1 2 9 10 8 - agensi angkasa negara melayu/menu... · mempunyai fasiliti pengujian satelit yang...

6
1 2 4 5 6 3 7 8 9 10

Upload: truongmien

Post on 01-Mar-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 2 9 10 8 - Agensi Angkasa Negara Melayu/Menu... · mempunyai fasiliti pengujian satelit yang lengkap di rantau Asia Tenggara, ... sebagai Pusat Angkasa Negara yang terdiri daripada

1

2

4

5

6

3

7

8

9

10

Page 2: 1 2 9 10 8 - Agensi Angkasa Negara Melayu/Menu... · mempunyai fasiliti pengujian satelit yang lengkap di rantau Asia Tenggara, ... sebagai Pusat Angkasa Negara yang terdiri daripada

Tajuk: fasiliti pengujian satelit pertama yang lengkap di rantau Asia Tenggara

1 Ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Pusat Angkasa pertama yang mempunyai fasiliti pengujian satelit yang lengkap di rantau Asia Tenggara, dilengkapi dengan fasiliti bumi bagi menyokong pengoperasian satelit, makmal kalibrasi optik, fasiliti pemasangan serta ujian satelit.

2 Dengan pemanduan di jalan raya yang sempit serta kawasan yang agak terpencil menuju ke destinasi Kampung Sungai Lang, Banting, Selangor, di sini terdapatnya satu kawasan yang dikenali sebagai Pusat Angkasa Negara yang terdiri daripada struktur-struktur yang moden dan berteknologi tinggi, sesuatu kawasan yang agak berbeza berbanding dengan sekelilingnya. Agensi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, yang juga dikenali sebagai pusat angkasa Negara yang mempunyai fasiliti pengujian satelit lengkap pertama di rantau Asia Tenggara, dilengkapi dengan fasiliti bumi bagi menyokong pengoperasian satelit, makmal kalibrasi optik, fasiliti pemasangan serta ujian bersepadu satelit. Agensi Angkasa Negara telah menjemput wartawan kami melawat Pusat Angkasa Negara untuk memberi peluang kepada para pembaca mengetahui agensi yang meneroka misteri ruang angkasa.

3 Pelancaran Satelit Ketiga pada tahun 2016 Ketua Pengarah Dr.Noordin Ahmad lewat menerangkan bahawa Agensi Angkasa Negara merancang untuk melancarkan satelit ketiga (RazakSaT) pada tahun 2016 dengan kos perbelanjaan sebanyak 272 juta ringgit. Beliau berkata bagi memastikan satelit boleh berfungsi semasa pelancaran dan juga semasa ia berada di ruang angkasa yang berbahaya, pegawai penyelidik di Pusat Angkasa Negara perlu menjalankan pelbagai ujian termasuklah simulasi dalam keadaan ruang angkasa di bumi terlebih dahulu untuk memastikan satelit tersebut boleh berfungsi sepenuhnya. Beliau juga menerangkan bahawa satelit digunakan terutama sekali dalam aplikasi pengukuran topografi dan perancangan, yang mana boleh membantu dalam perancangan bandar, pembinaan jalan raya, pertanian dan tujuan ketenteraan. Sebelum ini, Malaysia telah melancarkan satelit pertama negara pada tahun 2000 iaitu “Tiung-Sat 1” di Rusia, dan kemudian pada tahun 2009 melancarkan satelit kedua negara "RazakSat” di Republik Marshall Kepulauan Kwajalein Island "

4 Terletaknya di Banting, Selangor, Pusat Angkasa Negara merupakan pusat angkasa pertama yang mempunyai fasiliti pengujian satelit yang lengkap di rantau Asia Tenggara.

5 Fasiliti Sokongan bumi Satelit Mampu memantau dan mengawal satelit Agensi Angkasa Negara telah membangunkan sebuah fasiliti sokongan bumi disini. Terdapat dua sistem antena yang mana bukan sahaja mampu mengawal satelit malah juga dapat memuat turun data-data daripada satelit.

