bumi dan angkasa (baru).doc

27
1.0 PENDAHULUAN Galaksi Bima Sakti Alam Semesta merujuk kepada kesemua benda yang wujud sama ada dapat dilihat atau tidak dapat dilihat. Benda benda di dalam alam semesta ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu benda hidup atau benda bukan hidup. Sebahagian pakar sains percaya bahawa alam semesta bermula dengan satu letupan besar yang membentuk ruang masa, tenaga dan jirim. Dalam alam semesta terdapat kelompok- kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai kelompong Agung yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang kecil. Terdapat lebih 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenalpasti beredar mengelilingi pusat tempatan yang kita berada. Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat 100,000 juta bintang dan pada biasanya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah piring dengan saiz diameter 100,000 tahun cahaya.

Upload: anonymous-ajhkcfnknd

Post on 05-Feb-2016

127 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Galaksi Bima Sakti

Alam Semesta merujuk kepada kesemua benda yang wujud sama ada dapat dilihat atau tidak dapat dilihat. Benda benda di dalam alam semesta ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu benda hidup atau benda bukan hidup.

Sebahagian pakar sains percaya bahawa alam semesta bermula dengan satu letupan besar yang membentuk ruang masa, tenaga dan jirim. Dalam alam semesta terdapat kelompok- kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai kelompong Agung yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang kecil. Terdapat lebih 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenalpasti beredar mengelilingi pusat tempatan yang kita berada.Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat 100,000 juta bintang dan pada biasanya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah piring dengan saiz diameter 100,000 tahun cahaya. Setiap galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi dan ini termasuk system suria yang terletak di dua pertiga ke tepi galaksi Bima Sakti yang mempunyai kira-kira 30 tahun cahaya dari pusat . galaksi Bima Sakti ( Milky Way ) adalah sejenis galaksi pilin berpalang. Fakta bahawa Bima Sakti membahagikan langit malam kepada dua hemisfera yang sama menunjukkan bahawa sistem Suria berada dekat dengan satah galaksi.Sistem Suria merupakan sebahagian kecil daripada galaksi Bima Sakti. Sistem Suria terdiri daripada Matahari sebagai pusat Suria, sembilan planet, satelit semula jadi, asteroid, meteor dan komet yang kesemuanya beredar mengelilingi Matahari. Matahari dan objek astronominya terikat dengan gravitinya dengan objek sekelilingnyaDalam sistem suria, kesemua Sembilan planet beredar mengelilingi Matahari. Sesetengah Planet di sistem Suria memiliki bulan yang beredar mengelilingi planet- planet masing-masing. Asteroid berada di antara planet Marikh dan Musytari.

Sistem Suria

Kesemuanya terbentuk daripada awan molekul gergasi kira-kira 4.6 billion tahun lalu. Sebahagian besar jisim sisitem ini datang dari Matahari. Dari kebanyakkan objek yang mengorbitkan Matahari, kebanyakan dari jisim tersebut ditampung di dalam lapan planet relatifnya sendirian iaitu orbitnya hampir membulat dan berada di dalam cakera yang di panggil Satah ekliptik. 2.0

PENGENALAN

Buruj adalah sekumpulan bintang yang membentuk pola atau corak tertentu di langit yang boleh dilihat pada waktu malam. Pada siang hari juga terdapat buruj di langit tetapi kita tidak dapat melihatnya kerana cahaya matahari yang terlalu terang. Kebanyakkan nama-nama buruj berasal dari Yunani yang berkaitan dengan motologi kuno. Bintang- bintang yang membentuk buruj berada pada jarak yang berbeza dari bumi antara satu sama lain.

Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab ( burj ) ( tunggal ), ( buruj ) ( jamak ). Berlainan bangsa berlainanlah persepsi mereka terhadap corak buruj serta nama buruj juga berbeza. Contohnya, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segiempat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani di Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.

