1 julai 2016 (wm)

23
PERCUMA 1 - 8 Julai 2016, 26 Ramadan - 3 Syawal 1437H #SmartSelangor www.selangorku.com Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorku.com Siapa bunuh Bill Kayong? 6 4 LAKAR SEJARAH Empat projek perintis Smart Selangor Prestasi pelaburan negeri terbaik LANTIK WANITA HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SULTAN SELANGOR RASMI MASJID DATO' HAJI KAMARUDDIN BERITA PENUH MUKA � BERITA LANJUT MUKA � 8 & 14 #SMART SELANGOR

Upload: vohanh

Post on 08-Dec-2016

268 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 Julai 2016 (WM)

PERCUMA 1 - 8 Julai 2016, 26 Ramadan - 3 Syawal 1437H #SmartSelangor

www.selangorku.comMedia_SelangorMediaSelangor

tv.selangorku.com

Siapabunuh Bill Kayong?

6

4

LAKARSEJARAH

Empat projek perintis Smart Selangor

Prestasi pelaburan negeri terbaik

LANTIK WANITA HAKIM

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

SULTAN SELANGOR RASMI MASJID DATO' HAJI KAMARUDDIN

BERITA PENUH MUKA �

BERITA LANJUT MUKA �

8&14

#SMARTSELANGOR

Page 2: 1 Julai 2016 (WM)

2Utama

SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Britain tinggalkan Kesatuan Eropah

Masih awal ramal kesan referendum BrexitOLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Masih terlalu awal untuk membincangkan secara terperinci kesan keputusan Bri-tain yang memilih meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Ketua Pegawai Eksekutif Peja-bat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah, berkata Britain sudah pasti menggunakan terma dagangan baru yang tidak mem-punyai kaitan dengan EU kesan

pengunduran itu.“Britain apabila disahkan kelu-

ar daripada EU nanti perlu meng-gunapakai terma dagang lain berbanding kesatuan itu. Begitu juga negara lain yang bakal ke-luar.

“Sukar dinyatakan kesan yang wujud sehingga terma dagang ini dikaji apabila ia keluar nanti.

“Kita mengalu-alukan terma dagang yang membantu hasil eksport negara seperti minyak

sawit mentah, barangan elek-tronik dan perkhidmatan,” ka-tanya kepada SelangorKini, di sini, baru-baru ini.

Fahmi berkata, EU adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dan perpecahannya boleh memberi kesan kepada pendapatan dagang negara.

Katanya, sudah mula wu-jud kebimbangan terhadap pengekalan EU sebagai entiti perdagangan antarabangsa kera-

na sudah kedengaran beberapa negara lain bakal menurut jejak Brexit.

Pada 24 Jun lalu, rakyat Britain membuat keputusan keluar dari-pada blok EU menerusi pungutan suara ‘keluar’ sebanyak 51.9 pera-tus berbanding 49.1 untuk ‘kekal’.

Keputusan referendum Brexit itu turut menyaksikan Perdana Menteri Britain, David Came-ron mengumumkan perletakan jawatan, pada Oktober ini.

MAB perlu tangani daftar guna individu lainSHAH ALAM - Malaysia Airlines Berhad (MAB) perlu meman-dang serius kes yang didakwa membabitkan seorang penum-pang mendaftar masuk menggu-nakan nama individu lain untuk menaiki pesawat syarikat berke-naan.

Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Hamid, ber-kata perkara itu harus dipandang serius dengan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada.

“Ia tidah boleh dipermudahkan kerana membabitkan identiti diri seseorang dan maruah negara.

“Saya kira apabila perkara ini berlaku, maka sistem diguna pakai perlukan penambahbaikan supaya tidak berulang kembali,” katanya kepada SelangorKini di sini, pada 25 Jun lalu.

Beliau mencadangkan kajian terhadap sistem sedia ada dilaku-kan MAB bagi mengatasi perkara berkenaan.

Beberapa hari lalu, pemain me-dia sosial dikenali Patrick Sibat Su-jang memuat naik di akaun Face-booknya perkongsian daripada Dr Kho Wee Ming mendakwa identiti-nya digunakan seorang lelaki lain dengan menyamar sebagai dirinya sehingga berjaya memasuki pe-sawat Sistem Penerbangan Malay-sia (MAS).

Abdullah Sani

Ketika mahu memasuki pe-sawat di Lapangan Terbang An-tarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, doktor itu dimaklumkan petugas penerbangan bahawa be-liau sudah masuk sebelum itu.

Beliau dikatakan memasuki pe-sawat dan mendapati seorang le-laki dipercayai warganegara China duduk di tempatnya dengan pas masuk dicetak MAS menggunakan namanya.

Lelaki terbabit dilaporkan ber-lalu pergi ketika diminta menun-jukkan dokumen diri, manakala doktor itu membuat laporan polis selepas itu.

Beberapa insiden sebelum ini juga membabitkan MAB yang me-nimbulkan rasa kurang senang Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) termasuk kes 6,000 pekerja hilang pekerjaan selepas penstrukturan semula

syarikat itu.

KEADILAN serah bukti pengundi dipindahkan � JulaiSHAH ALAM - KEADILAN akan menghantar senarai bukti ke-pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan isu pengundi di Sungai Besar yang dipindah-kan ke kawasan pengundian lain.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata Parti Amanah Negara (Amanah) juga wajar berbuat demikian bagi

membuktikan dakwaan perkara sama kepada SPR.

“Saya kira yang terbaik, kita dapatkan senarai ini daripada pimpinan Amanah kerana kajian KEADILAN seperti yang dibang-kitkan, ada pengundi yang di-pindahkan daripada tempat mengundi terdahulu ke tapak daerah mengundi baru.

“Jadi, saya lebih suka kalau

kita berikan lebih maklumat se-cara terperinci. Kita sudah serah-kan bahan bukti kepada BERSIH 2.0 dan akan berikan secara ras-mi kepada SPR, pada 1 Julai ini,” katanya kepada SelangorKini, di sini, baru-baru ini.

Katanya, langkah itu diambil bagi membolehkan SPR men-jalankan siasatan rapi, sekali gus membetulkan keadaan itu.

Hanya � hari dibenarkan masuk SarawakMIRI - Langkah Kerajaan Sarawak mengehadkan kemasukan wakil rakyat Pakatan dari Semenanjung memasuki negeri itu adalah tinda-kan mencabul kebebasan rakyat negara ini.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata hal itu ekoran mereka ha-nya diberikan tempoh tujuh hari sahaja untuk masuk ke Sarawak bagi menghadiri upacara penge-bumian dan menziarahi ahli kelu-arga Bill Kayong atau nama Islam-nya, Mohamad Hasbi Abdullah.

“Kami diberi tempoh tujuh hari

sahaja bermula hari Allahyarham meninggal dunia bukannya setiap orang diberi masa selama tujuh hari.

“Ini tidak wajar, beliau (Tan Sri Adenan Satem) seolah-olah mahu memberitahu bahawa dia berkuasa dan kita perlu merayu untuk masuk ke Sarawak,” kata nya kepada SelangorKini di Lapa- ngan Terbang Miri sejurus sebelum terbang pulang ke Kuala Lumpur, pada 25 Jun lalu.

Tian Chua berkata, Adenan juga tidak perlu bimbang dengan pe-

ngaruh pembangkang jika yakin rakyat negeri itu menyokong pen-tadbiran beliau, lebih-lebih lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak juga sudah berakhir

Sejak beberapa hari lalu, ramai pemimpin Pakatan dari Semenan-jung memasuki Miri bagi memberi penghormatan terakhir kepada Al-lahyarham Mohamad Hasbi.

Mohamad Hasbi meninggal dunia selepas ditembak di lampu trafik berhampiran pusat membe-li-belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.

Page 3: 1 Julai 2016 (WM)

3SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Utama

Pertama di Malaysia

Wanita dilantik Hakim Mahkamah Tinggi SyariahOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Selangor men-jadi negeri pertama melantik Hakim Mahkamah Tinggi Syari-ah dalam kalangan wanita bagi mengukuhkan lagi peranan ins-titusi kehakiman di negeri itu.

DYMM Sultan Selangor, Sul-tan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan wati-kah pelantikan kepada Noor Huda Roslan dan Nenney Shu-haidah Shamsuddin di Istana Bukit Kayangan, pada 27 Jun lalu.

Pelantikan berkuatkuasa pada 27 Jun itu dibuat selaras dengan Subseksyen 58 (1) dan Sekyen 59 (1) Enakmen Pentad-biran Agama Islam (Selangor) 2003.

Bercakap pada sidang me-dia, Nenny Shuhaida berkata, tangungjawab diamanahkan kepada beliau akan dizahirkan secara telus dan adil.

“Ia peluang baik kepada pegawai syariah wanita di Ma-laysia, namun ia menjadi ama-

nah berat untuk dilaksanakan.“Namun, kami akan men-

jalankan tugas ini dengan ama-nah dan adil kepada masyarakat secara amnya,” katanya kepada pemberita.

Sementara Noor Huda Ros-lan berkata, pelantikan terbabit menjadi pendorong kepada golongan wanita untuk bersa-ing secara sihat dengan kaum lelaki.

“Tidak kira lelaki atau perem-puan jika individu itu mampu menggalas tugas diberikan, ia sudah tentu tidak menjadi ma-salah,” katanya.

Ditanya wujudnya tangga-pan negatif sesetengah pihak berkenaan pelantikan itu, Noor Huda berkata, stigma menge-nai pertikaian terbabit perlu diubah bagi mengukuhkan lagi peranan institusi kehakiman negara.

Sementara itu, Exco Kesiha-tan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, Kerajaan Negeri me-ngucapkan syabas kepada re-

formasi dalam sistem kehakim- an Syarie.

“Syabas diucapkan kepada Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar kerana memberi kepercayaan mengiktiraf kemampuan dan pencapaian wanita dalam bi-dang kehakiman syariah tan-pa melihat isu gender sebagai penghalang melantik hakim. Hal ini selaras dengan usaha ke arah kesaksamaan gender di Se-langor.

“Pelantikan hakim wanita ini juga membuktikan penghor-matan kepada kaum wanita serta kepercayaan tinggi bagi menggalas tanggungjawab yang sering didominasi kaum lelaki,” katanya dalam kenyata-an.

Daroyah berkata, Kerajaan Negeri percaya pelantikan itu membantu lebih ramai golong-an wanita dan kanak-kanak mendapatkan pembelaan sewajarnya kerana golongan ini lebih dekat dan difahami wani-ta itu sendiri.

Tolak perbezaan gender, hargai peranan Hakim WanitaSHAH ALAM - Pelantikan Ha-kim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dalam kalangan wanita membuktikan golongan itu diik-tiraf bagi menyumbang kepada keberkesanan institusi kehaki-man negara.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Dato’ Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata pelantikan itu diukur berdasarkan keupayaan indivi-du tanpa mengaitkan sebarang stigma perbezaan gender.

“Kita bersyukur atas pelanti-kan ini dan menjujung kasih titah Sultan Selangor atas perkenan Tuanku mengurniakan watikah kepada hakim wanita di Selangor.

“Ini membuktikan keprihati-nan Tuanku terhadap isu Mah-kamah Syariah khususnya meli-hat peranan dimainkan wanita termasuk dalam pelaksanaan keadilan berkesan di Selangor,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan terbabit juga mampu menang-

kis tomahan sesetengah pihak kononnya wujud amalan ‘double standard’ terhadap golongan wanita.

Pada masa sama, tujuh wani-ta lain turut menerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mah-kamah Rendah Syariah

Selain itu, empat orang Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan empat orang Pe-nolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah turut menerima watikah pelantikan.

Watikah Pelantikan disam-paikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, pada 27 Jun lalu.

Hadir sama Raja Muda, Teng-ku Amir Shah Ibni Sultan Shara-fuddin Idris Shah, kerabat Diraja dan Exco Hal Ehwal Agama Is-lam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kam-pung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yu-nus Hairi.

Terus bersederhana, jimat belanja bonus raya – MBSHAH ALAM - Pengumuman tiga insentif Kerajaan Negeri kepada penjawat awam di seluruh negeri mendapat perhatian masyarakat di media sosial.

Rata-rata, pengguna media sosial di Facebook dan Twitter memuji inisiatif Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam menghargai sumbangan penjawat awam Selangor.

Bagaimanapun, Mohamed Az-min berkata, pemberian bonus itu sewajarnya digunakan de-ngan bijak dan sebaik mungkin menjelang musim perayaan ini.

“Perlu sentiasa bersederhana dan berjimat dalam perbelan-jaan,” katanya di Twitter.

Mohamed Azmin membuat catatan itu sebagai respon ke-pada pengguna Twitter @Bujang-

Senandung dan @Najeehaghafar.Terdahulu, Mohamed Azmin

pada Majlis Rapat Ramadan Ber-sama Perkhidmatan Awam Sela-ngor di SUK mengumumkan tiga insentif untuk kakitangan awam Kerajaan Negeri.

Ia meliputi bantuan khas sem-pena raya sebanyak sebulan setengah gaji, dua kenaikan gaji iaitu kenaikan biasa dan kenaikan khas dan menaikkan imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah, daripa-da RM180 kepada RM300.

Seramai 17,528 penjawat awam Selangor bakal menerima bantu-an itu pada 1 Julai ini membabit-kan peruntukan RM45.6 juta.

Sementara RM6.38 juta diper-untukan bagi kenaikan gaji per-tama, 1 Julai ini.

Page 4: 1 Julai 2016 (WM)

4Utama

SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Prestasi Selangor berada pada tahap terbaik ketika ini dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu meningkat 6.7 peratus kepada RM227 bilion, pada 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Hasan Azhari Idris, berka-ta ia sekali gus menyumbang 22.4 peratus kepada KDNK Negara.

“Pada masa ini, Selangor juga mempunyai tenaga kerja seramai 3.2 juta daripada 6.14 juta pen-duduk dan berpendidikan dalam kalangan dewasa adalah 98.7 pera-tus,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Hil-ton, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Hasan berkata, jumlah pela-buran langsung (TDI) dalam sektor pembuatan di Selangor berjumlah RM130.7 bilion sepanjang 16 ta-hun lalu (1999 hingga 2015).

Katanya, TDI berjumlah RM7.96 bilion dengan pelaburan asing langsung (FDI) sebanyak RM3.78 bilion dan pelaburan langsung do-mestik (DDI) pada RM4.18 bilion bagi 2015 sahaja.

“Bagi tahun sama, Selangor menduduki tempat kedua dalam negara selepas Kuala Lumpur dari-pada segi pelaburan bagi syarikat global untuk sektor perkhidmatan sebanyak RM1.6 bilion,” katanya.

Prestasi pelaburan negeri pada tahap terbaik

TDI sektor pembuatan jana RM���.� bilion

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri komited memfokuskan bi-dang e-dagang, hab halal dan sains hayat se-bagai pema-cu pelaburan masa depan, sekali gus meran-cakkan pertumbuh-an ekonomi negeri.

Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangku-tan, Dato’ Teng Chang Khim, ber-kata ia sejajar dengan matlamat Selangor untuk terus membina dan memperkukuhkan kelebih-an negeri berdaya saing.

“Sebagai negeri metropoli-tan, Selangor mempunyai rang-kaian jalan raya dan rel, pelabu-han juga lapangan terbang yang menghubungkan lokasi perniagaan serta pusat pentad-biran ibu negara.

“Tidak ketinggalan tenaga kerja mahir terbesar di Malaysia, hab ICT yang juga perkilangan dan institusi pengajian tinggi bereputasi melahirkan lebih 40,000 graduan setahun,” ka-tanya pada majlis berbuka pua-sa bersama media di Hotel Hil-ton, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Chang Khim berkata, syari-kat pelabur semakin tertarik kepada infrastruktur yang dibangunkan selain insentif pelaburan disediakan Kerajaan Negeri, bahkan Malaysia men-jadi salah satu daripada negara ASEAN yang digemari pelabur.

