1 institute issue no 1 | june 20 engineerin gfels.unisel.edu.my/bulletin/bulletin-ise-1-2018.pdf ·...

8
issue no 1 | june 2018 INSTITUTE of SPORTS ENGINEERING FENOMENA BASIKAL LAJAK: ISU, CABARAN DAN PENYELESAIAN AI, KOMPONEN UTAMA REVOLUSI INDUSTRI 4.0 IR 4.0: UNISEL BEKAL TENAGA PROFESIONAL MUDA JIMNY IR 4.0 INSTITIUTE OF SPORTS ENGINEERING BULLETIN isu semasa teknologi kejuruteraan sukan alumni ‘SETAHUN BERCUMBU BERSAMA layoutNEW.indd 1 9/19/2018 11:35:10 AM

Upload: dinhnguyet

Post on 08-May-2019

245 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

issue

no 1

| ju

ne 20

18

INSTITUTE ofSPORTS ENGINEERING

FENOMENA BASIKAL LAJAK:

ISU, CABARAN DAN PENYELESAIAN

AI, KOMPONEN UTAMA REVOLUSI INDUSTRI 4.0

IR 4.0: UNISEL BEKAL TENAGA PROFESIONAL MUDA

JIMNY IR 4.0

INSTITIUTE OF SPORTS ENGINEERING BULLETIN

isu semasa

teknologi

kejuruteraansukan

alumni

‘SETAHUN BERCUMBU BERSAMA

layoutNEW.indd 1 9/19/2018 11:35:10 AM

ISE Bulletin published by UNISEL Press is a periodical highlighting recent research activities, interdisciplinary collaboration and industrial engagement from across ISE and Faculty of Engineering & Life Sciences .

BESTARI JAYA CAMPUSJalan Timur Tambahan,45600 Bestari Jaya,Selangor Darul Ehsan,Malaysia.DU007-01 (B)+603 3280-5062

SHAH ALAM CAMPUSJalan Zirkon A7/A Seksyen 7,40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,Malaysia.+603 5522-3400

redaktur penyumbang

Isu pertama ini memberikan penekanan khas kepada Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) kerana ia adalah satu trend yang sangat mengujakan semua pihak termasuk saya sendiri. Artikel IR 4.0 pada muka surat 3 ditulis sendiri oleh saya dan rencana ini telahpun disiarkan oleh Akhbar Nombor Satu Malaysia, Kosmo pada 14 Julai 2018.

Sesuai dengan tema IR 4.0, saya memilih `gambar robot manusia’ pada muka surat pertama kerana Artificial Intelligent Technology (Teknologi Kecerdasan Buatan) sekarang ini menjadi bahan bualan di serata dunia. Malaysia tidak terkecuali dan kami di Institut Kejuruteraan Sukan (ISE) iaitu salah satu institut Pusat Kecemerlangan (COE) Universiti Selangor (UNISEL) tidak mahu ketinggalan dalam menjayakan agenda perdana IR 4.0.

Pada muka surat 4 dan 5, saya melontarkan semula isu basikal lajak kerana hampir setiap malam saya melihat masih ramai remaja berkeliaran di jalanan. Fenomena tersebut harus dikupas dan kita mesti mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi permasalahan ini.

Muka surat 6 dan 7, ISE sekali lagi mengupas persoalan tentang mampukah Malaysia khususnya UNISEL menjadi pembekal tenaga mahir muda kepada keperluan IR 4.0. Saya dimaklumkan seorang teman yang baru pulang dari Switzerland dan Jerman bahawa IR 4.0 di Malaysia kononnya masih di takuk lama. Justeru, ISE mahu menjadi peneraju dan bersedia untuk membekalkan tenaga pakar muda kepada industri.

Akhirnya, ISE memberi ruang khas kepada alumni UNISEL khususnya graduan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FELS) untuk berkarya disamping berksi pengalaman. Pada muka surat 8, graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) Jabatan Kejuruteraan, Amirul Azmi Mohammad Rumai berkongsi pengalamannya menyiapkan Jimny selama setahun ketika sedang belajar di UNISEL.

Isu pertama ISE juga memperkenalkan empat penyumbang tetap iaitu Prof Dr Mokhtar Abdullah, Prof Madya Dr Ir Muhidin Arifin, Halmi Samad dan Tuan Syed Lamsah Tuan Syed Chear. Pemilihan mereka adalah berdasarkan kepakaran mendalam dalam bidang masing-masing.