Kesatuan Astronomi antarabangsa telah membahagikan langit kepada 88 buruj , 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang disebut buruj zodiak. Buruj zodiak yang terdiri daripada 12 buruj hanya kelihatan pada bulan-bulan tertentu dalam masa setahun di garisan Khatulistiwa. Buruj yang sering kali kelihatan di langit Malaysia serta mudah dicerap ialah Buruj Biduk ( Big Dipper ), Buruj Belantik ( Orion ), Buruj Kala Jengking ( Scorpio ) dan Buruj Pari ( Crux ).

2.1BURUJ ZODIAK

Istilah Zodiak diambil dari perkataan Latin zodiacus, yang digubah daripada perkataan Greek (zdiakos kuklos), yang membawa maksud lingkaran kecil haiwan. Istilah ini diambil berikutan fakta yang mengatakan separuh daripada tanda-tanda zodiak Greek purba terdiri daripada makhluk hidup. Pada hari ini, istilah dan juga zodiask Greek purba terdiri makhluk hidup. Istilah dan nama-nama kesemua dua belas tanda-tanda lebih banyak dikaitkan dengan astrologi horoskopik walaupun zodiak masih lagi digunakan sebagai asas rujukan astronomi.

Buruj Zodiak

Buruj Zodiak merupakan sekumpulan 12 buruj yang merentasi seluruh langit yang berada sepanjang lingkaran matahari. Kepentingan buruj-buruj zodiak ini ialah merupakan laluan Matahari sepanjang tahun. Selain daripada Matahari, bulan dan kesemua 8 buah planet bergerak di kalangan bintang-bintang buruj Zodiak ini.

Buruj Zodiak pada lingkaran Matahari

2.1.1

Simbol buruj zodiak

Simbol simbol yang digunakan oleh ahli astrologi barat untuk

menggambarkan tanda-tanda astrologi

Tanda-tanda zodiak yang ditunjukkan dalam ukiran kayu abad ke -16

2.2BURUJ SEPANJANG TAHUN

Buruj sepanjang tahun terdiri daripada empat jenis buruj daripada 88 jenis buruj yang terdapat di langit. Ke empat-empat buruj ini disebut sebagai buruj sepanjang tahun kerana buruj ini sentiasa kelihatan di langit sepanjang tahun. Keempat-empat buruj ini ialah :

a).Buruj Pari

Buruj pari adalah buruj yang paling kecil dalam 88 buruj yang boleh dilihat di Bumi.

Boleh dilihat sepanjang tahun di bahagian selatan.

Digunakan untuk menunjukkan arah selatan.

Diwakili oleh empat butir bintang. Bintang yang bernama Acrux sentiasa menunjuk ke arah selatan bumi.

Buruj Pari dapat dilihat antara 20o latitude utara dan 90o latitude selatan. Imej lebih jelas dapat dilihat pada pukul 9.00 malam sepanjang bulan Mei. Buruj ini akan berada di tengah meridian langit selatan pada waktu maghrib di antara bulan Mei dan Jun.

Arah yang ditunjukkan oleh garisan yang menyambungkan bintang A dan B ketika tersebut adalah arah selatan.

Unjuran garisan tersebut ke arah yang berlawanan untuk mengetahui arah utara dari sesuati tempat.

b).Buruj Skorpio

Buruj ini dinamakan scorpio / kala jengking.

Ia biasanya kelihatan di antara bulan Jun hingga Ogos di bahagian timur. Ia kelihatan huruf J yang sedang terbaring.

Bintang terang yang terdapat di buruj ini ialah bintang anteres.

c).Buruj Biduk

Buruj ini bernama biduk ( big dipper ). Ia adalah bahagian ekor ke separuh badan daru buruj beruang besar atau Ursa Major.

Buruj ini kelihatan antara bulan Mei hingga Jun . Buruj ini juga di gelar Buruj senduk kerana ia kelihatan juga seperti senduk. Ia juga menunjukkan arah utara melalui bintangnya Dubhe dan Merak.

Buruj Biduk boleh dilihat di bahagian Utara. Bintang utama yang membentuknya ialah Merak Phad, Alioth dan Alkaid.

d).Buruj Belantik ( Orion )

Buruj ini juga dikenali sebagai seorang pemburu.

Ia kelihatan pada bulan Disember hingga Mac.