Pada masa sama, katanya, Selangor menjadi pilihan pela-bur ekoran kesungguhan dalam menyediakan persekitaran per-

Fokus bangun e-dagang, hab halal dan sains hayat

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri kini meninjau potensi pelabur Taiwan dan Taipei bagi mem-perluaskan lagi hubungan da-gang antara Selangor dan ne-gara luar.

Komitmen terbabit diza-hirkan Exco Pelaburan, Perin-dustrian & Perdagangan, In-dustri Kecil & Sederhana dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim sebagai inisiatif memacu perkembangan eko-nomi negeri.

Beliau dalam rangka kerja pertemuan bersama beberapa syarikat utama antarabangsa selamat tiba di Lapangan Ter-bang Antarabangsa Taoyuan Taiwan, pada 19 Jun lalu.

Gerak kerja itu dimulakan menerusi pertemuannya ber-sama Datuk Bandar Taoyuan, Cheng Wen Tsan selain turut

Intai peluang pelaburan dan ekonomi di Taiwan-Taipei

Pada 18 Mac lalu, Invest Sela-ngor menubuhkan Selangor Bio Council berperanan merancang membangunkan Selangor Bio-Bay di Pulau Indah yang menawarkan persekitaran hebat kepada syarikat bioteknologi untuk berkembang maju.

Invest Selangor juga berhasrat menjemput pakar antarabangsa untuk menyokong mereka pada masa akan datang.

Di samping itu, Hab Halal Se-langor di Pulau Indah mempunyai ekosistem kondusif menghasilkan produk halal bertaraf dunia di pa-saran global.

Prosedur mudah mendapatkan lesen menubuhkan perniagaan halal juga menjadikan Hab Ha-lal Selangor sebagai pilihan ideal untuk syarikat yang serius mahu menembusi industri itu.

Tahun ini, acara perniagaan ter-besar di negeri itu adalah Selangor

International Expo 2016 yang akan berlangsung, pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Expo terbabit menyediakan 700 gerai di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabansga Mines (MIECC) dengan penyertaan be-berapa syarikat pelbagai industri tempatan dan negara jiran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.investselangor.my atau hubungi 03-5510 2005, manakala bagi pertanyaan berkenaan Selangor Internatio-nal Expo 2016, sila layari www.selangorexpo.com atau hubungi Cik Jin Hain di CNN International 03-8949 5441 atau e-mel [email protected] bagi peserta dan pempamer pameran.

niagaan yang menepati taraf so-sial dengan standard gaya hidup sofistikated bandar terkemuka.

“Manakala bagi sektor ele-ktronik dan elektrikal, keleng-kapan pengangkutan, makan-an, jentera dan peralatan serta sains hayat akan terus menjadi lima teras yang diberi tumpuan khas terhadap peluang baru yang dijana melalui sektor e-dagang, sains hayat dan halal,” katanya.

Beliau berkata, Invest Sela-ngor mengadakan pertemuan dan membina jaringan di lebih 20 bandar utama di Australia, Vietnam, Korea Selatan, Thai-land, Si-ngapura, Amerika Syari-kat, Timur Tengah, Jepun dan China dalam tempoh empat bu-lan ini.

Katanya, ia bertujuan untuk mempromosikan Selangor se-lain memupuk kerjasama de-ngan bakal pelabur, syarikat serta dewan perniagaan yang berpontensi di negara terbabit.

Bagi tahun sama, Selangor menduduki tempat kedua dalam negara selepas Kuala Lumpur daripada segi pelaburan bagi syarikat global untuk sektor perkhidmatan sebanyak RM1.6 bilion

HASAN AZHARIKetua Pegawai Eksekutif Invest Selangor

disertai wakil syarikat korporat Taiwan, pada 20 Jun lalu.

Selain itu, beliau turut di-berikan peluang merasmikan Forum Perniagaan Selangor-Taiwan yang dihadiri lebih 700 peserta dari negara itu.

Selangor menjadi pilihan pelabur kerana kesung-guhan dalam menyediakan persekitaran perniagaan yang menepati

taraf sosial dengan standard

gaya hidup sofistika-ted bandar terkemuka

TENG CHANG KIMExco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan

Pada masa sama, Chang Khim juga sempat mengadakan lawatan ke Pusat Skuter ‘Gago-ro’ serta turut diberi pendedah-

an berkenaan kemudahan pengangkutan syari-

kat itu.“Melawat ke

pusat skuter pintar, “Gogoro”, dan cuba mem-pelawa syarikat

itu menyertai Expo Antara-

bangsa Selangor, pada Oktober ini,” tulisnya di Facebook.

Beliau juga turut mengada-kan pertemuan rasmi bersama Datuk Bandar Taipei, Charles Lin bagi meninjau perkemba-ngan peluang pelaburan se-lain ke Kaoshiung dalam usaha mengadakan pertemuan da-gang bersama masyarakat di sana.

Katanya, Selangor membuka peluang kepada pelabur luar untuk memperluaskan hubu-ngan dagang di negeri itu de-ngan menyediakan pelbagai persekitaran yang baik dan berkesan.

Chang Khim berkata, ia ber-tujuan mempromosikan Sela-

ngor selain memupuk ker-jasama dengan bakal pelabur,

syarikat dan dewan perni-agaan yang berpontensi.

Page 5: 1 Julai 2016 (WM)

5SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Utama

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Id-ris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 300 asnaf dan fakir miskin serta 120 mualaf.

Baginda turut berkenan meras-mikan Masjid Dato’ Haji Kamarud-din Seksyen 51A, di sini sekali gus mengekalkan nama masjid ter-babit.

Baginda bertitah, pengekalan nama masjid itu bagi mengingati jasa baik, sumbangan dan pera-nan Allahyarham Kamaruddin dalam pembangunan islam ka-wasan terbabit.

Titah baginda, pengasas masjid itu, Dato’ Kamaruddin adalah anak

penghulu pertama daerah Peta-ling dan salah seorang pentadbir awam Melayu dilantik Kerajaan British.

“Pada 1946, apabila Kerajaan British menubuhkan Malayan Union, Allahyarham terbabit de-ngan bantahan itu.

“Ekoran itu, beliau ditukar-kan ke Pejabat Pesuruhjaya Ta-nah Daerah Besut kerana lantang membuat petisyen protes orang melayu menentang penubuhan Malayan Union di Kampung Baru,” titah baginda Sultan pada Majlis Perasmian Masjid Dato’ Haji Ka-maruddin Seksyen 51 A, pada 26 Jun lalu.

Allahyarham juga dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Kera-jaan Terengganu dan seterusnya

menjadi Menteri Besar Terengga-nu.

Allahyarham meninggal du-nia pada 1993 juga abang kepada bekas Menteri Besar Selangor ke la-pan, Allahyarham Dato’ Harun Idris.

Pegawai Daerah Petaling, Dato’ Mohd Misri Idris, berkata masjid terbabit dibiayai Kerajaan Negeri sebanyak RM9.2 juta.

“Kerja pembinaan dimu-lakan pada Ogos 2012 dan siap sepenuhnya pada April 2015.

“Dengan berkat usaha gigih lebih 20 tahun, akhirnya pen-duduk sekitar mendapat masjid bagi kegunaan penduduk,” ka-tanya.

Misri berkata, masjid terbabit dapat memuatkan 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Kekal nama lama

Sultan rasmi Masjid Dato’ Haji Kamaruddin

Kemas kini rekod kutipan derma masjid

PETALING JAYA - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Id-ris Shah menitahkan umat Islam Selangor supaya membayar za-kat terus kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baginda bertitah, institusi itu sudah di-beri tanggungjawab mengutip zakat dan mengagih-kannya mengikut hukum syarak ke-pada asnaf yang layak menerima-nya.

“LZS adalah agensi telus dan transparent. Laporan tahu-nan diaudit dan diumumkan kepada orang ramai secara ter-perinci berkenaan jumlah kuti-pan diterima dan agihan dibuat pada setiap tahun,” titah bagin-da.

Baginda juga tidak berkenan umat Islam di Selangor mem-bayar zakat terus kepada asnaf tanpa melalui LZS.

Titah baginda, hal itu dikhua-tiri akan berlaku ketidakadilan kepada asnaf lain dan boleh me-nimbulkan kekeliruan.

“Beta menyeru orang ramai supaya turut bekerjasama

dengan LZS un-tuk mengenal pasti dan menyalurkan

maklumat berke-naan asnaf yang

benar-benar layak menerima wang za-

kat supaya tindakan segera dapat diambil,”

katanya.Pada masa sama, baginda

Sultan turut menyeru masyara-kat Islam supaya tidak ragu-ra-gu mengeluarkan zakat kepada LZS.

Terdapat lapan golongan yang melayakkan seseorang itu menerima zakat, antaranya fa-kir, miskin, amil, mualaf, riqab, gharimin, fi-sabilillah dan ibnus sabil.

Tunai zakat terus ke LZS

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

CYBERJAYA - Seramai 407 as-naf fakir dan miskin serta mual-af menerima sumbangan hari raya dengan jumlah keseluruhan RM203,500 pada Masjis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan sam-butan Nuzul Al-Quran peringkat negeri di Masjid Raja Haji Fi’ Sabi-lillah, pada 22 Jun lalu.

Majlis penyampaian sumba-ngan diserahkan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada 287 asnaf dan 120 saudara baru dengan bantuan tu-nai RM500 seorang.

Baginda turut mencemar duli berbuka puasa dan solat maghrib, isyak serta solat sunat tarawih ber-sama rakyat.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Moha-mad Adzib Mohd Isa, berkata ma-

syarakat harus bersyukur kerana berpeluang merasai nikmat dan rahmat Ramadan menerusi ama-lan berpuasa dengan ibadah sunat lain seperti bersedekah, berzikir, bertadarus Al-Quran dan memberi makan kepada orang berpuasa.

“Hari-hari terkahir ini, conto-hilah Rasullah SAW dengan berikti-kaf walaupun baginda sibuk berji-had, mengajar dan berjuang demi kemaslahatan kaum muslimin un-tuk mendapatkan anugerah tuhan khususnya di malam al-Qadar,” ka-tanya.

Hadir sama pada majlis itu adalah Raja Muda Selangor, Teng-ku Amir Shah Ibni Sultan Sharafud-din Idris Shah; Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Setiausa-ha Kerajaan Negeri, Ahli Majlis dan Ahli Dewan Diraja.

��� asnaf, mualaf terima sumbangan RM���,���

PETALING JAYA - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Id-ris Shah mengingatkan supaya jawatankuasa masjid sentiasa me-nyimpan dan mengemas kini rekod berkenaan kutipan tabung derma masjid.

Baginda bertitah, hal itu kerana tidak mahu mendengar aduan jika jawatankuasa masjid tidak jujur dan menyalahgunakan dana diterima daripada orang ramai.

“Sesetengah masjid mempu-nyai dana dan aset yang perlu di-urus dengan baik.

“Sikap jawatankuasa masjid ti-dak jujur dan tidak amanah dalam

menjalankan tugas, boleh membu-rukkan nama baik institusi itu dan juga umat Islam itu sendiri,” titah baginda.

Baginda bertitah, jawatankuasa masjid juga perlu berkhidmat de-nga penuh berintegriti dalam mela-hirkan sistem pengurusan efisien dan patuh agama.

“Sistem maklumat ahli kariah juga perlu dikemas kini supaya agihan zakat dapat disalurkan dengan cepat, telus dan adil.

“Ini dapat mengelak daripada berlaku keciciran dan hak zakat dapat ditunaikan kepada mereka yang sudah ditetapkan hukum

syarak,” titah baginda.Baginda turut tidak berke-

nan masjid dijadikan gelanggang perebutan kuasa antara umat Islam.

Titahnya, di bawah naungan masjid, umat Islam perlu bersa-tu dalam pegangan akidah yang sama.

“Masjid harus kekal berkecuali dari pengaruh mana-mana kumpu-lan.

“Amat penting untuk kita ber-sama menjauhi perpecahan dise-babkan perbezaan pendapat kerana jika perpecahan berlaku, bangsa dan agama kita juga yang akan rugi,” titah baginda.

Page 6: 1 Julai 2016 (WM)

6Utama

SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

AMPANG - Lebih 22,000 per-mohonan memiliki Rumah Se-langorKu diluluskan menerusi inisiatif pengurangan harga pre-mium, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Ke-hidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Beliau berkata, usaha itu terus dipergiat ke arah merealisasikan hasrat rakyat memiliki kediaman pertama dengan harga mampu milik.

“Fokus kita adalah memba-ngunkan lebih banyak lagi projek perumahan Rumah SelangorKu selepas lebih 22,000 permoho-nan diluluskan sebelum ini.

“Tumpuan kita sekarang un-

tuk memastikan pemaju mem-bangunkan rumah itu dalam tempoh ditetapkan bagi manfaat rakyat Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui pada Majlis Iftar Rakyat Antara Budaya di Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pada 24 Jun lalu.

Pada masa sama, Iskandar ber-kata, projek rumah mampu milik itu akan diteruskan dalam tem-poh tiga tahun untuk memenuhi permintaan dan keperluan ma-syarakat memiliki kediaman sendiri.

“Kita menerima banyak per-mohonan memiliki Rumah Sela-ngorKu sejak Kerajaan Negeri

melancarkan skim perumahan ini.

"Permintaan tinggi ini men-jadi batu asas kepada Kerajaan Negeri untuk lebih fokus mem-bangunkan projek ini pada masa akan datang,” katanya.

Antara projek pembangu-nan Rumah SelangorKu terbaru dibangunkan syarikat pemaju Worldwide Holdings dan Per-badanan Kemajuan Negeri Se-langor (PKNS) di Subang Bestari.

Projek itu menawarkan 388 unit rumah kediaman Seri Adu-ria dan Seri Musytari dengan harga serendah RM150,000 di atas tanah berkeluasan 2.04 hek-tar.

Lebih ��,��� permohonan diluluskan

Pelan ����-����, gantian �� paip atasi NRW

Kecuali cukai, galak pemaju bina Rumah Selangorku

SHAH ALAM - Cadangan penggantian paip lama bagi mengatasi kebocoran paip, Non Revenue Water (NRW) di selu-ruh negeri dijangka bermula pada 2017 hingga 2019.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan In-dustri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, ber-kata kerja penggantian membabitkan 72 hostpot di seluruh negeri.

“Cadangan dan pelan pelaburan ba-haru akan dilaksanakan selepas Air Se-langor memperoleh lesen perkhidmatan dan fasiliti serta kelulusan Pelan Perni-agaan.

“Buat masa ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masih berbincang mekanisme terbaik untuk memberi lesen perkhidmatan dan fasiliti kepada Air Se-langor,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, sejumlah RM50 juta di-peruntukkan Kerajaan Negeri bagi me-ngatasi masalah NRW di seluruh negeri yang mula dilaksanakan secara berpe-ringkat sepanjang tahun ini.

Daripada jumlah itu, 12 hotspot gan-tian paip sedang disiapkan dan kerja pembaikan dijangka selesai hujung Di-sember depan.

Terdahulu, Syarikat Bekalan Air Sela-

ngor (SYABAS) menanggung kerugian air tidak berhasil (NRW) sebanyak RM1.821 juta akibat kecurian air dari 1 Januari se-hingga 24 Mei.

Jumlah itu diperoleh hasil dari-pada 261 notis dikeluarkan SYABAS membabitkan kes kecurian air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Pada masa sama, jumlah terbabit meliputi pengunaan air sebanyak 587,011.67 meter padu bagi tempoh se-hingga Mei.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mensa-sarkan pengurangan NRW sebanyak 25 peratus mampu dicapai tahun ini.

