, progam bertemu pel-

anggan amat penting baginya dan juga penduduk Kampung Troso untuk bersemuka dengan ketua-ketua jabatan dan agensi

kerajaan bagi menyampaikan masalah mereka. “Sudah lama saya menunggu program sebegini

kerana saya dapat meluahkan masalah saya kepada pihak RISDA berhubung penanaman getah,” katanya ketika ditemui di program itu, baru-baru ini.

Mahalil Md Ishak, 76, pula berkata, beliau amat lega kerana urusannya untuk mendapatkan kad hijau bagi bantuan RISDA dapat diselesaikan pada hari yang sama.

“Dengan adanya program sebegini, amat memu-dahkan kerana kami masyarakat di sini tidak perlu

lagi berurusan jauh atau pergi ke Ipoh, semuanya dis-elesaikan di sini,” ujarnya.

Sementera itu, ADUN Lintang, YB Dato’ Zolkafly Harun memberi jaminan program itu akan diadakan lebih kerap untuk memberi peluang seluruh penduduk kampung mengemukakan permasalahan mereka kepada ketua-ketua dan agensi kerajaan bagi tindakan penyelesaian.

`“Memang menjadi prinsip saya untuk turun padang, menden-gar denyut nadi rakyat dan program ini akan kita akan buat ker-ap di dalam bentuk santai, kita turun ke kampung-kampung, berjumpa rakyat dan mendengar keluhan mereka,” katanya.

Zolkafly di Program Hari Bertemu Pelanggan.

Sivarraajh bertanyakan sesuatu kepada Ganesan.

PRIHATIN…Nasib seorang pelajar kolej komuniti, Mohd Hafiz Zulkifli, 24, yang menderita lumpuh dan sakit saraf selepas terbabit dalam kemalangan Disember lalu mendapat perhatian ADUN Lintang, YB Dato’ Zolkafly Harun.

Zolkafly yang datang melawat pelajar itu di Kampung Periang, Sungai Siput Utara baru-baru ini menyumbangkan sebuah kerusi roda dan wang tunai.

Bapa Mohd Hafiz, Zulkifli Razali, 50, melahirkan rasa syukur dan lega apabila penderitaan anaknya mendapat perhatian wakil rakyat.

Sambil mengucapkan terima kasih, beliau mengakui bantuan kerusi roda itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarganya.

Mahalil Md Ishak Syed Najib

M. Ganesan

Page 17: 1 MAC 2016

17SEMASAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Harmonikan Hubungan Media Perak, Medan

MEDAN, INDONESIA - Pepatah lama ada berkata, tak kenal maka tak cinta…berdasar-kan kepada itu, Kelab Media Perak bersama-sama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak mengambil inisiatif men-ganjurkan rombongan ke Medan, Indonesia untuk untuk mengharmonikan hubungan dua hala dengan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI).

Program 3 hari 2 malam disertai hampir 40 orang rakan media dari pelbagai agensi yang bertugas di negeri Perak.

Ketibaan rombongan media Perak di Lapangan Terbang Kualanamu Indonesia dis-ambut dengan penuh mesra oleh wakil media Indonesia.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya lawatan ke Universiti Yayasan Panca Budi, kunjungan ke rumah Gabenor, sesi pertemuan bersama pelajar Malaysia di Medan dan se-bagainya.

Menurut Setiausaha Agung PKMM, Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim, lawatan itu merupakan usaha mempromosikan tempat pelancongan yang sedia ada di kedua-dua ne-gara selain mengeratkan silaturahim di kalan-gan pengamal media.

Katanya, kedua-dua negara berkongsi sedikit sebanyak persamaan dalam bentuk se-jarah, justeru itu, ianya perlu sentiasa dipupuk dan disemai bagi memastikan jalinan silatura-him itu tidak terputus.

“Indonesia dan Malaysia bagaikan abang dan adik, jadi apa salahnya kita adakan ini-siatif ini melawat mereka khususnya penga-mal-pengamal media.