Akhir sekali, mohon doa daripada teman-teman di luar agar ISE boleh meningkatkan prestasi daripada semasa ke semasa sehingga mampu untuk menjadi sebuah buletin permotoran berbentuk separuh ilmiah yang unik di Malaysia.

Muhidin Arifin

NOTA EDITOR

INSTITUTE ofSPORTS ENGINEERING

IR4.0 agenda utama ISE dan UNISEL

PROF DR MOKHTAR ABDULLAHProfesor Statistik di UNISEL. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah daripada University of Dundee, UK. Lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kepakaran penganalisaan data, pengukuran kualiti dan prestasi, penyelidikan dalam bidang Sistem Pengurusan Kualiti, Statistik Mantap,

Model Kecemerlangan Perniagaan dan Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai. Pernah menjawat Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan & Jaringan Industri) dan kini sebagai Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di Universiti Selangor.

PROF MADYA DR IR MUHIDIN ARIFINBerpendidikan di Amerika Syarikat dan Jepun. Memiliki pengalaman lebih 35 tahun di industri dan pendidikan TVET. Lebih 10 tahun mengurus pasukan permotoran termasuk UNISEL Racing Team. Pernah menjadi Pengurus Besar di Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) selama 9 tahun pengurusan teknologi, pembangunan Pusat Teknologi

Inkubator di beberapa IPTA dan syarikat teknologi IKS di beberapa negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan China. Berjaya membangun sistem kawalan H-infinity bidang automotif. Sekarang, beliau dilantik sebagai Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan di bawah Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor dan Kolumnis Sinar Harian dan Kosmo sejak Januari 2018, setakad ini telah menghasilkan 22 artikel di dalam skop ‘Ilmu Kejuruteraan dari al-Quran’ dan ‘Jurutera & Masyarakat’.

HALMI SAMADDianggap pakar penulisan sukan berbasikal negara. Menulis sejak 30 tahun lalu dan telah menghasilkan lebih 35,000 berita serta rencana. Pernah menjadi Penulis Kanan Meja Sukan Berita Harian dan Penulis Rencana Khas Berita Minggu. Pernah menjadi pegawai media Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Terpilih sebagai Penasihat Media Persekutuan

Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) sejak 2001. Pernah dilantik Pengarah Media Le Tour de Langkawi 2011. Kini, beliau adalah Editor Eksekutif Penerbit Unisel atau UNISEL Press di Universiti Selangor.

SYED LAMSAH SYED CHEARBerpengalaman hampir 20 tahun dalam industri pendidikan tinggi swasta khususnya berkaitan pengurusan institusi dan pembangunan & pengiktirafan program. Memiliki sijil latihan Approval Process dan Quality Management of Edexcel Higher Diplomas daripada Bradford College, University of Bradford (UK) dan Coach Education Courses

daripada Scottish Football Association (Glasgow, UK). Sedang mengikuti pengajian Doktor Pendidikan Tinggi di UKM.

PENASIHAT 1 Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman

PENASIHAT 2Prof Dr Mohd Nor Nawawi

KETUA PENGARANG Prof Madya Dr Ir Muhidin Arifin

EDITOR EKSEKUTIFHalmi Samad

AHLI ISE Prof Madya Dr Ir Muhidin Arifin Halmi Abd SamadTuan Syed Lamsah Tuan Syed ChearDr Salleh Abbas

PENYUMBANG TETAP1. Prof Dr Mokhtar Abdullah2. Prof Madya Dr Ir Muhidin Arifin3. Halmi Samad4. Tuan Syed Lamsah Tuan Syed Chear

BARISAN EDITORIAL

2 BULLETIN ISE

layoutNEW.indd 2 9/19/2018 11:35:12 AM

teknologi

AI, KOMPONEN UTAMA REVOLUSI INDUSTRI 4.0

SEANDAINYA Malaysia mahu berjaya dalam merealisasikan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0),

permasalahan utama yang harus diatasi dengan segera, adalah pembangunan kepakaran kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI).

Penulis beranggapan komponen terpenting dalam IR 4.o adalah AI atau dalam erti kata terkini adalah manusia robot. Kenapa penulis beranggapan sedemikian? Selepas mengenal pasti masalah dan isu utama yang sering dibangkit dan dibahaskan dalam Industri 3.0, penulis percaya pembangunan AI mesti diutamakan sekiranya kita mahu berjaya dalam IR 4.0.