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Sekurang-kurang-nya empat projek perintis Smart Selangor dijangka direalisasi dalam tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pejabat Penasihat Ekonomi Sela-ngor, Dr Fahmi Ngah, berkata projek perintis pertama berke-

naan 'Smart Waste Management' bakal beroperasi sepenuhnya pada Ogos hadapan.

Katanya yang juga Timbalan Pengerusi Smart Selangor Deli-very Unit (SSDU), ia dilaksanakan di peringkat Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan penggu-naan lori baru serta aplikasi khas.

"Untuk domain lain, kita jang-

kakan makan masa dua atau tiga bulan sebelum boleh dilak-sanakan bersesuai dengan bajet dan fasa dicadangkan.

"Kebiasannya kita akan mula dengan skop lebih kecil sebelum dikembangkan ke peringkat le-bih besar dan menyeluruh," kata-nya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui sejurus selesai

Smart Selangor Lab Fasa Pertama di Hotel Saujana di sini, 28 Jun lalu.

Seramai 70 peserta terdiri dari-pada penjawat awam dan anak syarikat kerajaan (GLC) menyertai sesi dikendalikan syarikat konsultasi antarabangsa, Frost & Sullivan.

Fahmi berkata, fasa pertama memberi peluang kepada 'stake holder' mengenali 'Smart Sela-

ngor' serta berkongsi masalah di-hadapi agensi kerajaan.

"Di akhir 'lab' pada Jumaat ini, kita jangka dapat melihat lebih jelas permasalahan dihadapi ser-ta cadangan penyelesaiannya.

"Kemudian selepas raya, kita akan libatkan pula sektor swasta untuk melihat penyelesaian yang sesuai," katanya.

Smart Selangor Lab Fasa Pertama

Empat projek perintis tahun ini

SHAH ALAM - Pengecualian cu-kai pembangunan kepada pihak pemaju antara inisiatif Kerajaan Negeri menggalakan lebih ba-nyak projek perumahan Rumah SelangorKu dibangunkan.

Exco Perumahan, Penguru-san Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Sa-mad, berkata ketetapan itu di-ambil bagi membolehkan rakyat kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

“Kita jalankan program insentif dengan menawarkan pengecua- lian caj pembangunan dan pe-ngurangan premium untuk memberi insentif kepada pemaju membina Rumah SelangorKu.

“Apabila program ini diper-kenalkan, kita harap berlaku penambahan dan kepadatan lagi projek pembangunan sehingga 120 unit kediaman setiap satu ekar,” katanya kepada Selangor-Kini.

Beliau ditemui pada Majlis Iftar Rakyat Antara Budaya di Galeri Majlis Perbandaran Am-pang Jaya (MPAJ), baru-baru ini.

Pada masa sama, Iskandar ber-kata, Kerajaan Negeri juga kini sedang mempertimbang untuk menawarkan pinjaman pembia-yaan kepada pemohon Rumah SelangorKu.

Beliau berkata, tawaran ter-babit terbuka kepada pemohon yang gagal mendapat kelulusan pinjaman daripada pihak bank.

“Kita kenal pasti ada pemohon yang gagal mendapat pinjaman (kewangan) daripada pihak bank atas faktor tertentu.

“Jadi Kerajaan Negeri memper- untukkan sejumlah dana pinjaman kepada mereka untuk membeli Rumah SelangorKu,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mensasarkan mampu membina 70,000 unit Rumah SelangorKu menjelang 2020.

Page 7: 1 Julai 2016 (WM)

7SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Utama

OLEH AFIX REDZUAN

SELAYANG - Program Smart Se-langor Food Stamp 2016 yang kian diperluaskan ke semua pe-ringkat Dewan Undangan Ne-geri (DUN) menjadi bukti Kera-jaan Negeri peka dengan situasi ekonomi rakyat.

Exco Infrastruktur, Kemuda-han Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata meskipun masih ada segelintir keluarga berdepan kesusah-an, namun diharapkan dengan sumbangan berbentuk barang-

an keperluan makanan dapat meringankan keluarga kurang berkemampuan.

“Kita perkenalkan Smart Se-langor Food Stamp untuk mem-bantu masyarakat. Kerajaan Negeri mendengar segala pan-dangan dan cadangan rakyat ke-mukakan.

“Walaupun hanya 100 kelu-arga menerima bantuan untuk setiap DUN, saya harap jangan ada pihak berkecil hati jika ti-dak menerima bantuan kerana keutamaan kita adalah keluar-ga susah supaya dapat merasai

bantuan ini,” katanya.Beliau berkata demikian

dalam ucapan perasmian Maj-lis Penyerahan #SmartSelangor Food Stamp 2016 DUN Taman Templer di Dewan JKKK Kam-pung Selayang Indah.

Hampir 100 buah keluarga menerima sumbangan yang di-sampaikan sendiri Zaidy.

Selangor Food Stamp adalah Program Bantuan Makanan Asas yang dilaksanakan dengan per-untukkan RM3 juta bertujuan membantu rakyat termiskin di seluruh Selangor.

Diperluas seluruh DUN

Food Stamp bukti Selangor peduli rakyat

SUBANG - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) digesa mem-bina lebih 2,800 petak pakir di Transit Aliran Ringan (LRT) lan-jutan laluan Kelana Jaya bagi ke-mudahan orang ramai.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, ber-kata ini kerana Prasarana berjanji untuk menyediakan kemudahan parkir sebelum dilancarkan pada 30 Jun ini.

“Saya tuntut Prasarana untuk buktikan kepada masyarakat projek ‘Park & Ride’ yang dijanji-kan di dua stesen iaitu Stesen 4 (1,384 parkir) dan Stesen 7 (1,475 parkir) siap sebelum pelancaran 30 Jun ini.

“Tanpa kemudahan ‘Park & Ride’, tempat letak kenderaan

akan melimpah kepada semua kawasan perumahan dan ini membimbangkan penduduk,” katanya sewaktu mengadakan lawatan di USJ, pada 24 Jun lalu.

Hannah berkata, Sime Darby juga secara rasmi memberi mak-lum balas kepada Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ) untuk membina kemudahan tempat le-tak kereta di atas tanah miliknya.

Bagaimanapun, katanya se-hingga kini Prasarana tidak memberi maklum balas dan komitmen terhadap perkara itu.

“Kita tidak membantah ope-rasi LRT malah menyokong pe-ngangkutan awam yang dibina, tetapi ia mesti dilaksankanan dengan perancangan tepat,” ka-tanya.

Bina parkir dulu, baru lancar stesen LRT

PETALING JAYA - Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) digesa menjalankan pemantauan lebih teliti terhadap kontraktor dilantik ekoran kerja dijalankan di sekitar Petaling Jaya tidak menepati spe-sifikasi sepatutnya.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R Rajiv, berkata kecuaian pemantauan syarikat pembetu-ngan nasional terbabit menye-babkan jalan dikorek dan ditam-pal semula tidak rata seperti yang berlaku di Jalan Templer.

“Kerja sebegini turut dilaku-kan di Singapura dengan 12,000 lubang dikorek dan ditampal se-tiap tahun, namun kesemuanya cantik dan rata.

“Dengan usia lebih 20 tahun, IWK seharusnya mempunyai kepakaran menjalankan kerja dengan baik. Sebarang kecuaian tidak boleh diterima,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menunjuk-kan empat lubang di Jalan Tem-pler berhampiran Pangsapuri Inai Court yang ditampal secara tidak rata.

Mengulas respon IWK, Rajiv

Jalan tidak rata, IWK digesa pantau

berkata, syarikat itu mendakwa bonggolan tampalan terbabit akan mendap dengan bantuan kenderaan yang lalu diatasnya.

“Alasan itu juga tidak boleh diterima. Sepatutnya IWK mem-punyai kepakaran untuk mendap-kan tampalan secara berpering-kat, lapisan demi lapisan. Bukan berharap kepada kenderaan.

“IWK juga sepatutnya tidak melepaskan cek bayaran kepada kontraktor yang gagal memberi hasil memuaskan,” katanya.

Dengan usia lebih 20 tahun, IWK seharusnya mempunyai kepakaran menjalankan kerja dengan baik. Sebarang kecuaian tidak boleh diterima

R RAJIVADN Bukit Gasing

Page 8: 1 Julai 2016 (WM)

8Nasional

SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Pengerusi KEADIL-AN Sarawak, Baru Bian tidak meno-lak kemungkinan pembunuhan calon KEADILAN Bekenu, Bill Ka- yong didakwa bermotifkan poli-tik.

Beliau berkata, aktivis dan ahli politik pembangkang yang lantang bersuara menentang pencerobohan tanah adat di Sa-rawak berterusan menerima an-caman daripada individu tidak bertangunggjawab.

“Pihak polis dan Kerajaan Sa-rawak mesti lebih aktif dalam pe-nyiasatan ke atas kes keganasan berkenaan tanah NCR (adat).

“Di Melikin, Surik Muntai yang berjuang untuk hak tanahnya di-serang dengan ganas dan dilum-puhkan samseng pada 2013,” ka-tanya dalam kenyataan, pada 23 Jun lalu.

Namun, katanya, pihak polis seolah-olah gagal mengambil pendirian tegas untuk menahan mana-mana individu yang di-dapati cuba mengeluarkan anca-man walaupun ada suspek dike-nal pasti.

Beliau mengaitkan serangan di Melikin ke atas aktivis, Surik Munkai berjuang memperta-hankan tanah adat di kawasan itu diserang individu yang dikaitkan mempunyai hubungan politik.

“Salah satu penyerang dikenal pasti sebagai pekerja bagi syari-kat perladangan mempunyai hubungan politik di kawasan itu.

“Walaupun polis menemui ku-mis senjata di kuarters pekerja, namun tiada keadilan untuk Su-rik. Tiada seorang pun yang di-pertanggungjawabkan untuk jenayah ini,” katanya.

Lebih mengecewakan, Ahli Parlimen Kuching, Micheal Teo

juga pernah diserang di hadapan pejabatnya namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat.

Tahun sebelumnya, Ahli De-wan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How tu-rut menerima ancaman apabila koktel molotov dilemparkan ke dalam perkarangan rumahnya.

“Pembunuhan Bill Kayong ti-dak harus dibenarkan menjadi satu lagi kes yang tidak dapat diselesaikan dalam fail polis Sa-rawak.

“Kami amat bimbang pada ta-hap keganasan yang merayap ke dalam masyarakat kita terhadap ahli politik dan aktivis sosial,” kata ADUN Ba’Kelalan itu.

Bill ketika kejadian memandu kereta jenis Toyota Hilux maut di-percayai ditembak daripada jarak dekat menembusi cermin kanan di sebelah pemandu kereta yang dinaikinya.

Lantang perjuang tanah adat

Pembunuhan Bill Kayong bermotif politik?

MIRI - Allahyarham Bill Kayong atau nama Islamnya, Mohamad Hasbi Abdullah selamat dikebu-mikan di Tanah Perkuburan Islam Lambir di Jalan Lusut, Kampung Tunku Abdul Rahman seperti permintaan keluarganya kira-kira jam 3.00 petang, pada 24 Jun lalu.

Upacara pengkebumian itu di-hadiri hampir 1,000 orang terma-suk ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai Allahyarham sehingga menyebabkan keadaan jalan di situ menjadi sesak de-ngan deretan kereta yang dile-takkan di bahu jalan.

Walaupun keadaan cuaca agak panas terik, orang ramai terus berpusu-pusu bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Upacara itu turut dihadiri be-berapa pemimpin parti politik

seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya Parti Ke-adilan Rakyat (KEADILAN).

Sebelum itu, jenazah Allahyar-ham di bawa mengeliling ban-dar Miri sambil diiringi kumpu-lan bermotosikal berkuasa besar oleh ahli kumpulan Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) yang di-anggotainya dan anggota polis trafik.

Allahyarham yang juga Se-tiausaha KEADILAN Cabang Miri ditemui mati ditembak, pada 21 Jun lalu.

Beliau yang turut memimpin pelbagai badan bukan kerajaan lain ditembak di lampu trafik ber-hampiran pusat membeli-belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.

Hampir �,��� hadir majis pengkebumian

MIRI - Keselamatan aktivis yang mem-perjuangkan hak tanah adat bumi-putera (NCR) di Sarawak semakin teran-cam apabila ada antara mereka sering mendapat ugutan dan ancaman syari-kat yang berminat mengambil tanah terbabit bagi tujuan mendapatkan hasil balak.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata beliau dimaklum-kan perkara sama kerap dilalui Allahyar-ham Bill Kayong atau nama Islamnya, Mohamad Hasbi Abdullah sehingga membawa kepada pembunuhan.

“Keselamatan mereka yang memper-juangkan isu tanah adat ini terancam kerana kami dapat maklumat daripada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo, bekas

calon Adun kita di DUN Muru, Abun Sui Anyit, begitu ramai diugut syarikat be-sar yang terlibat dengan pengambilalih-an tanah untuk balak.

“Kita desak pihak berkuasa tidak mu-dah memberi alasan tidak cukup bukti atau kurang masa kerana isu ini mem-belenggu rakyat Sarawak khususnya akti-vis dan pejuang keadilan,” katanya kepada SelangorKini, di sini, 24 Jun lalu.

Katanya, perjuangan Allahyarham Hasbi perlu diteruskan supaya usaha dan pengorbanannya sebelum ini tidak menjadi sia-sia.

Semasa hayatnya, mmeperjuangkan isu tanah adat Sarawak begitu dekat dihatinya sehingga menimbulkan pera-saan kurang senang sesetengah pihak.

Keselamatan aktivis tanah adat lain turut terancam - Nurul Izzah

Page 9: 1 Julai 2016 (WM)

9SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Nasional

SHAH ALAM - KEADILAN men-dakwa kenyataan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam akhbar Berita Harian ber-tajuk “Wan Azizah mencabar Tun M bertanding dalam PRU” diputar belit daripada makna asal.

Pengarah Komunikasi KEADI-LAN, Fahmi Fadzil, berkata ia su-sulan Ketua Pembangkang itu diminta memberi komen berke-naan kenyataan dibuat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Da-tuk Seri Salleh Said Keruak.

Katanya, Wan Azizah tidak membuat sebarang cabaran ke-pada Tun Dr Mahathir untuk bertanding dalam pilihan raya, sebaliknya hanya membetulkan kenyataan Salleh dalam blognya.

“Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata, seorang Ketua Pem-bangkang Parlimen bukan boleh dilantik sewenang-wenangnya tetapi mesti dalam kalangan Ahli Parlimen sedia ada.

Tak cabar Tun M bertanding PRU-14

Berita Harian putar belit kenyataan Wan Azizah

SHAH ALAM - Keselamatan ne-gara kini berada pada tahap membimbangkan ekoran me-ningkatnya kejadian jenayah dengan menggunakan senjata api sejak kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata lebih memburukkan ke-adaan apabila beberapa isu ke-selamatan negara termasuk isu kelonggaran pengawalan di sem-padan turut tidak mendapat res-pon memuaskan pihak Menteri Dalam Negeri.

“Kita tidak nampak pihak berke-naan memberi satu hujah atau memahami faktor menyebabkan peningkatan tahap keganasan itu. Sukar untuk penguatkuasa men-gatasinya kalau kita tidak tahu apakah punca meningkatnya ke-jadian seumpama ini.

“Saya tidak tahu adakah ada kaitan tetapi nampaknya kelong-garan itu bukan sahaja di sem-padan tetapi semua peringkat. Kelonggaran daripada segi pelak-sanaan dasar bukan sehari dua berlaku tetapi berlarutan sepan-jang menteri berkenaan tidak mengambil berat isu ini,” kataya kepada SelangorKini, pada 22 Jun lalu.

