09 kertas penerangan faktor kepelbagaian ms 124-125

3
KERTAS PENERANGAN TAJUK : FAKTOR KEPELBAGAIAN (DIVERSITY FACTOR) KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI) Penerangan : Faktor kepelbagaian ialah suatu kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus bagi alat saiz pengalir kabel, pengasingan dan alat perlindungan. Mengapa ia diperlukan? Dalam sesuatu pemasangan pengguna, tidak semestinya semua kelengkapan elektrik digunakan serentak pada satu masa. Contohnya, jarang sekali pengguna memerlukan atau menggunakan lampu, seterika, pembakar roti, dapur elektrik, televisyen, alat stereo dan lain-lain dalam satu masa yang sama. Oleh itu, arus maksimum yang mengalir di dalam pengalir litar adalah kurang daripada jumlah arus yang dijangkakan bila kesemua alat kelengkapan elektrik digunakan serentak. Jadi adalah tidak ekonomik sekiranya kita menggunakan kabel, suis, pengasing dan sebagainya, dengan hanya berpandukan pada permintaan maksimum arus beban dalam pemasangan. Bagi tujuan ini, faktor kepelbagaian dibenarkan tetapi hendaklah berlandaskan kepada jadual B Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Jadual B (Kelonggaran bagi kepelbagaian) Tujuan litar akhir disambungkan daripada konduktor atau gear suis yang padanya kepelbagaian terpakai Pepasangan individu rumahtangga, termasuk blok kediaman individu 1. Lampu 66% daripada jumlah permintaan arus 2. Kuasa 100% daripada jumlah permintaan arus sehingga 10 Ampere + 50% daripada mana- mana permintaan arus yang melebihi 10 Ampere 3. Perkakas memasak 10 Ampere + 30% f.l perkakas memasak yang disambungkan melebihi 10 Ampere + 5 Ampere jika air keluar digabungkan dalam unit. 4. Pemanasan air (jenis serta- merta)* 100% f.l perkakas terbesar + 100% f.l perkakas kedua terbesar + 25% f.l perkakas yang tinggal 5. Pemanas air (dikawal termostat) Kepelbagaian tidak dibenarkan 6. Susunan standard litar akhir menggunakan air keluar soket 100% daripada permintaan terbesar + 40% daripada permintaan arus bagi tiap- tiap litar lain. 7. Alir keluar soket selain daripada yang termasuk dalam 6 di atas dan kelengkapan pegun selain daripada disenaraikan di atas. 100% daripada permintaan arus daripada poin penggunaan terbesar + 40% daripada permintaan arus bagi tiap-tiap poin penggunaan yang lain. 124

Upload: saharizan-bin-che-mat

Post on 28-Jul-2015

4.683 views

Category:

Documents


132 download

TRANSCRIPT

Page 1: 09 kertas penerangan faktor kepelbagaian ms 124-125

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : FAKTOR KEPELBAGAIAN(DIVERSITY FACTOR)

KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Penerangan :

Faktor kepelbagaian ialah suatu kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus bagi alat saiz pengalir kabel, pengasingan dan alat perlindungan.

Mengapa ia diperlukan?

Dalam sesuatu pemasangan pengguna, tidak semestinya semua kelengkapan elektrik digunakan serentak pada satu masa. Contohnya, jarang sekali pengguna memerlukan atau menggunakan lampu, seterika, pembakar roti, dapur elektrik, televisyen, alat stereo dan lain-lain dalam satu masa yang sama. Oleh itu, arus maksimum yang mengalir di dalam pengalir litar adalah kurang daripada jumlah arus yang dijangkakan bila kesemua alat kelengkapan elektrik digunakan serentak. Jadi adalah tidak ekonomik sekiranya kita menggunakan kabel, suis, pengasing dan sebagainya, dengan hanya berpandukan pada permintaan maksimum arus beban dalam pemasangan. Bagi tujuan ini, faktor kepelbagaian dibenarkan tetapi hendaklah berlandaskan kepada jadual B Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Jadual B (Kelonggaran bagi kepelbagaian)

Tujuan litar akhir disambungkan daripada konduktor atau gear suis yang padanya

kepelbagaian terpakai

Pepasangan individu rumahtangga, termasuk blok kediaman individu

1. Lampu 66% daripada jumlah permintaan arus

2. Kuasa

100% daripada jumlah permintaan arus sehingga 10 Ampere + 50% daripada mana- mana permintaan arus yang melebihi 10 Ampere

3. Perkakas memasak10 Ampere + 30% f.l perkakas memasak yang disambungkan melebihi 10 Ampere + 5 Ampere jika air keluar digabungkan dalam unit.