Page 3: 1 2 9 10 8 - Agensi Angkasa Negara Melayu/Menu... · mempunyai fasiliti pengujian satelit yang lengkap di rantau Asia Tenggara, ... sebagai Pusat Angkasa Negara yang terdiri daripada

Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara, Puan Woo Lai Leng telah mengiring dan menerangkan kepada para wartawan kami berkenaan operasi seluruh pusat angkasa negara. Beliau berkata fasiliti kawalan satelit ini merupakan fasiliti tunggal dan pertama di Malaysia yang mampu melaksanakan operasi telemetri serta kawalan satelit. Fasiliti kawalan satelit yang lain yang terdapat di Malaysia hanya mampu menjalankan operasi memuat turun data-data daripada satelit. Melalui sistem antena yang sedia ada, pegawai penyelidik mampu mengawal kamera yang terdapat dalam satelit untuk mengambil imej pada mana-mana kawasan yang telah ditetapkan selain boleh memantau tahap kuasa dan fungsi pada satelit bagi memastikan ia sentiasa berada keadaan yang elok di ruang angkasa. Salah seorang pegawai penyelidik En. Mohd Hamid Salim juga menerangkan bahawa fasiliti di sini juga mampu menjalankan operasi pemprosesan data, hosting, khidmat perundingan, latihan teknikal dan lain-lain lagi. Beliau juga menambah pada masa sekarang Agensi Angkasa Negara tidak melancarkan sebarang satelit ke angkasa. Walaubagaimanapun, fasiliti ini pernah bekerjasama dengan European Space Agency (ESA) dan Indian Space Research Organization (ISR0). Terletak bersebelahan dengan fasiliti kawalan satelit ini adalah sebuah makmal kalibrasi optik. Disebabkan aktiviti penyelenggaraan sedang giat dijalankan, maka kami tidak dapat memasuki ke dalam bangunan tersebut. Puan Woo Lai Leng berkata, penderia kamera perlu mengambil gambar dari jarak yang amat jauh dengan resolusi yang tinggi, maka pelbagai ujian serta kalibrasi bagi memastikan ketepatan imej, pengesanan piksel dan tindak balas radiasi dan lain-lain pada penderia kamera harus dijalankan agar ia dapat berfungsi secara optimum.

6 Gambar atas: Dr.Noordin Ahmad: Pusat Angkasa Negara menawarkan pelbagai peralatan dan fasiliti untuk melaksanakan pengujian satelit serta simulasi persekitaran ruang angkasa. Gambar bawah: Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara Encik Terence (Dari kanan), Puan Nurliza, Pegawai Perhubungan Awam Cik Asmidar, Puan Nor Hafizah, Puan Woo Lai Leng dan Encik Karthigesu.

7 Memakai pakaian khas bagi mengelak debu daripada masuk ke dalam. Suasana seperti kilang dalam filem “Transformer” Ketika memasuki fasiliti pemasangan, pengujian dan integrasi satelit, satu jubah khas, sarung kepala dan kasut perlu dipakai dan pada masa yang sama perlu memasuki bilik pembersihan debu bagi mengurangkan debu pada diri sendiri sebelum masuk ke dalam kawasan bilik bersih.

Setelah menjejakkan diri ke dalam, suasana dalam fasiliti tersebut seperti kilang dalam

filem “Transformer”, setiap mesin ujian yang ada seolah-olah pada bila-bila masa akan bertukar menjadi robot transformer.

Kedua-dua belah koridor besar mempunyai 3 bilik masing-masing yang mana setiap bilik

menjalankan ujian yang berbeza iaitu getaran, kejutan bunyi, vakum haba, keserasian elektromagnet (EMC), penentukuran jisim.

.

Page 4: 1 2 9 10 8 - Agensi Angkasa Negara Melayu/Menu... · mempunyai fasiliti pengujian satelit yang lengkap di rantau Asia Tenggara, ... sebagai Pusat Angkasa Negara yang terdiri daripada

Puan Woo Lai Leng berkata kepada para wartawan akan menerangkan fungsi bagi setiap ujian tersebut.

Tangki vakum haba yang menjalankan simulasi angkasa Pertama sekali melihat tangki vakum haba yang besar itu, terasa bentuknya seperti sebuah tong gas yang bersaiz besar. Puan Woo Lai Leng berkata tangki ini mampu menjalankan simulasi keadaan angkasa yang mana akan berlaku perubahan suhu yang ekstrem dan vakum. Simulasi ini mampu menguji keberfungsian satelit semasa dalam keadaan tersebut.