Katanya, sebelum ini isu penga-walan di sempadan yang longgar hingga menyebabkan pendatang asing mudah masuk ke dalam

Jenayah senjata api jejas keselamatan negara

SHAH ALAM - KEADILAN mengulangi tuntutan rawatan perubatan di hospital berkenaan kesakitan tulang belakang dialami Ketua Umumnya, Datuk Seri An-war Ibrahim.

Perkara itu dimaklumkan Naib Pre-sidennya, Nurul Izzah Anwar menerusi surat dihantar pihaknya kepada Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya.

“Pihak keluarga dimaklumkan berke-naan penangguhan rawatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) disebabkan tekanan darah yang masih tinggi dan tidak sesuai untuk prosedur MRI.

KEADILAN hantar surat tuntut rawatan hospital Anwar

“Sebenarnya, tindakan Berita Harian memutarbelit kenyataan Wan Azizah hanya memalukan Salleh kerana ia menimbulkan persepsi bahawa menteri itu ti-dak tahu atau tidak faham prose-dur lantikan seorang Ketua Pem-bangkang Parlimen,” katanya dalam kenyataan, di sini, baru-

baru ini.Fahmi berkata, sebagai Men-

teri Komunikasi dan Multimedia, agak memeranjatkan dan mema-lukan jika Salleh tidak memahami prosedur itu.

Justeru, beliau menggesa pegawai Salleh supaya menasi-hati menteri kabinet itu berke-naan perkara teknikal sebelum mengeluarkan kenyataan pada masa hadapan.

“Jangan hanya kerana mahu “pukul curi” dan mengadu domba dalam kalangan pihak pembang-kang hingga fakta dan prosedur tidak dijadikan asas.

“Pada masa sama, saya kesali tindakan Berita Harian memutar-belitkan isu ini.

“Media sepatutnya memain-kan peranan “semak dan imbang” serta mengesahkan atau mem-perbetul berita bukannya mem-buat kesimpulan lebih daripada fakta yang ada.

Fahmi Fadzil

negara kerap dilaporkan media tetapi hingga kini masih tiada se-barang penjelasan konkrit berke-naan kaedah mengatasi masalah itu oleh menteri berkaitan.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak boleh hanya mengeluar-kan kenyataan retorik demi me-legakan perasaan rakyat tetapi perlu disusuli pelaksanaan pelan keselamatan konkrit untuk me-ngatasi isu terbabit.

Sebelum ini, beberapa ke-jadian membabitkan senjata api berlaku dalam negara termasuk kejadian di Batu Caves dan bekas calon KEADILAN bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak, Bill Ka-yong ditembak mati di Miri, pada 21 Jun lalu.

Kita tidak nampak pihak berkenaan memberi satu hujah atau memahami faktor menyebabkan peningkatan tahap keganasan itu. Sukar untuk penguatkuasa mengatasinya kalau kita tidak tahu apakah punca meningkatnya kejadian seumpama ini

TIAN CHUAAhli Parlimen Batu

“Beliau sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala secara op-timalnya sementara menunggu pelak-sanaan pembedahan ‘reverse shoulder replacement’ ditawarkan Georgetown University.

“Rawatan terbabit untuk kesakitan otot bahu kanan akibat kemalangan dua tahun lalu yang melarat sehingga kerosakan otot,” tulisnya dalam surat bertarikh 22 Jun itu.

Dalam surat itu, Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, berkata Kera-jaan Persekutuan mengamalkan double standard berkenaan layanan diterima bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.

“Saya tidak boleh terus melihat kesi-hatan ayahanda terus merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan beliau yang bakal mencecah umur 70 tahun.

“Saya kira Datuk Seri Anwar Ibra-him yang juga bekas pegawai kerajaan kedua tertinggi di negara sewajarnya mendapat layanan jauh lebih baik dari-pada mantan Menteri Besar Selangor yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang se-tahun,” katanya.

Bekas Ketua Pembangkang itu sebe-lum ini dikejarkan ke hospital selepas mengadu kesakitan di bahagian tulang belakangnya, pada 15 Jun lalu.

Beliau sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala secara optimalnya sementara menunggu pelaksanaan pembedahan ‘reverse shoulder replacement’ ditawarkan Georgetown University

NURUL IZZAHNaib Presiden KEADILAN

Page 10: 1 Julai 2016 (WM)

10Tempatan

SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Lebih 300 gerai jualan

Karnival Mega Aidilfitri galak penyertaan usahawan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Karnival Mega Aidilfitri sempena Festival Ramadan Selangor 2016, (Festira’16) berlangsung me-riah di Stadium Malawati Shah Alam.

Berlangsung selama dua hari, ia menempatkan 300 buah gerai yang menjual pelbagai barangan antara-nya jubah muslimah, tudung dan ka-sut.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pem-

bangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata pihaknya mengalu-alu-kan penyertaan lebih banyak peniaga khususnya usahawan kecil mengem-bangkan perniagaan mereka.

“Selepas ini anda tidak lagi perlu bersesak ke Kuala Lumpur kerana kita di Selangor juga ada pusat membeli belah untuk persediaan raya.

“Kerajaan Negeri sedaya upaya menggalakkan keusahawanan seba-gai sebahagian daripada tiang seri pembangunan negeri yang masih

lagi mantap dan mampu bersaing,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin berkata, hampir RM300,000 subsidi diberikan kepada penganjur di seluruh tapak karnival jualan sempena Aidilfitri ini.

Selain di Stadium Malawati, Jualan Mega itu turut diperluaskan di SACC Mall, Bangi, Ampang Jaya dan Sabak Bernam.

Festira’16 dianjurkan buat tahun kedua berlangsung selama 40 hari bermula 27 Mei hingga 5 Julai.

Bantu rumah pangsa elak jadi ‘setinggan’SHAH ALAM - Kerajaan Negeri terus komited membantu penduduk rumah pangsa di Sela-ngor bagi mengelakkan-nya menjadi kediaman setinggan.

Exco Perumahan, Pe-ngurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM30 juta bagi membantu kos baik pulih menerusi program CERIA.

“Masalah utama perumahan gelandangan yang wujud sebelum kita mentadbir, keadaannya cukup teruk sekali.

“Jadi, Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah wang sejak 2013 iaitu penduduk cuma bayar 20 pera-tus sahaja daripada kos baik pulih. Manakala 80 pera-tus lagi ditanggung Kerajaan Negeri,” katanya kepada SelangorKini.

Iskandar berkata, di bawah pentadbiran Barisan Na-sional (BN) sebelum ini, Kerajaan Negeri mendapati rumah dibina berkualiti rendah.

Katanya, antara masalah terpaksa dihadapi pen-duduk adalah bumbung, saluran paip dan lain-lain.

“Kerajaan Negeri merasakan kesilapan itu bukan dari penduduk.

“Jika mengikut undang-undang mereka kena be-tulkan semua, tapi Kerajaan Negeri keluarkan perun-tukan untuk kos baik pulih itu atas tangungjawab dan keprihatinan kita terhadap golongan peneroka ban-dar,” katanya.

Antara kawasan dibaik pulih adalah Kampung Seri Temenggong dan penempatan sekitar Klang.

“Selain itu, kita juga menawarkan kepada mereka rumah mampu milik dengan harga munasabah.

“Ini adalah usaha yang Kerajaan Negeri jalankan berbanding pentadbiran sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kebimbangan berkenaan ke-adaan kehidupan di flat kos rendah dan sederhana yang boleh dikatakan amat buruk dan daif.

CAP juga menggesa Kerajaan Malaysia supaya segera mengambil langkah pembaikan mengubah ke-adaan penghuni flat kos rendah dan sederhana yang tidak ubah seperti kawasan penempatan setinggan.

Page 11: 1 Julai 2016 (WM)

11SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Tempatan

Insentif RM48,500

Semarak institusi ibadah DUN Seri SetiaOLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - 30 institusi iba-dah terdiri daripada 21 surau, tujuh masjid dan dua madrasah di DUN Seri Setia menerima in-sentif tahunan RM48,500 sem-pena Program Salam Ramadan, baru-baru ini.

Majlis penyampaian sumba-ngan disempurnakan Adun Seri Setia merangkap Exco Pendidi-

kan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada selu-ruh institusi ibadah terpilih di Surau Al Ukhwah, PJS5, Desaria.

Antara penerima insentif terbabit adalah Masjid Al Amin, PJS 10, Masjid Tabung Haji, SS6, Masjid Tengku Kelana Jaya Pe-tra, SS7, Masjid Al Husna, Ban-dar Sunway, Masjid PJS 6, Kam-pung Lindungan, Masjid Nurul

Yakin, SS7 dan Masjid Al Rah-man, SS9.

Sementara itu, dua madrasah menerima sumbangan adalah Madrasah Al Naimah, SS7 dan Madrasatul Islamiah, SS8.

Program itu turut dihadiri Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Se-langor, Dr Fahmi Ngah dan Ahli Majlis, Halimey Abu Bakar.

��� penduduk DUN Batu Caves terima bantuanGOMBAK - Seramai 500 ke-luarga kurang berkemampuan menerima kupon beli belah ber-nilai RM100 di bawah Program Jom Shopping bagi persediaan sambutan Aidilfitri, Julai ini.

Program terbabit mensasar-kan golongan berpendapatan bawah RM1,500, adalah inisiatif jangka panjang Kerajaan Negeri memastikan kebajikan dan ke- sejahteraan rakyat seluruh ne-geri.

Hadir mewakili Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves, Ami-rudin Shari, Masdiana Muha-mad berkata, bantuan terbabit diadakan sepanjang tahun me-liputi hari perayaan kaum uta-ma di Malaysia.

“Program ini bukan hanya ter-tumpu kepada hari perayaan Ai-dilfitri dan kaum Melayu sahaja, sebaliknya kita adakan sepan-jang tahun membabitkan kaum lain di seluruh Selangor.

“Sehingga kini, bantuan ke-bajikan ini tetap diteruskan sepanjang tahun kepada golo-

ngan layak seperti ibu tunggal, golongan asnaf, fakir dan me-reka yang berpendapatan ren-dah,” katanya yang juga Ahli Pe-kawanis.

Beliau berkata demikian ke-tika ditemui SelangorKini pada majlis penyerahan kupon Ai-dil-fitri peringkat DUN Batu Caves di, pada 25 Jun lalu.

Masdiana berkata, kriteria penerima bergantung kepada senarai dikeluarkan Ketua Kam-pung selain penerima sedia ada di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Kita menerima senarai berkenaan daripada nama di-berikan Ketua Kampung dan Ahli Majlis. Namun, pemohon yang layak juga boleh datang secara terus ke pejabat DUN un-tuk membuat permohonan.

“Selepas senarai penuh diterima, pihak kami menge-nal pasti golongan yang benar-benar layak untuk menerima bantuan ini atau bantuan lain di bawah program MES,” katanya.

Kongsi rezeki bersama anak yatim

KAJANG - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama AEON Malaysia meraikan 100 anak yatim dari sekitar daerah Hulu Langat berbelanja ‘Jom Shop-ping Raya’ bagi menyambut ke-datangan Aidilfitri.

Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar, berkata ini adalah penganjuran tahun ke-dua dengan jalinan kerjasama antara Kelab Wanita (Bauhinia) MPKj dan Yayasan AEON Malay-sia.

Toleransi demi kesejahteraan berpanjangan – IskandarAMPANG - Masyarakat di selu-ruh negeri perlu mengamalkan prinsip toleransi bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan berpanjangan, kata Exco Pe-rumahan, Pengurusan Bangu-nan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan wujudnya tafsir-an salah berkenaan kehidu-pan bangsa lain yang bakal mengundang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Kita perlu bersyukur, nega-ra kita khususnya Selangor cu-kup aman walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai bang-

sa dan agama.“Kekalkan keamanan ini

dengan saling bertolak ansur dan menghormati kepercayaan serta fahaman agama lain,” ka-tanya pada Majlis Iftar Rakyat Antara Budaya di Galeri Maj-lis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pada 23 Jun lalu

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Masjid Pandan Indah, Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, Per-satuan Tai Chi, masyarakat Tiong Hua dan Hindu serta Persatuan Cina Muslim Malaysia.

Pada masa sama, Iskandar berkata, program anjuran Peja-bat DUN Chempaka itu adalah

inisiatif tahunan bagi menge-ratkan hubungan antara ma-syarakat sekitar MPAJ.

Katanya, ia juga bertujuan memupuk kesefahaman antara pelbagai bangsa dan kaum di Selangor.

“Program seperti ini mem-beri pendedahan dan maklu-man kepada umum berkenaan budaya dan perbezaan dalam setiap agama.

“Inisiatif ini diharap mampu memberi gambaran terhadap ukhuwah kepelbagaian kaum yang perlu diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat,” ka-tanya.

“Setiap anak yatim diperun-tukkan RM200 bagi mereka me-milih sepasang baju dan kasut untuk hari raya.

“Selain daripada memberi-kan perkhidmatan, kita juga dapat menyelami kehidupan golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika ditemui di Pusat Membe-li-Belah AEON Cheras Selatan sambil ditemani isteri, Zuraida Dahari, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, MPKj selaku pemberi perkhidmatan hanya menjadi perantara dan penyela- ras kepada organisasi yang mahu menjalankan khidmat tanggungjawab sosial (CSR).

Selepas membeli-belah, anak yatim terbabit turut diraikan dalam majlis berbuka puasa di-anjurkan bersama Eco-World Development Group Berhad.

Anak yatim yang diraikan tu-rut menerima sumbangan duit raya berserta hamper di kedia-man rasmi YDP MPKj.

Page 12: 1 Julai 2016 (WM)

Album12 SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Album13SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

ADN Subang Jaya, Hannah Yeoh menyampaikan topi ‘Super Dad’ ketika majlis berbuka puasa dan sambutan Hari Bapa di DUN berkenaan

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengedarkan bubur lambuk di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang dan Ampang Point

ADN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menyampaikan insentif kepada pelajar sempena Anugerah Pelajar Cemerlang DUN Sri Muda Fasa 2

ADN Damansara Utama, Yeo

Bee Yin me-nyampaikan

baucar Jom Shopping Raya

kepada 240 penduduk di

DUN itu

ADN Hulu Klang, Saari Sungib menyertai gotong-royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk setempat sepanjang Ramadan

ADN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz menyantuni orang ramai di Pasar Ramadan Bandar Tasik Kesuma

ADN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan insentif tahunan kepada surau sempena Program Salam Ramadan DUN itu

ADN Dusun Tua, Razaly Hassan turun padang memantau kerja-kerja akhir menaik taraf jalan di Pekan Batu 14, Hulu Langat

Page 13: 1 Julai 2016 (WM)

14Rencana

SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

OLEH NAZLI IBRAHIM

Jam di tangan sudah menunjukkan jam 3.00 petang. Cuaca amat panas terik pada masa itu. Tanah Perkuburan Islam Lambir di Jalan Lusut, Kampung Tunku

Abdul Rahman semakin lama semakin sesak dengan kehadiran orang ramai. Semua ber-pusu-pusu ingin menyaksikan keranda Allah-yarham Mohamad Hasbi Abdullah diturunkan ke liang lahad.

Di luar khemah orang ramai berdiri di tepi tebing sepanjang bahu jalan. Manakala, di kawasan sebelum simpang masuk menghala ke tanah perkuburan itu, kenderaan bersusun hampir sejauh dua kilometer diletakkan di kiri dan kanan bahu jalan sempit itu.