“Medan khususnya mempunyai pelba-gai destinasi pelancongan yang amat baik, harapnya kita dapat mempromosinya di ne-gara kita dengan harapan, apabila mereka datang ke Perak nanti mereka akan lakukan perkara yang sama,” katanya.

Sebagai acara kemuncak lawatan itu, satu perjanjian persefahaman telah ditandatan-gani antara Pengerusi Kelab Media Perak dan Pengerusi Persatuan Wartawan Indonesia yang disaksikan oleh Timbalan Gabnor Sumatera Utara Indonesia, Ir H Tengku Erry Nuradi.

Tengku Erry ketika ditemui memberitahu, beliau amat menghargai insiatif yang dilaku-kan oleh PKMM dalam mewujudkan perjan-jian tersebut.

Katanya, perjanjian persefahaman itu pent-ing lebih-lebih lagi kedua-dua negara baru sa-haja menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

“Di era perjanjian TPPA nanti, kerjasama erat ini amat diperlukan supaya sesuatu mak-lumat dapat disebarkan secara tepat dan pan-tas mengenai kedua-dua negera khususnya Medan dan Perak.

“Harapnya jalinan ini akan terus dapat diperkukuhkan, di samping itu kedua-dua pihak dapat mempromosikan tempat masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, pihaknya telah bersetuju untuk menghantar delegasi perwakilan media Medan untuk ke Ipoh sebagai membalas lawatan yang dibuat ke atas kota itu.

Bertemu Kelab UMNO MedanMEDAN, INDONESIA - Sepanjang lawatan Kelab Media Perak ke Medan selama dua hari tiga malam, anggota delegasi turut menghadiri jamuan makan malan bersama lebih 20 ahli Kelab UMNO Medan (KUM).

Penasihat Kelab UMNO Indonesia merang-kap Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim berkata, KUM diik-tiraf sebagai kelab UMNO luar negara paling aktif di seluruh dunia.

“Ia terbukti apabila mereka mencapai ke-jayaan cemerlang dalam penganugerahan kelab UMNO terbaik selama tiga tahun bertu-rut-turut,” katanya ketika ditemui pada jamuan makan malam itu.

Jelasnya, kelab yang disertai oleh pelajar Malaysia daripada 14 universiti di seluruh Indonesia itu telah menjalankan pelbagai pro-gram yang melibatkan penduduk tempatan.

“Mereka telah melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan penduduk tempatan di sini, seperti contoh klinik bergerak ke kawasan pendalaman dan membantu penduduk yang daif. “Bayangkan tiga tahun berturut-turut mereka telah diiktiraf, ianya sudah tentu akan

memberi imej dan impak yang baik kepada UMNO sendiri,” ujarnya.

Justeru itu, katanya, peruntukan yang besar perlu diberikan kepada semua kelab UMNO di luar negara agar ia dapat disalurkan kepada program yang mereka jalankan.

“Tahun lalu apabila mereka diiktiraf kelab paling aktif, hanya sedikit wang sahaja telah diberikan kepada mereka. Ini tidak setimpal dengan apa yang telah dikeluarkan termasuk wang dan tenaga mereka.

“Saya harapkan, kepimpinan pusat melihat

perkara ini kerana pelajar-pelajar ini mewakili parti dan melakukan kerja yang amat bagus bagi imej kita, sayang jika kita tidak hargai mereka dan saluran-sauran dana itu tidak di-beri secara sepatutnya,” ujarnya.

Page 18: 1 MAC 2016

18 WARISAN Edisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Masyarakat dahulu kala bijak mengolah sesuatu bahan ma-kanan supaya tidak terbazir dan cepat rosak, sebagai contoh masakan popular ikan masak belotak yang dicipta oleh golon-gan pesawah daripada hasil tangkapan ikan air tawar.