Penulis juga suka membawa kepada satu fenomena pada 19 April lalu. Pada hari tersebut, Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengeluarkan satu laporan bertajuk ‘The 5 Core Principles to Keep Artificial Intelligence Ethical’. Laporan Elon Musk, Pengasas SpaceX dan Tesla yang dilakukan bersama Mustafa Suleyman – salah seorang Pengasas DeepMind menyatakan lebih 100 robot telah dapat dibuat berasaskan teknologi pintar yang dibangunkan secara rahsia beberapa jurutera dan saintisnya sendiri.

Musk menjadi terkenal kerana cadangannya untuk membangunkan kehidupan di Planet Mars dengan menyatakan mesin pintar itu adalah robot askar pembunuh dilengkapi dengan senjata berautonomi yang mampu melaksanakan pertikaian perang pada skala besar.

Suratnya kepada Konvensyen PBB menegaskan bahawa robot askar itu dapat melaksanakan sesuatu di luar kemampuan manusia pada bila-bila masa. Beliau memberi amaran sekiranya Kotak Pandora (kotak kawalan utama mesin pintar) ini dibuka, ia amat sukar untuk ditutup.

Namun, penulis percaya aspek AI di Malaysia harus berunsurkan orientasi holisitik.

Laporan WEF itu menyatakan cadangan Musk bertentangan

dengan kemanusiaan dan kesejahteraan alam

semulajadi. Laporan tersebut juga menyenaraikan lima etika yang perlu

dipatuhi jurutera dan saintis atau sesiapa sahaja yang terlibat di dalam penyelidikan serta pembangunan teknologi pintar AI.

Sistem AI atau robot yang dibangunkan perlu mematuhi enam kod etika dan peraturan. Objektif pelbagaian penggunaan adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia dan alam. Ia juga harus berasaskan kecerdasan dan keadilan selain berupaya melindungi keseluruhan data terkandung terutama daripada pespektif keselamatan dan perlindungan undang-undang sejagat.

Pada masa yang sama, ia membolehkan semua orang diberi peluang dan hak untuk dididik serta dapat dimanfaatkan demi perkembangan mental, jati diri, emosi dan ekonomi bersama sistem.

Seterusnya, penulis percaya organisasi yang terlibat perlu mengadakan sidang kemuncak secara global di peringkat kerajaan, akademik dan industri untuk menetapkan norma antarabangsa daripada perspektif reka bentuk, pembangunan, pengawalan, penggunaan dan pengaplikasian sistem dan sesiapa yang terlibat di dalam pembangunan AI ini perlu dipertanggungjawabkan terhadap kesan dan akibatnya.

Buku Panduan Rujukan Etika yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Jurutera Profesional Kebangsaan (NSPE) pada 1954 bertajuk Code of Ethics for Engineers yang digunapakai sehingga ke hari ini menyatakan kejuruteraan adalah satu profesion yang penting dan perlu dipelajari. Sebagai seorang ahli profesion ini, jurutera dijangka mempamerkan tahap kejujuran dan integriti yang tinggi.

Oleh Muhidin Arifin

Rencana ini pernah disiarkan oleh akhbar nasional no 1, Kosmo pada 11 November 2016.

BULLETIN ISE 3

layoutNEW.indd 3 9/19/2018 11:35:12 AM

Fenomena Basikal Lajak :Isu, Cabaran dan PenyelesaianOleh: Syed Lamsah bin Syed Chear

“Basikal Lajak” satu perkataan yang mungkin sangat asing bagi kebanyakan orang tetapi

tanpa diduga carian di laman sesawang google dan yahoo menghasilkan lebih daripada 200,000 entri. Berita-berita yang dipaparkan bagaimanapun cenderung kepada perkara negatif seperti laporan kemalangan, tangkapan, keluhan masyarakat dan sebagainya. Situasi sebegini membayangkan “basikal lajak” menjadi gejala sosial terbaru yang melanda kalangan belia dan remaja. Peristiwa 8 penunggang

basikal lajak maut akibat dirempuh sebuah kereta di Johor Bahru pada 18 Februari 2017 lalu masih belum menjadi pengajaran kepada masyarakat. Dalam tempoh 5 bulan pertama tahun 2018 dilaporkan terdapat 5 kes maut yang melibatkan insiden basikal lajak dan hampir 100 remaja telah ditahan oleh pihak berkuasa. Gejala ini walaupun dianggap sebagai fenomena bermusim sama seperti kemunculan rockers dan tarian breakdance suatu masa dahulu namun ia perlu dibanteras dengan segera.