Sebaik kain baldu hijau yang menyelimuti keranda ditarik, perlahan-lahan keranda mula diturunkan sehingga mencecah tanah.

Kemudian, tanah mulai dikambus sedi-kit demi sedikit hingga keranda kayu tadi le-nyap ditelan tanah. Semua mata melihat de-

ngan wajah sayu.Selepas itu, tanpa berlengah lagi, tikar

dibentang betul-betul di hadapan makam tadi. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus me-ngambil tempatnya. Bacaan talkin untuk seorang pejuang mula berkumandang di corong pembesar suara.

Sesiapa yang dibunuh kerana membe-la hartanya, maka ia syahid. Sesiapa yang dibunuh kerana membela keluarganya, maka ia syahid. Sesiapa yang dibunuh ke-rana membela darahnya atau kerana mem-bela agamanya, ia syahid.

“Semoga usaha beliau memperta- hankan tanah rakyat berada dalam ‘Telikan’ dan ‘Renungan’ Tuhan yang bersifat Basirah yakni Maha Melihat.

“Mohamad Hasbi adalah seorang pejuang yang mempertahankan tanah airnya,” lontaran bacaan talkin Hasanuddin petang itu menyebabkan hadirin tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam, bukan sahaja terdiam, malah ada yang menitis-

Bill Kayong pejuang hak peribumi

Bila talkin untuk sang pejuang berkumandang

ruskan. Pihak yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan dan kita tidak boleh jadikan kematian Alla-hyarham sia-sia dan akhirnya perbua-tan merampas tanah adat menjadi bu-daya yang boleh diterima pakai,” kata Nurul Izzah kepada SelangorKini.

Memang benar, sesungguhnya pada petang itu, ia adalah talkin yang sungguh menyayat hati. Namun, di sebaliknya turut dilontarkan kata-kata semangat bagi yang masih hidup un-tuk meneruskan perjuangan Moha-mad Hasbi.

Perjuangan Hasbi haruslah diterus-kan, jangan biarkan pengorbanan Mo-hamad Hasbi sia-sia.

kan air mata tatkala mendengar bait-bait ayat talkin itu diba-cakan.

Hasanuddin bagaimanapun turut mengingatkan orang ra-mai, syahid itu milik Allah SWT untuk menentukannya.

“Semoga roh Allahyarham di-letakkan bersama-sama golongan syuhada lain dan jadikanlah pusa-ranya seperti taman-taman syurga,” katanya.

Hasanuddin juga mendoakan semoga keluarga Allahyarham cekal menghadapi cabaran hidup tanpa Allahyarham di sisi mereka lagi.

“Kami juga mendoakan ya Allah ya tuhan kami, kau berikanlah kecekapan dan ketangkasan untuk anggota kesela-matan menyiasat dan menahan mereka yang menyebabkan Allahyarham ter-bunuh, ya Allah,” lontar Hasanuddin lagi.

Turut tidak ketinggalan merasakan sebak tatkala menghayati talkin yang di-sampaikan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang berkata semoga doa di dalam talkin itu dimakbulkan.

“Ini adalah talkin yang sangat baik. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir petang ini.

“Sama seperti talkin yang dibacakan tadi, kita juga berharap siasatan dite-

Page 14: 1 Julai 2016 (WM)

15SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Rencana

OLEH PROF DATO’ DR SIDDIQ FADZIL

Pembinaan bangsa dalam konteks Malaysia harus berasaskan formula ke-pelbagaian dalam ke-

satuan. Kita harus dapat bersikap positif, melihat dan menerima kepelbagaian kaum, agama dan budaya bukan sebagai sumber konflik, sebaliknya sebagai aset kekuatan, kekayaan, kreativiti dan dinamika kemajuan. Bang-sa tidak dapat dibina menerusi formula melting pot atau kawah besar peleburan. Tidak ada golo-ngan yang rela jati dirinya dile-bur. Kebinekaan atau keragaman budaya tidak menjadi masalah, andainya ia diletakkan dalam bingkai keekaan atau kesatuan.Formula kepelbagaian dalam ke-satuan adalah selaras dan serasi dengan fitrah dan sunnatullah. Tema inilah yang dihuraikan de-ngan cukup menarik oleh Dr Mu-hammad `Imarah dalam buku- nya, al-Islam wa al-Ta`addudiyyah: al-Ikhtilaf wa al-Tanawwu` fi Itar al-Wihdah (Islam dan Pluralisme: Perbezaan dan Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan).

Segala kewujudan yang kita saksikan pada alam dan kehidu-pan semuanya memancarkan hakikat kepelbagaian dalam ke-satuan keesaan Pencipta dengan kepelbagaian makhluk ciptaan-Nya; kesatuan keinsanan dengan kepelbagaian bangsa, warna dan bahasanya; kesatuan agama Al-lah dengan kepelbagaian syari-atnya; kesatuan syariat dengan kepelbagaian fiqh, mazhab dan ijitadnya.

Fitrah sunnatullah berupa ke-pelbagaian dalam bingkai ke-satuan itulah yang diaplikasikan oleh Rasulullah saw dalam pem-binaan ummah negara Madinah sebagaimana yang tercermin dalam perlembagaan ulung Sa-hifah Madinah, sebuah perlem-bagaan yang dilatari kepelbagai-an kabilah, agama dan budaya warganya. Lewat Sahifah terse-but Rasulullah saw telah mem-bentuk ummah: ummahdiniyyah (umat keagamaan) dan ummah siyasiyyah (umat politik). Ummah diniyyah bersifat eksklusif dan terbatas hanya untuk kaum Mus-limin (annahum ummatun wahi-datun min duni ‘n-nas), semen-tara ummah siyasiyyah bersifat inklusif meliputi kaum Muslimin dan orang Yahudi (wa anna Ya-huda Bani `Awf ummatun ma`a ‘l-Mu’minin). Kata kunci dalam ungkapan pembentukan ummah politik ini ialah kata ma`a (bersa-ma) iaitu orang Yahudi bersama kaum Muslimin membentuk satu

Pembinaan bangsa perlu formula kepelbagaian

Dhimmiy atau Warganegara?

dan memikul tanggungjawab yang sama kita pikul). Demikian-lah antara yang tercermin dalam Sahifah Madinah, sebuah per-lembagaan Islami yang disema-ngati kepelbagaian dalam bing-kai kesatuan (al-tanawwu` fi itar al-wihdah).

Terdapat anggapan bahawa Sahifah Madinah tidak dapat di-jadikan model sebuah negara yang moden, lengkap dan ter-perinci. Memang perlembagaan nabawi tersebut tidak digubal untuk tujuan itu. Bagaimanapun ia tetap relevan sebagai contoh penterjemahan prinsip dan nilai kenegaraan al-Quran ke dalam bentuk sebuah perlembagaan sesuai dengan realiti zaman dan lingkungan.

Yang perlu dilihat bukan rinciannya, tetapi prinsip-prin-

sip dan nilai-nilai dasarnya. De- ngan demikian Sahifah Madi-nah tetap relevan sebagai acuan menangani masalah pluralisme masyarakat, termasuk isu persa-maan status, hak dan tanggung-jawab kewarganeraan antara Muslim dan bukan Muslim.

Perlembagaan nabawi itulah yang menjadi rujukan Dr Fathi Osman ketika membahaskan isu tanggungjawab warga bukan-Muslim dalam pertahanan nega-

ra. Katanya,“The military service may have

some religious character for Mus-lims, but it meanwhile signifies national defense for non Muslims. Non Muslims were allowed to share with Muslims the responsi-bility of defending Medina in the Prophet’s Constitutional document which he drew up just after his mi-gration there. This did not particu-larly work, but it cannot affect the validity of the principle. (Fathi Os-man, 2002:153).

Tentunya dari semangat Sa-hifah Madinah jugalah beliau mendapat keberanian mendu-kung prinsip persamaan penuh (full equality) Muslim dengan bukan-Muslim dari segi hak dan tanggungjawab

I do not think Muslims have any legal problem with regards to full equality with non-Muslims in rights and obligations. What emerged as the status of “dhim-mis” (non-Muslims within the Muslim state) was historically de-veloped rather than built in the permanent laws of the Quran and Sunnah. Many scholars, including the Westerners, admit that the sta-tus of non-Muslims in the Muslim world during the Middle Ages, was better than what the Jews or other religious minorities received in the Christian countries in those ages. The important question is: Are Muslims now ready to go further to secure and sanction full equal-ity for the non-Muslim withthem in a contemporary Islamic state? When reservations and “ifs” and “buts” are raised, how can Muslims expect that non-Muslims would be convinced of, or be loyal to, the

concept of Islamic state, while they are offered full equality without reservations in a secular democra-cy? (Fathi Osman,2002:152).

Perbincangan berkenaan ke-warganegaraan orang bukan-Islam selalu dikaitkan dengan status dhimmiy yang terkesan tidak disenangi oleh masyarakat bukan-Islam. Sebenarnya sudah-ramai ulama dan sarjana Muslim yang menganggap pengkatego-rian terbabit sudah tidak relevan

lagi. Status dhimmiy pada haki-katnya tidak membawa penger-tian negatif warganegara kelas dua. Ia lebih membawa makna jaminan umatIslam untuk me-lindungi warga bukan Islam dari-pada sebarang bentuk penin-dasan. Bagaimanapun, daripada segi hukum fiqh tidak ada hala- ngan menggugurkan istilah dhimmiyyun untuk digantikan dengan istilah muwatinun.

Dr Yusuf al-Qaradawiy me-ngatakan bahawa para fuqaha’ silam umumnya menganggap kaum dhimmiy sebagai ahl al-dar (warga negara Islam) yang bererti mereka bukan orang asing.

Jika demikian mereka se-benarnya adalah ahl al-watan dan seharusnya disebut muwa-tinun sama seperti warga Mus-lim. Seterusnya al-Qaradawiy menyarankan supaya istilah-istilah tertentu dalam sejarah masa lalu seperti dhimmah dan ahl dhimmah dipadam sa-haja dari kamus masa kini ker-ana tidak lagi dapat diterima oleh masyarakat bukan Islam. Beliau berhujah bahawa Khali-fah `Umar ibn al-Khattab r.`a. telah bersetuju memadam is-tilah yang lebih penting iaitu jiz-yah apabila kaum Nasrani Bani Taghlib meminta supaya ia digantikan dengan istilah sadaqah. (Al-Qaradawiy, Yusuf, 2010:40-42).

Daripada segi realitinya status dhimmiy sudah tidak ada sejak abad 19 (zaman Turki`Uthmani). Mengenai fakta ini Al-Ghunaimi menyebut,

When Sultan Abdel Majid issued the Khatti-Sherif of Gulhane, in 1839, proclaiming the principal of equalitybetween the Muslims and the Christians, the classical legal status of the dhimmis, presumably, was to disappear.” (Al-Ghunaimi, Mohammad Talaat, 1968:213).

Bagi rantau ini kepelbagaian dan kemajmukan sudah menjadi bahagian daripada sejarah dan kebudayaannya. Hampir semua agama dan tamadun besar du-nia Islam, Kristian, Hinduisme, Buddhisme, Konfusianisme telah hadir dan hidup berdampingan dengan harmonis selama ber-abad-abad.

Keunikan rantau ini sebagai daerah terkaya dengan pengala-man dialog ketamadunan mem-berikan harapan dan optimisme kemampunan membina kesatuan bangsa berlandaskan kalimatin sawa’ dalam pengertian perkong-sian suatu set nilai yang disepa-kati.

Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil adalah Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE)

umat (umat Madinah). Ungkapan ma`a al- Muslimin (bersama kaum Muslimin), bukan minal-Muslimin (sebahagian daripada kaum Mus-limin), bererti bahawa masyara-kat Yahudi tidak menjadi baha-gian daripada umat (keagamaan) Islam, tetapi menjadi bahagian daripada umat (politik) Madinah bersama dengan umat Islam.

Peruntukan dalam Sahifah terbabit jelas memberikan status kewarganegaraan penuh (al-mu-watanah al-kamilah) kepada ma-syarakat Yahudi. Sebagai warga umat dan negara Madinah status, hak dan tanggungjawab mereka sama dengan umat Islam. Mereka bukan warganegara kelas dua. Persamaan hak dan tanggung-jawab terbabit dicatat dengan ungkapan li al-Yahuddinuhum wa li al-Muslimin dinuhum (Yahudi dengan agama mereka, dan kaum Mukminin dengan agama mer-eka). Ertinyanya perlembagaan ini memberikan hak kebebasan beragama dan membenarkan para penganut pelbagai agama mengamalkan agama masing-masing dan mengekalkan jatidiri keagamaan masing-masing.

Persamaan tanggungjawab pula dicatat dengan ungkapan wa anna al-Yahuda yunfiquna ma`a al-Mu’minin madamu mu-haribin (masyarakat Yahudi dan kaum Mukminin sama-sama membiayai peperangan apabila negara Madinah diserang). Hak dan tanggungjawab yang sama juga diberikan kepada kabilah-kabilah Arab yang ikut menjadi warga Sahifah Madinah. Persa-maan hak dan tanggungjawab kewarganegaraan antara Muslim dan bukan-Muslim itulah yang kemudiannya terumus dalam prinsip lahum ma lana, wa `alay-him ma `alayna (mereka berhak mendapat apa yang kita dapat,

Persamaan hak dan tanggungjawab ke-warganegaraan antara Muslim dan bukan Muslim itulah yang kemudiannya terumus dalam prinsip lahum ma lana, wa alayhim ma alayna (mereka berhak mendapat apa yang kita dapat, dan memikul tanggungjawab yang sama kita pikul). Demikianlah antara yang tercermin dalam Sahifah Madinah, sebuah perlembagaan Islami yang disemangati kepelbagaian dalam bingkai kesatuan (al-tanawwu fi itar al-wihdah).

Page 15: 1 Julai 2016 (WM)

16Khutbah Jumaat

SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Intisari Khutbah Jumaat: 17 Jun 2016

MIMBARJUMAAT

Tentera Badar Pahlawan Mithali

Sempena memperingati peristiwa peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua hij-

rah, marilah kita menghayati kelebihan dan keistimewaan peperangan pertama di dalam sejarah umat Islam itu.

Ia menjadikan peristiwa itu sangat penting dalam membina keyakinan se-buah umat yang baharu bangkit ketika itu. Seterusnya, kemenangan di dalam perang itu memberikan imej yang sangat baik, menggerunkan musuh dan men-jadikan umat Islam sebagai masyarakat baru disegani manusia sezaman.

Tambahan pula, perang ini berlaku pada saat umat Islam masih di pering-kat awal perkembangan mereka. Negara Islam Madinah pula masih baru dan sentiasa mendapat ancaman dari musuh-musuh di luar.

Faktor kedua adalah kerana para saha-bat yang terlibat dalam perang ini sudah menunjukkan kesungguhan, kesetiaan dan komitmen yang tinggi kepada Rasu-lullah SAW sebagai pemimpin mereka. Walaupun perancangan dan sasaran awal gerakan mereka adalah untuk me-nyekat rombongan dagang Abu Sufyan sudah terlepas, mereka tetap bersama Rasulullah SAW.

Walaupun terpaksa berhadapan de-ngan kumpulan tentera dari Mekah yang lebih besar jumlahnya, mereka tidak meninggalkan Rasulullah SAW, mahupun mengkritik baginda pada perubahan sa-saran yang terjadi dengan kehendak Al-lah SWT sepertimana dinyatakan dalam Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal, ayat 7;

“Dan (ingatlah) ketika Allah menjan-

ProgramSantaidanIFTARIFTARIFTAR TazkirahTazkirah

6 Petang - 10 Malam

Aktiviti :Tazkirah Santai | Jamuan Berbuka Puasa (disediakan) | Solat Maghrib & Isyak Berjemaah | Solat Terawikh

8 Jun - 1 Julai 2016 3 - 26 Ramadhan 1437H|

"Ramadhan Bulan Kerahmatan Dan Keampunan"

Dataran KemerdekaanShah Alam

jikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (meng-hadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadap-inya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (agama Islam) dengan Kalimahkalimah-Nya, dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruh-nya”.