4. Pemanasan air (jenis serta-merta)*100% f.l perkakas terbesar + 100% f.l perkakas kedua terbesar + 25% f.l perkakas yang tinggal

5. Pemanas air (dikawal termostat) Kepelbagaian tidak dibenarkan

6. Susunan standard litar akhir menggunakan air keluar soket

100% daripada permintaan terbesar + 40% daripada permintaan arus bagi tiap-tiap litar lain.

7. Alir keluar soket selain daripada yang termasuk dalam 6 di atas dan kelengkapan pegun selain daripada disenaraikan di atas.

100% daripada permintaan arus daripada poin penggunaan terbesar + 40% daripada permintaan arus bagi tiap-tiap poin penggunaan yang lain.

124

Page 2: 09 kertas penerangan faktor kepelbagaian ms 124-125

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : FAKTOR KEPELBAGAIAN(DIVERSITY FACTOR)

KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Contoh pengiraan

Sebuah rumah kediaman memerlukan bekalan satu fasa 240V, 50Hz mempunyai beban-beban seperti di bawah. Anda dikehendaki mengira arus maksima dan arus anggaran untuk menentukan saiz kabel utama, alat pengasing dan perlindungan dengan berpandukan jadual kepelbagaian.i. 12 x 60W lampu filamen.ii. 10 x 40W lampu kalimantang.iii. 4 x 85W kipas siling.iv. 8 X 13A suis soket alur keluar.v. 2 x 3KW pemanas air (serta-merta).vi. 1 x 7KW alat kawalan memasak disertakan 13A suis soket alur keluar.vii. 1 x 1.5 Hp penghawa dingin.

Pengiraan arus maksima Pengiraan arus anggaranArus

maksimaArus

anggaran1. 12 x 60W lampu filamen

I = P/V= 12 X 60 = 3A. 240

66% daripada arus beban penuh.I = 66% x 3 = 1.98A

3A1.98A

2. 10 x 40W lampu kalimantang I = P X 1.8 / V = 10 X 40 X 1.8 = 3A 240

66% daripada arus beban penuhI = 66% x 3 = 1.98A

3A 1.98A

3. 4 x 85W kipas siling I = P / V Cosθ = 4 x 85 = 1.67A. 240 x 0.85

66% daripada arus beban penuhI = 66% x 1.67 = 1.1A

1.67A 1.1A

4. 8 x 13A suis soket alur keluar 2 x 13A sso = 20A 2 x 13A sso = 20A 2 x 13A sso = 20A 2 x 13A sso = 20A = 80A

100% litar terbesar + 40% litar selebihnya. 100% x 20A = 20A 40% x (80-20) = 24A = 44A

80A 44A

5. 2 x 3KW pemanas air (serta merta) I = P / V = 2 x 3 x 1000 240 = 25A

100% litar terbesar + 100% litar kedua terbesar + 25% litar selebihnya.100% x 12.5A = 12.5A100% x 12.5A = 12.5A = 25A

25A 25A

6. 1 x 7KW pemasak l/d 13Assol = P / V

= 1 x 7 x 1000 240= 29.17A

10A pertama = 10A+ 30% f.l melebihi 10A30% x (29.17-10) = 5.75A.+ 5A utk 13A sso. = 5A = 20.75A

29.17A 20.75A

7. 1 x 1.5Hp penghawa dingin. I = P / V Cosθ = 1 x 1.5 x 746 240 x 0.85 = 5.49A

Tiada kepelbagaian5.49A 5.49A

Jumlah 147.33A 100.3A

125