ISU DAN CABARANSejak setahun lalu telah banyak

tulisan berkaitan basikal lajak dipaparkan di akhbar-akhbar dan media sosial samada ianya berupa amaran pihak berkuasa, cadangan golongan bijak pandai atau maklumbalas masyarakat. Namun tiada tanda-tanda untuk menunjukkan gejala ini akan terhenti. Bagi pihak berkuasa tangkapan dan sitaan basikal dibuat mengikut Seksyen 11 an denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan. Hukuman sebegini dianggap berat sekiranya ia dikenakan kepada individu biasa yang tidak terlibat dengan gejala basikal lajak tetapi mungkin tidak setimpal jika ia dikenakan kepada penunggang basikal lajak berdasarkan risiko yang ditanggung oleh pengguna

jalan raya lain. Isu ini turut mendapat perhatian beberapa kementerian dan pentadbiran negeri yang mengusulkan pelbagai cadangan penyelesaian seperti semakan had umur lesen memandu, pembinaan trek basikal lajak, tingkatkan peranan ibu bapa dan seumpamanya. Namun

THE UNISEL RACING TEAM (URT)

TESTIMONIALS

20092010Transformation into Technical Voca-tional Education & Training (TVET) from conventional education in Higher Learning Institution is not only has the potential to contribute to the creation of new industrial workplaces, but it is also able to change the existing field of works. This transformation is also seen as a leader in the education sector to implement systemic reforms that will lead to improve performance and existing TVET outcomes, including the creation of highly-skilled graduates to meet future career shifts. Strong training module, policy and financing requirements are seen as important aspects, not only to improve the qual-ity of teaching and learning processes among the lecturers and students, but also the capacity building in recruit-ment, management and profession-alism aspects of skills at all levels of industrial requirements.

With the formation of the UNISEL Rac-ing Team (URT) under the Faculty of Engineering & Life Sciences since 2009 with consitently consists of more than 10 staff, 10 engineering students and 10 stu

INSTITUTE of

SPORTS ENGINEERIN

isu semasaMILESTONES

4 BULLETIN ISE

layoutNEW.indd 4 9/19/2018 11:35:13 AM

Fenomena Basikal Lajak :Isu, Cabaran dan Penyelesaian

fenomena basikal lajak terus merebak luas dalam kalangan remaja. Mereka sanggup berhabis wang di bengkel basikal pilihan mereka semata-mata untuk memastikan basikal lajak mereka adalah yang terbaik untuk ditunjuk-tunjukkan di kalangan mereka. Institut Kejuruteraan Sukan (ISE-UNISEL) tertarik dengan saranan Madzlan Md Jali, Timbalan Presiden Persatuan Berbasikal Terengganu (TCA), supaya remaja yang terlibat dengan basikal lajak yang benar-benar berminat dan berbakat dilatih untuk menjadi pelumba basikal dengan cara yang lebih sistematik.

INISIATIF INSTITUT KEJURUTERAAN SUKAN, UNIVERSITI SELANGORPenyelidik-penyelidik di Instititut Kejuruteraan Sukan Unisel, berpendapat fenomena basikal lajak memberi peluang untuk program mencungkil bakat atlit khususnya untuk sukan berbasikal dan permotoran. Dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), ISE-Unisel merangka strategi untuk melakukan penyelidikan saintifik meliputi pengecaman bakat, psikologi sukan dan seumpamanya agar remaja yang terlibat dengan gejala ini dapat disalurkan tenaga dan bakat mereka kepada aktiviti sukan yang diiktiraf dan mempunyai masa hadapan. Pensyarah atau penyelidik yang berminat dengan prospek penyelidikan di atas mohon merujuk kepada Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan UNISEL di talian 019 – 2931962 atau email [email protected] .

fenomena basikal lajak memberi peluang untuk program mencungkil bakat atlit khususnya untuk sukan berbasikal dan permotoran

EHSA

N GR

AFIK

THE

STA

RAksi Superman‘Mat Lajak’ mengubah-suai basikal mereka untuk membolehkan mereka bergerak lebih cepat dan melakukan aksi superman merbahaya.

Basikal Kebiasaan

Fork dan Handle Fork depan yang lebih rendah dan handle diubahsuai membolehkan mereka membongkok ke hadapan dan menyokong dada mereka semasa aksi superman bagi mengurangkan rintangan angin supaya dapat bergerak lebih pantas.

Sport Rims Rim yang diperbuat daripada plastik digunakan untuk mengurangkan berat badan basikal.