Walaupun berhadapan dengan realiti sangat pahit dan risiko besar mengejut-kan, mereka tetap bersabar dan kekal bersama Rasulullah SAW. Inilah tekad mereka yang telah zahir pada ungkapan sahabat alMiqdad bin al-Aswad.

Pada saat genting menghadapi pe-rubahan kumpulan musuh itu, beliau berkata kepada Rasulullah SAW;

“...Kami akan berperang di kanan dan kirimu, di depan dan belakangmu”. (Imam al-Bukhari).

Faktor ketiga adalah kerana tentera Badar melalui ujian yang sangat meme-ritkan. Jumlah mereka hanyalah 313 orang dan terpaksa berhadapan dengan musuh yang jauh lebih ramai, iaitu 1000 orang.

Ini menjelaskan kepada kita betapa sabarnya mereka dan betapa kuatnya

pergantungan mereka kepada Allah SWT. Walaupun menghadapi musuh yang lebih ramai, mereka tetap yakin dengan kekuasaan Allah dan pertolo-ngan dariNya.

Keyakinan dan pergantungan inilah menyebabkan pertolongan Allah SWT diturunkan berupa tentera malaikat. Ini seperti yang digambarkan dalam firman Allah SWT dalam surah al-Anfal

“(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya):

"Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut”.

Marilah kita mencontohi sifat-sifat ter-puji yang ada pada tentera Badar. Just-eru, setiap Muslim hendaklah memiliki keazaman dan keinginan untuk memper-tahankan agamanya walaupun dengan nyawa sekalipun.

Kerinduan pada syurga dan keinginan untuk mati syahid akan menghilangkan rasa bimbang dan ketakutan ketika ber-hadapan dengan musuh.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, dia mati pada salah satu cabang munafik” (Imam Muslim).

Hadis ini menggalakkan kita supaya sentiasa mempersiapkan diri dengan ke-sungguhan dan komitmen untuk memper-tahankan agama. Ia tidak bermakna kita disuruh membunuh orang lain dan berpe-rang secara melulu dan tanpa kefahaman yang betul.

Bahkan, ia adalah motivasi supaya kita sentiasa meletakkan kepentingan agama melebihi segala-galanya dalam hidup kita sepertimana hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika hendak mula bertempur dengan musuh;

“Janganlah kamu bercita-cita hendak bertemu musuh. Jika kamu sudah bertemu dengan mereka, maka bersabarlah”. (Imam al-Bukhari dan Muslim).

Demikianlah sifat tentera Badar yang menjadi kumpulan terbaik dan contoh bagi generasi kemudian. Mereka meng-himpunkan sifat berani, yakin dengan Allah SWT, patuh kepada pimpinan dan sabar menghadapi sebarang realiti dan risiko dalam menegakkan agama Allah SWT.

Dapatlah disimpulkan bahawa umat Islam hendaklah mencontohi pahlawan mithali yang memiliki ciri-ciri berikut;

1. Mempunyai keyakinan dan kebergan-tungan tinggi kepada Allah SWT dalam segala hal

2. Sentiasa bersifat ikhlas dan bersung-guh-sungguh dalam menunaikan tanggungjawab diamanahkan

3. Sentiasa patuh dan taat kepada kepimpinan tentera dalam menghada-pi ujian getir

4. Mendahulukan kepentingan ummah daripada hanya kepentingan individu dan kumpulan tertentu sahaja

Page 16: 1 Julai 2016 (WM)

17SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Seni

11 Mac 2011 catat sejarah baru negara matahari terbit

Tohoku gempa mega luar dugaan

OLEH NORHAYATI UMOR

GEMPA bumi Tohoku ber-laku pada 11 Mac 2011, pada jam 2.46 petang

waktu tempatan yang berpusat di perairan timur laut kepulauan Jepun adalah suatu gempa mega luar dugaan.

Bukan kerana mereka tidak menduga, tetapi gempa bumi itu adalah yang terbesar pernah dialami Jepun sejak manusia mempunyai peralatan moden mengukur kekuatan gempa. Ia juga adalah gempa bumi keem-pat terbesar di dunia, sejak 1900.

Gempa bumi Tohoku ternyata meninggalkan impak sangat hebat kepada masyarakat Jepun yang juga dikenali se-bagai masyarakat yang sangat berpe-ngalaman dan bersedia mengha-dapi bencana gempa bumi serta tsunami.

Sudah tentu tarikh keramat itu pastinya akan diingati bukan sa-haja kepada rakyat Jepun tetapi seluruh masyarakat dunia. Pada petang yang sunyi, kesan cuaca juga mendung sejak awal pagi Jumaat dan tiba-tiba seluruh du-nia bagaikan tersentak, terkejut dengan berita gempa bumi kuat dan tsunami yang membadai negara matahari terbit itu.

Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan dari-pada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Je-pun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk.

Ia menghentam bot, kereta dan kediaman, manakala keba-karan meletus tanpa kawalan. Amaran tsunami dikeluarkan ke

seluruh pasifik sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Ameri-ka Syarikat.

Akibat daripada bencana itu, Jepun menerima banyak ban-tuan dari Malaysia juga negara lain.

Justeru, bagi memperingati kejadian gempa bumi itu, satu pameran 'Beautiful Handicrafts Of Tohoku, Japan' di pamerkan di beberapa negara termasuk Ma-laysia khususnya di Pulau Pinang dan Galeri Shah Alam, baru-baru ini.

Tohoku dikenali sebagai daerah pergunungan, peman-dangan laut, sejarah budaya, dan sejarah lokalnya. Selepas kejadian gempa bumi, masyara-kat setempat Tohoku kembali bangkit dan berusaha keras mengembalikan kehidupan nor-mal mereka termasuk memulih-kan kembali industri perkilangan juga budaya.

'Beautiful Handicrafts of Tohoku, Japan' digelar sebagai bentuk dedikasi dan dukungan dari Japan Foundation atas usa-ha masyarakat setempat dalam membangun kembali wilayah Tohoku.

Sebanyak 70 karya krafta-ngan merangkumi tembikar, pakaian kebudayaan, bakul anyaman, logam dan kerja kayu daripada penghasilan teknik yang bermutu tinggi dipamer-kan dalam pameran ini.

Selain Malaysia, pameran ini turut dipamerkan di Hungary, China, Vietnam, Thailand, Filipina, Korea Selatan dan Indonesia.

Pengarah The Japan Foun-dation, Kuala Lumpur, Koichi Horikawa, berkata pameran berkenaan juga untuk mem-perkenalkan keunikan dan kepelbagaian budaya di wilayah Tohoku, bahkan daerah terbabit masih dalam pemulihan selain memperingati kejadian itu.

Katanya, ia kali kedua pi-haknya bekerjasama dengan Galeri Shah Alam iaitu pertama kali pada 2006 membabitkan

pameran seni bina berkaitan Ku-mamoto Artpolis Project.

"Pameran ini sudah menje-lajah ke Eropah dan Asia dalam tempoh empat tahun ini. Selepas pameran ini tamat, ia akan diba-wa ke Pulau Pinang seterusnya di Fiji," katanya.

Pameran yang memaparkan koleksi kraftangan dari wilayah itu, bukan hanya berguna dalam kehidupan seharian tetapi juga mempunyai nilai estetika tinggi.

Mungkin ada sesetengah koleksi yang agak asing apabila melihatnya buat pertama kali. Namun, sebenarnya barangan itu berkait rapat dengan kehidupan seharian kita seperti bakul, cerek air, layang-layang dan patung.

Keunikan tambahan bagi pa-meran itu antaranya hasil bara-ngan mendapat sentuhan kreatif beberapa artis yang merangkumi keunikan teknik dan kraftangan dari Tohoku.

Peralatan seharian yang diciptakan pengkarya tidak hanya indah, tetapi juga bersifat multifungsi yang dibuat dengan teknik tradisional paling tinggi yang sudah ada sejak zaman kuno.

Pengunjung juga dapat memerhatikan kebijaksanaan rakyat bagi setiap enam wilayah yang membentuk tanah me-reka melalui kepakaran ibunda masing-masing yang terdapat dalam karya sulaman kogin dari Aomari dan Magewappa selain Kabazaiku dari Akita.

Tohoku dikenali sebagai daerah pergunungan, pemandangan laut, sejarah budaya, dan sejarah lokalnya. Selepas kejadian gempa bumi, masyarakat setempat Tohoku kembali bangkit dan berusaha keras mengembalikan kehidupan normal mereka termasuk memulihkan kembali industri perkilangan juga budaya.

Page 17: 1 Julai 2016 (WM)

18PBT

SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Tinggal barang terpakai tepi jalan

MPK tidak kompromi, sita �� tan barang

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak berkompromi dalam isu peninggalan barangan perniagaan kitar semula yang di-tinggalkan atas tanah kerajaan.

Yang Dipertua MPK, Dato’ Mo-hamad Yasid Bidin, berkata ham-pir 20 tan barangan kitar semula disita iaitu pepulau, kaki lima atau siar kaki di bawah pentadbi-ran MPK.

Katanya, tindakan diambil di bawah Seksyen 46 (1) (d), Akta Ja-lan Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan halangan di atas tem-pat awam.

“Antara lokasi yang menerima banyak aduan adalah sekitar Pu-lau Indah dan beberapa kawasan yang dikenal pasti untuk tinda-kan selanjutnya selepas ini.

“MPK sering mengadakan operasi penguatkuasaan dan penyitaan terhadap barangan ditinggalkan kerana menyalahi undang-undang yang ditetapkan selain menghalang laluan awam

di situ,” katanya dalam kenyataan.Yasid berkata, operasi melibat-

kan lima lori dan sebuah jentolak itu membabitkan Jabatan Pe-nguatkuasa dan Jabatan Perkhid-matan Persekitaran (JPP).

Beliau berkata, bahu jalan di kawasan itu digunakan pemilik untuk meletak barangan kitar semula miliknya tanpa menghi-raukan bahaya.

“Sikap tidak bertanggungja-wab ini mungkin menimpa selain mendatangkan ancaman kesihat-an kepada penduduk berhampir-an,” katanya.

Sembang Sahur MBSA edar �,��� juadah

SHAH ALAM - Sebanyak 1,000 juadah sahur diedar secara percuma kepada pengunjung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena Program Sem-bang Sahur, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Per-hubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata juadah turut dibungkus meng-gunakan bekas makanan khas.

Katanya, ia sebagai tanda menyo-kong kempen pengurangan penggu-naan polistirena serta mengurangkan pembaziran makanan.

“Memasuki tahun kedua pe-nganjuran, MBSA sentiasa berhasrat merapatkan hubungan ukhuwah dan silaturrahim dengan warga Shah Alam.

“Ia juga landasan bagi memeriahkan suasana ibadah di samping berdakwah berkenaan kebaikan Ramadan,” kata-nya dalam kenyataan.

Program itu terlebih dahulu dimu-lakan dengan segmen bual bicara yang

menampilkan pendakwah bebas, Ah-mad Dusuki Abd Rani.

Ia turut dihadiri Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad yang bersama mengedarkan juadah sahur kepada pengunjung se-jurus segmen bual bicara selesai.

Selain Jabatan Agama Islam Selan-gor (JAIS), program itu turut mendapat kerjasama Badan Kebajikan Wanita Is-lam Selangor (BAKAWANIS), Alterna-tive Riding Club (Arc) Shah Alam dan Department of Art, Culture and Sports (DACS).

Program kesedaran bahaya polisterin diteruskan

SHAH ALAM - Program kesedaran awam berkenaan kepentingan pengurangan penggunaan polisterin diteruskan ke kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dikenali sebagai Program Bazar Ramadan Mam-pan Selangor 2016, program itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong.

Pada program itu, Elizabeth turut menyerahkan barangan kelengkapan pengendali makanan se-per-ti apron, topi dan risalah ‘Kempen Bebas Polisterin Shah Alam 2017’ kepada penjaja makanan dan minu-man di bazar Ramadan.

Hadir sama, Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ah-mad Zaharin Mohd Saad, ahli majlis serta pengarah dan kakitangan MBSA.

Pada masa sama, MBSA turut mengedarkan 500 bekas bubur lambuk secara percuma kepada para pengunjung di bazar Ramadan sekitar Shah Alam.

Page 18: 1 Julai 2016 (WM)

19SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

PBT

10 tahun berstatus Bandaraya

MBPJ tekad beri khidmat lebih efisienOLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA - Petaling Jaya terus cemerlang dengan pem-bangunan pesat dan pertambah-an kepadatan penduduk setelah 10 tahun berstatus bandar raya .

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata sokongan diberikan penduduk Petaling Jaya sangat dihargai meskipun pelbagai cabaran di-tempuh selama ini dalam me-nyediakan perkhidmatan lebih cekap, efisien serta proaktif.

Katanya, permintaan semakin tinggi dalam aspek pembangu-nan komuniti memberikan caba-ran besar buat agensi pemba- ngunan terutama Majlis Bandara-ya Petaling Jaya (MBPJ) bagi me-nyajikan perkhidmatan terbaik.

“Saya menerima segala kriti-kan, namun kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Datuk Bandar sebelum saya juga mungkin mempunyai panda-ngan sama.

“Kita sentiasa mahu mem-berikan terbaik buat masyarakat selaku pembayar cukai. Justeru, mengharapkan sokongan, ker-jasama dan semangat berpa-sukan dari seluruh warga kerja MBPJ demi memajukan serta me-mastikan perkhidmatan sampai secara efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Sambu-tan Ulang Tahun ke-10 bandar raya Petaling Jaya.

Kutip sampah pukal percuma sempena AidilfitriSHAH ALAM - Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ) menye-diakan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma di kawasan pentadbirannya sempe-na sambutan Aidilfitri.

Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata tempoh perkhidmatan itu bermula 23 Jun hingga 2 Julai membabitkan kawasan peruma-han hartanah (landed property) sahaja.

“Penduduk diminta untuk mengumpul dan meletakkan sampah pukal terbabit di hada-pan rumah dalam tempoh masa di atas bagi memudahkan kon-traktor MPSJ mengutip sampah pukal secara berperingkat.

“Bagaimanapun, perkhid-matan ini tidak disediakan bagi kawasan perumahan bertingkat seperti flat, pangsapuri dan kon-dominium,” katanya dalam ke-nyataan.

Azli berkata, bagi melancar-

Premis judi diserbu MPSJSHAH ALAM - Sebanyak 14 me-sin permainan elektronik dan 32 set peralatan komputer dirampas Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam operasi bersepadu pusat perjudian di USJ sejak be-berapa bulan lalu.

Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Korporat dan Penguru-san Strategik MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata operasi itu dijalankan di dalam kompleks membeli-belah bagi dikesan pi-hak berkuasa.

“Kita dapati pengusaha me-nyembunyikan kegiatan mereka di sebalik nama perniagaan lain seperti butik, pusat siber dan pusat hiburan keluarga.

“Sebaliknya dalam premis ada pintu khas yang boleh me-nyambungkan pengunjung ke ruang khas untuk aktiviti perjudian”,”katanya.

Muhammad Azli berkata, pre-mis disita di bawah Undang-undang Kecil Pusat Siber Majlis Perbandaran Subang Jaya 2007 dan Akta Seksyen 6 (1), Enakmen

Muhammad Azli

kan perkhidmatan kutipan sam-pah pukal, Jawatankuasa Pen-duduk (JKP) atau wakil penduduk (Residents Association) boleh membuat permohonan mengi-kut kawasan masing-masing dengan menghubungi talian 03-80267433 / 4363 / 7431.