Jenis ikan seperti haruan, keli dan puyu sering menjadi habuan para pesawah kerana banyak terdapat di kawasan sawah, pada zaman dahulu masih belum ada teknologi moden seperti peti ais bagi mengekalkan kesegaran ikan. Jika ada sekalipun har-ganya tentu mahal dan tidak mampu dimiliki terutama yang

tinggal di pedalaman kampung.Ikan masak belotak pada asalnya menggunakan ikan yang

separa rosak atau sudah lembik daripada terbuang begitu sa-haja, ia akan dibasuh menggunakan daun bebuas atau kunyit bagi menghilangkan bau hanyir.

Sedikit info mengenai bebuas atau limau pantai, ianya mem-punyai khasiat tersendiri untuk kesihatan, air rebusan pucuk herba bebuas dikatakan dapat menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya boleh dicelur atau direbus dan dijadi-

kan ulam-ulaman.Cara menghasilkan ikan masak belotak ialah ikan (guna ikan

haruan atau puyu) dibersihkan dan direbus, hanya isinya sa-haja diambil. Ramuannya seperti bawang merah, daun kunyit, santan kelapa, serai, cili padi, asam gelugur dan serbuk perasa.

Campurkan semua bahan dan masak di atas api sehingga mendidih, kemudian siap untuk dihidangkan. Selamat men-cuba.

Rasa dan teksturnya rangup dan enak, sesuai dijadi-kan sebagai kudapan sampingan.

Nama kuih siput diambil oleh kerana rupanya me-nyerupai cengkerang siput dan berwarna seakan keemasan. Kuih ini tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan ia sinonim ketika musim perayaan malah banyak dijual di pasaran.

Penyediaan dan cara menyediakannya juga tidak begitu renyah berbanding kuih yang lain oleh kerana hanya menggunakan bahan-bahan asas, bahkan muda didapati di dapur anda.

Bahan asas menyediakannya seperti;-tepung gandum-serbuk cili-marjerin-serbuk kari daging/ayam-serbuk kari-garam-telur-santan

-air-daun kariBahan yang perlu dikisar halus pula seperti ketum-

bar, jintan putih, daun kari, udang kering dan jintan putih. Nisbah yang diperlukan bergantung kepada kuantiti kuih yang ingin dihasilkan. Ada juga yang gemarkan tambahan perisa kepada resipi ini, bergan-tung kepada selera masing-masing.

Langkah seterusnya, adunkan tepung gandum serta mentega dengan serbuk kari daging/ayam, serbuk cili, serbuk kari dan garam secukup rasa.

Kemudian gaulkan santan dan telur sehingga sebati, campurkan air mengikut keperluan sehingga menjadi doh. Sediakan acuan kuih siput lalu tekapkan doh ke atasnya sehingga terbentuk kuih siput.

Goreng kuih tersebut bersama helaian daun kari un-tuk membangkitkan rasa, tunggu sehingga garing dan sedia untuk dihidangkan.

Ikan Masak Belotak

Kuih Siput Enak Dijadikan Kudapan Sampingan

Page 19: 1 MAC 2016

19FOKUSEdisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

MBI Tingkat Tahap Kebersihan Tandas Awam

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melaksanakan pelba-gai program untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan tandas awam di dalam kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Zamri Man berkata, program itu dirang-ka sejajar dengan peringatan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir supaya semua pihak mengutamakan soal keber-sihan tandas di tempat masing-masing.

Beliau memberitahu, terda-pat sebanyak 2,105 tandas awam di kawasan pentadbiran MBI, 87 daripadanya milik MBI dan

2,018 adalah awam milik swasta yang sebahagian besar (1,845) di premis-premis makanan.

Menurut beliau, antara program yang dirangka ialah:-

1. Penubuhan Jawatankuasa

Pengauditan Tandas Awam dalam kawasan MBI yang dipengerusi-kan sendiri Datuk Bandar Ipoh dan Setiasaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa ini bertanggung-jawab merancang dan melaksana program berkaitan.

2. Program Gotong Royong

Tandas Awam sebanyak 10 kali atau lebih pada setiap bulan yang dicadangkan pada setiap Jumaat.