Rangka yang diubah suaiRangka basikal direndahkan untuk mengurangkan ketinggian pusat graviti supaya lebih mudah ‘Mat Lajak’ mengimbangi diri mereka semasa melakukan aksi superman.

Tanpa Brek Mampu mengurangkan geseran dan berat badan. Juga untuk melihat lebih macho di kalangan ‘Mat Lajak’.

Penulis seorang Pensyarah Kanan di UNISEL, 20 tahun dalam industri pendidikan tinggi mempunyai sijil profesional dari University of Bradford dan Glasgow, UK., sekarang sedang mengikuti Pengajian Doktor Pendidikan Tinggi.

BULLETIN ISE 5

layoutNEW.indd 5 9/19/2018 11:35:15 AM

IR 4.0: UNISEL bekal tenaga mahir profesional muda

UNIVERSITI Selangor (UNISEL) menetapkan sasaran muncul sebagai pembekal utama tenaga kerja mahir kepada industri dalam menjayakan program Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan (ISE), Prof Madya Dr Ir Muhidin Arifin menjelaskan pihaknya telahpun menjalankan kajian terperinci tentang mencari resepi utama cara terbaik untuk melahirkan tenaga profesional muda kepada IR 4.0.

“Misalnya, ISE sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan (COE) yang dicetuskan oleh UNISEL telah mula mengorak langkah. Kami bersedia untuk menjadi pemangkin atau fasilitator kepada program TVET,” katanya kepada ISE.com

Sebagai permulaan, kumpulan pengurusan pertengahan dan staf teknikal daripada setiap Jabatan atau unit di Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat (FELS) perlu bertanggungjawab memastikan arahan dan aktiviti yang dirancang serta dilaksanakan selari dengan pembangunan komponen teras bagi mencapai tujuan utama.

“FELS dan ISE boleh membentuk kerjasama bagi projek yang berteraskan “result oriented” terhadap apa yang telah dirancang bagi mendidik dan membangunkan pelajar di bawah initiatif Program TVET yang telah dipelopori oleh kerajaan,” katanya.

Menurutnya, pengurusan tertinggi UNISEL khususnya Presiden dan Naib Canselor, Dato’

kejuruteraan sukan

Oleh Muhidin Arifin

6 BULLETIN ISE

layoutNEW.indd 6 9/19/2018 11:35:15 AM

Prof Dr Muhammad Redzuan Othman telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memacu hala tuju universiti dalam menjadi sebahagian daripada komponen utama dalam perlaksanaan IR 4.0 di Selangor.

“Komitmen ini telah pun ditunjukkan sejak daripada hari pertama beliau dilantik sebagai Presiden dan Naib Canselor UNISEL pada awal Januari 2016,” katanya.

Muhidin menjelaskan komitmen dan tindakan bersama daripada semua pihak adalah perlu bagi memastikan kelancaran semua projek transformasi sebagaimana yang telah dirancang.

NAME OF INSTITUTE: Institute of Sports Engineering

GENERIC NAME: “ISE”

ESTABLISHED: 6 February 2017

ADDRESS: Faculty of Engineering & Life Sciences, Bestari Jaya Campus, Universiti Selangor, Bestari Jaya 45600, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

VISION: To be in the Forefront of Innovation in Physical Sciences and Engineering

MISSION: Stretch all resources and competencies to challenge the status quo of engineering solutions in sports into innovation to create new opportunities in TVET initiatives.

PHILOSOPHY: “Knowledge to Success”

JUSTIFICATION: A great opportunity to strengthen and utilize physical and human capitals of Universiti Selangor are located on the improvement of cooperation between the staff synergy, industry and society. It gives confidence to the public, industry and stakeholders from home and abroad to establish joint research, development and business in TVET programmes directly under the sports industrial cluster in which research results can be commercialized and reach the market faster. And, all the available resources can be of great benefit to develop engineering solutions to elevate the sports of Malaysia.

OBJECTIVE: The objective of ISE is to culminate staff and students’ experience in engineering sports programmes or projects that requires them to demonstrate the application and mastery of the sports competencies and challenges. The Projects’ undertaken are under the spirit of sports’ flagship in which UNISEL shall provide a real-world experience for students in the community working environment which uses knowledge, attitudes and skills obtained in any projects undertaken. This culminating experience is not only relevant component in the sports industrial requirement but also to other clusters of industry.