Buruj Belantik ini terletak hampir ke sebelah Timur.

Cara untuk mengenali buruj ini adalah dengan memerhati tiga butir bintang yang terdapat pada tali pinggangnya. Tiga butir bintang ini di kenali sebagai Alnitak, Alnilam dan Mintaka. Bintang yang paling atas dinamakan lamda yang sentiasa menunjukkan ke arah utara. Buruj ini digunakan untuk menunjukkan arah kiblat bagi orang Islam yang hendak bersolat.

2.3KEGUNAAN BURUJ

a.Pada zaman dahulu buruj bertindak sebagai kompas bagi menentukan arah

pelayaran kepada pelaut dan pengembara. Contohnya buruj Belantik dan Biduk

sentiasa mengarah ke utara manakala buruj pari sentiasa mengarah ke selatan.

b.Ahli-ahli astronomi menggunakan buruj bagi memetakan langit. Mereka

mengenal pasti kedudukan sesuatu objek samawi berdasarkan kedudukan objek

samawi tersebut di dalam sesuatu buruj. Contohnya , komet Ikeya Seki dicerap di

dalam buruj Hercules.

c.Pada masa dahulu, manusia menentukan musim berdasarkan kemunculan buruj-

buruj . buruj juga boleh menandakan sesuatu masa untuk bertanam atau menuai

hasil tanaman.

3.0 LAPORAN PEMERHATIAN BINTANG DI LANGIT

Saya telah membuat pemerhatian mengenai buruj Belantik ( Orion ) pada 5.11.2014 di kawasan penanaman semula kelapa sawit . Saya memilih tempat ini kerana ia menunjukkan kaki langit yang memisahkan antara daratan dan udara dengan jelas dimana saya mendapat satu garisan horizon ( mederian ) yang jelas. Sebelum saya melakukan pemerhatian pada tarikh tersebut, saya telah beberapa kali melakukan pemerhataian tanpa rekod bagi mengenalpasti pergerakan buruj selama empat jam. Hasilnya saya dapati , buruj Belantik memang tidak kelihatan pada pukul 8: 00 malam ke atas tetapi ia hanya muncul selepas pukul 12 tengah malam dimana buruj Belantik ini jelas berada di bahagian barat pada pukul 5.00 pagi dan ke atas.

Titik kordinat pemilihan pemerhatian saya pada buruj Belantik ini adalah di sebelah Utara. Saya mendapati Buruj belantik ini bergerak dari arah Timur ke Barat dimana ia sentiasa menghala ke arah Utara.3.1ALATAN, BAHAN DAN SUMBER PEREKODAN PEMERHATIAN

Saya telah menggunakan binokular dan software stellarium untuk melakukan perekodan pemerhatian terhadap buruj Belantik ini. Penggunaan binokular dapat membantu saya melihat butiran bintang halus terutamanya pada bahagian lenggan orion serta dapat melihat tiga butir bintang yang berada dalam sederetan. Saya juga telah melayari laman web dari jabatan Falak sebelum melakukan pemerhatian sebenar bagi mendapatkan sedikit maklumat mengenai pergerakan buruj. Saya memperoleh peta buruj dari laman web falak di mana kita juga boleh menggunakan peta ini untuk melakukan pemerhatian pergerakan buruj. Keempat empat alatan, bahan dan sumber di atas banyak membantu saya dalam mendapatkan persamaan pencerapan / pemerhatian ke atas pergerakan buruj.

3.1.1Maklumat dari jabatan falak dan peta bintang bagi bulan November 2014. Antara buruj menarik seperti yang ditunjukkan pada peta bintang November 2014. Di antara buruj yang boleh dilihat sepanjang bulan November, di langit utara ialah Cassiopeia, Pegasus, Cygnus, Lyra dan Hercules. Dilangit Utara buruj Taurus mula muncul di langit timur, mudah mengenalinya kerana bintang Aldebaran berada di dalamnya.

Buruj Orion juga mula muncul di langit timur sebelum tengah malam.