3. Pelancaran kempen kebersi-han tandas awam akan diadakan di bawah program LA 21 dan semasa kempen tersebut pemilik - pemilik premis restoran yang telah men-dapat premis gred A yang mengu-tamakan kebersihan tandas awam akan diberikan pengiktirafan.

4. Pelaksanaan pelekat peng-gredan tandas awam berdasar-kan bintang mengikut Pekeliling Ketua Setiusaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Bil. 3 tahun 2012 akan

d i laksana-kan kepada semua tan-das awam b e r m u l a dengan tan-das awam di premis restoran se-cara berper-ingkat.

“Antara objektif penggredan tandas awam ialah memberi pe-narafan dan pengiktirafan kepada tandas awam mengikut tahap kebersihan; memastikan tandas awam bersih dan selamat serta mempertingkatkan tahap kebersi-han, keselesaan dan keselamatan pengguna,” katanya kepada Suara Perak.

Zamri memberitahu, keperluan minimum bagi rekabentuk tandas awam adalah seperti persekitaran sesuai, bersih, selesa dan selamat; berasingan lelaki dan peremp-uan; untuk orang kurang upaya (OKU); mesra pengguna; tahan rosak; kemudahan dan aksesori yang bersesuaian; pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi dan kemudahan tambahan yang bersesuaian.

Menurut beliau, aktiviti pen-gauditan / penilaian tahap keber-

sihan dijalankan oleh anggota Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran secara rutin samasa pemeriksaan harian di lapangan dan semasa operasi penguatkuasaan secara berjadual sepanjang tahun.

“Taklimat berkaitan kriteria penggredan dan latihan kepada penyelia tandas awam milik maj-lis akan dijalankan untuk aktiviti pemantauan dan pengauditan se-mua tandas awam milik Majlis,” ujarnya.

Datuk Bandar berkata, pihaknya juga akan menganjurkan pertand-ingan tandas awam terbaik mengi-kut kategori dirancang untuk di-laksanakan sempena sambutan Hari Bandaraya pada bulan Mei 2016.

Katanya, kategori yang dipertandingkan ialah tandas awam bangunan pejabat MBI; milik MBI di pasar/pusat penjaja/taman rekreasi/dewan, stesen min-yak; restoran; kompleks pernia-gaan dan rumah ibadat.

Beliau menambah, semua peme-nang mengikut kategori akan dicalonkan untuk pertandin-gan Anugerah Tandas Bersih 1 Malaysia peringkat kebangsaan Tahun 2016 anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Zamri Man

Shafirul Ahmad Razali Mat Sahak

Tandas A Padang Polo Ketiga Terbaik MalaysiaIPOH - Komitmen padu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membudayakan amalan tandas bersih seperti yang disarankan oleh kerajaan negeri jelas terbukti dengan kebersihan tandas awam A di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo).

Tidak seperti kebanyakan tandas-tandas tempat awam yang lain, tandas itu nampak dijaga dengan rapi dan sentiasa diselia oleh pihak yang diberikan kontrak untuk menjag-anya.

Sekiranya ditanya mengenai reaksi orang ra-mai berkenaan tandas-tandas awam yang lain, sudah tentu kebanyakkannya akan memberi balasan yang negatif, namun tandas di Padang Polo itu mendapat pujian semua pengunjung yang ditemui.

Tidak hairanlah mengapa tandas itu berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Tandas Awam Perbandaran/Bandar Raya seluruh ne-gara pada tahun 2015.

Menurut seorang pengguna, Shafirul Ahmad Shairi, 36, kebersihan di tandas itu memberi keselesaan buatnya setiap kali berkunjung un-tuk beriadah bersama-sama keluarga.

“Memang baguslah mereka jaga tandas awam begitu, jarang saya jumpa tandas yang

bersih macam ada di Polo ini, bukan sahaja dalam, malah di luar tandas juga perhiasaan-nya cantik,” katanya ketika ditemui Suara Perak.