“Perkhidmatan ini hanya dilak-sanakan mengikut tempoh masa ditetapkan dan tidak akan dilak-sanakan selepas tamat tarikh di-nyatakan,” katanya.

Hiburan dan Tempat-tempat Hi-buran Selangor 1995 (Pindaan 2001) kerana mengadakan ak-tiviti hiburan (perjudian mesin permainan elektronik) tanpa ke-benaran.

“Walaubagaimanapun, pe-ngusaha tidak serik menjalan-

kan operasi selepas di sita, na-mun MPSJ akan terus membuat penguatkuasaan dari masa ke masa,”katanya.

Operasi dijalankan dengan di-anggotai 45 penguatkuasa ber-mula jam 10.30 dan berakhir 2 pagi, 21 Jun lalu.

Sambutan ulang tahun ke-10 MBPJ dimulakan dengan peme-riksaan perbarisan anggota ke-selamatan kemudian diikuti dengan bacaan ikrar, doa dan nyanyian lagu Negaraku serta Negeri Selangor.

Majlis turut diserikan dengan acara peragaan pakaian kakita-ngan MBPJ mengikut jabatan serta penyampaian hadiah ke-pada lima pemenang pertan-dingan video pendek sempena

ulang tahun ke-10 bandar raya Petaling Jaya.

Petaling Jaya mula diiktiraf selaku bandar raya pada 20 Jun 2006 oleh DYMM Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sebelum bergelar MBPJ, evolusi kemajuan Petaling Jaya menyaksikan ia dikenali sebagai Petaling Jaya Authority (1953), Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya (1960), Lembaga Bandaran Petaling Jaya (1964) dan seterus-nya MBPJ (1977).

Antara individu bertuah yang

pernah memimpin MBPJ adalah Datuk Ahmad Termizi Puteh (20 Jun 2006-15 Ogos 2006), Datuk Mohammad Roslan Sakiman (20 Ogos 2006-31 Disember 2012), Datin Paduka Alinah Ahmad (1 Januari 2013-31 Disember 2014) dan Mohd Azizi Mohd Zain (1 April 2015-Kini).

Sejak 10 tahun lalu, antara pencapaian membanggakan MBPJ adalah menyediakan perkhidmatan bas percuma, pemberian insentif kepada per-satuan penduduk dan rukun te-tangga serta rebat cukai taksiran

mesra alam.Bagi meraikan ulang tahun

itu, MBPJ turut menawarkan em-pat perkhidmatan percuma ke-pada penduduk selama sehari antaranya kemudahan gelang-gang sukan, kolam renang dan padang serta pemberian 1,000 anak pokok percuma.

Selain itu, pendaftaran keah-lian perpustakaan komuniti Pe-taling Jaya terhad kepada 300 orang pertama sahaja dan tem-pat letak kereta awam percuma di ‘on street’ dan kompleks letak kenderaan milik MBPJ.

Kita sentiasa mahu memberikan terbaik buat masyarakat selaku pembayar cukai. Justeru, mengharapkan sokongan, kerjasama dan semangat berpasukan dari seluruh warga kerja MBPJ demi memajukan serta memastikan perkhidmatan sampai secara efektif

MOHD AZIZIDatuk Bandar Petaling Jaya

Page 19: 1 Julai 2016 (WM)

20Pendidikan

SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

SHAH ALAM - Lebih 30 pelajar diraikan pada Majlis Iftar Ramadan Mahasiswa Uni-versiti Selangor (UNISEL), di Dewan Kedia-man Exco Kerajaan Negeri, pada 22 Jun lalu.

Program anjuran Bahagian Pembangunan Belia Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) itu diadakan sebagai inisiatif ukhuwah bersama mahasiswa seluruh negeri.

Pengarah Eksekutif MSN, Zubir Idrus, ber-kata majlis itu menerusi jabatan pembangu-nan belia terus konsisten mewujudkan pro-gram pembangunan belia seluruh negeri.

Beliau berkata, ia termasuk pengan-juran program pembangunan dan kema-syarakatan membabitkan golongan belia.

“Ini adalah program pertemuan di bawah gerak kerja Exco Belia bertemu de-ngan mahasiswa Selangor seluruh negeri.

“Sempena Ramadan, kita jadikan sekali program ini sebagai Majlis Iftar Ramadan bersama mahasiswa,” katanya.

Hadir sama, Exco Pembangunan Ge-nerasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pem-bangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Timbalan Pengarah MSN, Mohd Najwan Halimi.

Pada majlis sama, mahasiswa turut di-beri pendedahan oleh Amirudin berke-naan program pembangunan belia yang dijalankan Kerajaan Negeri.

Ia termasuk program bersifat kema-syarakatan seperti Selangor Food Stamp, Hijrah, Skim Mesra Usia Emas, Skim Belia Tani dan Bas Percuma.

Sementara itu, Amirudin dalam sesi penerangannya berkata, agenda pentad-biran Kerajaan Negeri diperhebat secara efisien kepada golongan muda Selangor.

“Kerajaan Negeri komited memacu hala tuju pembangunan negeri melalui dasar Smart State yang diperkenalkan Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya.

SHAH ALAM - Orang ramai disaran menghentikan pe-nyebaran berita palsu berhubung bantuan pendidikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS menafikan informasi yang tersebar di what-sapp ketika ini oleh pihak yang tidak bertang-gungjawab.

Dalam laman Facebooknya, LZS berkata whatsapp terbabit bukan sahaja palsu, malahan maklumat yang diberikan juga tidak tepat.

Permohonan bantuan pendidikan sebenarnya sudah tamat, pada 31 Mac lalu.

Malah, ianya palsu dan maklumat itu juga tidak tepat, tulisnya.LZS memaklumkan sebarang maklumat hanya akan dimaklumkan di laman

sesawangnya dan Facebook rasmi Zakat Selangor.

Henti sebar berita bantuan pendidikan palsu LZS

Galak masyarakat melabur saham akhirat

KUIS perhebat usaha jadi universiti wakaf

Mahasiswa UNISEL didedah kemajuan pembangunan belia

OLEH NORHAYATI UMOR

BANGI - Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS) kini dalam usaha menjadikan ins-titusi itu sebagai universiti wakaf yang menggalakkan masyarakat supaya bera-mal sambil melabur saham akhirat me-lalui pendidikan.

Rektor KUIS, Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri, berkata 10 projek wakaf juga se-dang dalam perancangan untuk dilak-sanakan bagi tempoh beberapa tahun.

Katanya, ia membabitkan bangunan akademik, perpustakaan, pusat pelajar, pusat sukan dan asrama pelajar.

“Wakaf boleh dilakukan dalam bentuk persendirian atau melalui syarikat dan agensi. Kita mengambil pendekatan idea-lisme seperti Universiti Al Azhar.

“Kita mahu kembangkan kepada se-luruh Malaysia kerana pelajar KUIS dari semua negeri,” katanya selepas merasmi-kan Kempen Dana Wakaf KUIS di Pusat Konvensyen KUIS, di sini, baru-baru ini.

Melalui kempen itu, Ab Halim berkata, ia adalah permulaan dalam usaha mem-beri kesedaran memulakan projek perin-tis KUIS sebagai institusi wakaf.

“Perkara ini bukan mudah dan me-ngambil masa panjang. Di Malaysia, wakaf agak baru berbanding masjid dan surau.

“Bagaimanapun, kita melihat kesan posi-tif penyertaan penduduk sekitar Bangi dan beberapa penglibatan lain yang banyak menyumbang antaranya infaq makanan, wakaf kepakaran dan buku,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak RM301,000 berjaya dikumpul hasil wakaf masyarakat.

“Saya sasarkan projek wakaf ini berja-ya dicapai selepas 10 tahun kerana untuk memberi kesedaran bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Katanya, KUIS juga menawarkan hadiah pakej umrah kepada lima kategori terdiri

daripada siswa, siswi, kaki-tangan lelaki dan wanita ser-ta orang awam yang berjaya mengumpulkan dana wakaf tertinggi.

10 projek wakaf jugasedang dalam perancangan untuk di-laksanakan bagi tempoh beberapa tahun.Katanya, ia membabit-kan bangunan akademik, perpustakaan, pusat pelajar, pusat sukan dan asrama pelajar.

Page 20: 1 Julai 2016 (WM)

21SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Agama

Galak masyarakat melabur saham akhirat

KUIS perhebat usaha jadi universiti wakaf

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Tradisi mengima-rahkan masjid dan surau seluruh negeri diteruskan dengan pengi-sisan program keagamaan bagi mendapatkan keberkatan sepan-jang Ramadan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Ami-rudin Shari, berkata ia terma-suklah penganjuran program Qiamullail dan Sahur Perdana peringkat negeri di Masjid Sul-tan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, pada 26 Jun lalu.

“Beberapa tahun lalu, pro-gram ini digerakkan di peringkat Jawatankuasa Agama dan tahun ini kita bekerjasama. Untuk tahun ini dapat dilihat sambutan dan penyertaan daripada golongan belia khususnya anak-anak muda cukup baik.

“Walaupun sambutannya positif, saya mengharapkan lebih ramai golongan belia me- ngambil peluang ini dan Kera-jaan Negeri akan terus menyo-kong usaha keterlibatan golon-gan muda dalam program berfaedah seperti ini, katanya kepada SelangorKini.

WAKTU SOLAT SELANGOR1 - 8 Julai 2016

26 Ramadan - 4 Syawal 1437HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

01 Jumaat 5.34 5:44 7.07 1:20 4:45 7:29 8:4402 Sabtu 5.35 5:45 7.08 1:20 4:46 7:29 8:4403 Ahad 5.35 5:45 7.08 1:20 4:46 7:29 8:4504 Isnin 5.35 5:45 7.08 1:20 4:46 7:29 8:4505 Selasa 5.35 5:45 7.08 1:21 4:46 7:29 8:4506 Rabu 5.36 5:46 7.08 1:21 4:46 7:30 8:4507 Khamis 5.36 5:46 7.09 1:21 4:46 7:30 8:4508 Jumaat 5.36 5:46 7.09 1:21 4:46 7:30 8:45

01 Jumaat 5.36 5:46 7:10 1:22 4:47 7:31 8:4602 Sabtu 5.37 5:47 7:10 1:22 4:48 7:31 8:4603 Ahad 5.37 5:47 7:10 1:22 4:48 7:31 8:4704 Isnin 5.37 5:47 7:10 1:22 4:48 7:31 8:4705 Selasa 5.37 5:47 7:11 1:23 4:48 7:32 8:4706 Rabu 5.38 5:48 7:11 1:23 4:48 7:32 8:4707 Khamis 5.38 5:48 7:11 1:23 4:48 7:32 8:4708 Jumaat 5.38 5:48 7:11 1:23 4:48 7:32 8:47

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Sela-ngor (LZS) menerima RM4.26 juta daripada 55 syarikat yang menunai-kan zakat perniagaan.

Majlis penyerahan zakat per-niagaan itu disempurnakan Ahli Jawatankuasa Operasi Kutipan, Prof Madya Datuk Syed Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa.

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) mendahului senarai syarikat dengan jumlah lebih RM1.17 juta.

Ia diikuti syarikat Advance Air Traf-fic Systems (M) Sdn BHD sebanyak RM524,378.28 dan Malaysia Allied Health Sciences Academy Sdn BHD sebanyak RM 500,000.

Dalam program Majlis Iftar dan Bayaran Zakat itu juga, LZS turut me-nyampaikan pelbagai jenis bantuan zakat berjumlah RM1.73 juta.

Ia membabitkan RM1.58 juta diagih- kan melalui bantuan pendidikan ke-pada 309 orang pelajar asnaf fakir dan

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengagih-kan RM294.3 juta untuk menyan-tuni keperluan golongan asnaf sehingga Mei 2016.

Ahli Jawatankuasa Operasi Ku-tipan LZS, Prof Madya Datuk Syed Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, berkata bagaimanapun jumlah terbabit masih jauh untuk me-nampung keperluan sebenar as-naf di Selangor.

Katanya, LZS memerlukan se-banyak RM645 juta tahun ini bagi menampung trend peningka-tan permohonan zakat fakir dan miskin.

“Di samping keperluan sema-sa, setiap tahun LZS melak-sanakan agihan zakat kepada keluarga asnaf dan fakir miskin sempena Ramadan dan Syawal.

“Untuk tahun ini, LZS meng-agihkan bantuan zakat RM 27.2

juta untuk diagihkan kepada 39,950 keluarga asnaf dan fakir miskin,” katanya pada Majlis Iftar dan Bayaran Zakat di Pusat Kon-vensyen Shah Alam, 25 Jun lalu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali dan Pengurus Besar Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Syed Ghazali berkata, bantuan zakat yang disalurkan itu beru-pa wang tunai dengan masing-

masing menerima antara RM600 hingga RM1,000 bagi setiap kelu-arga fakir mengikut tanggungan.

“Manakala bagi keluarga asnaf miskin pula menerima wang tu- nai antara RM550 hingga RM1,000 mengikut tanggungan bagi setiap keluarga,” katanya.

Pada masa sama, beliau ber-kata, LZS giat menjalankan Kem-pen Taksir dan Tunai Zakat Niaga/Saham bermula 15 Mei hingga 15

Julai ini.Kempen terbabit adalah inisi-

atif LZS meningkatkan pemaha-man berkenaan taksir zakat khu-susnya dalam kalangan peniaga dan pelabur saham.

“Mereka yang mengeluarkan zakat perniagaan sepanjang tem-poh kempen berpeluang meneri-ma penghargaan khas berupa pa-kej pelancongan Muslim ke China menerusi e-cabutan,” katanya.

Qiamullail, Sahur Perdana jana kesatuan Ummah

Kerajaan Negeri untuk menye-diakan ruang dan wahana terbaik khusus kepada generasi muda memenuhi Ramadan dengan ak-tiviti berfaedah.

“Kita sememangnya terbuka menyediakan pelbagai program termasuklah aktiviti harian ber-faedah.

“Jadi. rebutlah peluang ini

khususnya kepada generasi muda dan pastinya Kerajaan Negeri menyediakan tempat dan peluang terbaik kepada mereka,” katanya.

LZS agih RM���.� juta bantu asnaf

Beliau ditemui pada Masjlis berkenaan yang turut dihadiri le-bih 500 jemaah dari seluruh negeri.

Program keagamaan itu turut diserikan dengan kehadiran Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain.

Pengisian program turut di-manfaatkan menerusi sesi taz-kirah dan slot motivasi pagi di-sampaikan Penceramah Bebas, Pencetus Ummah Muhammad Hafiz Mohd Haneefa dan Ustaz Haslin Baharin.

Pada masa sama, Amirudin ber-kata Kerajaan Negeri terus kon-sisten menyediakan platform ter-baik menerusi program keilmuan, keagamaan dan pembangunan belia seluruh negeri.

‘Ini antara inisiatif daripada

55 syarikat tunai zakat perniagaan RM�.�6 juta kepada LZS

miskin yang melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Se-langor (KUIS).

Bantuan terbabit adalah pembia-yaan yuran semester pelajar berkenaan.

Sementara itu, LZS turut menyum-bangkan RM42,745 kepada Balai Islam

Pulau Ketam bagi tujuan menaik taraf surau.

Manakala, tiga individu lagi ma-sing-masing menerima bantuan peru-batan dan pembinaan serta pembeli-an rumah sebanyak RM16,000 hingga RM47,000.

Page 21: 1 Julai 2016 (WM)

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Ke-bajikan menyumbangkan keper-luan bernilai RM10,000 kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur Di Kampung Melayu Batu 16, Rawa-ng, pada 20 Jun lalu.