INSTITUTE ofSPORTS ENGINEERING

“Industri perlu diajak berperanan sebagai rakan kongsi pembangunan dan pelaksanaan projek yang dimeterai dengan pihak UNISEL. Sesungguhnya, usaha untuk merealisasikan aspirasi untuk menjadikan UNISEL sebuah universiti “top-five” di rantau ini bukan perkara yang mudah.

“Ia memerlukan komitmen dan kesanggupan sebagai staf di semua peringkat untuk bekerja lebih bijak dan keras, meningkatkan daya tahan dan mampu menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi serta komited yang berterusan,” katanya.

Kesimpulannya, peranan UNISEL khususnya ISE pasti memberi suntikan idea baru bagi meletakkan universiti ini ke dalam kancah kedudukan yang lebih kompetitif supaya setanding dan bersaing dengan universiti ternama di peringkat antarabangsa.

Walaupun dengan pertumbuhan kolej dan universiti baru semakin ketara kebelakangan ini, permintaan atau pasaran untuk UNISEL akan tetap kukuh kerana konsep universiti negeri memastikan ia mampu membekalkan tenaga pakar profesional muda kepada industri.

Ketua-ketua Program akan menggerakkan pelaksanaannya bersama Penolong Pendaftar di peringkat akar-umbi bersama staf akademik, staf teknikal dan pelajar bagi mengembalikan kecemerlangan bidang kejuruteraan dan sains

BULLETIN ISE 7

layoutNEW.indd 7 9/19/2018 11:35:16 AM

Memiliki jentera 4x4 ‘retro style’ telah menjadi angan-angan saya

sejak kecil lagi. Saya tidak akan merasa puas sekiranya saya tidak mampu membaiki dan memandunya sendiri. Saya tahu ia bukanlah sesuatu yang mudah tanpa menimba ilmu kemahiran dan pengalaman tentang jentera tersebut.

Kenderaan yang telah berada di pasaran sejak 1980an sememangnya sukar untuk mengekalkan perwatakannya itu di masa kini. Di antara cabarannya adalah penyelenggaraan dan komponen-komponen yang kini sudah berkurangan di pasaran mahupun di kedai ‘half-cut’. Tetapi bagi merealisakan angan-angan saya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Ketika saya berada di Tahun Pertama Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat, Universiti Selangor (Kampus Bestari Jaya, Selangor), saya berjaya memiliki Suzuki model SJ413 walaupun kondisinya ketika itu sangat usang dan buruk. Sejak itu, saya mula menyimpan duit sebahagian

dari perbelanjaan pengajian dan mempelajari ilmu kemahiran tentang kenderaan itu dari Pensyarah saya bagi menaik-taraf kondisi jentera tersebut.

Pada awal Tahun 2012, saya mulakan kerja-kerja memperbaiki

badan jentera dan mengubah-suai bahagian eksterior serta kabin kerana sudah mula berkarat. Dengan

jumlah kos hampir mencecah RM5,000.00, saya berjaya memasang fender supaya ia tampak lebih ‘gah’ dan menarik.

Dengan padanan kabin baru, kenderaan ini sesuai untuk dijadikan kenderaan harian. Sekarang saya sudah memandunya hampir 3 tahun tanpa sebarang masalah, kecuali enjinnya sudah menunjukkan ada tanda-tanda yang memerlukan rawatan segera.

Setelah diperiksa, terdapat beberapa komponen di dalam sistem manifold dan enjin yang perlu ditukar. Di atas nasihat Profesor saya di Bahagian Kejuruteraan Mekanikal, saya berjaya membaik-pulih komponen-komponen tersebut tanpa kos yang tinggi. Ada di antara komponen dari enjin Swift model M15A yang digunakan untuk meningkatkan nilai anjakan enjinnya. Sistem penghantaran gear juga dapat meningkatkan prestasi enjin sebanyak 11.3% iaitu dari 62 kepada 69 kuasa kuda.

Oleh: Amirul Azmi B Mohammad Rumai

SPESIFIKASI JENTERAKabin/ Body: Suzuki Jimny SamuraiEnjin: M15A (Suzuki Swift ZC21)Anjakan Enjin: 1,500 ccSistem Penghantaran Gear: 5-Speed Manual Transmission

Selayang Pandang

“Alhamdulillah, saya sudah menamatkan pengajian di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan

Mekanikal (Hons.) dan akan terus menjaga kereta Jimny kesayangan saya ini”

alumni

‘Setahun bercumbu dengan

JIMNY’

8 BULLETIN ISE

layoutNEW.indd 8 9/19/2018 11:35:19 AM