Bagi seorang lagi pengunjung, Razali Mat Sahak, 23, kebersihan tandas itu merupakan antara faktor utama dia bersama rakan-rakan-nya sentiasa datang beriadah di Padang Polo.

“Saya ke sini sebab tandasnya selesa, kalau di tempat-tempat lain, susah juga kalau-kalau kita hendak membuang air besar atau kecil, jadi, kalau ke sini tak perlu fikir lagi jika tan-dasnya boleh diguna atau tidak,” ujarnya.

Namun, walaupun tandas A itu tidak mem-punyai sebarang komen negatif, sebaliknya

tandas B yang terletak di penghujung Padang Polo mendapat komen kurang enak dari pen-gunjung.

Ini berikutan sedikit masalah yang berlaku pada siling tandas itu yang telah bocor sejak tahun lalu dan masih tidak dapat diperbaiki.

Menurut penjaga tandas B, Rosihaya Mootak, 56, walaupun mereka tidak meneri-ma sebarang aduan mengenai kebersihan tan-

das yang dijaganya, namun pengunjung sering mengadu mengenai kebocoran siling yang me-nitiskan air.

“Mereka selalu mengadu, kenapa lama san-gat siling ini masih tidak dibaiki, kalau men-genai kebersihan memang tiada masalah sebab saya sendiri yang cucinya sekurang-kurangn-ya dua kali sehari,” katanya.

Page 20: 1 MAC 2016

20 KAMPUNGKU Edisi Rakyat - ( 1-15 ) MAC 2016

Houseboat Tasik

Temenggor

Oleh Aida [email protected]

Jika kapal cruise terkenal dengan pakej membawa pe-numpang belayar di lautan, pakej percutian Houseboat Tasek Temenggor, Royal Belum, Gerik pula menawarkan pakej per-cutian belayar mengelilingi tasik.

Impian menikmati percutian eksklusif sebegini, tidak menun-tut seseorang ‘berpoket tebal’ namun ia masih boleh memenuhi hasrat mereka yang mengidamkan pakej pelancongan persis di atas kapal cruise mewah.

Ibarat Menaiki Kapal Cruise

Namun apa yang pasti memilih per-cutian di Houseboat Tasik Temenggor boleh dikatakan jauh lebih mengujakan dek kerana aktiviti dan perkhidmatan lengkap ditawarkan kepada pengunjung yang gemarkan ketenangan semulajadi di sini.

Ianya juga hotspot terbaik untuk kaki pancing yang inginkan habuan ikan Sebarau dan Tioman, malah turut me-narik minat pelancong dari Jepun, China dan Taiwan saban tahun.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Tasik Temenggor, Faridzul Atras Roslan, terdapat kira-kira 15 buah houseboat dengan rekaan yang berlainan khusus bagi memenuhi citarasa dan per-mintaan dari pelanggan.

“Ada macam-macam rekaan dan kelas tersendiri, seperti elegan, kampung dan nature. Houseboat ini sebenarnya sudah wujud sejak lima tahun lepas, cuma dua tahun kebelakangan ini permintaan se-makin meningkat daripada pelancong untuk nikmati pengalaman di houseboat.

Konsep yang berlainan ini tercetus kerana permintaan pel-anggan yang berbagai. Memilih bercuti di houseboat ini seperti bercuti dengan pakej cruise juga. Malah melalui permerha-tian kami percutian sebegini, misalnya bersama ahli keluarga dapat eratkan silaturrahim. Kita susun aktiviti sepanjang hari supaya mereka boleh lari dari kebiasaan berbanding percutian di darat,” jelas Faridzul.

Lokasi Menarik Tasik Temengor

Menariknya houseboat ini tidak tertumpu bergerak ke satu lokasi sahaja, ia akan menuju ke beberapa tempat menarik di sepanjang Tasik Temenggor. Pelancong juga berpeluang meli-hat keindahan hutan yang masih belum ‘disentuh’ dengan ak-tiviti pembangunan.