Peta bintang ini boleh digunakan untuk langit di Malaysia pada jam 10.00 malam pada awal November, 9.00 malam di pertengahan November dan 8.00 malam di akhir November.

3.2REFLEKSI DARIPADA PEMERHATIAN Hasil pemerhatian saya pada pergerakan buruj belantik selama empat jam didapati bergerak dari arah Timur ke Barat dengan bintang utamanya sentiasa menunjukkan ke arah Utara. Kedudukan buruj sering bertukar- tukar tempat kerana bumi sentiasa berputar pada paksinya.

Peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kemunculan buruj-buruj tertentu, hanya pada pada masa tertentu sahaja.

Putaran Bumi pada paksinyaDalam pemerhatian , saya telah menetapkan pemboleh ubah yang perlu untuk mengikuti pemerhatian ini . antaranya ialah :

Antara pemboleh ubah yang dikenal pasti adalah :

Pemboleh ubah manipulasi: Bilangan jam

Pemboleh ubah gerak balas: Perubahan kedudukan buruj Belantik

Pemboleh ubah dimalarkan: Bentuk Buruj, Titik kordinat pemerhati dan

jenis alat yang digunakan Hipotesis H1: Semakin lama masa pemerhatian, semakin tinggi jarak pergerakan buruj.

H2 : Semakin lama masa pemerhatian, semakin jauh jarak pergerakan buruj.

H3 : Semakin lama masa pemerhatian, semakin ke Barat pergerakan buruj

belantik. H4 : Semakin meningkat bilangan jam, semakin berubah kedudukan buruj belantik

Kesimpulan hasil pemerhatian : Berdasarkan pemerhatian menggunakan binokular dan software stellarium,

didapati hipotesis H3 dan H4 boleh diterima kerana ia tepat dengan hasil

pemerhatian yang dibuat.

3.3PERBINCANGAN PEMERHATIAN

3.3.1Pemerhatian menggunakan binokular Dilampirkan pada bahagian lampiran

3.3.2Pemerhatian menggunakan sistem komputer melalui software Stellarium

dengan memaparkan lakaran garisan buruj dan gambaran visual buruj

seperti berikut.

a). Pada pukul 12:00 tengah malam

b).Pukul 1: 00 pagi

c).Pukul 2:00 pagi

d) Pada pukul 3:00 pagi

Ketika fenomena pemerhatian, saya dapat melihat bukti yang paling jelas di mana kedudukan bintang pada buruj belantik sememangya sedang bergerak perlahan-lahan dari arah timur ke barat. Kesan pergerakan ini dapat dikesan apabila bintang pada buruj belantik berubah kedudukan selepas setiap satu jam. Sepanjang pemerhatian, didapati perubahan kedudukan buruj belantik ini adalah seragam iaitu kedudukannya bintang lamda ( kepala ) sentiasa berada pada garisan grid khatulistiwa yang ke lapan iaitu +10o dan butiran tiga bintang yang membentuk tali pinggang pula berada pada garisan grid khatulistiwa -0o dalam kawasan grid khatulistiwa menegak antara 5h dan 6h dengan menunjukkan kedudukan deretan bintang yang agak senget. Bintang pertama dalam deretan bintang tali pinggang ini sentiasa berada tepat pada garisan grid khatulistiwa -0o.

Pemerhatian pada pukul 12:00 tengah malam didapati, buruj belantik berada pada grid khatulistiwa +10o dan grid menegak 6h. Titik tengah garisan meridian berada tepat pada grid khatulistiwa menegak 2h. Pada pukul 1: 00 pagi, berlaku pergerakan bintang pada buruj ini di mana kedudukanya beralih ke arah garisan meridian . Pada masa ini garisan menengak meridian adalah pada grid khatulistiwa 3h. Pada pukul 2:00 pagi, garisan meridian menunjukkan kedudukan menghampiri grid khatulistiwa 4h. Di sini saya, jelas mendapati perubahan kedudukan buruj belantik yang sudah menghampiri garisan meridian ( titik tengah sebagai point rujukan ) dan menunjukkan pergerakan. Pada pukul 3:00 pagi, bintang yang menunjukkan anak panah pada buruj belantik ini telah melepasi garisan meridian. Pada masa ini garisan meridian menunjukkan kedudukan pada grid khatulistiwa menengak 5h. Kesemua perubahan ini adalah laporan dan rekodan daripada pemerhatian melalui software stellarium.