Exco Kebajikan, Dr Daroyah Alwi, berkata pusat itu khusus menjadi tempat jagaan dan per-

SHAH ALAM - Seramai 250 anak yatim bersama 80 ibu tunggal diraikan dalam majlis Iftar Ramadan dan Tautan Ka-sih anjuran Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor di Wisma PKPS, Shah Alam, pada 21 Jun lalu.

Exco Kebajikan, Dr Daroyah Awli, berkata pihaknya turut me-nyampaikan duit raya dan sum-bangan Aidilfitri kepada setiap

keluarga daripada seluruh DUN.Majlis itu diadakan bagi

menggembirakan anak yatim serta ibu tunggal dalam me-nyambut bulan puasa, di sam-ping memberi bantuan bagi me-ringankan beban, katanya.

Majlis turut diserikan de- ngan penampilan khas kumpu-lan nasyid terkenal tanah air, Rab-bani serta tazkirah ringkas dari-pada Imam Muda Fariz.

SHAH ALAM - Lima badan bukan kerajaan (NGO) dan pusat jaga-an warga emas menerima sum-bangan keseluruhan berjumlah RM50,000 daripada Perbadan-an Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah, berkata pihaknya mengenal pasti lima badan keba-jikan yang layak menerima ban-tuan zakat perbadanan itu.

“Setiap badan NGO ini akan menerima wang zakat bernilai RM10,000 yang terdiri daripada Persatuan Penyakit Jarang Jum-pa Malaysia, Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM), Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Pertubuhan Kebajikan Nur Hati dan Rumah Kasih Nurul Hasanah,” katanya.

Pengerusi CLAPAM, Zainal Azhar Ahmad, berkata beliau ber-syukur dan berterima kasih ke-pada PKNS kerana dengan sum-

Agih bantuan zakat RM��,���

Sumbangan keperluan asas

Pusat Jagaan Titian OKU Nur terima RM��,���

SHAH ALAM - Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) meraikan 13 warga emas dalam Iftar Ramadan Kasih PKNS, pada 24 Jun lalu.

Warga emas yang terpilih ter-diri daripada penghuni Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas yang terletak di Batu 18, Kampung Pulau Meranti, Pu-chong.

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alafiah, berkata usaha dilaku-kan perbadanan itu bertujuan meraikan insan yang kurang ber-nasib baik.

“Kebanyakan warga emas tidak dapat hadir kerana faktor keu-zuran yang tidak mengizinkan.

“PKNS juga menyerahkan sumbangan duit raya kepada warga emas dan berharap usa-ha murni ini dapat menceriakan mereka sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri tidak lama

��� anak yatim dan ibu tunggal dirai

PKNS laksana tanggung-jawab sosial korporat

bangan itu banyak perkara dapat dilaksanakan.

“Antara tiga perkara yang diu-tamakan adalah memberi khid-mat nasihat kepada ibu bapa yang anaknya menghidap klef kerana di Lembah Klang, hospital kerajaan

dan swasta tidak akan ‘discharge’ bayi selagi kami tidak pergi ber-jumpa ibu bapa memberi ketera-ngan.

“Kita juga akan memberi botol dan puting khas untuk me-nyenangkan ibu bapa menyusu-

kan anak mereka sebagai perse-diaan sebelum pembedahan. Selain itu, kami akan guna dana ini untuk membiayai pembeda-han sum-bing bibir dan lelangit,” katanya kepada SelangorKini, di sini, pada 23 Jun lalu.

Sementara itu, Pengurus Per-tubuhan Kebajikan Nur Hati, Mohd Zaid Mohd Shah, berkata itu adalah pertama pihaknya menerima sumbangan dengan nilai yang besar.

“Kami sangat bersyukur menerima sumbangan yang di-beri PKNS kerana dapat meri-ngankan beban menjelang Aidil-fitri kerana rumah ini dihuni bayi yang dibuang daripada umur tiga bulan dan dibesarkan sehingga 21 tahun.

“Istimewanya rumah ini, kami menjaga mereka yang tidak sah taraf dan tidak mempunyai kelu-arga juga waris.

“Jadi, menjelang Hari Raya yang akan tiba, anak yang me-nyambung pelajaran atau sudah berdikari akan pulang ke rumah kebajikan ini untuk menyambut Aidilfitri bersama kami kerana di sinilah tempat asal dan kampung halaman mereka,” katanya.

lindungan kepada 50 warga emas serta orang kelainan upaya (OKU) yang mempunyai masalah mental.

“Kerajaan Negeri menyum-bangkan keperluan asas bernilai RM10,000 kepada pusat jagaan ini bagi meringankan beban ope-rasi yang ditanggung mereka.

“Antara keperluan utama yang disumbangkan berbentuk susu dan lampin pakai buang,” katanya

dalam kenyataan.Sebelum itu, Daroyah juga sem-

pat meluangkan masa menziarah pesakit di Hospital Sungai Buloh dalam Program Ziarah Medik.

Katanya, program itu bertu-juan memberi semangat ser-ta mendoakan pesakit supaya cepat sembuh dan boleh pulang menyambut Aidilfitri bagi yang beragama Islam, di samping me-nyampaikan sumbangan.

PKNS juga me- nyerahkan sumbang- an duit raya kepada warga emas dan ber-harap usaha murni ini dapat menceria-kan mereka sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri tidak lama lagiAZLAN MD ALAFIAHPengurus Besar PKNS

lagi,” katanya ketika berucap pada majlis itu yang diadakan di Hotel De Palma, di sini.

Pada masa sama, katanya program itu juga adalah untuk merapatkan lagi hubungan or-ganisasi antara PKNS dengan ma-syarakat luar yang kurang berke-mampuan.

Page 22: 1 Julai 2016 (WM)

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Pemain import, An-dik Vermanshah tekad meningkatkan prestasi bagi membantu Selangor bertindak cemerlang dalam pusingan kedua Liga Super, mulai Julai ini.

Bercakap kepada SelangorKini, pe-main dari Indonesia itu berharap ke-marau jaringan ditempuhnya kini ber-akhir dan dia kembali hebat mencipta jaringan untuk skuad Red Giants.

“Selepas Aidilfitri ini akan bermula kembali Liga Super dan saya harap dapat membantu Selangor dengan lebih kerap menjaringkan gol.

“Ini penting untuk pasukan me-langkah jauh dalam saingan liga dan Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Iftar bersama Selangor, pada 25 Jun lalu.

Berkenaan sambutan Aidilfitri, An-

SHAH ALAM - Mantan penjaga gol import Se-langor, Karel Stromsik menyertai PKNS FC se-laku jurulatih penjaga gol pasukan Liga Per-dana itu.

Menerusi laman Twitternya, PKNS FC memaklumkan pelan-tikan itu dan Stromsik kembali bersama Ketua Jurulatih, E Elavarasan dengan keduanya per-nah bergandingan ke-tika membimbing Fel-da United.

Stromsik pernah mewakili Selangor pada 1989 hingga 1991 adalah penjaga gol Czechoslovakia pada kejohanan Piala Dunia 1982 dan pengalaman luasnya dijangka mam-pu membantu meningkatkan tahap permainan pen-jaga gawang kelab dari Selangor itu.

Kini, PKNS FC sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi saingan Liga Perdana selain Piala Ma-laysia bermula Julai ini selepas sambutan Aidilfitri.

Tempoh rehat dalam Ramadan diguna-kan PKNS FC bagi memantapkan persem- bahan pasukan dengan mengatur beberapa perla-wanan persahabatan dengan pasukan tempatan.

Naib juara Piala FA itu akan memulakan cabar-an dengan berdepan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin, Johor, 12 Julai dalam perbukaan saingan Piala Malaysia.

Setia bersama Red Giants

Andik tekad terus tabur bakti

Karel Stromsikjurulatih penjaga gol PKNS FC

Stromsik pernah mewakili Selangor pada 1989 hingga 1991 adalah penjaga gol Czechoslovakia pada kejohanan Piala Dunia 1982

23SelangorKini 1 - 8 Julai 2016

Sukan

Selepas Aidilfitri ini akan bermula kembali Liga Super dan saya harap dapat membantu Selangor dengan lebih kerap menjaringkan gol.

ANDIK VERMANSHAH

dik berkata, pasukan melepaskannya pulang ke Indonesia menyambut pe-rayaan itu selama empat hari bermula 5 Julai ini.

Pemain lincah itu nyata gembira di Selangor biarpun kini berjauhan dari-pada keluarga terutama dalam meng-hadapi Ramadan.

“Ia pengalaman tahun ketiga saya menunaikan puasa di Selangor.

“Tidak banyak beza-nya antara di Malaysia dan Indonesia, semua hampir sama, hanya saya tidak bersama keluarga,” katanya.

Berkenaan soal makanan, An-dik sering bersahur dan berbu-ka sendiri juga kadang kala bersama rakan jika berke-sempatan.

“Banyak makanan yang sedap di sini dan tidak ba-nyak beza juga dengan In-donesia.

“Saya suka banyak tetapi b i a s a n y a saya suka m a k a n n a s i lemak”, k a t a -nya.

PARIS - Iceland mencipta kejutan ter-besar EURO 2016 apabila menyingkir-kan England dengan keputusan 2-1 untuk mara ke suku akhir buat perta-ma kali dalam sejarah.

Kejayaan itu menyaksikan Iceland menempah slot terakhir ke suku akhir bagi bertemu tuan rumah Perancis.

Sementara itu, Itali melunaskan dendam apabila menyingkirkan juara bertahan Sepanyol 2-0 yang sudah cu-

EURO ����: Iceland cipta kejutan, Sepanyol tersingkir

kup membawa Itali ke peringkat suku akhir dan bakal bertemu Jerman.

Kekalahan itu meleburkan impian Sepanyol menjadi negara pertama menjulang kejuaraan Eropah buat kali ketiga berturut-turut selepas ber-jaya muncul juara pada edisi 2008 dan 2012.

Sementara Juara Piala Dunia 2014, Jerman tidak berdepan masalah me-nempah tiket ke suku akhir selepas membelasah Slovakia 3-0.

Walaupun pernah tewas 3-1 ke-pada Slovakia dalam aksi pemanas badan, namun ia tidak merencatkan persembahan Die Mannschaf yang menguasai hampir 60 peratus per-mainan.

Manakala Portugal ke peringkat suku akhir apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada peng-hujung masa tambahan untuk me-newaskan Croatia 1-0.

Aksi kedua pasukan yang berlaru-tan tanpa sebarang jaringan pada 116 minit perlawanan akhirnya diter-jemah Quaresma dengan jaringan mudah selepas memanfaatkan pelu-ang di hadapan gawang.

Perlawanan akhir bakal berlang-sung pada 10 Julai (Ahad) di Saint-Denis.

Kejuaraan Sepak Bola Eropah UEFA adalah kejohanan sepak bola utama antara pasukan UEFA yang diadakan setiap empat tahun sejak 1960.

Peringkat Suku Akhir (1-4 Julai)

Poland vs PortugalWales vs Belgium

Jerman vs ItalyPerancis vs Iceland

Page 23: 1 Julai 2016 (WM)

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Skuad Aperintis di bawah program pembangunan sukan Majlis Sukan Negeri (MSN) dijangka mampu mempamerkan persemba-han cemerlang kejohanan Sukan Ma-laysia (SUKMA) Sarawak, 22 hingga 31 Julai ini.

Pengarah Eksekutif MSN, Zubir Idrus, berkata pihaknya optimis atlet di bawah skim berkenaan boleh me-nyumbang emas lebih banyak ber-dasarkan latihan dan persediaan at-let.

“Skim aperintis adalah pro-gram pembangunan atlet kita yang mendapat emas pada SUKMA lalu dan mereka masih boleh bertanding untuk kejohanan kali ini.

“Kita jangka mereka mampu mengekalkan emas berdasarkan pengalaman dan latihan insentif di-jalankan.

“Namun, kita masih ada strategi lain. Sepanjang proses latihan, atlet baru yang menonjol juga diyakini mampu mendapat (emas) lebih dari-pada sasaran itu,” katanya kepada Se-langorKini.

Beliau berkata demikian pada Maj-

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

SUKMA Sarawak

Skuad Aperintis optimis pamer aksi cemerlang

lis Iftar Ramadan bersama Mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL), di Dewan Kediaman Exco Kerajaan Negeri, pada 22 Jun lalu

Kontinjen Selangor mensasarkan 48 jumlah kutipan emas pada temasya SUK-MA Sarawak dengan penyertaan 407 atlet.

Atlet renang dijangka mampu meraih kutipan emas tertinggi kotinjen Selangor dengan sasaran tujuh emas.

Pada masa sama, pasukan Karate Do bakal memulakan siri kempen memburu

emas pertama Selangor sebelum memu-lakan aksi pertamanya 16 Julai ini.

Kontijen Selangor beraksi cemerlang dalam kejohanan terdahulu apabila mun-cul juara lapan kali, namun agak merosot dalam edisi terakhir apabila sekadar men-duduki tempat keempat.

Edisi terdahulu menyaksikan Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan SUKMA Perlis 2014 dengan 55 pingat emas, 38 perak dan 49 gangsa diikuti Terengga-nu (51 emas, 55 perak dan 31 gangsa).

Sepanjang proses latihan, atlet baru yang menonjol juga diyakini mampu mendapat (Emas) lebih daripada sasaran ituZUBIR IDRUSPengarah Eksekutif MSN

SHAH ALAM - Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh melupakan hasrat memancing Azrif Nas-rulhaq Badrul Hisham kerana Selangor bertegas tidak akan melepaskan pemain itu demi kebaikan pasukan.

Pengurus pasukan, Amiru-din Shari, berkata setakat ini Red Giants membuat keteta-pan pemain pertahanan ke-bangsaan itu mesti dikekalkan untuk menghadapi saingan mencabar dalam pusingan kedua Liga Super dan Piala Ma-laysia Julai ini.

“Kita sedang menunggu ta-waran daripada JDT tetapi se-takat ini kita sedang mem-pertahankan pe-main itu kerana itu hak kita.

“Tidak mudah untuk kita me-lepaskan pemain tanpa mendapat gantian yang baik, namun kepu-tusan setakat ini tidak mem-benarkan Azrif berhijrah kecu-

ali ada tawaran atau pilihan lebih baik,” ka- tanya kepada me-dia dalam Maj- lis Iftar bersama pasukan Sela-ngor, pada 25 Jun lalu.

Ketegasan Se-langor dalam keputusan bagi khidmat Azrif

dipercayai ekoran pemain itu masih mempunyai kontrak ber-sama Selangor sehingga akhir

Red Giants tegas kekalkan AzrifDisember tahun hadapan.

Selangor ketika ini sedang menyiapkan pasukan dan Ami-rudin tidak menolak kemung-kinan akan berlaku perubahan dengan kemasukan pemain baru di dalam pasukan.

Mengulas lanjut, katanya, Penolong Jurulatih, K Gunalan, sedang membuat tinjauan di beberapa negara luar untuk tu-juan itu dan keputusan hanya akan dibuat selepas beliau pu-lang awal Julai nanti.

“Ia mungkin tiada membabit-kan pemain tempatan kerana

saya lihat agak sukar bagi pa-sukan lain melepaskan pemain berbakat mereka.

“Namun, kita tunggu kera-na kemungkinan akan ada pe-rubahan dalam kalangan pe-main import, katanya.

Beliau berkata, tempoh re-hat dalam Ramadan diguna-kan bagi menghadapi bebera-pa perlawanan persahabatan untuk pasukan membina kekuatan selain mengadap-tasi perubahan taktikal untuk kemantapan skuad Merah Ku-ning.

Andik tekad terus tabur bakti