Beliau juga menerangkan selain daripada simulasi haba dan vakum tersebut, ujian pengegaran yang mampu menjalankan simulasi pengegaran roket juga dilakukan ke atas satelit. Beliau menambah ujian dijalankan dengan keadaan satelit menegak atau melintang. Berat pengujian maksimum pada sistem pengujian yang bersaiz besar adalah 5 tan manakala sistem pengujian yang bersaiz kecil adalah 2 tan. Pengujian ini boleh menentukan ketahanan rekabentuk satelit terhadap gegaran yang diberikan.

8 1. Kebuk pengujian gema dan akustik menggunakan gas nitrogen untuk menjanakan bunyi dalam menjalankan ujian ketahanan satelit terhadap kejutan bunyi. Ujian tersebut mampu mengesahkan sama ada satelit tersebut dapat berfungsi dengan betul atau tidak. 2. Ujian Keserasiaan Elektromagnetik (EMC) menguji gangguan elektromagnetik. 3. Fasiliti pemasangan, ujian dan integrasi satelit bagi menguji getaran, kejutan bunyi, vakum haba, keserasian elektromagnet (EMC) terhadap satelit.

9 Kebuk pengujian gema dan akustik Apabila memasuki kebuk pengujian dan akustik, bunyi gema yang dihasilkan dalam kebuk tersebut boleh didengar dengan jelas. Puan Woo Lai Leng menerangkan bahawa kebuk ini digunakan untuk mensimulasikan keadaaan gema dan akustik apabila roket sedang berlancar. Beliau menambah, melalui kawalan sistem , gas nitrogen sebagai sumber penjanaan bunyi disalurkan kepada pembesar suara horn untuk menjanakan bunyi. Bunyi tersebut kemudiannya disalur masuk ke dalam kebuk gema dan akustik yang mana satelit telah di letakkan di dalam terlebih dahulu. Ujian tersebut mampu mengesahkan sama ada satelit tersebut dapat berfungsi dengan betul atau tidak dalam keadaan sedemikian.

10

Menghalang sebarang gangguan elektromagnetik Tiada isyarat telefon Bilik ujian keserasian elektromagnetik (EMC) adalah sebuah bilik yang bebas daripada sebarang gangguan elektromagnetik daripada luar. Apabila masuk ke dalam kelihatan dinding bilik yang mempunyai lapisan yang berbentuk kon dan berwarna biru. Puan Woo Lai Leng menerangkan tidak ada sebarang isyarat telefon bimbit yang akan wujud ketika berada di dalam bilik pengujian ini kerana bilik ini telah menghalang sebarang gangguan elektromagnetik daripada masuk ke dalam. Gangguan elektromagnetik merujuk kepada sebarang gangguan elektromagnetik yang boleh terjana semasa sistem satelit sedang beroperasi.

Page 5: 1 2 9 10 8 - Agensi Angkasa Negara Melayu/Menu... · mempunyai fasiliti pengujian satelit yang lengkap di rantau Asia Tenggara, ... sebagai Pusat Angkasa Negara yang terdiri daripada

Bilik misteri terakhir adalah bilik yang mampu mengukur sifat jisim sesuatu objek. Beliau berkata satelit merupakan barang buatan manusia yang akan beroperasi di ruang angkasa. Oleh yang demikian keperluan untuk meneliti sifat jisim satelit tersebut amatlah penting. Antara perkara yang perlu diketahui adalah berat, pusat graviti, keseimbangan statik, dinamik serta inersia yang mana perlu dalam pengawalan orientasi satelit semasa di orbit dan pelancaran. Agensi Angkasa Negara cuma membenarkan para penyelidik angkasa untuk melakukan pengujian di sini dan tidak terbuka kepada orang awam.

Page 6: 1 2 9 10 8 - Agensi Angkasa Negara Melayu/Menu... · mempunyai fasiliti pengujian satelit yang lengkap di rantau Asia Tenggara, ... sebagai Pusat Angkasa Negara yang terdiri daripada