Perubahan kedudukan buruj belantik juga jelas kelihatan semasa melakukan pemerhatian menggunakan binokular di mana tiang elektrik jalan dijadikan point rujukan ( titik tengah ) bagi pemerhatian ini. Keadaan pergerakan menunjukkan perubahan yang jelas dan jitu apabila buruj yang sebenarnya berada di sebelah belakang saya bergerak sehingga saya boleh melihat dengan jelas melalui pandangan hadapan saya. Ia semakin menghampiri tiang elektrik jalan yang dijadikan point rujukan tadi. Perubahan kedudukan ini jelas menunjukkan perubahan gerakan buruj yang sebenarnya disebabkan oleh putaran bumi pada paksinya dari barat ke timur.

4.0PERBINCANGAN PERGERAKAN OBJEK CAKERAWALA DI LANGITLangit malam yang saya perhatikan itu tidak akan sama jika saya melakukan pemerhatian 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan atau setahun kemudian. Ini kerana objek cakerawala beredar pada satah yang berasingan. Bulan beredar di satah peredarannya berbanding dengan matahari yang beredar di satah ekliptik. Satah peredaran bulan dan matahari akan bersilangan di titik- titik nod pada sudut persilangan purata 5 09'. Oleh kerana orbit bulan mengelilingi bumi berbentuk elips, maka jarak bulan ke bumi sentiasa berubah. Bulan berada di kedudukan terjauh dari bumi di namakan titik apogi' pada jarak sejauh 406 610 km, manakala titik terdekat iaitu perigi sejauh 356 334 km. Kedudukan yang berbeza-beza ini akan menyebabkan halaju pergerakan bulan dan saiz diameternya sentiasa berubah dalam satu pusingan qamariyah.

Bagi pemerhati di bumi, bahagian bulan yang dapat dilihat sama di sepanjang masa, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu akibat kesan liberasi. Fasa bulan bermula dengan berlakunya jtimak. Dalam astronomi takwim ijtimak disifatkan sebagai pemisahan antara fasa bulan lama dengan bulan baru. Secara Fizikal, ijtimak berlaku apabila bulan berada di antara bumi dengan matahari. Ketika ijtimak, bahagian bulan yang bercahaya menghadap ke arah matahari, manakala bahagian yang gelap menghadap ke arah bumi. Berdasarkan kedudukan bulan dan matahari di satah peredaran masing-masing, ketika ijtimak kedua-dua akan berada di longitud yang sama. Oleh itu untuk mengetahui waktu berlaku ijtimak, perlu dikirakan kedudukan longitud bulan dan matahari. Data waktu berlaku ijtimak boleh diperolehi dalam jadual bulan baru astronomi (new moon). Pengiraan waktu berlaku ijtimak boleh juga dibuat dengan menggunakan formula tertentu. Selepas berlaku ijtimak, pembesaran fasa bulan selanjutnya ditentukan oleh perubahan kedudukan bulan berbanding dengan matahari. Dalam sistem orbit bulan dan bumi berpusatkan matahari, bulan selepas ijtimak berada sebelah timur matahari, sebagaimana Rajah di bawah. Julat di antara proses berlaku ijtimak dengan pembentukan fasa selanjutnya boleh ditunjukkan sama ada dalam kuantiti perbezaan longitud, arka pemisahan bulan dan matahari iaitu perbezaan jarak hamal ataupun numur bulan yang merujuk kepada susulan masa selepas berlaku ijtimak.