“Kita bergerak ikut kehendak pelancong berdasarkan pakej yang mereka pilih. Sebagai contoh dua hari satu malam, kita akan bergerak dari jeti ke spot menarik seperti Taman Negeri dan produk pelancongan yang ada di sini.

Berkenaan makanan pula usah bimbang sebab mereka diberi

dua pilihan samada mahu bawa bekalan sendiri atau pilih pakej penuh termasuk dengan penyediaan makanan dari tukang ma-sak di houseboat,” kata Faridzul.

Guna Modal Dari Duit Poket Sendiri

Apa yang membanggakan adalah inspirasi 140 orang ahli Persatuan Pengusaha Pelancongan Tasik Temenggor dalam membangunkan industri pelancongan housseboat ini menggu-nakan modal dari duit poket masing-masing.

Usaha ini boleh dikatakan sebagai satu kejayaan besar anak tempatan di Gerik.

“Setakat ini semuanya kita keluarkan duit poket sendiri, mel-alui tabungan dari ahli persatuan. Jika nak ikut pasran harga se-masa, modal untuk menghasilkan sebuah houseboat menelan belanja lebih kurang RM 200,000.

Menurutnya lagi houseboat ini diberikan nama yang ada kaitan dengan Hutan Simpan Belum seperti ‘Arus Belum’ dan ‘Rafflesia Cruise’.

Ahli-ahli dalam persatuan houseboat ini terdiri daripada mereka yang terlibat dengan aktiviti di Tasek Temenggor sep-erti pengusaha bot, houseboat, hotel dan katering, katanya.

Faridzul berkata berikutan sambutan memberangsangkan daripada pelancong beberapa bank telah menyatakan minat untuk melabur bersama ahli persatuan untuk majukan aktiviti pelancongan houseboat ini.

“Kami kini dalam proses meneliti lebih lanjut cadangan ini termasuklah pilihan membuat pinjaman dan pembelian bot,” katanya.

Homestay ‘Bergerak’Terdapat beberapa jenis bilik yang di-

tawarkan bagi percutian houseboat ini. Bagi houseboat lapan bilik ia boleh menampung sehingga 30 penumpang manakala sederhana besar dengan enam bilik boleh memuatkan sehingga pula 20 orang.

“Harganya berbeza ikut pakej, biliknya lebih kurang seperti homestay tapi ini seakan-akan homestay bergerak.Kalau dua hari satu malam, misalnya pakej minimum adalah RM 240 dan ke atas bergantung kepada tambahan perkhid-matan. Berlainan pula bagi pakej sport fishing yang lebih mahal kerana aktiviti yang ditawarkan menjurus kepada me-

mancing dan menangkap ikan,” katanya.Pakej sport fishing antara yang mempunyai permintaan ting-

gi. “InsyaAllah pada awal bulan Oktober nanti akan dianjurkan Sports Fishing Challenge di sini,” kata Faridzul.

Antara aktiviti percutian houseboat termasuk menjejaki bun-ga Rafflesia, kunjungan ke perkampungan Orang Asli, treking ke air terjun dan berendam di Sungai Kooi dan Sira Papan

“Namun begitu aktiviti ini akan diubahsuai sekiranya cuaca tidak mengizinkan atau kawasan itu ditutup atas arahan pihak berkuasa Taman Negeri Royal Belum,” kata Faridzul.

TENANG... keadaan di houseboat yang jauh dari hiruk-pikuk kesibukan bandar.

PANORAMA TERBAIK... keindahan hutan simpan dan alam semulajadi menggamit ribuan pengunjung ke sini saban tahun.

HABUAN BUAT KAKI PANCING... lubuk ikan buat mereka yang gemarkan aktiviti memancing.

BELAYAR KE SPOT MENARIK... houseboat ini akan bergerak menuju ke destinasi menarik sekitar tasik. (Gambar kecil)Faridzul Atras Roslan.

BERAKIT... pengunjung berpeluang mencuba keunikan aktiviti air seperti sukan rakit.

Pengunjung diberi peluang mempelajari teknik asas dan cara hidup masyarakat setempat.

Percutian Ala Cruise