Misalnya umur bulan ketika waktu matahari atau bulan terbenam. Secara umum, kuantiti ini dapat memberikan gambaran perbezaan kedudukan di antara bulan dengan matahari dan fasa bulan yang berkaitan. Dalam sehari, bulan beredar pada kadar 13atau 0.5 per jam. Secara berperingkat, sedikit demi sedikit bahagian bulan yang bercahaya mula kelihatan dan bumi sebagai anak bulan Selepas tujuh hari, fasa bulan menjadi suku muda. pada hari ke-14 atau 15, fasa bulan menjadi purnama. Dari segi fizikal, fasa purnama berlaku apabila bulan berada pada kedudukan setentang dengan matahari. Ketika ini bahagian bulan yang menerima cahaya matahari menghadap ke arah bumi sepenuhnya. Lebih kurang tujuh hari selepas fasa bulan purnama, fasa berikutnya ialah suku tua atau suku ketiga. Ketika ini bulan telah mendekati matahari pada sebelah barat. Apabila bulan sekali lag berada di tengah-tengah di antara bumi dengan matahari, maka berlaku sekali lagi proses ijtimak bagi fasa bulan berikutnya. Terbit dan terbenam bulan berkait rapat dengan perubahan fasanya. Selepas ijtimak bulan akan terbit selepas matahari terbit, dan kelihatan rendah di ufuk barat selepas matahari terbenam. Semakin hari bulan akan terbit semakin lewat pada kadar purata 51minit setiap hari. Ketika bulan sabit muda, bulan akan terbit pada waktu tengah hari dan terbenam pada waktu tengah malam. Sebelum fasa bulan purnama, bulan akan terbit sebelum waktu matahari terbenam, dan terbenam sebelum matahari terbit. Manakala bulan suku tua pula akan terbit ketika tengah malam dan terbenam pada tengah hari berikutnya. Sebelum berlaku ijtimak, bulan akan terbit pada waktu subuh menyebabkan bulan yang berbentuk sabit kelihatan rendah di ufuk timur sebelum waktu matahari terbit. Maka, pemerhatian saya pada masa kini tidak akan sama dengan keadaan langit pada 3, 6 dan 9 bulan yang akan datang.

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan hipotesis yang yang dibincangkan di atas, didapati terdapat hipotesis yang boleh diterima dan ada hipotesis yang ditolak. Hipotesis yang diterima iaitu hipotesis H3 dan H4 boleh diguna pakai apabila ia tepat dengan pemerhatian yang telah dijalankan. Ini jelas menunjukkan pemerhatian yang dibuat menggunakan binokular dan software stellarium adalah betul.6.0 PENGALAMAN MENJALANKAN PEMERHATIAN6.1Sebelum pemerhatian :

Saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sepanjang menjalankan pemerhatian terhadap objek cakerawala ini terutamanya bintang yang diperhatikan. Keadaan cuaca yang tidak menentu terutamanya mengjadi penghalang dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun terdapat software stellarium yang boleh digunakan untuk melakukan pencerapan perubahan kedudukan objek cakerawala ini, sifat ingin tahu yang mendalam untuk memerhatikanya sendiri agak tinggi dalam naluri diri saya. Oleh itu saya bertekad juga mencari kawasan yang sesuai untuk melakukan eksperimen yang mana terdapatnya pemisahan kaki langit jang jelas. Kedudukan pantai yang agak jauh dari tempat kediaman dan keadaan cuaca tidak menentu menyukarkan saya melakukan eksperimen di di kawasan pantai. Oleh itu saya memilih kawasan penanaman semula kelapa sawit yang memamparkan ketinggian pokok sawit yang sama seolah-olah terdapat garisan pemisan antara darat dan langit.6.2Semasa pemerhatian:

Pada mulanya saya mula membuat pemerhatian pada pukul 8: 00 malam tetapi hairan kerana saya tidak menjumpai bintang buruj belantik yang dikenali sebagai bintang sepanjang tahun. Setiap satu jam saya akan berdiri di titik kordinat saya untuk memerhatikanya. Walau bagaimanapun saya tetap tidak melihat buruj yang hendak diperhatikan ini. Saya mula membuat pemerhatian pada waktu subuh iaitu pukul 5:00 ke atas, saya akan dapat memerhatikan buruj belantik ini dengan jelas seolah-olah berada di atas kepala saya. Dengan ini saya mengandaikan buruj ini akan kelihatan lewat malam atau awal pagi. Saya mengambil langkah untuk menggunakan software stellarium bagi meneliti kandungan dan cara melakukan pemerhatian sebelum membuat pemerhatian yang betul. Saya melakukan pemerhatian yang betul pada 6.11.204 di mana terdapat juga bulan purnama pada hari tersebut dengan menggunakan binokular dan menggunakan software stellarium serentak bagi menilai kejituan pemerhatian yang dijalankan.6.3Selepas pemerhatian:

Saya berasa puas hati dengan hasil pemerhatian yang dijalankan. Saya dapati sememangnya terdapat pelbagai buruj yang tidak dikenali juga di langit yang perlu diambil tahu. Pada mulanya saya mengandaikan buruj bergerak di langit tetapi apabila meneliti semula software dan maklumat dari jabatan falak dan laman web yang didapati perubahan pergerakan buruj adalah disebabkan oleh pergerak bumi pada paksinya dan peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kemunculan buruj-buruj tertentu pada masa-masa tertentu.

Keindahan dan keajaiban langit pada waktu malam menambahkan keinginan saya untuk meneroka lebih luas tentangnya selepas ini dan memberikan saya satu galakan dan idea untuk dipraktiskan kepada anak murid.

7.0

RUJUKAN1. Dr. Norizan Ahmad, Dr Rosmawati Shaharuddin, Dr Siti Hendon Sheikh Abdullah.December 2008.HBSC 4203 Earth and space. Meteor Doc.Sdn. Bhd.2.http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/26/cid/11233.http://earthsky.org/tonight/orion-rises-in-the-east-at-mid-evening4.http://ciliksains.blogspot.com/p/my-frofile.html5.http://www.youtube.com/watch?v=3cU3CXg_mFw6.http://astronomi-falak.blogspot.com/2009/10/nama-nama-buruj.html7.Constellation - Stars, Constellations, Celestial, and Ursa - JRank Articleshttp://science.jrank.org/pages/1732/Constellation.html#ixzz3IAvYLXAt8.http://alamsains.blogspot.com/2010/11/buruj-constellation.html9.http://aizanurhakim.webs.com/10.https://www.google.com.my/?gws_rd=ssl#q=kedudukan+bulan+dan+bintang+di+langit

11.http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/1412.http://www.nizarazu.com/perbezaan-antara-cahaya-bintang-dan-planet-di-langit-malam/

13.http://www.scribd.com/doc/120942582/bumi-dan-alam-semestaISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT1.0PENDAHULUAN

1-2

2.0PENGENALAN

3

2.1BURUJ ZODIAK

4

2.1.1SIMBOL BURUJ ZODIAK

5

2.2BURUJ SEPANJANG TAHUN

6-8

2.3KEGUNAAN BURUJ

8

3.0LAPORAN PEMERHATIAN BINTANG DI LANGIT

9

3.1ALATAN, BAHAN DAN SUMBER PEREKODAN

9

3.1.1MAKLUMAT DARI JABATAN FALAL &

PETA BINTANG NOVEMBER 2014

10

3.2REFLEKSI DARIPADA PEMERHATIAN

11

A.PEMBOLEH UBAH DIKENAL PASTI

11

B.HIPOTESIS

12

C.KESIMPULAN HASIL PEMERHATIAN

12

3.3PERBINCANGAN PEMERHATIAN

12 174.0PERBINCANGAN PERGERAKAN OBJEK CAKERAWALA

18 19

5.0KESIMPULAN

206.0PENGALAMAN MENJALANKAN PEMERHATIAN

21 227.0RUJUKAN

238.0LAMPIRAN LAKARAN

24

FAKULTI

: PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER / TAHUN: 12/2014KOD KURSUS

: HBSC4203TAJUK KURSUS

: BUMI DAN ANGKASA

NO.MATRIKULASI

: 800202-02-5878001NO.KAD PENGENALAN: 800202-02-5878NO.TELEFON

: 012-4698303E-MAIL

: [email protected] PEMBELAJARAN: Tawau Learning CentreLAMPIRAN LAKARAN_1477399971.bin